Thursday, June 19, 2014

Puasa Ramadhan: Iktikaf, Lailatul Qadr

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan melihat/meneliti selanjutnya ketetapan Islam mengenai tajuk ini, supaya kita berilmu dan penuh yakin menghadapi Ramadhan tahun ini, dengan sepenuh harapan bahawa Allah (a.w) memberikan kekuatan kepada kita untuk mempuasakan setiap hari Ramadhan sebaik mungkn, dan berjaya mendapat penganmpunan Allah (a.w), sbagaimana dijanjikanNya..

Lailatul Qadr
Kefadhalan Malam Qadr
 
Saudara, dalam Surah al-Baqarah, Allah (a.w) memberitahu bahawa al-Quran itu diturunkan dalam bulan Ramadhan. Dan, puasa wajib itu difardukan pada bulan Ramadhan selama 30 hari/sebulan. Dalam ayat ini Allah (a.w) memberitahu al-Quran itu diturunkan buat pertama kalinya di malam al-Qadr. Ketika itu Rasulallah (s.a.w) sedang bersendirian di Gua Hirak untuk mencari sesuatu mengenai Allah (a.w) dan manusia dan hubungan anusia terhadap Allah (a.w). Maka malaikat Jibril (a.s) turun memeluh Nabi Muhammad (s.a.w) menyuruhnya membaca sesuatu 'Iqra' dan beberapa ayat pertama Surah al-Iqra' itu. 
Rasulallah (s.a.w) begitu terperanjat bercampur takut apabila dipeluk kuat oleh Jibril (a.) menyuruhnya membaca Surah al-Iqra'. Dengan perasaan sedemikian, dan perasaan ketakutan yang amat sangat, Jibril (a.s) seterusnya menyampaikan beberapa ayat selanjutnya. Itulah ayat-ayat pertama al-Quran yang diturunkan dan diajarkan oleh Jibril (a.s). Kemudian seterusnya selama 23 tahun - 10 thun di Mekah dan 13 tahun di Madinah, Jibril (a.s) turun ke langit dunia menemui Rasulallah (s.a.w) mengajarkan agama Islam dan memangkulkan al-Quran dan menyampaikan 'al-Hikmah' atau 'al-Hadith' yang merupakan 'compendium' kepada al-Quran, menjelaskan isi al-Quan dan menunjukkan praktikal apa yang diperintahkan diamalkan dan diibadahkan, dengan jelas. Maka dengan itulah bagi umat Islam adalah wajib mereka akur dan patuh dengan ketetapan Allah (a.w) ketetapan Rasulallah (s.a.w). Orang Islam yang terima hanya al-Quran dan menolak as-Sunnah, tidak sah Islamnya, malah jadi kafir secara otomatis. Begitu juga, orang Islam yang akur dengan as-Sunnah, tetapi menidakkan al-Quran atau sebahagian al-Quran, tidak sah Islamnya. Soalnya? Tidak sah, bukan tidak sempurna. Tidak sah bermaksud belum Islam, wal ya zubillah.
Saudara, dalam Islam umat Islam wajib secara mutlak mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) - Ayat 13: an-Nisa' - kalau nak masuk syurga dan selamat dari neraka.  Kemudian, umat Islam diwajibkan oleh Allah Ia.w) dan Rasulallah (s.a.w) berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah untuk dapatkan syurga, ambil agama Islam yang murni, yang tidak tercemar, yang menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Antara, kemurnian agama Islam itu adalah aqidahnya murni - tidak dicemari oleh kesyirikan dan kepercayaan yang karut marut spt tahayul dan kurafat, serta syariatnya murni tidak dicemari oleh sesuatu yang bersifat taklid dan bida'ah. Jika tidak, maka hilanglah kemurniaan  Islam itu dan batal dan batillah segala amalan dan ibadah seorang yang Islam itu. Semua amalannya ditolak. Tidak diterima allah (a.w). Peringatan ini seringkali kita ulangi dalam blog ini, supaya saudara fahami dan beritahu raka taulan lain fahami, supaya tidaklah kita memperdagangkan akhirat semata-mata kerana dunia atau mengikut kata-kata sifolan dan sifolan. Segala amalan dan badah seseorang yang Islam itu tidak diterima Allah (a.w) jika dia menentang imam/amir atau kepimpinan jema'ah Islam yang diangkat secara resmi mengetuai jema'ah umat Islam - sejajar dengan ketetapan as-Sunnah. Segala amalan dan ibadah seorang Islam yang menentang imam/amirnya, tidak diterima Allah (a.w), sebagaimana menentang ketetapan Rasulallah (s.a.w) bererti menentang ketetapan Allah (a.w). Kemudian, seorang Islam yang menentang kedua ibu bapanya atau salah seorang aripada kedua-duanya, tidak akan diterima Allah (a.w) amalan dan ibadahnya. Wajib ingat ketetapan ini supaya tidaklah saudara berpuasa dalam bulan Ramadhan ini, bersusah payah, tak dapat diterima Allah (a.w), wal iya zubillah.
Saudara, kita lihat Surah al-Qadr berikut, kerana surah ini amat relevan kepada usaha kita untuk mencari kebebasan api neraka dalam kejayaan berpuasa terbaik bulan Ramadhan ini.
Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalnahu fi lailatil-qadri @ Wama adrakama lailatul-qadri? @ Lailatul-qadr khairun min alfi syahrin @. Tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi-iznil rabbihim min kulli amrin @ Salamun hia hatta matla’il-fajr.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan (al-Quran) dalam/pada 'malam qadar' - Ayat 1. Dan tahukah engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) apa itu 'malam qadar'?- Ayat 2. Adapun malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan - Ayat 3. (Aku (Allah (a.w)) turunkan para malaikat dan ruh (yakni, malaikat Jibrail (a.s)) mengetuai rombongan para malaikat turun ke langit dunia) di dalamnya (malam qadar) dengan izin Tuhan mereka (yakni, Allah (a.w)) dari tiap-tiap perkara (yakni, membawa berbagai kurniaan Allah (a.w) bagi manusia yang berjaga dan beramal dan beribadat untuk mendapatkan pelbagai kurniaan dan rahmat Allah (a.w)) pada malam-malam qadr tersebut - Ayat 4. Keselamatan bagi mereka (yakni, manusia yang menemui malam Qadr itu) (para malaikat berada di bumi) sehingga terbit waktu fajr (Subuh) (apabila mereka naik semula ke langit)) - Ayat 5; Surah al-Qadr
Saudara, kita diberitahu bahawa malam al-Qadr itu malam yang amat berkat, dan ianya hanya akan berlaku dalam  bulan Ramadhan, disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) paa malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan. Sesiapa yang menemui malam Qadr itu, dia mendapat ganjaran pahala seolah-olah dia mengerjakan pelbagai ibadah wajib dan sunat tanpa melakukan sebarang dosa, walaupun dosa kecil, selama 1,000 bulan = 83 tahun 4 bulan! Maksudnya, pastilah dia guarrantee ahli syurga!
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Saudara, untuk menemui Malam al-Qadr itulah Islam menggalakkan umatnya berIktikaf di masjid selepas Solat Isya' sampai waktu Sahur dan masuk Waktu Subuh pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan untuk mencari dan menemui Malam al-adr itu.
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu sekali lagi betapa hebatnya pahala Ramadhan. Dan, kemudian kta diberitahu pula sesiapa yang benar-benar berusaha untuk mendapatkan Malam al-Qadr itu, jika ditemuinya maka dia juga adalah ahli syurga yang pasti.
Menceritakan hadith oleh Sufiyan yang berkata: ‘Hafaz (ingat) dia, dan sesungguhnya apa-apa yang ingat dia hadith daripada Zuhri, hadith daripada Abi Salamah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) yang berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w) diampuni (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya. Dan barangsiapa berdiri (yakni, bersolat) pada malam qadar (Lailatul-Qadr) dengan penuh keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahului dari dosa-dosanya (yakni, dosa-dosanya yang terdahulu).’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih.
Jelaslah saudara, kita diberi dua peluang untuk mejadi ahli syurga dalam bulan Ramadhan - sekali kerana berpuasa terbaik dan kedua menemui Malam al-Qadr. Mungkin antara dua peluang itu, peluang pertama lebih mudah dan lebih pasti untuk kita, dengan izin Allah (a.w), kerana kita yang usahakan dan tentukan. Peluang kedua itu kurniaan itemewa Allah (a.w) kepada kita. Apakah kita ini merupakan seorang Islam yang keImanannya dan ketaqwaannya par excellence?  Pasti belum. Antara sebabnya kta sendiri masih jahil ilmu menegnai tuntuan Islam yang haq itu. Misalnya: apakah kita akui bahawa syurga itu diperolehi dengan menepati dua pra-syarat ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya - iaitu panduannya as-Sunnah dan cara mengamalkan segala sesuatu dalam tuntuan Islam itu secara berjema'ah? 
Bila Malam Qadr?
 
Saudara, sebagai lanjutan kepada penelitian kita tentang tajuk Malam al-Qadr itu, kita lhat hadith-hadith berikut:
Menceritakan hadith oleh Abu Suhailin hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mempersungguhkanlah kamu (yakni, carilah) lailatul-Qadr (Malam Qadar) dalam hari-hari ganjil daripada kesepuluh terakhir dari bulan Ramadhan.’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih
Antara persiapan Rasulallah (s.a.w) ketika sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah bersiap dengan pakaian khas untuk beriktikaf di masjid:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Duha hadith daripada Masyruq hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika masuk malam kesepuluh (Ramadhan) mengikat kainnya (maksudnya, memakai seluar dan baju yang khusus) dan menghidupkan malamnya (qiamul-lail) dan membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadat dan beramal).’ - Hadith Bukhari, Kitab Kefadalan Lailatul-Qadr.
Persiapan untuk menemui Malam al-Qadr itu adalah berIktikaf di masjid. Sebenarnya beriktikaf itu semata-mata berjaga di masjid, tak tidur dari selepas solat Isya' dan sampai tibanya waktu Subuh. Tidak perlu buat apa-apa. Tapi, memandangkan pahala segala bentuk amalan dan ibadah dalam bulan Ramdhan itu Allah (a.w) gandakan tanpa had, rugilah - malah bodohlah - sesiapa yang berIktikaf berdiam tidak berqaiamu-lail, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dll ibadah sunat.
Diriwayatkan hadith daripada Hasan bin Ubaidillah berkata: ‘Aku mendengar Ibrahim berkata: ‘Mendengar aku Aswad bin Yazid berkata: ‘Berkata Aisyah (r.ah): ‘Mempersungguh (Rasulallah (s.a.w) dalam mengerjakan amalan dan ibadah) di dalam malam-malam kesepuluh terakhir (Ramadhan) apa-apa yang tidak mempersungguh dia di dalam lain-lain malam.’ - Hadith Muslim, Kitab I’tikaf. 
Saudara, hadith ini menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) melipat gandakan amalan dan ibaahnya ketika tiba malam-malam 10 terakhir Ramadhan melebihi apa-apa yang dikerjakannya pada malam-malam lain. Harus ingat Rasulallah (s.a.w) itu adalah contoh terbaik. Tidak ada seorangpun orang yang Islam boleh menandingi beliau dalam perkara mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dan dalam apa perkara sekalipun, terutama akhlak mulia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment