Tuesday, July 1, 2014

Syariat Solat - (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita sambung lagi penelitian kta tentang tajuk di atas, supaya selesai secepat mungkin bagi membolehkan saudara yang terlupa atau tidak memenuhi ketetapan-ketetapan tersebut membuat perubahan demi meraih pahala terbaik dalam bulan Ramadhan ini, insya Allah.

Syariat Solat
2. Ketetapan mengenai solat (Sambungan)

(-) Jangan cemarkan amalan/ibadah dengan mengamalkan bida’ah

saudara, kita sudah lihat dalam post sebelum ini, ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 7: a-Haysr: ambil segala sesuatu yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan apa-apa yang beliau tegah atau larang. ini perintah Allah (a.w). Dan, Allah (a.w) memberitahu kta pada firmanNya pada Ayat 80: an-Nisa': mentaati Rasulallah (s.a.w) bermaksud diterima Allah (a.w) sebagai mentaati Allah (a.w). Taatkan Rasulallah (s.a.w)  sama dengan taatkan Allah (a.w). Dan, dalam urusan solat, kita wajib patuhi perintah Rasulallah (s.a.w) berikut - antara beberapa banyak perintah Rasulallah (s.a.w) mengenai amalan bida'ah yang mencmarkan semua amalan seseorang yang Islam itu.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ahdatha fi amrina haza ma laisa minni, fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa memperbaharui di dalam urusan aku (yakni, urusan syariat Islam yang aku bawa) ini (dengan apa-apa urusan) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan oleh aku (Rasulallah (s.a.w)), maka urusan itu (yakni, amalan itu) ditolak (yakni, tidak diterima) - Hadith Ibnu Majah.
Dalam hadith yang lain orang yang mencemarkan amalan/ibadahnya dengan bida'ah dianggap sudah syirik, maksudnya keluar dari Islam, dan dalam hadith lain disebutkan semua amalan ahli bida'ah tidak diterima sehinggalah dia meninggalkan amalan bida'ahnya. Dan, dalam hadith yang lain disebutkan taubat ahli bida'ah tidak diterima. Dan, dalam hadith yang lain pula, mengamalkan bida'ah semua amalan - yang wajib mahupun yang sunat - tidak berguna, tidak diterima Allah (a.w), malah trkeluar dari Islam tanpa disedari, wal ya zubillah. Jadi, tak guna puasa Ramadhan kita kalau salah satu amalan/ibadah kita itu tercemar oleh bida'ah. Maka hadith di atas itu wajib dijadikan panduan. Dan, wajib megaji as-Sunnah untuk tahu apakah sebenarnya yang dikatakan bida'ah tersebut.
Dan, hadith Bukhari dan Muslim tentang bida’ah dan akibatnya. Justeru itu Islam mewajibkan umatnya ilmukan dirinya dahulu barulah buat amalan atau ibadah – Ayat 36: al-Isra’ dan al-Hadith. Kerana, tanpa ilmu pasti tidak terpandu dalam beramal, dipengaruhi oleh pendapat orang yang Allah (a.w) sebutkan berdasarkan persangkaan semata-mata, dan persangkatan adalah batil dan tidak menunjuk kepada yang haq (kebenaran).

(-) Segala amalan/ibadah perlu didasari ilmu

Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun tahu bahawa segala amalan dan ibadah dalam Islam wajib didassari dengan itu. Jangan beramal dalam kejahilan.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun …’ (Yang bermaksud: Janganlah kerjakan – amalkan/ibadahkan – sesuatu amalan/ibadah yang kalian tiada ilmu mengenai amalan/ibadah tersebut – Ayat 36: al-Isra’.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum kalian beramal dengan sesuatu) – al-Hadith.
Sejajar dengan ketetapan inilah Rasulallah (s.a.w) berwasiat: ‘Taraktu fikum amraini lan tadilllu ma tamasiktum bihima, kitabbalahi wa-sunnatu nabiyi’ (Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kalian dua perkara (maksudnya, hazanah ilmu atau panduan hidup mukmin) yang jika kalian berpegang kepada kedua-dua pasti kalian tidak akan sesat (mencari syurga dan selamat dari neraka) selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. al-Hadith) – Hadith Hadith Malik, Abdul Barri, al-Hakim dll.
Saudara, dalam al-Quran Allah (a.w) serngkali menyebut tentang 'siratul mustaqim' - jalan lurus ke syurga. Dan, jalan lurus ke syurga itu firman Allah (a.w) adalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

(-) Tanpa Wudu’ takda Solat

Saudara, menjuruskan penelitian kita tentang solat, kita wajib afham bahawa, tidak ada sandaran nas al-Quran ataupun as-Sunnah menyebut bahawa kita hendaklah berwudu' dengan menyebut 'Nawaitu ...' ketika memulakan wudu'. kalau kita amalkan atau teruskan mengamalkan sedemikian, kita memperbaharui syariat Islam, maka kita terlibat dalam ketetapan sabda Rasulallah (s.a.w0 di atas tadi. maka batallah wudu' kita dan batallah solat kita dan batallah segala amalan kita!
Diriwayatkan hadith daripada Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahli bin Sa’din As-Sa’idi (r.a) katanya daripada bapanya dan daripada datuknya (kata datuknya hadith) daripada Nabi (s.a.w), berkata datuknya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada (dikira) bersolat seseorang itu yang tiada berwudu’, dan tiada wudu’ bagi seseorang yang tidak menyebut 'Bismillah' semasa berwudu’, dan tiada dikira bersolat bagi seseorang yang tidak berselawat ke atas Nabi (s.a.w), …).’ - Hadith sahih Ibnu Majah.
[Nota: Hadith ini merumuskan beberapa perkara dalam syariat Islam menyentuh berwudu’ dan bersolat. Sahnya solat kalau ada wudu’. Sahnya wudu’ kalau disebut pada awal proses mengambil wudu’ itu disebut kalimah ‘Bismillah’. Kalau tak disebut ‘Bismillah’ di awal wudu’, maka tak sah wudu’ itu. Takda mana-mana ketetapan dalam al-Quran dan as-Sunnah membaca kalimah seumpama ‘Nawaitu …’ dan seumpamanya. Jika dijadikan amalan lazim pula menyebut/membaca kalimah-kalimah yang tiada dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka itu termasuk pembaharuan dalam urusan syariat berwudu’, maka bercorak bida’ah, maka wudu’ dan solat itu tidak diterima Allah (a.w). Sesiapa yang berwudu’ tidak menepati ketetapan hadith ini, bererti dia menolak ketetapan as-Sunnah, menolak ketetapan as-Sunnah bererti menolak ketetapan dan peraturan Allah (a.w) – Ayat 14: an-Nisa’, Ayat 7: al-Hasyr dan Ayat 80: an-Nisa’ dll. Hadith itu juga menyebutkan bahawa solat seseorang itu tidak diterima jika tidak berselawat ke atas Nabi (s.a.w), maksudnya tidak membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment