Assalamualaikum,
Kita teruskan lagi perbincangan kita tentang tajuk/topik ini, yakni ketetapan Rasulallah (s.a.w) 'sollu kama ra-aitumuni usolli' itu, kerana betapa utama dan pentingnya ibadah solat kita menepati bentuk-bentuk, kaedah dan cara yang ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Kerana solat yang berbeza dari atau berlainan dari apa yang dicomtohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dari segi bentuk-bentuk (form) solat, kaedah dan cara mensolatkannya amat penting. Ia menentukan apakah solat itu diterima atau ditolak Allah (a.w). Maka Islam memperingatkan (melalui ketetapan as-Sunnah), sebagai contoh, bahawa meninggalkan satu waktu solat dengan sengaja menjadikan kita kafir. Apabila kafir segala amalan kebaikan tidak berguna, tak mendapat pahala!
Syariat Solat ikut Rasulallah (s.a.w)
(Sambungan)
16. Tasyahud (Tahiyat) – Awal dan Akhir
(-) Bagaiman Duduk Tahiyat Awal
Saudara, tamakninah (maksudnya, berhenti seketika dalam Rukun Fe'li solat) adalah suatu ciri yang menjadikan solat kita itu sempurna. Jangan terburu-buru, sebagai dalam hadith digambarkan ada orang yang solat seumpama patuk ayam/ayam mematuk makanan, cepat tanpa henti dan tidak dapat dibezakan Rukun-rukun Fe'linya.
Diriwayatkan hadith daripada al-Bara’ bin ‘Azib (r.a.), Nabi (s.a.w) berbuat seperti katanya: ‘Adalah solat Rasul (s.a.w) itu apabila Ruku’ dia, dan apabila mengangkat kepalanya daripada Ruku’, yakni Iktidal dia, dan apabila Sujud dia, dan apabila mengangkat akan kepalanya daripada Sujud (yakni duduk di antara dua Sujud dia), maka empat perkara itu hampir bersamaan panjang masa perhentian (tama’ninah) kesemuanya.’ - Hadith sahih at-Termidzi.
Justeru itu, janganlah solat terlalu cepat pergerakannya. Jika begitu maka seolah-olah kita meremehkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - menggambarkan betapa nipisnya keimanan kita dan betapa tidak bersyukurnya kita kepada Allah (a.w)!
(-) Cara Duduk & Menggerakkan Jari Telunjuk
(-) Cara kedua Menggerak-gerakan Jari Telunjuk
Saudara, dalam hadith ini kita diberitahu oleh seorang sahabat bagaimana pergerakan/perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam solatnya secara terperinci. Termasuk cara duduk Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir, dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith daripada seorang daripada para tabi’in (yang dipercayai riwayatnya namanya) Abbas bin Sail al Sai’di katanya: ‘Telah berkumpul Abu Hamid (Abdul Rahman bin Said bin Munzar), Abu Said (Malik bin Rabi’at), Sahil bin Saad dan Muhammad bin Musalmat, di kalangan mereka itu bermuzakarah mereka (yakni mengingatkan masa mereka bersama Nabi (s.a.w) solat berjemaah) sebagaimana kata Abbas: ‘Maka mengingat-ingatkan mereka itu akan solat Rasulallah (s.a.w), (yakni masing-masing berkata solatnya begini-begini dan kata seorang demikian pula menyungguhkan atau menambah tahkiknya). Maka didalam hal demikian berkatalah Abu Hamid, Abdul Rahman bin Saad bin Munzar as-Saadi as-Syaari (r.a): ‘Aku lebih ingat daripada kamu sekelian dengan solat Rasulallah (s.a.w).’ [Mengikut tambahan pada riwayat Abu Daud (r.a) katanya: ‘Kata mereka itu kerana apa kamu lebih ingat daripada kami? Maka demi Allah (a.w)! Tiada ada engkau lebih daripada kami mengikutinya, dan tiada pula engkau lebih dahulu daripada kami menjadi sahabatnya dan bertambah bagi tahari pula.’ ‘Kata seorang dari mereka: ‘Dari mana kamu lebih ingat daripada kami?’ Jawabnya (Abu Hamid): ‘Aku perhatikan sungguh-sungguh akan solat Nabi (s.a.w) itu hingga aku hafaz akan dia.’(Kata Abu Hamid, menyambung): ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah aku lihat duduknya, yakni duduk bagi tahiyat maka menghampar dia (yakni melipat dia) akan kakinya yang kiri, dan memperhadap ia dengan hadapan kaki kanannya (yakni jari-jari kakinya) dihalakannya ke qiblat dengan didirikannya (jari-jari kakinya), dan dia meletakkan duduknya (yakni, ponggong kirinya) atas lipatan kaki (tumit kaki) kiri, dan meletak dia akan tapak tangan kirinya atas lutut kirinya, dan menghantar dia (yakni, meletakkan) akan tangannya yang kanan itu atas lututnya yang kanan dengan menggenggamkan segala jarinya yang kanan kecuali jari telunjuk’, [sebagaimana kata Abu Hamid], dan mengisyarat dia dengan jarinya, yakni dengan jari telunjuknya (ke atas ke bawah).’ - Hadith Hassan lagi sahih, at-Termidzi.
Saudara, ketika Tahiyat, Rasulallah (s.a.w) mengangkat jari telunjuknya menunjuk (pointing) ke depan sepanjang bacaan Tahyatnya, atau, cara kedua, beliau membulatkan jari (sebelah kanan jari telunjuk) dengan ibu jari tangan kanannya, dijadikan seumpama bulatan, dan kemudian menggerak-gerakkan jari telunjuk ke atas dan ke bawah sepanjang masa dia membaca Tahiyat itu. itulah dua kaedah Tahiyat. Justeru itu, amalan sesetengah orang Islam menggerak-gerakkan jari telunjuk kanan ke atas ke bawah ketika membaca Tahiyat itu adalah satu versi perlakuan Rasulallah (s.a.w), bukanlah ajaran sesuatu mazhab, sebagimana yang disalah-tafsirkan oleh sesetengah umat Islam di Malaysia dan di mana-mana, mereka katakan itu amalan pengikut Mazgab Hanbali atau Maliki, walhal tidak, kerana mereka jahil ilmu!
Menceritakan ibni Omar (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) ada ketika duduk dalam solat (maksudnya, ketika duduk untuk Tahiyat Akhir) meletakkan dia tangannya atas luutunya dan mengangkat jari tangannya yang dekat dengan ibu jarinya (maksudnya, jari telunjuk) maka menunjuk dengan jarinya, dan tangan kirinya di atas pehanya membentangkan jari-jarinya atas lututnya (yakni, terbuka)). – Hadith an-Nasa’ie.
Hadith di atas itu menunjukkan vesi yang satu lagi, iaitu mengangkat jari telunjuk kanan menunjuk ke arah depan.
(-) Bacaan Tasyahud – Tahyat Awal dan Tahyat Akhir
(-) Bacaan Selawat dalam Tahiyat
Saudara, hadith rengkas berikut telahpun kita temui dalam post yang lalu. Hadith ini memberitahu bahawa wudu' hanya sah kalau dimulakan dengan menyebut 'Bismillah' dan berselawat atas Nabi (s.a.w) itu adalah wajib dalam bacaan Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wudu’, tiada wudu’ bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwudu’, dan tiada solat bagi barangsiapa yang tidak berselawat atas Nabi (yakni, ketika membaca Tahiyat), dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ - Hadith Ibnu Majah.
Saudara, dalam urusan berselawat atas beliau itu, Rasulallah (s.a.w) ketika ditanya oleh seorang sahabat bagaimana ‘berselawat atas beliau’ itu, memberitahu:
Diriwayatkan hadith Nu’aim b Abdullah al-Mujammir bahawa Muhammad b Abdillah b Zad al-Ansari dan Abdullah b Zaid, orang yang mimpi mengenai panggilan untuk solat (maksudnya, azan) menceritakan kepadanya hadith dari Abi Mas’ud al-Ansari bahawasanya dia berkata (kepada Rasulallah (s.a.w)) di dalam suatu majlis Said b ‘Ubadah, maka berkata kepada Nabi (s.a.w) Basyir b Sa’din: ‘Memerintah pada kami Allah (a.w) zat yang maha tinggi lagi maha mulia bahawa berselawat kami atas engkau wahai Rasulallah (s.a.w), maka bagaimanakah berselawat atas engkau?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w). Sehingga berangan-angan (maksudnya, risau aku, supaya tidaklah aku bertanya kepadanya sedemikian. Kemudian bersabda Nabi (s.a.w): ‘Qulu’ (i.e. bacalah) ‘Allahumma solli ‘ala Muhammadin wa-‘ala alihi Muhammadin kama sollaita ‘ala ali Ibrahima, wa-barik ‘ala Muhammadin wa-‘ala ali Muhammadin kama barakta ‘ala ali Ibrahima, fil-‘alamina innaka hamidun (-um) majid’. Dan (kemudian) memberi ‘salamlah’ kamu sebagaimana yang telah tahu engkau (maksudnya, tentang ‘salam’ itu sudahpun kamu ketahui)) – Hadith an-Nasa’ie, Kitab Solat.
Allah (a.w) memerintahkan manusia supaya berselawat atas Nabi (s.a.w) kerana Allah (a.w) dan para malaikat berelawat atas Nabi (s.a.w) - Ayat 56: al-Ahzab (Innallaha wal-malaikati usolluna 'alan nabiyi; ya aiyuhal-lazina amanu sollu 'alaihi wa-sallimu taslima). Membaca selawat atau selawat itu sebahagian dari Tahiyat.
Dalam hadith ini disebutkan bahawa Abdullah b Zaid adalah orang yang diberi ilham oleh Allah (a.w) melalui mimpi kalimah-kalimah yang dijadikan kalimah-kalimah azan untuk memanggil umat Islam untuk ke masjid/musolla untuk solat fardhu, ketika masuk waktunya. Omar bin Khattab (r.a) adalah orang yangkedua mendapat ilham tersebut pada masa yang sama, tetapi Abdullah b Zaid, memberitahu Rasulallah (s.a.w) lebih awal. Kalimah tambahan: ‘As-solatu khairun (-um) minan-naum’ itu diilhamkan Allah (a.w) kepada Bilal (juru azan Rasulallah (s.a.w)).
(-) Tahiyat Awal
Saudara, bacaan Tahiyat Awal itu disebutkan dalam hadith berikut. Harus diingatkan bahawa dalam apa juga Rukun-rukun solat - Rukun Qauli (i.e. bacaan/sebutan dalam solat), hendaklah tidak ditambah dengan kalimah-kalimah lain, kecualilah ada hadith lain yang memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) pernah berbuat sedemikan.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) katanya: ‘Telah mengajar akan kami oleh Rasulallah (s.a.w) apabila duduk kami kemudian daripada sempurna mengerjakan dua rakaat solat (yakni disuruhnya membaca Tahiyat yang diajarnya itu akan kami kemudian daripada telah sempurna dua rakaat didalam solat), bahawasanya kami berkata: ‘At-tahiyatu lillahi wasolatu watoibatu. Assalamu-alaika aiyuhan nabiyu wa-rahmatullahi wabarakatuhu. Was-salamu ‘alaina wa’ala ‘ibadillahi-solihina, Asyhadu-an la ilaha-illah, wa-asyhaduanna Muhammadan ‘abduhu wa-rasuluhu’ - Hadith Bukhari & Muslim.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas (r.a) katanya, ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) mengajar ia akan kami akan tasyhad (yakni tahiyat), sebagaimana mengajar ia akan kami akan surah-surah al-Quran (yakni, dengan tajwidnya dan tartilnya dan waqafnya, yakni, diajarkan secara perlahan).’ [Kata Ibn Abbas (r.a)] ‘Maka adalah berkata didalam ajarannya begini: ‘Attahiyatul mubarakatus-solawatut-toyibatu lillahi. Assalamu-alaika aiyuhan-nabiyu wa-rahmatullahi wa-barakatuhu. Assalamu ‘alaina wa-ala ‘ibadillahis-solihina. Asyhadu alla-ilaha-illallah, wa-asyahadu anna Muhmmadan ‘abduhu wa-rasuluhu.’ - Hadith hasan, gharib dan sahih as-Shafiie & Muslim.
Saudara, wajib diingati pesanan Rasulallah (s.a.w) 'Man 'amila amilan laisa minni fa-hua raddun' (Yang bermaksud: Barangsiapa membuat oembaharuan dalam perkaraku (maksudnya, syariat Islam atau apa jua menyentuh Islam), yang tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) tentangnya/mengenainya, maka amalan/ibadah tersebut ditolak', yakni tidak diterima Allah (a.w). Justeru itu, kalu itu perlakuan/bacaan Rasulallah (s.a.w), itulah yang benar dipakai.
(-) Tahiyat Akhir
Saudara, kalimah selawat atas Nabi (s.a.w) yang diperintahkan oleh Allah (a.w) kta jadikan amalan dan yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam bacaan Tahiyat Awal dan Akhir solat adalah diberikan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan oleh Abi Mas’ud (r.a): Ibnu Masu’d (r.a) berkata bahawa Nabi (s.a.w) memberitahu dia tentang ‘selawat’ itu membaca: ‘Allahumma-salli ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama sollai-taala ‘ala ali Ibrahim, wa barik ‘ala Muhammad, wa’ala ali Muhammad, kama baraktaala ‘ala ali Ibrahim, fil ‘alamina innaka hamidum-majid’ - Hadith sahih riwayat an-Nasa’i
Kalimah selawat atas Nabi (s.a.w) itu disebutkan dalam hadith berikut, lebih jelas. Kerana Raslallah (s.a.w) menjawab kemusykilan sahabat mengenai kalimanya.
Diriwayatkan hadith daripada Mas’ud al-Ansyari (r.a) berkata: ‘Ketika kami dalam majlis Saad bin Ubadah (r.a), datang Nabi (s.a.w) lalu bertanya Basyir bin Saad kepada beliau dengan katanya: ‘Diperintah Allah (a.w) bahawasanya berselawat kami atas kamu, wahai Rasulallah (s.a.w) Maka bagaimana kami berselawat atas engkau?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Katalah olehmu ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad. Kama sollaitaala ‘ala ali Ibrahima, wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammadin, kama barakta ‘ala ali Ibrahima, fil-‘alamina innaka hamidum-majid (-un).’ (Yang bermaksud: (Kata Abu Mas’ud:) ‘Dan (cara memberi salam itu) sebagaimana sungguh-sungguh telah tahu kamu.’ - Hadith Muslim. Diriwayatkan hadith daripada bni Qasim berkata menceritakan kepadaku hadith oleh Malik hadith daripada Nu’im bin Abdillah al-Jumraani (pengutip umbut) bahawa Muhammad bin Abdillah bin Zaid al-Ansari dan Abdullah bin Zaid yang bermimpi dengan panggilan untuk solat (maksudnya, Azan) mengkhabarkan kepadanya hadith dari abi Masud al-Ansari bahawa dia berkata: ‘Datang kepada Rasulallah (s.a.w) di dalam (suatu) majlis Sa’id bin ‘Ubadah, maka berkata kepadanya (maksudnya, bertanya kepada Rasulallah (s.a.w)) Basir bin Sa’din: ‘Memerintah atas kami Allah (a.w) Yang Maha Mulia dan Maha Agung supaya berselawat atas engkau wahai Rasulallah (s.a.w), maka bagaimana (hendak) berselawat atas engkau?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga mengharap kami bahawasanya tidak ditanya padanya soalannya (tersebut) (kata perawi). Berkata (abi Masud) bersabda Nabi (s.a.w): ‘Kamu ucapkanlah ‘Allahumma solli ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad; kama sollaita ‘ala ali Ibrahima; wa-barik ‘ala Muhammad wa-‘ala ali Muhammad, kama barakta ‘ala ali ibrahima; fil ‘alamina innaka hamidun majidun.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) aku berselawat atas Nabi Muhammad (s.a.w) dan atas keluarganya, sebagaimana berselawat mereka atas Nabi Ibrahim (a.s); dan semoga Engkau memberkati atas keluarga Nabi Muhammad (s.a.w) sebagaimana Engkau memberkati atas keluarga Nabi Ibrahim (a.s); ... ). Dan memberi salamlah kamu (sesudah itu) sebagaimana yang kamu sudahpun ketahui/maklum cara memberi ‘salam’ itu - Hadith an-Nasai.

Printah supaya umat Islam berselawat atas Nabi (s.a.w) itu dsebut dalam Ayat 56: al-Ahzab. Justeru itu, setiap kali kta mendengar 'Muhammad' atau 'Rasulallah' atau 'Nabi' disebut di depan kita, hendaklah kita sambut dengan 'Sallahu 'alaihi wa-sallam' pendekan kalimah selawat itu. Jika tidak dijadikan amalan rutin kita di akhirat kita tidak diakui umat beliau, maka terlepas dari mendapat syafaat dan dicegah oleh malaikat minum air Telaga al-Kauthar, dan kita tidak diiktiraf Allah (a.w) sebagai umat Muhammad, wal iya zubillah. Kerana, jika begitu lepas peluang dapat syurga, walaupun kita Islam dan banyak amalan ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment