Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita teliti pula apakah yang kita beri keutamaan menjelang Ramadhan ini, kerana difahamkan pihak Tabung Haji akan membuat keputusan terhadap 'reserved list' untuk berpeluang mengerjakan haji dalam bulan Ramadhan ini ditentukan oleh Tabung Haji.

Mampu Kemudian Mati Tidak Mengerjakan Haji, Kafir
Saudara, ketka berakhirnya Ramadhan, umat Islam merayakan dua kejayaan, iaitu berjaya menamatkan ibadah puasa Ramadhan sebulan yang dapat membebaskan mereka dari siksaan neraka, jikalah puasanya menepati ketetapan Islam - tidak melanggar, mempersungguh beramal dengan mengamalkan amalan dan ibadah sunat, berterawih setiap malam, membaca al-Qurran, berzikir dan berdoa, berIktikaf di masjid menunggu Malam al-Qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan. Kemudian, umat Islam menyambung pula dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Puasa Ramadhan yang penuh dengan ditambah Puasa Enam Hari dalam bulan Syawal, selepas 1 Syawal, memberikan pahala seumpama berpuasa setahun.
Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru Ibni Muslim al-Bahiliu, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith dari Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘Walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabila.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa diberi kekuasaan (yakni, kesempatan dan bekalan) dan kenderaan untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya (Islam) apakala mati dia maka mati dia sebagaimana (matinya) seorang Yahudi atau orang Nesrani, dan demikianlah bahawasanya Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (yakni, al-Quran): ‘wa-lillahi 'alan-nasi hijjul baiti manis-tota'a ilaihi sabilan;' (Yang bermaksud: Dan diwajibkan oleh Allah (a.w) atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya’ (Ayat 97: ali-Imran di atas yang dirujuk).) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Peringatan Allah (a.w) ini amat penting diberi perhatian. Sesiapa yang sudah sampai kemampuan untuk mengerjakan haji, tidak mengerjakannya jika ditakdirkan sampai ajalnya, mati dia, maka matinya dikira mati sebagaimana matinya seorang Yahudi atau Nesrani mati, maksudnya mati keadaan kafir.
Hendaklah Disegerakan Berhaji
Saudara, hadith pendek ini memberitahu kita bahawa sesiapa yang ingin mengerjakan haji - sudah bersedia dari segi mengadakan pebelanjaan untuk haji, perjalanan ke Mekah dan meninggalkan sekcup bekalan kepada anggota keluarga yang ditinggalkan, maka hendaklah dia segerakan berhaji.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man aradal hajja falyata’ajjal.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa hendak mengerjakan haji hendaklah disegerakan olehnya (mengerjakan haji) - Hadith Abu Daud.
Ketetapan ini sejajar dengan ketetapan dalam hadith di atas itu., ditakuti mati belum sempat mengerjakan haji.Saudara, hari ini Tabung Haji sahaja yang memberi kebenaran untuk seseorang itu menunaikan haji. Dikawal rapi. Ada yang terpaksa tunggu 15 atau 20 tahun - ikut giliran baru diberi laluan untuk pergi haji. Oleh itu, tidaklah mereka berupaya walaupun sudah mampu untuk berhaji. Terlepaslah dari syarat tersebut. Namun, kita diberitahu mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala seumpama pahala haji atau pahala haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, yang mampu berhaji, tak dapat segera berhaji, pergilah umrah dalam bulan Ramadhan.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa orang Yahudi dan Nesrani berpecah menjadi 71 atau 72 golongan atau firqah dalam agama (asal) mereka, kesemuanya masuk neraka. Kerana? Orang Yahudi telah menyimpang dari ajaran Musa (a.s), dan menyimpang dari Kitab Taurat. Begitu juga orang Nesrani, mereka telah menyimpang dari ajaran Nabi Isa (a.s), dan menyimpang dari Kitab Injil. Kerana kitab-kitab agama panduan mereka sekarang ini – sama ada The Old Testament atau The New Testament atau The Bible (termasuk The Bible of St Barnabas, bukanlah Kitab Taurat atau Kitab Injil, kerana telah diubahsuai/dipinda oleh para ulama’ mereka. Maka mereka itu kafir walaupun berkerunun 'ahli kitab'. Kesemua kitab tersebut adalah cedukan dari Kitab Injil atau Kitab Taurat – yang disenangi diambil yang tidak disenangi (yang menyusahkan, ditolak atau ditinggalkan); dan ditambah pula Tuhan yang Tiga Serangkai, Jesus (kononnya Isa (a.s)) adalah anak tuhan, dan sebagainya.
Siapakah 'ahlus sunnah wal-jama'ah'?
Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu pula bahawa apabila beliau telah wafat, umatnya (umat Islam) akan berpecah menjadi atau mengikuti 73 fahaman atau aliran Islam atau perkumpulan Islam, 72 fahaman atau aliran atau perkumpulan atau mazhab Islam masuk neraka (maksudnya, gagal mendapat syurga), walaupun mereka menyangka mereka benar-benar Islam dan hanya satu fahaman atau aliran Islam sahaja yang mendapat syurga, iaitu golongan atau fahaman atau aliran Islam yang berpandukan ‘ma ana ‘alaihi, wa-ashabi’ (Yang bermaksud: apa-apa yang aku (Nabi) dan para sahabatku berada atau berpegang atasnya), maksudnya al-Quran dan as-Sunnah, dan ‘wa-hiya jama’ati’ (Yang bermaksud: dan mereka berjema’ah dalam Islam).
Saudara, para ulama' arus perdana sering menyebutkan tentang hakikat 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Tapi, mereka silap faham. Yang benar adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) di atas itu.
Ketetapan ini sejajar dengan ketetapan dalam hadith di atas itu., ditakuti mati belum sempat kita memahami Islam yang benar itu. Islam yang benar itu adalah panduannya al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah apa yang ditulis oleh para ulama; dalam kitab-kitab mereka, kerana kebanyakan kitab karangan manusia mengandungi pendapat, pandangan dan anjuran yang menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - maksudnya mengubah aqidah dan syariat Islam yang benar.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment