Saturday, July 5, 2014

Syariat Solat (Samb.)

Assalamalaikum,
saudara, dalam post-post yang lalu kita telah mulakan mengulang kaji ilmu mengenai ibadah solat. Kita telahpun tahu beberapa perkara yang fundamental dalam Islam, iaitu, antaranya Islam itu adalah pertama, agama yang diterima Allah (a.w) sebagai wadah manusia mengabdikan dirinya kepada Allah (a.w), Tuhan mereka, untuk mematuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 56: az-Zariat. Kedua, Islam itu agama untuk manusia semua zaman dan semua bangsa, tak kira dimana dia berada dan zaman mana dia hidup. Ketiga,  sesiapa yang ikuti/anuti agama selain Islam tidk diterima Allah (a.w) apa jua bentuk kebaikan yang dilakukan olehnya dalam dunia, dan di akhirat dia dimasukkan ke dalam neraka dengan pasti. Keempat, solat fardhu itu adalah tiang agama - sebagaimana tiang rumah, rumah tanpa bertiang pasti runtuh, maka sesiapa yang tidak solat, maka runtuhlah agamanya, maka di terkeluar dari Islam secara pasti, kerana meninggalkan satu waktu solat fadhu dihukum menjadi kafir. Jika kafir segala amalan lain tidak berguna, walau sebaik manapun amalan/ibadah yang lalun. Kelima, solat adalah iabdah yang utama dalam Islam dan yang pertama dihisab di akhirat kelak. Maka, kalau baik hisaban solatnya, maka baiklah hisaban ibadah/amalan selainnya. Kalau sebalknya, tak gunalah amalan/ibadaah lainnya kerana pasti hisabannya jelik atau buruk.
Sehubungan itu saudara, dalam bulan Ramadhan ini, ibadah yang utama kekal bmengerjakan solat fardhu, kalaulah kta inginkan pahala puasa ramadhan, lebih-lebih lagi pahala yang dapat membebaskan kita dari neraka kelak.

Waktu-waktu Solat
(-) Bila masuk waktu?
 
Saudara, untuk melengkapkan ilmu kita dan kefahaman kta tentang waktu masuk dan waktu tamat setiap solat itu, kita teliti hadith berikut. Zaman awal Islam, jam sebagaimana yang kita tahu kini, belum lagi wujud. Justeru itu, Rasulallah (s.a.w) diajarkan oleh malaikat Jibril (a.s) waktu solat itu. Bagi kita yang mungkin tersesat dalam hutan dan tiada pula membawa jam, contohnya, kita boleh bersolat dengan elihat matahari dan bayang yang terjadi.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ini Jibrail (a.s) datang kepada kamu mengajarkan kamu agama kamu. Maka bersolat Subuh ketika terbit fajar, bersolat Zohor ketika tergelincir matahari, kemudian solat ‘Asar ketika melihat bayang-bayang seumpama bayang-bayang (yakni, benda yang menjadikan bayang-bayang itu sama panjang), kemudian solat Maghrib ketika tenggelam matahari, dan (waktu itu) dihalalkan berbuka puasa (bagi sesiapa yang berpuasa), kemudian solat Isya’ ketika hilang cahaya kekuningan malam, kemudian datang (Jibrail (a.s) keesokan harinya, maka bersolat Subuh ketika kekuningan malam tinggal sedikit, kemudian bersolat Zohor ketika ada bayang-bayang seumpama bayang-bayang, kemudian solat ‘Asar ketika ada bayang-bayang dua kali seumpamanya (yakni, perkara yang menjadikan bayang-bayang), kemudian bersolat Maghrib dengan waktu yang satu (yakni, sama seperti kelmarin) ketika tenggelam matahari dan halal berbuka puasa (bagi orang yang berpuasa), kemudian bersolat Isya’ ketika hilang cahaya putih keputihan malam (di langit). Kemudian berkata (Jibrail (a.w): ‘Bersolatlah apa-apa solat kamu semalam dan bersolatlah pada hari (ini).’ - Hadith an-Nasa’i.
Hadith di atas memberikan dalil hadith dua dimensi penting: pertama, sebahagian daripada ketetapan Allah (a.w) itu juga disampaikan kepada Rasulallah (s.a.w) melalui perantaraan Jibril (a.s). Ini berlaku apabila ada aspek amali atau praktikal terlibat dalam ketetapan Allah (a.w) tersebut. Kedua, kaedahpengajaran ilmu dalam Islam, iaitu kaedah pemangkulan itu. Hadith yang sama diriwayatkan oleh ibnu Abbas (r.a) menceritakan perkara yang sama dalam koleksi hadith Abu Daud, ibnu Majah dll seperti berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Malaikat Jibrail (a.s) telah mengimami aku (yakni, Jibrail (a.s) menjadi imam dan Rasulallah (s.a.w) menjadi makmum) dekat Ka’bah mengerjakan solat dua kali. Dia datang untuk solat zohor kali yang pertama pada waktu matahari di tengah-tengah langit, kemudian datang untuk solat asar pada waktu bayang-bayang sesuatu benda panjangnya sama dengan benda itu, kemudian datang dia untuk solat maghrib pada waktu matahari terbenam dan orang-orang berbuka puasa, kemudian datang untuk solat isya’ pada waktu awan merah telah hilang, kemudian datang dia untuk solat subuh pada waktu fajar dan diharamkan makan bagi orang yang berpuasa (yakni, keesokan harinya). ‘Malaikat Jibrail (a.s) datang untuk solat zohor pada kali kedua (pula) pada waktu bayang-bayang suatu benda serupa panjangnya dengan benda itu (seperti) pada waktu asar telah masuk waktu kelmarin, kemudian datang untuk solat asar, pada waktu bayang-bayang suatu benda panjangnya dua kali benda itu, kemudian datang untuk solat maghrib ketika telah hilang awan merah di langit, kemudian datang untuk solat isya’ pada waktu malam telah berjalan sepertiganya, kemudian datang untuk solat subuh ketika pagi telah terang. ‘Kemudian Jibrail (a.s) menoleh kepadaku seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Itulah waktu para-para nabi sebelum engkau berbuat. Maka waktu solat (fardu itu) adalah di antara kedua-dua waktu tersebut.’ - Hadith sahih Abu Daud, at-Termidzi dan Ibnu Majah.
Alhamdulillah, kini saudara sudahpun tahu waktu masuk dan waktu luput solat fardhu itu. Orang iaman itu sentiasalah akur dengan perintah Allah (a.w) orang yang terbaik itu bersolat dalam waktunya, sebaik-baiknya di awal waktunya. Bagi saudara yang menjai boss pejabat, pastikanlah dipatuhi hakikat bahawa ketika masuk waktu solat - katalah Solat Zohor dan Isa - maka hentikan usyawarah atau perbincangan dan bersolatlah dan kemudian sambunglah kerja. Bagi yang menjadi orang bawahan, mintalah izin boss untuk solat bila tiba waktunya. utamakan akhirat dan janganlah utamakan duia dengan meremehkan perkara akhirat, khususnya solat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment