Thursday, December 29, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat permulaan solat cara Rasulallah (s.a.w) dalam beberapa post yg lalu. Rasulallah (s.a.w) berdiri solat kemudian beliau membaca Takbir (= kalimah 'Allahu Akbar'), iaitu Takbiratul Ikhram, kemudian membaca Doa Iftitah. Kita telahpun tahu Doa Iftitah yg terpendek, memadai dibaca yg pendek itu, walaupun ada Doa-doa Iftitah yg lebih panjang. Namun sah solat kalaupun membaca yg pendedk ('Allahu akbaru kabirau-wal-hamdulillahi kathirau-wa subhanallahi bukaratau wa-asila' itu). Kita juga mendapat tahu bahawa kelaziman kita di Malaysia membaca Doa Iftitah sekarang ini adalah Doa Iftitah yg dibaca Rasulallah (s.a.w) ketika bersolat sunat. Kita tidak diajarkan Doa Iftitah yg khusus untuk solat fardu. Kita juga tahu bahawa ketika Takbiratul Ikhram itu bagaimana mengangkat kedua tangan kita dan had angkatan kedua tangan. Kita juga tahu bagaimana meletakkan kedua-dua tangan kita ketika berdiri semasa membaca Doa Iftitah itu. Kemudian sebelum membaca al-Fatihah (Ummul Kitab), Rasulallah (s.a.w) tidakpun mendahului bacaan al-Fatiahnya dgn membaca kalimah 'Basmalah' dgn meguatkan suara, memadai membacanya sekadar boleh didengar oleh diri kita sendiri. Hanya bacaan al-Fatihah dikuatkan atau dikeraskan suara (secara jahar). Rasulallah (s.a.w) tidak membaca 'Basmalah' dgn menguatkan suara, sebagaimana kelaziman kita diajarkan berbuat sedemikian semenjak kecil lagi. Begitu juga, selepas selesai membaca al-Fatihah, Rasulallah (s.a.w) membaca satu surah al-Quran. Itupun tanpa menguatkan bacaan 'Basmalah', hanya menguatkan bacaan surah. Kita juga tahu bahawa ketika membaca al-Fatihah, dan surah, beliau tidak menguatkan bacaan 'Basmalah', dan beliau memulakan dgn membaca 'Alhamdulillahi rabbil 'alamin ...'
Saudara, selepas selesai membaca surah kitapun Rukuk, Iktidal dan seterusnya.

Membaca Basmalah, al-Fatihah & Surah
Kita lihat selanjutnya perlakuan Rasulallah (s.a.w) tersebut
Semua kita yang solat tahu, kerana diajarkan semenjak kecil lagi bahawa di dalam solat-solat fardu, kita membaca satu surah selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua, dan kita membaca hanya al-Fatihah sahaja pada rakaat ketiga dan ke-empat, bagi solat yang melebihi dua rakaat. Di bawah ini kita teliti nas dan dalilnya mengapa kita berbuat sedemikian:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersolat bersama-sama kami, maka membaca dia di dalam solat Zohor dan 'Asar pada rakaat kedua yang mula dengan al-Fatihah dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan kadang-kadang beliau menguatkan bacaan; dan adapun lama rakaat yang pertama dari solat Zohor dan lebih panjang dari rakaat kedua, dan demikian (jugalah) pada solat Subuh.’ [Hadith Muslim] 
Hadith di atas menjelaskan kita baca satu surah selepas al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua. Manakala hadith kedua pula memberitahu kita bahawa pada rakaat ketiga dan ke-empat hanya dibaca al-Fatihah sahaja. Jangan lupa bahawa setiap rakaat perlu dibaca al-Fatihah. Solat yg tidak dibacakan al-Fatihah setiap rakaatnya, tak sah solat tersebut.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abi Qatadah (r.a), katanya hadith daripada bapanya, bahawasanya Nabi (s.a.w) ada membaca di dalam dua rakaat yang awal dari solat Zohor dan Asar dengan al-Fatihah, dan dua surah pada kedua-dua solat tersebut; dan membaca di dalam dua rakaat yang kemudiannya (akhirnya) dengan al-Fatihah sahaja.’ [Hadith Muslim] 
Kebanyakan kita mengerjakan solat tanpa terlebih dahulu menyemak asas ilmu dan sandaran syariatnya. Oleh itu kita tidak diberitahu mengapa semasa bersolat kita hanya baca surah pada rakaat pertama dan kedua dan tidak pula rakaat-rakaat ketiga atau keempat? Melalui hadith di atas itu jelaslah kepada kita sandaran nas dan dalilnya mengikut as-Sunnah.
Saudara, melalui hadith di atas itu kita tahu bahawa pertama, dalam solat yg tiga rakaat (Solat Maghrib) atau empat rakaat (Zohor, 'Asar dan Isyak) kita tidak membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat selepas membaca al-Fatihah. Kedua, kita juga diberitahu lamanya antara dua rakaat yg pertama dgn dua rakaat selepasnya. Lama berdiri pada dua rakaat pertama adalah kira-kira dua kali lamanya berdiri pada dua rakaat kemudiannya.

Jazakallahu khairah


Tuesday, December 27, 2011

Peringatan Yg Tak Patut Dilupakan - Solat

Assalamualaikum,
saudara, sebelum kita teruskan penelitian kita secara terperinci cara dan kaedah bersolat mengikut cara Rasulallah (s.a.w), eloklah kita perhatikan betapa utama dan pentingnya solat itu kpd setiap orang yg Islam dan beriman. Supaya dgn peringatan itu tidaklah kita tergolong dari kalangan orang yg akui dirinya Islam dan beriman tetapi tidak pula mengerjakan solatnya atau mengambil ringan solatnya atau sama sekali meremehkan solatnya.
Saudara, dalam blog ini kita telahpun teliti bahawa perintah pertama kpd seseorang yg Islam itu setelah dia mengakui dalam syahadahnya  tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w) dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Hamba Allah (a.w) dan Pesuruh Allah (a.w), adalah mengerjakan solat lima waktu sehari semalam. Ibadah solat adalah amalan yg pertama disemak di akhirat kelak dan ditanyakan oleh Allah (a.w) kpd mereka yg akui dirinya Islam. [Nota: Manusia yg tidak bersyahdah adalah manusia yg tidak akui Allah (a.w) itu tuhan mereka dan Rasulallah (s.a.w) adalah Pesuruh Allah (a.w), maka ketika kiamat dunia mereka tidak perlu berkumpul di padang makhsyar untuk dihisab atau ditimbang dosa dan pahala, tetapi terus dihalau oleh malaikat ke neraka tanpa dihisab. Jelasnya ada dua ategori manusia yg tidak dihisab di akhirat kelak, iaitu orang yg tidak Islam tidak dihisab tetapi terus dicampakkan ke dalam neraka, dan orang Islam yg bersih dari dosa, maka tidak juga dihisab dan terus dimasukkan ke dalam syurga.]
Diriwayatkan hadith dari Muaz b Jabal memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Pangkal (atu tunjang) kpd semua perkara dalam Islam dan tiang kpd agama Islam adalah solat dan kemuncak kpd Islam itu adalah berjihad fi sabilillah.' [Hadith Riwayat Imam Ahmad]
Jelasnya, apapun perkara pahala dan dosa serta sah atau tidaknya segala amalan dan perbuatan dalam Islam adalah solat,. Tanpa solat segala amalan yg lainnya tidak ada gunanya, tidak ada pahala baginya atau tak dapat sebarang pahala dalam mengerjakannya, walaupun itu merupakan suatu kebaikan kpd siapapun. Maka dgn itu jika kta kafir, maka sebanyak mana sekalipun kebaikan yg kita lakukan semasa hidup kita, tidak ada pengiktirafan dari Allah (a.w). Maka nilainya zero semata-mata pada Allah (a.w). Nilai sesuatu kebaikan itu hanya wujud apabila seseorang itu Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Amr b Ash berkata pada suatu hari Nabi (s.a.w) menyebutkan tentang solaty, maka Nabi (s.a.w) bersabda kpdnya:'Barangsiapa yg menjaga solatnya maka solatnya itu menjadi cahaya dan bukti serta keselamatan pada hari kiamat bagi dirinya; dan barangsiapa yg tidak menjaga solatnya maka tiada cahaya baginya, tidak ada bukti dan tidak ada keselamatan baginya dan pada hari kiamat dia akan bersama-sama dgn Qarun, Fir'aun, Haman, dan Ubai b Khalaf.' [Hadith Imam Ahmad]
Saudara, hadith ini jelas memperingatkan kita bahawa sesiapa yg secara istiqamah menjaga solat fardunya yg lima, maka apabila kiamat dunia dia mendapat cahaya, dia mendapat bukti yang dia adalah sebenarnya Islam dan beriman, dan solatnya itu menyelamatkannya di hari perhimpunan tersebut. Jika dia akui dirinya Islam tetapi tidak bersolat atau bersolat sambil lewa atau meremehkan solatnya, maka dia tergolong dari kalangan orang-orang ternama zaman Musa (a.s) spt Qarun (saudara Nabi Musa (a.s) yg begitu kaya lebih kaya dari manusia terkaya di dunia zaman ini, yg tidak mahu mengeluarkan zakat), Fir'aun (raja Mesir zaman Musa (a.s) yg akui diinya tuhan yg ditenggelamkan di Laut Merah), Haman dan Ubai (munafiq zaman Rasulallah (s.a.w)]. Mereka adalah penghuni neraka. Jelaslah tidak menjaga solat kita tergolong orang kenamaan dalam neraka kelak! Wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith dari Jabir berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya antara seorang dan antara syirik dan kekufuran adalah meninggalkan solat.' [Hadith Muslim]
Jelasnya dalam hadith di atas yg membezakan orang yg Islam dgn orang yg syirik (i.e. menduakan Allah (a.w) dan orang yg kafir (yakni, tidak Islam) adalah meninggalkan solat. Maka dalam hadith berikut dijelaskan bahawa orang yg meninggalkan solat - walaupun satu waktu - sengan disengajakannya jatuh kafir.
Diriwayatkan hadith dari Abi Buraidah hadith dari bapanya berkata telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Janji yg ada diantara kami orang iman dan antara mereka (orang yg kafir, munafiq) adalah solat. Barangsiapa meninggalkan solatnya, maka sungguh-sungguh dia telah kafir.' [Hadith at-Termidzi]
Saudara, demikianlah beberapa peringatan kpd kita mengenai solat fardu itu. Oleh itu janganl;ah kita ringankan dan remehkan dan janganlah kita tinggalkan. Sesungguhnya tiada gunanya kita hidup di dunia - walau semewah manapun, walau setinggi manapun nikmat dunia yg kita terima dan walau sesenang manapun kita, kita hidup tak lebih dari 100 tahun, kemudian ketika mati kita kita disiksa dalam kubur selama yg berlipat ganda umur kita, dan kemudian di akhirat pula kita kekal dalam neraka selama mana pula gandaan umur kita. Sehari di akhirat itu bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia kita. Takda untungnya. Walhal, mereka yg berjaya mendapat syurga, walaupun yg termiskin di kalangan ahli syurga itu memiliki kekayaan 10 kali dunia dan memiliki isteri  'hurul-a'in' pula - sebanyak 72 orang! Tak ada nilainya dunia kalau kita benar-benar faham Islam dan yakin dgn hari akhirat.

Jazakallahu khairah

Saturday, December 24, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita lihat pula rukun atau perlakuan selanjutnya selepas selesai membaca Doa Iftitah, dan kita hendak baca al-Fatihah dan kemudian membaca suatu surah pada rakaat pertama. Soalnya: Apakah perlu baca 'Basmalah'? Dan, kalau perlu apakah kita perlu baca kuat sebagaimana kita baca al-Fatihah dan surah ketika bersolat (Maghrib, Isya' dan Subuh) [Nota: Kita baca al-Fatihah dan surah pada rakaat pertama dan kedua dalam solat fardu dgn suara kuat pada solat-solat malam sahaja, ketika bersolat Solat Zohor dan 'Asar, tak dibaca dgn kuat. Begitu juga dalam solat-solat sunat al-Fatihah dan surah tidak dibaca kuat, kecuali Solat Terawih, Solat Aid, dan Solat Gerhana Bulan, dikuatkan bacaannya], dgn kuat atau jahar? Atau, apakah perlakuan Rasulallah (s.a.w)? Itu contoh ikutan terbaik. Kita lihat seterusnya.
Memulakan al-Fatihah Dengan Basmalah
Apakah perlakuan selepas Takbiratul Ikhram, membaca Doa Iftitah? Ketika itu kita berada dalam keadaan berdiri, kedua tangan di atas bahagian antara perut dan dada, di sebelah atas pusat, dengan tangan kanan di atas tangan kiri, dengan jari-jari tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri. Kita hendaklah mula membaca al-Fatihah dan selepas al-Fatihah membaca satu surah al-Quran. Begitulah turutan semasa solat. Soalnya: Bagaimana memulakan membaca surah dalam solat?
Sebelum kita huraikan perkara ini, cuba kita bayangkan bagaimanakah amalan biasa orang Melayu ketika ini? Ada berbagai perlakuan, umumnya ada dua kategori perbuatan atau perlakuan [Nota: Dalam post ini kalimah 'Basmalah' = kalimah  'Bismillahir-rahmanir-rahim']:
§     Memulakan membaca al-Fatihah dengan didahului membaca ‘A’uzubillah…’ dan kemudian ‘Basmalah’, yakni membaca kemudian barulah dibaca al-Fatihah; atau
§     Memulakan membaca al-Fatihah dengan mendahulukan bacaan ‘Basmalah’, yakni , kemudian barulah dibaca al-Fatihah. 
Jadi ada dua variasi membaca al-Fatihah. Begitu jugalah selepas al-Fatihah, membaca satu surah al-Quran pula (rakaat pertama dan kedua), terdapat variasi perlakuan umat Islam.
Di Malaysia ini, sering kita dengar, semasa bersolat jemaah bahawa Imam dan ada juga makmum, yang bersolat berjemaah atau bersendirian, membaca al-Fatihah dengan mendahulukan membaca ‘A’uzuillah ..’ dan ‘Basmalah’, yakni versi pertama dan kedua. Versi ketiga itu tiada di Malaysia ini, tetapi biasa di Arab Saudi. Menyebut tentang perlakuan Imam di Saudi, khususnya di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, ada yang mengatakan mereka mengikuti suatu fahaman atau mazhab yang berlainan dari orang Melayu. Mereka mengikuti mazhab Wahhabi kononnya. Adakah mungkin perbezaan kerana fahaman kemazhaban? Apakah amalam mazhab? Yang pasti ada orang menyatakan bahawa di Arab Saudi mereka tidak baca sama ada ‘A’uzubillah …’ dan ‘Basmalah’, kerana mereka mengikuti ‘aliran Wahhabi’. Di Malaysia, orang Islam mengikuti mazhab as-Syafie. Yang mana betul?
Ukuran betul atausalah sesuatu perbuatan atau amalan atau ibadah itu tidak bergantung kepada ‘mazhab’, kita mazhab utama, maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita akan wujud 72 mazhab dalam Islam di akhir zaman kelak. Semuanya beramal berpandukan al-Quran dan as-Sunnah kononnya, tetapi terjerumus ke dalam neraka. Betul jika sejajar dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah.
Kita lihat ketetapan as-Sunnah, yakni perlakuan Rasulallah (s.a.w) bagaimana? Ini dijelaskan di dalam banyak hadith. Berpandukan as-Sunnah atau ilmu al-Hadith, kita dapati Rasulallah (s.a.w) tidak membaca ‘Basmalah’ atau apa-apa kalimah semasa memulakan bacaan al-Fatihah atau mana-mana surah. Melalui sumber hadith, kita dapati banyak nas dan dalil bahawa Rasulallah (s.a.w) memulakan bacaan dengan ‘Alhamdullilah’ sahaja tanpa ‘Basmalah’. Dan, tidak terdapat mana-mana hadith sahih yang menyebutkan bahawa ada kalanya Rasulallah (s.a.w) membaca al-Fatihah dengan dimulakan dengan kalimah ‘A’uzubillah ...’ atau ‘Basmalah’.
Hadith-hadith berikut menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak membaca ‘Basmalah’ apabila memulakan membaca al-Fatihah atau mana-mana surah dalam solat. Di dalam empat hadith di bawah ini jelas Rasulallah (s.a.w) memulakan bacaan al-Fatihah tanpa membaca ‘a‘uzubillah …’ ataupun ‘basmalah’, dan terus dengan  membaca ‘Alhamdulillahi rabbil ‘alamin’.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah), berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) memulakan solatnya dengan membaca 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamaiin'.’ [Hadith sahih Ibn Majah]
Hadith di atas menyebutkan bahawa Aisyah (r.ah) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak memulakan membaca al-Fatihah dengan ‘basmalah’, tetapi terus membaca ‘Alhamdulillah ...'’.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w), dan Abu Bakar (r.a) dan Omar (r.a) memulakan bacaan dalam solatnya dengan 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamiin'.’ [Hadith sahih an-Nasa’i dan Ibnu Majah]
Anas (r.a) sahabat yang akrab dengan Rasulallah (s.a.w) dan yang hidup pula zaman khalifah Abu Bakar (r.a) dan Omar ibnu Khattab (r.a), melapurkan bahawa Rasulallah (s.a.w) dan kedua-dua khalifah yang mengganti tidak membaca ‘basmalah’, apabila membaca al-Fatihah dalam solat.  Mereka terus membaca ‘Alhamdulillah ...’ sahaja. Fakta ini penting, kerana jika ‘Basmalah’ itu dibaca oleh salah seorang daripada khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin itu, maka sunnah mereka, telah diiktiraf Rasulallah (s.a.w) sebagai sebahagian daripada as-Sunnah, boleh diambil pakai. Jika Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yang empat tidak memulakan dengan ‘Basmalah’ maka jelaslah syariat solat itu tidak menyebut membaca ‘Basmalah’ apabila membaca al-Fatihah dan surah semasa solat.
Di dalam dua hadith berikut terdapat sedikit yang mengelirukan. Walaupun kedua-dua hadith diriwayatkan oleh orang yang sama, yakni Anas bin Malik (r.a), tetapi ada sedikit perbezaan. Satu hadith menyebut tidak di baca ‘basmalah’, tetapi di dalam hadith yang kedua pula, dikatakan ‘tidak menguatkan atau mengeraskan bacaan Basmalah’, seolah-olah mereka mebacanya tetapi dengan suara perlahan tidak didengar oleh orang lain. Yang mana betul?
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat kami bersama Rasulallah (s.a.w), maka tidak mendengar kami (dia) membaca  'Bismillahir-rahamanir-rahim', dan bersolat kami bersama Abu Bakar (r.a) (as-Siddiq) dan Omar (r.a) (ibni Khattab), maka tidak mendengar kami mereka membacanya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Anas (r.a), khaddam atau pembantu Nabi (s.a.w) memberitahu kita dalam hadith berikut bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak membaca ‘Basmalah’. Begitu jugalah Abu Bakar dan Omar, dua khalifah pertama Islam. Rasulallah (s.a.w) terus membaca ‘Alhamdulillah ...’ sahaja.
Diriwayatkan hadith daripada Qatadah (r.a) daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersolat aku di belakang Rasulallah (s.a.w), dan dibelakang Abu Bakar (r.a) dan di belakang Omar (r.a) dan dibelakang Othman (r.a), maka tidak mendengar aku salah seorang daripada mereka mengeraskan (atau menguatkan bacaan)  'Bismillahir-rahmanir-rahim'.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Di dalam hadith di atas itu, Anas (r.a) membertahu Rasulallah (s.a.w), Abu Bakar, Omar dan Othman (r.an), tidakpun membaca ‘Basamalah’ atau ‘A’uzubillah ...’ ketika membaca al-Fatihah dan surah. Jadi, yang sebetulnya, Anas (r.a) mungkin membuat telahan bahawa mereka, kalaupun membacanya, tidak dikeraskan, kerana tidak didengar oleh beliau yang menjadi makmum di belakang mereka yang menjadi Imam. Tatapi, kesemua hadith-hadith lain menyebutkan bahawa ‘basmalah’ tidak dibaca sama ada semasa membaca al-Fatihah ataupun surah. Jikapun dibaca, dibaca dalam hati sahaja. Membaca ‘Basmalah’ dengan kuat tiada dalam asSunnah.
[Nota: Hadith ini penting kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu yg dikatakan 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah beliau dan sunah khalifah yg empat selepas beliau. Sunnah mereka itu hendaklah dijadikan panduan dalam amalan dan ibadah dan dalam menjalani kehiudpan dunia sebagais eornag Islam].
Dua lagi hadith tambahan daripada sahabat yang lain pula menyebutkan ketentuan yang serupa, iaitu Rasulallah (s.a.w) dan khalifah selepas beliau tidak memulakan membaca al-Fatihah atau surah dengan ‘Basmalah’ dahulu. Jadi? Cara ketiga (iaitu tidak membaca ‘Basmalah’) bukanlah amalan kerana kemazhaban atau aliran Wahabi tetapi adalah ketetapan dan preskripsi as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w). Jika kita lakukan berlainan daripada perbuatan Rasulallah (s.a.w) maka kita membuat pembaharuan dalam amalan dan ibadah. 
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adalah memulakan bacaan solatnya dengan 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamiin’ [Hadith sahih Ibnu Majah].
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mughaffal (r.a), katanya daripada bapanya, kata bapanya: ‘Dan telah melihat (bapanya) seorang lelaki yang dia sangat menentang atasnya dalam Islam membuat pembaharuan daripadanya. Maka mendengar dia (bapanya) dan diperdengarkan bacaan 'Bismilahir-rahmanir-rahim’, maka berkata dia (kepada lelaki tersebut) ‘Wahai anakku, takutilah olehmu ‘pembaharuan’. Maka sesungguhnya telah bersolat aku berserta Rasulallah (s.a.w) dan beserta Abu Bakar (r.a), dan beserta Omar (r.a), dan beserta Uthman (r.a), maka tiadalah salah seorang daripada mereka itu membaca seperti engkau baca (yakni, membaca ‘Basmalah' . Maka ketika memulakan bacaan mereka, maka dibaca mereka 'Alhamdu-lillahi rabbil ‘alamiin'’. [Hadith sahih Ibnu Majah]
Yang menjadi perbezaan antara solat yang kita amalkan dengan solat yang dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) adalah membaca 'Basmalah' semasa hendak membaca al-Fatihah dan semasa hendak membaca mana-mana surah selepas al-Fatihah itu. Kita diajarkan membacanya sebelum memulakan membaca al-Fatihah. Selain itu, mungkin kita sering terjumpa jemaah yang membaca pula ‘A’uzubillah …’ selain ‘Basmalah’ sebelum memulakan membaca al-Fatihah. Jikalau kita beertanya megapa di baca, ada banyak alasan diberikan oleh para ilmuan dan ulama’ dahulu dan juga ulama’ semasa mengenai ini. Mereka memberikan penjelasan dari segi logik dan sebagainya. Mereka tidak akan menjelaskan berpandukan as-Sunnah. Kerana mengikut as-Sunnah atau al-Hadith, Rasulallah (s.a.w) tidak memulakan membaca al-Fatihah atau surah dengan ‘Basmalah’. 
Dan, hadith berikut memberikan nas dan dalil tambahan mengenai isu yang sama: iaitu, memulakan membaca al-Fatihah dengan ‘basmalah’. Sekali lagi disebutkan bahawa ‘khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin’ juga tidak memulakan bacaan ‘Basmalah’ dan terus membaca ‘Alhamdulillahi rabbil 'alamin ...’.  Enam hadith sahih di atas menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) dan tiga daripada sahabatnya (iaitu Abu Bakar, Omar dan Uthman, tidak memulakan bacaan al-Fatihahnya dengan ‘Basmalah’ apakala memulakan solatnya membaca al-Fatihah. Perawi hadith-hadith tersebut adalah sahabat rapat Rasulallah (s.a.w) dan juga tiga personaliti yang menjadi khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (iaitu Abu Bakar, Omar dan Othman) dan seorang perawi yang tetap dipercayai cakapnya oleh Islam, iaitu Aisyah, dan Anas, Abu Hurairah, Mughaffal dan Qatadah (r.an). 
Jika kita teliti pula sumber hadith lain, yakni hadith Bukhari dan Hadith Muslim, serupa juga. Cuba kita teliti beberapa hadith di bawah ini:
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘Aku bersolat bersama-sama Rasulallah (s.a.w), Abu Bakar, Omar dan Othman (r.an), maka tidak pernah aku mendengar salah seorang daripada mereka itu membaca 'Bismillahir rahmanir rahim’. [Hadith Muslim] 
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a): berkata: ‘Aku bersolat di belakang Rasullah (s.a.w), Abu Bakar, Omar, dan Othman. Kesemua mereka itu membaca  'Alhamdulillahi rabbil ‘alamin' dan tidak pernah membaca  'Bismilahhir rahmanir rahim'’, dari permulaan solat solat hingga sampai akhirnya.’ [Hadith Muslim]
Diriwayatkan hadith daripada Anas (r.a) berkata: ‘ Aku bersolat di belakang Rasulallah (s.a.w), dan Abu Bakar, dan Omar, dan Othman, maka (kesemua mereka itu) memulakan bacaan dengan 'Alhamdulillahi rabbil ‘alamin' dan tidak membaca (mereka)  'Bismillahir rahmanir rahim' dari permulaan bacaan solat dan tidak pula di akhirnya (yakni, tidak membaca dari mula sampai tamat solat).’ [Hadith Muslim]
Jika pembaca kurang selesa dengan hadith Ibnu Majah dan an-Nasai, pembaca boleh teliti, sebagaimana di atas hadith Muslim. Malah dalam hadith Bukhari dan Abu Daud pun terdapat riwayat yang sama. Apakah kesimpulan yang boleh kita ambil berpandukan as-Sunnah mengenai perkara ini: iaitu memulakan membaca al-Fatihah dan surah dengan ‘basmalah’? Kesimpulannya adalah Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin tidak membacanya. Justeru itu, sunnahnya, jangan dibaca. Tetapi, mengapakah kita di Malaysia dan beberapa Negara lain, tidak ikuti atau contohi Rasulallah (a.w), kita buat satu kelainan? Kita di Malaysia akui bahawa hadith-hadith Bukhari dan Muslim boleh dijadikan asas amalan dan ibadah? Tetapi, kita tidak akur. [Nota-1 Mengikut sepotong hadith daripada abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) berkata (yakni, membaca) selepas ‘Takbir’ (yakni, Takbiratul Ikhram dan Doa iftitah)‘A’uzubillahis sami’il alimi minasy syaitanir rajim’ [Hadith Imam Ahmad]. Para ulama’ Malaysia berpendapat ini adalah sejajar dengan firman Allah (a.w) di dalam a-Quran’ Ketika membaca al-Quran minta perlindunganlah dengan Allah (a.w) dari syaitan yang direjam’ [Ayat 98, Surah an-Nahl]. Nota-2: Ini adalah peraturan dalam mengerjakan solat. Dalam perkara-perkara lain, atau amalan-amalan lain, Allah (a.w) memerintahkan umat Islam supaya memulakan sesuatu yang baik dengan memohon perlindungan daripada Allah (a.w) daripada gangguan syaitan, yakni ‘a’uzubillah …’ serta menyebut nama Tuhan, yakni ‘Bismillah’, dan apakala hendak membaca al-Quran dimulakan dengan ‘a’uzubillah …’. Nota-3: Rujuk perkara Bid’ah yang menjelaskan akibat membuat, mengajar dan beramal dengan sesuatu yang bersifat’pembaharuan dalam syariat’ atau ‘bid’ah’ itu. Nota-4: Hanya ketetapan dalam solat. Jika membaca al-Quran hendaklah dimulakan dengan membaca ‘A’uzubillah …’ dan kemudian ‘Bismillah …’, kecuali Surah Taubah atau al-Barra’ tidak dibaca’Bismillah …’ Nota-5: Perawi-perawi hadith-hadith tersebut hidup dalam zaman rasulallah (s.a.w), Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab dan Othman ibni Affan (r.an) dan meninggal zaman Ali (r.a), maka nama Ali (r.a) tidak disebutkan.]

Jazakallahu khairah

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, setelah meneliti pergerakan - Rukun Fe'li, Rukun Qauli - ketika memulakan solat, ketika berdiri, membaca Doa Iftitah, dan kemudian membaca al-Fatihah (setiap rakaat), satu surah (bagi rakaat pertama dan kedua sahaja), Surah, kemudian kita Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk di antara Dua Sujud, membaca Tahiyat Awal (ketika duduk pada rakaat kedua bagi solat yg 3 dan 4 rakaat sahaja), Tahiyat Akhir (ketika duduuk pada rakaat kedua (Solat Subuh), rakaat ketiga (Solat Maghrib) dan rakaat ke-empat bagi solat yg 4 rakaat. Insyallah dalam post ini kita teliti seterusnya rukun fe'li dan rukun qauli solat, sementara rukun qalbinya kekal sampai selesai solat.
Membaca al-Fatihah (Wajib)
Selepas mengangkat kedua tangan ke paras kedua telinga atau paras bahu, sambil membaca Takbiratul Ikhram, membaca Doa Iftitah, maka hendaklah membaca Ummul Kitab (yakni, al-Fatihah). Membaca al-Fatihah adalah syarat wajib untuk menjadikan solat kita sah (sama ada solat fardu mahupun solat sunat). Terdapat banyak hadith menyatakan bahawa sesiapa yang bersolat tetapi tidak membaca Ummul Kitab (al-Fatihah), maka solatnya cacat, yakni tidak sah. Justeru itu, wajib diingat bersolat tanpa membaca al-Fatihah membatalkan solat kita: 
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah bin Samit (r.a) berkata hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada solat (yakni, tidak sah solat) bagi barangsiapa (yang bersolat jika) tidak membaca dengan al-Fatihah al-Quran.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Rasulallah (s.a.w) membuat ketentuan bahawa apabila bersolat wajib membaca al-Fatihah. Tanpa al-Fatihah cacat atau tidak sah solat. Al-Fatihah hendaklah dibaca pada tiap-tiap rakaat. Pada rakaat pertama dan kedua pula hendaklah dibaca satu surah selepas al-Fatihah.
Seperti dinayatakan di atas, solat kita tidak sah tanpa membaca al-Fatihah. Justeru itu, al-Fatihah itu syarat sah solat. Sekali lagi wajib kita ingat sebagai panduan kita bahawa solat tanpa al-Fatihah tidak sah. Di bawah ini dituliskan beberapa hadith yang menjadi nas dan dalil mengenai perkara ini: 
Diriwayatkan daripada ‘Ubadat bin Samit (r.a) daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Tidak sah solat itu atau tidak sempurna solat itu bagi mereka yang tiada membaca al-Fatihah.’  [Hadith hassan, sahih at-Termidzi] 
Sepotong hadith lain menyebutkan bahawa tanpa dibaca al-Fatihah itu seseorang itu bersolat tetapi tidak bersolat, yakni, tidak sah solatnya atau tidak diterima oleh Allah (a.w) solatnya:
Diriwayatkan daripada ‘Ubadat bin Samit (r.a) katanya daripada Nabi (s.a.w), telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca dengan al-Fatihah (dari al-Quran)’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Diriwayatkan hadith daripada Ubadah bin Somit (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak sah solat bagi barangsiapa yang tidak membaca Ummul Quran (yakni, al-Fatihah).’ [Hadith Muslim]
Selain utamanya al-Fatihah itu, rujuk juga pada hadith di bawah yang menyatakan bahawa sah solat bila sah wudu’nya, dan sah wudu’ (dengan niat dan) bila disebut ‘Bismillah’ ketika menyapu air ke muka atau membasuh muka (anggota wudu’ yang pertama), dan sah solat bila berselawat (yakni, membaca selawat) ke atas Nabi (s.a.w) semasa Tahiyat (Awal dan) Akhir
Diriwayatkan hadith daripada ‘Abdil Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahil bin Sa’din as-Sa’idi (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya, (kata datuknya) daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Tiada solat bagi barangsiapa yang tiada wudu’, tiada wudu’ bagi barangsiapa yang tidak membaca ‘Bismillah’ semasa berwudu’, dan tiada solat bagi barangsiapa yang tidak berselawat atas Nabi, dan tiada solat bagi orang yang tidak sukakan orang ansar.’ [Hadith  Ibnu Majah] 
Seperti yang kita telah teliti di dalam post yg lalu bahawa berwudu’ tanpa membaca ‘Bismillah’ tidak sah wudu’. Bersolat tapa membaca al-Fatihah atau Ummul Kitab tidak sah solat. Setelah Takbiratl Ikhram, membaca Doa Iftitah, kita membaca al-Fatihah dan kemudian dibaca pula satu surah. Kita akan tahu kemudian nanti bahawa bagi solat fardu, terutama apabila disolatkan secara berjemaah, Imam disuruh memendekkan surah yang dibacanya atau membaca surah-surah pendek. Jika mengerjakan solat sunat, yang seharusnya dibuat bersendirian tanpa dijemaahkan, maka hendaklah dibaca surah-surah yang panjang. Solat sunat adalah pengabdian bersendirian dan tidak dijadikan amalan berjemaah melainkan solat Aid (Fitri dan Adha) dan solat memohon hujan dan solat Jenazah. 
[Nota: Namun begitu, jika kita bersolat berjemaah, sebagai makmum kita terlupa membacanya, kita dimaafkan kerana Imam sudah membacanya bagi pihak semua jemaah. Walau bagaimanapun, membaca al-Fatihan wajiblah dibaca untuk kesempurnaan solat dan sebagai makmum dibaca sendirian tanpa dikuatkan bacaannya.]
Insya Allah, dalam post yg akan datang kita teliti pula suatu kontroversi besar dalam amalan majoriti umat Islam di malaysia, iaitu membaca kalimah 'Basmalah' (= 'Bismillahir-rahmanir-rahim') itu adalah wajib sebelum membaca al-fatihah atau surah dan apakah dibaca dgn lantang (atau Jahar) atau memadai dibaca dalam hati cukup boleh didengar oleh diri sendiri tanpa didengari oleh orang lain? Kerana ramai ulama' Malaysia menyebut apa yg menjadi amalan di Mekah dan Madinah, iaitu tidak membaca 'Basmalah' adalah fahamam fahaman Wahabbi kata mereka! Apakah benar kata mereka? Kita akan ketahui bahawa as-Sunnah menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) tak baca 'Basmalah' semasa membaca al-Fatihah dan tidak juga baca ketika membaca surah. Kalau dibacapun, dibaca tanpa kedengaran oleh orang lain, yakni dibaca dalam hati, yakni memedai boleh didengar sendiri sahaja, tidak dibaca dgn kuat sebagaimana amalan lazim sekarang di Malaysia dan di kalangan masyarakat Islam di Tenggara Asia. Justeru itu, Islam mensyaratkan 'Basmalah' boleh dibaca tanpa dikuatkan bacaannya. Itu yg benar. Jadi pandangan atau amalan majoriti umat Islam bersabit isu ini tidak sejajar dgn as-Sunnah.

Jazakallahu khairah


Friday, December 23, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah teliti bagaimana (permulaan) bersolat cara Rasulallah (s.a.w). Sejajar dgn sabda Rasulallah (s.a.w) 'Faiza qumta ilas-solati fakabbir' (Yg bermaksud: Ketika kamu berdiri untuk bersolat (dgn mamasang niat dalam hati), maka bertakbirlah (yakni, bacalah Takbiratul Ikhram' (i.e. baca 'Allahu Akbar')', sambil mengangkat kedua tangan ke atas dgn jari-jari tegak terbuka sedikit, dan kemudian meletakkan kedua-dua tangan di bahagian atas pusat, yg kanan di atas yg kiri mengikut kaedah yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), kemudian membaca Doa Iftitah.
Dalam perkara Doa Iftitah ini, semenjak kecil lagi kedua ibubapa kita ajarkan kita baca Doa Iftitah yg berbunyi: 'Allahu akbaru kabirau-wal-hamdulillahi kathirau, wa-subhanallahi bukratau wa-asila. Wajjahtu wajhiyalillazi ...' dan seterusnya. Kalau begitu bagaimana? Sahkan solat kita? Sah. Namun, anihnya mengapa kita tidak diajarkan Doa Iftitah yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) untuk solat fardu, sebaliknya diajarkan doa untuk solat sunat pula? Kedua ibubapa kita boleh dimaafkan. Tapi, kalau ustaz atau ulama' yg ajarkan begitu (dlam ceramah dan kitab tulisan mereka), mengapa? Jelaslah ada yg tak kena dalam sistem pengilmuan syariat Islam di Malaysia!
Saudara, setelah selesai Takbiratul Ikhram, sebelum membaca Doa Iftitah kita hendaklah letakkan kedua-dua tangan kita di atas bahagian perut kita. Soalnya, bagaimana caranya. Kita teliti seterusnya perlakuan Rasulallah (s.a.w) berikut.
Letak Tangan: Selepas Takbiratul Ikhram (Wajib)
Setelah mengangkat kedua tangan sehingga ke paras bahu atau ke paras telinga sambil menyebut Takbir (yakni, ‘Allahu Akbar’), kalau kita rajin perhatikan gelagat orang bersolat, kita akan dapati pula pelbagai cara dan kaedah. Ada yang meletakkan kedua-dua belah telapak tangannya yang kanan di atas yang kiri di atas dada bersetentangan dengan jantungnya. Ada yang meletakan pula herot lebih ke kiri tetapi di atas pusat. Ada, herot ke kiri sedikit tetapi di bawah pusat. Ada yang dibawah pusat. Macam-macamlah sebagaimana bermacamnya orang mengangkat tangan mereka ketika Takbiratul Ikhram! Kesemua perlakuan sedemikian adalah disebabkan oleh ajaran tok-tok guru mereka atau berpandukan pemerhatian perlakuan nenek moyang atau ibu bapa mereka. Tiada asas ilmu. Sebenarnya, as-Sunnah telah menetapkan dimana perlu diletakkan kedua-dua tangan dan bagaimana letaknya.
Mengikut as-Sunnah, kita letakkan kedua-dua tangan di bahagian atas pada pusat tetapi di bawah dada kita (yakni, bukan di atas pusat dan tidak pula di bawah pusat atau di atas dada atau di atas perut). Kedudukan tangan pula, tangan kanan di atas tangan kiri, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri, ibu jari kanan di atas dan jari-jari kanan di bahagian bawah pergelangan tangan kiri. Tangan yang dipegang sedemikian diletakkan di tengah-tengah bahagian sebelah atas pusat tetapi di bawah dada. Mengikut al-Hadith tidaklah Rasulallah (a.w) meletakkan tangan serong ke kiri sedikit atau diletak pada bahagian dada atau terkeatas sedikit supaya telapak tangan berada di atas bahagian jantung, seperti yang dibuat oleh sesetengah orang.
Rengkasnya: Dengan telapak tangan kiri terbuka diletak di antara bahagian atas pusat (bukan di atas pusat) dan di bawah dada, ditengah-tengah tubuh, sementara tangan kanan memegang tangan kiri di bahagian pergelangan tangan kiri, yakni, ibu jari di atas dan jari-jari tangan kanan di bawah, memegang tangan kiri. Kedua-dua tangan di tengah-tengah tubuh. Setelah diletakkan sedemikian, dibaca Doa Iftitah. Seperti disebutkan dalam sepotong hadith:
Menceritakan hadith kepadaku (kata ‘Asim bin Kulaibin) oleh bapanya yang berkata bahawasanya Wail bin Hujrin (r.a) mengkhabarkan kepadanya dengan berkata: ‘Berkata aku: ‘Nescaya melihat aku kepada Rasulallah (s.a.w) bagaimana dia bersolat, maka melihat aku pada Nabi (s.a.w). Maka berdiri dia, maka membaca takbir dia (yakni, Allahu Akbar), diangkatnya kedua-dua tangannya sehingga mendekati kedua-dua (jari-jari) tangannya ke paras telinganya, kemudian diletaknya tangan kanannya atas tangan kirinya di pergelangan tangannya dan lengannya, maka ketika hendak Ruku’ dia bahawasanya diangkat kedua tangannya seperti itu juga (yakni, menepati kedua telinganya)’. Berkata Wail (menyambung cakapnya): ‘Dan (semasa Ruku’) diletakkannya kedua-dua tangannya atas dua lututnya, kemudian ketika diangkatnya kepalanya (yakni, bangkit daripada Ruku’) diangkatnya kedua-dua tangannya seperti tadi itu (yakni, sehingga bersetentangan pula dengan kedua telinganya), kemudian Sujud dia menjadikan telapak tangannya dekat kedua-dua telinganya, kemudian duduk ‘iftirasy’ dia di atas kakinya yang kiri (yakni duduk untuk Tahiyat), dan meletakkan telapak tangan kiri di atas lututnya yang kiri, menjadikan lurus lengan kanan atas peha kanannya, digenggam jarinya kecuali dua jari hantu dan ibu jarinya dijadikan satu bulatan, kemudian mengangkat jari telunjuknya menggerak-gerakkannya (menggerakkan jari telunjuk)(yakni, digerakkannya naik turun).’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Hadith ini memberitahu kita perlakuan Rasulallah (s.a.w) dalam gerak geri serta kedudukan kedua-dua tangan dalam beberapa rukun fe’li (perlakuan) solat semasa solat. Selain letak kedua-dua tangan selepas Takbiratul Ikhram, ada beberapa perlakuan yang disebutkan di dalam hadith ini, iaitu:
Pertama, ketika mengangkat kedua tangannya untuk Takbiratul Ikhram, Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua-dua tangannya sambil menyebut Allahu Akbar sehingga hujung ibu jjarinya sejajar atau bertentangan dengan kedua cuping telinganya; Kedua, sebelum Rasulallah (s.a.w) membaca Doa Iftitah, setelah Takbiratul Ikhram, dia meletakkan tangan kanan atas tangan kirinya, tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri dan diletakkan kedua-dua tangan pada bahagian antara dada dan pusat dibawah dada dan di bahagian atas perut. [Nota: Inilah cara rukun fe'li ketika membaca al-Fatihah dan surah pada semua rakaat solat ketika berdiri.] Ketiga, apabila hendak Ruku’ Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua-dua tangannya, jari-jari tangannya tegak dan ibu jarinya bersetentangan dengan kedua cuping telinganya, sebagaimana mengangkat kedua tangan semasa hendak membaca Takbiratul ikhram itu, sambil bertakbir (yakni, membaca 'Allahu Akbar'). Keempat, apabila Ruku’ diletaknya kedua tangannya di atas kedua lututnya, tangan kanan atas lutut kanan dan tangan kiri atas lutut kiri, terbuka jari-jarinya (dan dalam hadith lain disebutkan beliau memandang ke arah tempat Sujudnya). Kelima, semasa duduk di antara dua Sujud diletaknya kedua tangannya, sebelah kiri terbuka diletak di atas lutut kiri dan tangan kanan digenggamnya. Keenam, semasa Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir tangan kiri atas lutut kaki kiri, manakala tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dengan digenggam jari-jarinya kecuali tiga jari, iaitu ibu jari diletakkan pada hujung jari hantu (yakni, jari sebelah jari telunjuk) dan jari telunjuk digerak-gerakkannya ke atas ke bawah semasa membaca Tahiyat.
Hadith itu memperincikan kedudukan kedua-dua tangan Rasulallah (s.a.w), semasa Takbiratul Ikhram, semasa berdiri dan membaca al-Fatihah dan surah, semasa hendak Ruku’, ketika bangun dari Ruku’, ketika Sujud, semasa duduk di antara dua Sujud dan semasa membaca Tahiyat.
Jelaslah, kalau kita mengaji ilmu as-Sunnah, amat terperinci penjelasan mengenai rukun qauli, rukun fe'li dan rukun qalbi solat itu. Tapi, hari ini ada ulama' yg menulis dalam kitabnya begini dan begitu atau berceramah tentang cara dan kaedah solat begitu dan begini, tanpa merujuk kpd ketetapan as-Sunnah. Walhal, semuanya ada dalam as-Sunnah! 
Sehubungan itu, apabila kita amat-amati perlakuan orang Islam bersolat, terdapat begitu banyak perbezaan perlakuan atau pergerakan (rukun fe’li) berbanding dengan perlakuan Rasulallah (s.a.w) mengikut hadith di atas itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa kita hendaklah: 'sollu kama ra-aitumuni usalli.' [Yg bermaksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku bersolat][Hadith Bukhari] itu. Tetapi, kerana kejahilan kita dan kerana mengikut ketetapan orang lain, maka timbullah perbezaan yang ketara dalam banyak perkara, termasuklah gerak-geri (rukun fe'li) serta bacaan (rukun qauli) dalam solat. maka batllah solat kita kerana berlainan dari cara dan kaedah solat Rasulallah (s.a.w). Rugilah kita kerana kejahilan kita atau kerana bertaklid kpd orang lain yg jahil pula!
Allah (a.w) memberitahu kita, bahawa hendaklah kita ikuti dan lakukan apa yang dibawakan atau diajarkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam perkara bersolat, seperti firman Allah (a.w) dalam ayat al-Quran berikut: 'Wama atakumur rasula fakhuzuhu’ [Yg bermaksud: Apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil] [Ayat 7, Surah al-Haysr]. Tetapi kerana kita tidak meneliti al-Quran maka kita tidak tahu perintah tersebut, atau kita tidak endahkan perintah tersebut. Kita tidak belajar ilmu al-Hadith atau as-Sunnah, maka kita tidak tahu. Sebenarnya, kesemua perincian amalan dan ibadah itu diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w), jika kita teliti dan pelajari as-Sunnah.
Apabila kita mengerjakan ibadah solat, fardu ataupun sunat, hendaklah kita perhatikan bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat. Dan, oleh kerana Rasulallah (s.a.w) tiada bersama kita sekarang, umat Islam wajar belajar mencari ilmu yang dapat menunjukkan kepada kita bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat. Apabila kita meneliti as-Sunnah atau al-Hadith, kita diberitahu secara terperinci bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat. Kita juga diperintah oleh Allah (a.w) supaya jadikan Rasulallah (s.a.w) contoh terbaik dalam semua perkara sama ada untuk dunia mahupun untuk akhirat. Apa yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) kita ambil pakai dan terima. Bukanlah kita ketepikan suruhan Rasulallah (s.aw), dan kita terima suruhan ulama’.
Mungkin kerana kita jahil. Mungkin kita diajarkan oleh para tok guru dan ulama’ tanpa merujuk kepada ketetapan syariat atau as-Sunnah (yakni, perlakuan atau perbuatan Rasulallah (s.a.w) mengikut hadith). Sekali lagi perlakuan kita mungkin menjerumuskan kita kepada perbuatan yang tergolong dalam perbuatan ‘pembaharuan dalam perkara’ atau ‘pembaharuan dalam urusan agama’ atau ‘bid’ah’. Apakah akibatnya berbuat sedemikian? Kita telahpun lihat isu ini dalam perkara bid'ah. Rengkasnya: semua amalan dan ibadah yang dibuat dan akan dibuat terbatal dan tidak diterima oleh Allah (a.w) jika dicemari bid'ah! Wajiblah kita berwaspada.
Di dalam Blog ini, peringatan ini (i.e. bid'ah jangan mencemari amalan dan ibadah kita) akan diulangi dari masa ke semasa, kerana amat kritikal umat Islam berwaspada dengan prinsip dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) ini. Kita Islam dan dikira beriman jika kita patuhi perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Kita belum Islam jika kita patuhi perintah Allah (a.w) dan tinggalkan atau buang perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Mentaati Allah(a.w) dan Rasulalalh (s.a.w) jaminannya syurga! [Nota: Inilah salah satu keistimewaan as-Sunnah. Semua perkara mengenai bacaan, dan perlakuan atau gerakgeri dalam solat diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk membolehkan kita beribadat dan beramal dengan betul.] 
Mengikut ulama’ hadith, apabila tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, dipegang tangan kiri, ibu jari sebelah atas manakala jari-jari sebelah bawah tangan kiri, bukan meletakkan tangan kanan atas tangan kiri dengan dua jari atas tangan, seperti banyak kata-kata tok guru. Bagi kita orang Melayu, mungkin pergerakan yang terakhir ini agak anih sedikit. Kita diajarkan untuk mengangkat jari telunjuk kita apabila menyebut kalimah syahadah dalam Tahiyat (Awal atau Akhir). Dalam hadith di atas Rasulallah (s.a.w) pula menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke atas ke bawah pula. Setahu kita itulah yang kita perhatikan pengikut Mazhab Hanafi atau Maliki buat semasa membaca Tahiyat, dan tidak dibuat oleh pengikut Mazhab as-Shafie! Sebenarnya, perlakuan itu bukanlah perlakuan mazhab, tetapi satu kaedah perlakuan atau perbuatan Rasulallah (s.a.w). Yang kita buat sekarang ini adalah satu kelainan berbanding dengan ketetapan as-Sunnah. Kita akan teliti sebentar lagi satu lagi kaedah letak dan pergerakan jari semasa Tahiyat (Awal dan Akhir), bila mana Rasulallah (s.a.w) mengangkat jari telunjuknya sepanjang perlakuan membaca Tahiyat itu.]

Jazakallahu khairah

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti secara terperinci bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat -'Sollu kama ra-aitumuni usolli' - dgn melihat hadith-hadith yg sahih. Kita telah mulakan dgn Takbiratul Ikhram dan cara mengangkat kedua tangan kita ke atas, sampai paras mana kita angkat tangan kita. Kita lihat pula kalimah atauy bacaan Doa Iftitah yg kita baca selepas Takbiratul Ikhram. 
Lafaz Doa Iftitah (Wajib)
Secara rengkasnya, Rasulallah (s.a.w), setelah berdiri membaca doa pendek, kemudian membaca Takbir sambil mengangkat kedua tangannya ke paras cuping telinganya atau ke paras bahunya, beliau membaca Doa Iftitah. Ini diperjelaskan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri (r.a) katanya: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) apabila bangun dia daripada tidurnya kerana hendak solat malam (solat tahajud dll) mulalah ia akan solatnya dengan mengangkat Takbiratul Ikhram kemudian daripada sudah dia takbir itu membaca dia akan Tasbih, diapun membaca Doa Iftitah. [Hadith sahih at-Termidzi]. 
Tasbih yang dimaksudkan adalah Doa Iftitah yang dibaca selepas menyebut Takbiratul Ikhram. Ada beberapa versi Doa Iftitah bagi solat fardu dan satu versi bagi solat sunat. 
Doa Iftitah Solat Fardu 
Setelah Takbiratul Ikhram, kita membaca Doa Iftitah. Inilah yang dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Jelaslah juga, doa Iftitah itu wajib dibaca mencontohi Rasulallah (s.a.w), walaupun ada ulama’ menyatakan Doa Iftitah itu sunat sahaja! Jika berpandukan as-Sunnah, Doa Iftitah itu wajib dibaca selepas Takbiratul Ikhram. Ada beberapa versi Doa Iftitah itu. Satu cara bacaannya, versi pertama ialah:
Mengikut hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) katanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berdiri seseorang lelaki itu (untuk bersolat) berniat kerana Allah (a.w) maka membaca 'Allahu Akbaru kabiira, walhamdulillahi kathira, wa subhanallahi bukratau-wa asila’ [Yg bermaksud: Allah yang mama Besar, dan sebanyak-banyak atau setinggi puji-pujian bagi Allah, dan maha suci Allah pagi dan petang] [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Cara bacaan kedua selepas mengangkat Takbiratul Ikhram, disebutkan seperti dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) memulakan solatnya dengan membaca 'Subhanakallah humma wabi hamdika, watabarak-asmuka, wa taala jadduka, wala ilaha ngairuka.' [Yg bermaksud: Setinggi-tinggi pujian kepada Allah, wahai Allah wahai Tuhan kami dan kepada Engkau kami bersyukur, maha berkat namaMu, dan maha luhur, dan tiada Tuhan melainkan Engkau jua] [Hadith Ibnu Majah]
Dan cara bacaan ketiga, setelah Takbiratul Ikhram itu, Rasulallah (s.a.w)  membaca doa Iftitah berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bertanya aku, wahai ibuku dan engkau bapaku! [Nota: Para sahabat apakala hendak bercakap dengan Rasulallah (s.a.w) selalu memuji Rasulallah dengan memulakan cakap-cakap mereka dengan ungkapan-ungkapan seumpama ini sebagai penghormatan terhadapnya] Ya Rasulallah (s.a.w)! Apakah yang engkau ucapkan dalam diam engkau antara takbir dan bacaan (surah) al-Quran?’ (yakni, apakala Nabi (s.a.w) diperhatikannya diam antara Takbiratul Ikhram dan sebelum membaca al-Fatihah itu). Maka Rasulallah (s.a.w) bersabda (menjawab pertanyaan Abu Hurairah (r.a) itu): Engkau bacalah (doa Iftitah) 'Allahumma ba’id baini wabaina khatoyaya kama ba’adta bainal masyriqi walmaghribi.  Allahumma naqini min khatoyaya kama unaqqas saubul abyadu minad-danasi. Allahummagh-silni min khatoyaya bil maai wath-thalji wa lbaradi.' [Yg bermaksud: Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau menjauhkan kesalahanku seperti Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau bersihkan (atau menjaga) seperti bersihnya pakaian (atau kain) putih dari kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh padaku dengan air dan salji daripada kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh akandikau dari kesalahan (yakni, dosa) dengan air dan salji dan embun.][Hadith sahih an-Nasa’i]
Atau cara bacaan keempat yang diriwayatkan dalam hadith lain pula menyebut bacaan doa Iftitah yang berlainan, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Jubairi bin Mut’im (r.a), katanya hadith daripada bapanya (kata bapanya): ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika masuk dalam solat (yakni, memulakan solatnya), berkata (Nabi (s.a.w) 'Allahu Akbaru kabira, Allahu Akbaru Kabira', tiga kali; 'Alhamdulillahi kathira, Alhamdulillahi kathira', tiga kali,; 'subhanallahi bukratan wa-asila', tiga kali; 'Allahumma inni a’uzubika minas-syaitanir-rajim, min hamzihi wanaf hihi wanaf syihi.'’. [Hadith sahih Ibnu Majah]
Demikianlah empat versi bacaan Doa Iftitah tersebut untuk solat fardu yang dibaca oleh Rasulallah (s.a.w). Kita boleh pilih yang mana satu untuk kita amalkan. Kita tidak boleh pilih kalimah-kalimah lain yang tidak terdapat dalam as-Sunnah. Peringatan ini penting. 
Doa Iftitah Solat Sunat
Semasa bersolat sunnat, Rasulallah (s.a.w) disebutkan dalam hadith membaca Doa Iftitah seperti berikut pula. Boleh juga dibaca dalam solat-solat fardu.  Tetapi, oleh kerana sudah ada dikhususkan bacaan Doa Iftitah bagi solat fardu itu, iaitu empat versi di atas tak perlulah ambil versi (bagi solat sunat) ini: 
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Maslamah (r.a) katanya:Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ketika berdiri solat (selepas Takbiratul Ikhram) membaca 'Allahu Akbaru. Wajjahtu wajhia lillazii fataras-samawati walardha hanifan musliman wama ana minal musrikiina, innas-solati wa nusuki wa mahyaya wa mamatii lillahi rabbil ‘alamiin, la syarika lahu wabizalika umirtu wa ana auwalul.' [Yg bermaksud: Aku menghadapkan wajahku kepada wajahmu zat yang menjadikan beberapa langit dan bumi dengan senang hati menyerah aku dan tidak ada aku dari kalangan orang yang engkar (menyekutukan Engkau), sesungguhnya solatku, dan ibadatku, dan hidupku dan matiku bagi Allah (a.w) Tuhan semesta ‘alam, tidak ada yang seumpama Engkau dan dengan demikian diperintahku dan sesungguhnya aku orang pertama dari kalangan orang Islam.] (Nota: Bagi kita ganti dengan 'minal musliminAllahumma antal maliku la-ilaha-illa anta subha-naka wabihamdika’ {yg bermaksud: Ya Allah ya Tuhan kami Engkaulah raja, tiadalah Tuhan selain Engkau, maha such Engkau dan segala-gala puji-pujian bagiMu], kemudian dia membaca al-fatihah.[Hadith an-Nasa’i]
Oleh yang demikian, terdapat empat cara bacaan Doa Iftitah itu. Salah satu boleh diguna pakai, bukan ketiga-ketiga bacaan itu dibaca. Kita boleh pilih yang mana satu mudah dihafal, maka yang itulah kita baca. Seperti dijelaskan di atas, versi diatas itu adalah Doa Iftitah bagi solat-solat sunat yang diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan ilmu yang kita pelajari ini eloklah kita ubah Doa Iftitah kita dengan menggunakan doa yang dikhususkan untuk solat fardu tersebut.
Kita diberikan pilihan antara empat versi Doa Iftitah untuk solat-solat fardu itu, bolehlah kita pakai yang mana satu. Oleh kerana sudah ada Doa Iftihah untuk solat fardu yang wajib, tidak perlu guna yang dikhususkan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk solat sunat. 
[NotaDoa Iftitah inilah yang kebanyakan orang Melayu yag Islam baca dalam semua solat. Bagaimana terjadi doa Iftitah untuk solat-solat Sunat dijadikan doa Iftitah solat fardu, wallahu ‘alam. Mungkin tidak ramai di antara kita yang tahu atau diajarkan Doa-doa Iftitah yang khusus dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) untuk solat fardu, iaitu empat versi di atas itu.] 

Jazakallahu khairah

Thursday, December 22, 2011

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara kita terus penelitian kita tentang cara Rasulallah (s.a.w) bersolat. Kita dah lihat permulaannya, iaitu kita berdiri, membaca satu atau dua doa endek/rengkas, kemudian kita berdiri, berniat dalam hati, dan mengangkat kedua tangan kita supaya hujung jari kedua tangan kita sampai ke paras bahu ATAU paras kedua cuping telinga kita sambil menyebut/membaca Takbiratul Ikhram, iaitu kalimah 'Allahu Akbar'.
Kemudian kita lihat proses seterusnya. 
 Takbiratul Ikhram (Wajib)
Apabila kita sudah bersedia, dan sesudah berdoa, dan kita berdiri tetap mengadap qiblat, hendaklah kita berniat jika belum berniat. Kita memulakan solat dengan mengangkat kedua-dua tangan dengan terbuka kesemua jari-jarinya, supaya hujung jari-jari tangan bersetentangan dgn: 
·         kedua cuping telinga; atau
·         paras bahu kita,
sambil melafazkan Allahu Akbar(yakni,‘Takbiratul Ikhram’). Ini disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Jabbar bin Wail (r.a) katanya hadith daripada bapanya berkata: ‘Sesungguhnya aku melihat Nabi (s.a.w) ketika memulakan solatnya dan menyebut ‘Allahu Akbar’ (yakni, Takbiratul Ikhram) mengangkat dia kedua-dua tangannya sehingga hampir kedua-dua ibu jari tangannya ke cuping telinganya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i] 
Hadith di atas menjelaskan bahawa ketika menyebut Takbiratul Ikhram kedua tangan diangkat dengan jari-jari terbuka dan ibu jari bersetentangan dgn cuping telinga. Bukan diangkat sesuka hati sebagaimana kita sering lihat dilakukan oleh ramai orang. Kaedahnya jelas dan tetap. Tidak ada kaedah lain selain hadith yang menyatakan bahawa diangkat kedua-dua tangan dengan jari-jari terbuka bilamana ibu jari sejajar dengan bahu. Itu versi kedua. Hanya dua cara atau versi, tidak ada versi lain. 
Diriwayatkan hadith daripada Malik bin Huiarith (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila takbir ikhram diangkatnya dua tangannya sejajar dengan dua telinganya, demikian pula ketika akan ruku’, dan apabila bangun dari ruku’ sambil membaca ‘Samiullahu liman hamidah.’ [Hadith Muslim] 
Dua hadith di atas menjelaskan kedudukan kedua tangan dan jari-jari tangan semasa mengangkatnya sambil membaca Takbiratul Ikhram, iaitu ibu jari di paras cuping telinga. Hadith kedua itu juga menyebutkan bahawa kita hendaklah angkat kedua tangan tiga kali dalam rakaat pertama: pertama, ketika Takbiratul Ikhram; kedua, ketika hendak Ruku’; dan ketiga ketika bangun dari Ruku’. Dalam, rakaat lain dua kali, iaitu ketika hendak Ruku’ dan bangun dari Ruku’. Tiga kali pula pada rakaat ketiga, iaitu sekali semasa bangun  berdiri selepas Tahiyat Awal untuk rakaat ke-3, sekali lagi semasa hendak Ruku’ dan sekali lagi ketika bangun dari Ruku’. Hadith itu juga menyebut tasbihnya ketika bangun dari Ruku’. 
Atau, mengikut hadith-hadith di bawah ini pula Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya, dengan jari-jari diluruskan, dan kedua ibu jari separas kedua bahunya: 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila memulakan solatnya diangkatkannya kedua-dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian takbir ikhram dia, demikian juga ketika akan Ruku’ dan bangkit dari Ruku’. Dan tidaklah dia mengangkat tangan ketika berdiri dari Sujud (yakni, bangun selepas Sujud kedua pada rakaat pertama/ketiga untuk rakaat kedua/keempat).’ [Hadith Muslim].
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ketika bangun untuk rakaat kedua (dan juga keempat), tidak diangkat kedua-dua tangan. Namun, kerana kejahilan, ramai umat Islam mengangkat kedua tangan bagi setiap rakaat solatnya. Jelaslah ditetapkan dalam as-Sunnah Rukun Fe'li solat itu.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) apabila masuk didalam solat mengangkat ia akan tangannya tegak segala jarinya hala kelangit dengan tiada merenggang akan dia, dan adalah diangkatnya itu membetuli (bersetentangan dengan) dua bahunya.’ [Hadith hassan at-Termidzi] 
Hadith di atas pula menjelaskan bahawa jari-jari tangan dibuka dan hendaklah tegak atau lurus. Inipun terdapat banyak perlakuan umat Islam, kita kita perhatikan perlakuan mereka yang bersolat di mana-mana. 
Daripada empat hadith di atas itu jelas bahawa ada dua cara mengangkat tangan itu, yakni, ke paras mana perlu diangkat tangan kita; iaitu: sama ada tangan diangkat dengan jari terbuka dengan ibu jari tangan diangkat sampai ke paras atau bersetentangan dengan kedua telinga; atau sama ada tangan diangkat dengan jari-jari terbuka dengan ibu jari tangan diangkat sehingga bersetentangan dengan paras bahu; dan kesemua jari hendaklah tegak dan lurus ke atas. 
Hadith yang lain daripada Abi Zubeir (r.a) menyebutkan perlakuan yang sama juga. Terdapat sepotong hadith lain menyatakan bahawa ada kalanya Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya dengan jarinya terbuka sedikit (yakni, tidak rapat) ke paras bahunya. 
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) membaca takbir (yakni, Allahu Akbar) ketika memulakan solat, ketika hendak ruku’, ketika bangkit dari ruku’ membaca samiullahu liman hamidah’ dan membaca rabbana walakal hamdu’ setelah berdiri betul. Kemudian dibacanya takbir pula apabila hendak sujud, ketika bangun dari sujud, ketika sujud yang kedua kali, ketika bangun dari sujud yang kedua dan ketika bangun dari Tahiyat Awal, demikianlah seterusnya bagi taiptiap rakaat.’ [Hadith Muslim]
Mengikut hadith-hadith tersebut di atas itu, adalah penting tidak boleh tidak mengangkat kedua-dua tangan dengan jari-jari lurus rapat atau jari-jari direnggangkan sedikit. Yang penting kedua-dua tangan diangkat semasa menyebut Takbiratul ikhran (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar’, ketika hendak Ruku’ dan ketika bangun dari Ruku’, dan ketika hendak bangun untuk rakaat ketiga). Kelima-lima hadith yang kita rujuk diatas menyebutkan bahawa mengangkat kedua-dua tangan sambil menyebut Takbir (iaitu, Allahu Akbar) itu, pada empat tempat: 
·         Semasa ‘Takbiratul Ikhram’; 
·         Ketika hendak Ruku’; 
·         Waktu bangkit dari Ruku’; dan 
·         Tatkala bangkit dari Tahiyat Awal untuk rakaat ketiga. 
Jika kita perhatikan ramai umat Islam yang mengangkat kedua-dua tangan mereka sama ada sambil lewa atau keterlaluan. 
Ada yang setakat mengangkat tidak ke paras cuping telinga ataupu ke paras bahu. Ada yang terlebih sehingga di atas kepala pula.  Kesemua perlakuan yang sedemikian adalah tidak mengikuti contoh atau perbuatan Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu mereka telah bersolat tidak mengikuti as-Sunnah seperti yang ditetapkan oleh Rasulallah ‘sollu kama ra-aitumuni usalliitu. 
Justeru itu pada permulaan solat beberapa perlakuan (rukun fe’li), penghayatan niat dan gerakhati (rukun qalbi) dan ucapan atau sebutan (rukun qauli) yang jauh berbeza daripada syariat mengikut as-Sunnah, pada ketika-ketika berikut: 
·         Melafazkan niat dengan menyebut ‘usalli …’; 
·         Mengangkat kedua tangan apabila membaca Takbiratul ikhram
·         Apabila hendak Ruku’ dan kalimah Tasbihnya; 
·         Apabila bangkit daripada Ruku’ sebelum Sujud dan kalimah Tasbihnya;
·         Apabila Sujud dan Tasbihnya; dan
·         Apabila bangun dari Sujud kedua untuk rakaat ketiga. 
[Nota: Apabila kita teliti hadith-hadith yang menyebut tentang 'pembaharuan dalam perkara agama' atau 'bid'ah', kita teliti kembali perlakuan, ucapan dan lain-lainnya, jelaslah wujud perlakuan (rukun fe’li) dan bacaan atau ucapan (rukun qauli) yang tidak diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka besar kemungkinan perlakuan dan sebutan atau ucapan sedemikian tergolong dalam ‘pembaharuan dalam urusan atau perkara ugama’ atau ‘bid’ah’. Kesemua amalan yg dicemari dgn bid'ah tidak diterima Allah (a.w), malah membahayakan aqidah kita, kerana melakukannya tiga perkara terjadi: pertama, solat kita dan segala amalan kita ditolak; kedua, kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari; dan ketiga, kita dimenjadi syirik, kerana Allah (a.w) tetapkan peraturan, kita pakai pertauran orang lain, wal iya zubillah. Jike begitu, rugilah kita selama ini solat tapi seumpama tak solat, Islam tapi sebenarnya dah kafir, dan mengharapkan syurga, dapat neraka! Oleh itu berwaspadalah.

Jazakallahu khairah

Solat Cara Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, mulai post ini kita teli secara terperinci 'Bagaimana bersolat Cara Rasulallah (s.a.w)' dgn berpandukan hadith mengenai rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'linya, insya Allah.
Solat mengikuti as-Sunnah atau cara Rasulallah (s.a.w) itu mudah. Bermula dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) ketika nak bersolat berdirilah dan sebutlah atau bacalah Takbir (i.e. Takbiratul Ikhram) : 'Wa-iza qumta ilas-solata, fakabbir'. Itu saja. Tak ada baca 'Usolli ...' dan sebagainya. Malah membaca Usolli ... itu membatalkan solat dan menjadikan kita pengikut ahli bid'ah dan terkeluar kita dari Islam tanpa kita sedari. Walaupun nampak baik membaca kalimah tersebut, namun kerana tiada dalam syariat solat maka adalah dihukumi sebagai bid'ah (= pencemaran) kpd syariat Islam.
Memulakan Solat: Doa (Sunat) 
Apabila hendak memulakan solat, Rasulallah (s.a.w) sering berdoa dahulu ketika dia berdiri di tempat solatnya. Justeru itu, mengikuti sunah, maka eloklah kita berdoa atau membaca doa semasa berdiri, sebelum memulakan solat dengan membaca Takbiratul Ikhram (yakni, Allahu Akbar ).
Antara beberapa hadith yang menyebutkan beberapa doa amalan Rasulallah (s.a.w) sebelum memulakan solat itu, ialah: 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) adapun ketika hendak memulakan solatnya membaca dia 'Subhanakal-lahumma wabihamdika, tabarakas-muka, wata’ala jadduka, wala ilahu ngairuk(-a)' [Yg bermaksud: Setinggi pujian atas Engkau, ya Allah ya Tuhan kami, dan kami bersyukur kepadaMu, maha berkat namaMu, dan maha luhur kekuasaanMu, dan tiada tuhan selain Engkau][Hadith sahih Ibnu Majah] 
Atau, membaca doa pendek berikut. Membaca doa-doa ini tidaklah wajib, tetapi kalau dibuat dapatlah kita pahala sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Jubairi bin Mut’im (r.a), hadith daripada bapanya berkata: ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika masuk dalam (yakni, hendak) solat berkata: ‘Allahu akbaru kabira (3x), Alhamdu-lillahi kathira (3x), subha-nallahi bukratau wa asila (3x). Allah-humma inni a’uzubika minasy-syaitanir rajim, min hamzihi wanafhihi wanafsihi) [Yg bermaksud kalimah:  Ya Allah ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari keinginan nafsuku dan keinginan diriku][Hadith Ibn Majah] 
Atau, setelah berdiri menghadap Qiblat, berdoa: 'Allahum-maghfirli, warhamni.' [Yg bermaksud: Ya Allah ya Tuhanku ampunilah dosaku dan Engkau (Allah) rahmatilah aku’ [Hadith Ibnu Majah]. 
Demikianlah tiga cabutan doa pendek yang dibaca Rasulallah (s.a.w) ketika berdiri hendak bersolat, iaitu sebelum memulakan solat dengan melafazkan ‘Takbiratul Ikhram’, yakni 'Allahu Akbar'. 
[Nota: Apabila membaca Takbiratul ikhram (rukun qauli) itu hendaklah beserta dengan mengangkat kedua-dua tangan kita dengan terbuka, lurus jari-jari tangan (rukun fe’li) diangkat sehingga paras bahu ATAU paras cuping telinga. Itulah dua kaedah mengangkat kedua tangan ketika membaca Allahu Akbar'. Perbuatan sedemikian itu dilakukan setiap kali hendak Rukuk, setiap kali bangun dari Rukuk, dan ketika bangun berdiri untuk rakaat ke-3 selepas Tahiyat Awal. Maksudnya, kalau diangkat kedua tangan ampai ke paras bahu hendaklah konsisten sampai ke paras bahu; kalau diangkat ke paras cuping telinga, buat semua sampai had tersebut, jangan campur adukkan.]


Jazakallahu khairah