Monday, June 30, 2014

Puasa Ramadhan - Lailatul Qadr


Assalamualaikum,
Saudara, meneliti beberapa post yang lalu kita diberitahu satu hadith yang amat utama untuk merangsang ibadah puasa kita sebaiknya iaitu hadith yang menyebutkan bahawa sesiapa yang Islam dan beriman, mengerjakan puasanya sebaik mungkin dengan penuh keimanan dan megharapkan ganjaran pahala terbanyak dari Allah (a.w), maka dihapuskikis segala dosanya, dan kembali di akhir Ramadhan dalam keadaan fitrah - tanpa dosa. Hadith itu juga menyebutkan bahawa sesiapa yang diberi kesempatan oleh Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr (atau, Lailatul-Qadr) yang ditungguinya semasa berIktikaf di masjid setiap malam 10 terakhir Ramadhan, dalam penuh keimanan dan kesabaran serta mengharapkan ganjaran pahala sebanyak munkgn dari Allah (a.w), maka dia juga berjaya kembali ke alam fitrah kerana pahala yang diterimanya begitu banyak menghapuskan segala dosa-dosanya. Malam Qadr itu membolehkan seseorang mendapat pahala seumpama beramal sebaik dan sebanyak mungkin tanpa melalkukan sebarang kemaksiatan selama 1,000 bulan ( = 83 tahun 4 bulan) - beramal tanpa kecacatan sedikitpun!
Saudara, berapa ramaikan mansia yang sempat hidup selama melebihi 80 tahun? Adakah orang Islam zaman akhir ini yang diberi kesempataan oleh Allah (a.w) hidup melebihi 80 tahun? Dan, lebih penting adakah kita temui kini seorang yang Islam dan beriman, yang mengerjakan selama 80 tahun kebaikan - mentaati Allah (a.w) dan tidakpun melakukan kemaksiatan walaupun sekelip mata?

Lailatul Qadr

(-) Kefadhalan Malam Qadr

Saudara, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran keistemewaan Malam al-Qadr itu dalam Surah al-Qadr, berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalnahu fi lailatil-qadri @ Wama adrakama lailatul-qadri? @ Lailatul-qadr khairun min alfi syahrin @. Tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi-iznil rabbihim min kulli amrin @ Salamun hia hatta matla’il-fajr.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan (al-Quran) dalam malam qadar. Dan tahukah engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) apa itu malam qadar? Adapun malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Aku (Allah (a.w)) turunkan para malaikat dan ruh (yakni, malaikat Jibrail (a.s)) mengetuai rombongan para malaikat turun ke langit dunia) di dalamnya (malam qadar) dengan izin Tuhan mereka (yakni, Allah (a.w)) dari tiap-tiap perkara (yakni, membawa berbagai kurniaan Allah (a.w) bagi manusia yang berjaga dan beramal dan beribadat untuk mendapatkan pelbagai kurniaan dan rahmat Allah (a.w)) pada malam-malam Ramadhan. Keselamatan bagi mereka (yakni, manusia yang menemui malam Qadr itu) (para malaikat berada di bumi) sehingga terbit waktu fajr (Subuh) (apabila mereka naik semula ke langit)) - Ayat 1 hingga 5: al-Qadr. 
Saudara, di bawah ni kita lihat semula Surah al-Qadr dan sabda Rasulallah (s.a.w) tentang ganjaran pahala tertinggi pusa Ramadhan dan Malam al-Qadr itu. 
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Menceritakan hadith oleh Sufiyan yang berkata: ‘Hafaz (ingat) dia, dan sesungguhnya apa-apa yang ingat dia hadith daripada Zuhri, hadith daripada Abi Salamah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) yang berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w) diampuni (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya. Dan barangsiapa berdiri (yakni, bersolat) pada malam qadar (Lailatul-Qadr) dengan penuh keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahului dari dosa-dosanya (yakni, dosa-dosanya yang terdahulu).’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih.
Saudara, begitu hebatnya pahala termungkin dari puasa Ramadhan dan betapa hebatnya pula pahala menemui Malam al-Qadr itu, dalam bulan Ramadhan ketika kita beriktikaf di masjid.

(-) Keistemewaan kepada umat Muhammad (s.a.w)

Saudara, dalam hadith berikut kta lihat asbabul nuzul (sebab turunnya) Surah al-Qadr tersebut.
Diriwayatkan daripada Ali bin ‘Urwat (r.a.) katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) menyebutkan (yakni, menceritakan) bahawa pada suatu hari (zaman sebelum Islam) empat orang (yang amat ‘alim) keturunan Bani Israel yang menyembah (yakni beribadat dan mengabdikan diri) kepada Allah (a.w) selama delapan puluh (80) tahun tiada sekali-kali mereka menentang (mungkar atau melakukan apa-apa maksiat atau pelanggaran, yakni dosa) walau sekelip matapun, maka menyebutkan oleh Nabi (s.a.w) akan (yang empat orang itu adalah) Ayub (a.s), dan Zakaria (a.s), dan Hizkil bin ‘Ajuz (r.h), dan Usaq bin Nun (a.s).’ Maka berkata Ali (perawi hadith ini): ‘Maka hairanlah para sahabat Rasulallah (s.a.w) daripada yang demikian itu (kerana mana mungkin mereka (yakni, para sahabat) mencapai tahap amalan begitu ‘par excellence’ selama 80 tahun).’ Maka datanglah Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w) seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Hairankah umat kamu daripada ibadat golongan mereka itu yang beramal selama delapan puluh tahun dan tiada mereka menentang Allah (a.w) walau sekelip matapun? Telah menurunkan oleh Allah (a.w) yang lebih baik dari itu.’ Maka membaca Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w)(Surah al-Qadr): ‘Inna anzalnahu fi lailatil Qadri, wama adrakama lailatul Qadri, lailatul Qadri khairum min alfisyahr…al-ayat.) (sambil berkata) ‘Ini lebih afdhal (yakni lebih banyak fadilatnya atau pahalanya) daripada apa yang kamu dan umat kamu hairankan itu (yakni, lebih banyak pahala dan fadilatnya dari amalan empat orang wara’ Bani Israil selama delapan puluh tahun itu).’ Maka berkata Ali (r.a): ‘Maka disenangkan (yakni, digembirakan oleh Allah (a.w)) dengan yang demikian itu kepada Rasulallah (s.a.w) dan umat manusia yang beserta dengan Nabi (s.a.w) (yakni umat Islam).’ - Hadith Ibnu Khatim.
Daripada 4 orang itu, semuanya nabi kecuali Hizkil. Keempat-empat mereka adalah orang alim zaman sebelum Islam mengikuti syariat agama Islam zaman=zaman mereka.
Saudara, hari ini mungkin ada diantara kita yang kagum dengan kehebatan beberapa ulama' yang ditampilkan kepada kita. Namun, tidak seorangpun dari kalangan mereka itu mencapat taraf kewarakan dan kehebatan keimanan dan ketaqwaan sebagaimana 4 ulama' Bani Israil yang diceritakan oleh Rasulallah (s.a.w) itu.Kebanyak ulama' hari ini walau sehebat manapun seringkali tidak mahu menerima perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa semua atau setiap bida'ah itu kesesatan, tidak ada 'bida'ah hasanah'! Justeru itu, apakah mungkin mereka itu diberi laluan oleh Allah (a.w) menemui Lailatul-Qadr? Tak mungkn. Kerana syaratnya orang itu hendaklah beriktikaf dengan penuh keimanan - maksudnya akur dengan etetapan dan perintah Allah (aw) dan Rasulallah (s.a.w) dan mengharapkan pahala termungkin dari amalan iktikafnya, selain puasanya. Kalau satu ketetapan Rasulallah (s.a.w) ditolak tepi, apakah mereka orang iman yang tinggi ketaqwaannya?

(-) Bila Malam Qadr?

Saudara, dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w diberitahu oleh Jibril (a.s) dengan zin Alah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) bila Malam al-Qadr itu akan berlaku. Rasulallah (s.a.w) yang kasihkan umatnya idatang ke masjid untuk memberitahu para sahabat. Malangnya, ketika sampai di masjid beloau mendapati dua sahabat bertengkar dan berbalah dan bergaduh, maka terluoa dia malam mana! Disebabkan kemungkaran orang iman sendiri, terlepas umat Islam jalan mudah dapat menemui Malam al-Qadr itu.
Menceritakan hadith oleh Abu Suhailin hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mempersungguhkanlah kamu (yakni, carilah) lailatul-Qadr (Malam Qadar) dalam hari-hari ganjil daripada kesepuluh terakhir dari bulan Ramadhan.’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih
Antara persiapan Rasulallah (s.a.w) ketika sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah bersiap dengan pakaian khas untuk beriktikaf di masjid:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Duha hadith daripada Masyruq hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika masuk malam kesepuluh (terakhir Ramadhan) mengikat kainnya (maksudnya, memakai seluar dan baju yang khusus) dan menghidupkan malamnya (qiamul-lail) dan membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadat dan beramal).’ - Hadith Bukhari, Kitab Kefadalan Lailatul-Qadr.
Saudara, dapatkah kita mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) yang meningkatkan kesungguhannya dan membangunkan keluarga beliau untuk mencari malam al-Qadr, walhal Allah (a.w) telahpun menhapuskikis dosa-dosa yang lalu dan dosa-dosanya yang terkemudian? inilah bukti kesyukuran Rasulallah (s.a.w) terhadap nikmat kurniaan Allah (a.w) yang tidak terhitung banyaknya.
Diriwayatkan hadith daripada Hasan bin Ubaidillah berkata: ‘Aku mendengar Ibrahim berkata: ‘Mendengar aku Aswad bin Yazid berkata: ‘Berkata Aisyah (r.ah): ‘Mempersungguh (Rasulallah (s.a.w)) di dalam malam-malam kesepuluh terakhir (Ramadhan) apa-apa yang tidak mempersungguh dia di dalam lain-lain malam.’ - Hadith Muslim, Kitab I’tikaf.
Saudara, mudahmudahan kita yang diberi nikmat yang begitu banyak - melebihi nikmat yang diberikan kepada umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w), dapat menguayakan diri mencai Malam al-Qadr itu sebaik mungkin, insya Allah.

(-) Doa ketika menemui al-Qadr

Saudara, jikalah kta diberi kesempatan oleh Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr itu, bacalah do'a yang diajarkan Rasulallah (s.a.w) kepada Aisyah (r.ah) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Kahmasi bin Hasan, hadith daripada Abdullah bin Buraidah, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah pandangan engkau jika tahu aku malam mana malam Qadar (lailatul-Qadr) itu, apakah yang aku kata (baca atau do’akan) di dalamnya?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Engkau bacalah ‘Allahumma innaka ‘afu-un karimun tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘anni’. (Maksud do’a: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau (Allah (a.w)) maka Pengampun, maha Mulia, senang (suka Engkau (Allah (a.w)) pada memberi pengampunan, maka ampunilah diriku.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Da’wat (Do’a). 
Insya Allah, kita usahakan beriktikaf sekuat mampu kita dalam bulan Ramadhan ini.

Jazakallahu khairah

Saturday, June 28, 2014

Puasa Ramadhan, Islam dan Solat

Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin kerajaan(Penyimpan Mohor Besar Raja-raja) telah membuta pengumman bahawa puasa Ramadhan tahun ini, 1465, akan bermula pada esok hari, Ahad, 29 Jun 2014. Dalam beberapa post yang kta telahpun teliti berdasarkan keettapan Islam - al-Quran dan as-Sunnah - bahawa kita boleh mencapai kejayaan yang teragung dalam bulan Ramadhan - maksudnya di akhir Ramadhan, ketika merayakan Aidil Fitri kelak, kita bebas dari neraka dan mendapat syurga, kerana amalan puasa kita yang terbaik memboleh Allah (a.w) memberikan kita anugerah yang amat besar iaitu syurga. Syaratnya, kita berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan sebanyak mungkin pahala dengan mengamalkan pelbagai ibadah dan amalan yang sunat yang mendatangkan ganjaran gandaan pahala sebanyak mungkin, melebihi 700 gandaan. Maka dengan itulah dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) diberitahu oleh malaikat Jibril (a.s) ketika berkhutbah bahawa rugilah seorang Islam yang beriman yang berpuasa sepanjang Ramadhan, tetapi apabila berakhirnya Ramadhan, maka dia tidak mendapat kebebasan dari neraka, wal iya zubillah.
Saudara, ganjaran pahala puasa itu amat tinggi - seumapa dilahirkan dalam keadaan fitrah, diihapus kikis oleh Allah (a.w) semua dosa yang lalu. Tapi, kita telahpun tahu melalui post dalam blog ini bahawa ada beberapa perkara yang membatalkan kesemua pahala puasa Ramadhan kita - tidak mendapat apa-apa kecualilah lapar dan dahaga sepanjang Ramadhan. Antaranya, niat ketika berpuasa bukan kerana Ayat 56: al-Isra'; berpuasa tetapi tidak berjema'ah dalam Islam; mengamalkan pelbagai bida'ah dalam beramal dan beribadah dalam Islam, mengamalkan syirik (walaupun, hanyalah samar), meyakini sesuatu yang kurafat dan tahyul, beramal tanpa ilmu, dan tidak bersolat, dan banyak lagi.
Saudara, kita tengok nas dan dali berikut sebagai panduan kita spenjang Ramadhan ini. Jika kita akur dengan ketetapan tersebu, maka ada pe;uang untuk didibebaskan dari neraka dan berjaya mendapat syurga, insya Allah.

Janji Allah (a.w) - Syurga jika laksanakan solat

Saudara, kalau kita mengharapkan syurga di akhirat kelak, kuncinya adalah solat. Kalau kita tidak solat pastilah syurga tidak kita perolehi.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w) dan umatmu) lima solat (fardu) dan berjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKu ‘Bahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (fardu yang lima itu) pada/dalam waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ - Hadith Ibnu Majah & Abu Daud (Hadith Qudsi)
Dalam hadith qudsi ini Allah (a.w) memberitahu bahawa seseorang yang beriman yang melaksanakan solat fardunya yang lima tanpa meringankannya dan mengambil ringan solatnya, akan dimasukkan ke dalam syurga, tetapi jika tidak diberi keutamaan, lebih-lebih lagi, tidak mengerjakannya, maka tidak mendapat syurga. Syurga itu hanya didapati jika seorang Islam dan beriman itu menunaikan solat fardunya.

Janji Rasulallah (s.a.w)

Saudara, kita hanyalah diakui umat Muhammad (s.a.w) atau beragama Islam jika kita kerjakan solat.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna ‘ahdal-lazi bainana wa-bainahumus-solatu faman tarakaha faqada kafara.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya janji yang (dimeterikan) antara aku (Nabi (s.a.w)) dengan mereka (yakni, umat Islam) adalah solat fardu, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia jatuh kafir.’ - Hadith an-Nasa’i.
[Nota: Hadith ini memberi ketetapan yang fundamental bagi orang Islam yang beriman bahawa jika ditinggalkan satu solat fardu, dia jatuh kafir secara otomatis. Maka terlepas peluang untuk dapat syurga.]

Pesanan Rasulallah (s.a.w)

Saudara, ibadah solat itu amat utama. Syurga neraka ditentukan oleh ibadah solat seseorang itu.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang (di akhirat kelak) dengannya (maksudnya, dengan membuktikan dia bersolat, atau dia bersolat tetapi cacat solatnya) sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu (yakni, tidak menepati cara Rasulallah (s.a.w), meremehkannya dengan haqnya (maksudnya, mengambil ringan akan solatnya, spt sengaja dilambat-lambatkan), tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat.
Allah (a.w) menjanjikan pada Ayat 13: an-Nisa’ sesiapa yang taatkan Allah (a.w) dan taatkan RasulNya, maka pasti dimasukkan ke dalam syurga. Antara ketaatan yang utama dalam Islam adalah bersolat. Kalau tidak bersolat, maka tiada janji Allah (a.w) yang dian akan mendapat syurga. Terpulanglah pada budibicara Allah (a.w). Namun Allah (a.w) memberitahu syurga itu diwariskan (maksudnya, diberikan kepada) orang Islam iman yang mengerjakan amalan dan ibadah yang ditetapkan.

Bukti Iman adalah solat

Saudara, tidak guna kita mengakui bahawa kita orang Islam dan orang iman, kalaulah kita tidak mengerjakan solat. Solat adalah tiang agama. Kalau tak solat runtuhlah agama, maksudnya kita tidak lagi beragama Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Jaffar bin Muhammad, hadith daripada bapanya, hadith daripada Ali bin Hussain, hadith daripada bapanya, hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun ‘iman’ itu diketahui dengan hati (rukun qalbi), dan disebut dengan lisan (ucapan) (rukun qauli) dan diamalkan (atau, dilakukan atau dikerjakan) dengan anggota (rukun fe’li).’ Berkata Abu Salti (seorang perawi dalam isnad hadith ini): ‘Sekiranya (hadith) ini dibacakan isnad ini kepada orang gila nescaya sehat dia (yakni, suatu perkara yang amat mudah difahami oleh manusia).’ - Hadith Ibnu Majah, Bab Iman.
Jelaslah, mengakui diri kita Islam tetapi tidak mempunyai 3 ciri yang disebutkan dalam hadith ini, belum diakui orang yang Islam dan beriman. Orang Islam yang meninggalkan solatnya jatuh kafir. Dan, syurga itu hanya diberikan/dikurniakan Allah a.w) berdasarkan amalannya – yang disuruh buat dan yang ditegah jauhi/tinggalkan.

Solat fardu adalah amalan yang terawal di hisab di akhirat


Saudara, ketika dihisab di akhirat kelak, yang utama diteliti adalah solat fardhu. Kemudian barulah amalan dan ibadah selainnya, yang fardhu dan yang sunat. Kalau tak solat, hisaban semua amalan dan ibadah selainnya, tak berguna.
Menceritakan hadith oleh Syuib ibnu Bayan bin Ziad bin Maimun berkata: ‘Telah mengirim surat Ali ibnu Madini (i.e. ibni Abi Talib) darinya.’ Mengkhabarkan Abu Auwam hadith dari Qatadah hadith dari Hasan ibnu Ziad hadith dari Rafi’ hadith dari Abu Hurarah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya pertama-tama (ibadah dan amalan) yang dihisab (i.e. dihitung di akhirat) dengannya (i.e. amalan dan ibadah ketika di dunia) atas seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya (i.e. solat farduNya), sekiranya didapati sempurna ditulis sempurna, dan jika ada kekurangan darinya sesuatu, maka berfirman Allah (a.w): ‘Lihatlah (oleh kamu wahai malaikat yang menghisab) adakah menjumpai kamu baginya dari solat-solat sunat untuk menyempurnakan baginya (i.e. hamba) apa-apa yang mensia-siakannya dari solat fardunya dari solat-solat sunatnya (yakni, kekurangan dalam ibadah solat fardunya).’ Kemudian seluruh amalannya dihitung atas hisaban sedemikian itu.’ - Hadith an-Nasa’i.
Hadith ini memberitahu bahawa jika kita mengerjakan solat-solat sunat, pahalanya boleh menutup lompang-lompang ketidak sempurnaan solat-solat fardu kita, seumpama kurang tamaknnahnya, atau tergesa-gesa dikerjaka, dll.

Meninggalkan solat jatuh kafir

Saudara, puasa itu hanyalah mendatang ganjaran pahala kepada kita kalaulah kita patuhi ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna ‘ahdal-lazi bainana wa-bainahumus-solatu faman tarakaha faqada kafara.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya janji yang (dimeterikan) antara aku (Nabi (s.a.w)) dengan mereka (yakni, umat Islam) adalah solat fardu, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia jatuh kafir.’ - Hadith an-Nasa’i.
Jelasnya, kalau tertinggal satu solat fardu dengan sengaja, maka jatuh kafir secara otomatis. Jika dia bersolat pula pada solat yang kemudiannya pula, maka dia Islam semula. Namun, sepanjang tempoh dia tidak mengerjakan solat, maka dia sudah kafir. Maka wajib disiksa dalam neraka. Perlakuan yang bertentangan dengan Islam yang dimaafkan hanyalah dalam dua situasi: pertama, terlupa, dan kedua, tertidur (tidak sengaja). Terlupa solat atau tertidur maka luput waktu, dimaafkan tetapi wajib disolatkan ketika teringat atau ketika terjaga dari tidur.
Tidak ada ‘qada’ dalam Islam. Yang ada hanyalah kerjakan solat yang tertinggal kerana terlpa atau tertidur sebaik sahaja teringat atau terjaga dari tidur, walaupun sudah luput waktu. Contoh: Tertidur waktu Zohor, sampai luput waktu ‘Asar, maka apabila terjaga sudah masuk waktu Maghrib, wajib segera solatkan Solat Zohor dan kemudian Solat ‘Asar, walaupun waktu itu waktu Solat Maghrib, setelah selesai Solat Zohor dan Solat ‘Asar, maka solatlah Solat Maghrib. Hanya wajib diperhatikan jangan solat pada 3 waktu haram – ketika matahari tegak, ketika matahari terbit dan ketika matahri terbenam.

Jazakallahu khairah




Wednesday, June 25, 2014

Persediaan menyambut Zulhijjah, selepas Ramadhan

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita  teliti pula apakah yang kita beri keutamaan menjelang Ramadhan ini, kerana difahamkan pihak Tabung Haji akan membuat keputusan terhadap 'reserved list' untuk berpeluang mengerjakan haji dalam bulan Ramadhan ini ditentukan oleh Tabung Haji.

Mampu Kemudian Mati Tidak Mengerjakan Haji, Kafir


Saudara, ketka berakhirnya Ramadhan, umat Islam merayakan dua kejayaan, iaitu berjaya menamatkan ibadah puasa Ramadhan sebulan yang dapat membebaskan mereka dari siksaan neraka, jikalah puasanya menepati ketetapan Islam - tidak melanggar, mempersungguh beramal dengan mengamalkan amalan dan ibadah sunat, berterawih setiap malam, membaca al-Qurran, berzikir dan berdoa, berIktikaf di masjid menunggu Malam al-Qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan.  Kemudian, umat Islam menyambung pula dengan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Puasa Ramadhan yang penuh dengan ditambah Puasa Enam Hari dalam bulan Syawal, selepas 1 Syawal, memberikan pahala seumpama berpuasa setahun.
Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru Ibni Muslim al-Bahiliu, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith dari Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘Walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabila.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa diberi kekuasaan (yakni, kesempatan dan bekalan) dan kenderaan untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya (Islam) apakala mati dia maka mati dia sebagaimana (matinya) seorang Yahudi atau orang Nesrani, dan demikianlah bahawasanya Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (yakni, al-Quran): ‘wa-lillahi 'alan-nasi hijjul baiti manis-tota'a ilaihi sabilan;' (Yang bermaksud: Dan diwajibkan oleh Allah (a.w) atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya’ (Ayat 97: ali-Imran di atas yang dirujuk).) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Peringatan Allah (a.w) ini amat penting diberi perhatian. Sesiapa yang sudah sampai kemampuan untuk mengerjakan haji, tidak mengerjakannya jika ditakdirkan sampai ajalnya, mati dia, maka matinya dikira mati sebagaimana matinya seorang Yahudi atau Nesrani mati, maksudnya mati keadaan kafir.


Hendaklah Disegerakan Berhaji

Saudara, hadith pendek ini memberitahu kita bahawa sesiapa yang ingin mengerjakan haji - sudah bersedia dari segi mengadakan pebelanjaan untuk haji, perjalanan ke Mekah dan meninggalkan sekcup bekalan kepada anggota keluarga yang ditinggalkan, maka hendaklah dia segerakan berhaji.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man aradal hajja falyata’ajjal.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa hendak mengerjakan haji hendaklah disegerakan olehnya (mengerjakan haji) - Hadith Abu Daud.
Ketetapan ini sejajar dengan ketetapan dalam hadith di atas itu., ditakuti mati belum sempat mengerjakan haji.
Saudara, hari ini Tabung Haji sahaja yang memberi kebenaran untuk seseorang itu menunaikan haji. Dikawal rapi. Ada yang terpaksa tunggu 15 atau 20 tahun - ikut giliran  baru diberi laluan untuk pergi haji. Oleh itu, tidaklah  mereka berupaya walaupun sudah mampu untuk berhaji. Terlepaslah dari syarat tersebut. Namun, kita diberitahu mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala seumpama pahala haji atau pahala haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, yang mampu berhaji, tak dapat segera berhaji, pergilah umrah dalam bulan Ramadhan.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa orang Yahudi dan Nesrani berpecah menjadi 71 atau 72 golongan atau firqah dalam agama (asal) mereka, kesemuanya masuk neraka. Kerana? Orang Yahudi telah menyimpang dari ajaran Musa (a.s), dan menyimpang dari Kitab Taurat. Begitu juga orang Nesrani, mereka telah menyimpang dari ajaran Nabi Isa (a.s), dan menyimpang dari Kitab Injil. Kerana kitab-kitab agama panduan mereka sekarang ini – sama ada The Old Testament atau The New Testament atau The Bible (termasuk The Bible of St Barnabas, bukanlah Kitab Taurat atau Kitab Injil, kerana telah diubahsuai/dipinda oleh para ulama’ mereka. Maka mereka itu kafir walaupun berkerunun 'ahli kitab'. Kesemua kitab tersebut adalah cedukan dari Kitab Injil atau Kitab Taurat – yang disenangi diambil yang tidak disenangi (yang menyusahkan, ditolak atau ditinggalkan); dan ditambah pula Tuhan yang Tiga Serangkai, Jesus (kononnya Isa (a.s)) adalah anak tuhan, dan sebagainya. 


Siapakah 'ahlus sunnah wal-jama'ah'?

Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu pula bahawa apabila beliau telah wafat, umatnya (umat Islam) akan berpecah menjadi atau mengikuti 73 fahaman atau aliran Islam atau perkumpulan Islam, 72 fahaman atau aliran atau perkumpulan atau mazhab Islam masuk neraka (maksudnya, gagal mendapat syurga), walaupun mereka menyangka mereka benar-benar Islam dan hanya satu fahaman atau aliran Islam sahaja yang mendapat syurga, iaitu golongan atau fahaman atau aliran Islam yang berpandukan ‘ma ana ‘alaihi, wa-ashabi(Yang bermaksud: apa-apa yang aku (Nabi) dan para sahabatku berada atau berpegang atasnya), maksudnya al-Quran dan as-Sunnah, dan ‘wa-hiya jama’ati(Yang bermaksud: dan mereka berjema’ah dalam Islam).

Saudara, para ulama' arus perdana sering menyebutkan tentang hakikat 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Tapi, mereka silap faham. Yang benar adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) di atas itu.
Ketetapan ini sejajar dengan ketetapan dalam hadith di atas itu., ditakuti mati belum sempat kita memahami Islam yang benar itu. Islam yang benar itu adalah panduannya al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah apa yang ditulis oleh para ulama; dalam kitab-kitab mereka, kerana kebanyakan kitab karangan manusia mengandungi pendapat, pandangan dan anjuran yang menyimpang dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - maksudnya mengubah aqidah dan syariat Islam yang benar.


Jazakallahu khairah

Monday, June 23, 2014

Puasa Ramadhan: Peringatan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang telahpun kita lalaui dalam blog ini, kita tahu dan faham mengapakah bulan Ramadhan itu sentiasa dirindui oleh orang iman. Ketika berlalu Ramadhan, amak ramailah yang hiba apakah mereka akan menemui Ramadhan yang akan datang?
Sesiapa yang berjaya melaksanakan tuntuan Ramadhan yang terbaik, maka mendapat gandaan pahala tertinggi dari Allah (a.w) kerana keimanannya dan kerana harapan yang begitu tinggi inginkan pahala terbanyak, maka dia berjaya dibebaskan dari neraka dan disediakan syurga baginya. Tambahan pula bagi seorang yang diberi izin atau dikurniakan Allah (a.w) peluang menemui Malam al-Qadr, kerana keimanan dan ketaqwaan yang tinggi dan kemurniaan ibdah puasa yang begitu hebat, maka dia selamat dair neraka dan berjaya mendapat syurga.

(-) Berpuasa di Mekah dalam bulan Ramadhan

Saudara, mungkin kita tidak mencapai tahap ketaqwaan dan keimanan sedemikian. Namun, Allah (a.w) menjanjikan gandaan pahala yang jauh lebih banyak daripada 700 gandaan yang disebutkan bagi amalan di lain-lain bulan. Lebih menguntungkan lagi adalah orang yang mampu dari segi kewangan, dapat pula berpuasa Ramadhan di Mekah, menghabiskan masa yang ada sentiasa berada di Masjidil Haram mengerjakan pelbagai ibadah - mengerjakan umrah, mengerjakan tawaf sunat, mengikuti solat-solat fardu berjema'ah, solat-solat Terawih dan Solat Qiam berjema'ah, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa di dalam Kaabah, lagilah hebat tabungan pahala untuk simpanan akhiratnya, kerana setiap amalan yang dikerjakan di dalam Masjidil Haram digandakan 100,000 kali gandaan. Satu solat dikerjakan mendapat 100,000 solat yang sama. Tambahan pula kalau mengerjakan umrah - satu umrah bersamaan dengan 100,000 umrah. Malah, lebih utama dari itu, kerana diberikan ganjaran/pahala haji atau pahala haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w). Demikianlah hebatnya pahala mengerjakan amalan dan ibadah puasa Ramadhan di Mekah yang membolehkan seseorang itu mengerjakan umrah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda; ' ... fainna umratan fi ramadhana taqdhi hajjatan au hajjatan ma'iya.' (Yang bermaksud: Maka sesungguhnya umrah pada bulan Ramadhan membandingi (i.e. sama pahalanya dengan) satu haji atau satu haji bersama-samaku (Nabi) - Hadith Bukhairi, dalam Kitab Haji.
Alangkah beruntungnya orang iman yang menyempatkan masanya berada di Mekah untuk berpuasa Ramadhan dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sunat lainnya. Fikirkan dan bayangkanlah berapa banyaknya kerahmatan yang didapati oleh seseorang ketika berada di Masjidil Haram? Dalam bulan Ramadhan lebih-lebih lagi?

(-) Kefadhalan Berpuasa Ramadhan di Mekah

Saudara, bagi seorang yang berkesempatan ke Mekah dan berpuasa di sana, maka ganjaran pahala yang didapatinya bagi setiap umrah yang dikerjakannya disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari ibni Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa dia dan berdiri (yakni, solat dia Solat Terawih dll) apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis Allah (a.w) baginya 100,000 berpuasa Ramadhan di dalam apa-apa selainnya (i.e. selain Mekah); dan (kedua) ditulis Allah (a.w) baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan (ketiga) setiap siangnya menyerahkan (yakni, memberi) seekor kuda pada sabilillah (yakni, membela agama Allah (a.w); dan (keempat) pada setiap hari kebaikan dan pada setiap malamnya kebaikan (yakni, kebaikan ibadah di Masjidil Haram, iaitu gandaan pahala 100,000 pahala).’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Manasik.
Fikirkanlah, kalau saudara berada di Mekah (maksudnya, Masjidil Haram) selama sebulan = 30 hari, mampu mengerjakan umrah, katalah satu umrah setiap tiga hari, maka dapat 10 umrah, kemudian digandakan pula 10 x 100,000 umrah - demikianlah pelaburan akhirat untuknya, selain kefadhalan dia mendapat ganjaran pahala bagi setiap umrah itu seumpama pahala mengerjakan haji/mengerjakan haji bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w).

(-) Diturunkan Rahmat Di Masjidil Haram

Saudara, ada banyak gandaan pahala lain kerana mengerjakan pelbagai amalan sunat di dalam Masjidil Haram. Ini disebutkan dalam hadith berikut. Allah (a.w) menurunkan rahmatNya pada siang hari 120 rahmat dan pada malam hari 120 rahmat bagi mereka yang berada di dalam Masjidil Haram. Bertambah lagi dividen akhirat untuk kesejahteran akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith dari Auza’i dari ‘Atak dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallah ta’ala yunzilu fi kulli yaumin wa-lailatin ‘isrina wamiata rahmatin yanzilu ‘ala hazal baiti sittuna lit-toifina wa-arba’una lil musollina wa-‘isruna lin-nazirina.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah yang maha Agung menjadikan (i.e. menurunkan) bagi setiap hari dan setiap malam seratus dua puluh (100+20) kerahmatan atas masjid Baitullah ini (i.e Masjid al-Haram), 60 kerahmatan untuk orang-orang yang tawaf, 40 kerahmatan bagi orang yang bersolat dalam Baitullah dan 20 kerahmatan bagi orang yang melihat Baitullah (atau Ka’bah) (i.e. memandang ke arahnya sambil berdoa).) - Hadith Tobrani.
Saudara, 'melihat Baitullah' bermaksud  memandang kepada Kaabah sambil berdoa dan berzikir. 'Tawaf' yang dimaksudkan adalah Tawaf Sunat - mengelilingi Kaabah 7 kali dan selesai Tawaf bersolat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim.

Peringatan:
Maksiat/Kejelikan digandakan dosanya

Saudara, begitu banyaknya pulangan pahala dalam bulan Ramadhan kalaulah kita sempat dan mampu usahakan, terutama jika berada di Mekah. Tapi, sebaliknya pula, kita diingatkan bahawa dalam bulan-bulan selain Ramadhan, setiap kebaikan digandakan antara 10 - 700 gandaan, akan tetapi setiap keburukan titulis satu keburukan sahaja. Tetapi, dalam bulan ramadhan lain, setiap keburukan dan kejelikan dan kemaksiatan digandakan sama seperti gandaan pahala! Oleh itu berwaspadalah ...
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Fattaqu syahra Ramadhana fa-inna hasanati tudo’afu fihi ma la tudo’afu fima siwahu wa-kazalika saiyiatu‘. (Yang bermaksud: Maka berhati-hatilah kalian pada bulan Ramadhan, sesungguhnya kebaikan-kebaikan di bulan Ramadhan itu dilipatgandakan pada apa-apa yang tidak dilipatgandakan dalam selain bulan Ramadhan, demikian pula kejelikan-kejelikan (keburukan/kemaksatan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan) juga dilipatgandakan (dosanya)) - Hadith at-Tobrani.
Mudah-mudahan post kali ini dapat membantu saudara menjalani ibadah puasa Ramadhan secara yang terbaik - minimum dosanya dan maksimum pahalanya, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan: Peringatan (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yang lalu menyentuh tajuk ini, banyak perkara gesaan dan larangan telah kta pelajari dan, insya Allah, fahami dan jadikan panduan sepanjang Ramadhan ini. Pertama, kerana kejahilan kita tentang Islam - aqidah dan syraiatnya - kerana kita tidak mengendahkan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam banyak perkara, paliang utama mengaji atau menuntut ilmu yang pula diwajibkan atas kita supaya faham Islam yang benar itu apa? Mengamalkan syariat Islam yang tidak menepati ketetapan Allah (a.w) astilah rugi kerana segala amalan dan ibadah ditolak Allah (a.w). Kedua, jika kita berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dengan tujuan semata-mata mengharapkan pahala terbanyak dari Allah (a.w), maka di akhir Ramadhan kita dibersihkan dari dosa-dosa yang telah lalu; ketiga, kita amat rugi jikalah di akhir Ramadhan kita tidak mendapat perlepasan dari neraka kerana tidak berjaya dalam bulan Ramadhan semata-mata kerana kesalahan dan kealpaan kita; keempat, kita derhaka kepada kedua orang tua (i.e. ibu bapa) kita, maka setiap amalan dan ibadah kita ditolak oleh Allah (a.w) - tidak diterima Allah (a.w); kelima, kita mengamalkan 'bida'ah', maka batal segala amalan dan ibadah kita, tidak diterima Allah (a.w); keenam, kita menolak perintah dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan sebaliknya mempercahayai atau menganggap betul kata-kata manusia dan menidakkan sabda Rasulallah (s.a.w), maka terbatal segala amalan kita, maka masuk neraka kita kelak; ketujuh, bercengkerama suami isteri di siang hari sehingga terjadi persetubuhan yang mewajibkan kita dikenakan kifarah yang berat. Maka Walaupun, kita berjaya berpuasa baki hari-hari bulan Ramadhan tersebut, tetapi tidak dapat pembebasan yang dijanjikan oleh Allah (a.w); kedelapan, kita berpuasa tetapi kita sepanjang hari atau sebahagan hari dalam bulan Ramadhan itu mencaci, mengata, mentohmah, memfitnah, bercakap dusta/berdusta dan lain-lain perbuatan keji/jelik melalui lisan atau perbuatan/perlakuan, maka terhakis segala pahala yang termungkin dari sebarang amalan kita; kesembilan, seorang yang sengaja membatalkan puasanya atau tidak berpuasa sehari dalam bulan Ramadhan, tanpa sebab yang dibolehkan oleh Allah (a.w). Dan, banyak lagi ...

Diriwayatkan hadith daripada ‘Umarah bin ‘Umairin, hadith daripada Ibni Mutawasin, hadith daripada bapanya berkata Ibnu Kathir (juga seorang ulama’ muhadithin), hadith daripada Abi Mutawasi, daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berbuka sehari dari Ramadhan di dalam selain kemurahan atau memberi kemurahan atasnya oleh Allah (a.w) (contoh, mengikut hadith lain, orang lelaki dan perempuan yang tersangat tua, iaitu umur 60 tahun ke atas, perempuan sarat mengandung, atau perempuan yang menyusukan anaknya) tidak membayar (mengganti) daripadanya puasa sepanjang tahun! (Yang bermaksudnya, jika dia berpuasa setahun sekalipun tidak dapat mengganti dosa kerana tidak berpuasa sehari itu, atau jika pahala berpuasa setahunpun tidak cukup sebagai membayar kifarah dia berbuka atau tidak berpuasa sehari itu)’ - Hadith Abu Daud, Kitab Saum. 
Saudara, kita maklum orang yang diberi keringanan supaya tak berpuasa adalah disebutkan dalam hadith di atas itu. Jika tidak temasuk, maka tidak berpuasa melepaskan peluang tersebut!

Peluang istemewa menempah syurga
 
Saudara, kita rujuk semula kepada keistemewaan Malam al-Qadr itu, dengan meneliti semula dua potong hadith berikut:

Kefadhalan Malam Qadr 
 
Saudara, yang diharapkan oleh orang iman dalam bulan Ramadhan adalah menemui Malam al-Qadr.

Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalnahu fi lailatil-qadri @ Wama adrakama lailatul-qadri? @ Lailatul-qadr khairun min alfi syahrin @. Tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi-iznil rabbihim min kulli amrin @ Salamun hia hatta matla’il-fajr.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan (al-Quran) dalam malam qadar. Dan tahukah engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) apa itu malam qadar? Adapun malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Aku (Allah (a.w)) turunkan para malaikat dan ruh (yakni, malaikat Jibrail (a.s)) mengetuai rombongan para malaikat turun ke langit dunia) di dalamnya (malam qadar) dengan izin Tuhan mereka (yakni, Allah (a.w)) dari tiap-tiap perkara (yakni, membawa berbagai kurniaan Allah (a.w) bagi manusia yang berjaga dan beramal dan beribadat untuk mendapatkan pelbagai kurniaan dan rahmat Allah (a.w)) pada malam-malam Ramadhan. Keselamatan bagi mereka (yakni, manusia yang menemui malam Qadr itu) (para malaikat berada di bumi) sehingga terbit waktu fajr (Subuh) (apabila mereka naik semula ke langit)) - Ayat 1 hingga 5: al-Qadr.
Saudara, dalam Surah ini Allah (a.w) memberitahu kefadhalan malam al-Qadr itu. Siapa yang menemuinya pasti terlepas dari neraka dan mendapat syugra. Ini diperjelaskan lagi dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Malam al-Qadr itu tidak mudah ditemui, kecualilah kita memperbanyakkan amalan/ibadah sunat ketika siang dan malam hari Ramadhan,  melipatgandakan amalan, termasuk bersolat Terawih, beriktikaf, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa, memberi makan orang berpuasa, membanyakkan sedekah, infaq, dll.


(-) Model orang alim sebelum Islam
Keistemewaan kepada umat Muhammad (s.a.w)
 
Saudara, hari ini mungkin kita terpesona dengan kehebatan orang alim dari segi ilmunya, penampilannya serta kebijaksanaannya bercakap, sehinggakan ada orang yang tak lebih dari pakar motivasi yang mempunyai ilmu yang sedikit mengenai Islam, tetapi dapat menonjolkan dirinya seolah-lah dia orang berilmu (i.e. ulama') berakap tentang perkara agama. Malah diakui oleh masyarakat sedemikian, kerana penampilan dan penonjolan mereka. Sama seperti para artis dan penyanyi, popular dalam masyarakat, dan mendapat bayaran yang tinggi pula apabila dijemput berceramah atau menyampaikan tazkirah!
Hari ini ramai 'ulama' atau 'ilmuwan' yang memiliki ijazah yang hebat, termasuk Ph D, dan mereka menulis buku dan bercakap tentang Islam - syariat dan ketetapannya, sebagai seorang yang pakar. Malah mereka bercakap tanpa sedikitpun merujuk kepada firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w), tetapi merujuk kepada mahaguru itu dan ini, ulama' itu dan ini, seolah-olah mereka menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah dan menombor-satukan pendapat manusia. Demikianlah sinario zaman akhir ini.
Saudara, Islam mewajibkan umatnya mengaji dan belajar ilmu. Jika begitu sesiapa yang tidak belajar ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam dianggap berdoa setiap saat dan ketika! Ramai orang belajar ilmu, sehinggakan - seperti yang kita sebutkan di awal tulisan ini - ramai yang bergelar 'Dr' kerana memiliki ijazah Ph D alam disiplin agama/ilmu agama. Tapi, mereka belum tentu alim atau berilmu dalam konteks Islam. Ilmu yang diwajibkan umat Islam belajar sepenuhnya adalah 3: pertama, ilmu al-Quran - membaca, memahami dan menghafal ayat-ayat yang diperlukan untuk solat; kedua, as-Sunnah atau al-Hadith; dan ketiga, ilmu Faraid atau ilmu pembahagian harta warisan dalam Islam. Menyentuh tentang as-Sunnah itu terdapat 49 ulamak muhadithin - menulis/merakamkan hadith-hadith Rasulallah (s.a.w), yang mana 6 daripada 49 tersebut dinobatkan sebagai Kutubul Sittah atau Kitab yang Enam, yang dijadikan oleh majoriti ulama'/disepakati oleh ulama' muhadithin sebagai sahih dan sah dijadikan asas-asas hukum dalam Islam. Kitab-kitab tersebut adalah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah. Orang yang diiktiraf ulama' adalah mereka yang khattam 6 kitab ini, belajar dari guru yang juga khattam 6 kitab ini. Mereka bukan semata-mata khattam, tetapi mengamalkan apa yang mereka pelajari dan mengajarkan pula orang lain apa yang mereka pelajari tanpa menagih bayaran - itulah 'ulama' yang benar. Justeru itu, kita harus kagum dengan orang alim dan ulama' yang disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan daripada Ali bin ‘Urwat (r.a.) katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) menyebutkan (yakni, menceritakan) bahawa pada suatu hari (zaman sebelum Islam) empat orang (yang amat ‘alim) keturunan Bani Israel yang menyembah (yakni beribadat dan mengabdikan diri) kepada Allah (a.w) selama delapan puluh (80) tahun tiada sekali-kali mereka menentang (mungkar atau melakukan apa-apa maksiat atau pelanggaran, yakni dosa) walau sekelip matapun, maka menyebutkan oleh Nabi (s.a.w) akan (yang empat orang itu adalah) Ayub (a.s), dan Zakaria (a.s), dan Hizkil bin ‘Ajuz (r.h), dan Usaq bin Nun (a.s).’ Maka berkata Ali (perawi hadith ini): ‘Maka hairanlah para sahabat Rasulallah (s.a.w) daripada yang demikian itu (kerana mana mungkin mereka (yakni, para sahabat) mencapai tahap amalan begitu ‘par excellence’ selama 80 tahun).’ Maka datanglah Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w) seraya berkata: ‘Wahai Muhammad! Hairankah umat kamu daripada ibadat golongan mereka itu yang beramal selama delapan puluh tahun dan tiada mereka menentang Allah (a.w) walau sekelip matapun? Telah menurunkan oleh Allah (a.w) yang lebih baik dari itu.’ Maka membaca Jibrail (a.s) kepada Nabi (s.a.w)(Surah al-Qadr): ‘Inna anzalnahu fi lailatil Qadri, wama adrakama lailatul Qadri, lailatul Qadri khairum min alfisyahr…al-ayat.) (sambil berkata) ‘Ini lebih afdhal (yakni lebih banyak fadilatnya atau pahalanya) daripada apa yang kamu dan umat kamu hairankan itu (yakni, lebih banyak pahala dan fadilatnya dari amalan empat orang wara’ Bani Israil selama delapan puluh tahun itu).’ Maka berkata Ali (r.a): ‘Maka disenangkan (yakni, digembirakan oleh Allah (a.w)) dengan yang demikian itu oleh Allah (a.w) kepada Rasulallah (s.a.w) dan umat manusia yang beserta dengan Nabi (s.a.w) (yakni umat Islam).’ - Hadith Ibnu Khatim.
[Nota: Daripada 4 orang itu, semuanya nabi kecuali Hizkil. Keempat-empat mereka adalah orang alim zaman sebelum Islam mengikuti syariat agama Islam zaman-zaman mereka.]
Saudara, beruntunglah sesiapa yang diberikan kesempatan/izin Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr itu. Orang yang tidak tertib berpuasa atau berpuasa tetapi tidak menepati pra-syarat puasa yang dikerjakan semata-mata kerana mencari ridha Allah (a.w), tidak mengerjakan amalan-amalan sunat terutama Solat Terawih, di malam-malamnya, tidak pula menjaga mulut dan pelakuannya, tidak berIktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan di masjid/surau, sebagai contoh, pasti tidak akan menemui Malam al-Qadr itu.

(-) Doa ketika menemui al-Qadr 
 
Saudara, kalaulah ditakdirkan Allah (a.w) kita menemui malam al-Qadr itu, apakah doa yang kita perlu baca? Ini diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Kahmasi bin Hasan, hadith daripada Abdullah bin Buraidah, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah pandangan engkau jika tahu aku malam mana malam Qadar (lailatul-Qadr) itu, apakah yang aku kata (baca atau do’akan) di dalamnya?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Engkau bacalah ‘Allahumma innaka ‘afu-un karimun tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘anni’. (Maksud do’a: Ya Allah (a.w) ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau (Allah (a.w)) maka Pengampun, maha Mulia, senang (suka Engkau (Allah (a.w)) pada memberi pengampunan, maka ampunilah diriku.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Da’wat (Do’a).
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa mudah-mudahan kita boleh berpuasa sebaik mungkin Ramadhan ini demi akhirat kita, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Saturday, June 21, 2014

Puasa Ramadhan: Siapa yang berjaya?

Assalamualaikum,
Saudara, kurang lebih seminggu lagi kita akan menemui Ramadhan, bulan barokah atau yang berkat bagi umat Islam yang kental imannya - orang yang yakin sepenuhnya tentang akhirat - akur dengan Ayat 13: an-Nisa' dapat syurga, engkarkan Ayat 14: an-Nisa' pasti masuk neraka. Maka dia pilih Ayat 13: an-Nisa', Ayat 80: an-Nisa', Ayat 59: an-Nisa', Ayat 103: ali-Imran, Ayat 7: al-Haysr dll. Dan, dia benar-benar terpandu dengan apa yang telah lihat dalam beberapa post dalam blog ini, terutama tentang tajuk di atas itu.

Orang yang mendapat keuntungan besar dalam bulan Ramadhan
Saudara, siapakah antara kita, yang Islam dan beriman, amat beruntung ketika tibanya Ramadhan? Kita lihat beberapa panduan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. al-hadith) berikut:

(-) Pintu neraka dikunci & pintu syurga dibuka 
 
Saudara, orang Islam yang faham tuntutan Islam akan terpandu dengan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut: pertama, Allah (a.w) mempermudahkan hambaNya yang Islam dan beriman menunaikan puasa Ramadhan, apabila semua syaitan dan jin dihalang dan dibendung, diikat. Tapi, pengaruh dan dorongan manusia yang 'memiliki' sifat-sifat keji kesyaitanan tetap akan menggangunya dan sifat-sifat keji dalam dirinya sendiri akan mendorongnya terpesong, membuat kemaksiatan/kejahatan dalam bulan Ramadhan (a.s). Kedua, Allah (a.w) menggandakan pahala yang begitu banyak, maksud 'pintu syurga itu dibuka' kepada orang-orang Islam yang beriman, memperbanyak amalan dan ibadah tambahan dalam bulan Ramadhan.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apabila ada awal malam bulan Ramadhan disengkala (dipasung) segala syaitan dan yang buas daripada jinn. Dan dikunci akan semua pintu neraka maka tiada dibuka daripadanya satu pintupun, dan dibuka segala pintu syurga maka tidak dikunci daripadanya satu pintupun. Dan menyeru orang yang menyeru (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang menuntut (sukakan) kebajikan marilah sekelian kamu kerjakan kebajikan pada masa yang berkat ini, dan hai orang yang menuntut (sukakan) kejahatan tinggalkanlah daripada berbuat kejahatan dalam bulan yang berkat ini dan jauhkanlah (kejahatan) dan sertakanlah banyak-banyak kerja-kerja kebajikan (amal makruf) itu’. Dan bagi Allah (a.w) itu beberapa banyak pemerdekaan daripada api neraka. Dan, bermula yang demikian itu (yakni, seruan itu) berlaku ia tiap-tiap malam.’ - Hadith sahih at-Termidzi. 
Para malaikat mendoakan orang iman supaya meningkatkan amalan baik dan meninggalkan/menjauhi amalan yang maksiat dan keji.
 
(-) Malaikat di langit menggesa manusia supaya memperbanyakkan amalan kebaikan 
 
Saudara, seperti yang kita sebut sambil lalu di atas tadi, 'pintu neraka ditutup' seketat-ketatnya dan 'pintu syurga dibuka seluas-luasnya', kemudian para malaikat pula berseru kepada manusia supaya meninggalkan/menjauhkan kejahatan yang pernah/lazim mereka lakukan, dan memperbanyakkan kebaikan yang mereka lazim lakukan, atau yang mereka tahu, tapi belum pernah kerjakan, supaya mendapat gandaan pahala terbanyak dalam bulan Ramadhan, sebagai simpanan akhirat.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika ada awal malam bulan Ramadhan diikat syaitan dan jinn yang berkeliaran, dan ditutup beberapa pintu neraka maka tidak dibuka beberapa pintu neraka itu, dan dibuka beberapa pintu syurga maka tiada dikunci beberapa pintu syurga (tersebut), dan memanggil-manggil orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat di langit): ‘Hai orang-orang yang mencari kebaikan, mengadaplah (yakni, beribadatlah kepada Tuhanmu), wahai orang-orang yang mencari kejelikan atau kejahatan (yakni mengerjakan maksiat), berhentilah, dan Allah (a.w) akan memerdekakan orang-orang (yang beribadah) dimerdekakan dari neraka.’, demikianlah setiap malam (orang-orang (yakni, Malaikat) di langit akan terus menyeru) kepada manusia di bumi.’ - Hadith sahih riwayat at-Termizi, Kitabus Saum.
Saudara, bagaimanakah kita tahu bahawa para malaikat menyeru manusia yang Islam dan beriman mempersungguh?  Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita. Apakah kita yakin? Wajib yakin kerana sesiapa yang tidak terima atau menolak atau meragui sesuatu ketetapan atau kisah/cerita yang disampaikan oleh Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, al-Hadith) adalah perbuatan kufur dan pelakunya, i.e. kita jatuh kafir, wal iya zubillah!
 
(-) Gandaan Pahala puasa melebihi 700 kali gandaan
 
Saudara, dalam Islam kita diberitahu oleh al-Quran dan al-Hadith bahawa setiap kebaikan yang kita kerjakan - melalui perkataan dan perbuatan - digandakan 10 hingga 700 kali gandaan. Tetapi, dalam bulan Ramadhan, sesuatu kebaikan itu digandakan tanpa had oleh Allah (a.w). Banyak mana gandaannya? Bergantung kepada niat dan ketulus-ikhlasan seseorang itu dalam berbuat kebaikan! Maksudnya, berpuasa kerana mentaati Allah (a.w). Tepuk dada tanya hati dan iman serta ketaqwaan kita!

Diriwayatkan hadith daripada Abi Saleh hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan kebaikan dengan sepuluh seumpamanya sehingga 700 ratus gandaan atas apa-atas yang dikehendaki oleh Allah (a.w). Telah berfirman Allah (a.w): ‘Kecuali amalan puasa, maka sesungguhnya puasa bagi Aku (Allah), dan Aku (Allah) yang membalasnya dengan mereka meninggalkan syahawat mereka dan makanan mereka dari arahKu (yakni, kerana mentaatiKu). Bagi orang-orang yang berpuasa (mendapat) dua keriangan, (pertama) keriangan ketika berbuka (yakni, setiap kali berbuka dan ketika merayakan Aidil Fitri), dan (kedua) keriangan ketika menemui Tuhan mereka (di akhirat kelak, yakni mendapat syurga), dan adapun busuk bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah (a.w) daripada bau minyak kasturi (misk).’ - Hadith Qudsi Ibnu Majah, Kitab Siam.
Saudara, begitu hebatnya dan pemurahnya Allah (a.w) terhadap hambaNya. Malangnya, majoriti manusia tidak Islam, maksudnya kafir. Di kalangan yang Islam pula majoriti pula tak berjaya mendapat syurga, sama ada melakukan sesuatu yang menjadikan mereka kafir tanpa mereka ketahui atau sedar, atau sengaja menempah neraka kerana tidak mengerjakan apa yang diperintah dan lakukan apa yang ditegah atau jahil Islam, maka kesemua amalannya batil dan batal, maka tak dapat syurga. 
Menyedari hakikat dan realiti ini, kita wajib ingat. Setiap kejahatan yang kita lakukan, maka kita dibalas dengan seumpamanya dosa yang ditetapkan, tidak digandakan - dalam neraka. Dan, dalam bulan Ramadhan dosa kejahatan digandakan oleh Allah (a.w.), sama dengan gandaan pahala kerana amal soleh! Maka berwaspadalah. Setiap kejelikan dan kemaksiatan yang kita lakukan alam bulan Ramadhan, maka dipercepatkan kita menghampiri neraka atau menempatkan kita lebih terkebawah dalam kawah neraka, wal iya zubillah.

Yang berjaya dalam Ramadhan 


Saudara, alhamdulillah kita telahpun tahu ilmunya tentang puasa Ramadhan terutama ganjaran pahala/balasan dosa yang kita  ucapkan dan lakukan dalam bulan Ramadhan. Kesimpulannya, kalau kita inginkan kejayaan akhirat melalui pelaburan akhirat dalam bulan Ramadhan, kita wajib faham beberapa perkara.  

(-)  Niat yang benar

 
Saudara, niat itu utama dalam Islam. Dan, Allah (a.w) memberitahu kita niat yang benar itu adalah menepati firmanNya  pada Ayat 56: al-Isra' - 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' (Yang bermaksud: kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (yakni, inginkan syurga) dan takutkan azab Allah (a.w) (yakni, selamat dari neraka). Rasulallah (s.a.w) memberi panduan pada kita dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah daripada Abi Hurarirah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meningkatkan dalam solat malam Ramadhan dari selain apabila memerintahkan dengan menguatkan atau mempersungguh (beramal), dan bersabda: ‘Barangsiapa berdiri (solat) Ramadhan (yakni, solat Terawih) kerana keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w), mengampuni Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahulukannya dari dosa-dosanya.’ Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan adapun perkara demikian itu (yakni, bersolat terawih sedemikian) juga (yakni, kekal) zaman khalifah Omar bin Khattab (r.a) atas demikian itu (yakni, tidak difardukan dan tidak diberatkan berjemaah, yakni dibuat bersendirian dan disunatkan menjemaahkannya pada malam-malam ganjil terakhir).’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]
Saudara, orang yang berjaya itu memperbanyakkan amalan dan ibadah tambahan dalam bulan Ramadhan - Solat Terawih, Solat Witir, Solat Dhuha, Solat Taubat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, mengurangkan tidur kerana beriktikaf menunggu Lailatul-Qadr, bersedekah menjamu makan minum orang yang berpuasa, dll lagi.
 
(-) Menemui lailatul-Qadr 
 
Saudara, orang yang berusaha berIktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan mencari/mengharapkan dapat Lailatul-Qadr itu pasti berjaya mendapat syurga dan terselamat dari neraka.

Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Saudara, walau bagaimana alimnya seseorang itu sukar baginya mengerjakan amalan yang perfect serta meninggalkan sepenuhnya perbuatan berdosa selama 84 tahun 3 bulan! Malah, kini berapa ramaikan antara kita yang panjang umurnya?
 
Orang yang rugi dalam bulan Ramadhan


Saudara, kita telahpun tahu siapa yang berjaya dalam buan Ramadhan, berjaya melapaskan diri dari neraka dan mendapat syurga. Dalam hadith-hadith berikut pula kita diberitahu siapakah yang gagal dalam bulan Ramadhan - malah menambahkan dekat/hampir dia pada neraka atau bertambah pasti dia adalah ahli neraka, wal iya zubillah!

(-) Niat beramal/mengerjakan ibadah 
 
Saudara, seseorang itu pasti gagal mendapat syurga jika dia beramal dan beribadah terpesong dari niat yang benar. Ini diperjelaskan dalam al-Quran dan hadith berikut:

Firman Allah (a.w): ‘Wama liahadin ‘indahu min ni’matin tujza illabtigha-a wajhi rabbihil-‘ala.’ (Yang bermaksud: Dan apa-apa bagi seseorang di-sisiNya (Allah (a.w)) nikmat (yakni, pahala) dibalas (olehnya yang mendaat nikmat) kecuali (maksudnya, semata-mata) mencari Wajah (keridaan Allah (a.w)) Tuhan Zat Yang Maha Luhur) - Ayat 19 & 20, Surah al-Lail.
Jelasnya, niat beramal dan beribadah itu sama dengan yang disebutkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 56: an-Nisa’: ‘wa-yarjuna rahatahu wa-yakhafuna ‘azabahu’ (Yang bermaksud: dan (kerana) mencari kerahmatan Allah (a.w) (maksudnya, syurga Allah (a.w)) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (a.w) (maksudnya, neraka Allah (a.w)).

Kemudian dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memperjelaskan lagi hakikat bahawa setiap amalan dan ibadah itu wajib dimurnikan tanpa dicemari untuk diterima Allah (a.w):
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yuqbalu minal ‘amali illa ma kana lau kholisan wabtughiya bihi wajhahu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan menerima suatu amalan kecuali amalan yang dikerjakan itu murni (maksudnya, tidak dicemari oleh sesuatu apapun) dan (dikerjakan kerana) mencari wajah Alla (a.w) (yakni, kerana mengharapkan kerahmatan dan keridhaanNya semata-mata)) – Hadith an-Nasa’i, Kitab Jihad. 

Mencari wajah Allah (a.w) itu adalah mencari/mengharapkan kerahmatanNya. Tak mungkin dapat rahmat Allah (a.w) kalau tidak beramal. Tak mungkin amalan diterima jika tidak murni!

(-) Amalkan syariat Islam yang tidak murni atau asli
 
Saudara, Allah (a.w) membuat ketetapan dalam firmanNya berikut, bahawa Allah (a.w) hanya menerima sesuatu yang murni. Yang murni itu adalah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan ketetapan manusia!

Firman Allah (a.w): ‘Wama umiru illa liya’budullah mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yuktuz-zakata wazalika dinul qai-yimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidak diperintah (kalian) kecuali supaya menyembah (atau mengabdikan diri kepada) Allah (s.a.w) memurnikanNya, bagiNya agama yang condong (yakni, mempersungguhkan maksudnya mempertingkatkan ketaqwaan dan keimanan) kamu dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan demikian itu (maksud, menyembahNya secara murni, condong hati semata-mata kepada agama yang murni, bersolat, mengeluarkan zakat, adalah) agama yang tegak (yakni, betul dan haq).) - Ayat 5: al-Baiyinah.
Setiap dimensi syariat Islam itu murni jika tidak menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana, yang diharapkan oleh Allah (a.w) adalah apa yang difirmankanNya (maksudnya, yang diperintahkan/yang ditegah) dan yang disabdakan oleh UtusanNya (maksud, yang disuruh/ditegah atau dilarang) sahaja.

(-) Perbuatan maksiat dan bercakap keji, bohong, kotor dll 
 
Saudara, dalam bulan Ramadhan, ditambah pra-syarat kemurnian ibadah puasa itu berdasarkan hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan (atau percakapan) sia-sia (lagha) dan mengerjakan dengannya, maka tiada bagi Allah (a.w) berhajat bahawa dia (i.e. orang yang berpuasa itu) meninggalkan dia akan makanannya dan minumannya (yakni, berpuasa).’ - Hadith hasan sahih at-Termidzi.
Hadith di atas dan di bawah ini memberitahu kita bahawa kalau kita berpuasa Ramadhan, tapi kita melakukan kemaksiatan melalui ucapan dan perlakuan, maka tak gunalah berpuasa, kerana tidak diterima Allah (a.w).

Diriwayatkan hadith daripada Said al-Maqburiu, hadith daripada bapanya, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan pekerjaan dusta (bercakap bohong dan lain-lain yang keji) dan mengerjakan dusta dengan amalan atau bercakap dusta, maka tiada hajat Allah (a.w) di dalam apabila (mereka) meninggalkan makanan dan minuman (yakni, berpuasa).’ - Hadith Bukhari, Kitab Saum.
Tak ada gunanya berpuasa kalau kelaziman dalam bulan-bulan lain diteruskan. Artis terus menyanyi dan mendedahkan aurat mereka. Begitu juga penyanyi. Menggalakan kelekaan (i.e. lagha) di kalangan peminatnya. Tak guna berpuasa kalau terus berborak kosong diwarung dan kedai kopi atau berpoya-poya di kelab-kelab malam. Menghabiskan masa dipadang golf, berparti di hotel-hotel, dan bersembang di warung-warung, dan sebagainya.

(-) Tidak mengamalkan Islam secara berjema’ah 
 
Saudara, tiada gunanya berpuasa jika keaslian agama Islam itu tidak kita amalkan dan jadikan panduan hidup Islam yang benar, menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), seperti yang dijelaskan dalam hadith berikut:

Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yab taghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru/tersilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan (sebaliknya) sesiapa yang beramal dalam firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar (yakni, dari segi bentuk, cara dan kaedah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) tidak menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka, i.e. masuk neraka.) – Hadith at-Tobrani.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) mengulangi firman Allah (a.w) tentang kemurnian niat - Ayat 56: an-Nisa', dan kewajipan berjema'ah - Ayat 103: ali- Imran. Hakikat ini sering diremehkan dan dinombor-duakan oleh majoriti umat Islam. Maka rugilah mereka suatu kerugian yang amat besar kerana kosong catatan pahala dalam Kitab Catatan Amalannya.


(-) Mengamalkan bida’ah

Saudara, 'bida'ah' adalah suatu perkara atau kemaksiatan yang paling serius dalam Islam bagi orang yang faham Islam dan yakin dia tentang akibatnya.  Bagi mereka yang meyakini wujudnya 'bida'ah hasanah' itu, mereka tidak akan menerima ketetapan
Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarkankanlah apa-apa yang aku (sengaja) tinggalkan (yakni, yang aku Nabi (s.a.w) tidak suruh kerjakan). Maka telah rosak barangsiapa yang ada sebelum kalian (yakni, umat-umat terdahulu) kerana memperbanyakkan soal mereka itu (terhadap perintah nabi-nabi mereka) dan banyak perselisihan di kalangan mereka itu atas (apa-apa yang disampaikan oleh) nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku atas kalian dengan sesuatu maka ambillah darinya apa-apa (yang aku sampaikan) sekuat mampu kalian. Dan, ketika melarang aku atas kalian dari sesuatu maka hendaklah kalian hentikan (atau tinggalkan).- Hadith Ibnu Majah & juga Bukhari dan Muslim.
Saudara, antara larangan Rasulallah (s.a.w) adalah jangan amalkan/cemarkan syariat Islam, khususnya ibadah solat, puasa, haji dll, dengan pembaharuan atau bida'ah. Setelah diberitahu kekal atau persis tak mahu terima, maka termasuk dalam golongan orang yang disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e tidak ikuti ketetapan as-Sunnah) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ - Hadith Bukhari. 

Saudara, tak cukup dengan peringatan tersebut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu ketetapan yang amat serius dalam hadith berikut. Malangnya majoriti umat Islam 'tolak' dan sengaja menempatkan dirinya atau merizabkan tempat dalam neraka, wal iya zubillah!
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii hadith daripada Khuzaifah bin Abu Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut (yang ditarik) dari adunan (tepong) roti.’ - Hadith sahih Ibnu Majah
Sayang seribu kali sayang, majoriti umat Islam enggan terima haikat ini. Itu pilihan mereka. Allah (a.w) memberi manusia dua pilihan sahaja di akhirat - iaitu neraka atau syurga - Ayat 7: as-Syura. Yang dapat syurga pasti adalah menepati Ayat 13: an-Nisa' dan yang mendapat neraka secara pasti adalah mereka yang disebutkan pada Ayat 14: an-Nisa'. 'Mentaati Rasulallah (s.a.w)' bermaksud terima ketetapan beliau dan amalkan dan tolak tepi ketetapan manusia lain.

Mudah-mudahan saudara mendapat manfaat dari cetusan post kali ini, insya Allah. 

Jazakallahu khairah

Friday, June 20, 2014

Aidil Fitri - Sambutan kejayaan puasa Ramadhan

Assalamualaikum, 
Saudara, umat Islam yang kental imannya tahu dan faham bahawa Ramadhan membuka peluang untuknya menghakis dosa-dosanya yang terdahulu, dan kembali dalam keadaan fitrah, dan berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Oleh kerana itulah orang yang kental imannya merasa sedih dan sayu hati jika selesai Ramadhan, mereka berharap agar mereka akan menemui Ramadhan yang akan datang, tahun kemudiannya. Kerana, melalui Ramadhan itulah mereka dapat membersihkan diri mereka dan seterusnya kekal bersih dari dosa. 

Yang berjaya dalam Ramadhan

Saudara, inilah yang diberitahu oleh Rasulallah (s.aw) dalam hadith berikut. Orqng yang mampu menjaga dirinya dari melakukan sesuatu yang jelik dan maksiat pada malam dan siang Ramadhan, dan dia mempersungguh beramal seumama mengerjakan Solat Dukha di siang hari, mengerjakan Solat Terawih, menambah pula dengan qiamul-lail pada sepertiga akhir malam, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya, maka dia berkemungkinan berjaya dibebaskan dari neraka, kerana prestasi terbaik Ramadhan.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah daripada Abi Hurarirah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meningkatkan dalam solat malam Ramadhan dari selain apabila memerintahkan dengan menguatkan atau mempersungguh (beramal), dan bersabda: ‘Barangsiapa berdiri (solat) Ramadhan (yakni, solat Terawih) kerana keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w), mengampuni Allah (a.w) baginya apa-apa yang mendahulukannya dari dosa-dosanya.’ Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan adapun perkara demikian itu (yakni, bersolat terawih sedemikian) juga (yakni, kekal) zaman khalifah Omar bin Khattab (r.a) atas demikian itu (yakni, tidak difardukan dan tidak diberatkan berjemaah, yakni dibuat bersendirian dan disunatkan menjemaahkannya pada malam-malam ganjil terakhir).’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Saum.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu orang-orang yang mempersungguh meningkatkan keimanan mreka dalam bulan Ramadhan, maka dia berjaya dibebaskan oleh Allah (a.w) dari neraka.

Lailatul Qadr Kefadhalan Malam Qadr  

Saudara, antara malan yang membuktikan kita mempersungguh dalam bulan Ramadhan adalah tidak miss Solat Terawih, berjaya mengkhatamkan al-Quran, beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadhan, berjaga pula mengharapkan menemui lailatulQadr, dll amalan sunat, maka dia berjaya di akhirat.
Malam al-Qadr itu diperjelaskan oleh Allah (a.w) dalam Surah al-Qadr di bawah.
Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalnahu fi lailatil-qadri @ Wama adrakama lailatul-qadri? @ Lailatul-qadr khairun min alfi syahrin @. Tanazzalul malaikatu warruhu fiha bi-iznil rabbihim min kulli amrin @ Salamun hia hatta matla’il-fajr.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) menurunkan (al-Quran) dalam malam qadar - Ayat 1. Dan tahukah engkau (Wahai Muhammad (s.a.w)) apa itu malam qadar? - Ayat 2. Adapun malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan - Ayat 3. (Aku (Allah (a.w)) turunkan para malaikat dan Ruh (yakni, malaikat Jibrail (a.s)) mengetuai rombongan para malaikat turun ke langit dunia) di dalamnya (malam qadar) dengan izin Tuhan mereka (yakni, Allah (a.w)) dari tiap-tiap perkara (yakni, membawa berbagai kurniaan Allah (a.w) bagi manusia yang berjaga dan beramal dan beribadat untuk mendapatkan pelbagai kurniaan dan rahmat Allah (a.w)) pada malam-malam Ramadhan - Ayat 4. Keselamatan bagi mereka (yakni, manusia yang menemui malam Qadr itu) (para malaikat berada di bumi) sehingga terbit waktu fajr (Subuh) (apabila mereka naik semula ke langit)) - Ayat 5: al-Qadr. 
Saudara, sesiapa yang diberi izin oleh Allah (a.w) untuk menemui Malam al-Qadr itu, benar-benar selamat. Kerana apa? Dia diberi ganjaran pahala seumpama seorang iman yang sentiasa beramal dan beribadah secara terbaik, tanpa melakukan sebarang kekejian dan kejelikan walaupun kecil, selama 1,000 bulan (= 83 tahun 4 bulan). Dia berjaya terselamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga.
Malam al-Qadr ity diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Rasulallah (s.a.w) sesiapa yang beriman, digesa mencarinya, dan jangan melepaskan peluang untuk mencuba menemuinya dengan beriktikaf di masjid pada malam-malam 10 terakhir ramadhan, teruma malam-malam ganjil.

Diriwayatkan hadith daripada Qatadah hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Masuk Ramadhan, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya ini bulan sungguh datang pada kamu dan di dalamnya malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barangsiapa menghalanginya (yakni, orang yang sengaja tidak mau beramal dan beribadat pada malamnya), maka sungguh-sungguh dihalangi daripadanya (yakni, tidak bertemu dengan malam Qadr itu) kebaikan kesemuanya, dan tidak dihalangi kebaikan malamnya (yakni, bagi mereka yang berusaha mencarinya dengan mendirikan dan mengimarahkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan dan ibadat sunat) kecuali orang yang menghalangi malamnya (yakni, mereka yang tidak berusaha mengimarahkan malam tersebut).’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Siam.
Menceritakan hadith oleh Sufiyan yang berkata: ‘Hafaz (ingat) dia, dan sesungguhnya apa-apa yang ingat dia hadith daripada Zuhri, hadith daripada Abi Salamah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) yang berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mencari pahala di sisi Allah (a.w) diampuni (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahuluinya dari dosa-dosanya. Dan barangsiapa berdiri (yakni, bersolat) pada malam qadar (Lailatul-Qadr) dengan penuh keimanan dan kerana mencari pahala (di sisi Allah (a.w)) diampunkan (oleh Allah (a.w)) baginya apa-apa yang mendahului dari dosa-dosanya (yakni, dosa-dosanya yang terdahulu).’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih.
Saudara, ada dua kemudahan untukk berjaya dalam bulan Ramadhan mengikut ketetapan hadith di atas itu. Pertama, sesiapa yang berjaya mencapat tahap pahala terbanyak kerana puasa Ramadhannya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kerana mencari sebanyak mungkin pahala kurniaan Allah (a.w). Kedua, orang yang berjaga malam ketika Iktikaf dengan penuh keimanan dan ketaqwaan dan mencari semata-mata keridhaan Allah (a.w), maka ditemuinya Malam al-Qadr itu, maka dia juga dibebaskan dari neraka dan diberikan balasan syurga - kerana mengerjakan amal dan ibadah terbaik selama 1,000 bulan atau 83 tahun 4 bulan itu.

Bila Malam Qadr?  
Sauadara, bilakah malam al-Qadr itu terjadi? Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith berikut - iaitu pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.
Menceritakan hadith oleh Abu Suhailin hadith daripada bapanya, hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mempersungguhkanlah kamu (yakni, carilah) lailatul-Qadr (Malam Qadar) dalam hari-hari ganjil daripada kesepuluh terakhir dari bulan Ramadhan.’ - Hadith Bukhari, Kitab Solat Terawih
Antara prsiapan Rasulallah (s.a.w) ketika sampai sepuluh malam terakhir Ramadhan adalah bersiap dengan pakaian khas untuk beriktikaf di masjid:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Duha hadith daripada Masyruq hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi (s.a.w) ketika masuk malam kesepuluh (Ramadhan) mengikat kainnya (maksudnya, memakai seluar dan baju yang khusus) dan menghidupkan malamnya (qiamul-lail) dan membangunkan ahli keluarganya (untuk beribadat dan beramal).’ - Hadith Bukhari, Kitab Kefadalan Lailatul-Qadr. 
Diriwayatkan hadith daripada Hasan bin Ubaidillah berkata: ‘Aku mendengar Ibrahim berkata: ‘Mendengar aku Aswad bin Yazid berkata: ‘Berkata Aisyah (r.ah): ‘Mempersungguh (Rasulallah (s.a.w)) di dalam malam-malam kesepuluh terakhir (Ramadhan) apa-apa yang tidak mempersungguh dia di dalam lain-lain malam.’ - Hadith Muslim, Kitab I’tikaf.
Saudara, dalam hadith ini Aisyah (.ah) melapurkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mempersungguh ketika tiba 10 malam terakhir Ramadhan. Bukan bermaksud bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak mempersungguh pada hari-hari lain. Tetapi, menunjukkan bahawa beliau menambah kesungguhnnya kerana 10 malam tersebut - prestasi amlan dan ibadahnya ditingkatkan semaksimum mungkin malam-malam tersebut, sebagai mencontohkan kepada kita umatnya. Harus kita ingat bahawa Rasulallah (s.a.w) tak perlu bersusah payah beramal terbaik mungkin, kerana dosa-dosanya yang dahulu dan yang kemudian telahpun diampunkan Allah (a.w)! Tapi, membuktiken kesyukuran hamba terhadap Allah (a.w) terhadap begitu banyak dan berbagainya nikmat yang dikurniakan Allah (a.w) wajar dan wajib seorang iman itu bersyukur dan membuktikan kesyukurannya.

Jazakallahu khairah

Puasa Ramadhan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita mengenai tajuk ini, mudah-mudahan kita diberi cukup sandaran ilmu untuk menghadapi Ramadhan ini, insya Allah.

Solat Terawih
Saudara, kita diberitahu bahawa sesiapa yang mempersungguh untuk berpuasa secara terbaik, menjaga supaya pahalanya tidak berkurangan atau terhapus, memperbaiki puasanya dengan menambah amal dan ibadah sunat tambahan ketika siang dan malam dan menjauhkan diri dari pelbagai gejala yang menghapus/menghakis pahala. Antara amalan yang menambah pahala dalam bukan Ramadhan adalah mengerjakan solat-solat sunat - Solat Dhuha di siang hari, Solat Terawih di malam hari. Bagi mereka yang berada di Mekah atau Madinah -kerana umrah - menghabiskan sebanyak mungkin masa siang dan malamnya berada di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi untuk amalan sunat.
Saudara, dalam perkara Solat Terawih mungkin saudara pernah mendengar cakap-cakap para ustaz dan ulama arus perdana - bahkan menjadi kelaziman untuk mensolatkan Solat Terawih 20 rakaat kemudian disudahi dengan Solat Witir yang dibuat tiga rakaat - dua rakaat salam dan satu rakaat salam. Yng silap adalah Solat Witir apabila dibuat tiga rakaat tetapi dibuat dalam dua solat satu dua rakaat dan satu lagi satu rakaat, kerana Solat Witir itu wajib ganjil. Bagi mereka yang belajar as-Sunnah atau al-Hadith secara berguru mereka akan tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) pernah mensolatkan Solat Witir itu satu atau tiga atau lima atau tujuh rakaat, terus dan hanya membaca Tahiyat Akhir pada rakaat terakhir. Tidak ada sandaran al-Quran dan as-Sunnah bahawa Solat Witir itu dibuat 3 rakaat tetapi disolatkan dua tambah satu sebagai solat berasingan!

Terawih zaman Rasulallah (s.a.w)

 
Saudara, dalam zaman Rasulallah (s.a.w), beliau mensolatkan Solat Terawih itu di rumah - sebagaimana syariat solat sunat itu terbaik disolatkan di rumah. Namun, pada malam-malam ganjil akhir Ramadhan, Rasulallah (s.a.w) bersolat di masjid, maka seperti biasa para sahabat yang sememangnya berada di masjid mengikuti beliau sebagi makmum. Sehinggakan, mengikut hadith di bawah, semakin ramai para sahabat yang ikuti beliau, sehingga tak muat masjid. Maka Rasulallah (s.a.w) kemudiannya mensolatkannya di rumah dan bersabda kepada para  sahabat kenapa. Beliau takutkan sekiranya amalan menjema'ahkan Solat Terawih itu terus dijema'ahkan, khuatir beliau ia menjadi wajib, maka akan menyulitkan umatnya melasanakannya kelak.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab katanya memberitahu dia oleh ‘Urwat bahawasanya Aisyah (r.ah) memberitahu kepadanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) keluar malam ketika larut malam, maka bersolat dia di masjid dan solat beberapa lelaki dengan solatnya (besertanya, yakni menjadi makmum berjemaah), maka ketika paginya menceritakan mereka (kepada orang-orang lain bahawa mereka bersolat berjemaah dengan Rasulallah (s.a.w) itu). Maka berkumpullah kebanyakan dari mereka (i.e. para sahabat), maka solat mereka bersamanya, maka ketika pagi manusia (mereka) bercerita (yang mereka bersolat berserta Rasulallah (s.a.w) itu. Maka banyaklah ahli masjid pada malam ketiganya. Maka keluar Rasulallah (s.a.w) maka bersolat dia dan bersolat mereka dengannya. Maka ketika ada malam keempatnya lemah masjid (yakni, penuh sesak dengan makmum) atas ahli-ahli masjid (yakni, makmum) sehingga keluar untuk solat subuh. Maka ketika selesai solat fajr (subuh) menghadap Rasulallah (s.a.w) atas manusia (yakni, memberi nasihat), maka (setelah) memuji-memuji akan Allah (a.w), kemudian bersabda: ‘Adapun kemudian daripada itu. Maka sesungguhnya tidak menghalang atas aku tempat kamu sekelian (yakni, mengikuti solat Rasulallah (s.a.w) secara berjemaah itu), dan akan tetapi aku khuatir apabila diwajibkan atas kamu sekelian, maka lemah kamu darinya (yakni, kurang sanggup atau tidak mampu mengerjakannya secara berjemaah itu).’ Maka diwafatkan Rasulallah (s.a.w) dan perkara itu atas demikian (yakni, tinggal tidak berubah amalan memberi pilihan kepada umat Islam mengerjakan solat Terawih secara berjemaah atau bersendirian).’ - Hadith Bukhari, Kitab Terawih.
Yang penting kita faham adalah dalam hayat Rasulallah (s.a.w) ada mensolatkannya secara berjema'ah, walaupun tidak dijadikkan ketetapan yang mutlak, Solat Terawih itu dibolehkan berjema'ah atau disolatkan bersendirian. Kerana itu adalah pendustaan jika ada orang yang mengatakan bahawa mensolatkan Solat Terawih berjema'ah itu adalah suat 'bida'ah hasanah'. Yang tetapnya adalah Solat Terawih itu dibuat 4 rakaat satu salam dua solat, yakni jumlahnya 8 rakaat, tidak 20 rakaat.

Solat Terawih berjema’ah?

Saudara, kita lihat hadith ini bagaimana bermulanya amalan mensolatkan Solat Terawih itu secara berjema'ah secara lazim di bawah seorang imam yang tetap. Ini berlaku di zaman Omar (r.a).
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman Ibni Abdil Qari bahawasanya dia berkata: ‘Keluar aku beserta Omar bin Khattab (r.a) (pada masa itu, Omar menjadi khalifah, selepas meninggalnya Abu Bakar as-Siddiq (r.a)) suatu malam ke masjid, bersolat beberapa kelompok terpisah-terpisah, bersolat beberapa lelaki atas dirinya (yakni, bersendirian) dan bersolat mereka dengan solat secara berkumpulan (yakni, berjemaah), maka berkata Omar: ‘Sesungguhnya aku berpandangan seandainya dikumpulkan mereka atas satu bacaan yang satu (yakni, dikerjakan dengan dipimpin oleh seorang imam secara berjemaah) nescaya lebih utama, kemudian sengaja (Omar (r.a)) mengumpulkan atas Ubai bin Kaab (r.a) (yakni, melantik Ubai sebagai imam), kemudian keluar beserta malam yang lain dan (melihat) manusia bersolat dengan solat bacaan mereka (yakni, meneruskan amalan bersolat Terawih secara berjemaah dengan diimamkan oleh Ubai (r.a)). Berkata Omar: ‘Bida’ah kebaikan’ ini. ‘Dan yang tidur mereka darinya lebih afdhal dari yang berdiri mereka mengkehendaki akhir malam (yakni, mengerjakan solat Terawih pada sepertiga terakhir malam lebih afdhal), dan ada dikalangan manusia berdiri (yakni, bersolat) pada awal malam.’- Hadith Bukhari, Kitab Terawih
Hadith ini menjelaskan bilakah amalan bersolat terawih secara berjemaah diamalkan menjadi kebiasaan, iaitu zaman Khalifah Omar Bin Khattab (r.a) yang menyuruh orang bersolat berjemaah di belakang seorang imam yang tetap. Berbanding dengan hadith sebelumnya tidak dilarang Rasulallah (s.a.w) bersolat jemaah semasa hayatnya, tetapi dia khuatir akan menjadi fardu pula amalan sedmikian itu. Ada para ilmuan menyatakan Omar (r.a) memulakan ‘bida’ah hasanah’ itu. Sebenarnya bukan bida’ah tetapi sebahagian daripada sunnah apabila amalan khalifah ar-rasyidin al-Mahdiyin mengamalkannya. Mengikut hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripda Rabii’, dan dia itu adalah Ibnu Hirasy katanya hadith daripada Huzaifah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Mengikutilah kamu sesudahku Abu Bakar bin Siddiq (r.a) dan Omar ibnu Khattab (r.a) - Hadith at-Termidzi, Kitab Manakib (Pangkat).
Saudara, selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w), Abu Bakar as-Siddiq (r.a) diangkat secara bai'at resmi menjadi pemimpin pengganti jema'ah umat Islam, sebagai khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin pertama, kemudian apabila beliau meninggal, maka Omar b  Khattab (r.a) diangkat secara bai'at menggantikan belia sebagai khalifah ke-2. Rasulallah (s.a.w) sebelum wafat memberitahu para sahabat dan umat Islam bahawa hendaklah mereka ikuti sunnah mereka berdua. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam wajib mengikuti sunnah beliau dan sunnah 4 khalifah yang berikutnya - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali Abi Thalib, radiallahu 'anhum.

Dlam urusan Solat Terawih itu, kekal amalan Rasulallah (s.a.w) bahawa Solat Terawih itu dibuat 4 rakat dua solat, kemudian ditutup dengan Solat Witir 3 rakaat, menjadikan solat qiam itu 11 rakaat - secara berjema'ah atau secara persendirian, jika tertinggal dari jema'ah. Tidak pernah Solat Witir itu dibuat secara dua solat - satu dua rakaat dan diikuti dengan satu rakaat, disudahi dengan salam. Solat Witir itu wajib ganjil - satu atau tiga atau lima atau tujuh rakaat disudahi dengan salam. Lazimnya Rasulallah (s.a.w) membuatnya satu atau tiga rakaat satu salam.

Jazakallahu khairah