Assalamualaikum,
Saudara, hari ini adalah 8 Jun 2014 atau kita dalam bulan Sya'ban. Insya Allah kta akan mula berpuasa Ramadhan, puasa yang diwajibkan atas umat Islam, kerjakan selama sebukan. Mungkin bermula pada 29 Jun 2014 ini. Maka tak lama lagi pihak berkuasa agama Islam akan melihat anak bulan Ramadhan di beberapa lokasi di Malaysia. Jika cuaca Allah (a.w) mengizinkan, maka jika ternampak anak bulan Ramadhan waktu senja 28 Jun kelak, maka kita akan berpusa pada 29 Jun, insya Allah. Kta beruntung jikalah kita berkesempatan, maksudnya ajal mati kita belum sampai lagi, untuk membolehkan kita berpuasa sekali lagi. Dalam ceramah masjid kta sering diberitahu betapa sedihnya orang iman apakala telah selesai Ramadhan, kerana mereka belum pasti apakah mereka akan menemui Ramadhan tahun berikutnya! Kerana apa? Ramadhan memberi peluang kepada kita untuk menghapus segala dosa-dosa yang kita kerjakan terdahulu dan Ramadhan membawa begitu banyak pahala dan kerahmatan untuk kita membuat usaha dan persediaan untuk bekalan ketika sebelum mati untuk kesejahteraan kita ketika sudah mati - supaya terselamat dari siksaan kubur, selamat ketika dihisab amalan kita di akhirat dan akhirnya dihukumi Allah (a.w) bahawa kita layak mendapat syurga dan terselamat dari neraka. Walau apapun kesenonokan ketika di dunia, ianya tidak kekal, hanyalah setakat umur kita - 30 atau 40 atau 50 atau 60 atau 70 tahun atau lebih itu sahaja. Walha di dalam kubur sementara menunggu kiamatnya dunia entah berapa jutaaan atau ribuan tahun. Fikirkanlah anak Nabi Adam (a,s) sudahpun berada dalam kubur berapa lama? Kemudian ketika meunggu hisaban pula di padang makhsyar lamanya 50,000 tahun dan sehari di zaman itu kelak lamanya 1,000 tahun kiraan tahun kita sekarang ini!
Saudara, ketika datangnya Ramadhan janganlah kita sia-siakan peluang untuk mengkfarahkan dosa-dosa kita dan kita berjaya dibebaskan dai siksaan neraka kelak. Ini hanya didapati jika kita benar-bena berpuasa menepati ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah), maka kita tergolong dari kalangan orang Islam yang tergolong dalam golongan orang iman yang disebutkan pada Ayat 13: an-Nisa'.
Saudara, sebelum kita lhat ketetapan utama al-Quran dan as-Sunnah dalam uusan ibadah Puasa Fardhu ini, kta wajib fahami apa yang telah kita pelajari selama ini. Antaranya, pertama, segala amalan kta, termasuk puasa ini hendaklah kita amalkan atas dasar ilmu - kita tahu ilmunya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kerana amalan tanpa ilmu tidak diterima Allah (aw) - Ayat 36; an-Nisa' dan ketetapan as-Sunnah. Kedua, hendaklah kita faham bahawa ibadah puasa kita itu hanya diterima Allah (a.w) jika kita niatkan kerana Allah (a.w) - maksudnya kerna mencai kerahmatan Allah (a.w) (maksudnya, syurga) dan takutkan siksaan Allah (aw), maksudnya kita ingin selamat dari neraka. Ketiga, kita anuti Islam yang bentuknya berjema'ah - ketetapan Ayat 103: ali-Imran. kalau kita tidak berjema'ah dalam Islam segala amalan dan ibadah kta walaupunbetul menepati cara dan kaedah yang ditetapkan oleh Al-Quran dan as-Sunnah tetap dianggap batil, tidak diterima allah (a.w). Keempat, ibadah puasa kita itu menghapuskan dosa seooah-olah kita dikembalikan dalam keadaan fitrah selepasnya, i,e, ketiika menyambut keseronokan Aidil Fitri, jika kita menjaga pantang larng dan ketetapan puasa. Kelima, puasa kita itu diterima sekiranya kita kerjakan solat, kerana solat fardu itu adalah ibadah dan amalan terutama dalam Islam sehinggakan Allah (a.w) menghukumi melalui sabda RasulNya bahawa sesiapa yang meniggalkan satu solat fardi, dia sudah jatuh kafir, maka sebagai seorang kafir segala amalan dan ibadahnya batil, tidak diterma Allah (a.w). Hisaban solat mentukan hisaban amalan dan ibadah yang lain. Kalau solat tidak dibuat, maka tiadalah hisaban atas amalan puasa kita! Maka dengan itu, janganlah abaikan solat.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dibina (dibangunkan) Islam atas lima perkara (yakni, Rukun Islam), (iaitu, pertama) syahadah bahawasanya tiada Tuhan kecuali Allah (a.w) dan bahawasanya Muhammad (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w), dan (kedua) mendirikan solat, (ketiga) mendatangkan zakat, (keempat) menunaikan haji, dan (kelima) berpuasa pada bulan Ramadhan.’ - Hadith Bukhari, Kitab Iman.
Kita telah lihat sebelum ini nas dan dalil al-Quran tentang wajibnya syariat puasa fardu Ramadhan itu. Hadith di atas adalah nas dan dalil hadith tentang Rukun Islam dan syariat berpuasa itu. Hadith Muslim berikut juga memberikan nas dan dalil yang serupa seperti hadith di atas:
Diriwayatkan bahawa Hanzalah berkata: ‘Aku mendengar Ikrimah bin Khalid menceritakan hadith daripada Taus (r.a) yang berkata: ‘Bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Ibnu Omar (r.a): ‘Apakah tidak berperang engkau?’ Maka berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Islam itu dibina atas lima perkara, (pertama) syahadah (bahawasanya tiada Tuhan kecuali Allah (a.w) dan Muhammad (s.a.w) itu Utusan Allah (a.w)), (kedua) mendirikan solat, (ketiga) dan mendatangkan zakat, (keempat) dan berpuasa bulan Ramadhan, dan (kelima) dan haji di Baitullah al-Haram.’ - Hadith Muslim, Kitab Iman.
Saudara, sebelum kita lihat secara khusus dan terperinci nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, kita wajib faham bahawa Puasa ramadhan itu adalah satu daripada Rukun Islam yang kita diberitahu semenjak kecil lagi. Sempurna Islam seseorang tu sekiranya dia mengerjakan rukun-rukun Islam yang lima itu menepati keteta[an al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, puasa Ramadhan itu adalah ibadah wajib - tidak boleh tidak setiap orang yang akui dirinya Islam mesti berpuasa dalam bulan Ramadhan. Allah (a.w) dan RasulNya memberitahu beberapa kelonggaran atau keringan ynag diberikan oleh Allah (a.w) kepada hambaNya yang Islam. Ini akan kita teliti dan gahami, insya Allah, dalam post-pos akan datang. Yang utama kita tahu nas dan dalil kefardhuan ibadah puasa itu.
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazi na amanu kutiba ‘alaikumus siam kama kutiba ‘alal lazina min qablikum, la’allakum tattaquna.’ [Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, telah dikitabkan (yakni, diwajibkan) ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu berpuasa, semoga kamu tergolong dari kalangan orang yang bertaqwa (yakni, orang yang takutkan Allah (a.w) dan mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w)).’ - Ayat 183: al-Baqarah. Allah (a.w) memberitahu bahawa ibaah puasa itu diwajibkan.
Dala firman Allah (a.w), kita tahu bahawa manusia zaman-zaman dahulu telahpun diperintahkan untuk berpuasa, sebagai salah satu bentuk pengabdian mereka terhadap Allah (a.w) berdasarkan versi agama Islam zaman-zaman tersebut.
Firman Allah (a.w): ‘Aiyamman ma’dudatin … (sehingga akhir ayat) … in kuntum ta’lamuna.’ [Yang bermaksud: (Puasa itu) Beberapa hari yang dapat dihitung, maka sesiapa di kalangan kamu sedang sakit atau sedang bermusafir, maka bolehlah berbuka dan dibayar (atau diganti) pada hari-hari lain. Dan terhadap orang yang memaksa diri untuk berpuasa (yakni, tidak mampu), boleh membayar fidyah tebusan memberi makan pada seorang yang miskin, untuk tiap harinya (dia tidak berpuasa). Dan sesiapa yang suka menambah kebaikannya (yakni teruskan berpuasa) maka itu lebih baik baginya. Dan jika kamu dapat berpuasa maka itu yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui pahala berpuasa itu.] - Ayat 184: al-Baqarah.
Dalam firman ini pula kita diberitahu bahawa puasa itu telah ditentukan bila masa dan waktunya. Penjelasan mengenai masa dan waktunya itu disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Kesemua perincian mengenai ibadah puasa itu diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu jika kita Islam tetapi kta tidak belajar ilmu yang diwajibkan atas umat Islam belajar - Ilmu al-Quran dan Ilmu as-Sunnah, maka kta jahil ilmu. Bukan sahaja amalan puasa kita tidak bermakkna, tak dapat pahala, malah kita berdosa kerana belajar ilmu yang dua itu wajib bagi setiap yang Islam.
Jaakallahu khairah

No comments:
Post a Comment