Monday, June 9, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita sambung lagi perbincangan kita mengenai puasa wajib, puasa Ramadhan itu. 

Keuntungan besar orang berpuasa 

(-) Pintu neraka dikunci & pintu syurga dibuka 

Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun lihat hadith ini. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kerana kerhmatan Allah (a.w) maka Allah (a.w) bahawa semua jin dan syaitan yang sentiasa ingin memesongkan dan mensyirikkan serta mengkafirkanorang iman akan dibelenggu, tiak dibenarkan merasuk orang iman. Tapi, ramai orang iman itu sudahpun menjadi sebati sifat-sifat atau keperibadian syaitan dalam dirnya sendiri. Maka walaupun dipasung segala syaitan dan jin, masih ramai manusia yang tidak akur dengan perintah Allah (a.w) sebagaimana ramainya orang yang akui dirinya Islam dan beriman, tidak bersolat dan tidak berpuasa dan melakukan pelbagai maksiat, malah dalam bulan Ramadhan sekalipun.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila ada awal malam bulan Ramadhan disengkala (dipasung) segala syaitan dan yang buas daripada jinn. Dan dikunci akan semua pintu neraka maka tiada dibuka daripadanya satu pintupun, dan dibuka segala pintu syurga maka tidak dikunci daripadanya satu pintupun. Dan menyeru orang yang menyeru (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang menuntut (sukakan) kebajikan marilah sekelian kamu kerjakan kebajikan pada masa yang berkat ini, dan hai orang yang menuntut (sukakan) kejahatan tinggalkanlah daripada berbuat kejahatan dalam bulan yang berkat ini dan jauhkanlah (kejahatan) dan sertakanlah banyak-banyak kerja-kerja kebajikan (amal makruf) itu’. Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka. Dan, bermula yang demikian itu (yakni, seruan itu) berlaku ia tiap-tiap malam.’ - Hadith sahih at-Termidzi.
Saudara, dalam hadith ini para malaikat berusaha mengingatkan orang yang Islam dan beriman supaya dalam bulan Ramadhan ini mereka meninggalkan gayahidup rutin mereka, supaya meninggalkan segala sesuatu yang mendatangkan dosa dan kerjakan segala sesuatu yang mendatangkan pahala. Malaikat itu faham keadaan manusia, yang sentiasalah dirasuk oleh hawa nafsunya, kalaupun syaitan dan jin tiada menggangu mereka.

(-) Malaikat dilangit menyeru manusia supaya mengerjakann/memperbanyakkan amalan kebaikan 

Saudara, hadith yang sama di riwayatkan pula oleh abu Hurairah.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika ada awal malam bulan Ramadhan diikat syaitan dan jinn yang berkeliaran, dan ditutup beberapa pintu neraka maka tidak dibuka beberapa pintu neraka itu, dan dibuka beberapa pintu syurga maka tiada dikunci beberapa pintu syurga (tersebut), dan memanggil-manggil orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang mencari kebaikan, mengadaplah (yakni, beribadatlah kepada Tuhanmu), wahai orang-orang yang mencari kejelikan atau kejahatan (yakni mengerjakan maksiat), berhentilah, dan Allah (a.w) akan memerdekakan orang-orang (yang beribadah) dimerdekakan dari neraka.’, demikianlah setiap malam (orang-orang (yakni, Malaikat) di langit akan terus menyeru) kepada manusia di bumi.’ - Hadith sahih riwayat at-Termizi, Kitabus Saum. 
Saudara, malaikat itu adalah makhluk yang sentiasa taatkan Allah (a.w), dan tidak pernah ingkar. Manusia sebaliknya. Ramai manusia yang ingkar sebagaimana terbukti berapa peratuskah manusia yang Islam? Malah dalam Islam berapa peratuskah pula orang Islam yang benar Islamnya? Malah di kalangan orang Islam yang beriman pun sama. Disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) di zaman-zaman setelah beliau sudah kembali ke rahamatullah (maksudnya, wafat), umat Islam akan berpecah menjadi dan mengikuti 73 fahaman Islam, bilamana 72 fahaman akan masuk neraka walaupun Islam, dan hanya satu fahaman Islam yang berjaya masuk syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu yang berjaya dapat syurga itu adalah Islam yang aqidah serta syaratnya diamalkannya adalah murni, tidak tercemar, kerana panduannya adalah as-Sunnah dan diamalkan segala tuntutannya secara berjema'ah.

(-) Pahala puasa ditentutakan gandaan oleh Allah (a.w) 

Saudara, hadith ini straight forward sahaja. Kita diberitahu bahawa pahala kebaikan yang dikerjakan digandakan antara 10 hingga 700 gandaaan oleh Allah (a.w). Setiap kebaikan yang diniatkan dapat satu pahala, bila dikerjakan dapat 10 hingga 700 gandaan pahala tertakluk kepada kemurniaan dan keihklasan kita. Kalau fikirkan yang tidak baik atau suatu kejahatan, tidak dikira, kecuali setelah dikerjakan dikira satu kejahatan. Dalam perkara puasa, Allah (a.w) menggandakannya lebih dari itu, hanya Allah (a.w) yang tahu gandaannya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Saleh hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan kebaikan dengan sepuluh seumpamanya sehingga 700 ratus gandaan atas apa-atas yang dikehendaki oleh Allah (a.w). Telah berfirman Allah (a.w): ‘Kecuali amalan puasa, maka sesungguhnya puasa bagi Aku (Allah), dan Aku (Allah) yang membalasnya dengan mereka meninggalkan syahawat mereka dan makanan mereka dari arahKu (yakni, kerana mentaatiKu). Bagi orang-orang yang berpuasa (mendapat) dua keriangan, (pertama) keriangan ketika berbuka (yakni, setiap kali berbuka dan ketika merayakan Aidil Fitri), dan (kedua) keriangan ketika menemui Tuhan mereka (di akhirat kelak, yakni mendapat syurga), dan adapun busuk bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah (a.w) daripada bau minyak kasturi (misk).’ - Hadith Qudsi Ibnu Majah, Kitab Siam.
Saudara, begitu kasihnya Allah (a.w) terhadap hambaNya yang Islam dan beriman. Kejahatan tidak digandakan dosanya, tetapi kebaikan digandakan pahalanya. Namun, mengapakah masih ramai - malah majoriti -umat Islam masuk neraka? Umat Islam itu setelah selesai Ramadhan merayakan dua kejayaan - bagi mereka yang benra-benar berpuasa tahap terbaik - iaitu menyambut Aidil Fitri bualn yang diraikan dengan makan minum dan jamuan oleh maysarakat Melayu - teruatama diadakan Open day dan jamuan berbagai. Kedua, lebih utamakejayaan dibebskan dari neraka kerana diampun Allah (a.w) segala dosa yang lalu. Inilah maksud hadith, apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu betapa ramainya peluang Allah (a.w) beri kepada manusia untuk dibebaskan dari neraka kerana puasanya? Tapi, berapa ramaikah yang berjaya? Disebutkan 'pembebasan' dari neraka dalam hadith berikut:


Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘... Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka...(bagi orang-orang yang benar-benar berjaya dalam puasanya).’ Hadith sahih at-Termidzi, yang dirujuk sebelum ini.
Dalam hubungan ini mungkin kita boleh renung kembali peristiwa Nabi Musa (a.s) yang diperintahkan oleh Allah (a.w) berpuasa sebulan – tanpa makan dan minum dan sebagainya – siang dan malam. Kemudian setelah tamat 30 hari maka beliau bersugi untuk membersihkan mulutnya daripada bau busuk supaya apabila dia berhadapan dengan Allah (a.w) dia kelihatan segak dan segar. Semasa beliau berpuasa tanpa bersugi itu, para malaikat seringlah menghampirinya kerana bau mulutnya yang begitu enak dan nyaman seumpama bau kasturi. Tetapi, setelah dia bersugi, maka tidaklah lagi malaikat menghampirinya. Oleh kerana perbuatan bersugi itu, Allah (a.w) telah menambah 10 hari lagi supaya dia berpuasa. Maka dengan itulah disebutkan di dalam al-Quran Nabi Musa (a.s) berpuasa 40 hari sebelum ke gunung Torsina untuk menerima Kitab Taurat.
Saudara, dalam Islam yang wajib diperhatikan adalah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) bukan ketetapan manusia. Malangnya, kesiapan manusia adalah dia mengubah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) kerana ketetapan manusia yang dia fikirkan benar dan lebih realistik dari kemurniaan ketetapan Islam itu.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment