Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi tentang kesalahan/kebatilan mengadakan Doa Qunut pada Solat Subuh, yang merupakan amalan seakan-akan wajib di kalangan masyarakat Islam Melayu. Majoriti umat Islam di Malaysia dan Indonesia bersolat Solat Subuh membaca Doa Qunut pada rakaat ke-2 setelah bangun Iktidal sebelum Sujud.
Saudara, sesuatu amalan itu - termasuk sesuatu komponen dalam Rukun-rukun solat - Rukun Qalbi (Niat), Rukun Qauli (bacaan), dan Rukun Fe'li (perlakuan/pergerakan) - yang berlainan dari atau tidak menepati syariat Islam yang haq tentang solat (maksudnya, as-Sunnah), tidak didemokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), adalah batal dan batil. Ini adalah panduan induk dalam solat - 'sollu kama ra-aitumuni usolli' - yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Jika Rasulallah (s.a.w) tak buat, bererti itu suatu 'pembaharuan' - tambahan atau pengurangan atau ditokok-tambah atau ubah dari yang asalnya/aslinya. Kalau pembaharuan, maka dikelompokkan sebagai 'bida'ah'. Kalau bida'ah, maka itu pencemaran dalam syariat Islam yang menjadikannya sesuatu amalan atau ibadah atau aqidah Islam tidak murni atau tidak tulen atau ori lagi. Bila tidak ori, Allah (a.w) tak mahu terima. Iniilah mesej hadith berikut:
Diriwayatkan hadith Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yuqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu khalisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan menerima suatu amalan (dan, ibadah) kecuali amalan/ibadah yang dikerjakan itu murni (yakni, tulen, ori, tidak dicemari oleh sesuatu apapun) dan (dikerjakan kerana) mencari wajah Allah (a.w) (yakni, kerana mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah semata-mata). - Hadith an-Nasa’i, Kitab Jihad.
Allah (a.w) hanya terima sesuatu amalan jika amalan itu ori atau tulen, maksudnya, sama dengan apa yang diperintahkan oleh Allah (a.w) kepada Nabi Muhammad (s.a.w) atau sama dengan apa yang diajarkan oleh Jibril (a.s) kepada Nabi Muhammad (s.a.w), dan sama dengan apa yang disampaikan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada sahabat. Malah, lebih serius implikasinya kepada kita. Orang yang mengamalkan bida'ah tergelincir, terjerumus dan tersisih dan terkeluar dari Islam dan menjadi kafir tanpa disedari! Inilah mesej hadith di bawah ini.
Beberapa amalan/perlakuan atau bacaan
Yang bertentangan dengan
as-Sunnah/tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)(Sambungan)

Saudara, dalam post-post yang lalu kita telah teliti 6 amalan/perlakuan atau bacaan dalam solat yang dijadikan amalan lazim di kalangan masyarakat Melayu Islam, yang tiada sokongan nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah - yakni, tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malah ditegah oleh Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) peringatkan kita sesiapa yang Islam dan dia beriman - yakni faham dia bahawa syurga dan neraka itu bergantung kepada pematuhan kepada al-Quran dan as-Sunnah, khususnya, Ayat 13: an-Nisa' dan Ayat 80: an-Nisa' dan Ayat 7: al-Haysr, dll ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka wajib ambil ingatan apa yang ditulis dalam post ini. Janganlah memperdagangkan akhirat kerana kejahilan atau kerana menuruti amalan dan kelaziman majoriti serta amalan konvensyen!
Peringatan: Jauhi/Tinggalkan bida’ah
Saudara, hadith ini wajib direnungi setiap kali kita mengerjakan amalan dan ibadah. Apakah amalan dan ibadah kita itu tidak dicemari oleh yang ditegah dalam hadith ini? Bagaimana kita tahu yang amalan dan ibadah kita itu tidak murni? Hanya, jika kita mempunyai ilmu mengenai setiap amalan dan ibadah yang kita kerjakan - dari konteks dan perspektif bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah mengamalkannya. Semua ini diperjelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kalau kita tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka kita tetap jahil dan kejahilan menjerumuskan kita melakukan sesuatu yang membatalkan amalan dan ibadah dan aqidah Islam kita. Kerana kita tengok orang buat atau kita dengar orang itu kata gitu dan gini, kerana jahil ilmu kita jadi pak turut!
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bida’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bida’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya (yang lain). Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’- Hadith Ibnu Majah.
Hadith di atas ini memberi peringatan kepada umat Islam yang inginkan kejayaan akhirat – maksudnya, selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga. Itulah motivasi umat Islam, malah motivasi manusia sejagat, kerana kematian bukanlah penamat ‘hidup’ manusia, kerana ada tiga alam lagi pasti dilalui – alam barzah (dalam kubur), padang makhsyar (diserahkan Kitab Catatan Amalan). Dan akhirnya setelah dtimbang dosa-pahala dan ditentukan siapa yang dapat syurga (i.e. yang beruntung dan berjaya di akhirat) dan siapa yang dapat neraka (i.e. golongan yang rugi dan celaka).
Tiga alam ini bergantung kepada apa yang manusia itu lakukan ketika hidup – cakap dan buat, dan persediaan mereka ketika hidup menyediakan diri dan bekalan untuk kebajikan akhirat mereka.
Allah (a.w) telah memberitahu manusia (khususnya umat Islam/orang iman) bagaimana syurga dan neraka itu didapati. Tiada formula yang tersuruk. Semuanya sudah diperjelaskan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hanyalah manusia itu wajib ilmukan diri mereka sahaja. Manusia tap perlupun merujuk kepada cakap-cakap atau tunjuk ajar manusia lain dalam perkara agama. Yang perlu mereka lakukan hanyalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, pelajari al-Quran dan as-Sunnah, supaya mereka faham ketetapan Allah (a.w) (dn Rasulallah (s.a.w)), dan dengan kefahaman tersebut boleh menyediakan diri sepenuhnya dengan kepastian bahawa mereka dapat syurga ataupun neraka. Dalam konteks matlmat dan tujuan mendapat syurga/neraka itu, perkara amalan dan ibadah amat penting dimurnikan dan ditulinkan. Amalan dan ibadah itu tulin dan murni jika tidak dicemari oleh bida’ah. Kerana bida’ah – sebagaimana disebutkan dalam hadith di atas itu – menjadikan segala amalan dan ibadah batil dan terbatal, dan membatalkan agama Islam yang dianuti dan dipegang, maka menjadi kafir tanpa disedari dan, dengan itu gagal mendapat syurga, dan terjerumus tanpa disedari ke dalam meraka, wal iya zubillah.
Saudara, kita Islam dan kita berusaha secara istiqamah jadi orang Islam kerana inginkan selamat di akhirat, 'kehidupan yang benar', yang lebih utama dan yang kekal, maka janganlah menganianya diri sendiri ...ikut herd's instinct semata-mata!
No comments:
Post a Comment