Assalamualaikum,
Saudara, sebelum kita teruskan penelitian kita tentang betapa utamanya puasa Ramadhan, bagi orang yang faham Islam, yakinkan akhiratnya dan mengharapkan kejayaan akhirat dan terselamat dari neraka.
Saudara, dalam hadith berikut disebutkan 3 peluang keemasan bagi seseorang itu untuk berjaya di akhirat - kalaulah dia berkesempatan dan dia faham Islam dan dia nombor-satukan akhiratnya, dan tidak mengalahkan dunianya akan akhiratnya.
Diriwayatkan hadith dari abu Hurairah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Raghima anfu rajulun zukirtu ‘indahu falam yusolli ‘alaiya wa-raghima anfu rajulun dakhala ‘alaihi ramadhanu thumman salakha qabla an yughfara lahu wa-raghima anfu rajulun adraka ‘indahu abawahul-kibara falam yudkhilhu jannata.’ (Yang bermaksud: (Hilang hidung, yakni rompong) Amat rugilahi seorang lelaki (atau perempuan) yang (apabila) disebut nama aku (Nabi) di sisinya maka tidak mendoakan rahmat dia atasku; dan amat rugilah lelaki (atau perempuan) yang masuk atasnya (yakni, datang) bulan Ramadhan kemudian habis/berlalu Ramadhan sebelum bahawa diampuni baginya (dosa-dosanya); dan amat rugilah lelaki (atau perempuan) menjumpai di sisinya kedua orang tuanya maka tidak memasukkannya (oleh kedua orang tuanya, yakni ibu bapanya) akandia ke dalam syurga.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Doa.
[Nota: Ada tiga perkara yang disebutkan dalam hadith ini. Pertama, ketika nama Rasulallah (s.a.w) disebut – sama ada hanya kalimah ‘Rasulallah ‘ atau ‘Nabi’ atau ‘Muhammad’, hendaklah kita sambut dengan ucapan ‘Sallahu-‘alaihi was-sallam’. Jika tidak kita mendapat kerugian yang besar kerana tidak menghormati Nabi (s.a.w). Malah kita tidak akur dengan perintah Allah (a.w) yang menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan para malaikat berselawat atas Nabi (s.a.w), dan Allah (a.w) perintahkan orang yang beriman itu supaya berselawat atas beliau (Ayat 56: al-Ahzab). Kita wajib syukur kerana Rasulallah (s.a.w) yang membawakan agama Allah (a.w) kepada kita. Dialah yang mengajarkan syariat agama Allah (a.w) serta menunjukkan bagaimana hendak mengabdikan diri dengan benar kepada Allah (a.w). Mengabdikan diri bererti kerjakan apa-apa yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sekuat mampu kita, menjauhi dan meninggalkan setiap larangan dan tegahan Allah (a.w), tanpa pengecualian. ‘Sekuat mampu’ ertinya sedaya upaya lakukan, tapi kalau tak mampu setakat termampu.
Kedua, kita pasti rugi jika kita sempat hidup dalam bulan Ramadhan ini, tidak berpuasa sebaik mungkin dengan penuh keimanan dan dengan menaruh sepenuh harapan agar kita memperolehi sebanyak mungkin pahala kerna mengerjakan ibadah yang diwajibkan itu serta mendapat pula ganjaran gandaan pahala maksimum dalam mengerjakan amalan dan ibadah sunnat yang lain, terutama amalan-amalan sunat dalam bulan Ramadhan. Kerana amalan sedemikian dalam bulan Ramadhan digandakan oleh Allah (a.w) jauh lebih banyak gandaannya dari gandaan pahala dalam bulan-bulan lain. Maka dengan itulah kita diberitahu bahawa puasa yang terbaik itu menghasilkan ganjaran pahala yang amat besar, iaitu diampunkan oleh Allah (a.w) segala dosa kita setahun yang lalu, dan kita seumpama dalam keadaan fitrah seolah-oleh sebagaimana seorang bayi yang baru dilahirka oleh ibu kita. Amat rugilah kita kalau kita menemui Ramadhan, kita berpuasa, tapi kita dapat hanya kelaparan dan kehausan sematamata, takda pahala sedikitpun. Orang yang berpuasa dengan tanpa didasari oleh keimanan dan keinsafan yang tinggi, serta tidak tidak kerana mencari pahala terbanyak dari Allah (a.w), malah kekal terjerumus dalam neraka, tidak mendapat syurga. Hanya orang yang berpuasa dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala terbaik sahaja yang berjaya dibersihkan oleh Allah (a.w). Hanya dengan keimanan yang kental dan harapan yang ikhlas untuk mendapat keridaan Allah (a.w) akan menjadikan kita berjaya.
Ketiga, seorang anak, khususnya anak lelaki, yang kedua ibu bapanya masih hidup, tidak mendapat syurga kerana tidak berbuat baik dan menjaga kedua ibubapanya sebaik mungkin, ketika mereka masih hidup. Berbuat baik dan melayani dengan baik kedua ibubapa itu diperintahkan oleh Allah (a.w) pada ayat-ayat berikut:
(a) Ayat 83: al-Baqarah – anak-anak wajib berbuat baik kepada dan terhadap kedua ibubapa mereka;
(b) Ayat 23: al-Isra’ – sentiasa sopan, bersopan santun dan berlemah lembut ketika bercakap dengan kedua ibubapa;
(c) Ayat 24: al-Isra’ – merendah diri, menyayangi dan mendoakan kesejahteraan kepada kedua ibubapa mereka;
(d) Ayat 8: al-Ankabut – berbuat baik kepada kedua ibubapa dan mentaati segala perintah dan suruhan mereka kecuali perintah yang maksiat;
(e) Ayat 15: Luqman – berbuat baik kepada kedua-duanya dan menyukuri mereka kerana telah melakukan segala sesuatu untuk kebajikan hidup kita semenjak dilahirkan;
(f) Ayat 15: al-Ahqaf – mentaati perintah dan suruhan kedua ibubapa;
(g) Ayat 16: al-Ahqaf – menghormati kedua ibubapa (melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan terhadap mereka);
Dalam as-Sunnah lebih banyak lagi perincian perilaku yang diwajibkan atas anak-anak terhadap kedua ibubapa mreeka.
Allah (a.w) memberitahu seseorang yang akui dirinya beriman, jika tidak menyukuri orang lain yang membuat baik terhadapnya, dianggap tidak menyukuri Allah (a.w). Kalau orang tersebut adalah kedua ibubapanya, maka Allah (a.w) tetapkan bahawa si anak itu tidak mensyukuriNya. Orang yang tidak mensyukuri kebaikan kedua ibubapanya dikira tidak beriman. Maka di akhirat tempatnya bukanlah syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak atas keridhaan kedua-dua ibubapa anak. Kalaupun si anak itu orang ‘alim dan ahli ibadah, tak berdosa terhadap Allah (a.w) pun, kalau kedua-dua ibua bapa atau salah seorang dari mereka tak ridha atau menaruh rasa tidak uasa hati terhadap layanan anak-anaknya, maka Allah (a.w) tidak ridha terhadap si anak itu. Keridhaan Allah (a.w) itu terletak ats kridhaan kedua ibubapa kepada si anak. Tidak akan dapat syurga seorang anak yang kedua ibubapanya atau salaha seorang ibubapanya tidak ridha atasnya.
Keridhaan Allah (a.w) adalah tiket atau paspot mendapatkan syurga. Kemurkaan Allah (a.w) itu adalah syarat mutlak menempatkan seeorang itu ke dalam neraka. Jika murka keduanya, atau salah seorang dari kudua-duanya, maka Allah (a.w) juga akan murka. Jika Allah (a.w) murka pasti si anak tak dapat syurga. Justeru itu, bagi kita yang masih ada kedua ibu bapa hendaklah melayani serta melakukan segala sesuatu yang menyukai hati mereka dan mereka ridha terhadap anaknya, supaya Allah (a.w) memasukkan kita, sebagai anak, ke dalam syurga. Mereka yang dilayan sedemikian itu akan merasa rida dan melimpahkan kasih sayang mereka terhadap kita sebagai anak mereka, dan berdoa kepada Allah (a.w) agar kita, sebagai anak, dirahmati di dunia dan selamat di akhirat. Justeru itu, apabila kedua ibu bapa kita meridai kita dan kerana keridaan mereka itu, Allah (a.w) meridai kita.
Di dalam al-Hadith, Rasulallah (s.a.w) menceritakan peristiwa Nabi Sulaiman (a.s) berjumpa dengan seorang iman di kalangan Bani Israil zaman Musa (a.s). Dia ternampak suatu binaan seumpama pintu gerbang di dalam laut. Maka disuruhnya jin Ifrit (jin yang paling alim zamannya) untuk timbulkan binaan tersebut. Jin tersebut tak dapat menimbulkannya. Disuruh orang alim zamannya timulkan, maka dapat ditimbulak. Kemudian tak boleh dibuka. Maka Nabi Sulaiman (a.s) berdoa kepada Allah (a.w) supaya dibuka pintunya. Ketika dibuka terlihat seorang pemuda sedang beribadah. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman (a.s) apakah sebabnya dia berada di dalam binaan tersebut. Diberitahu oleh pemuda itu bahawa suatu hari dia berenang maka tenggelam dan bila dia sedar di dapati dirinya berada dalam binaan tersebut. Nabi Sulaiman (a.s) hairan sekian lama pemuda itu masih hidup tapa bekalan. Apabila dibuka pintunya maka dilihat oleh Nabi Sulaiman (s.a.w) permandangan suatu taman yang amat mengkagumkan dalam taman itu terdapat pelbagai buah-buahan dan makan. Pemuda itu makan apa saja yang dikehendaki oleh hatinya. Rupanya sebuah taman di antara sekian banyaknya taman-taman syurga. Apabila ditanya oleh Nabi Sulaiman (a.s) apakah amalan pemuda itu ketika di dunia yang menyebabkan dia mendapat anugerah Allah (a.w) sedemikian itu. Maka diberitahu oleh pemuda itu bahawa tak banyak amalannyapun, kecuali semasa kedua ibubapanya masih hidup, dia bekerja mencari sara hidup sehari-harian. Apa-apa yang diperolehinya diberinya 1/3 hasil kerjanya (yakni, pendapatannya) kepada ibubapanya, 1/3 lagi disedekahkannya kepada fakir miskin dan 1/3 bakinya digunakannya untuk menyara dirinya sendiri. Demikianlah dilakukannya sehinggalah meninggal kedua ibubapanya. Allah (a.w) memberikan ganjaran syurga sebelum kiamatpun!
Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat begitu besarnya ganjaran Allah (a.w) terhadap anak yang sentiasa mengagungkan dan membela kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup. Pemuda ini diberikan nikmat syurga ketika dunia masih belum kiamat. Dan dia hidup dalam alam ghaib tersebut sehinggalah kiamat dunia, diberikan gajanran syurga, sebelum kiamat dunia!].

Semoga saudara yang masih berkesempatan memaksimumkan keuntungan akhirat dengan merenugkan dan memperbaiki diri supaya berjaya memanfaatkan 3 peluang keemasan tersebut.
Pada masa yang sama janganlah kita atau saudara yang berpeluang menempah syurga, sebaliknya menyediakan diri untuk neraka kerana tidapun melakukan satu daripada 5 perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment