Sunday, July 6, 2014

Syariat Solat: (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, agama Islam itu adalah agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia semenjak zaman manusia pertama lagi telah wujud agama Islam itu. Hanyalah, belum disempurnakan sebagaimana syariat solat fardhu yang diperintahkan kepada Rasulallah (s.a.w) pada malam Isra' dan Mikraj mewajibkan semua kerjakan. Agama Islam adalah wadah bagi manusia semua zaman semua bangsa dan keturunan jadikan wadah/landasan untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) (Ayat 56: az-Zariat) sehinggalah terjadinya kiamat dunia. 
Sebaik sahaja Allah (a.w) perintahkan solat fardhu 5 waktu itu, malaikat Jibril (a.s) diperintah Allah (a.w) untuk mengajarkan Rasulallah (s.a.w) bagaimana mengerjakannya, waktu mulanya bagi setiap solat dan waktu luputnya dan waktu haramnya serta ketentuan terperinci mengenai solat itu - yang fardhu dan yang sunat. Selainnya bentuk-bentuk solat, cara dan kaedah mengerjakannya diajarkan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu dan hikmah (maksudnya, as-Sunnah), malaikat jibril (a.s) diperintah oleh Allah (a.w) mengejarkannya kepada Rasuallah (s.a.w). Kemudian Rasulallah (s.a.w) mengajarkan para sahabat syariat Islam, terutama solat, secara detail/terperinci, dan umatnya, yakni kita, diperintahkan oleh Allah (a.w) mencontohi Nabi (s.a.w) dalam semua perkara termasuk solat. Maka Rasulallah (s.a.w) perintahkan kita: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku bersolat) - Hadith Bukhari.
Justeru bagi kita yang sekian lama ditinggalkan Rasulallah (s.a.w), walaupun kita tidak berkesempatan menemui beliau, kita mewarisi sunnahnya, maka kita kekal tahu apa maksud pesanan atau perintah beliau itu dalam perkara solat dan umumnya perkara agama Islam.

Bagaimana bersolat mencontohi Rasulallah (s.a.w)
1. Mengambil wudu’ yang sah (antara nas dan dalil hadithnya)

Saudara, yang wajib ita tahu dan fahami adalah ketetapan hadith berikut, iaitu solat itu memerlukan Wuduk.

Diriwayatkan hadith dari Abdil Muhaimin b Abbas b. Sahil b Sa’id as-Sa’idi hadith dari bapanya (Abbas) hadith dari datuknya (Sahil) hadith dari Nabi (s.a.w) berkata: ‘La solata li-man la-wudu-a lahu wa-la wudu-a liman lam yazkurismallahi ‘alaihi wa-la solata liman la yusolli ‘alan-nabiyi wa-la solata liman la-yuhibbul-ansari.’ (Yang bermaksud: Tiada solat bagi orang yang tiada wudu’ baginya dan tiada wudu’ bagi orang yang tidak menyebut ‘Bismillah’ atas wudu’nya, dantidak ada solat bagi orang yang tidak membaca selawat atas Nabi dan tidak ada solat bagi orang yang tidak menyukai orang ansar (maksudnya, penduduk di mana dia bermestautun) – Hadith Ibnu Majah, Kitab Toharah.Wudu’ tidak sah tanpa membaca ‘Bismillah’ (bukan 'Basmalah', yakni 'Bismillahir-rahmanir-rahim" atau apa-apa kalimah/bacaan selainnya) ketika memulakannya. Membaca kalimah-kalimah lain tidak disuruh, tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), malah mengamalkannya tergolong perlakuan yang membatalkan amalan (bida’ah), bukan setakat membatalkan Wuduk dan solat kita. Wajib kita berselawat ketika membaca Tahiyat Awal dan Akhir. Jika kita tidak berselawat, maka batallah solat kita.
Justeru itu, perbuatan membaca' Nawaitu wudu' ...' dan seumpamanya ketika memulakan Wudu' tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), Begitu jugalah memulakan solat dengan membaca 'Usolli ...' itu juga tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Sesuatu yang tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w0, kita lakukan, maka kita terlibat dalam hakikat 'membuat pembaharuan dalam urusan agama', maka adalah perbuatan 'bida'ah'. Bida'ah itu bahaya dalam islam.

2. Membaca beberapa do’a sebelum mengangkat tangan bertakbir

Saudara, sebelum mengangkat kedua tangan untuk Takbiratul Ikhram, kita disunatkan membaca beberapa kalimah do'a, antaranya disebutkan dalam hadith-hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adapun ketika hendak memulakan solatnya membaca dia ‘Subhanakal-lahumma wa-bihamdika, tabarakas-muka, wata’ala jadduka, wala ilahu ngairuk (-a)) (Yang bermaksud: Setinggi pujian atas Engkau, ya Allah ya Tuhan kami, dan kami bersyukur kepadaMu, maha berkat namaMu, dan maha luhur kekuasaanMu, dan tiada tuhan selain Engkau) - Hadith sahih Ibnu Majah.
Atau, do'a pendek berikut juga boleh dibaca ketika berdiri untuk memulakan solat sebelum Takbiratul Ikhram.
Diriwayatkan hadith daripada Jubairi bin Mut’im (r.a), hadith daripada bapanya berkata: ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika masuk dalam (yakni, hendak) solat berkata: ‘Allahu akbaru kabira (3x), Alhamdu-lillahi kathira (3x), subha-nallahi bukratau wa asila (3x). Allah-humma inni a’uzubika minasy-syaitanir rajim, min hamzihi wa-nafhihi wa-nafsihi) (Maksud kalimah: Ya Allah ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari keinginan nafsuku dan keinginan diriku) - Hadith sahih Ibn Majah.
Atau, setelah berdiri menghadap Qiblat, berdo’a: ‘Allahum-maghfirli, warhamni.’ (Yang bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku ampunilah dosaku dan Engkau (Allah) rahmatilah aku’) - Hadith sahih Ibnu Majah.

3. Berdiri, Mengangkat kedua-dua tangan ketika bertakbir

 
Saudara, kita memeulakan solat kita tanpa membaca kalimah-kalimah seumpama 'Usolli fardhal/sunnatal ...', kerana Rasulallah (s.a.w) memerintahkan kita bahawa: 'Iza qumta ilas solati fakabbir' (Yang bermaksud: Ketika (kalian hendak mulakan solat) berdirilah dan bertakbirlah) - Hadith Bukhari. Maksudnya, kita berdiri mengadap qiblat, mengangkat kedua-dua tangan sambil membaca/meyebut kalimah 'Allahu Akbar', yakni Takbiratul Ikhram.

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Jabbar bin Wail (r.a) katanya hadith daripada bapanya berkata: ‘Sesungguhnya aku melihat Nabi (s.a.w) ketika memulakan solatnya dan menyebut ‘Allahu Akbar’ mengangkat dia kedua-dua tangannya sehingga hampir (maksudnya, bertentangan) kedua-dua ibu jari tangannya dengan cuping telinganya.’ - Hadith sahih an-Nasa’i.
Hadith ini menyebutkan bahawa mengangkat kedua-dua tangan semasa bertakbir ikhram itu sampai jari-jari kedua-dua tangan sejajar dengan cuping telinga kiri dan kanan, sambil menyebut ‘Allahu Akbar’. Dalam dua hadith berikut pula kedua-dua belah tangan itu diangkat sampai bertentangan dengan kedua bahu. Ini adalah cara/kaedah kedua. Kedua-duanya boleh diamalkan. Namun jika satu kaedah dipakai, maka hendaklah dipakai bagi solat tersebut sampai selesai. Hadith berikut menyebutkan bahawa ketika bangun dari selesainya rakaat kedua (untuk rakaat ketiga), hendaklah kedua-dua tangan diangkat sebagaimana pada Takbiratul Ikhram itu, iaitu sampai ke paras cuping telinga atau paras bahu. Ketika bangun selesai rakaat pertama’ bangun untuk rakaat ke-2, tak perlu angkat kedua tangan sampai ke paras cuping telinga/bahu, begitu juga ketika selesai rakaat ke-3 untuk rakataan ke-4, tidak diangkat.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila memulakan solatnya diangkatkannya kedua-dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian takbir ikhram dia, demikian juga ketika akan ruku’ dan bangkit dari ruku’. Dan tidaklah dia mengangkat tangan ketika berdiri dari sujud (yakni, untuk rakaat kedua).’ - Hadith Muslim.
Hadith ini menyebutkan setiap pergerakan Rukun Fe’li, hendaklah bertakbir dan mengangkat tangan tetapi tidaklah sampai ke paras bahu atau cuping telinga, kecuali bangkit dari Sujud ke-2 untuk rakaat ke-3, diangkat seumpama permulaan solat. Dalam hadith berikut disebutkan bahawa semasa bertakbir itu, jari-jari ditegakkan dan tidaklah direnggangkan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) apabila masuk didalam solat mengangkat dia akan tangannya tegak segala jari-jarinya menghala ke langit dengan tiada merenggang akan dia, dan adalah angkatnya itu membetuli (bersetentangan dengan) dua bahunya.’ - Hadith hassan at-Termidzi.
Saudara, ada dua cara mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul Ikhram, ketika bangkit dari Ruku',  ketika bangkit untuk rakaat ke-3.


4. Berdiri dan membaca Takbiratul Ikhram & Do’a Iftitah

Rasulallah (s.a.w) memberitahu: ‘Faiza qumta ilas-solata, fa-kabbir.’ (Yang brmaksud: Ketika kalian (hendak bersolat maka) berdirilah dan bacalah Takbir (maksudnya, takbiratul Ihkram). Kemudian disebutkan dalam hadith berikut:
Abu Said al-Khudri, katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Bermula 'tahrim' (permulaan) bagi solat itu ialah ‘Takbiratul Ikhram’ (yakni, menyebut 'Allahu Akbar') dan ‘Tahlilnya’ (penamatnya) ialah memberi ‘salam’ (yakni menyebut ‘Assalamu-alaikum warahmatu-Allah’) di akhir solat. Dan tiada solat bagi seseorang yang tiada membaca ‘Alhamdu-lillah’ (yakni, Ummul Kitab atau al-Fatihah) dan surah pada fardu lainnya.’ - Hadith sahih riwayat at-Termidzi.
Solat bermula dengan Takbiratul Ikhram dan selesai ketika memberi ‘salam’. Setelah Takbiratul Ikhram, dibacalah Do’a Iftitah. Do’a Iftitah yang terpendek adalah disebutkan dalam hadith berikut:
Mengikut hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) katanya Rasulallah (s.a.w) sedang bersolat, maka berdiri seseorang lelaki (untuk bersolat) bersolat di belakang Nabi (s.a.w), maka membaca dia ‘Allahu Akbaru kabira, walhamdulillahi kathira, wa subhanallahi bukratau-wa-asila’ (Yang bermaksud: Allah yang mama Besar, dan sebanyak-banyak atau setinggi puji-pujian bagi Allah, dan maha suci Allah pagi dan petang). Maka bersabda Nabi (s.a.w) (setelah selesai solat itu): ‘Siapakah orang yang membaca kalimah (tadi) (yakni, kalimat di atas itu)?’ Maka berkata (menjawab lelaki tersebut): ‘Aku! Wahai Nabi Allah (a.w).’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Nescaya sungguh berlumba-lumba dua belas malaikat (meminta ampun bagi orang yang membacanya kepada Allah (a.w).’ - Hadith sahih an-Nasa’i.
Saudara, hadith ini menyebutkan kalimah Do'a Iftitah yang terpendek dalam solat. Jika kita baca do'a ini memadai untuk Do'a Iftitah itu.
Hadith ini menyebutkan betapa riang gembiranya para malaikat mendengar orang-orang yang bersolat membaca kalimah Takbiratul Ikhram tersebut.

5. Membaca ‘Basmalah’ – Tidak dikuatkan


Saudara, setelah membaca Takbiratu ikhram itu, hadith memberi kita tahu bahawa kedua-dua tangan kita itu diletakkan di tengah-tengah tubuh di atas bahagian pusat, tangan kanan di atas memegang pergelangan tangan kiri. Tidak ada nas dan dalil menyebut bahawa kedua-dua tangan kita itu diletakkan lebih ke kiri atau ke kanan atau di atas dada.

Setelah meletakkan kedua-dua tangan seperti disebutkan di atas itu, kita mulakan solat dengan membaca al-Fatihah - Ummul Ktab (Surah al-Fatihah), dengan membaca terlebih dahulu kalimah Taawuz dan dikuti dengan Basamalah, tetapi dibaca kedua-dua tanpa kuat suara, hanyalah cukup boleh didengar oleh diri kita sendiri sahaja. Tidak ada nas dan dalil yang menyebutkan bahawa kalimah Taawuz dan Basamalah itu dibaca dengan menguatkan suara sebagaimana lazin berlaku sekarang ini. Justeru itulah juga dalam hadith berikut kita diberitahu, Rasulallah (s.a.w) memulakan bacaannya (dengan suara jelas/kuat/boleh didengar oleh makmum Surah al-Fatihah sahaja.)
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Biasa Rasulallah (s.a.w) memulai solat dengan takbir (yakni, ‘Allahu Akbar’) dan bacaan 'Alhamdulillahir-rabbil ‘alamin'. [Hadith Muslim & ibnu Majah]
Dalam hadith berikut juga, Anas (r.a) memberitahu bahawa beliau hanya mendengar bacaan Surah al=Fatihah dikuatkan, kerana kedua-dua bacaan Taawuz dan Basamalah itu dilembutkan/diperlahankan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka sejajar dengan perintah Rasulallah (s.a.w) tadi, wajib kita ikuti cara beliau bersolat. Jika kita ubah cara dan kaedahnya, maka kita terlibat dalam perkara bid'ah.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Aku solat dibelakang Nabi (s.a.w), (dan di belakang) Abu Bakar (r.a), (dan di belakang) Omar (r.a), (dan di belakang) Othman (r.a) dan mereka memulakan bacaannya (al-Fatihah) dengan 'Alhamdulillahir-rabbil ‘alamin'. [Hadith Bukhari & Muslim & ibnu Majah]
Dalam perkara bida'ah itu kita sudahpun faham bahawa ia adalah perlakuan - sama ada perbuatan atau amalan atau bacaan - yang tidak ada dasar as-Sunnah.


6. Membaca al-Fatihah dalam solat
Saudara, kita diwajibkan membaca al-Fatihah setiap rakaat solat, dan membaca pula satu surah selepas al-Fatihah pada dua rakaat yang pertama. (Bag solat-solat sunat wajib dibaca satu surah al-Quran/beberapa ayat al-Quran pada setiap rakaat).

(-) Fatihah itu wajib – Tak baca batil/batal solat

Saudara, Surah al-Fatihah itu adalah syarat sahnya solat - solat fardu dan sunat - maka dengan itu jika terlupa atau tertinggal atau tidak membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat solat, maka solat itu batal dan batil, tidak sah. inilah ketetapan Islam dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La solata liman lam yaqrau bi-fatihatil kitabi' (yang bermaksud: Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi/atas barangsiapa (yang) tidak membaca (dalam solatnya) dengan al-Fatihah al-Quran.’ - Hadith an-Nasa’i.
Saudara, dengan itu janganlah saudara remehkan al-Fatihah, maka dengan itu ramai ulama' menasihatkan pengikutnya supaya memperbaiki bacaan al-Fatihah dalam solat. Kalau terlupa membacanya pada satu rakaat, katakan, maka di akhir solat wajib lakukan Sujud Sahwi (dua sujud kerana terlupa) maka tidaklah batal solat kita.

(-) Membaca Kalimah Ta’awuz sebelum ‘Basamalah’

Saudara, Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran memerintahkan manusia (yang Islam dan beriman) ketika hendak membaca sesuatu ayat al-Quran/membaca al-Quran) hendaklah dimulakan dengan Ayat/Kalimah Taawuz (iaitu, 'A'uzubillahi minas syaitanir-rajim'). Justeru itu dalam bersolat, kita membaca ayat-ayat al-Quran, maka pada mula bacaan surah pada rakaat pertama sahaja, sebelum membaca al-Fatihah, hendaklah baca Ayat/Kalimah Taawuz ini, tetapi tidak dikuatkan suara atau tidak menyaringkan suara, sebagaimana membaca Basamalah, memadai dibaca dalam hati atau sekadar yang boleh didengar oleh telinga sendiri sahaja, tanpa didengari oleh rakan bersebelahan kita. Ini adalah cara dan kaedah yang ditetapkan dalam as-Sunnah.

Firman Allah (a.w): ‘Faiza qaraktal qurana fasta’izbillahi minas syaitanir rajim’. (Yang bermaksud: Maka ketika membaca kamu sekelian al-Quran (atau ayat-ayat al-Quran) hendaklah kamu mohon perlindungan dengan/kepada Allah (a.w) dari syaitan yang direjam) - Ayat 98: an-Nahl.
Kalau menjadi makmum jangan menguatkan bacaan sehingga menggangu Imam. Maka dengan itulah diperintahkan ketika bersolat berjema'ah, jangan baca kuat 
supaya tidak menggangu imam solat. Inilah ketetapan sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Imran b Husain (yang berkata) sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersolat Solat Zohor atau Solat ‘Asar, dan seorang lelaki membaca di belakangnya, maka ketika selesai solat, bersabda Nabi (s.a.w) (bertanya): ‘Manakah kamu yang membaca ‘Sabbihisma rabbikal ‘ala?’ (Surah al-'Ala). Maka berkata lelaki dari kalangan kaum (yakni, makmum yang berbuat sedemikian): ‘Aku! Tidak menghendaki dengannya (i.e. bacaan itu) kecuali kebaikan.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh mengetahui aku bahawa sebahagian kamu sungguh-sungguh mengganggu pada solatku.’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) melarang makmum membaca surah dengan menguatkan suara, ketika menjadi makmum dalam solat berjema'ah.

(-) Mulakan membaca al-Fatihah
  Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa Nabi (s.a.w) dan sahabat beliau yang rapat Abu Bakar, Omar dan dalam hadith-hadith lain Othman dan Ali, radiallahu anhum, bersolat membaca Surah al-Fatihah dan surah, tanpa didengar oleh Qatadah (r.a) membaca dia 'Basmalah'.  
Jangan saudara keliru. Kerana itulah wajib belajar secara sempurna as-Sunnah. Yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah mereka tidak membaca (Kalimah/Ayat Taawuz dan Basmalah) dengan mengguatkan suara ketika membaca al-Fatihah atau surah dalam solat. Ketika membaca mana-mana ayat al-Quran atau surah di luar solat wajib dimulakan dengan Kalimah Taawiuz dan Basmalah dengan kuat/mennguatkan suara sama kuat dengan bacaaan al-Fatihah dan surah.
Diriwayatkan hadith dari Qatadah hadith dari Anas (b Malik) (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) dan Abu Bakar (as-Siddiq) dan Omar (b Khattab) memulakan atau membuka bacaannya dengan 'alhamdulillahi rabbil ‘alamin’ (yakni, Surah al-Fatihah).’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Harus ingat, bahawa ketika membaca al-Fatihah, bacaan Taawuz (pada kali pertama sahaja) dan bacaan Basmalah hendaklah dibaca perlahan, tanpa didengari oleh orang lain.


(-) Membaca ‘Basmalah’ tanpa menguatkan suara

Saudara, selain Ayat/kalimah Taawuz yang disebutkan dalam hadith di bawah, kita diwajibkan membaca 'Basamalah' (iaitu kalimah 'Bismillahir-rahmanir-rahim') ketika membaca Surah al-Fatihah dan surah-surah lain pada setiap rakaat dalam solat, hanyalah satu surah dibaca selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua sahaja (kecuali dalam solat-solat sunat dibaca satu surah setiap rakaat). Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat kami bersama Rasulallah (s.a.w), maka tidak mendengar kami (dia) membaca ‘Bismillahir-rahamanir-rahim’, dan bersolat kami bersama Abu Bakar (r.a) (as-Siddiq) dan Omar (r.a) (ibni Khattab), maka tidak mendengar kami mereka membacanya.’ - Hadith an-Nasa’i.
Jelaslah membaca Basmalah itu secara perlahan- tidak dikuatkan – memadai boleh didengar oleh telinga sendiri. Bagaimana pula membaca Ayat/Kalimah Ta-awuz? Ini tertakluk kepada firman Allah (a.w) berikut, wajib dibaca setiap kali membaca al-Quran/ayat-ayat al-Quran, termasuk membaca ayat-ayat al-Quran ketika bersolat. Namun, hanya sekali sahaja dibaca ketika memulakan bacaan al-Fatihah pada rakaat pertama sahaja. Dan, ketika membaca Ayat/Kalimah Ta’awuz dan Basmalah itu hendaklah dibaca perlahan kedengaran kepada diri sendiri sahaja, dan tidak dijaharkan (dikuatkan suara).
Sehubungan itu, membaca Ayat/Kalimah Taawuz dan Basamalah secara kuat - sebagaimana biasa diamalkan oleh majoriti umat Islam sekarang - adalah berlawanan dengan as-Sunnah atau berbeza dari ketetapan as-Sunnah. maka dikhuatiri termasuk dalam istilah 'pembaharuan dalam perkara agama', yakni 'bida'ah'. Kita telahpun tahu bahawa setiap amalan yang termasuk dalam bida'ah batal dan batil walaupun betul hakikatnya, tapi kerana bertentangan dengan cara Rasulallah (s.a.w), maka suatu kesalahan yang amat serius dalam spesifikasi solat 'sollu kama ra-aitumuni usolli' itu. maka akbatnya, terkeluar dari islam tanpa disedari, mengikut sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) yang telahpun kita rujuk sebelum ini!
Saudara, dalam perkara bida'ah ini jangan saudara amnil ringan kerana akibatnya membahakan aqidah dan syariat Islam, dan kita terkeluar dari Islam, atau dianggap syirik, atau lengaggar ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yang membatalkan Islam kita - Ayat 7: al-Haysr dan Ayat 14: an-Nisa' dan Ayat 80: an-Nisa'.

(-) Membaca Kalimah Ta’awuz, ‘Basamalah’ dengan suara perlahan

Saudara, sama ada kita bersolat persendirian ataupu sebagai makmum dalam solat berjema'ah, jangan menguatkan bacaannya dn membaca al-Fatihah. 
Inilah ketetapan sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Imran b Husain (yang berkata) sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersolat Solat Zohor atau Solat ‘Asar, dan seorang lelaki membaca di belakangnya, maka ketika selesai solat, bersabda Nabi (s.a.w) (bertanya): ‘Manakah kamu yang membaca ‘Sabbihisma rabbikal ‘ala?’ (Surah al-'Ala). Maka berkata lelaki dari kalangan kaum (yakni, makmum yang berbuat sedemikian): ‘Aku! Tidak menghendaki dengannya (i.e. bacaan itu) kecuali kebaikan.’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Sungguh-sungguh mengetahui aku bahawa sebahagian kamu sungguh-sungguh mengganggu pada solatku.’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) melarang makmum membaca surah dengan menguatkan suara, ketika menjadi makmum dalam solat berjema'ah.

Jazakallah khairah

No comments:

Post a Comment