Tuesday, June 10, 2014

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post-post sebelum ini, kita diberitahu atau sudahpun tahu bahawa ada beberapa golongan umat Islam yang dibolehkan tidak berpuasa daam bulan Ramadhan; iaitu: pertama, orang yang sudah tua - melebihi umur 60 tahun - yang tidak mamu berpuasa, maka mereka ini tidak dikenakan perintah mengqadakkan puasa yang ditinggalkan, tetapi diwajibkan membayar fidyah berupa memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang dia tidak berpuasa; kedua, orang yang sakit teruk yang mungkin memudaratkan sakitnya atau menjadikan saktnya bertambah serius jika dia berpuasa, tapi hendaklah menggantikan hari yang dia tidak berpuasa di hari-hari lain, setelah dia sembuh atau berkurangan sakitnya; ketiga, orang yang musafir kerana sesuatu urusan yang tidak aksiat, maka dia juga dikehendaki membayar atau mengqadakkan puasa yang ditinggalkannya pada hari-hari yang lain; keempat, wanita yang hamil yang dan advance, maka mengkhuatiri dia bahawa jika da berpuasa dia kekurangan zat dan mineral yang diperlukan dalam pembentukan tubuh anak daam kandungannya; dan kelima, wanita yang sedang menyusukan anak yang baru lahir atau masih terlalu kecil. Islam menyuruh seorang ibu itu menyusukan anaknya selama dua tahun, maksudnya sampai umur anak itu 2 tahun. Wanita-wanita sedemikian itu wajib membayar semula puasa yang ditinggalkannya itu pada hari-hari lain. Kalau dua tahun dia tidak puasa kerana menyusukan anaknya, maka dia wajib membayar dua tahun puasa yang ditinggalkannya.
Saudara, kita juga tahu bahawa wanita yang haid dan wanita yang nifas - yang baru melahirkan anak - juga tidak dibolehkan berpuasa, sehinggalah tus darah haidnya (lazimnya, 7 hari) atau darah nifasnya (mungkin 15 hari). Kita juga tahu bahawa wanita yang haid dan nifas itu, wajib mengganti puasanya yang terpaksa ditinggalkan setelah tus darah haidnya atau tus darah nifasnya.
Dalam urusan haid dan nifas ini, wajib diingatkan kepada para wanita bahawa jikalah daah haid/nifas itu tus pada waktu Zohor/Asar, maka hendaklah segera mandi junub, dan jika masih ada waktu Zohor/Asar, contohnya, hendaklah dia solat Zohor/Asar, kerana telah tmbul wajibnya dia bersolat. Jangan dilambat-lambatkan atau sengaja membohongi diri kononnya darah tus dan waktu Zohor/Asar dah luput, walhal sebenarnya tidak. Harus diingatkan bahawa meninggalkan satu waktu solat fardu dengan senagja jatuh kafir secara otomatik. kalau tinggalkan dalam bulan Ramadhan pula besar dosanya, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu pahala amalan dalam bulan Ramadhan digandakan melebihi 700 gandaan, begitu jugalah dosa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan digandakan sebanyak itu pula. Maka dengan itulah para malaikat berseru atau menyeru manusia supaya tinggalkan maksiat dan tingkatkan amalan dan ibadah yang mendatangkan pahala.

Kefadhalan doa orang berpuasa

Saudara, orang yang berpuasa itu istenewa atau diberi keistemewaan oleh Allah (a.w). Apa yang istemewa? Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada seorang yang boleh dipercayaai, iaitu Said Abi Mujahid at-Ta’i, bahawa hadith ini daripada Abu Hurairah (r.a) berkata dia (yakni, Abu Hurairah (r.a)): ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiga golongan tidak ditolak do’a mereka: (pertama) Imam (pemimpin umat Islam) yang ‘adil, (kedua) orang yang berpuasa hingga mereka berbuka, dan (ketiga) do’a orang yang dianianyai (atau dizalimi); mengangkat pada do’a dari bawah awan (yakni, tidak dilindungi do’a mereka) pada hari Qiamat, dan kerana do’a tersebut dibuka beberapa pintu langit dan berfirman Allah (a.w): ‘Demi kemuliaanKu nescaya sungguh menolong Aku (Allah (a.w)) padamu walaupun sudah lewat tempoh do’a tersebut.’ - Hadith Ibn Majah.
Saudara, dalam hadith ini tiga golongan umat Islam mendapat keistemewaan atau diberikan keistemewaan kepada mereka; iaitu doa mereka tidak teralang dan pasti dikabulkan Allah (a.w). Oleh itu kta janganlah melakukan sesuatu sehinggakan orang yang terlibat itu mendoakan keburukan terhadap diri kita. namun, wajib diingatkan bahawa Allah (a.w) tidak menyukai seseorang yang berdoa kepadaNya untuk mengannianya atau menyusahkan saudara sama-sama Islam yang lain. Namun, jika dia berdoa keburujan menimpa kita, Allah (a.w) kabulkan juga sebagaimana yang difirmankan Allah (a.w0 dalam hadith ini.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment