Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita mengenai tajuk/topik ini supaya kita benar-benar yakin yang kita menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w) 'sollu kama ra-aitumuni usolli' itu.
Solat mengikut Rasulallah (s.a.w)
(Sambungan)
10. Mengaminkan Imam sesudah al-Fatihah
(-) Ikut Imam baca ‘Amin’
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa jika kita bersolat jema'ah, setelah selesai Imam membaca al-Fatihah, dia menyebut 'Amin', maka kita hendaklah sama-sama mengaminkannya. Disebutkan dalam hadith berikutnya, jika kita - Imam dan makmum - berbaca 'Amin' itu sama dengan malaikat yang membaca 'Amin maka diampunkan dosa-dosa kita oleh Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Wail bin Hujar (r.a) katanya: ‘Telah aku dengar akan Nabi (s.a.w) telah membaca ia akan ‘ghairil makdhubi ‘alaihim walad-dhollin’. di dalam solat berjemaah dan aku saorang daripada makmumnya. Kemudian daripada sudah habis Fatihahnya itu iapun mengucap ‘Amin’ maka dikatanya ‘Amin’.’ [Tambah Wail lagi] ‘Bahawa Rasulallah (s.a.w) menguatkan ucapan ‘Amin’ itu akan suaranya supaya didengar oleh makmumnya kerana manakala makmum mendengar ‘Amin’ imam itu, maka makmumpun turut ikut belaka menyebut ‘Amin’.’ - Hadith Hassan at-Termidzi.
Berbuat demikian dapatlah fadilat pahala mengucap ‘Amin’ itu kepada sekian makmum. Mengikut sepotong hadith lain, disebutkan fadilat atau ganjaran pahala menyebut ‘Amin’ itu, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) hadith daripada Rasulllah (s.a.w) sabdanya: ‘Apabila Imam menyebut ‘Amin’ kemudian daripada (selesai membaca) al-Fatihahnya, maka hendaklah mengucap sekelian kamu (makmum) ‘Amin’ itu. (Sabda Nabi (s.a.w)): ‘Barangsiapa muafakat mengucap aminnya (yakni serentak) dan para malaikat yang menyahut ‘Amin’ itu serentak pula, maka diampunkan Allah (a.w) baginya akan dosanya yang terdahulu.’ - Hadith Sahih at-Termidzi dan an-Nasa’i.
11. Membaca surah selepas Takbiratul Ikhram
(-) Surah dibaca pada dua rakaat pertama saja
Saudara, Rasulallah (s.a.w) hanya membaca satu surah (atau sebahagaan surah al-Quran) pada dua rakaat pertama sahaja.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersolat bersama-sama kami, maka membaca dia di dalam solat Zohor dan Asar pada rakaat kedua yang mula dengan al-Fatihah dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan kadang-kadang beliau menguatkan bacaan; dan adapun lamanya rakaat yang pertama dari solat Zohor dan lebih panjang dari rakaat kedua, dan demikian (jugalah) pada solat Subuh.’ - Hadith Muslim.
Hadith di atas menjelaskan kita baca satu surah selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. Hadith di atas menyebutkan bahawa rakaat pertama lebih lama Rasulallah (s.a.w) berdiri, yakni membaca surah yang lebih panjang dari rakaat kedua.
(-) Tidak membaca surah pada rakaat ke-3 dan ke-4
Saudara, Rasulallah (s.a.w) membaca surah selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua dan tidak membacanya pada rakaat ke-3 dan ke-4.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abi Qatadah (r.a), katanya hadith daripada bapanya, bahawasanya Nabi (s.a.w) ada membaca di dalam dua rakaat yang awal dari solat Zohor dan Asar dengan al-Fatihah, dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan membaca di dalam dua rakaat yang kemudiannya (akhirnya) dengan al-Fatihah sahaja.’ - Hadith Muslim.
Jelaslah, setiap perlakuan solat itu kita boleh fahami dengan belajar as-Sunnah. Bentuk-bentuk solat, cara dan kaedah mengerjakannya sempurna disebutkan dalam al-Hadith.
12. Rukuk, Iktidak & Sujud
(–) Rukun Fe’li dan Rukun Qauli
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa hendaklah kita bertakbir setiap pergerakan (Rukun Fe'li) solat.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Omar (r.a) katanya: ‘Telah aku lihat akan Rasullah (s.a.w) apabila memulai dia dengan solatnya mengangkat dia akan dua tangannya sambil mengucapkan Takbiratul-ikhram (i.e. Allahu Akbar), angkatannya itu sehingga membetuli dua bahunya. Kemudian diapun membaca 'Alhamdulillahi rabbil 'alamin' (maksudnya Surah al-Fatihah dan surah al-Quran). Kemudian apabila dia hendak Ruku’ mengangkat tangan pula dia serta mengucap takbir (yakni, 'Allahu Akbar'). Dan apabila bangun daripada Ruku’ pula mengangkat kedua tangannya dan begitu juga mengangkat Nabi (s.a.w) akan dua tangannya apabila mengangkat dia akan kepalanya daripada Sujud (yakni, untuk bangun rakaat berikutnya), maka jadilah jumlah dia mengangkat tangan pada [rakaat] pertama tiga kali mengangkat kedua tangannya.’ - Hadith Hassan Sahih at-Termidzi].
Pergerakan dalam solat perlu menyebut Takbir, i.e. ‘Allahu Akbar.’
(-) Meluruskan badan ketika Rukuk dan Sujud
Saudara, hadith ini menyebut gesaan Rasulallah (s.a.w) supaya umatnya berusaha sekuat mampu untuk menegakkan tualng belakangnya ketikaDiriwayatkan hadith daripada Abi Mas’ud (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak memadai bagi solat seseorang lelaki (atau perempuan) yang tidak menegakkan dalam solatnya tulang-tulang rusuknya di dalam/ketika Ruku’ dan Sujud.’ - Hadith an-Nasa’i.
Hadith ini penting kerana Nabi (s.a.w) mementingkan supaya orang bersolat itu meluruskan tulang rusuknya (yakni, bahunya) dan sempurna tama’ninahnya. Yakni, tidak dicepatkan. Tidak tergesa-gesa, tetapi hendaklah tertib dan tenang. Hadith berikut memberitahu bahawa bagi setiap pergerakan, yakni rukun fe’li, hendaklah kita Takbir, kecualilah ketika bangun dari Ruku’.
(-) Membaca Takbir setiap pergerakan/Rukun Fe’li
Saudara, hadith ni menyebutkan bahawa bagi setiap pergerakan peru bertakbir. Hadith ini juga memberitahu apakah kalimah tasbih yang dibaca Rasulallah (s.a.w) ketika Rukuk, Sujud dan iktidal.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah Ibn Mas’ud (r.a) katanya: ‘Adalah Nabi (s.a.w) mengucap dia akan takbir dengan katanya ‘Allahu Akbar’ pada tiap-tiap kali turun untuk Ruku’ dan Sujud, dan tiap-tiap kali bangkit dari Sujud, dan takbir dia pada masa berdiri dan duduk. Dan begitu juga Abu Bakar (r.a) dan Omar (r.a.) memperbuat seperti kelakuan Nabi (s.a.w) itu.’ - Hadith sahih at-Termidzi. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) membaca takbir (yakni, 'Allahu Akbar') ketika memulakan solat, ketika hendak ruku’, ketika bangkit dari Ruku’ membaca ‘samiullahu liman hamidah’ dan membaca ‘rabbana wa-lakal hamdu’ setelah berdiri betul. Kemudian dibacanya takbir pula apabila hendak Sujud, (dibaca) ketika bangun dari Sujud, (disebut) ketika Sujud yang kedua kali, (dibaca) ketika bangun dari Sujud yang kedua dan (dibaca) ketika bangun dari Tahiyat Awal (yakni, ketika berdiri untuk rakaat ketiga), demikianlah seterusnya bagi taip-tiap rakaat.’ - Hadith Muslim.
Perhatikan tiada kalimah ‘wa-bihamdihi’ dihujung Tasbih Rukuk (dan begitu juga ketika membaca Tasbih Sujud).

(-) Kedudukan tangan ketika Rukuk/Sujud
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu bagamana Rasulallah (s.a.w) beberapa pergerakan atau kelakuan dalam solat diceritakan oleh Wail, yang memerhatikan solat Rasulallah (s.a.w).
Menceritakan hadith kepadaku (kata ‘Asim bin Kulaibin) oleh bapanya yang berkata bahawasanya Wail bin Hujrin (r.a) mengkhabarkan kepadanya dengan berkata: ‘Berkata aku: ‘Nescaya sungguh melihat aku kepada Rasulallah (s.a.w) bagaimana dia bersolat, maka melihat aku pada Nabi (s.a.w). Maka berdiri dia, maka membaca takbir dia (yakni, 'Allahu Akbar', diangkatnya kedua-dua tangannya sehingga mendekati kedua-dua (ibujari) tangannya ke paras cuping telinganya, kemudian diletaknya tangan kanannya atas tangan kirinya di pergelangan tangannya dan lengannya. Maka ketika hendak Ruku’ dia bahawasanya diangkat kedua tangannya seperti itu juga (yakni, bersetentangan dengan kedua cuping telinganya)’. Berkata Wail (menyambung cakapnya): ‘Dan (semasa Ruku’) diletakkannya kedua-dua tangannya atas kedua lututnya, kemudian ketika diangkatnya kepalanya (yakni, bangkit daripada Ruku’ untuk Iktidal) diangkatnya kedua-dua tangannya seperti tadi itu (yakni, sehingga bersetentangan pula dengan kedua cuping telinganya), kemudian Sujud dia menjadikan telapak tangannya dekat (yakni, bersetentangan dengan) kedua-dua cuping telinganya, kemudian duduk ‘iftirasy’ dia di atas kakinya yang kiri (yakni duduk antara dua Sujud), dan (ketika duduk untuk Tahiyat Awal) meletakkan telapak tangan kiri di atas lututnya yang kiri, menjadikan lurus (dan) lengan kanan atas peha kanannya, digenggam jarinya kecuali dua jari hantu (yakni, jari tengah) dan ibu jarinya dijadikan satu bulatan, kemudian mengangkat jari telunjuknya menggerak-gerakkannya.’- Hadith an-Nasa’i.
Dalam hadith ini disebutkan sekali cara duduk ketika duduk untuk Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir, bagaimana Rasulallah (s.a.w) berbuat dengan jari-jarinya ketika membaca Tahiyat itu. Saudara, mungkin saudara pernah melihat orang India Muslim berbuat menggerak-gerakkan jari telunjuknya turun naik ke atas ke atau digerakkannya jari telunjuknya naik turun, ke bawah ke atas. Orang yang jahil di kalangan kita mengatakan itu perbuatan pengikut Mazhab Hanbali atau Maliki. Sebenaranya tidak.

Hadith itu menunjukkan perlakuan Rasulallah (s.a.w) ketika membaca Tahiyat. Ada juga hadith yang Rasulallah (s.a.w) mengangkat jari telunjuknya tegak ke depan seolah-olah mengisyarat dari mula hingga akhir Tahiyatnya, sebelum memberi 'Salam'. itu adalah cara kedua. Kita sebagai umatnya diberi pilihan yang mana satu cara kita nak ikut. digerakkannya naik turun, ke bawah ke atas, ketika membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir dan menunjuk ke depan sepanjang Tahiyat itu.
(-) Bacaan (Rukun Qauli) ketika Rukuk
Setiap pergerakan (i.e. Rukun Fe’li) dalam solat hendaklah dimulakan dengan membaca takbir (i.e. Allahu Akbar) – ketika selesai membaca surah hendak Rukuk, ketika bangun untuk Iktidal, hendak Sujud, ketika hendak Duduk Antara Dua Sujud, ketika Sujud ke-2, dan ketika bangun untuk rakaat seterusnya. Ketika bangun bari Rukuk untuk Iktidal (berdiri selepas Rukuk) dibaca ‘sam'iallahu liman hamidah’ dan kemudian setelah tepat berdiri dibaca ‘rabbana wa-lakal hamdu’. Jika berjema’ah sebagai makmum, ketika hendak bangun untuk Iktidak makmum membaca ‘rabbana wa-lakal hamdu’ setelah Imam membaca ‘Sam'iallahu liman hamidah’.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) membaca takbir (yakni, 'Allahu Akbar' ketika memulakan solat, ketika hendak ruku’, ketika bangkit dari ruku’ membaca ‘samiullahu liman hamidah’ dan membaca ‘rabbana wa-lakal hamdu’ setelah berdiri betul. Kemudian dibacanya takbir pula apabila hendak Sujud, (dibaca) ketika bangun dari Sujud, (disebut) ketika Sujud yang kedua kali, (dibaca) ketika bangun dari Sujud yang kedua dan (dibaca) ketika bangun dari Tahiyat Awal (yakni, ketika berdiri untuk rakaat ketiga), demikianlah seterusnya bagi taip-tiap rakaat.’ - Hadith Muslim.
Perhatikan bahawa jika kita bersolat berjema'ah, ketika Imam membaca 'sam'iallahu liman hamidah' berdiri untuk Iktidal, kita bangun untuk iktidal bacalah 'rabbana wa-lakal hamdu' sahaja, tanpa membaca 'samiallahu ...' itu. Perhatikan, Rasulallah (s.a.w) tidk pula membaca kalimah ‘wa-bihamdihi’ dihujung Tasbih Rukuk (dan begitu juga ketika membaca Tasbih Sujud).
(-) Meluruskan tulang belakang ketika Rukuk
Saudara, ketika kita Rukuk sempurna Rukuk kita itu jika kita luruskan bahu dan tulang belakang kita.
Diriwayatkan oleh Ibn Masud al-Ansari (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiada memadai dan tiada sah solat (mereka) yang tiada membetulkan (yakni, meluruskan pada solat itu oleh orang yang solat) akan tulang belakangnya serta (ada) tama’ninahnya pada Rukuk dan Sujud.’ - Hadith sahih at-Termidzi.
Jika kita sulit lakukan untuk meluruskan tulang belakang kita itu, perbuatlah semampunya, kerana tidaklah menjadi suatu perintah wajb meluruskan tulang belakang ketika Rukuk itu.

(-) Rukuk pegang kepala lutut
Saudara, ada berbagai cara orang itu lakuka ketika Rukuk. Ada yang pegang betis dan ada yang pegang peha. Tapi, sunnahnya bagaimana? Ini disebutkan dalam banyak hadith, termasuklah hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Abdul Rahman al-Sulami (r.a.) katanya: ‘Telah berkata bagi kami oleh Omar bin al-Khatab (r.a.) demikian ini: ‘Bahawasanya meletakkan tangan atas dua lutut (di dalam solat) itu bukanlah rekaan orang sahaja, bahkan telah disyara’kan dan disuruh oleh Nabi (s.a.w) perbuat demikian bagi kamu sekelian, maka hendaklah pegang oleh sekelian kamu pada lutut.’’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi]
Rasulallah (s.a.w)menyuruh kita ketika Rukuk itu kedua tangan kita pegang lutut - tangan kanan atas lutut kanan dan tangan kiri atas lutut kiri.

Peringatan: Bacaan/Tasbih Rukuk dan Sujud tanpa ‘wa-bihamdihi’
Saudara, bagi kita di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara ini kita diajarkan beberapa amalan yang tidakpun dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Antaranya, adalah bacaan kalimah ketika Rukuk, Sujud dan bangkit dari Ruku' untuk Iktidal,, dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith daripada Ibn Mas’ud (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Apabila Ruku’ salah seorang daripada kamu bagi solat, barangmana solat fardu atau sunat, kemudian mengucap dia dalam Ruku’nya akan lafaz ‘Subhana-rabbial–a’zim’ tiga kali, maka sesungguhnya telah sempurna Ruku’ solatnya. Dan demikian itulah sekurang-kurang sempurna mengucap tasbih didalam Ruku’ itu. ‘[Sabda Nabi (s.a.w) lagi] dan apabila Sujud seseorang pada solatnya maka berkata dia di dalam sujudnya itu akan tasbih ini, iaitu ‘Subhana-rabbial-‘ala’ tiga kali, maka sesungguhnya telah sempurna Sujudnya. [Sabda Nabi (s.a.w) pula] bermula yang demikian itu sekurang-kurangnya.’ - Hadith maqtu’q yang dikeluarkan oleh Imam Shafie.
Saudara, hadith di atas itu adalah hadith yang didapati dari Kitab al-Umm Imam as-Syafie, kita utama beliau.Demkian juga dalam perkara mengambil Wudu' tidak ada disebutkan oleh Imam as-Syafie membaca 'Nawaitul wudu' ...' atau lain-lain kalimah. Malah ketika hendak mulakan solat tidak juga Imam as-Syafe menyuruh kita baca 'Usolli ...' dan kalimah seumpamanya. Anihnya, jika Imam as-Syafie tidak menyuruh membaca kalimah-kalimah lain, kerana khuatir memisahi (maksudnya, berlainan dari ketetapan as-Sunnah, siapakah yang mengajarkan pengikut Mazhab as-Syafie membaca pelbagai kalimah ketika bersolat? Yang jelas dalam hadith Imam as-Syafie itu tidak disebutkan tambahan kepada tasbih Rukuk dan Sujud dengan membaca kalimah 'wa-bihamdihi' tersebut.
Malah, siapakah yang menyatakan bahawa ketika berwudu; boleh kita hanya sapu sebahagian atau beberapa helai rambt saja? Walhal, Imam as-Syafie dalam kitabnya itu, berdasarkan sunnah, menyuruh kita mengenakan air atau menyapu seluruh bahagian kepala, bukan sebahagian sahaja! Harus diingati bahawa kita pernah diberitahu bahawa terdapat seramai 49 ulama' hadith termasuk Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam an-Nasa'i, Imam Abu Daud, Imam at-Termidzi, Imam ibnu Majah, Imam at-Tobrani, Imam al-Baihaqi, Imam Malik, Imam ad-Darami, dan Imam as-Syafie. hanyalah dalam perkara hadith itu Imam as-Syafie tidaklah sehebat Bukhari atau Muslim dan selainnya, kerana mereka lebih banyak mengumpul dan meriwayatkan hadith. Sebagai ulama' hadith tidak sekali-kali Imam as-Syafie merekodkan sabda Raulallah (s.a.w) yang tidak dikatakan oleh beliau atau menyuruh buat atau baca selain apa yang Rasulallah (s.a.w) suruh buat dan baca.
Saudara, yang sahihnya, disebutkan dalam hadith di atas dan hadith-hadith sahih lain, termasuk hadith berikut.
Diriwayatkan daripada Khuzaifah (r.a) katanya: ‘Bahawasanya ia telah solat berjemaah beserta Nabi (s.a.w), serta melihat dengan mata kepalanya akan perbuatan Nabi (s.a.w) dan mendengar ia dengan telinganya akan apa yang diucap Rasulallah (s.a.w), (katanya lagi) ‘Maka adalah Nabi (s.a.w) berkata ia di dalam ruku’nya akan ‘Subhana-rabial-‘azim’ dan didalam sujudnya diucapnya ‘Subhana-rabbial’ala’, Katanya lagi, ‘Dan tiada datang ia membaca satu ayat Quran yang dibacanya daripada ayat rahmat melainkan berhenti ia dan meminta ia akan rahmat itu, yakni dengan do’anya dan tiada datang ia atas satu ayat Quran yang dibacanya melainkan wakaf pula dan minta berlindung daripada Allah (a.w) seperti yang dikatanya. - Hadith hasan dan sahih, Riwayat at-Termidzi.
Jelaslah, berdasarkan as-Sunnah, kalimah yang dibaca ketika Rukuk dan ketika Sujud itu tidak mengandungi penamabahan 'wa-bihamdihi'. janganlah ikuti ketetapan orang lain apabila telah jelas ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment