Tuesday, July 8, 2014

Syariat Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan lagi penelitian kita mengenai tajuk/topik ini supaya insya Allah kita sempat menyemak solat kita dan mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' itu. Kerana, Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa jika kita membuat tambahan atau mengubah syariat solat yang dicontohkan oleh beliau, kita pasti rugi kerana solat, dan kesemua amalan, kita menjadi batil, tidak diterima Allah (a.w) - tidak mendapat pahala, tidak dicatitkan dalam Kitab Catatan Amalan kita, maka kita ditulis seumpama tidak menunaikan solat fardhu yang diwajibkan, maka kita jatuh kafir dalam kejahilan kita, wal iya zubillah.

Solat mengikut Rasulallah (s.a.w) (Sambungan)
Lain-lain ketetapan mengenai solat 

1. Ketertiban & Menghormati Imam 
 
Saudara, dalam Islam itu ketertiban hendaklah wujud. Maka dengan itu, makmum tidak dibenarkan berdiri untuk solat walaupun sudah berada di masjid atau musolla dan telah diqamatkan oleh muazin. Hendaklah menunggu imam keluar dahulu.

Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika sudah diqamatkan solat, maka janganlah kalian berdiri sehingga melihat kamu akan aku (masuk atau berdiri hendak solat).’[Hadith Muslim, Kitab Solat]

2. Terlupa atau tertidur, luput waktu
 

Saudara, Rasulallah (s.a.w) telahpun memberitahu kata apapun permasalahan dalam urusan agama, termasuk solat, sebelum kita tertanya-tanya! Malah Islam memberi setiap jawapan pada persoalan yang berkisar dalam kepala kita tentang Islam - aqidahnya dan syariatnya - tentang syurga dan neraka dan lain-lainnya. Awal-awal lagi kita tahu bagaimana nak dapat syurga, sebagai contoh. Syurga itu mudah didapati dengan pasti kalau kita belajar ilmu yang kita diwajibkan ngaji/pelajari dan jadikan amalan dan panduan beramal beribadah. 
Contohnya, syurga pasti dapat kalau kita akur dengan Ayat 13: an-Nisa' dan neraka itu pasti kalau kita tergolong dari kalangan umat Islam yang disebutkan dalam Ayat 14: an-Nisa'
Dalam perkara lupa/terlupa solat atau tertidur, maka terlepas waktu, maka Rasulallah (s.a.w) memberi panduan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa terlupa akan solat maka solatlah akan solat (yang dia terlupa itu) ketika teringat akan dia (yakni, teringatkan solat itu), sesungguhnya Allah (a.w) berfirman: ‘… wa aqimis solata li-zikri.’ (Yang bermaksud: Dirikan solat untuk mengingati Aku (Allah (a.w)] (Ayat 14: Toha) (yakni, yang dirujuk di atas) - Hadith at-Termidzi.
Jadi, ketetapan Islam itu mudah. Kalau terlupa, dan luput waktu solatlah ketika teringat tak kiralah waktu apapun, asalkan jangan solat pada 3 waktu haram. Demikian, juga dalam hadith lain kalau tertidur, maka terlepas solat, maka segeralah solatkan ketika sudah terjaga/bangun dari tidur.


3. Terlupa rakaat berapa

Saudara, terkadang ketika solat kita terlupa kerana fikiran kita mengelamun, maka kita terlupa sudah selesai rakaat berapa kita kerjakan, dan kini rakaat yang keberapa? Apakah yang kita perlu lakukan?

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersolat Rasulallah (s.a.w), maka berkata Ibrahim: ‘Adakah menambah atau mengurang (akan solat)?’ Maka ketika sudah memberi ‘salam’, ditanyakan baginya (oleh makmum): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Adakah membuat pembaharuan dalam solat akan sesuatu?’ Bersabda dia: ‘Adakah demikian?’ Berkata mereka (memberitahu): ‘Bersolat engkau demikian dan demikian.’ (Berkata Abdullah): ‘Maka Rasulallah (s.a.w) melipatkan kakinya (i.e. seumpama duduk ketika Sujud) sambil memandang ke qiblat, maka Sujud dia dua Sujud, kemudian memberi ‘salam’. Kemudian beliau menghadapi kami dengan mukanya, maka bersabda: ‘Sesungguhnya jikalau membuat pembaharuan dalam solat sesuatu, (aku) memberitahu akan kamu dengannya (yakni, akan diberitahu sahabat secara resminya), dan akan tetapi (terlupa aku dan) sesungguhnya aku manusia biasa sebagaimana kamu sekelian. Maka ketika lupa, maka ingatkan aku dan ketika ragu salah seorang kamu (bilangan rakaatnya) di dalam solat, hendaklah pegang pada (bilangan rakaat) yang terakhir, maka sempurnakanlah (yakni, sambung semula) atasnya (i.e. sempurnakan rakaat yang belum dibuat), kemudian Sujudlah dua Sujud (yakni, Sujud Sahwi)’ - Hadith Muslim, Kitab Solat.
Dalam hadith ini, kita diberitahu kalau kita ragu apakah kita dah selesai rakaat ke-2 atau ke-3, maka hendaklah kita ambil bilangan rakaat terendah, i.e. dalam kes ini, rakaat ke-2, maka kita buat dua rakaat lagi untuk menyempurnakan solat kita 3 rakaat (katalah Solat Zohor atau Asar atau Isya'), kemudian sebelum 'salam' hendaklah kita buat Sujud Sahwi kemudian baru memberi 'salam'.


(-) Terlupa membaca Tahiyat Awal

Saudara, hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana nak buat kalau terlupa membaca Tahiyat Awal di akhir rakaat ke-2, dan kerana terlupa terus bangun. Maka kita tidak dibenarkan duduk semula, tapi meneruskan solat, dan di akhir solat tersbut, sebelum memberi 'salam' hendaklah buat Sujud Sahwi dua Sujud, kemudian baru memberi 'salam'. Dengan perlakukan sedemikian itu hapuslah kesilapan kita tersebut di sisi Allah (a.w).

Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buhainah berkata: ‘Pernah Rasulallah (s.a.w) bersolat Zohor dan atasnya (terlupa duduk, yakni membaca Tahiyatul Awal) maka ketika sempurna solatnya Sujud dia dua Sujud (yakni, sujud sahwi) dengan menyebut Takbir (yakni, ‘Allahu Akbar’) dalam tiap-tiap Sujudnya dan dia berkeadaan duduk, sebelum memberi ‘salam’, dan Sujud bersamanya manusia (yakni, jemaah), adapun Sujud (sahwi) itu pengganti apa-apa yang dia lupa dari duduk (yakni, membaca Tahiyat Awal).’- Hadith Muslim, Kitab Solat.
Dan, sebagai makmum apakala imam buat Sujud Sahwi, makmum hendaklah ikut sama, buat Sujud Sahwi itu.


4. Beberapa peraturan tambahan dalam solat
(-) Terlupa, nak buat apa?
 

Saudara, Islam memberi kemaafan kepada seseorang yang terlupa solat atau tertidur maka tertinggal solatnya (atau beberapa solat), kerana luput waktunya. Kita disuruh solatkan ketika teringat atau terjaga walaupun di waktu solat lain. Tidak ada ketetapan mengenai 'qada' dalam solat.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa terlupa akan solat maka solatlah akan solat (yang dia terlupa itu) ketika teringat akan dia (yakni, solat itu), sesungguhnya Allah (a.w) berfirman: ‘wa aqimis solata li-zikri’ (Yang bermaksud: Dirikan solat untuk mengingati Aku (Allah (a.w)] (Ayat 14: Toha) (yakni, yang dirujuk di atas) - Hadith at-Termidzi.
Hadith berikut juga adalah nas dan dalil mengenai perkara ini. Kerana ada peuntukan dalam Islam untuk menyelesaikan permasalahan umat keran terlupa dan tertidur itu, maka tiada ketetapan mengenai qada' solat.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa terlupa (yakni, luput waktu) solat atau tertidur (terluput waktu solat) untuk bersolat, maka mengkifarahnya (yakni, mengerjakannya) bahawa disolatkan akandia ketika teringat akan dia (yakni, solat).’ - Hadith Muslim, Kitab Solat.
Tidak ada hakikat ‘qada’’ atau mengqadakkan solat dalam syariat Islam. Yang ada adalah apa yang disebutkan dalam hadith tersebut. Maksudnya, jika kita terlupa sesuatu solat, biasanya solat Subuh atau ‘Asar, maka hendaklah kita tunaikan solat tersebut, walaupun sudah tamat waktunya, apabila bangun dari tertidur atau ingatkan solat kerana terlupa.Tidak kira walaupun matahari sudah terbit, boleh solatkan solat Subuh atau solat ‘Asar, ketika terbenam matahari. Yang tidak dibolehkan bersolat hanyalah ketika terlibat dalam tiga masa haram solat: pertama, ketika matahari hendak terbit atau ketika matahari nak terbenam. Di dalam sepotong hadith lain, sesiapa yang meninggalkan solat ‘Asar dengan sengaja sehingga luput waktunya, maka kesemua solat kita yang terdahulu, yakni, solat yang kita terlupa atau tertidur. Kedua, ketika tegak matahari di atas kepala kita; dan, ketiga ketika matahari hendak terbenam menunjukkan masuk waktu Maghrib.

Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya ketika kembali dari peperangan Khaibar, maka berjaga malam, sehingga ketika menemui mengantuk, dan bersabda (Nabi (s.a.w)) kepada Bilal (r.a): ‘Jagalah bagiku bagi malam’. Maka bersolat Bilal apa-apa yang ditetapkan baginya. Dan tertidur Rasulallah (s.a.w) dan (tertidur) para sahabat. Maka ketika mendekati (yakni, hampir fajar), tersedar Bilal daripada tidurnya, menghadapi fajar, maka mengalahkan atas Bilal akan matanya (yakni, tertidur dia semula), dan dia bersandar di atas kenderaannya. Maka tidak bangun Bilal dan tidak juga bangun seorangpun daripada para sahabat, sehingga bersinar matahari (yakni, meninggi matahari). Maka adapun Rasulallah (s.a.w) orang yang mula-mula dari kalangan mereka yang bangun. Maka terkejut Rasulallah (s.a.w), maka bersabda: ‘Wahai Bilal!’ Maka berkata Bilal: ‘Mengambil dengan diriku yang mengantuk, wahai engkaulah bapaku dan ibuku, wahai Rasulallah (s.a.w)!’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tuntutlah.’ Maka dituntut mereka akan sesuatu. Kemudian berwudu’ Rasulallah (s.a.w). Dan memrintahkan Bilal supaya qamatkan solat. Maka bersolat dengan mereka solat Subuh. Maka apabila selesai Nabi (s.a.w) solat, bersabda dia: ‘Barangsiapa terlupa solat, maka solatlah akan dia ketika teringat (kamu) akan dia (yakni, solat yang telupa atau tertidur itu). Maka sesungguhnya Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung berfirman 'Wa aqimis solata lizikri.’ (Yang bermaksud: Dan dirikan solat apabila teringat (kamu)) (Ayat 14: Toha). Maka berkata (Yunus) (seorang perawi dalam isnad hadith ini): ‘Dan adapun ibnu Syihab membacanya (yakni, menyebut kalimah ayat tersebut) ‘liz-zikra’. - Hadith ibnu Majah, Kitab Solat. Nota: Ayat penuhnya adalah firman Allah (a.w): ‘Innani anallahu lailaha illa ana fa’budni wa aqimis solata lizikri’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Aku (kata Allah (a.w)) (adalah) Aku Allah (a.w), tiada tuhan melainkan Aku, maka mengabdikanlah dirimu kepadaKu, dan dirikanlah solat apabila teringat kamu (akan solat)) - Ayat 13, Surah Toha. 
Ayat ini merujuk kepada peristiwa Nabi Musa (a.s) yang diperintah Allah (a.w) berada di Bukit Sina (Torsina) untuk menerima Kitab Taurat. Seperti biasa walaupun ada ayat-ayat al-Quran yang merujuk kepada sesuatu peristiwa yang khusus, seperti kes ini, adalah juga ditujukan kepada manusia umumnya. Itulah kelebihan kalimah Allah (s.a.w) setiap sesuatu tetap relevan dalam mana-mana zaman sampailah qiamat dunia ini.

5. Ditinggalkan jema’ah

Saudara, dalam hadith ini kita disuruh supaya tenang untuk masuk
solat, walaupun kelewatan. Kita ditegah berlari-lari atau tergesa-gesa untuk masuk saf. Memadai kita berjalan dengan tenang, dan kalaupun kita terlewat masuk saf dan solat telahpun bermula. Kita masih mendapatkan solat itu secara berjema'ah jika kita semp bersama-sama imam sebelum dia Rukuk pada rakaat terakhir  itu. Kta hanyalah perlu sempurnakan rakaat yang kita tertinggal oleh imam. Walaupun kita masuk saf dan imam sudahpun Rukuk, maka solat kita tetap sah, hanyalah kita tidak dapat pahala berjema'ah 27 gandaan pahala itu sahaja.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika sudah diqamatkan solat maka janganlah mendapatkannya (yakni, datang untuk bersolat atau berjemaah itu) bahawasanya engkau berlari (yakni, datang tergesa-gesa dan tergopoh-gopoh), dan datanglah ke solat dan atas kamu keadaan tenteram (yakni, berkeadaan tenang), maka apa-apa yang kamu dapatkan (daripada solat atau jemaah itu), maka solatkanlah, dan apa-apa yang tidak kamu dapati, maka sempurnakanlah (yakni, selesaikanlah rakaat-rakaat solat tersebut). Maka sesungguhnya salah seorang kamu ketika ada menuju kepada solat (yakni, dalam niat dan perlakuannya ke mesjid atau ke jemaah), dan dia adalah (dianggap) di dalam solat.’ - Hadith Muslim, Kitab Solat.
Hadith ini menyebutkan bahawa kalaupun kita terlewat masuk jema'ah solat, sekiranya kita sempat masuk ke dalam saf sebelum imam Rukuk rakaat terakhir solat tersebut, kita tetap dikira telah berjaya berjema'ah dalam solat tersebut.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat beserta imam, maka sungguh-sungguh dia mendapat solat (tersebut sepenuhnya) - Hadith Muslim, Kitab Solat. 
Maka, jika terlambatpun kita masuk saf, kita sempat masuk dalam jema'ah itu sebelum imam Rukuk pada rakaat terakhir solat itu. Yang perlu kita teruskan selepas imam memberi 'salam', adalah kita bangun meneruskan solat kita untuk mencukupkan rakaat solat kita, maka kita tetap diakui telah berjema'ah sepanjang solat tersebut.

6. Hampir luput waktu

Saudara,dalam situasi seorang itu kelewatan bersolat, seperti Solat Subuh atau Solat 'Asar, maka kalau dia bersolat, maka dapat satu rakaat solat tersebut, maka dia dikira telah dapat solat berkenaan, walaupun belum sempurna jumlah rakaatnya. Inilah ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat Subuh sebelum bahawa terbit matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat Subuh, dan barangsiapa mendapat satu rakaat dari solat ‘Asar sebelum bahawa terbenam matahari, maka sungguh-sungguh mendapat (dia) solat ‘Asar.’ - Hadith Muslim, Kitab Solat.
Jika ketinggalan waktu kerana terlupa atau tertidur - lazimnya bagi Solat Subuh dan Solat 'Asar, telahpun kita ketahui ketetapan mengenai permasalahan ini.

7. Sujud Sajadah – pada Ayat Sajdah

Saudara, dalam hadith ini, kita diberitahu bahawa apabila imam membaca Surah yang mengandungi Ayat Sajdah, maka hendaklah imam dan makmum melakukan Sujud Sajdah, kemudian menyambung kembali solatnya. Dalam al-Quran biasa Ayat Sajdah itu ditanda dengan gambar 'masjid'.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Kadang-kadang membaca Rasulallah (s.a.w) al-Quran, maka bertemu dengan ayat Sajdah, maka Sujud bersama kami sehinggakan berasak-asak kami di sisi beliau, sehingga tidak dapat salah seorang kami tempat untuk Sujud dalamnya’ (Sambung Abdullah Omar): ‘(Sujud) yang selain dari Sujud solat.’ - Hadith Muslim, Kitab Solat.
Ketika Sujud Sajdah itu hendaklah dibaca Tasbihnya, iaitu 'Sajjada wajhialilazi, wa-khalaqahu, wa-sam'ahu, wa-basarahu bihauli wa-quati'.
Demikian jugalah ketika membaca al-Quran maka kita temui Ayat Sajdah, maka hendaklah kita berhenti membaca dan Sujud dengan membaca do'a tersebut, kemudian kita sambung semula bacaan. Contoh ayat-ayat Sjdah adalah ayat akhir Surah Iqra', Ayat 50: an-Nahl, Ayat 15: ar-Ra'du, ...Ini adalah ketetapan menghormati serta akur dengan ketetapan Allah (a.w).

8. Menegur kesilapan Imam

(-) Bagi makmum lelaki

Saudara, ketika bersolat berlaku Imam solat lupa tidak duduk membaca Tahiyat Awal atau melakukan perlakuan yang tersilap, seperti memberi 'salam' walhal jumlah rakaat solat belum sempurna. Maka makmum yang menyedari kesilapan imam itu hendaklah memperingatkannya. Hadith di atas menyuruh makmum lelaki menyebut 'Subhanallah' dengan menguatkan suara, supaya imam akan melaksanakan  Sujud Sahwi di akhir solat nanti.
Diriwayatkan hadith dari Said hadith dari Abdul Rahman al-A’raj hadith dari ibnu Buhainah bahawasanya Nabi (s.a.w) bersolat. Maka ketika berdiri Nabi (s.a.w) selepas rakaat kedua, maka mengucap ‘Tasbih’ (yakni, 'Subhanallah') (oleh seseorang), maka meneruskan Nabi (s.a.w) (solatnya). Maka ketika selesai dari solatnya maka sujud dia (Nabi (s.a.w)) dua sujud yakni, Sujud Sahwi).’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Setelah selesai membaca Tahiyat Akhir, maka hendaklah imam membuat Sujud Sahwi dua kali, kemudian barulah memberi 'salam.'

(-) Bagi makmum perempuan

Apabila imam membuat keslapan, makmum perempuan menyedarinya, maka  makmum wanita hendaklah menepuk tangan, ditepuk atas pahanya sekali, supaya imam sedar.
Diriwayatkan hadith dari Abi Salamah hadith dari abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Membaca Tasbih bagi lelaki dan menepuk tangan bagi perempuan.’ Ditambah oleh Zadat b Muthanna: ‘Ketika bersolat.’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Solat.
Dan, setelah selesai hendaklah imam membuat Sujud Sahwi dua kali barulah memberi 'salam'.

9. Khusyu’ Dalam Solat

(-) Wajib khusyuk ketika/semasa solat

Saudara, kekhusyukan dalam solat amat penting. Kerana solat adalah ibadah yang utama dan yang membuktikan apakah kita benar-banar beriman dan bertaqwa dan menysukuri nikmat yang kita terima dari Allah (a.w) setiap saat hidup kita. Inilah peringatan Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Al-lazinahum fi solatihim khasyi’una.' (Yang bermaksud: Iaitu orang yang di dalam solatnya dia khusyu’) - Ayat 2: al-Mukminun.
Salah satu perkara yang mendatangkan/menambah kekhusyukan adalah membaca ayat-ayat dengan betul makhraj hurufnya, tartil dan tajwidnya. Dan, ketika membacanya, kita faham maksud kalimah-kalimah yang dibaca. Dan, dalam hadith-hadith berikut ditunjukkan bagaimana untuk menambah kekhusyukan ketika solat.

