Tuesday, June 10, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita mengenai Puasa ramadhan, kerana puasa ramadhan adalah satu daripada lima Rukun Islam, yang membuktikan seseorang itu Islam. Kalau seseorang itu akui dirinya Islam, kemudian dia tidak kerjakan tuntuan Rukun Islam, maka belum Islam dia. Ingatlah menyebut dua kalimah syahadah sahaja, tidak membuktikan seseorang itu Islam, kerana sekarang ini orang kafirpun pandai mengucap!
Saudara, kali ini kita lihat apakah perlakuan yang mendatangkan pahala tambahan dalam bulan Ramadhan. Kerana, mencari pahala sebanak mungkin dalam bulan Ramadhan untuk mendapat kejayaan didebaskan dari neraka dan diberi ganjaran syurga, adalah peluang terbai bagi orang Islam, ketika tibanya Ramadhan. Kita telahpun tahu bahawa pahala puasa Raadhan itu begitu besar, kerana kemuncak amalan yang terbaik kerana berpuasa adalah dibebaskan dari neraka dan diberikan syurga. Begitu jugalah orang yang berjaya menunaikan haji sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah juga mendapat ganjaran tertinggi, iaitu dibebaskan dari neraka dan diberikan syurga, kerana dia kembali darri ibadah haji seumpama seorang bayi yang bari dilahirkan dalam keadaan fitrah, tiada mempunyai dosa lagi.
Dalam post ini kta teliti apakah pahala=pahala tambahan dalam bulan Ramadhan bagi mereka yang beruasa. Kita lihat beberapa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Pahala Tambahan: Puasa Ramadhan

Saudara, pahala mudah dalam bulan Ramadhan adalah menyegerakan berbuka apabila masuk waktu berbuka.Dan, mendapat pahala pula jika dimulakan berbuka dengan buah tamar atau kurma atau, jika tiada bekalan kurma atau tamar, maka minumlah air yang manis.

Berbuka

Saudara, dalam hadith dibawah ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah kita ada tamar atau kurma, maka berbukalah dengan tama atau kurma. jika tiada minum air yang manis, untuk membersihkan perut yang kosong separuh hari.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w); ‘Barangsiapa mendapat dia akan tamar (kurma) maka hendaklah berbuka puasa dengannya, maka barangsiapa tidak dapat maka hendaklah berbuka puasa atas air (yakni, dengan air), maka sesungguhnya air itu suci (mensucikan perut kamu).’- Hadith at-Termidzi
Justeru itu, berbuka dengan kurma (tamar) itu mendapat pahala sunnah, begitu juga air, jika tiada kurma. Begitu juga hadith berikut memberikan dalil yang sama mendapat ganjaran pahala sunat apabila berbuka dengan memulakan makan kurma (tamar):
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman bin ‘Amir ad-Dhabii (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Apabila berbuka puasa seseorang daripada kamu maka hendaklah berbuka atas (yakni, dengan) tamar (kurma), maka bahawasanya barakah (yakni, berkat), maka barangsiapa tidak dapat (menjumpai)(tamar), maka berbukalah atas (yakni, dengan) air, bahawasanya air itu mensucikan perut kamu).’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi
Justeru itu mendapat berkat atau barakah berbuka dengan kurma, jika tidak ada kurma hendaklah dengan air, disamping mendapat pahala sunnah. Juga, mengikut hadith dibawah ini pula, kita diberitahu amalan sunnahnya iaitu hendaklah berbuka dahulu barulah mengerjakan solat:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adalah Nabi (s.a.w) berbuka puasa dia dahulu daripada solat atas beberapa (biji) rotab (iaitu buah kurma yang baru masak belum kering), maka jika tidak ada beberapa (biji) rotab, beberapa biji tamar (kurma kering) menghirup dia beberapa hirupan air.’ - Hadith hasan gharib at-Termidzi
Justeru itu, usahakanlah membeli kurma - teutama kurma rotab itu, supaya kita mendapat pahala tambahan dan keberkatan.

Doa ketika berbuka

Seperti biasa setiap kali kita makan dan minum kita menyebut 'Bismillah' (bukan Basmalah) serta dikuti dengan doa, sebagai menunjukkan kita brsyurkur kepada Allah (a.w) yang telah memberikan rezki makanan dan minuman. Begitu jugalah ketika selesai makan atau minum, maka ucapkanlah 'Alhamdulillah', kemdia dibacalah doa yang digalakkan kita baca.
Diriwayatkan hadith daripada Marwan, iaitu Ibnu Salim al-Muqafa’ berkata: ‘Aku melihat Ibnu Omar (r.a) menggenggam atas janggutnya maka mengguntingnya tidak melebihi tapak tangannya, dan bekata dia: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) ketika berbuka bersabda (atau membaca do’a): ‘Zahabaz-zamau watallatil-‘uruqu wathabatal ajru insya Allah’ [Maksud do’a: ‘Telah hilang dahaga kehausan dan basahlah kerongkongku dan tetap pahala jika mengkehendaki Allah (a.w).’ [Hadith Abu Daud, Kitab Saum]
Dalam hadith dibawah ini disebutkan pula satu lagi doa yang boleh kita baca ketika berbuka. Sperti biasa apapun doanya, hendaklah kta ulakan makan dengan menyebut 'Bismillah' dan ketika selesai, kita sebutkan 'Alhamdulillah', kemudian bacalah doa selepas makan/minum.
Diriwayatkan hadith daripada Muaz bin Zuhrah (r.a) bahawasanya disampaikan pada Muaz daripada Nabi (s.a.w): ‘Apabila ada berbuka Nabi (s.a.w) bersabda dia: ‘Allahumma laka sumtu wa’ala rizkqika aftartu.’ [Maksud do’a: ‘Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Kerana Engkau aku berpuasa dan atas rezki Engkau aku berbuka.’]‘ [Hadith sahih Abu Daud, Kitabus Saum] Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda dia: ‘Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) itu ialah makan sahur.’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi, Muslim, an-Nasa’i, dll

Bersegera berbuka

Saudara, kita dsuruh supaya ketika masuk waktu berbuka puasa, iaitu masuk Waktu Maghrib, maka bersegeralah berbuka.
Diriwayatkan hadith dari Abu Zarr (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Selalulah umatku dalam keadaan kebaikan (ie. mendapat pahala) selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur.’ - Hadith Imam Ahmad
Saudara, dalam hadih berikut Allah (a.w) sendiri memberitahu bahawa Dia sayangi orang yang segera berbuka ketika sampai waktu berbuka puasa.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) mengatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabd bahawa Allah (a.w) berfirman: ‘Ahabbu ‘ibadi ilaiya ‘ajaluhum fitran’ [Yang bermaksud: HambaKu yang amat Aku sayangi ialah yang segera berbuka puasa bila tiba waktunya.’] - Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi.
Demikianlah juga gesaan Rasulallah (s.a.w) supaya mengeerakan berbuka ketika sampai waktu berbuka.
Diriwayatkan hadith daripada Omar bin Khattab (r.a) katanya: ‘Telah berabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila datang malam dan telah pergi siang dan telah lenyap matahari, maka sungguh-sungguh berbukalah engkau.’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w), Yang Maha Luhur lagi Maha Agung, ‘Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’ - Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi.
Juga, menjadi sunnah (atau mendapat pahala sunnah), menyegerakan berbuka dan menyegerakan bersolat:
Diriwayatkan hadith daripada Abi ‘Atayah (r.a) berkata: ‘Masuk aku dan Masyruq atas (yakni, ke rumah) Aisyah (r.ah), maka berkata kami: ‘Wahai Ummul Mukminin! Ada dua lelaki (dari kalangan) sahabat Nabi (s.a.w) salah seorang daripadanya menyegerakan berbuka dan menyegerakan solat, dan yang lainnya melambatkan berbuka dan melambatkan solat.’ Bertanya Aisyah (r.ah): ‘Siapa kedua-duanya yang menyegerakan berbuka dan menyegerakan solat?’ Berkata kami: ‘Abdullah bin Masud (r.a).’ Berkata Aisyah (r.a): ‘Begitulah berbuat Rasulallah (s.a.w).’ (Apabila ditanya siapa yang) melambatkan berbuka dan lambat bersolat. Dijawab oleh mereka) ‘Abi Musa asy-Sya’ari (r.a).’- Hadith hasan sahih at-Termidzi.
Insya Allah kita akan sambung seterusnya meneliti puasa Ramadhan di post yang akan datang, termasuk apakah yang dibolehkan kita lakukan ketika kita berpuasa dan apa yang boleh membatalkan puasa kita dan apa yang membatalkan pahala puasa, maka tidak mendapat keampunan di akhir Ramadhan.

Jazakallahu khairah



1 comment:

  1. wabthalatil _ bukan wathalatil
    washabatal_ bukan wathobatal

    ReplyDelete