Assalamualaikum,
Saudara, kkta teruskan penelitin kita tentang 'solat ikut cara Rasulallah (s.a.w) itu seterusnya, menyambung apa yang telahpun kita ketahui dalam post yang lalu. Bagaimana bersolat mencontohi Rasulallah (s.a.w)
(Sambungan)
7. Bertakbir setiap pergerakan Rukun Fe’li Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun maklum bahawa setiap pergerakan - Rukun Fe'li - solat itu wajib kita bertakbir.

Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) membaca takbir (yakni, 'Allahu Akbar' ketika memulakan solat (maksudnya, Takbiratul Ikhram), ketika hendak ruku’, ketika bangkit dari ruku’ membaca ‘samiullahu liman hamidah’ (maksudnya, tidak bertakbir ketika bangkit dari Rukuk untuk Iktidal) dan membaca ‘rabbana wa-lakal hamdu’ setelah berdiri betul (setelah tegak). Kemudian dibacanya takbir pula apabila hendak Sujud, (dibaca) ketika bangun dari Sujud, (disebut) ketika Sujud yang kedua kali, (dibaca) ketika bangun dari Sujud yang kedua dan (dibaca) ketika bangun dari Tahiyat Awal (yakni, ketika berdiri untuk rakaat ketiga), demikianlah seterusnya bagi taip-tiap rakaat.’ - Hadith Muslim.
Hadith ini menjelaskan bahawa kalimah Takbir itu dibaca setiap pergerakan, kecuali ketika bangun dari Ruku’ untuk Iktidal, dibaca ‘sami’allahu liman hamidah’ dan kemudian setelah betul-betul tegak, membaca ‘rabbana lakal hamdu’. Dan, dalam hadith lain disebutkan bahawa sebagai makmum, ketika Imam bangun dari Rukuk membaca ‘Sami’allahu liman hamidah’ makmum sambut dengan menyebut/membaca ‘rabbana wa-lakal hamdu’, tidak ikut imam membaca ‘sami’allahu liman hamidah’.] Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) katanya: ‘Telah aku lihat akan Rasullah (s.a.w) apabila memulai dia dengan solatnya mengangkat dia akan dua tangannya sambil mengucapkan Takbiratul-ikhram (i.e. Allahu Akbar), angkatannya itu sehingga membetuli dua bahunya. Kemudian iapun membaca [al-Fatihah dan surah al-Quran]. Kemudian apabila dia hendak Ruku’ mengangkat tangan pula dia serta mengucap takbir (yakni, 'Allahu akbar'. Dan apabila bangun daripada Ruku’ pula mengangkat kedua tangannya dan begitu juga mengangkat Nabi (s.a.w) akan dua tangannya apabila mengangkat dia akan kepalanya daripada Sujud (yakni, untuk bangun rakaat berikutnya), maka jadilah jumlah dia mengangkat tangan pada [rakaat] pertama tiga kali mengangkat kedua tangannya (sampai bersetentangan dengan kedua cuping telinganya/bahunya).’ - Hadith Hassan Sahih at-Termidzi.
8. Letak kedua-dua tangan selepas Takbiratul ikhram

Rujuk post terdahulu, dua cara/kaedah meletakkan kedua-dua tangan selepas Takbiratul Ikhram itu.
9. Membaca al-Fatihah dan beberapa ayat al-Quran dua rakaat pertama
(-) Fatihah itu wajib – Tak baca batil solat
Saudara, kita ulangi apa yang kita telahpun maklum melalui post yang terdahulu, tentang penting dan wajibnya membaca Surah al-Fatihah bagi setiap rakaat solat.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi barangsiapa (yang) tidak membaca dengan al-Fatihah al-Quran.’ - Hadith an-Nasa’i.
(-) Mulakan membaca al-Fatihah Saudara, perkara yang sama kita telahpun maklum melalui post sebelum ini, iaitu membaca kalimah Taawuz dan Basamaltanpa menutakan suara, maka dengan itu Anas (r.a.) hanya mendengar ayat pertama al-Fatihah dibaca dengan suara kuat boleh didengari oleh makmum.

Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Anas (b Malik) (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) dan Abu Bakar (as-Siddiq) dan Omar (b Khattab) memulakan atau membuka bacaannya dengan ‘alhamdulillahi rabbil ‘alamin’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Yang penting Surah al-Fatihah itu wajib dibaca (membacanya dengan menguatkan suara, bagi Solat Subuh, Maghrib dan Isya' sahaja)
(-) Membaca Kalimah ‘Ta’awuz’ sebelum ‘Basamalah’ Saudara, ketetapan Allah (a.w) wajib pada setiap kali kita hendak membaca al-Quran, termasuklah pertama kali membaca surah-surah/ayat al-Quran ketika solat. Tidak ada nas dan dalil yang menyebutkan kita boleh baca lain-lain kalimah ketika bersolat, keculidicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Firman Allah (a.w): ‘Faiza qaraktal qurana fasta’izbillahi minas syaitanir rajim’. (Yang bermaksud: Maka ketika membaca kamu sekelian al-Quran (atau ayat-ayat al-Quran) hendaklah kamu mohon perlindungan dengan Allah (a.w) dari syaitan yang direjam) - Ayat 98: an-Nahl.
Kalau menjadi makmum jangan menguatkan bacaan sehingga menggangu Imam. Inilah ketetapan sabda Rasulaallah (s.a.w) berikut: Diriwayatkan hadith dari ‘Imran b Husain (yang berkata) sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersolat Solat Zohor atau Solat ‘Asar, dan seorang lelaki membaca di belakangnya, maka ketika selesai solat, bersabda Nabi (s.a.w): ‘Manakah kamu yang membaca ‘Sabbihisma rabbikal ‘ala?’ Maka berkata lelaki dari kalangan kaum (yakni, makmum yang berbuat sedemikian): ‘Aku! Tidak menghendaki dengannya (i.e. bacaan itu) kecuali kebaikan.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh mengetahui aku bahawa sebahagian kamu sungguh-sungguh mengganggu pada solatku.’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Rasulallah (s.a.w) melarang makmum menguatkan suara membaca surah ketika bersolat berjema'ah.

(-) Membaca ‘Basmalah’ tanpa menguatkan suara Saudara, hadith yang kita telahpun tahu dalam post sebelum ini. Prinsipnya adalah sama, membaca Basmalah dengan suara perlahan, tidak didengarkan kepada orang lain.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat kami bersama Rasulallah (s.a.w), maka tidak mendengar kami (dia) membaca ‘Bismillahir-rahamanir-rahim’, dan bersolat kami bersama Abu Bakar (r.a) (as-Siddiq) dan Omar (r.a) (ibni Khattab), maka tidak mendengar kami mereka membacanya.’ - Hadith an-Nasa’i.
Jelaslah membaca Basmalah itu secara perlahan- tidak dikuatkan – memadai boleh didengar oleh telinga sendiri. Bagaimana pula membaca kalimah Ta-awuz? Ini tertakluk kepada firman Allah (a.w) berikut, wajib dibaca setiap kali membaca al-Quran/ayat-ayat al-Quran, termasuk membaca ayat-ayat al-Quran ketika bersolat. Naun, hanya sekali sahaja dibaca ketika memulakan bacaan al-Fatihah pada rakaat pertama sahaja. Dan, ketika membaca kalimah Ta’awuz dan Basmalah itu hendaklah dibaca perlahan kedengar kepada diri sendiri sahaja, dan tidak dijaharkan (dikuatkan suara).

(-) Kalau jadi makmum perlahankan membaca al-Fatihah Saudara, kita sudahpun maklum dalam post sebelum ini kita wajb membaca kalimah Taawuz (sekali sahaja pada rakaat pertama sebelum membaca Bsmalah) dan membaca Basmalah setiap kali nak baca al-Fatihah dan surah/beberapa ayat al-Quran pada rakaat pertama dan kedua, dengan memperlahankan suara, tanpa kedengaran orang lain/makmum lain. Hadith ini menyebutkan perkara tersebut juga.
Diriwayatkan ahdith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) selesai dari beberapa solat yang mengeraskan (makmum) bacaan di dalam solat (yakni, Solat Subuh atau Maghrib atau ‘Isya’) dengan bacaannya. Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah membaca bersama-sama aku salah seorang kamu baru sebentar tadi?’ Berkata seorang lelaki: ‘Ya! Wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya aku, berkata aku ada bagiku terganggu pada bacaanku.’ Berkata Abu Hurairah (r.a): ‘Maka berhenti manusia (i.e. makmum) dari membaca yang di dalamnya (i.e. solat) yang megeraskan (jahar) bacaan di dalam solat Rasulallah (s.a.w) dengan bacaannya dari suatu solat ketika mendengar demikian (sabda Rasulallah (s.a.w)). - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Jelasnya, hendaklah makmum membaca cukup boleh didengari oleh telinganya sendiri, tanpa didengar oleh orang lain.]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment