Tuesday, July 1, 2014

Syariat Solat - (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti ketetapan Islam - berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah - bahawa solat kita itu hanya sah kalau kita berwudu'. kalau batal wudu' maka hendaklah kita perbaharui wudu'. Lakaran proses berwudu' itu disebutkan dalam al-Quran, dan diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dan, dalam perkara wudu' Islam tidak mensyaratkan umatnya berwudu dengan menyebut atau membaca 'Nawaitu wudui ... ' atau ' Nawaitu raf'al hadathil ...' selainnya. Yang diwajibkan ketika meulakan wudu' itu kita menyebut perkataan 'Bismillah' sahaja. Bukan baca 'Basamalah', yakni 'Bismillahir-rahamanir-rahim'! Kalau baca kalimah atau ayat-ayat al-Quran selainnya, maka kita tidak dikira berwudu'. Kalau kita solat dengan 'wudu' sedemikian, batallah solat kita! Olh itu berwaspadalah dalam beramal.

Syariat Solat
3. Ketetapan mengenai solat (Sambungan)

Syurga jika laksanakan solat
(-) Janji Allah (a.w)
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dengan wahyu, melalui sabda beliau menyampaikan firman Allah (a.w) dalam hadith qudsi berikut. intipati firman Allah (a.w) itu Allah (a.w) janjikan syurga hanyalah kepada hamabNya yang mendirikan solat atau bersolat. kalau tak bersolat takda janji sedemikian. 
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas engkau (Muhammad (s.a.w) dan umatmu) lima solat (fardu) dan berjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (fardu yang lima itu) pada/dalam waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ - Hadith Ibnu Majah & Abu Daud (Hadith Qudsi)
[Nota: Dalam hadith qudsi ini Allah (a.w) memberitahu bahawa seseorang yang beriman yang melaksanakan solat fardunya yang lima tanpa meringankannya dan mengambil ringan solatnya, akan dimasukkan ke dalam syurga, tetapi jika tidak diberi keutamaan, lebih-lebih lagi, tidak mengerjakannya, maka tidak mendapat syurga. Syurga itu hanya didapati jika seorang Islam dan beriman itu menunaikan solat fardunya.]

(-) Janji Rasulallah (s.a.w)

Saudara, Rasulallah (s.a.w) dengan wahyu, melalui sabda beliau memberitahu janji antara beliau sebagai Rasulallah (s.a.) terhadap umatnya di akhirat kelak adalah ibadah solat. Takda pertolongan dari beliau kalau tak bersolat. Tak akan dipersaksikan oleh beliau sebagai umatnya.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna ‘ahdal-lazi bainana wa-bainahumus-solatu faman tarakaha faqada kafara.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya janji yang (dimeterikan) antara aku (Nabi (s.a.w)) dengan mereka (yakni, umat Islam) adalah solat fardu, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia jatuh kafir.’ - Hadith an-Nasa’i.
[Nota: Hadith ini memberi ketetapan yang fundamental bagi orang Islam yang beriman bahawa jika ditinggalkan satu solat fardu, dia jatuh kafir secara otomatis. Maka terlepas peluang untuk dapat syurga.]

(-) Pesanan Rasulallah (s.a.w)

Saudara, Rasulallah (s.a.w) mengulangi janji Allah (a.w) dalam hadith qurdi di atas itu, bahawa syurga itu hanya diberikan atas dasar seorang Islam yang beriman itu tunaikan tanggungjawab solat fardunya. kalau tak solat takkan dapat syurga.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang (di akhirat kelak) dengannya (maksudnya, dengan membuktikan dia bersolat, atau dia bersolat tetapi cacat solatnya) sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu (yakni, tidak menepati cara Rasulallah (s.a.w), meremehkannya dengan haqnya (maksudnya, mengambil ringan akan solatnya, spt sengaja dilambat-lambatkan), tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat.
Allah (a.w) menjanjikan pada Ayat 13: an-Nisa’ sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan taatkan RasulNya, maka pasti dimasukkan ke dalam syurga. Antara ketaatan yang utama dalam Islam adalah bersolat. Kalau tidak bersolat, maka tiada janji Allah (a.w) yang dia akan mendapat syurga. Terpulanglah pada budibicara Allah (a.w). Namun Allah (a.w) memberitahu syurga itu diwariskan (maksudnya, diberikan kepada) orang Islam yang beriman yang mengerjakan amalan dan ibadah yang ditetapkan, terutamanya ibadah solat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment