Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telah teliti ilmunya mengenai tambahan pahala yang termungkin dalam bulan Ramadhan, selain puasa yang dikhususkan oleh atas puasa Ramadhan itu sendiri. Kita telah maklum, bagaimana mendapat pahala tambahan ketika berbuka dan bagaimana pula mendapat [ahala tambahan ketika bersahur. Dalam post kali ini kita teliti pula suatu amalan yang membolehkan kita menggandakan pahala puasa kita atau pahala yang kita perolehi dalam bulan Ramadhan dengan menjamu atau memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa.
Saudara, dalam post yang lalu kita telah teliti ilmunya mengenai tambahan pahala yang termungkin dalam bulan Ramadhan, selain puasa yang dikhususkan oleh atas puasa Ramadhan itu sendiri. Kita telah maklum, bagaimana mendapat pahala tambahan ketika berbuka dan bagaimana pula mendapat [ahala tambahan ketika bersahur. Dalam post kali ini kita teliti pula suatu amalan yang membolehkan kita menggandakan pahala puasa kita atau pahala yang kita perolehi dalam bulan Ramadhan dengan menjamu atau memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa.
Menjamu orang yang berpuasa
(Maksudnya, memberi makan dan minum ketika berbuka)
Saudara, Allah (a.w) itu amat pemurah. Malah, jika seseorang itu kaya, berharta atau berduit, dan dia pula tidak bakhil/kedekut, dan amat dermawan, maka Allah (a.w) berikan dia peluang yang amat banyak untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimamannya dalam Islam, sehingga disayangi Allah (a.w). Malah dia boleh menmpah tiket ke syurga tyang tertinggi, yang terkeatas - Syurga Firdaus. Antara caranya adalah menepati ketetapan hadith berikut, ketika tibanya Ramadhan, menjamu orang yang berpuasa ketika berbuka.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ daripada Zaid bin Khalid al-Juhani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjamu (memberi makan dan minum) orang yang berpuasa adalah baginya seumpama pahala seperti orang yang berpuasa, tidak mengurangi dari pahala orang-orang yang berpuasa sesuatupun.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Saum
Dalam urusan memberi makan/menjamu orang yang berpuasa ketika berbuka, yang utama kita fahami adalah puasa seseorang yang Islam itu ada tahap pahalanya. Kita diberitahu bahawa seseorang yang berbuat kebaikan dalam Islam – membuat sesuatu yang disuruh atau sesuatu yang diakui amal makruf, yakni kebaikan – diberi pahala antara 10 hingga 700 gandaan pahala. Ini bergantung kepada kemurniaan amalan seseorang itu serta kebenran niatnya dalam melakukan sesuatu perbuatan/amalan itu. Kalau kita memberi makan dan minum, ketika berbuka puasa seseorang yang berpuasa itu, maka kita boleh mendapat pahala kerana menjamu dia makan dan minum ketika berbuka itu, antara 10 hingga 700 gandaan pahala. Jelaslah, kemnfaatan maksimum yang kta dapati adalah menjamu orang yang puasa diakui terbaik dari penilaian Islam – dari segi kemurnian, ketkwaan dan keikhlasan hatinya.
Sehubungan itu pula, Allah (a.w) memberi kta tahu bahawa gandaan pahala terhadap seseorang yang berpuasa itu terpulang kepada budibicara Allah (a.w). Kalau nilainya tinggi, maka Allah (a.w) menggandakan lebih dari 700 gandaan yang biasa. Maka dengan itu, memberi makan atau menjamu orang yang tinggi nilai puasanya – orang yang bertaqwa dan orang yang beriman dan dia sentiasa berusaha memperbaiki keimanannya, meningkatkan ketaqwaannya, yang yang sedikit melakukan maksiat, dan banyak beramal soleh, adalah lebih menguntungkan yang ingin menjamu mereka atau membei makan kepada orang yang berpuasa. Kerana pastilah pahalanya banyak. Menjamu orang sedemikian itu membawa matfaat terti ggi kepada kita yang menjamunya!
Kita diberitahu bahawa, seseorang itu diktirf halal hidupnya di duni kalau dia berjema’ah dan memiliki seorang imam yang dia bai’at, maka kealalan tesebut, memberikan pahala yang besar pula. – Ayat 59: an-Nisa’. Kemudian kita juga diberitahu bahawa umat Islam yang daikui Islam atau diktirah benar Islamnya kalau dia brjema’ah dalam Islam – Ayat 103: ali-Imran. Dan, tambahan pula kita juga diberitahu bahawa sesiapa yang mngamalkan bida’ah – yang dikira batil dalam Islam – telah menghapuskan segala pahala amalan dan ibadahnya. Maksudnya, orang sedemikian itu bankruf (yakni, muflis pahala akhirat) – tidak mendapat sebarang pahala terhadat setiap amalan dan ibadahnya, trmasuklah ibadah puasanya sendiri. Justeru jika kita menjamu mreka itu, maka kita kerugian – tak dapat seabrang pahala, walaupun dia berpuasa dan kitta menjamunya ketika berbuka! Selain tu, seorang Islam yang yang meninggalkan soatnya, walaupun satu waktu, tanpa sebab kecuali atas kehendak hatinya, maka dia juga terkeluar dari Islam, maka tidak layak mendapat syurga. Seorang yng akui dirinya Islam tetapi menolak as-Sunnah atau sebahagian as-Sunnah atau satu ketetapan as-Sunnah, telah mengingkari perintah Allah (a.w), maka dia melakukan perbuatan/amalan ‘kekufuran. Dan menjadi dia, sebagai pelakunya, kafir, dia rugi dan kitapun rugi. Dan orang-orang yang sedemikan itu tidak mendapat pahala. Demikian jugalah orang yang kita jamu tersebut mengutamakan dunia berbanding akirat, walaupun dia berpuasa, maka pahalanya rendah. Maka apabila kita inginkan pahala sedemikan, wajarlah kita berbelanja untuk memberi makan kepada orang yang baik akhlaknya, banyak ilmunya, faham dia agamanya dan beramaldia dengan segala ketetapan Allah (a.w) sekuat mampunya.
Maka jika kita jamu -memberi makan dan minum ketika berbuka kepada - orang sedemikian itu, untuklah kita, mendapat gandaan pahala terbanyak.Jikalah puasa sifolan yang kita jamu itu diberikan gandaan pahala oleh Allah (a.w) 100,000 gandaan, maka kita juga mendapat ganjaran gandaan tersebut kerana kta menjamunya atau memberi makan dan minum ketika dia berbuka, tanpa menjejaskan sedikitput pahala puasa yang dia sendiri dapati/perolehi daripada puasanya hai itu atau mana-mana haripun! Alangkah besarnya dividen ahirat kepada orang yang sua menjamu orang puasa makan Kerana itulah jika saudara bekesempatan berpuasa di Mekah di Masjidil Haram, kita akan melihat begitu ramainya orang yang suka menjamu makan minum kepada jema'ah yang berbuka menunggu Solat Maghrib di Kaabah. Fikirkanlah kalau seorang itu mendapat ganjaran gandaan pahala 100,000 gandaan kerana murninya segala-gala menyentuh puasanya, dan dia berpuasa pula di Masjidil Haram, di mana setiap amalan digandakan 100,000 gandaan, fikirkan apakah yang kita perolehi dengan menjamu seorang ketika berbuka? 100,000 x 100,000 dan kalau 100 orang pula/ 100,000 x 100,000 x100/ Begitu banyaknya dividen/simpanan pahala akhirat yag kita dapati.
Sebaliknya, kita jua diberitahu bahawa setiap amalan seorang yang akui dirinya Islam itu tidak diterima Allah (a.w) (i.e. tidak mendapat ganjaran pahala) jika dia beramal tetapi di luar jema’ah. Samalah kesnya kesemua amalan dan ibadah seseorang yang Islam tetapi mencemarkan kesemua atau sebahagian ibadahnya dan amalannya dengan ‘bida’ah’. Hilang segala pahala yang termungkin baginya. Kalau kita sponsor makan minum mereka sedemikian itu, maka rugilah kita. Tidak mendapat apa-apa ...
Begitu jugalah, kalau seseorang itu mengamalkan pelbagai bentuk bida'ah yang ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Maka, kalaulah kita sponsor orang yang sememang secara tabi'inya dia mengamalkan pelbagai bida'ah, maka rugilah kita, kerana amalan puasanya sebagaimana amalannya yang lain, batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Malah dia dihukumi oleh Islam sebagai terkeluar dari Islam tanpa dia menyedarinya. Maka sponsor orang yang sedemikian itu, tidak menghasilkan apa-apa dividen/pahala akhirat bagi kita yang berpuasa ...
Saudara, insya Allah, dalam post yang akan datang kita akan teliti apakah yang membatalkan amalan dan inbadah dari mendapat ganjaran pahala, maksudnya diterima Allajh ( a.w) amalan dan ibadah kita. tujuannya, supa janganlah kita kerugian dalam bulan Ramadhan yang akan datang ini, kerana kita diberi peluang untuk membersihkan diri kita dan mendapat syurga, tetapi gagal,kerana kejahilan kita atau kealpaan kita dalam beramal dan beribadah, wal a'uzubillah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment