Sunday, June 1, 2014

Kematian: Sudahke kita bersedia? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, tiga minggu lalu kita bincangkan tajuk diatas, kemudian kita bercadang untuk menyambungnya, namun tidak berkesempatan. Sejak itu, banyak peristiwa berlaku, selain kehilangan MH 370 yang sehingga kini belum ditemui bangkainya. Maka sebilangan penumpang serta anak kapal penerbangan yang beragama Islam hilang, pasti sudahpun mati, hanyalah tidak dapat dikesan dimana mereka berkubur. Bagi mereka yang ketika sakratul maut - sampai nyawa ke halkum, akan mati beberapa saat lagi, kerana terkejut atau kerana lemas, sempat menyebut kalilah 'la-ilaha illallah' (yang bermaksud, tiada tuhan kecuali Allah (a.w)), maka dia ada harapan untuk masuk syurga di akhirat kelak (maksudnya, setelah segala dosa-dosa yang dilakukannya sepanjang hidupnya dihapuskan oleh siksaan dalam neraka). Jelasnya, mereka yang Islam itu pasti dimasukkan ke dalam neraka sebagai syarat bagi menghapuskan dosa-dosa yang dibawanya mati, apabila dosa-dosa tersebut tidak terhakis semasa hidup dan tidak ditaubatkan semasa masih hidup, akan dibawa ke dalam kubur dan di akhirat untuk dihapus-kikis melalui neraka.
Saudara, ketika mati seorang manusia itu, semuanya akan dikuburkan. Yang tidak Islam atau
kafir yang mati tiada  pilihan lain kecualilah disiksa dalam kubur dengan pelbagai siksaan kerana tidak Islam - tidak mahu terima Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), al-Quran dan tidak mahu terima Islam agama yang Allah (a.w) perintahkan manusia - semua bangsa dan semua zaman- anuti! Ketika di kubur, malaikat Mungkar dan Nakir akan menjenguknya di kubur setiap pagi dan petang, menyoal mereka. Antara soalan yang diajukan kepada mereka adalah: Apakah mereka tidak mendengar sesuatu tentang Allah (a.w), tentang al-Quran dan tentang agama yang Allah (a.w) wajibkan manusia anuti? Apakah mereka tidak mendengar berita tentang Muhammad (s.a.w), Utusan Allah (a.w), yang diangkat Allah (a.w) sebagai Rasul Penamat, menyampaikan aqidah dan syariat agama Allah (a.w), Islam, kepada manusia? Jika mereka pernah dengar, apakah yang mereka lakukan? Mengapakah mereka tidak mahu terima al-Quran dan tak mahu terima nasihat Rasulallah (s.a.w), as-Sunnah? Adakah mereka berpandangan atau beranggapan bahawa ada tuhan selain Allah (a.w)? Atau, tuhan itu banyak - ada yang menjaga langit dan ada yang menjaga bumi? Bagi orang Kristian pula, diajukan soalan tambahan: mengapakah mereka menyakni bahawa Isa (a.s) itu anak tuhan? Megapakah mereka yakini tuhan itu tiga serangkai? Walhal, al-Quran memberitahu bahawa Isa (a.s) memberitahu umatnya ketika berdakwah menyampaikan agama Allah (a.w) dengan panduan Kitab Injil dahulu bahawa Allah (a.w) itu satu, tiada anak dan tidak pula diperanakkan? Isa (a.s) memberitahu umatnya bahawa Allah (a.w) tuhan mereka dan tuhan nenek moyang mereka!
Saudara, malaikat tersebut melawati setiap seorang yang dikubur itu menanyakan soalan yang sama, bagi mereka yang tidak dapat menjawabnya dengan betul, pagi dan petang. Apabila tidak dapat dijawab akan dipukul oleh malaikat tersebut. Satu pukulan itu menghancurkan semua anggota badan dengan kesaktan yang setimpal dengan kehancuran yang dialamai. Kemudia tulang belulang, daging dan urat yang menjadi seperti biasa, dipukul pula, hancur pula, ... demikianlah sehingga terjadinya kiamat.
Orang kafir disiksa akan disiksa di dalam kubur setiap hari, kerana - mereka menolak Allah (a.w) sebagai tuhan yang esa, tuhan manusia dan segala makhluk, dan tuhan hari pembalasan, maksudnya, hari akhirat. Kenapa orang bukan Islam disiksa? Mereka menolak Rasulallah (s.a.w) sebagai Utusan Allah (a.w) kepada manusia yang membawakan aqidah dan syariat agama Allah (a.w), agama Islam. Mereka tidak mahu terima al-Quran, sebagi panduan hidup manusia supaya boleh menepati tuntutan Allah (a.w) pada Ayat 56: az-Zariat: 'Aku (Allah) cipta jin dan manusia hanya dengan satu tujuan (iaitu) untuk mengabdikan diri mereka/menyembah/mengerjakan segala perintahKu semata-mata). Orang yang Islam/Iman juga akan masuk neraka, jika mereka berdosa. Orang Islam mungkin lahiriah Islam tetapi hakikatnya kafir kerana banyak sebab, antaranya, dia tidak sepenuhnya ambil sebagai panduan hidup al-Quran dan as-Sunnah - mabil sebahgian dan tinggalkan sebahagian. Sesiapa yang Islam ragu dengan satu ayat al-Quran dan sunnah Rasulallah (s.a.w) jatuh kafir, terkeluar dari Islam. Orang Islam yang mengamalkan suatu bid'ah atau amalan dan ibadah yang dicemari oleh  bida'ah mengakibatkan pengamalnya terkeluar dari Islam tanpa disedari. Orang Islam yang tidak berjema'ah sepertimana yang diperintahkan oleh Allah (a.w) - Ayat 103: ali-Imran, dan tidak mempunyai Imam maksudnya tidak bernaung dibawah seorang imam yang dibai'at mereka, tidak hala hidupnya di dunia. Maksudnya, sebagaimana sesuatu yang haram, nerakalah yang lebih berhak terhadap dirinya! Demikian jugalan seorang Islam yang tidak bernaung di bawah seorang imam, pasti masuk neraka. Dan, orang Islam itu pasti masuk neraka apakala semua amalan dan ibadahnya tidak diterma Allah (a.w). Aspek-aspek ini akan kita bincangkan dalam beberapa post yang akan datang, insya Allah.
Saudara, Islam itu agama yang amat udah danti sekranya kita faham tuntutannya. Untuk memahami Islam wajib manusia itu beajar dan berpandukan hanya dua sumber panduan beragama iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu Allah (a.w) memberitahu: 'Sesiapa yang taatkan Allah (a.w) (maksudnya, patuhi semua ketetapan al-Quran) dan taati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, patuhi segala ketetapan dan perintah yang terdapat dalam as-Sunnah atau al-Hadith), pasti mendapat syurga dan terselamat dari neraka - Ayat 13: an-Nisa'.
Saudara, kita lihat ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yang memberi kita  panduan bagaimana untuk berjaya mendapat syurga dan selamat dai nereaka, dan terutamanya, selamat dalam kubur, tidak disiksa. Sesiapa yang disiksa dalam kubur, maka dia adalah calun neraka di akhirat, wal iya zubillah.
Pertama, perintah pokok Allah (a.w) iaitu firman Allah (a.w): ‘Wama khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.' [Yang bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah) kepadaKu] [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Inilah ketetapan nduk Allah (a.w) untuk difahami oleh manusia; iaitu manusia itu wajib memperhambakan dirinya kepada Allah (a.w) dan cara mengabdikan diri itu ditetapkan oleh Allah (a.w), termasuk wajib Islam kalau inginkan selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Segala kebaikan mereka di dunia diambil kira jika memenuhi syarat perhambaan tersebut.
Kedua, perhambaan atau penyembahan atau pengabdian manusia itu hanya diterima jika mereka Islam:

Firman Allah (a.w): 'Innad-dina ‘indallahil-Islam.' [Yang bermaksud: Sesungguhnya agama di sisi Allah (a.w) (yakni, agama yang diredhai atau diterima Allah (a.w) itu) adalah Islam.][Ayat 19, Surah ali-Imran]
Manusia yang tidak Islam, maksudnya yang inginkan atau ikuti agama selain Islam atau memilih agama untuknya selain Islam, gagal melulusi pwrintah induk di dalam Ayat 56: az-Zariat tersebut. Mereka pasti disiksa dalam kubur sehingga kiamat dunia dan di akhirat kelak dicampakkan ke dalam neraka, kerana itulah ketetapan Alkah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wamai yabtaghi ghairal-Islami dinan falai-yukbala minhu wa-hua fil akhirati minal khosirina.' [Yang bermaksud: Dan barangsiapa berkehendakkan agama selain agama Islam sebagai agama mereka, maka tidak sekali-kali diterima daripada mereka (segala bentuk pengabdian mereka), dan dia di akhirat kelak daripada orang-orang yang kerugian yang besar (yakni, masuk neraka)] [Ayat 85, Surah ali-Imran]
Maka Allah (a.w) peringatkan manusia sejagat - semua bangsa dan semua zaman - bahawa wajib bagi nereka ikuti Islam jika iinginkan selamat di dalam kubur dan di dalam akhirat. Sesiapa yang mati tidak Islam amat rugi kerana, pasti masuk neraka. Ketetapan ini bukan untuk orang yang tidak Islam sahaja, kerana ada beberapa perbuatan atau perlakuan atau keyakinan atau fahaman orang yang akui diri mereka Islam, yang menjadikan mereka terkeluar dari Islam dengan mudah!
Firman Allah (a.w):'Ya aiyuhallazina amanut taqullaha haqqa tuqatihi, wala tamutunna illa wa antum muslimun.' [Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada (yakni, takutkanlah) Allah (a.w) dengan sebenar-benar taqwa (yakni, rasa takut yang sebenar-benarnya) kepadaNya, dan janganlah (kamu) mati kecuali bahawasanya kamu mati dalam Islam.][Ayat 102, Surah ali-Imran]
Ketiga, kesemua yang Islam, walau bagaimana alim dan istiqamahnya beramal dan beribadah, pasti akan masuk neraka untuk sesuatu masa/tempoh yang ditetapkan, sekiranya segala perintah wajib diabaikan semasa hidup dan dosa tidak ditaubatkan ketika hidup.Kerana, orang yang wajib diberikan syurga itu jika dia dalam hidupnya menepati sabda Allah (a.w) dalam Ayat 13: an-Nisa'.
Orang yang tidak berdosa hanyalah para rasul dan para nabi, terutama Rasulallah (s.a.w) yang dosanya dihapus-kikis oleh Allah (a.w) - dosa ketika jahililah sebelum diangkat Rasul dan dosa selepasnya sehinggalah beliau wafat. Manusia lain hanya tidak berdosa jika mereka benar-benar akur dengan kesemua ketetapan al-Quran dan as-Sunnah!
Keempat, Rasulallah (s.a.w) adalah penghulu segala rasul dan nabi, dan beliaulah yang diberikuasa oleh Allah (a.w) membuka pintu syurga untuk membolehkan ahli syurga masuk ke dalamnya, dan dialah yang diberi kuasa oleh Allah (a.w) memberi syafaat kepada hamba-hambanya yang memerlukan syafaat (maksudnya, pertolongan di akhirat) kelak. Namun, sesiapa yang menolak satu aspek as-Sunnah, tidak diakui umat beiau!
Firman Allah (a.w): 'Fastamsik bil-lazi uhiya ilaika, innaka ‘ala siratim mustaqimin @ Wa-innahu lazikrul-laka wa-liqaumika, wa-saufa tusalluna.' [Yang bermaksud: Maka berpegang teguhlah engkau (Muhammad (s.a.w) dan kaummu) dengan agama (Islam) yang telah diwahyukan kepadamu, sesungguhnya engkau berada di atas ‘siratul mustaqim’ (jalan yang lurus) @ Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu (i.e. mukjizatmu) dan bagi kaummu (yakni, panduan hidup mereka semasa di dunia) dan kelak kamu akan dipertanggungjawabkan (di akhirat sama ada telah patuh atau sebaliknya terhadap al-Quran).] [Ayat 43 & 44, Surah az-Zuhruf]
Kelima, manusia diberitahu oleh Allah (a.w) supaya ikuti Rasulallah (s.a.w) dan panduan al-Quran itu adalah jalan lurus ke arah mendapatkan syurga. Justeru itu, jika tidak Islam, pastilah tidak berpandukan al-Quran dan tidak akui Muhammad (s.a.w) sebagai Utusan Allah (a.w). Kerana, hidayah agama Islam yang haq itu adalah hidayah yang ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah. Petunjuk Rasulallah (s.a.w) yang benar.
Firman Allah (a.w): 'Huallazi arsala rasulahu bilhuda wa-dinilhaqi liyuzhirahu ‘alad-dini kullihi, wa-kafa billahi syahida.' [Yang bermaksud: Dialah (Allah (a.w)) zat yang mengutus RasulNya dengan (membawa) hidayah (yakni, petunjuk dan panduan kepada jalan yang lurus, siratul mustaqim, jalan untuk mendapatkan keredhaan dan kerahmatan Allah (a.w)) dan agama yang haq (benar, yakni agama yang diterima Allah (a.w)) supaya membersihkan dengan agama tersebut akan kamu (daripada kehidupan jahiliah serta kekufuran serta keengkaran kepada Allah (a.w)) dengannya (menganuti agama Allah (a.w), yakni Islam) yang diwajibkan atas kamu (agama tersebut) keseluruhannya (yakni, ambil semua ketetapan serta ketentuan Allah (a.w) dan RasulNya), dan kepada Allah (a.w) mereka (yang menganuti agama Islam tersebut) naik saksi (yakni, bersyahadah mereka dengan Allah (a.w) adalah Tuhan mereka).] [Ayat 28, Surah al-Fath]
Maka jika peringatan Rasulallah (s.a.w) tidak diambil hirau - kerana tidak Islam atau, kalau Islampun, tak ikuti, kerana terpengaruh dengan pendapat atau pendirian orang lain yang akui dirinya ulama', walaupun bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah mati disksa dalam kubur dan di akhriat dicampakkan ke dalam neraka. Kerana umat Islam yang haq itu wajib taati Rasulallah (s.a.w) secara absolute (i.e. mutlak), tanpa soal dan sangsi. Rasulallah (s.a.w)
Firman Allah (a.w): 'Laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanatul-liman kana yarjullah wal-yaumal akhiri wa-zakarallaha kathira.' [Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh ada bagi kamu sekelian dalam (segala sesuatu pada) Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi mereka yang berkehendakkan bertemu dengan Allah (a.w) (di akhirat kelak) dan (yakin dia tentang pertemuan mereka dengan Allah (a.w)) pada hari akhirat (yakni, hari pembalasan) dan (mereka sentiasa) mengingati Allah (a.w) sebanyak-banyaknya (dengan cara mengerjakan amal dan ibadah yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya, meliputi amalan wajib dan amalan sunat)] [Ayat 21, Surah al-Ahzab]
Keenam, saudara, majoriti umat Islam itu keliru atau tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dalam firman di atas, kerana taksubkan fahaman mazhab atau kerana kejahilan tentang Islam yang benar itu. Maka, daripada 73 fahaman Islam yang wujud di zaman-zaman ini, 72 fahaman Islam gagal dapat syurga, sebaliknya masuk neraka, wal iya zubillah! Majoriti umat Islam itu tidak faham bahawa Islam yang haq dan benar itu adalah panduannya al-Quran dan as-Synnah dan bukannnya panduan para ulama' atau mereaka yang diakui majoriti umat manusia sebagai imam mazhab!

Firman Allah (a.w): 'Qul, In kuntum tuhibbu nallaha fat-tabi’uni yuhbib kumullahu wa-yaghfirlakum zunubakum.' [Yang bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia sejagat)! Jika adapun kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (yakni, ikuti ketetapan dan suruhanku, yakni as-Sunnah), Allah (a.w) akan mengasihi kamu, dan (Allah (a.w)) akan mengampunkan dosa-dosa kamu.] [Ayat 31, Surah ali-Imran]
Maka manusia, khususnya yang Islam itu, diperingatkan oleh Allah (a.w) supaya ikuti ajaran dan suruhan Nabi Muhammad (s.a.w), sejajar dengan firman di atas itu. Apabila disayangi Allah (a.w) pastilah dihakis dosanya dan dipelihara oleh Allah (a.w) dari kekufuran dan kemaksiatan dan pastilah segala amalan dan ibadah mereka terpandu dan benar dan diterima Allah (a.w). Malangnya, berapa ramaikah umat Islam yang jadikan Rasulallah (s.a.w) yang menunjukkan kepada mereka jalan lurus ke syurga? Berapa ramaikah umat Islam yang menombir-duakan perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) dan menombor-satukan atau mengutamakan pendapat dan pandangan mazhab tanpa mengetahui ilmu mengenainya? Maka dengan itulah majoriti umat Islam pula gagal dapat syurga, sebaliknya masuk neraka, wal iya zubillah. Sama taraf mereka dengan yang bukan Islam! Allah (a.w) peringatkan manusia, teruatma yang terima Islam sebagai agama iktannya, maka, al-Quran itu adalah panduan untuk selamat di akhirat.

Ketujuh, manusia itu diberitahu baoleh Allah (a.w) bahawa telah ditunjukkan 'siratul mustaqim' (i.e. jalan lurus ke syurga) itu, yang setiap orang Islam yang mengerjakan solat memohon dari Allah (a.w) sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Tapi, ramai minta kepada Allah (a.w) tapi tak faham apa yang diminta dan apakah petunjuk Allah (a.w) dan ajaran Rasulallah (s.a.w) mengenai jalan luus itu, maka tergelincir dan menimpang, tanpa disedari!
Firman Allah (a.w):'Wa anna haza sirati mustaqiman fat tabi’uhu, wala tattabi’us subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi; zalikum was sokum bihi la’allakum tattaquna.' [Yang bermaksud: Dan, bahawasanya inilah dia ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan yang lurus itu adalah al-Quran - mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w)), maka ikutilah jalan tersebut, dan janganlah kamu mengikuti lain-lain jalan, maka akan berfirqah-firqahlah (atau, bermazhab-mazhablah atau berpecah-pecahlah kamu (umat Islam) kerana mengikuti jalan-jalan selain daripada mengikuti jalan ‘siratul mustaqim’ itu); demikanlah telah diwasiatkan kepada kamu dengannya (yakni, jalan yang lurus itu) mudah-mudahan kamu benar-benar orang yang bertaqwa (yakni, orang yang bertaqwa itu mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah)][Ayat 153, Surah al-An’am]
Saudara, kedelapan, manusia terutama yang Islam, diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) banyak perkara. Yang pokok adalah, antara lain, panduan agama yang benar itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Jika begitu yang benar Islamnya pasti dapat syurga - Ayat 13:an-Nisa' dan terselamat dari mereka yang tergolong menjadi ahli neraka yang pasti, mengikut firman Allah (a.w) - Ayat 14: an-Nisa'. Antara peringatan Rasulallah (a.w) adalah:
Diriwayatkan hadith dari Syaddad, iaitu Abi Umar hadith dari Abi Umamah al-Bahili berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia (kepada Nabi): ‘Apakah pandangann-mu (atau pendapatmu) seorang lelaki yang berperang kerana mencari pahala dan nama, apa baginya?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang disabdakannya tiga kali. Berkata kepada (si-lelaki) Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Kemudian bersabda: ‘Innallaha la yaqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu kholisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari amalan kecuali apa-apa ada baginya (yang diamalkan atau dipersembahkan) kholis (=murni) dan mencari dengannya (i.e. amalan atau ibadah itu) wajah Allah (a.w), (i.e. keridaanNya). - Hadith an-Nasa-i.
Saudara, hadith di atas menjelaskan satu perspektif mengapa seorang Islam itu tersila[ niat, walaupun Islam, segala amalan dan ibadahnya tak berguna, kerana tidak diterima Allah (a.w).
Oleh itu wajiblah sesiapa yang berfikir mereka Islam, namun tak dapat syurga, sebaliknya masuk neraka - sama tarafnya dengan orang yang kafir, wal iya zubillah. Insya Allah, kita semak seterusnya dalam post-post akan datang tentang beberapa perkara lain yang menggagalkan orang Islam mendapat syurga.

Jazakallahu khairah.



No comments:

Post a Comment