(-) Tujuan bersolat

Saudara, dalam Islam niat itu amat utama, kerana niat itu menentukan apakah kita bersolat benar-benar kerana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah (a.w). Allah (a.w) dalam firmanNya berikut memberi kita tahu apakah sebenarnya niat kita dalam mengerjakan sebarang amalan dan ibadah.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna ‘azabahu ...’ (Yang bermaksud: Dan (kerana) mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. ingin mendapat syurga Allah (a.w)) dan takutkan ‘azab Allah (a.w) (i.e. neraka Allah (a.w)) ...) - Ayat 57: al-Isyra’.
Bagi saudara yang sering diberitahu supaya 'ikhlas' dalam beramal dan beribadah, sebenarnya adalah tuntutan Allah (a.w) dalam firmanNya di atas itu.

(-) Jangan mengangkat pandangan ke atas/ke arah langit

Saudara, dalam ibadah solat kita berusaha supaya melakukan sesuatu yang membolehkan kita lebih khusyuk, tidak dipegaruhi oleh permandangan di sekitar kita.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Janganlah kamu mengangkat pandanganmu ke langit sesungguhnya disambar (oleh Allah (a.w) mata kamu), di dalam bersolat.’ - Hadith Ibnu Majjah.
Saudara, ketika solat kita ditegah menghalakan pandangan ke langit, kerana itu akan mengurangkan konsentrasi kita ketika solat.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat Rasulallah (s.a.w) pada suatu hari bersama para-para sahabat lain. Maka apakala selesai solat, maka menghadapi atas orang-orang yang bersolat (yakni, selepas memberi ‘salam’, dia berpusing menghadapi makmum) dengan wajahnya seolah-olah marah, maka bersabda dia (memberi nasihat pendek): ‘Apa kelakuan kaum ini mengangkat pandangan kamu sekelian ke arah langit’, sehingga dikeraskannya ucapannya di dalam menyebut sedemikian itu, sambil menyambung sabdanya; ‘Nescaya sungguh diberhentikan berbuat sedemikian atau nescaya sungguh dihilangkan oleh Allah (a.w) pandangan kamu sekelian!’ - Hadith Ibnu Majjah.
Rasulallah (s.a.w)mengutuk makmum yang mengarahkan pandangannya ke langit. Sebaliknya, hendaklah menumpukan pandangan ke tempat Sujud untuk lebih khusyuk dalam solat.
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Samurah (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Nescaya sungguh berhenti kaum (yakni, mereka sekelian yang menjadi jemaah solat) dari mengangkat pandangan mereka ke arah langit, atau tidak dikembalikan Allah (a.w) pandangan mereka (yakni, dipadamkan ni’mat boleh memandang itu).’ - Hadith Ibnu Majjah.
Nota: Zaman Rasulallah (s.a.w) tiada masjid yang cantik sebagaimana sekarang. Yang ada hanyalah tanda pancangan kayu empat penjuru menunjukkan kawasan masjid. Tiada bumbung, maka pastilah makmum boleh melihat bulan dan bintang. Jika makmum, ketika solat, mengarahkan pandangannya ke langit pastilah di dipengaruhi oleh apa yang dilihatnya, menjadikan dia leka, dan hilang khusyuk solatnya.

(-) Melihat makmum di belakang

Saudara, dalam hadith ini diceritakan suatu peristiwa. Ketika para sahabat nak bersolat, maka masuklah seorang wanita untuk bersolat sama. Wanita itu teramat cantik, menarik prhatian para sahabat. Maka, ketika bersolat ramailah sahabat yang memilih saf terbelakang, walhal saf terbaik bagi lelaki, adalah saf yang terdekat kepada imam. Ketika bersolat, adalah para sahabat yang ketika Ruku' menghalakan pandangan mata mereka melalui celah kakn mereka untuk melihat wanita terssebut. Maka turunlah ayat ini memberitahu Nabi (s.a.w) dan para sahabat keburukan perlakuan tersebut. 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a), berkata: ‘Pada suatu hari ada seorang perempuan bersolat (berjemaah) di belakang Nabi (s.a.w), cantiknya perempuan itu secantik-cantiknya manusia (yakni, tersangat cantiknya perempuan tersebut). Maka adalah sebahagian daripada kaum (yakni, para jemaah atau makmum lelaki) maju atau berpindah ke saf-saf terawal (yakni, di barisan hadapan) supaya tidak melihat (mereka) akan perempuan itu (ketika bersolat). Dan ada sebahagian jemaah atau makmum berpindah ke barisan-barisan di belakang (yakni, saf-saf terakhir). Maka tatkala ruku’ berkata-kata begini: ‘Melihat dari bawah ketiak mereka akan perempuan tersebut.’ Maka turunlah ayat al-Quran (yang berbunyi) ‘Walaqad ‘alimnal-mustaqdimina minkum walaqad ‘alimnal-mustakhirina.’ (Maksud ayat: Dan sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) melihat orang-orang yang (duduk) di barisan hadapan dari kalangan kamu, dan sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) melihat orang-orang yang (duduk) di barisan belakang (dikalangan kamu) di dalam kelakuan atau telatah mereka hendak melihat perempuan itu.’ - Ayat 24: al-Hijr (Hadith Ibnu Majah).
Saudara, kita diberitahu bahawa saf terbaik - mendapat ganjaran pahala yang lebih bagi lelaki, adalah saf yang paling dekat dengan imam, maksudnya di barisan hadapan, dan yang tidak digalakkan di saf belakang sekali, yakni hampir dengan saf wanita. Saf terbaik bagi wanita adalah saf yang paling terkebalang sekali. Supaya tidaklah mereka bersolat dihantui oleh keinginan melihat wanita-wanita yang bersolat di belakang.

(-) Tumpukan pandangan ke tempat Sujud

Saudara, satu daripada kaedah untuk mempastikan kita khusyuk dalam solat hendaklah kita jangan meliarkan mata - memandang ke sana ke mari, ke atas ke atas ke bawah. Kita disuruh tumpukan mata/penglihatan kita di tempat Sujud sepanjang kita bersolat itu.
Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dok basoraka maudi’a sujudika’ (Yang bermaksud: Menempatkanlah (i.e. menumpukanlah atau mengarahkanlah) pandangan/mata kalian pada tempat sujud kalian.) - Hadith riwayat ad-Darami.

(-) Jika Mengantuk Hentikan Solat

Saudara, ketika solat itu kita dalam keadaan amat mengantuk, maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita bersurai. Kerana ditakuti kita membaca beberapa kalimah dalam solat yang mungkin membahayakan diri kita sendiri tanpa disedari. Maka kalau terlalu mengantuk jangan solat, tidurlah sebentar, dan setelah hilang rasa mengantuk, barulah kita  solat.
Diriwayatkan hadith daripada Hisyam bin ‘Urwah hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika mengantuk seseorang lelaki dan dia dalam/sedang bersolat, maka hendaklah bersurai (yakni, hentikan atau berhentilah bersolat), barangkali berdo’a dia atas dirinya dan dia tidak tahu (atau tidak sedar apa yang dido’akannya).’ - Hadith an-Nasa’i.

(-) Jangan Memejamkan Mata Ketika Solat

Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketika kita solat jangan sekali-kali kita pejamkan mata. Ada di kalangan umat Islam yang bersolat menutup matanya, seolah-olah untuk mempastikan dia benar-benar khusyuk. Ini ditegah dalam Islam ketika solat.
Diriwayatkan hadith dari Laith b Abi Sulaimin hadith dari Taus hadith dari ibni Abbas berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza qama ahadukum fis-solati fala yaghmid ‘ainaihi’ (Yang bermaksud: Ketika berdiri kamu (yakni, ketika bersolat) salah seorang kamu di dalam solat kamu, maka janganlah kamu memejamkan kedua-dua mata kamu.) - Hadith at-Tobrani.
Kekhusyukan adalah suatu perkara dalaman - spiritual/kerohanian - bukannya fisikal. Namun dengan memfokuskan mata pada tempat Sujud maka hapuslah kemungkinan meliarkan mata ketika solat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment