Sunday, May 4, 2014

Kematian: Apa yang berlaku selepas kematian?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam dua post sebelum ini kita telah diberitahu sedikit sebanyak tentang persedian untuk kematian. Kita yang tahu dan faham agama, sebagaimana yang Allah (a.w) beritahu dalam al-Quran dan yang diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, bahawa manusia yang tidak mahu terima Allah (a.w) sebagai Tuhan mereka yang esa, atau menyakini adanya tuhan selain Allah (a.w) dan tidak mahu menerima bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) (Rasulallah (s.a.w)), maka mereka tergolong orang yang syirik dan kafir, maka setelah matinya, mereka akan mendapat siksaan ketika berada dalam kubur dan diakhirat kelak tidak akan dihisab, malah dikerah terus mauk ke dalam neraka. Insya Allah kita akan tetili apakah yang akan brlaku kepada manusia yang syirik dan tidak Islam ketika di dalam kubur menunggu tibanya kiamat. Yang jelas adalah, seseorang yang tidak Islam hilang peluang untuk mendapat syurga. Mereka sudah dimestikan masuk neraka, kerana Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa mereka dijadikan semata-mata untuk mengabdikan/memperhambakan diri/menyembah hanya Allah (a.w) - Ayat 56: az-Zariat. Allah (a.w) memberitahu bahawaaagama di sisi Allah (a.w), maksudnya agama yang diterima Allah (a.w) bagi manusia, hanyalah agama Islam - Ayat 19: ali-Imran. Dan terjadi feri karam di Korea. Kesemua mereka mati, dan, Allah (a.w) menambah bahawa Allah (a.w) hanya ridha (maksudnya, menetapkan dan menerima agama bagi manusia itu, hanyalah agama Islam - Ayat 3: Surah al- Maidah. Jelasnya, jika manusia itu anuti agama selain Islam, maka mereka pasti masuk neraka dan tidak sekali-kali masuk syurga.
Saudara, sebelum dua post sebelum ini, kita melalui peristiwa kehilangan pesawat MH 370, yang sehingga kini belum diteumi bangkainya. Ketua pembangkang dalam politik negara, Karpal Sing, mati dalam suatu kemalangan di lebuhraya hampir Bukit Tempurung di Ipoh. Mereka kini sedang ditanya/disoal oleh malaikat Mungkar dan nakir, dan apabila mereka tidak dapat menjawab soalan mereka, mereka akan dipukul. Kedua-dua malaikat akan datang menziarahi mereka di kubur 2 kali sehari - pagi dan petang menunjukkan sinario di neraka dan sinario di syurga setelah kiamat dunia kelak. kalau mereka ahli neraka, kerana gagal menjawab soalan malaikat, maka mereka akan ditunjukkan 2 kali sehari - ketika pagi dan petang - sinario neraka di mana mereka akan berada kelak. Peristiwa atau sinario ini kekal berlaku sehinggalah tibanya kiamat apabila mereka dan manusia lainnya dibangkitkan.
Saudara, sinario ketika terjadinya kiamat disebutkan dalam hadith berikut: Mengkhabarkan Bahzu bin Hakim hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya yang berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) berkata: ‘Sesungguhnya kamu akan dikumpulkan (di hari Kiamat nanti) berjalan kaki, berkenderaan dan diseret (oleh malaikat) atas wajah-wajah kamu (untuk dihisab di akhirat).’ - Hadith at-Termidzi
Dalam hadith lain disebutkan bahawa manusia akan dibangkitkan ketika berlaku kiamat dari kubur masing-masing dalam keadaan berbogel, tanpa pakaian, berjalan meunju padang mahsyar. Yang merupakan calun syurga akan berjalan kaki atau berkenderaan, yang menjadi ahli neraka akan diseret oleh malaikat di atas mukanya, kerana enggan dan takutkan neraka. Lelaki Islam yang beristeri dua atau lebih, akan berjalan tempang meunuju ke padang mahsyar menunjukkan mereka tidak berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka. Mereka juga adalah ahli syurga, kerana calun syurga pastinya tidak cacat anggota. Namun mereka tetap diadili di padang mahsyar.
Saudara, apakah yang akan terjadi kepada manusia yang jahil, atau lahir zaman fitrah - tiada rasul dan nabi yang menyampaikan syariat agma Allah (a.w) atau yang mengajarkan mansuia zaman itu agama? Ini diebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Asma’ hadith daripada Syu’ban (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) menyebut tentang huruhara besar (yakni, Kiamat) dengan sabdanya: ‘Ketika ada (yakni, terjadi Kiamat) datanglah ahli jahiliah (yakni, mereka yang tidak memiliki ilmu tentang aqidah dan syariat Islam yang benar) membawa dosa-dosa mereka di atas belakang mereka (yakni, dipikul), maka ditanya mereka oleh Tuhan mereka (yakni, tentang perkara syariat agama Islam yakni pengabdian mereka terhadap Allah (a.w)). ‘Maka berkata mereka: ‘Wahai Tuhan kami! Tidak mengutus ke atas kami seorang rasul, dan tidak (pula) datang kepada kami tentang urusan perkara (agama) Engkau! Seandainya diutuskan ke atas kami seorang rasul nescaya kami akan taat menyembanh Engkau.’ ‘Maka dikatakan kepada mereka oleh Tuhan mereka: ‘Bagaimana kamu jika memerintah Aku akan kamu dengan suatu perintah adakah taat kamu kepadaKu?’ ‘Maka berkata mereka: ‘Ya!’ ‘Maka memerintah Allah (a.w) bahawa mereka dengan sengaja pergi masuk ke dalam neraka jahannam, maka (hendaklah) masuk mereka ke dalamnya. Maka berangkatlah mereka (ke neraka jahanannam) sehingga ketika dekat dengannya dan menjumpai (yakni, didapati oleh) mereka (neraka itu) dalam keadaan marah-marah dan berteriak-teriak (yakni, bunyi suara api yang membakar itu seolah-olah sifat orang yang marah-marah dan berteriak). Maka kembali mereka kepada Tuhan mereka, maka berkata mereka: ‘Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami darinya dan selamatkanlah kami darinya.’ ‘Maka berfirman Allah (a.w) kepada mereka: ‘Apakah belum berjanji kamu bahawa jika Aku perintahkan sesuatu kepada kamu dengan suatu perintah maka taat kamu (akan perintahKu)?’ ‘Maka mengambil Allah (a.w) akan demikian janji mereka, maka berfirman Allah (a.w): ‘Sengajalah engkau ke neraka itu dan masuklah ke dalamnya.’ Maka berpecah mereka (yakni, berpisah mereka tidak mahu memasukinya), sehingga ketika melihatnya (akan keadaan di dalam neraka itu) lari lintang pukanglah mereka, dan berkata mereka: ‘Wahai Tuhan kami! Engkau pisahkanlah (yakni, jauhkanlah) kami dan tidak mampu atau berkuasa kami apabila memasukinya.’ ‘Maka berfirman Allah (a.w) (memerintahkan mereka): ‘Masuklah kamu (ke dalam neraka itu) dalam keadaan hina!’ ‘Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Seandainya masuk mereka (ke dalam neraka itu) buat pertama kali diperintahkan adalah bagi mereka atas demikian itu (di dalam neraka itu) keadaannya sejuk (atau dingin)(yakni,neraka itu tidak membakar mereka, malah sejuk dan tidak memudaratkan mereka) dan selamat (kepada mereka)’ - Hadith Bukhari.
Saudara, apakah pula yang akan berlaku kepada orang yang cacat yang tidak mamppu mendengar nasihat agama kerana tuli atau pekak? Atau, buta tidak dapat membaca risalah atau kitab-kitab al-Quran dan al-Hadith? ini dsebutkan pula dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aswad Surai’ (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Empat golongan manusia membuat alasan di hari Kiamat kelak (terhadap apa yang mereka amalkan semasa di dunia), iaitu seorang lelaki yang tuli (yakni pekak) tidak boleh mendengar sesuatu; dan seorang lelaki yang gila; dan seorang lelaki yang nyanyok dan seorang lelaki yang mati zaman fitrah (yakni, zaman tiada syariat agama diperintahkan kepada manusia, seumpama zaman selepas Nabi Isa (a.s) diangkat ke langit dan sebelum Rasulallah (s.a.w) diangkat menjadi Rasul, satu tempoh selama 572 tahun (atau 600 tahun) dalam zaman tiada syariat agama Allah (a.w) di muka bumi).‘(Sambung sabda Nabi (s.a.w):) Maka adapun orang yang pekak itu berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Sungguh-sungguh telah datang kepada kami (syariat) Islam, dan akan tetapi (oleh kerana kami tidak boleh mendengar, maka) tidak mendengar kami sesuatupun (mengenainya).’ Dan, adapun orang yang gila berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Sungguh-sungguh telah datang (syariat) Islam kepada kami dan akan tetapi (kami dapati) budak-budak kecil melempar kepada kami tahi binatang.’ Dan, orang yang nyanyok berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Nescaya sungguh-sungguh telah datang (syariat) Islam kepada kami dan akan tetapi tidak berakal kami (yakni, tidak ingat) tentang sesuatu (mengenainya).’ Dan, adapun yang mati dalam zaman fitrah (pula) berkata: ‘Wahai Tuhan kami! Tidak datang kepada kami bagi Engkau (yakni, syariat agama dan perintah Engkau).’‘(Sambung sabda Nabi (s.a.w):) Maka mengambil janji oleh Allah (a.w) atas mereka (dan mereka mengakui) nescaya mereka taat dengan apa-apa yang mengutus Allah (a.w) (yakni, memerintah) kepada mereka. Maka mengutus Allah (a.w) (yakni, memerintah) bahawa mereka secara sengaja (sukarela) masuk ke dalam neraka. Demi Zat yang demikian diri Muhammad (s.a.w) di dalam genggamanNya (yakni, bersumpah Nabi (s.a.w))! Seandainya masuk mereka ke dalam neraka itu nescaya adalah neraka itu atas mereka (rasa) dingin dan selamat.’ - Hadith Bukhari
Saudara, jelaslah dalam hadith ini kesemuanya berpaksi kepada ketaatan manusia terhadap tuhanya. Kalau di dunia dia tidak taat, maka sudah barang pasti di akhiratpun mereka tak mungkin taat. Ketaatan itu bermla di dunia. Kerana di dunialah tempat beramal dan beribadah atau menyediakan bekalan untuk akhirat, kalau tiba kematian dan akhirat, masanya adalah untuk menghisab atau menghitung amalan dan ibadah.
Saudara, soalnya: Adakah orang yang akui dirinya Islam itu menjadi calun syurga? Walaupun dia tidak beramal atau mengerjakan amalan dan ibadah? Terutama solat (kerana meninggalkan satu waktu solat fardu jatuh kafir)! Kerana, ramai umat Islam - termasuk orang Melayu sendiri - berpandangan bahawa jika mereka Islam pasti mereka dapat syurga! Walaupun semasa hidupnya, hanya namanya Islam tetapi dia bertindak tidak jauh bezanya dengan orang yang kafir?
Saudara, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa syurga itu diwarisi oleh orang Islam yang beriman yang mengerjakan amalan dan badah yang diwajibkan tanpa pengecualian, dan sebagai tanda kesyukuran mereka kepada Allah (a.w) yang memberikan nikmat yang tidak terhitung, itu mengerjakan pula amalan dan ibadah snat yang disunatkan sekuat mampu mereka, terutama bangun malam berqiamul-lail. Islam bukanlah tiket ke syurga. namun, disebutkan bahawa jika seseorang Islam yang beriman itu ada dalam lubuk hatinya keyakinan tentang wujudnya Allah (a.w), tuhan manusia yang esa, atau dia sempat melafakan kalimah 'lailaha illallah' ketika menghembuskan nafas terakhir, dia akan menjalani hukuman di neraka sehinggalah habis dosa-dosanya dan kemdian diberi kesempatan masuk syurga dan merekalah ahhi syurga yang terakhir masuk syurga, setelah berada dalam neraka berahkab-ahkab lamanya (satu ahkab masanya adalah 70.0 juta tahu dan sehari diakhirat sama dengan 1,000 tahun di dunia)!
Justeru itu kepada saudara yang Islam janganlah remehkan ketetapan Allah (a.w) supaya mengerjakan segala amalan dan ibadah yang diwajibkan dan jauhi segala sesuatu yang ditegah dan dilarang. Kerana, kita akan menjadi muflis di akhirat, dosa melebih pahala dan kerana itu terjerumus ke dalam neraka walaupun kita adalah orang Islam. Yang memastikan kita dapat syurga adalah kita, setelah mengerjakan yang wajib dan meninggalkan yang ditegah/mendatangkan dosa, kita adalah ahli bangun amalam untuk berqiamul-lail dan mengerjakan Solat Tahajjud, maka kita dijamin mendapat syurga, kerana kita adalah golongan yang sentiasa dekat dengan Allah (a.w) dan disayangi Allah (a.w). Orang-orang yang disyangi Allah (a.w) pasti mendapat kerahamatanNya.
Saudara, selain itu janganlah kita menjadi orang yang muflis pula di akhirat setelah secara istiqamah kita mengerjakan amalan dan ibadah - yang wajib dan yang sunat. Rasulallah (s.a.)
Diriwayatkan hadith daripada Abi Barzah al-Aslami (r.a) berkata telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak pindah (yakni, bergerak atau berganjak) telapak kaki seseorang hamba pada hari Kiamat nanti sehingga mereka ditanya daripada umurnya kerana apa (maksudnya, bagaimana) dihabiskannya; dan daripada ilmu (yang dipelajarinya) dalam apakah diperbuatkannya (dengan ilmu yang dia miliki); dan dari hartanya dari mana didapatkannya dan (ditanya) dalamnya dengan apa yang dibelanjakannya (bagaimana dibelanjakan sehinga habis), dan (ditanya) dari dirinya didalam manakah/bagaimanakah merosakkan dia akannya (yakni, semasa hidup apakah yang telah dia lakukan sehingga mati dia).’ [Hadith at-Termidzi]
Ujian yang paling utama terhadap manusia yang Islam di akhirat kelak melibatkan umurnya, ilmunya dan hartanya.
§ Semua perlu bertanggung jawab terhadap bagaimana umurnya dihabiskan semasa di dunia. Adakah umurnya dihabiskan kerana mencari keredhaan Allah (a.w) atau dihabiskan kerana melakukan keengkaran terhadap Allah (a.w) dalam semua perkara dan pada kesemua ketika;
§ Ilmu yang ada padanya, aakah telah dimanfaatkannya kepada dirinya dan telah disampaikannya kepada orang lain untuk kemanfaatan diri mereka pula; dan
§ Hartanya, apakah telah diinfaqkannya dan disedekahkan sebahagian daripadanya ke jalan Allah (a.w), kerana harta itu adalah kesemuanya milik Allah (a.w) dan diberi pakai sementara hidup di dunia.
Semua manusia tidak terlepas daripada hisaban tentang umur mereka. Mereka yang berilmu tidak terlepas dari tanggung jawab menyampai dan mengembangkan ilmu yang ada. Ini akan melibatkan para alim dan ulama’ tertutamanya kerana mereka yang banyak ilmunya. Kekayaan akan melibat kesemua mereka yang berharta dalam bebagai bentuk. Adakah mereka berkongsi dengan Allah (a.w) dalam membuat kebajikan, atau dipergunakannya untuk kepentinagn dirinya dan keluarganya. Lebih bahaya lagi apakala dipergunakan hartanya untuk melakukankemaksiatan terhadap Allah (a.w).
Saudara, selain kemuflisan kerana sebab-sebab yang disebutkan dalam hadith di atas itu, kemuflisan yang lebih common dan jarang-jarang disedari oleh orang yang akui dirinya Islam dan beriman adalah disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Adakah tahu engkau apa dia muflis?’ Berkata (para sahabat): ‘Di dalam kalangan kita Wahai Rasulallah (s.a.w)! Barangsiapa yang tiada Dirham dan tiada hartanya.’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Orang-orang yang muflis di kalangan umatku adalah barangsiapa yang datang pada hari Kiamat nanti dengan solatnya dan puasanya dan zakatnya, dan datanglah dengan ini mencela (yakni, mengata-ngata orang Islam yang lain), dan menuduh ini (yakni, membuat pelbagai tohmahan dan fitnah terhadap orang Islam yang lain), dan makan harta begini (yakni, dipergunakan harta untuk kemaksiatan), dan mengalirkan darah begini (yakni, menganianya orang islam lain, trmasuk membunuhnya), dan memukul begini (yakni, menyiksa saudara Islam yang lain), maka didudukkan dia (yakni, dibalas kejahatannya) maka diqisas (dibalas) ini dengan kebaikannya. Dan dari ini kebaikan. Maka jika habis kebaikannya/pahalanya sebelum bahawa dibalas ke atasnya daripada dosa-dosanya diambil dari dosa-dosa yang ditanggungnya (dari orang lain itu) maka dibuangkan ke atasnya kemudian dicampakakan dia ke dalam neraka.’ - Hadith at-Termidzi
Saudara, majoriti orang Islam/Melayu terlibat dalam bahana ini. Masyarakat Melayu terkenal dengan sukamencaci, memaki, mengata, memfitnah, mentohmah dan membuka mulut mengeluarkan kata-kata yang menghasikan dosa, tanpa mereka sedari, terutaa dikalangan wanita. Dan, majoriti orang Islam/Melayu yang kaya dan mewah dan berharta, lupa tanggungjawabnya untuk menginfaq sebahagian harta dan kekayaannya unuk fi sabilillah. malah ada yang beranggapan -sebagaimana Qarun dan Sa'labah berpandanga - bahawa kejayaannya, kemewahannya dan kekayaannya atau kedudukannya di dunia kerana kepintarannya merencana hidup untuk berjaya! Mereka tergolong orang yang muflis di akhirat.
Saudara, oleh itu beringatlah. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Hasibu anuusahum qabla an tuhasabu' (Yang bermaksud: Hisablah diri kalian (ketika masih hidup) sebelum kalian dihisab (di akhirat kelak).
Dunia adalahh tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasilnya ketika setelah mati atau di akhirat kelak. Orang iman itu melebur sebanyak mungkin didunia, menabug pahala, melabur untuk dividen akhirat, dan diakhirat diterimanya hasil susah payah penat lelahnya berusaha di dunia. Kerana dunia itu sebentar, dan akhirat itu kekal. Adalah lebih menguntungkan 'bersara' di akhirat, tanpa membuat apa-apa hanya menikmatai segala kehendak hati, yang dudlu ketika di dunia tidakpun kesampaian atau didapati. Rasulallah (s.a.w) memberitahu orang yang pintar itu adalah orang yang inginkan kejayaan dunia dan kejayaan akhirat tanpa menomborsatukan dunia dan menomborduakan akhirat. Rasulallah (s.a.w) juga memberi panduan bahawa orang yang bijak itu adalah orang yang mengerjakan amalan akhirat seoleh-olah dia akan mati keesokkan harinya, takut tak sempat; dan berusaha pada masa yang sama untuk dunianya seolah-olah dia hidup selama-lamanya. Maksud, urusan dunia boleh ditangguh, tapi urusan akhirat wajib disegerakan, kerana belum tahu petang/pagi esok kita akan terus hidup...
Semoga post ini memberi manfaat kepada saudara dan saudara bersedia berubah, insya Allah.

Jazakallahu khairah




3 comments:

  1. Assalammualaikum and thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yu are always welcome. Hope you learn some thing today. Alhamdulillah, I'm able to get at least one reader understood Allah's messagae.

      Delete