Monday, June 23, 2014

Puasa Ramadhan: Peringatan (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu menyentuh tajuk ini, banyak perkara gesaan dan larangan telah kta pelajari dan, insya Allah, fahami dan jadikan panduan sepanjang Ramadhan ini. Pertama, kerana kejahilan kita tentang Islam - aqidah dan syraiatnya - kerana kita tidak mengendahkan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam banyak perkara, paliang utama mengaji atau menuntut ilmu yang pula diwajibkan atas kita supaya faham Islam yang benar itu apa? Mengamalkan syariat Islam yang tidak menepati ketetapan Allah (a.w) astilah rugi kerana segala amalan dan ibadah ditolak Allah (a.w). Kedua, jika kita berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dengan tujuan semata-mata mengharapkan pahala terbanyak dari Allah (a.w), maka di akhir Ramadhan kita dibersihkan dari dosa-dosa yang telah lalu; ketiga, kita amat rugi jikalah di akhir Ramadhan kita tidak mendapat perlepasan dari neraka kerana tidak berjaya dalam bulan Ramadhan semata-mata kerana kesalahan dan kealpaan kita; keempat, kita derhaka kepada kedua orang tua (i.e. ibu bapa) kita, maka setiap amalan dan ibadah kita ditolak oleh Allah (a.w) - tidak diterima Allah (a.w); kelima, kita mengamalkan 'bida'ah', maka batal segala amalan dan ibadah kita, tidak diterima Allah (a.w); keenam, kita menolak perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan sebaliknya mempercahayai atau menganggap betul kata-kata manusia dan menidakkan sabda Rasulallah (s.a.w), maka terbatal segala amalan kita, maka masuk neraka kita kelak; ketujuh, bercengkerama suami isteri di siang hari sehingga terjadi persetubuhan yang mewajibkan kita dikenakan kifarah yang berat. Maka Walaupun, kita berjaya berpuasa baki hari-hari bulan Ramadhan tersebut, tetapi tidak dapat pembebasan yang dijanjikan oleh Allah (a.w); kedelapan, kita berpuasa tetapi kita sepanjang hari atau sebahagan hari dalam bulan Ramadhan itu mencaci, mengata, mentohmah, memfitnah, bercakap dusta/berdusta dan lain-lain perbuatan keji/jelik melalui lisan atau perbuatan/perlakuan, maka terhakis segala pahala yang termungkin dari sebarang amalan kita; kesembilan, seorang yang sengaja membatalkan puasanya atau tidak berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan, tanpa sebab yang dibolehkan oleh Allah (a.w). Dan, banyak lagi ...

Diriwayatkan hadith daripada ‘Umarah bin ‘Umairin, hadith daripada Ibni Mutawasin, hadith daripada bapanya berkata Ibnu Kathir (juga seorang ulama’ muhadithin), hadith daripada Abi Mutawasi, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain kemurahan atau memberi kemurahan atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya) tidak membayar (mengganti) daripadanya puasa sepanjang tahun! (Yang bermaksudnya, jika dia berpuasa setahun sekalipun tidak dapat mengganti dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai membayar kifarah dia berbuka atau tidak berpuasa sehari itu)’ - Hadith Abu Daud, Kitab Saum. 
Saudara, kita maklum orang yang diberi keringanan supaya tak berpuasa adalah disebutkan dalam hadith di atas itu. Jika tidak temasuk, maka tidak berpuasa melepaskan peluang tersebut!

Peluang istemewa menempah syurga
 
Saudara, kita rujuk semula kepada keistemewaan Malam al-Qadr itu, dengan meneliti semula dua potong hadith berikut:

Kefadhalan Malam Qadr 
 
Saudara, yang diharapkan oleh orang iman dalam bulan Ramadhan adalah menemui Malam al-Qadr.

Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalnahu fi lailatil-qadri @ Wama adrakama lailatul-qadri? @ Lailatul-qadr khairun min alfi syahrin @. Tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi-iznil rabbihim min kulli amrin @ Salamun hia hatta matla’il-fajr.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan (al-Quran) dalam malam qadar. Dan tahukah engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) apa itu malam qadar? Adapun malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Aku (Allah (a.w)) turunkan para malaikat dan ruh (yakni, malaikat Jibrail (a.s)) mengetuai rombongan para malaikat turun ke langit dunia) di dalamnya (malam qadar) dengan izin Tuhan mereka (yakni, Allah (a.w)) dari tiap-tiap perkara (yakni, membawa berbagai kurniaan Allah (a.w) bagi manusia yang berjaga dan beramal dan beribadat untuk mendapatkan pelbagai kurniaan dan rahmat Allah (a.w)) pada malam-malam Ramadhan. Keselamatan bagi mereka (yakni, manusia yang menemui malam Qadr itu) (para malaikat berada di bumi) sehingga terbit waktu fajr (Subuh) (apabila mereka naik semula ke langit)) - Ayat 1 hingga 5: al-Qadr.
Saudara, dalam Surah ini Allah (a.w) memberitahu kefadhalan malam al-Qadr itu. Siapa yang menemuinya pasti terlepas dari neraka dan mendapat syugra. Ini diperjelaskan lagi dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Malam al-Qadr itu tidak mudah ditemui, kecualilah kita memperbanyakkan amalan/ibadah sunat ketika siang dan malam hari Ramadhan,  melipatgandakan amalan, termasuk bersolat Terawih, beriktikaf, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa, memberi makan orang berpuasa, membanyakkan sedekah, infaq, dll.


(-) Model orang alim sebelum Islam
Keistemewaan kepada umat Muhammad (s.a.w)
 
Saudara, hari ini mungkin kita terpesona dengan kehebatan orang alim dari segi ilmunya, penampilannya serta kebijaksanaannya bercakap, sehinggakan ada orang yang tak lebih dari pakar motivasi yang mempunyai ilmu yang sedikit mengenai Islam, tetapi dapat menonjolkan dirinya seolah-lah dia orang berilmu (i.e. ulama') berakap tentang perkara agama. Malah diakui oleh masyarakat sedemikian, kerana penampilan dan penonjolan mereka. Sama seperti para artis dan penyanyi, popular dalam masyarakat, dan mendapat bayaran yang tinggi pula apabila dijemput berceramah atau menyampaikan tazkirah!
Hari ini ramai 'ulama' atau 'ilmuwan' yang memiliki ijazah yang hebat, termasuk Ph D, dan mereka menulis buku dan bercakap tentang Islam - syariat dan ketetapannya, sebagai seorang yang pakar. Malah mereka bercakap tanpa sedikitpun merujuk kepada firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w), tetapi merujuk kepada mahaguru itu dan ini, ulama' itu dan ini, seolah-olah mereka menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah dan menombor-satukan pendapat manusia. Demikianlah sinario zaman akhir ini.
Saudara, Islam mewajibkan umatnya mengaji dan belajar ilmu. Jika begitu sesiapa yang tidak belajar ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam dianggap berdoa setiap saat dan ketika! Ramai orang belajar ilmu, sehinggakan - seperti yang kita sebutkan di awal tulisan ini - ramai yang bergelar 'Dr' kerana memiliki ijazah Ph D alam disiplin agama/ilmu agama. Tapi, mereka belum tentu alim atau berilmu dalam konteks Islam. Ilmu yang diwajibkan umat Islam belajar sepenuhnya adalah 3: pertama, ilmu al-Quran - membaca, memahami dan menghafal ayat-ayat yang diperlukan untuk solat; kedua, as-Sunnah atau al-Hadith; dan ketiga, ilmu Faraid atau ilmu pembahagian harta warisan dalam Islam. Menyentuh tentang as-Sunnah itu terdapat 49 ulamak muhadithin - menulis/merakamkan hadith-hadith Rasulallah (s.a.w), yang mana 6 daripada 49 tersebut dinobatkan sebagai Kutubul Sittah atau Kitab yang Enam, yang dijadikan oleh majoriti ulama'/disepakati oleh ulama' muhadithin sebagai sahih dan sah dijadikan asas-asas hukum dalam Islam. Kitab-kitab tersebut adalah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah. Orang yang diiktiraf ulama' adalah mereka yang khattam 6 kitab ini, belajar dari guru yang juga khattam 6 kitab ini. Mereka bukan semata-mata khattam, tetapi mengamalkan apa yang mereka pelajari dan mengajarkan pula orang lain apa yang mereka pelajari tanpa menagih bayaran - itulah 'ulama' yang benar. Justeru itu, kita harus kagum dengan orang alim dan ulama' yang disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan daripada Ali bin ‘Urwat (r.a.) katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) menyebutkan (yakni, menceritakan) bahawa pada suatu hari (zaman sebelum Islam) empat orang (yang amat ‘alim) keturunan Bani Israel yang menyembah (yakni beribadat dan mengabdikan diri) kepada Allah (a.w) selama delapan puluh (80) tahun tiada sekali-kali mereka menentang (mungkar atau melakukan apa-apa maksiat atau pelanggaran, yakni dosa) walau sekelip matapun, maka menyebutkan oleh Nabi (s.a.w) akan (yang empat orang itu adalah) Ayub (a.s), dan Zakaria (a.s), dan Hizkil bin ‘Ajuz (r.h), dan Usaq bin Nun (a.s).’ Maka berkata Ali (perawi hadith ini): ‘Maka hairanlah para sahabat Rasulallah (s.a.w) daripada yang demikian itu (kerana mana mungkin mereka (yakni, para sahabat) mencapai tahap amalan begitu ‘par excellence’ selama 80 tahun).’ Maka datanglah Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w) seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Hairankah umat kamu daripada ibadat golongan mereka itu yang beramal selama delapan puluh tahun dan tiada mereka menentang Allah (a.w) walau sekelip matapun? Telah menurunkan oleh Allah (a.w) yang lebih baik dari itu.’ Maka membaca Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w)(Surah al-Qadr): ‘Inna anzalnahu fi lailatil Qadri, wama adrakama lailatul Qadri, lailatul Qadri khairum min alfisyahr…al-ayat.) (sambil berkata) ‘Ini lebih afdhal (yakni lebih banyak fadilatnya atau pahalanya) daripada apa yang kamu dan umat kamu hairankan itu (yakni, lebih banyak pahala dan fadilatnya dari amalan empat orang wara’ Bani Israil selama delapan puluh tahun itu).’ Maka berkata Ali (r.a): ‘Maka disenangkan (yakni, digembirakan oleh Allah (a.w)) dengan yang demikian itu oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) dan umat manusia yang beserta dengan Nabi (s.a.w) (yakni umat Islam).’ - Hadith Ibnu Khatim.
[Nota: Daripada 4 orang itu, semuanya nabi kecuali Hizkil. Keempat-empat mereka adalah orang alim zaman sebelum Islam mengikuti syariat agama Islam zaman-zaman mereka.]
Saudara, beruntunglah sesiapa yang diberikan kesempatan/izin Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr itu. Orang yang tidak tertib berpuasa atau berpuasa tetapi tidak menepati pra-syarat puasa yang dikerjakan semata-mata kerana mencari ridha Allah (a.w), tidak mengerjakan amalan-amalan sunat terutama Solat Terawih, di malam-malamnya, tidak pula menjaga mulut dan pelakuannya, tidak berIktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan di masjid/surau, sebagai contoh, pasti tidak akan menemui Malam al-Qadr itu.

(-) Doa ketika menemui al-Qadr 
 
Saudara, kalaulah ditakdirkan Allah (a.w) kita menemui malam al-Qadr itu, apakah doa yang kita perlu baca? Ini diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Kahmasi bin Hasan, hadith daripada Abdullah bin Buraidah, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah pandangan engkau jika tahu aku malam mana malam Qadar (lailatul-Qadr) itu, apakah yang aku kata (baca atau do’akan) di dalamnya?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Engkau bacalah ‘Allahumma innaka ‘afu-un karimun tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘anni’. (Maksud do’a: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau (Allah (a.w)) maka Pengampun, maha Mulia, senang (suka Engkau (Allah (a.w)) pada memberi pengampunan, maka ampunilah diriku.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Da’wat (Do’a).
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa mudah-mudahan kita boleh berpuasa sebaik mungkin Ramadhan ini demi akhirat kita, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment