Assalamualaium,
Saudara, kta teruskan penelitian kita tentang solat kerana ia ada kaitan yang amat rapat lagi fundamental dengan amalan dan ibadah lain dalam Islam.
Syariat Solat
4. Ilmu dan proses pengilmuan dalam Islam
Saudara, dalam perkara solat, sebagaimana dengan amalan dan ibadah selainnya, Rasulallah (s.a.w) belajar dari Jibril (a.s), yang diperintahkan Allah (a.w) untuk menyampaikan al-Quran dan al-hikmah, dan termasuklah mengajarkan Rasulallah (s.a.w) bagaimana secara praktikalnya sesuatu ibadah dan amalan itu perlu dikerjakan, supaya jelas. Dalam urusan solat disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Mas’ud (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Jibrail (a.s) turun (yakni, datang) lalu dia menjadi imam, dan aku (Nabi) solat bersama-samanya, aku (Nabi) bersolat bersama-samanya, aku (Nabi) bersolat bersama-samanya, aku (Nabi) bersolat bersama-samanya’ (yakni diulangi kalimat tersebut), dengan menghitung (dengan) jarinya lima kali solat.’ - Hadith Bukhari & Muslim.
Dalam hadith yang lain, kta diberitahu bahawa Jibril (a.s) datang menemui Rasulallah (s.a.w) suatu hari itu 5 kali untuk mendemokan kepada Rasulallah (s.a.w) waktu bermulanya setiap solat fardu itu. kemdian keesokan harinya pula Jibril (a.s) datang pula mendemokan waktu tamatkan setiap solat yang lima itu.
Saudara, zaman itu jam belum dicipta manusia, maka penentuan waktu masuk dan waktu tamatnya solat fardu itu dilihat dengan memerhatikan bayang-bayang matahari.
(-) Beramal/beribdah dengan ilmu
Islam mewajibkan supaya setiap amalan dan ibadah itu hendaklah dikerjakan hanya setelah mengetahui ilmu mengenainya terlebih dahulu. Inilah ketetapan Allah (a.w) dalam hadith berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun.’ (Yang bermaksud: Janganlah kau kerajakan (maksudnya, buat amalan dan ibadah) tanpa kalian tahu terlebh dahuluilmu menegnaiinya (i.e. apa yang hendak diamal dan diibadahkan) – Ayat 36: al-Isra’.
Kemudian, ketetapan ini diulangi pula oleh Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya: ‘Al-ilmu qabla amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan apaapa amalan dan ibadah) – al-Hadith. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu ilmu yang wajib dipelajari dan dikuasai dalam Islam adalah tiga, iaitu, pertama ilmu al-Quran, kedua, imu as-Sunnah dan ketiga, ilmu faraid yang adil. Imu itu wajib dipelajari bukan bersednirian, tetapi berguru, dari guru yang pula berguru dari gurunya. Tradisi pengilmuan dalam Islam sedemikian, kerana Allah (a.w) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) melalui wahyu dan melalui utusanNya, Jibril (a.s).
[Nota: Dalam Islam semua amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan hanya dengan mempelajari ilmu mengenainya. Tan ilmu kita bersolat dalam kejahilan atau atas dasar ikutan (taklid). Maka dengan itu dalam Islam wajib umat Islam belajar ilmu: ‘talabul ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim’ (Yang bermaksud: Menuntut (maksudnya, mengaji) itu diwajibkan atas setiap orang Islam) – al-Hadith. Dan, ilmu mengenai Islam itu – aqidah dan syariat serta bentuk, cara dan kaedah mengerjakan amalan/ibadah itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan ilmu faraid: ‘al-Ilmu thalathatun, wa-ma siwa zalika fahua fadlun, ayatun mukhkamatun au sunnatun qamitaun au faridatun ‘adilatun’ (Yang bermaksud: Adapun ilmu dalam/mengenai Islam itu ada tiga, ilmu selainnya baik (untuk dunia), (yang wajib dipelajari itu adalah) ayat-ayat yang menghukum (maksudnya, al-Quran) dan Sunnah yang tegak (maksudnya, as-Sunnah atau al-Hadith) dan hukum faraid yang adil) – at-Termidzi.
Jelasnya, setiap amalan dan ibadah dalam Islam hendaklah pasti ada dasar ilmu mengenainya kerana bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah itu ditetapkan, begitu juga ditetapkan bila waktu dan tempatnya sekali. Ilmu itu didapati secara formal, melalui proses pengajian atau pengilmuan berguru. Guru Rasulallah (s.a.w) adalah Allah (a.w) dan Jibril (a.s). Jibril (a.s) mengajarkan beliau secara berdepan apabila sesuatu itu perlu diberi kefahaman melalui praktikali dan diperjelaskan. Rasulallah (s.a.w) tidak belajar sendiri ilmu mengenai Islam. Justeru itulah setiap hadith itu ada sanadnya, dari Rasulallah (s.a.w) diturunkan (dimangkulkan) kepada para sahabat, kepada para tabi’in, pengikut-pengikut para tabi’in dan para ulama’ yang mendapat ilmu dari mereka dalam proses pembelajaran yang formal, turun temurun.]
(-) Rasulallah (s.a.w) belajar dari Jibril (a.s)

Dalam Islam semua amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan hanya dengan mempelajari ilmu mengenainya. Tan ilmu kita bersolat dalam kejahilan atau atas dasar ikutan (taklid). Maka dengan itu dalam Islam wajib umat Islam belajar ilmu: ‘talabul ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim’ (Yang bermaksud: Menuntut (maksudnya, mengaji) itu diwajibkan atas setiap orang Islam) – al-Hadith. Dan, ilmu mengenai Islam itu – aqidah dan syariat serta bentuk, cara dan kaedah mengerjakan amalan/ibadah itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan ilmu faraid: ‘al-Ilmu thalathatun, wa-ma siwa zalika fahua fadlun, ayatun mukhkamatun au sunnatun qamitaun aua faridatun ‘adilatun’ (Yang bermaksud: Adapun ilmu (yang wajib dpelajari serta difahami dalam Islam/mengenai Islam itu) ada tiga, ilmu selainnya baik (untuk dunia), (yang wajib dipelajari itu adalah) ayat-ayat yang menghukum (maksudnya, al-Quran) dan Sunnah yang tegak (maksudnya, as-Sunnah atau al-Hadith yang benar) dan hukum faraid yang adil.) – Hadith at-Termidzi.
ilmu wajib untuk mempastikan segala amalan dan ibadah menepati ketetapan Allah (a.w) dan sejajar dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Ilmu itu wajib dijadikan panduan untuk beribadah. Ilmu itu wajib dipelajari oleh setiap orang yang akui dirinya Islam. ilmu yang diwajibkan umat Islam pelajari adalah ilmu al-Quran, ilmu as-Sunnah dan ilmu faraid (i.e. pembahagian harta warisan yang adil, menepati al-Quran dan as-Sunnah.
(-) Guru Rasulallah (s.a.w) Jibril (a.s)
Saudara, hadith di bawah ini menunjukkan waktu masuk dan waktu tamat solat fardu itu. Justeru itu, jikalah kta ditakdirkan tercampak atau tersesat dalam belantara takda jamdan panduan apapun, kita tep boleh bersolat berdasarkan pedoman dan panduan hadith ini.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ini Jibrail (a.s) datang kepada kamu mengajarkan kamu agama kamu. Maka bersolat Subuh ketika terbit fajar, bersolat Zohor ketika tergelincir matahari, kemudian solat ‘Asar ketika melihat bayang-bayang seumpama bayang-bayang (yakni, benda yang menjadikan bayang-bayang itu sama panjang), kemudian solat Maghrib ketika tenggelam matahari, dan (waktu itu) dihalalkan berbuka puasa (bagi sesiapa yang berpuasa), kemudian solat Isya’ ketika hilang cahaya kekuningan malam, kemudian datang (Jibrail (a.s) keesokan harinya, maka bersolat Subuh ketika kekuningan malam tinggal sedikit, kemudian bersolat Zohor ketika ada bayang-bayang seumpama bayang-bayang, kemudian solat ‘Asar ketika ada bayang-bayang dua kali seumpamanya (yakni, perkara yang menjadikan bayang-bayang), kemudian bersolat Maghrib dengan waktu yang satu (yakni, sama seperti kelmarin) ketika tenggelam matahari dan halal berbuka puasa (bagi orang yang berpuasa), kemudian bersolat Isya’ ketika hilang cahaya putih keputihan malam (di langit). Kemudian berkata (Jibrail (a.w): ‘Bersolatlah apa-apa solat kamu semalam dan bersolatlah pada hari (ini).’ - Hadith an-Nasa’i.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa gurunya dalam Islam adalah Jibril (a.s) – Penghulu kepada kesemua malaikat – yang turun ke langit dunia menemui Rasulallah (s.a.w), menjelma sebagai seorang muda berjubah putih, mengejarkan Rasulallah (s.a.w) tentang solat – bentuk, cara dan kaedah mengerjakannya, serta waktu masuknya dan waktu tamatnya. Tradisi ilmu dalam Islam itu adalah disebutkan dalam hadith ini – guru mengajar murid dan murid belajar dari guru secara berdepan (mangkul) supaya murid diberi ilmu serta ditunjukkan cara dan kaedah melaksanakan ketetapan yang disampaikan itu, dalam urusan ini, adalah ‘solat’. Justeru itu, dalam Islam sebeum membuat sesuatu amalan/ibadah – yang wajib mahupun yang sunat – wajib berilmu dahulu. Allah (a.w) perintahkan manusia: ‘wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (Yang bermaksud: Dan, jangalah kamu kerajakan sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa kalian mengetahui terlebih dahulu ilmu mengenai (maksudnya, amaan dan ibadah tersbut) – al-Hadth. Rasulallah (s.a.w) memberitahu ‘al-Ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan/ibadah) – al-Hadith. Maksudnya, janganlah mengerjakan amalan/ibadah dalam kejahilan, kerana jika berbuat sedemikian, kesemua amalan/ibadah akan berbeza dari apa yang ditetapkan oleh Allah (a.w) sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika begitu, sia-sialah segala amalan dan ibadah, kerana mungkin dicemari oleh taklid dan bida’ah atau kesyirikan, tahayul dan kurafat pula, maka akibatnya bukan sahaja segala amalan dan ibadah tidak diterima Allah (a.w), malah terkeluar dari Islam tanpa disedari. Kalau beramal dan beribadah tanpa berdasarkan ilmu pasti sesat, tidak dapat menemui ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus menuju dan mendapatkan syurga, apakala ilmu diamalkan): ‘Taraktu fukum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballahi wa-sunnati nabiyi’ (Yang bermaksud: Aku Nabi (s.a.w) tinggalkan pada kalian dua perkara (hazanah/ panduan hidup untuk mencari syurga Allah (a.w), jika kalian berpegang teguh kepada kedua-duanya, tidak akan sesat selama-lamanya. – Hadith Imam Malik dll.
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa jika seseorang yang Islam dan akui dirinya beriman, berpandukan kepada dua sumber ilmu/panduan hidup sebagai seorang iman itu adalah hanya al-Quran dan as-Sunnah, pasti dia berada di atas 'siratul mustaqim', dan akhirnya, di akhirat berjaya mendapat syurga secara pasti pula - Ayat 13: an-Nisa'. Justeru itu, wajiblah kita belajar al-Quran dan al-Hadith bukan mana-mana kitab tulisan manusia, siapa saja.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment