Assalamualaikum,
Alhamdulillah, hari ini kita mulakan puasa hari ke-3 Ramadhan. insya Allah kita dipanjangkan umur dan sempat menamatkan Ramadhan 30 hari dan merayakan kejayaan kita kelak pada 1 Syawal. Insya Allah hari ini, menjelang 'Asar kita tamat mentadarus/membaca al-Quran juzu' ke-3, supaya insya Allah kita khatam al-Quran menjelang 30 Ramadhan nanti.
Saudara, kita telahpun tahu secara basik tentang syariat puasa Ramadhan. Maka dengan ilmu tersebut sahlah amalan kita kerana kita diperintah oleh Allah (a.w) supaya kita berpuasa atas dasar ilmu. Puasa tanpa ilmu tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36: an-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun.' (Yang bermaksud: janganlah kalian kerajan sesuatu amalan/ibadah tanpa terlebih dahulu tahu kalian ilmu menegnainya (maksudnya, apa-apa yan diamalkan/diibadahkan). Dan, Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu qabla 'amal.' (Yang bermaksud: Hendaklah kalian berilmu dahulu sebelum mengerjakan sesuatu amalan) - al-Hadith. Justeru itu sahnya amalan/ibadah hanya dengan ilmu. Lojiknya? Kalau beramal atau beribadah atas dasar ikut-ikutan (maksudnya, taklid, orang buat kita tiru dan buat) atau beramaldalam kejahilan ilmu kita akan jadi sebagaimana orang kafir yang menyembah patung, berhala atau benda-benda yang diada-adakan oleh mereka sendiri, kemudian dijadikan tuhan sembahan. Ilmu dalam Islam itu adalah pertama, ilmu al-Quran, kedua, ilmu as-Sunnah dan ketiga, ilmu Faraid - 3 ilmu yang diwajibkan oleh Allah (a.w) manusia, bukan sahaja umat Islam, pelajari sebagai dasar dan asas wajib memahami aqidah dan syariat Islam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu siapa yang belajar dan faham ilmu faraid, dia memperolehi separuh ilmu agama Islam.
Saudara, kita juga telah sentuh sambil lalu bahawa semua amalan dan ibadah tidak diambil kira oleh Allah (a.w) kalau seorang Islam itu tidak bersolat. Kerana solat adalah ibadah yang menentukan seseorang itu Islam dan beriman atau kufur dan kafir. Kalau kafir takda gunalah puasa yang dikerjakan. Oleh kerana begitu utamanya solat itu, maka dalam post kali ini dan dalam beberapa post kemudiannya kita akan semak ilmu mengenai ibadah solat supaya kita boleh bersolat dengan sah, dan insya Allah diterima Allah (a.w) solat kita.
1. Syariat Solat - Ketetapan mengenai solat
(-) Tiang agama itu solat
Saudara, panduan pertama adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Sabda Nabi (s.a.w): ‘Bermula solat itu tiang agama, maka sesiapa mendirikan solat maka sesungguhnya mendirikan dia akan agamanya, dan barangsiapa meninggalkan (yakni, tidak mengerjakan) akandia (maksudnya, tidak mengerjakan solatnya) maka sesungguhnya meruntuh dia akan agamanya.’ - Hadith sahih at-Termidzi.
[Nota: Hadith ini adalah nas dan dalil as-Sunnah bahawa seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman tetapi tidak bersolat, maka pastilah dia meruntuhkan agamanya, yakni terkeluar dari Islam. Kerana itu hancurlah agamanya, maka tidak lagi dia dikira Islam. Justeru itu, orang Islam tetapi terbatal Islamnya kerana melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, sama tarafnya dengan orang yang kafir!
Ada banyak perkara yang membatalkan keIslaman seseorang. Antaranya melakukan kesyirikan, menyakini yang tahayul, dan melakukan perbuatan yang kurafat, meragui ketetapan dan cerita-cerita al-Quran dan as-Sunnah, menentang atau menolak atau meremehkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak berjema’ah, mengamalkan bida’ah, dan, paling mudah, meninggalkan solat atau tidak bersolat.]
(-) Solat itu diwajibkan dijema'ahkan
Saudara, panduan kedua adalah solat fardu itu wajib dijema'ahkan di masjid - ada imam dan ada makmum. Kalau tidak boleh ke masjid kerana sesuatu sebab, maka disolat secara berjema'ah dengan keluarga. Yang wajib ke masjid adalah kaum lelaki, wanita tidak diwajibkan ke masjid.
Firman Allah (a.w): ‘Wa aqimus solata wa atuzakata warka’u ma’ar rakiyina’ (Yang bermaksud: Dan dirikanlah solat dan datangkanlah (yakni, keluarkanlah) zakat, dan ruku’lah (yakni, bersolatlah) bersama-sama orang yang ruku’ (yakni, solatlah secara berjemaah)) - Ayat 43: al-Baqarah
Dan, perintah Allah (a.w) pada Ayat berikut menyuruh kita berwudu'. Perincian berwudu' itu diperiincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah/al-hadith. Insya Allah kita akan teliti kemudian nanti.
(-) Syurga – kalau ikut al-Quran dan as-Sunnah
Saudara, setiap yang Islam dan akui dirinya benar-benar beriman - khususnya percaya dia dengan kewujudan Allah (a.w) serta balasan akhirat kelak - maka dia wajib sentiasa ingatkan ketetapan Allah (a.w) berikut. Syura itu hanya diperolehi kalau taatkan Allah (a.w) (maksudnya, ikuti dan patuhi ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti an patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah atau al-Hadith). Antara ketetapan yang wajib ditaati itu adalah bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan fitrah, mengerjakan haji (bila mampu). Dan, hendaklah jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh dalam mengabdikan diri kepada Allah (a.w), termasuklah dalam urusan solat, kerana solat yang berlainan dari solat Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Kerana panduan induk solat adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni yusolli' (yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) bersolat) - Hadith Bukhari. Justru bentuk, cara dan kaedah berolat itu hendaklah sejajar dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) - maka wajib mengilmukan diri dengan as-Sunnah/al-hadith.
Firman Allah (a.w): ‘Man (-ai) yuti’illahi war-rasulihi yudhilhul jannatin’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti dimasukkan (oleh Allah (a.w) ke dalam syurga) – Ayat 13: an-Nisa.
Inilah janji pasti Allah (a.w). Sebaliknya pula pasti masuk neraka pula kalau trgolong dari kalangan yang diebutkan pada Ayat 14: an-Nisa’, iaitu tiga golongan: pertama, yang menentang Allah (a.w) (maksudnya, tak akur dengen ketetapan al-Quran); kedua, yang menentang Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, tidak akur dengan ketetapan as-Sunnah); dan ketiga, melanggar batasan-batasan atau ketetapan tertentu yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, termasuk makan harta anak yatim, minum arak, membunuh orang dan mengamalkan bida’ah.
(-) Solat itu wajib ikut as-Sunnah – Bentuk, cara dan kaedah bersolat
Saudara, solat itu hanya sah dengan ilmu dan menepati apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu hadith yang kita telah rujuk di atas tadi.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sollu kama ra-aitumuni yusolli) (Yang bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.) - Hadith Bukhari.
Malaikat Jibril (a.s) adalah guru Rasulallah (s.a.w) yang diperintahkan Allah (a.w) menyampaikan al-Quran, mengajarkan Rasulallah (s.a.w) dan mendemokan bagaimana melaksanakan perintah Allah (a.w)menyampaikan al-Quran dan mengajarkan praktikal amalan dan ibadah, dan memberi kefahaman tentang aqidah dan syariat Islam, kepada Rasulallah (s.a.w). Segala amalan dan ibadah dalam Islam dilakarkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah berdasarkan wahyu Allah (a.w) dan ajaran oleh Jibril (a.s). Rasulallah (s.a.w) tidak memandai-mandai dalam perkara agama. Dalam solat umat Islam wajib berpandukan as-Sunnah. Tidak boleh mengerjakan amalan atas dasar fikiran dan naluri hati. Smuanya telah diettapkan dan diperjelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Itulah mesej hadith ini. Hadith ini adalah sejajar dengan firman Allah (a.w): ‘Wama atakumur rasula fakhuzu wama nahakum fantahu’ (Yang bermaksud: Dan, apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kalian ambil /terima, dan apa-apa yang ditegahnya hendaklah kalian tinggalkan/jauhi) – Ayat 7: al-Haysr
Firman Allah (a.w) ini adalah perintah menyuruh umat Islam taatkan Rasulallah (s.a.w) - terima apa yang dibawakan olehnya dan jauhi apa yang ditegah/dilarangnya. Maksudnya hendaklah berpandu dengan as-Sunnah dalam mengerjakan segala perintah Allah (a.w) dalam Islam.
(-) Meninggalkan solat jatuh kafir
Saudara, ramai umat Islam lupa ketetapan berikut. Atau, mereke remehkan atau tak ambil kisah kertetapan ini. Atau, mereka, kerana jahil ilmu, tidak tahu.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna ‘ahdal-lazi bainana wa-bainahumus-solatu faman tarakaha faqada kafara.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya janji yang (dimeterikan) antara aku (Nabi (s.a.w)) dengan mereka (yakni, umat Islam) adalah solat fardu, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia jatuh kafir.’ - Hadith an-Nasa’i.
Jelasnya, kalau tertinggal satu solat fardu dengan sengaja, maka jatuh kafir secara otomatis. Jika dia bersolat pula pada solat yang kemudiannya pula, maka dia Islam semula. Namun, sepanjang tempoh dia tidak mengerjakan solat, maka dia sudah kafir. Maka wajib disiksa dalam neraka. Perlakuan yang bertentangan dengan Islam yang dimaafkan hanyalah dalam dua situasi: pertama, terlupa solat, dan kedua, tertidur (tidak sengaja). Terlupa solat atau tertidur maka luput waktu, dimaafkan tetapi wajib disolatkan ketika teringat atau ketika terjaga dari tidur.
Tidak ada ‘qada’ dalam Islam. Yang ada hanyalah kerjakan solat yang tertinggal kerana terlpa atau tertidur sebaik sahaja teringat atau terjaga dari tidur, walaupun sudah luput waktu. Contoh: Tertidur waktu Zohor, sampai luput waktu ‘Asar, maka apabila terjaga sudah masuk waktu Maghrib, wajib segera solatkan Solat Zohor dan kemudian Solat ‘Asar, walaupun waktu itu waktu Solat Maghrib, setelah selesai Solat Zohor dan Solat ‘Asar, maka solatlah Solat Maghrib. Hanya wajib diperhatikan jangan solat pada 3 waktu haram – ketika matahari tegak, ketika matahari terbit dan ketika matahri terbenam.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment