Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung penelitian kita tentang tajuk ini, supya kita faham dan boleh beramal bulan Ramadhan kelak atas dasar ilmu serta kefahaman tentang tajuk ini.
Puasa Ramadhan adalaah ibadah yang utama Islam selepas Solat.Semasa sekolah dahulu kita diberitahu oleh ustaz yang mengajar matapelajaran agama bahawa puasa adalah ke-2 utmanya selepas solat dalam Rukun Islam umat Islam. Puasa memberi kita peluang setiap tahun untuk menghakis dosa-dosa kita yang lalu, kerana sesiapa yang berpuasa menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosanya dan kembali dalam keadaan fitra!
Saudara, seperti yang kita maklum bahawa itu membawa ganjaran pahala yang amat besar, melebihi gandaan pahala lain-lain amalan dan ibadah kerana jika benar-benar akur dengan ketetapan Allah (s.a.w) sebagaimana yang diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berpuasa/puasa bulan Ramadhan telah diwajibkan oleh Allah (a.w) kepada umat-umat sebelum kamu’ (yakni, ahli Kitab, kaum Yahudi dan Nesrani). - Hadith ibnu Khatim.
Puasa yang diwajibkan kepada umat Islam itu telahpun diwajibkan atas manusia zaman awal Islam, mengikut Ayat 183: al-Baqarah ini adalah mewajibkan berpuasa itu lebih ‘strict’ iaitu dibolehkan makan minum dan hubungan suami isterinya sebelum waktu solat Isya’ masuk. Selepas masuk waktu Isya’ tidak dibolehkan. Justeru itu puasa bermula apakala masuknya waktu solat Isya’ itu. Dalam post sebelum ini kita telahpun lihat firman Allah (a.w) ini.
Allah (a.w) memberitahu al-Quran itu diturunkan kepada Rasulallah (s.a.w) pertama kalinya dalam bulan Ramadhan ketika Rasulallah (s.a.w) 'bermunajat kepada Allah (a.w) menyendiri di Gua Hira' - Ayat 185: al-Baqarah. Ketika itu malaikat Jibril (a.s), yang ditugaskan Allah (a.w) untuk menyampaikan wahyu Allah (a.w) serta mengajarkan al-Quran dan al-Hikmah (maksudnya, as-Sunnah) dengan ayat-ayat permulaan Surah Iqra'. Jibril (a.s) sahajalah malaikat yang tunggal diberi kebenaran oleh Allah (a.w) memegang al-Quran 'induk' yang tersimpan di Luh Mahfuz itu. Maka dengan itu ungkapan dalam al-Quran 'tiada siapa yang (dibolehkan) menyentuh al-Quran kecuali orang yang disucikan' yang sering digunakan oleh para ulama' dan ilmuwan aus perdana bahawa all-Quran itu hanya boleh dibaca dengan berwudu' adalah ersilap. Ungapan tersebut itu merjuk keapada malaikat Jibril (a.s) dan al-Quran induk yang tersimpan di Luh Mahfuz tersebut. Kerana, hanya malaikat Jibril (a.s) yang diiktiraf orang yang suci yang dibolehkan melihat al-Quran yang asli di Luh Mahfuz itu. Adapun al-Quran yang kita gunakan sekarang ini adalah salinan al-Quran asal, yang disampaikan oleh Jibril(a.s) kepada nabi (s.a.w) yang kemudiannya dikitabkan mealui pekabagi cara dan media. Maka Islam membolehkan kita memegangnya dan membacanya tanpa berwudu'. Hanyalah wajib kita hormati al-Qurran, maka tidak dibolehkan dibawa masuk ke dalam jamban atau tempat yang bernajis dan diletakkan di bawah kitab-kitab atau buku-buku lain. Al-Quran hendaklah diletakkan di atas dan di atas kitab-kitab yang lain. Tetapi, membacanya tidak diwajibkan ada wudu'.
Kewajipan berpuasa
Saudara,puasa dalam bulan Ramadhan itu diwajibkan oleh Allah (a.w) berdasarkan Ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazi na amanu kutiba ‘alaikumus siam kama kutiba ‘alal lazina min qablikum, la’allakum tattaquna.’ [Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, telah dikitabkan (yakni, diwajibkan) ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu berpuasa, semoga kamu tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa (yakni, orang yang takutkan Allah (a.w) dan mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w)).’ - Ayat 183: al-Baqarah.
Namun begitu, Allah (a.w) memberi keringanan kepada 3 golongan orang Islam, pada awal Islam; dalam Ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Aiyamman ma’dudatin, faman kana minkum maridan au ‘ala safarin fa’indatuun (-um) min aiyamil-ukhar, wa-‘alal-lazina yutiqonahu fidyatun to’am miskinin, faman tatauwa’a khairan fahua khairul-lahu;wa-an tasumu khairul lakum, in kuntum ta’lamuna.’ [Yang bermaksud: (Puasa itu) Beberapa hari yang dapat dihitung, maka sesiapa di kalangan kamu sedang sakit atau sedang bermusafir, maka bolehlah berbuka dan dibayar (atau diganti) pada hari-hari lain. Dan terhadap orang yang memaksa diri untuk berpuasa (yakni, tidak mampu berpuasa), boleh membayar fidyah/tebusan dengan memberi makan pada seorang yang miskin, bagi setiap harinya (dia tidak berpuasa). Dan sesiapa yang suka menambah kebaikannya (yakni teruskan berpuasa) maka itu lebih baik baginya. Dan jika kamu dapat/boleh meneruskan berpuasa maka itu yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui pahala berpuasa itu.] - Ayat 184: al-Baqarah.
Dalam ayat ini, tiga golongan orang iman dibolehkan tidak berpuasa. Pertama, orang yang sedang sakit yang jika dia berpuasa ungkin memudaratkannya atau menjadikan sakit yang dihidapi bertambah serius (life threatening); kedua, ketika bermusafir (dalam perjalanan) yang jauhnya melebihi 2 marhalah, dikhuatiri tidah terdaya; dan ketiga, orang yang merasa dirinya tidak mampu ber;uasa atas apa ua sebab. Tetapi, ketiga-tiga golongan tersebut di wajibkan menggantikan pusanya pada hari-hari lain atau membayar fidyah (i.e. kifarah) kerana tidak berpuasa dengan memberi makan seorang faqir atau miskin seorang setiap hari yang dia tidak berpuasa.Walaupun diberi kelonggaran tidak berpuasa kerana sebab-sebab tersebut, namun Allah (a.w) memperingatkan manusia bahawa berpuasa atau meneruskan berpuasa dalam apa keadaan sekalipun adalah lebih baik. Kenapa? Pahala sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan itu begitu besa lag hebat, kerana jikalah seorang meninggalkan sehari puasa Ramadhan, kemudian menggantinya dengan berpuasa spenjang tahun (i.e. 365 hari) pun, pahalanya tidak sama dengan pahala yang terlepas/hangus yang amat besar kerana sehari tidak berpuasa itu!
Kemudian, kita diberitahu bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bulan Ramadhan Nuzul al-Quran, bak kata majoriti umat Islam - Ayat 185: al-Baqarah. Dalam firman ini kelonggaran yang membenarkan sesiapa yang tak mahu berpuasa memadai membayar fidyah memberi makan seorang miskin itu dimansuhkan:

Firman Allah (a.w): ‘Syahru ramadhanal lazi unzila fihil quranu … Faman syahida minkumusy syahra falyasumhu … (sehingga akhir ayat) … wa la’allakum tasykurun.’ [Yang bermaksud: Bulan Ramadhan itu diturunkan al-Quran … Maka barangsiapa menyaksikan anak bulan itu (yakni, nampak anak bulan Ramadhan) itu wajib dia berpuasa, dan sesiapa yang sedang sakit atau musafir, (boleh berbuka) maka dibayar fidyah sebanyak hari ia tidak berpuasa. Allah (a.w) berkehendakkan untuk keringanan kamu, dan supaya kamu cukupkan bilangannya, dan mengagungkan nama Allah (a.w) (dengan berzikir dan mengerjakan amalan dan ibadah sunat pada malamnya) yang memberi hidayah kepadamu, supaya kamu sekelian bersyukur (terhadap nikmat yang dikurniakan Allah (a.w) atas manusia yang begitu banyak yang tidak dapat dihitung).’- Ayat 185: al-Baqarah
Saudara, ayat yang memansuhkan kelonggaran itu adalah sebahagian Ayat 185: al-Baqarah tersebut, iaitu:
Firrman Allah (a.w): ‘… faman syahida minkumus-syahra fal-ayasumhu
…’ (Yang bermaksud: Barangsiapa melihat anak bulan (Ramadhan) maka
hendaklah dia berpuasa …) – Ayat 185; al-Baqarah.
Ayat ini memansuhkan ketetapan dalam
ayat sebelumnya yang memberi kelonggaran kepada sesiapa yang tidak mahu
berpuasa kerana apa sebabpun dengan membayar fidyah memberi makan seorag miskin
bagi setiap hari dia tidak berpuasa. Namun, kelonggaran kepada yang sakit dan
yang musafir dikekalkan oleh Allah (a.w).
Saudara, pada awal turunnya ayat tersebut, waktu berpuasa itu panjang - mulai masuknya waktu Solat Isya' sampailah keesokan harinya sehingga masuk waktu Solat Maghrib, baru dibolehkan berbuka dan melakukan segala yang lain, termasuklah dalam perkara hubungan suami isteri. Dalam firman itu disebutkan bahawa puasa Ramadhan itu hendaklah bermula setelah melihat anak bulan, tidak boleh digunakan kiraan hisab. Jika mendung, sukar melihat anak bulan, maka umat Islam dikehendaki mengira hari bulan Sya'ban dicukupkan 30 hari. Allah (a.w) memberitahu orang yang diberi kemurahan tidak berpuasa adalah orang yang sakit atau bermusafir, dengan syarat dikenakan fidyah memberi makan fakir miskin seorang bagi setiap hari dia tak berpuasa. Namun, walaupun waktu berpuasa itu panjang namun Allah (a.w) memberi kemurahan kepada umat Islam dibolehkan membayar fidyah tersebut jika tidak mahu berpuasa.
Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Ketika turun firman Allah (a.w) (yakni, ayat al-Quran): 'Ya aiyuhal-lazina amanu kutiba alaikumus-siam kama kutiba ‘ala-lazina min qablikum’ [Ayat 183, Surah al-Baqarah] [Maksud ayat: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan atas kamu sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu …’], maka ada manusia pada zaman Nabi (s.a.w) ketika solat ‘Isya’ diharamkan atas mereka makan dan minum dan menjimak (i.e. menyetubuhi) isterinya, dan berpuasa sehingga esoknya. Maka melanggar seorang lelaki akan (ketetapan tersebut oleh) dirinya maka dijimaknya perempuan (yakni, isterinya) dan sungguh-sungguh (selepas masuk waktu) solat Isya’ dan tidak berbuka dia (yakni, meneruskan puasanya), maka mengkehendaki Allah (a.w) bahawa menjadikan demikian (yakni, peristiwa sebagai asbabul nuzul (penyebab) turunnya ayat yang memberi) keringanan bagi orang-orang yang tertinggal (yakni, orang kemudian) dan satu kemurahan dan memanfaat.’ Maka berfirman Allah (a.w) yang maha lohor '... alimallahu annakum kuntum tahthanuna anfusakum ...' [Ayat 187: al-Baqarah] [Maksud ayat: ‘Tahu Allah (a.w) bahawasanya kamu ada membuat pelanggaran (yakni, semasa dalam berpuasa) atas diri kamu …’] dan adapun ini (ayat ini) memberi manfaat Allah (a.w) dengannya kepada manusia dan satu kemurahan bagi mereka dan satu keringanan.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Saum.
Asbabul nuzul ayat ini adalah peristiwa ini. Apabila turun Ayat 187: al-Baqarah ini, semua umat Islam diwajibkan berpuasa dan tidak dibenarkan membayar fidyah jika tak mahu berpuasa. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah siapakah yang boleh tidak berpuasa dan dikenakan membaar fidyahatau membayarnya pada hari-hari lain dalam bulan-bulan lain.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment