Sunday, June 15, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kkta teruskan lagi penelitian kita tentang ketetapan Islam dalam perkara puasa Ramadhan, supaya memblehkan kita lebih faham tuntuan agama Islam dalam urusan ibdah puasa Raadhan itu. Kita teliti sedikit lagi isu muntah yang membatalkan puasa jika disengajakan. Kalau tidak disengajakan, kita termuntah maka kita teruskan puasa kita kerana puasa kta tidak batal.

(-) Muntah dan keluar mani di siang hari

Saudara, kita tengok 3 hadith  berikut yang menyebutkan tentang ketetapan Islam dalam urusan muntah ketika sedang berpuasa.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kta bahawa 3 perkara yang ketika berlaku tidak membatalkan puasa: iaitu, pertama, orang yang berbekam dalam bulan puasa kerana berbekam itu dilazimkannya sebagai satu proses berubat. Malah zaman Rasulallah (s.a.w) berbekam adalah satu cara perubatan tradisi Islam. Kedua, muntak ketika berpuasa tanpa disengajakan; dan ketiga, keluar mani tanpa disengajai, seperti ketika tidur pada siang hari kita termimpi sesuatu yang menyebabkan keluar mani.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga perkara tiada (memerlukan orang berpuasa) berbuka (yakni, membatalkan) puasa: (Pertama) berbekam, (kedua) dan muntah (tidak sengaja), dan (ketiga) mimpi (keluar mani).’ - Hadith at-Termidzi, Kitab saum.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memaksakan akan dirinya muntah (yakni, tidak disengajakan), maka tiada atasnya qada’, dan barangsiapa muntah ia dengan sengaja, maka hendaklah qada’ (puasanya). [Hadith hasan gharib at-Termidzi] Diriwayatkan hadith daripada Hisham Ibnu Hassan, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengalahkan padanya muntah, dan dia berpuasa, maka tiada atasnya qada’, dan jika inginkan muntah (yakni, disengajai) maka hendaklah membayarnya.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Saum.
Jelaslah, dalam hadith di atas itu, muntah tidak membatalkan puasa tetapi kalau disengajakan batallah puasa dan kenalah dibayar pada hari yang lain.

(-) Bercium/Berkucup-kucupan

Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) ada dia mengucup (isteri-isterinya) di dalam bulan puasa (Ramadhan).’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi.
Hadith menyebutkan bahawa tidak membatalkan puasa jika bercium atau mengkucupi isteri.

(-) Bercumbu-cumbuan

Dalam hadith ini Aisyah (r.ah) menyebutkan perlakuan Rasulallah (s.a.w) dengan isteri-isterinya dalam bulan puasa dan menasihatkan umat Islam supaya berwaspada walaupun dibolehkan.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Rasulallah (s.a.w) bersentuh-sentuhan kulit aku (yakni, bercumbu-bercumbu) dan dia puasa dan adalah dia lebih kuat daripada kamu sekelian menahan shawayat dirinya.’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi. 
Hadih berikut juga menyebutkan sau perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam bulan Ramadhan tentang hubungan kemesraan antara suami dan isteri dalam bulan Ramadhan.
Diriwayatkan hadith dariada Hisyam berkata mengkhabarkan kepada bapanya hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Jika ada Rasulallah (s.a.w) nescaya mencium sebahagian daripada isteri-isterinya, dan dia berpuasa’, kemudian tertawa dia (Aisyah (r.ah)) - Hadith Bukhari, Kitab Saum
Islam tidak melarang seorang suami/isteri bercumbu-cumbuan, bercium-ciuman ddan bermesra dengan berpeluk-ppeluan di siang hari puasa atau bergurau senda dengan isteri/suami, tetapi wajib menjagai supaya tidak terlanjur. Kerana bercumbuan/bergurau senda dan bercium-ciuman antara suami dan isteri itu merupakan mukaddimah persetubuhan. Jadi, dengan itulah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menegah, maksudnya tidak menggalakkan suami/isteri yang masih muda melakukannya kerana ditakuti akan berlangsung hubungan kelamin suami isteri di siang hari, yang mewajibkan kifarah yang berat. Aisyah (r.ah) memberitahu perbuatan sedemikian bagi orang yang tua tidak mengapa kerana mereka lebih mampu mengawal nafsu.
Dan berkata Aisyah (r.ah): ‘Haram atasnya (lelaki) faraj (isterinya siang hari semasa berpuasa). Diriwayatkan hadith daripada Ibrahim bin Aswad, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Ada Nabi (s.a.w) mencium dan memeluk isterinya, dan dia berpuasa dan adalah dia (yakni, Rasulallah (s.a.w)) lebih menguasai (dirinya) dari kamu sekelian atas syahawatnya (yakni, Rasulallah (s.a.w) mampu mengawal dirinya dari meneruskan perlakuan sehingga terjadi hubungan suami isteri).’ Berkata Aswad: ‘Berkata Ibnu Abbas (r.a) (ungkapan) ‘Ma aribu’ (Ayat 18, Surah Taha), (Yang bermaksud ‘hajat’.) Berkata Taus: (kalimah) ‘Ghairi ulil irbati’ (Ayat 31, Surah an-Nur) (Yang bermaksud ‘Orang yang tidak ada hajat baginya terhadap perempuan (yakni, tiada nafsu atau mati pucuk bagi lelaki).’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum.
Jelaslah, bercumbu-cumbuan atau apa saja bentuk mukaddimah bermesra-mesra antara suami isteri tiu tidak digalakkan di kalangan orang-orang muada, dibolehkan bagi orang tua yang kekuatan nafsunya telah berkurangan.

Mudah-mudahan, kita lebih faham tuntutan Islam dalam urusan hubungan suami isteri ketika berpuasa, sebagai panduan amalan bagi kita menjelang Ramadhan ini.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment