Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan pengajian kita tentang perintah Rasulallah (s.a.w) 'sollu kama ra-aitumuni usolli' itu, supaya sepanjang Ramadhan ini - dan seterusnya kita berjaya dalam menyediakan diri untuk kebajikan akhirat, insya Allah. Solat adalah penentu segala amalan dan ibadah selainnya, apabila dihisab kelak di akhirat. Bak solet kita maka baiklah hisaban lain-lain amalan kita. Tambahan pula kita dicop 'kafir' (maksudnya, jadi kafir secara otomatis) kalau kita sengaja tinggalkan satu solat fardhu.

Solat mengikut as-Sunnah (Sambungan)
15. Duduk antara dua Sujud
(-) Tasbih Duduk antara Dua Sujud
Saudara, hadith berikut memberi kita tahu beberapa perkara; pertama, bacaan (aternatif) Doa Iftitah selepas Takbiratul Ikhram; kedua, lamanya setiap pergerakan Rukuk, Sujud dan iktidal itu hampir-hampir sama; ketiga, bacaan tasbih ketika Rukuk itu; keempat; bacaaan tasbih ketika sujud dan kelima, bacaan ketika duduk antara dua sujud yang pendek sahaja.
Diriwayatkan hadith daripada Khuzaifah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya datang kepada Nabi (s.a.w) (seorang lelaki dari Habsyah) maka berdiri di sebelah Nabi (s.a.w) (bersolat). Maka membaca (Nabi) ‘Allahu akbaru zulmalakuuti waljabaruuti walkibiriyai wal’azamati’ kemudian (setelah selesai membaca al-Fatihah) membaca Surah Baqarah, kemudian Ruku’ dia, maka adapun Ruku’nya kira-kira sama masa dia berdiri (i.e. Iktidal), maka membaca dia dalam Ruku’nya ‘subhanarabbial a’zimi’ (Yang bermaksud: Maha suci Allah (a.w) yang Maha Besar), dan membaca dia ketika mengangkat kepalanya (bangun dari Sujud) ‘lirabbial hamdu, lirabbial hamdu.’ (Yang bermaksud: Nescaya bagi Allah (a.w) segala puji), adapun dia membaca (ketika duduk) antara dua Sujudnya ‘rabbighfirli, rabighfirli’ (Yang bermaksud: Semoga mengampuni Engkau (Allah) akan daku.) - Hadith sahih an-Nasa’i.
Hadith ini menjelaskan satu cara bacaan yang lain semasa duduk di antara dua sujud itu yang diamalkan oleh seorang. Dia bersolat di sebelah Rasulallah (s.a.w). Kalimah-kalimah yang dibacanya tidak pula ditegor oleh Rasulallah (s.a.w). Jelaslah, kalimah-kalimah tersebut boleh juga diamalkan.

Dan, cara kedua, membaca ‘Rabbigh-firli, warhamni, wajburni, warzukni, wa’afini’ - Riwayat Kamil Abi ‘Ala, dan Sunan Ibnu Majah.
(-) Tama’ninah (berhenti seketika)
Saudara, dalam ibadah solat itu, wajib ada tamaninahnya - iaitu berhenti seketika baru membaca Tasbih Ruku', Iktidal, Sujud dan duduk atara dua Sujud), adalah solayt yang tenang tidak terburu-buru atau tergopoh gapah!

Diriwayatkan hadith daripada al-Bara’ bin ‘Azib (r.a.), Nabi (s.a.w) berbuat seperti katanya: ‘Adalah solat Rasul (s.a.w) itu apabila Ruku’ dia, dan apabila mengangkat kepalanya daripada Ruku’ (yakni Iktidal dia), dan apabila Sujud dia, dan apabila mengangkat akan kepalanya daripada Sujud (yakni duduk di antara dua Sujud dia), maka empat perkara itu hampir bersamaan panjang masa perhentian (i.e. tamaninah) kesemuanya.’ - Hadith sahih at-Termidzi.
Dalam solat itu, tamakninah itu penting, tidaklah kita bersolat itu terlalu cepat sehingga tidak berhenti seketika di anara setiap Rukun Fe'li (perlakuaknya).
16. Tasyahud (Tahiyat) – Awal dan Akhir
(-) Bagaiman Duduk Tahiyat Awal
Diriwayatkan hadith daripada al-Bara’ bin ‘Azib (r.a.), Nabi (s.a.w) berbuat seperti katanya: ‘Adalah solat Rasul (s.a.w) itu apabila Ruku’ dia, dan apabila mengangkat kepalanya daripada Ruku’, yakni Iktidal dia, dan apabila Sujud dia, dan apabila mengangkat akan kepalanya daripada Sujud (yakni duduk di antara dua Sujud dia), maka empat perkara itu hampir bersamaan panjang masa perhentian (tama’ninah) kesemuanya.’ - Hadith sahih at-Termidzi.
(-) Cara Duduk & Menggerakkan Jari Telunjuk
Diriwayatkan hadith daripada seorang daripada para tabi’in (yang dipercayai riwayatnya namanya) Abbas bin Sail al Sai’di katanya: ‘Telah berkumpul Abu Hamid (Abdul Rahman bin Said bin Munzar), Abu Said (Malik bin Rabi’at), Sahil bin Saad dan Muhammad bin Musalmat, di kalangan mereka itu bermuzakarah mereka (yakni mengingatkan masa mereka bersama Nabi (s.a.w) solat berjemaah) sebagaimana kata Abbas: ‘Maka mengingat-ingatkan mereka itu akan solat Rasulallah (s.a.w), (yakni masing-masing berkata solatnya begini-begini dan kata seorang demikian pula menyungguhkan atau menambah tahkiknya). Maka didalam hal demikian berkatalah Abu Hamid, Abdul Rahman bin Saad bin Munzar as-Saadi as-Syaari (r.a): ‘Aku lebih ingat daripada kamu sekelian dengan solat Rasulallah (s.a.w).’ [Mengikut tambahan pada riwayat Abu Daud (r.a) katanya: ‘Kata mereka itu kerana apa kamu lebih ingat daripada kami? Maka demi Allah (a.w)! Tiada ada engkau lebih daripada kami mengikutinya, dan tiada pula engkau lebih dahulu daripada kami menjadi sahabatnya dan bertambah bagi tahunya pula.’ ‘Kata seorang dari mereka: ‘Dari mana kamu lebih ingat daripada kami?’ Jawabnya (Abu Hamid): ‘Aku perhatikan sungguh-sungguh akan solat Nabi (s.a.w) itu hingga aku hafaz akan dia.’(Kata Abu Hamid, menyambung): ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah aku lihat duduknya, yakni duduk bagi tahiyat maka menghampar dia (yakni melipat dia) akan kakinya yang kiri, dan memperhadap dia dengan hadapan kaki kanannya (yakni jari-jari kakinya) dihalakannya ke qiblat dengan didirikannya (jari-jari kakinya), dan ia meletakkan duduknya (yakni, ponggong kirinya) atas lipatan kaki (tumit kaki) kiri, dan meletak ia akan tapak tangan kirinya atas lutut kirinya, dan menghantar dia (yakni, meletakkan) akan tangannya yang kanan itu atas lututnya yang kanan dengan menggenggamkan segala jarinya yang kanan kecuali jari telunjuk’, [sebagaimana kata Abu Hamid], dan mengisyarat ia dengan jarinya, yakni dengan telunjuknya.’ - Hadith Hassan lagi sahih, at-Termidzi.
Rasulallah (s.a.w) menegakkan jari telunjuknya diangkat ke atas enunjuk ke arah qiblat sepanjang masa dia membaca Tahiyat itu. Inilah satu versi keadaan jari telunjuk ketika Tahiyat.
(-) Cara kedua Menggerak-gerakan Jari Telunuk
(-) Bacaan Tasyahud – Tahyat Awal dan Tahyat Akhir
Saudara, membaca Tahiyat - Awal dan Akhir (ketika mengakhiri solat kita) adalah suatu kemestian. Jika terlupa Tahiyat Awal wajib dikerjakan Sujud Sahwi.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wudu’, tiada wudu’ bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwudu’, dan tiada solat bagi barangsiapa yang tidak berselawat atas Nabi (yakni, ketika membaca Tahiyat), dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ - Hadith Ibnu Majah.
Dalam hadith ini diberikaan kunci ketetapan mengenai solat itu, iaitu solat hanya sah jika ada wudu', wudu' itu sah kalau dimulakan dengan membaca 'Bismillah' (bukan lain-lain kalimah) (dan, oleh kerana mandi junub itu mengandungi proses berwudu', maka tak sahlah mandi junub itu kalau tak baca 'Bismillah' ketika memulakannnya (yakni, berwudu' sebelum meratakan air ke seluruh tubuh); dan tidak sah solat itu kalau kita tidak berselawat atas Nabi/Rasulallah (s.a.w). Selawat itu adalah sebahagian daripada kalimah-kalimah Tahiyat Awal dan Akhir, di bawah.
(-) Tahiyat Awal
Saudara, Tahiyat itu ada dua versi bacaan/kalimahnya, iaitu versi Abdullah b Masud (r.a) (atau ibnu Masud) dan versi Abdullah b Abbas (r.a) (i.e. ibnu Abbas). Versi Ibnu Masud itu adalah berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) katanya: ‘Telah mengajar akan kami oleh Rasulallah (s.a.w) apabila duduk kami kemudian daripada sempurna mengerjakan dua rakaat solat (yakni disuruhnya membaca Tahiyat yang diajarnya itu akan kami kemudian daripada telah sempurna dua rakaat didalam solat), bahawasanya kami berkata: ‘At-tahiyatu lillahi wasolatu watoibatu. Assalamu-alaika aiyuhan nabiyu wa-rahmatullahi wabarakatuhu. Was-salamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahi-solihina, Asyhadu-an la ilaha-illah, wa-asyhaduanna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu’ - Hadith Bukhari & Muslim.
Dan, versi Ibnu Abbas itu adalah dalam hadith berikut. Kita boleh pilih yang mana satu kita nak pakai.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas (r.a) katanya, ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) mengajar ia akan kami akan tasyhad (yakni tahiyat), sebagaimana mengajar ia akan kami akan surah-surah al-Quran (yakni, dengan tajwidnya dan tartilnya dan waqafnya, yakni, diajarkan secara perlahan).’ [Kata Ibn Abbas (r.a)] ‘Maka adalah berkata di dalam ajarannya begini: ‘Attahiyatul mubarakatus-solawatut-toyibatu lillahi. Assalamu-alaika aiyuhan-nabiyu wa-rahmatullahi wa-barakatuhu. Assalamu ‘alaina wa-ala ‘ibadillahis-solihina. Asyhadu alla-ilaha-illallah, wa-asyahadu anna Muhmmadan ‘abduhu wa-rasuluhu.’ - Hadith hasan, gharib dan sahih as-Shafiie & Muslim.
(-) Tahiyat Akhir
Saudara, Tahiyat Akhir itu ada dua versi yang utama, iaitu versi yang disebutkan dalam hadith berikut:
Ibnu Masud di bawah, dan kemudian diikuti pula dengan versi Diriwayatkan oleh Abi Mas’ud (r.a): Ibnu Masu’d (r.a) berkata bahawa Nabi (s.a.w) memberitahu dia tentang ‘selawat’ itu membaca: ‘Allahumma-salli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama sollai-taala ‘ala ali Ibrahim, wa barik ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama baraktaala ‘ala ali Ibrahim, fil ‘alamina innaka hamidum-majid’ - Hadith sahih riwayat an-Nasa’i
Terdapat beberapa versi ‘selawat’ ini dalam hadith. Tetapi pada asasnya tidak banyak perbezaannya. Apa yang jelas, Nabi (s.a.w) pernah membaca beberapa versi. Di dalam hadith berikut dijelaskan sendiri oleh Rasulallah (s.a.w) bagaimana berselawat itu:
Diriwayatkan hadith daripada Mas’ud al-Ansyari (r.a) berkata: ‘Ketika kami dalam majlis Saad bin Ubadah (r.a), datang Nabi (s.a.w) lalu bertanya Basyir bin Saad kepada beliau dengan katanya: ‘Diperintah Allah (a.w) bahawasanya berselawat kami atas kamu, wahai Rasulallah (s.a.w) Maka bagaimana kami berselawat atas engkau?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Katalah olehmu ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad. Kama sollaitaala ‘ala ali Ibrahima, wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammadin, kama barakta ‘ala ali Ibrahima, fil-‘alamina innaka hamidum-majid(-un).’ (Kata Abu Mas’ud:) ‘Dan (cara memberi salam itu) sebagaimana sungguh-sungguh telah tahu kamu.’ - Hadith Muslim.
Saudara, Allah (a.w) melantik Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul dan Nabi penamat 'khattaman nabiyin', memuliakan Allah (a.w) padanya, sehinggakan di akhirat kelak dialah dibangkitkan terdahulu, dialah yang membuka pintu syurga, dialah yang diberi izin oleh Allah (a.w) untuk memberi syafaat kepada umat-umatnya yang memerlukan pertolongannya. Kerana mulianya Rasulallah (s.a.w) itu setiap kali Allah (a.w) menyebut diriNya diikuti dengan sebutan kepada Rasulallah (s.a.w) pula, sebagai gandingan. Sehinggakan, Allah (a.w) memberitahu manusia dalam al-Quran supaya umat Islam itu berselawat ke atas Rasulallah (s.a.w), kerana Allah (a.w) sendiri dan para malaikat berselawat ke atasnya memuliakan beliau - Ayat 56: al-Ahzab.
Diriwayatkan hadith daripada bni Qasim berkata menceritakan kepadaku hadith oleh Malik hadith daripada Nu’im bin Abdillah al-Jumraani (pengutip umbut) bahawa Muhammad bin Abdillah bin Zaid al-Ansari dan Abdullah bin Zaid yang bermimpi dengan panggilna untuk solat (Azan) mengkahabrakan kepadanya hadith dari abi Maud al-Ansari bahawa dia berkata: ‘Datang kepada Rasulallah (s.a.w) di dalam majlis Sa’id bin ‘Ubadah, maka berkata kepadanya Basir bin Sa’din: ‘Memerintah atas kami Allah (a.w) Yang Maha Mulia dan Maha Agung supaya berselawat atas engkau wahai Rasulallah (s.a.w), maka bagaimana (hendak) berselawat atas engkau?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga mengharap kami bahawasanya tidak ditanya padanya soalannya (tersebut) (kata perawi). Berkata (abi Masud) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Kamu ucapkanlah ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad; kama sollaita ‘ala ali Ibrahima; wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahima; fil ‘alamina innaka hamidun majidun.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) aku berselawat atas Nabi Muhammad (s.a.w) dan atas keluarganya, sebagaimana berselawat mereka atas Nabi Ibrahim (a.s); dan semoga Engkau memberkati atas keluarga Nabi Muhammad (s.a.w) sebagaimana Engkau memberkati atas keluarga Nabi Ibrahim (a.s); ... ). Dan memberi salamlah kamu (sesudah itu) sebagaimana yang kamu sudahpun ketahui (maklum cara memberi ‘salam’ itu - Hadith an-Nasai.
17. Memberi ‘Salam’
Penamat solat itu adalah memberi 'salam' ke kanan dan kemudian ke kir sambil menyebut 'as-salamualaikum warahmatulah'.
18. Wirid dan Zikir selepas solat
Insya Allah, kita post akan datang kita akan teliti beberapa wirid dan zikir yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk kita amalkan selepas memberi 'salam.', i.e.selesai solat.
19. Berdo’a

Saudara, dalam perkara do'a ini, kita boleh semak al-Quran begitu banyaknya do'a yang Allah (a.w) britahu supaya dibaca atau doa'a yang menjadi amalan para Rasul. Selain itu, dalam perkara do'a ramai para ulama' menulis serta menghebahkan pelbagai do'a dengan kalimat-kalimat berbagai-bagi. Doa itu disuruh oleh Allah (a.w) supaya hamba-hambaNya jadikan amalan sentiasa dalam apapun keadaan. Malah Allah (a.w) murka kepada manusia jika tidak berdo'a dan meminta tolong kepadaNya - Ayat 60: al-Ghafir. Seseorang yang tidak mau berdo'a pasti masuk neraka, kerana bersifat angkuh lagi sombong terhadap Allah (a.w). Lagi kerap kita berdoa lagi disukai Allah (a.w). Do'a itu menunjukkan bahawa kta sentiasalah mengharapkan kurniaan dan pertolongan Allah (a.w), melambangkan Allah (a.w) lah tempat kita memohon segala sesuatu, termasuklah memohon keberkatan terhadap kesemua usaha kita untuk dunia dan akhirat.
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment