Monday, June 16, 2014

Ramadhan - Orang yang rugi

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti beberapa perkara yang merosakkan pahala Ramadhan dan rugilah kita untuk mendapat perlepasan dari siksaan tidak mendapat keberkatan Ramadhan. Jika kita terlibat dalam salah satu daripada sifat-sifat keji berikut, maka Ramadhan tidak membebaskan kita keana Allah (a.w) tidak memberi pahala sedikitpun kepada puasa kita, wal iya zubillah.

Peringatan Allah (a.w) (Surah Lumazah)
  Ayat 1: ‘Wailul likulli humazatin (-il) lumazah.’ (Yang bermaksud: Neraka wellah bagi setiap orang yang banyak mencela dan setiap orang yang banyak mengumpat). Ayat 2: ‘Al-lazi jama’a malan (-au) wa-‘addadah.’ (Yang bermaksud: Orang-orang yang mengumpulkan pada harta dan menghitung-hitung dia pada harta-harta (yang dikumpulnya)). Ayat 3: ‘Yahsabu anna malhu akhladah.’ (Yang bermaksud: Menyangkakan mereka sesungguhnya/bahawasanya hartanya menjadi kekal). Ayat 4: ‘Kalla layun bazanna fil-khutamah’ (Yang bermaksud: Janganlah begitu! Nescaya mereka akan dilemparkan atau dihumbankan ke dalam ‘khutamah’). Ayat 5: ‘Wa-ma adraka mal-khutamah.’ (Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Tahukah engkau atau adakah memperlihatkan oleh engkau apa dia ‘khutamah’ itu?) Ayat 6: ‘Narul muqadah.’ (Yang bermaksud: Neraka yang apinya dinyalakan.) Ayat 7: ‘Al-lati tattali’u ‘alal afidah.’ (Yang bermaksud: (Api) yang naik sampai ke hati (manusia)). Ayat 8: ‘Innahu ‘alaihim muksodah.’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh api itu atas mereka dihempapkan). Ayat 9: ‘Fi ‘amadin mummaddah.’ (Yang bermaksud: Di dalam tiang yang dipanjangkan.)
Firman Allah (a.w) ini memberitahu kita bahawa ada 4 golongan manusia yang pasti masuk neraka atau menjadi penghuni neraka Wel: iaitu, pertama, orang yang mencela orang lain, maksudnya mengeji dan mencerca orang lain; kedua, orang yang mengumpa
('memgumpat' itu menyebut/memberitahu sesuatu tentang seseorang kepada orang lain sesuatu mengenai apa-apa yang dia tak suka kalau terdengar oleh atau didengar orang lain, apa-apa yang disebutkan di belakangnya; ketiga, orang yang suka mengumpul harta dunia, maksudnya mengumpul harta dan kekayaan yang tidakpun diinfaqkan sebahagian fi sabilillah, malah bakhil terhadap harta yang dikumpulkan; dan keempat, orang yang suka menghitung-hitung kekayaannya, maksudnya berbangga dengan kekayaanya tetapi tidak mahu menyumbang kepada Islam dan membantu umat Islam yang perlukan bantuan dan pertolongan. Kesemua mereka ini tidak memanfaatkan puasa Ramadhannya.

Sifat Mengadu Domba (Menjadi Batu Api) 
 
Dalam kita meneliti sandaran ilmu mengenai syariat Islam itu, kita telah huraikan beberapa hadith yang relevan untuk kita teliti sebagai panduan. Kita telah teliti sebahagian di atas tentang silatur rahim yang penting sesama Islam. Namun, itulah yang menjadi masalah besar di kalangan umat Islam dewasa ini di mana-mana.
Cuba kita lihat eseterusnya bebarap prinsip dan panduan hidup umat Islam lain yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w). Hadith berikut amat penting kita hayati kerana jika kita tergolong dalam golongan yang disebutkan di dalam hadith tersebut, pastilah amt rugi kita semasa di dunia dan lebih-lebih lagi di ahirat kelak.
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim hadith daripada Hamam hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: 'La yadkhulul jannata qattatun'. (Yang bermaksud: Tidak akan masuk syurga orang-orang yang menjadi batu api (yakni, mengapi-apikan dikalangan manusia supaya timbul pertengkaran dan perselisihan faham dan perbalahan atau bermusuh-musuhan antara mereka).) - Hadith Abu Daud, Kitab Adab.
Sesiapa yang menjadi ‘batu api’ tidak masuk syurga. Amat bahawa sifat tersebut. Jika kita sentiasalah melakukan sesuatu atau menyebut sesuatu semata-mata untuk menimbulkan kekacauan antara orang, maka kita menjadi batu api. Kita penyebab berlakunya pertengkaran atau pergaduhan atau berbalahan. Maka, tidak ada gunanya pada kita. Malah kita menempah kedudukan yang amat merugikan kita di akhirat kelak. 

Suka Mededahkan Rahsia Orang 

Satu lagi sifat yang sering ada di kalangan kita orang Melayu adalah suka mencari-cari rahsia dan keaipan orang lain. Setelah kita mengetahui sesuatu keburukan atau keaipan/keaiban seseorang itu, dengan suka rela pula kita hebahkan kepada orang lain. Dan, kita suka menceritakannya kepada orang lain apabila wujud kesempatan untuk bercerita.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Jubairin hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lamma ‘urija bi mararrtu biqaumin lahum azfarun min nuhasin yakhmisyuna wujuhahum wa-sudurahum’, (Yang bermaksud: Ketika aku (Nabi) dinaikkan (yakni, Isra’ dan Mikraj) aku (Nabi) melalui (yakni, melihat) atas satu kaum bagi mereka (yakni, mempunyai) kuku-kuku mereka daripada besi yang tajam mencakar beberapa wajah mereka dan dada mereka], ‘faqultu man haula-i ya Jibrilu’ (Yang bermaksud: Bersabda aku (sabda Rasulallah (s.a.w) bertanya kepada Jibril (a.s)): ‘Siapa mereka itu wahai Jibrail (a.s)?’, 'haulail-lazina yakkuluna luhumannasi wa-yaqa’una fi ‘aradihim.' (Yang bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang memakan daging manusia dan menyebarkan dalam rahsia-rahsia mereka.) - Hadith Abu Daud, Kitab Adab.
Rasulallah (s.a.w) semasa menjalani Isra’ dan Mikraj diperlihatkan oleh Allah (a.w) di dalam neraka manusia yang diseksa kerana suka mendedahkan rahsia dan keaipan orang lain semasa hidupnya. Mereka dibekalkan dengan kuku panjang dan tajam, dan dengan kuku itu mereka mencakar muka dan dada mereka sendiri, tanpa henti-henti. Apabila bertaup balik daging dan kulit muka dan dada mereka, mereka cakar semula. Sudahlah sakitnya tidak dapat dibayangkan, tetapi seksaan tersebut diulangi tanpa kesudahannya! Oleh itu berwaspadalah kita dan buanglah sifat yang suka mencari keburukan seseorang dan menyebarkannya. Kalau kita tahu maka suatu masa akan kita hebahkan juga secara tak senagaja. Yang paling selamat usah dijadikan tabiat mencari-cari keburukan atau rahsia orang lain.
Hadith di atas ini menceritakan apa yang berlaku kepada manusia yang Islam di akhirat kelak, menerima balasan kerana menganianya saudara mereka sesamasa Islam yang diumpamakan seolah-olah memakan daging saudarnya sendiri. Mereka adalah golongan manusia yang mendedahkan rahsia peribadi saudara sesama Islam. Apa saja rahsia, terutama rahsia keburukan yang diketahuinya dari saudara Islam yang lain dihebah-hebahkannya atau didedahkannya untuk membolehkan orang lain tahu keburukan saudaranya itu.

Balasan Mengumpat 
 
Hadith berikut menceritakan siapakah atau apakah yang dirmaksudkan dengan ‘mengumpat’ itu. Kita orang Melayu seringkali terdengar dan mendengar pelbagai cakap-cakap mengenai perbuatan mengumpat itu. Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menjelaskan apakah yang diYang bermaksudkan dengan ‘mengumpat’ itu.
Diriwayatkan hadith darpada ‘Ala bin Abdul Rahman hadith daripada bapanya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Ditanyakan orang akan Rasulallah (s.a.w): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mal ‘ghibatu’? (Yang bermaksud: Apa itu ‘ngibatu’ (maksudnyaL ‘mengmpat’)?, bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zikruka akhaka bima yakrahu.' ([Yang bermaksud: ‘Menceritakan engkau akan perihal keburukan saudaramu dengan apa-apa yang benci dia akannya (maksudny, tidak suka dia apa yang diceritakan))’, berkata (Abi Hurairah):’ Jika ada di dalamnya (yakni, perkaranya atau perangai atau sifatnya) apa-apa yang berkata aku mengenainya (yakni, apa yang dikatakan benar)?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'In kana fihi ma taqulu faqad ightabtahu wa-in lam yakun fihi ma taqulu faqad bahattahu.' (Yang bermaksud: Jika ada padanya (sifat-sifat) apa yang berkata engkau mengenainya, maka sungguh-sungguh engkau mengumpat akan dia, dan jika tidak ada padanya (sifat-sifat itu) apa yang engkau katakan, maka sungguh-sungguh engkau memfitnah.) - Hadith at-Termidzi.
Mengumpat itu adalah menceritakan atau memberitahu orang lain tentang keburukan seseorang, sama ada di minta membritahunya atau tidak diminta memberitahunya. Dan, menjadi mengumpat apakala perkara yang dihebahkan atau diberitahu kepada orang lain itu adalah perkara yang buruk atau tidak disukai atau yang dibenci oleh orang tersebut. Mengumpat itu kerana orang yang menjadi sasaran kita tidak suka dengan perkara yang kita ceritakan itu. Mengikut hadith ini, walaupun benar apa yang diceritakan, maka menjadi ‘mengumpat’. Dan, jika tidak benar lebih buruk lagi, iaitu perkara tersebut termasuk dalam apa yang dikatakan membuat dusta dan memfitnah orang tersebut.

Sifat Hasad Dengki 

Satu lagi sifat orang Melayu, atau kelemahan orang Melayu adalah sifat hasad dengki dan khianat terhadap saudara yang lain. Orang Islam yang beriman disuruh ‘iri hati’ hanya dalam dua perkara iaitu, pertama iri hati terhadap ketaqwaan seseorang lain berbanding dengan kita. Kedua, kita irihati dengan sifat dermawan seseorang itu sehinggakan rajin membantu dan bersedekah terhadap orang lain, berbanding dengan kita. Jelasnya, kita dibolehkan iri hati terhadap kebaikan seseorang itu, maka dengan itu menjadikan suatu motivasi kepada kita untuk memperbaiki diri kita untuk memperbaiki kelakuan dan perangai.
Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim ibni Abi Uasaidin hadith daripada datuknya hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Iyakum wal-hasada fainnal hasada yak-kulul hasanati kama takkulun-narul hataba au qalal ‘usba.' (Yang bermaksud: Takutkanlah kamu akan perasaan hasad (dan dengki), maka sesungguhnya hasad (dan dengki) itu memakan segala kebaikan (yakni, pahala), sebagaimana memakan api akan kayu’ atau (bersabda dengan katanya (mamakan) ‘(api akan)) rumput kering’.) - Hadith Abu Daud, Kitab Adab.
Kita sering mendengar orang menyebut tentang sifat orang Melayu dan hasad dan dengki terhadap seseorang yang lain. Sifat hasad ini adalah suatu sifat yang membahayakan diri kita dalam konteks keimanan dan dalam konteks memperbaiki diri kita sebagai seorang Islam dengan bersedia demi akhirat kita. Tetapi, jika peraaan hasad dan dengki wujud dengan kita, maka segala pahala amalan baik kita trhakis sama sekali.

Prasangkan Buruk atau Buruk Sangka Terhadap Orang Lain

Buruk sangka adalah sifat yang buruk bagi setiap yang Islam. Menaruh prasangka buruk tanpa mengetahui sebenarnya sesuatu adalag suatu sifat yang tidak baik. Semua prasangka itu adalah tidak benar, kerana kita tidak mengetahu sesuatu yang diluar kemampuan kita mengetahuinya. Apakah kita mampu mentakrifkan persaan atau geraklaku serta rasional geraklaku seseorang lain terhadap kita dan terhadap orang ketiga? Maka dengan itulah, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berwaspada, kerana prasangka itu adalah cerita atau berita dusta, kerana kita tidak tahu kedudukan sebenarnya.
Diriwayatkan hadith daripada al-‘Araj hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iyakum waz-zanna fainna zanna kazabul-hadithi wa-la tahassasu wa-la tajassasu wa-la tanajasyu wa-la tahasadu wa-la tabaghadu wa-la tadabaru wa-kunu ‘ibadallahi ikhwanan.' (Yang bermaksud: Takutilah oleh kamu persangkaan (buruk) (terhadap seseorang), maka sesungguhnya persangkaan itu cerita dusta, jangan suka mengikuti mata dan jangan dengan telinga, dan jangan menjatuhkan orang, dan jangan dengki, (yakni, menjeling atau melihat-melihat meliarkan mata atau mencari-cari keburukan, keaiban atau kesilapan, kesilapa, kekurangan orang lain melalui pancaindera kita – mata dan telinga dan kaki berjalan ke tempat untuk mencari rahsia atau tangan yang membukan lubang untuk membolehkan dilihat perilaku seseorang) dengan tujuan untuk didedahkan, dan untuk mengaibkan mereka), dan jangan dengan telinga, dan jangan menjatuhkan orang, dan jangan dengki, dan jangan bertengkar, dan jangan berselisih pendapat, dan jadilah hamba Allah (a.w) bersaudara (satu sama lain)) - Hadith Bukhari, Kitab Adab. 
Hadith di at situ, memperingatkan kita beberapa perkara yang perlu kita jauhi daripada terjebak ke dalamnya, atau melakukannya, iaitu:
(a) Hendaklah kita takut melakukan prasangkaan terhadap orang lain, kerana prasangka itu tidak benar;  
(b) Jangan suka ‘mengikuti pergerakan mata’, yakni mencari-cari sesuatu terhadap perbuatan atau perlakuan buruk atau keaipan seseorang supaya kita tahu keburukannya;  
(c) Janganlah juga kita suka ‘mengikuti telinga’ yakni, memasang telinga untuk mendengar cakap-cakap atau kata-kata orang terhadap seseorang yang lain dan suka pula bercerita atau bercakap-cakap tentang orang, terutama mengenai keburukan seseorang;  
(d) Janganlah pula kita suka menjatuhkan orang lain sama ada kedudukannya atau meruahnya atau kewibawaannya, yakni membuat sesuatu demi untuk memalukan atau kemudaratan orang lain, melalui kata-kata dan perbuatan kita;  
(e) Jangan kita dengki terhadap orang lain atas apa sebab sekalipun (melainkan, mengikut hadith kita dibolehkan irihati terhadap seseorang yang lain kerana kebaikan seseorang itu atau kerana kelebihan ilmunya);  
(f) Jangan suka bertengkar atau menegakkan benang basah atau sering bergaduh dengan orang lain atas apa-apa sebab sekalipun;  
(g) Jangan suka ‘berselisih pendapat’ atau berdebat atau berhujjah kerana tujuan yang batil, yakni berdebat bertujuan untuk membenarkan hujjah dan pendirian diri sendiri walaupun kita tahu orang yang kita berdebat dengannya adalah benar; dan  
(h) Kita digalakkan sentiasalah bergaul sesama orang Islam sebagai saudara dengan bertutur dengan sopan, merendah diri, berbuat baik kepadanya, sentiasa ingin menyenangkan hatinya, sentiasa menaruh anggapan dan niat yang baik terhadapnya, dan tidak menyakiti hatinya.  

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment