Friday, September 30, 2011

Terkeluar dari Islam/Murtad/Kafir

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini, dan beberpa post yg akan datang, kita lihat 10 perkara atau perbuatan atau amalan yg menjerumuskan seorang yg akui dirinya Islam terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau menjadi kafir - terkadang tanpa disedari. Insya Allah, kita akan teliti dan halusi setiap satu nanti dalam post-post yg akan datang.
Seseorang itu Islam atau seorang itu masuk ke pintu agama Islam apakala dia melafazkan dua kalimah syahadah atau kalimah tauhid dgn penuh keyakinan dan keikhlasan hatinya, iaitu kalimah: Asyhadu allailaha ilallah, wa-asyhadu anna Muhammadar rasulallah (atau Muhammad 'abduhu wa-rasuluhu) (Yg bermaksud: Aku naik saksi bahawa tidak tuhan yg berhak disembah melainkan Allah (a.w); dan aku naik saksi bahawa Muhammad (s.a.w) itu adalah hamba Allah (a.w) dan PesuruhNya.) Apabila mengikrarkan sedemikian dgn penuh keyakinan kalbu, dan membuktikannya melalui amalan, maka Islamlah seseorang itu.  Tetapi pintu-pintu yg merosakkan keIslaman (nawaqidu Islami) seseorang itu amat banyak. Apabila seseorang yg Islam itu melakukan atau mengerjakan amalan-amalan tertentu, walaupun sudah Islam, akan terkeluar atau keluar dari pintu Islam, menjadi tidak Islam lagi atau murtad atau kafir.
Saudara, ada banyak faktor dan penyebab kite terkeluar dari Islam menjadi murtad atau kafir. Namun, kita lihat 10 daripada amalan atau perbuatan yg utama, yg menjerumuskan seorang yg Islam itu terkeluar dari Islam atau menjadi murtad atau kafir; iaitu berikut:
(1) Syirik dalam beribadah kpd Allah (a.w);
(2) Mengambil/menjadikan makhluk sebagai perantara untuk mendekatkan diri kpd Allah (a.w);
(3) Tidak menghukumi kafir terhadap orang-orang yg musyrik atau meragukan kekufuran mereka atau membenarkan mazhab/agama mereka;
(4) Berkeyakinan bahawa petunjuk (i.e. hidayah) selain dari Nabi Muhammad (s.a.w) lebih sempurna drp petunjuk dari Nabi dan hukum selain dari Nabi lebih baik dari hukum Nabi;
(5) Benci terhadap apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn keyakinan bahawa di dalamnya tidak ada yg menguntungkan dan tidak ada yg membawa kebahagiaan, atau menyeronokkan, meskipun orang yg berpandangan sedemikian itu mengamalkannya;
(6) Menghina atau melecehkan sesuatu dari agama Rasulallah (s.a.w) (i.e. islam) atau menghina pahala dari Allah (a.w) atau siksaNya;
(7) Mengamalkan sihir dan kedukunan (menjadi atau mengikuti dukun);
(8) Membantu orang-orang musyrik dan menolong mereka untuk mengalahkan atau mengatasi kaum Muslimin;
(9) Berkayakinan bahawa sebahagian manusia ada hak/boleh keluar dari syariat Nabi Muhammad (s.a.w) (i.e. menolak as-Sunnah); dan
(10) Berpaling dari agama Allah (a.w), tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya.
Saudara, apabila kita teliti diri kita sendiri, adakah kita termasuk atau tergolong dari salah satu golongan drp 10 yg disebutkan itu? Jika ada, maka wajiblah kita bertaubat, dan segera perbetulkan aqidah kita dan mengikis yg batil supaya kita tidaklah menjadi murtad atau kafir tanpa kita sedari.
Saudara, kita lihat satu persatu. Penyebab pertama : syirik dalam beribadah kpd Allah (subhanahu wa-taala) (s.n.w) (atau a.w). Dalam Islam 'ibadah adalah segala sesuatu yg kita lakukan yg disukai oleh Allah (a.w) dan yg diridhaiNya berupa perbuatan dan ucapan, baik yg zahir (boleh nampak atau dilihat) mahupun yg batin (i.e. yg tidak dizahirkan, hanya tersimpan dalam hati). Syirik adalah segala sesuatu yg memalingkan atau melakukan sesuatu amalan dari bermacam-macam perbuatan, kata-kata dan sebagainya yg ditujukan untuk selain dari Allah (a.w). Antara contoh-conthnya adalah:
(a) Berdoa kpd selain Allah (a.w) spt berdoa kpd jin, meminta pertolongan kpd orang yg sudah mati atau orang yg dianggap keramat dsbnya, supaya diberi kesenangan atau kemudahan untuk mengerjakan amalan dan ibadah;
(b) Rasa takut terhadap/kpd selain Allah (a.w) spt takutkan tempat-tempat tertentu yg dianggap keramat atau ada penunggu atau tempat sedemikian mendatangkan mala petaka kalau dilalui atau dilalui tanpa minta izin atau tanpa kesopanan tertentu;
(c) Mengharapkan sesuatu dari pihak lain selain Allah (a.w) iaitu mengaharapkan pertolongan jin, orang sudah mati, keramat, kubur, atau berkeyakinan melakukannya terhindar dari mala petaka, kesusahan, atau kemudaratan, maka melakukan pelbagai ritual cara duduk, cara berjalan dsbnya;
(d) Pasrah atau berserah nasib kpd selain Allah (a.w) tunduk kpd sesiapa dan apa saja kerana orang atau benda tersebut berkuasa menentukan nasib kita;
(e) Meminta pertolongan kpd sesuatu selain kpd Allah (a.w), atau meyakini ada pihak atau orang yg kononnya diberi kuasa atau mandat oleh Allah (a.w) untuk berkuasa atas sesuatu tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah;
(f) Meminta pertolongan atau perlindungan dari selain Allah (a.w) drp sesuatu kemudaratan atau kecelakaan dan sebagainya atau meminta sesuatu dari sesuatu benda atau tempat atau situasi selain Allah (a.w);
(g) Menyembelih ternakan (mengerjakan qurban) atau memberi hadiah atau persembahan kpd yg dianggap ghaib selain menyembelih kerana Allah (a.w);
(h) Bernazar kpd sesuatu atau seseorang dan tidak bernazar kpd Allah a.w) atau bersumpah selain dgn nama Allah (a.w). Kita cuba teliti satu persatu dalam post-post yg akan datang. 
Saudara, demikianlah beberapa contoh yg menjadikan seseorang itu syirik dan terkeluar dari Islam atau menjadi kafir, tanpa disedari. Malah perbuatan ini adalah dikategorikan sebagai syirik besar. Jika tidak bertaubat sampai mati, maka Allah tidak akan ampunkan dosa pelakunya, maka masuk neraka secara pasti dan kekal dalam neraka.
Firman Allah (a.w): 'Innallah la yaghfiru an(-ai) yusrika bihi wa-yaghfiru ma duna zalika liman yasya-u wa-man (-ai) yusyrik billahi faqadiftara ithman 'azima.' (Yg bermaksud:  Sesungguhnya Allah (a.w) tidak akan mengampuni apabila Dia (Allah (a.w)) disekutukan, dan Allah (a.w) mengampuni dosa selain syirik bagi siapa saja yg Dia (Allah (a.w)) kehendaki. Barangsiapa yg berbuat syirik kpd Allah (a.w)), maka sungguh-sungguh ia telah melakukan dosa yg besar.) [Ayat  48, Surah an-Nisa']
dan, orang yg syirik itu sudah pasti takkan dapat syurga, dan pasti neraka tempat tinggalnya di akhirat kelak. 
Firman Allah (a.w): 'Innahu man yuyrik billahi faqad harramallahu 'alaihil-jannata wa-makwahun-naru wa-ma liz-zolimina min ansori.' (Yg bermaksud: Bahawasanya, barangsiapa yg berbuat syirik kpd Allah (a.w), maka Allah (a.w) mengharam syurga untuknya, dan tempat tinggalnya adalah neraka. Dan, bagi orang-orang yg menganianya dirinya, tidak ada penolong bagi mereka (di akhirat kelak).) [Ayat 76, Surah al-Maidah].
[Nota: Menganianya diri = tahu tak boleh buat tapi tetap lakukan]. Saudara, syirik adalah dosa terbesar dalam sekian banyak dosa. Namun, seringkali kita terlupa atau kerana kejahilan, kita lakukannya atau tanpa kita sedari kita syirik.

Jazakallahu khairah

Tuesday, September 27, 2011

Komentar - Raja Nazrin, Ulama' dan Kongres MAINSM Pertama ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari penuh dalam akhbar Melayu, khususnya Utusan Malaysia (dulu Utusan Melayu) menuliskan beberapa pandangan pembentang kertas kerja serta pengulas kpd kertas-kertas yg dibentang dan dibincangkan dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (Pertama) KMAINSM - Pemacu Transformasi Ummah 2011.
Kongres ini rasanya berbangkit dari beberapa desakan pihak Kristian kaum pribumi Malaysia meminta kerajaan benarkan mereka gunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kpd tuhan mereka, tuhan masyarakat Kristian atau penganut ugama Kristian. Siapakah orang Kristian? Mereka adalah orang yg mengakui mengikut ugama Jesus yg mereka kata anak tuhan dalam 'Tuhan Tiga Serangkai': Jesus, Mary & the Holy Ghost atau Jesus, Mary & the Holy Father atau Spirit. Ugama mereka dikategorikan sebagai ugama Kristian - tak kiralah, ada yg Katholik, ada yg Protestant dan ada yg Prysbytarian. Kesemua ugama sedemikian itu adalah pada hakikatnya ugama yg kononnya diwarisi dari zaman Isa (a.s). Dan berdasarkan kpd Kitab Injil. Maka dgn itu mereka ingin kitab Bible itu disamatarafkan dgn Kitab Injil! Dan, tuhan mereka itu disama tarafkan dgn tuhan bagi orang Islam, yakni Allah (a.w). Mereka akui Isa (a.s) adalah Rasulallah dan dia diutus Allah (a.w) untuk membimbing manusia menganuti agama Allah (a.w) dgn berpandukan Kitab Injil. Dan, Muhammad (s.a.w) juga diutus Allah (a.w) membawa sebuah kitab ugama, iaitu Kitab al-Quran, dari tuhan yg sama katanya. Maka jika begitu, maka tuhan orang Kristian dan tuhan orang Islam adalah sama hanya yg membezakan, kata mereka, adalah zaman ajaran-ajaran tersebut bermula dan spesifikasi perinciannya yg berbeza. 
Orang Yahudi pun berkata begitu juga. Malah kata mereka mereka diberikan kitab lebih awal lagi, iaitu Kitab Taurat zaman Musa (a.s). Dan, orang Yahudi mengikuti ugama warisan Musa (a.s) dan kitab yg diwariskan kpd Musa Kitab Taurat itu. Justeru itu, tuhan ugama Yahudipun sama iaitu Allah (a.w). Maka wajarlah kalimah 'Allah' itu digunakan untuk merujuk kpd nama umum Allah (a.w)!
Saudara, yg pastinya adalah kitab Bible bukanlah Kitab Injil tetapi mengandungi sebahagian isi dan ajaran Kitab Injil. Kemungkinannya ajaran menyentuh peradaban dalam masyarakat adalah selari, tetapi dalam perkara aqidah telah diubahsuai! Demikian juga Kitab yg masyarakat Yahudi rujuk sebagai kitab suci mereka bukanlah Kitab Taurat. Seperti mana Bible merupakan kitab yg dikarang manusia berdasarkan ajaran Kitab Injil, kitab ugama Yahudi juga merupakan kitab ugama karangan orang Yahudi, yg sudah diubahsuai sebagaimana para ulama' Kristian menukar ajaran Kitab Injil menjadi Bible. Maka dgn itu, kitab-kitab ugama orang Nesrani dan Yahudi bukanlah kitab yg diturunkan oleh Allah (a.w) kpd Musa (a.s) dan Isa (a.s). Maka ugama yg dianuti oleh orang Yahudi dan Nesrani bukanlah ugama yg dibawa atau disampaikan oleh Nabi Musa (a.s) atau Nabi Isa (a.s)!
Saudara, kita yg Islam yg mempunyai ilmu yg haq - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - tahu/diberitahu bahawa - kalaupun kitab-kitab Musa (a.s) i.e. Taurat, dan Kitab Isa (a.s) masih wujud dan dijadikan amalan dan ibadah bangsa Yahudi dan kaum Nesrani sekarang ini, kekal mereka bukan Islam. Mereka kekal kafir. Allah (a.w) tetapkan apakala tiba Utusan baru atau Rasul yg diutus Allah (a.w) untuk membawakan dan mengajarkan serta memandu pengabdian manusia terhadap tuhan mereka, Allah (a.w), dengan kitab baru dan Rasul baru, maka sesiapa yg beriman dan beramal dgn bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal dgn aqidah dan syariat yg terdahulu itu, secara otomatis terbatal (superceded, kalau ikut istilah perundangan).Jelasnya, kalaupun Kitab Taurat masih menjadi panduan amalan dan ibadah segolongan manusia zaman ini, dan begitu jugalah, kalaulah ada Kitab Injil dan masih kekal diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia,  tetap mereka tidak boleh merujuk kpd tuhan mereka sebagai Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) perintahkan manusia apakala diutus Rasul yg baru dgn kitab panduan yg baru, kitab yg dahulu itu terbatal dan syariatnya dijumudkan dan syariat baru dijadikan panduan dan Rasul itu adalah pemimpin ummah yg hak. Mereka yg kekal dgn amalan yg sudahpun diganti dan dijumudkan menolak ketetapan Allah (a.w), maka mereka telah mengingkari Allah (a.w). Maka dgn itu mereka secara sedar atau tak sedar atau secara langsung atau tidak langsung bertuhankan suatu 'being' selain Allah (a.w). Maka tidak wajar mereka letakkan panggilan 'Allah' kpd tuhan mereka.
Saudara, dalam blog ini tidak lama dulu penulis telah komen atas hujjah yg sama. Allah (a.w) adalah nama rujukan Tuhan umat Islam yg Esa - kerana itulah nama yg Allah (a.w) berikan kpd diriNya sendiri. Dia tuhan yg Esa. kalau tuhan yg tidak esa diberi nama Allah (a.w) tidak wajar sama sekali. Kalau tak ikuti syiar atau syariat Islam, walaupun mungkin Yahudi percayakan satu tuhan, namun mereka engkarkan perintah Allah (a.w) supaya berpindah kpd syariat ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) berpandukan Kitab al-Quran. [Nota: Yahudi sendiri syirik, menduakan tuhan mereka, apabila mereka mengangkat pertabat Uzir sebagai anak Allah (a.w) zaman selepas Musa (a.s)]. Jika tidak ikuti syariat yg baru, mereka tergolong orang yg kafir. Orang kafir tidak berhak gelarkan atau namakan tuhan mereka Allah (a.w). 
Dalam pada itu ilmuwan dan pemimpin ugama Yahudi dan Nesrani pula, kerana tujuan-tujuan strategik mereka sendiri, telah mengubah apa yg disampaikan melalui Kitab Taurat dan Kitan Injil. Dan, mereka mengagungkan ugama yg mereka ubahsuai tersebut. 
Hari ini perkara yg sama akan terjadi kpd umat Islam, apabila mereka tidak lagi berpegang kpd dan berpedomankan ajaran al-Quran dan as-Sunnah, tetapi sebaliknya, mereka gunakan kitab-kitab karangan ulama' sebagai panduan ugamanya. Suatu hari akan timbul dakwaan seorang yg pintar lagi bijak bahawa tak perlu beragama dgn merujuk kpd al-Quran dan al-Hadith, memadai orang Melayu berpandukan kitabnya lebih mudah menjadi Islam dan mudah difaham ajarannya! Mungkin, akan wujudlah ugama 'Salam' atau 'Salim' dan tidak lagi 'Islam'! Ini akan berlaku apabila semakin ramai umat Islam yg jahilkan al-Quran dan as-Sunnah, sudahlah jahil tak mahu mendengar nasihat dan tidak mahu dinasihati, dan tidak mau diajak mengaji atau belajar al-Quran dan as-Sunnah...Ini juga berlaku apabila para ulama' dan ilmuwan Islam tidak lagi mengutamakan pengajian al-Quran dan as-Sunnah, lebih-lebih lagi apakala mereka silap atau salahtafsirkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kerana mereka dapati menyekat kemodenan dan temadun keduniaan yg hebat kini!
Hari ini umat Islam begitu lemah. Umat Islam begitu diselimuti oleh keduniaan, sehingga mereka lupa Allah (a.w). Kalau mereka ingatpun, mereka tak kerjakan apa yg mereka wajib kerjakan - tanggungjawab Ayat 56, Surah az-Zariat dan banyak lagi. Orang-orang yg tidak kerjakan ketetapan Rukun Islamnya adalah lahiriah nampak Islam tetapi batinnya kafir. Malah mereka memang kafirpun, kerana meninggalkan satu ketetapan al-Quran, terutama solat fardu, walaupun satu waktu, jatuh kafir. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu fitnah zaman akhir menjadikan seorang itu beriman petang hari, esok paginya dia kafir, dan dia beriman pagi harinya, ketika tiba petang harinya mereka kafir. Kerana, sayangkan atau cintakan dunia, mereka sanggup lakukan apa saja untuk dunianya, termasuk menggadaikan ugamanya! Atay, melepaskan yg amat tinggi nilainya, iaitu mengagungkan kedudukan Allah (a.w), nama Allah (a.w) dan segala sesuatu yg mulia dalam Islam menyerahkannya kpd syaitan dan musuh Islam, termasuklah syaitan manusia mencemarkannya. Raja Dr Nazrin Shah, pemangku Raja Perak, menggunakan kata-kata adanya orang yg cuba 'mengALLAHkan' apa saja yg mereka anggap tuhan - sebagaimana orang India menyembah pokok maka akan ditulis di batang pokok itu kalimah 'Allah'. Cina menyembah binaan tokpekong merahnya di depan rumah atau di tepi jalan atau di pangkal pokok, ada tuhan mereka di sana, maka akan diukir kalimah 'Allah' di sana nanti! Orang Kristian di Indonesia dah lama gunakan kalimat 'Allah' apabila merujuk kpd God atau the Holy Ghost ataupun Jesus atau Yesus... Semakin ramai pula orang Islam yg menyetujui bahawa semua ugama itu baik dan sama tarafnya, maka semakin besarlah pencemaran aqidah. Mereka ini sebenarnya telah terkeluar dari Islam kerana merendahkan mertabat nama Allah (a.w), nama yg Allah (a.w) dan agama Allah (a.w), walhal Allah (a.w) mengagungkan dirinya dan agama yg diridhainya bagi manusia!
Berwaspadalah dalam berjuang dan dalam mencari kesenangan dunia, jangan sampai menggadaikan meruwah ugama pula, dan memperdagangkan nama suci Allah (a.w) pula ...Ramai pemimpin Melayu yg kerana kepentingan politik dan peribdainya menggadaikan bangsanya kerana nak dapatkan istana dan mahligai dan sebagainya. Apakah lagi yg akan digadai oleh orang Melayu - dulu mereka menyabung ayam, kalah kampong tergadai, kata pepatah Melayu. Kini lebih teruk lagi akibat daripada kalah sabung. Kerana kalah sabung kampung sahaja tergadai. Tetapi, kalah dalam agama dan aqidah syurga mereka yg akan tergadai ...

Jazakallahu khairah


Wednesday, September 21, 2011

Peringatan: Apabila Diberitahu yg Haq Jangan Tolak

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post kita sebutkan beberpa ketetapan Islam yg dimaklumkan melalui as-Sunnah (i.e. sabda Rasulallah (s.a.w), iaitu perintah mengenai panjang atau labuhnya pakaian lelaki. malangnya, ada saudara yg akui dirinya Islam, malah merasai dirinya berilmu, berhujjah bahawa ketetapan dalam hadith-hadith tersebut tidak merupakan perkara 'aqidah' katanya.
Saudara, kita yg Islam dihujani dgn pendapat manusia yg bijak, kononnya, bahawa syariat Islam itu wajar dicerakinkan supaya diasingkan sesuatu yg bersifat 'aqidah', jika kita tolak maka terkeluarlah kita dari Islam. Kerana aqidah itu adalah fundamental dalam Islam. Ketetapan yg tidak berupa aqidah hanyalah peraturan Islam yg tidak sama taraf dan kedudukan dgn sesuatu ketetapan melibatkan aqidah. Alangkah silapnya orang yg berpandangan sedemikian.
saudara, di dalam Islam memang ada perkara yg melibatkan aqidah = kepercayaan tentang keEsaan Allah (a.w), tentang ugama Islam sebagai ugama yg ditetapkan oleh Allah (a.w) kpd manusia, dan sebagainya. Tapi, dalam Islam yg utama kita ambil ingatan adalah segala sesuatu yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah perintah wajib, yakni mesti tak boleh tidak kita akur dan patuhi, apa jua ketetapan tersebut. Maksudnya, apa yg disuruh kita buat atau laksanakan sekuat mampu kita, kerana perintah suruhan apa jua tidak semua orang Islam mampu laksanakan 100%, tapi larangan atau tegahan itu wajib 100% dilaksanakan atau diterima, tidak ada keringanan. Yg diringankan adalah suruhan melakukan atau mengerjakan sesuatu spt bangun malam untuk bersolat malam (Tahajud, contohnya), berpuasa sunat contoh yg lain, dll lagi suruhan yg diistilahkan 'sunat' oleh para ulama'. Namun, dalam perkara tegahan atau larangan, tidak ada kompromi. Maksudnya, jangan lakukan atau hendaklah jauhi.
Dalam perkara ini, mungkin larangan atau suruhan jangan memakai pakaian (seluar, jubah atau kain) yg dilabuhkan sampai ke bawah buku lali adalah ketetapan as-Sunnah, maka orang berpandapat tidak sama dengan perintah 'janganlah mati kalau tidak Islam', contohnya.Namun ketetapan as-Sunnah sama tarafnya dgn ketetapan al-Quran. Kerana Rasulallah (s.a.w) menyampaikan perintah atas dasar wahyu, yakni ketetapan yg datangnya dari Allah (a.w). Tambahan pula Allah (a.w) jelaskan dalam al-Quran bahawa as-Sunnah itu wajib kita akur dan patuhi - disuruh buat, yg ditegah kita tinggalkan atau jauhi (Ayat 7, Surah al-Haysr) dan Allah (a.w) telah memberitahu kpd kita dalam, contohnya, Ayat 80, Surah an-Nisa',sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) dikira sebagai pasti mentaati Allah (a.w). Dan, dalam perkara pakaian itu Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg Islam bahawa jika kita melabuhkan pakaian sampai menutup buku lali atau atau sampai melebihi paras buku lali, kita masuk neraka, maka perintah itu adalah larangan atau tegahan. Apakah kita sanggup ke neraka semata-mata hendak ikuti kebiasaan atau kelaziman atau konvensyen dgn melabuhkan seluar atau kain pelikat atau jubah sampai menutupi buku lali? Atau, kita malu kerana dilihat orang kita lakukan suatu yg janggal dan keganjilan? Begitu jugalah perintah jangan memakai pakaian yg diperbuat dari sutera. Tak kiralah sama ada sutera itu sutra halus, campuran atau sutera asli. Sesiap yg memakai sutera di dunia, pasti tidak akan memakai sutera di akhirat kelak (Hadith). Maksudnya, orang yg memakai sutera tidak akan masuk syurga, kerana di akhirat kelak hanya ahli syurga yg memakai sutera berbagai jenis. Malah hanya ahli syurga sahaja yg ada pakaian. Yg tinggal di dalam neraka tidak ada pakaian, selain pakaian besi atau tembaga yg akan dipakai oleh mereka bagi menambahkan lagi azab siksaan terhadap mereka! Apakah ketetapan itu enteng, walaupun, kononnya, tidak menyentuh 'aqidah'? Segala keyakinan kita meliputi ketetapan Islam dan syariatnya adalah perkara aqidah, kerana aqidah itu adalah meyakini segala dimensi Islam sebagai yg ditetapkan oleh Allah (a.w), tak kiralah apa perkara yg disebutkan.
Saudara, kalau sesuatu perbuatan itu atau perlakuan itu mengakibatkan kita mendapat neraka, apakah gunanya kita berkeras tidak mau terima? Adakah siksaan di neraka itu tidak seberat malunya kita kerana melakukan sesuatu yg remeh dalam Islam? tambahan pula kita diperingatkan dalam firman berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Wama kana limukmini wala mukminati iza qadallahu wa-rasulahu amran an yakuna lahumul khaiatun min amrihim waman ya’sillaha wa-rasulahu faqad dalla dolalan mubina.' [Yg bermaksud: Tiada bagi seseorang lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman ketika telah menghukumi Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) dan (telah menghukum) RasulNya (yakni, ketetapan as-Sunnah) beberapa perkara bahawasanya mereka memilih perkara mereka (i.e. pilih ketetapan selainnya), (mereka itu sebenarnya menentang Allah (a.w) dan) sesiapa yang menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh telah sesat dia dengan kesesatan yang amat jelas (yakni, pasti masuk neraka).] [Ayat 36, Surah al-Ahzab] 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan bahawa lelaki Islam itu tidak dibenarkan buat dua perkara, dalam hadith-hadith tersebut, iaitu: pertama, jangan memakai kain dari sutera; dan kedua, jangan melabuhkan pakaian atau memakai pakaian yg labuh sehingga panjangnya terkebawah paras buku lali (sebaik-baiknya setakat separuh betis, di bolehkan di atas buku lali). Berdasarkan ketetapan di  dalam firman Allah (a.w) ini dan hakikat bahawa umat Islam wajib akur dgn as-Sunnah, maka lelaki Islam yg ingin dikira sebagai orang yg berjaya mendapat syurga mengikut ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu wajiblah akur. Orang Islam yg apabila diberitahu sesuatu oleh Rasulallah (s.a.w) dia enggan terima, maka dia tergolong 'orang yg enggan', dan orang yg enggan dihukumi tak dapat syurga. Orang yg enggan mematuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah tergolong di kalangan orang yg disebutkan dalam ayat di atas itu, orang yg sesat. Bukan sahaja dia sesat tetapi kesesatan yg amat jelas, yakni tidak diragui sedikitpun. Orang sesat tempat akhirnya di akhirat kelak adalah neraka! Wal iya zubillah.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu apakah yg dimaksudkan dgn kalimah 'sombong' atau sifat kesombongan dalam Islam. Kesombongan dalam Islam adalah menolak yg haq (i.e. ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), dan meremehkan nasihat manusia yg nasihat tersebut adalah benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Orang yg sombong tidak akan masuk syurga. Itulah ketetapan Islam.
Oleh itu, janganlah terikut-ikut dgn pentafsiran orang walhal ketetapan al-Quran itu tidak sekali-kali meragukan dan ketetapan as-Sunnah itu, sebagaimana ketetapan al-Quran, adalah haq, pasti akan berlaku atau terjadi. Berwaspadalah dalam mengeluarkan hujjah tentang sesuatu ketetapan Islam di dalam al-Quran ataupun as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

Peringatan Yg Wajib Difahami...(Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam meneruskan penelitian kita tentang tajuk ini, kita wajib ingat bahawa 'pengabdian' diri kpd Allah (a.w) yg sejajar dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat yg telah teliti dalam post sebelum ini, hendaklah pula menepati perintah dalam firman-firman Allah (a.w) berikut. kalau kita mengabdikankan diri kpdNya menepati bentuk, cara dan kaedah yg disebutkan, tidak melayakkan kita dikita telah menepati tanggungjawab tersebut kalau kita tidak Islam. 

Ugama yg Diterima 

Saudara, dalam mengabdikan diri, hanya satu saja ugama yg diterima dan diakui oleh Allah (a.w). Ini disebutkan dalam firman berikut: 
Firman Allah (a.w) pada Ayat 19, Surah ali-Imran: 'Innad-dina'indallahil-Islamu' (Yg bermaksud: Ugama di sisi Allah (a.w) itu adalah ugama Islam.).
Jelaslah, dalam menagbdikan diri kita kpd Allah (a.w), manusia itu diberitahu hendaklah mengabdikan diri melalui ugama Islam sahaja. kalau tidak Islam tidak menepati perintah Allah (a.w) tersebut. 

Allah (a.w) Ridha dgn Islam Sebagai Ugama Manusia 

Dan, sebagai memperkuatkan lagi perintah tersebut, Allah (a.w) berfirman pada Ayat 3, Surah al-Maidah: Allah (a.w): 'Al-yauma akmaltu lakum dinakum wa-atmamtu 'alaikum ni'mati wa-radhitu lakum Islama dinan ...' (Yg bermaksud: Pada hari ini, Aku (Allah (a.w), telah sempurnakan bagi kamu (manusia) ugama kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)) cukupkan nikmatKu dan Aku (Allah (a.w)) ridha bagi kamu sekelaian Islam sebagai ugama kamu.)
Ada tiga perkara yg disebutkan dalam firman Allah (a.w) di atas, iaitu: pertama, Allah (a.w) telah sempurnakan Islam (maksudnya, jika sudah disempurnakan, maka tidak perlu diubah atau dikurangkan atau ditambah kpd apa yg telah disempurnakan); kedua, Allah (a.w) telah sempurnakan ni'matNya atas manusia sejagat kerana disediakan rezki dan habuan meraka di dunia dan telah ditetapkan panduan kerohanian dan kebatinan mereka dgn adanya ugama yg akan memandu hidup mereka ketika di dunia, yg jika mereka akur syurga dalam tangan mereka; dan ketiga, Allah (a.w) ridha Islam sebagai ugama ikutan mansuia (maksudnya, Allah (a.w) tidak ridha atau tidak terima ugama selain Islam bagi manusia). 
Jelaslah ugama Islam serta syariatnya telah sempurna, maka dgn itu tidaklah seseorang itu dikatakan menepati perintah pertama ini kalau dia beranggapan bahawa syariat ugama Islam itu perlu dipinda atau diubahsuai atau diperbaharui. Inilah kesilapan orang yg akui dirinya Islam kerana cuba atau secara tak senagja membuat perubahan kpd syariat ugama Islam dgn meminda bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakan sesuatu amalan dan ibadah. 
Adalah suatu kesilapan oleh manusia yg tidak Islam yg memilih untuk menganuti ugama selain Islam. Kerana, dalam firman Allah (a.w) berikut dgn jelas manusia diberitahu. Malah yg Islampun pasti rugi kalau tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.


Ikuti Ugama Selain Islam Pasti Rugi 


Saudara, Kesilapan manusia itu disebabkan dua perkara. Pertama, kerana kejahilan mereka tentang ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan kejahilan mereka dalam as-Sunnah, kerana melalui as-Sunnahlah Rasulallah (s.a.w) memperincikan ugama Islam dan syariatnya. Kedua, Orang Islam sendiri silap apakala mentafsirkan wujudnya dichotomy antara dunia dan akhirat, seolah-olah dunia itu terpisah dari akhirat, walhal dunialah yg akan menentukan akhirat mereka.
Firman Allah (a.w) pada Ayat 85, Surah ali-Imran: 'Wa-man yabtaghi ghairan Islami dinan falan yuqbala minhu wa-hua fil-akhirati minal khasirina.' (Yg bermaksud: Sesiapa yg ikuti ugama selain Islam sebagai ugama pilihannya, maka tidak diterima (segala amalan, ibadah dan kebaikannya), dan dia di akhirat nanti adalah orang yg pasti rugi (i.e. masuk neraka).)
Allah (a.w) tak akui pengabdian manusia jika mereka tidak Islam atau jika mereka pilih ugama selain Islam sebagai wadah dan plefom mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w).
Justeru itu, sebagai orang yg akui dirinya Islam, wajiblah ingat bahawa tiada keuntungannya menukar ugama dari Islam kpd ugama apapun. Kita akan lihat selanjutnya kelak, ketetapan Allah (a.w) beberapa perkara, antaranya, pertama: dia pasti masuk neraka; kedua, orang yg tidak Islam hanya dapat peluang masuk syurga, jikalah mungkin boleh seekor unta masuk ke dalam lubang jarum; ketiga, segala amalan dan ibadah orang yg tidak Islam, termasuk segala perbuatan baiknya (seumpama menjadi orang yg paling dermawan di dunia sekalipun), tidak mendapat sebarang ganjaran pahala. Kesemua kebaikan yg mereka kerjakan diumpamakan oleh Allah (a.w) spt debu yg hinggap di atas batu, terterbangan apakala ditiup angin, tidak meninggalkan bekas ke atas batu itu (i.e. tidak menguntungkannya di akhiratnya kelak). Kalau berbuat baik di dunia, dan dia Islam dan beriman, maka hasilnya diterima di akhirat, iaitu syurga.
Malah, Allah (a.w) berjanji kpd manusia, jika mereka dulu kafir atau tidak Islam, kemudian memeluk Islam di akhir hayatnya, sebelum matinya, maka segala dosanya dan kejahatannya semasa tidak Islam dihapuskan apabila dia masuk Islam, dan segala kebaikannya ketika dia belum Islam, kekal diakui Allah (a.w) kebaikan, yg menguntungkannya di akhiratnya. Kebaikan tersebut dibawa kedepan (brought forward). Alangkah baik dan untungnya seorang yg kafir sebelum Islam, ketika di akhir hayatnya dia masuk Islam! Dosanya dikikis, kebaikan semasa belum Islam diterima dan diberi ganjaran pahala pula.

Islam yg diterima Allah (a.w) 


Saudara, kita yg Islampun belum tentu amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w) dan diberi ganjaran pahala. Kerana, kalau kita beramal dan beribadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, segala amalan dan ibadah kita pasti diterima dan pasti membolehkan kita mendapat syurga. Hendaklah kita sentiasa dipandu oleh sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amala 'amilan laisa amruna, fahua raddun' (Yg bermaksud: Sesiapa yg beramal dgn suatu amalan yg tidak datang dari aku (i.e. sejajar dgn as-Sunnah), amalan tersebut ditolak Allah (a.w)) [Hadith Bukhari & Muslim]
Kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan, pada masa yg sama, kita juga berpandukan ketetapan manusia, maka amalan dan ibadah kita itu tercemar atau menyimpang dari yg dicontohkan Rasulallah (s.a.w), maka ditolak oleh Allah (a.w), tidak diterimaNya. Kitapun rugi juga. Ingatlah Allah (a.w) hanya terima amalan dan ibadah yg sejajar dgn apa yg ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) diajar oleh Allah (a.w) dan oleh Jibril (a.s), atas perintah Allah (a.w), tentang segala sesuatu tentang Islam dan syariatnya. Justeru itu, mamatuhi as-Sunnah pasti segala amalan dan ibadah, walau sekecil manapun, adalah sah dan diakui oleh Allah (a.w) dan diberi pahala. Jika tidak, sia-sia kesemuanya, walaupun kita Islam!

Jazakallahu khairah

Peringatan Yg Wajib Difahami...

Assalamualaikum,
saudara, dalam beberapa post yg akan datang kita akan lihat kembali peringatan-peringatan mutlak Allah (a.w) kpd kita (i.e. manusia umumnya), yg jika diabaikan, akan menempatkan kita ke dalam neraka di akhirat kelak.
Friman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wama khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini ...' (Yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu ...)
Saudara, semua yg wujud di dunia ini, termasuklah kita manusia, dijadikan oleh Allah (a.w), yg mencipta segala-galanya. 'Pengabdiaan' maksudnya sebagai hamba, kita wajib menerima dan mengerjakan segala perintah dan suruhan sebagainmana hamba biasa yg digaji oleh tuan yg memilikinya wajib akur dgn perintah pemiliknya dan mengerjakan segala sesuatu yg disuruh oleh tuan punyanya. Apatah lagi Allah (a.w) yg memiliki segala-galanya, yg memberikan kita kesempatan untuk menikmati kehidupan dunia, diberi rezki dan segala nikmat selainnya, termasuklah nikmat memiliki dua mata yg boleh melihat, hidung yg boleh mencium dan menghidu segala sesuatu, mulut untuk memah makan dan minum minuman, dua kaki untuk bergerak ke sana kemari, tangan untuk memegang segala sesuatu yg ingin disentuh dan dipegang dllnya. Kita diberikan otak untuk mencari dan menimba ilmu serta memanfaatkan ilmu demi keperluan sehari-harian kita, boleh berfikir membezakan yg baik dan yg memudaratkan, kita mempunyai jantung dan paru-paru yg sentiasa tak berhenti menjalankan fungsinya supaya darah dan oxygen dialirkan ke seluruh tubuh badan untuk terus berfungsi dgn baik.
Saudara, dalam mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) kita diberitahu melalui al-Quran dan as-Sunnah bahawa pengabdian yg disyaratkan oleh Allah (a.w) yg sejajar dgn ketetapanNya adalah bentuk-bentuk pengabdian, cara dan kaedah mengabdikan diri kpdNya. Manusia itu mengabdikan diri mereka sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) kalau dia mengEsakan Dia, melaksanakan ketetapan lima Rukun Islamnya - diabersyahadah (mengakuti dgn sebenar-benar pengakuan dan menerima dgn penuh keyakinan dan keikhlasan bahawa Allah (a.w) itu sahaja tuhan manusia, Tuhan seluruh alam, dan Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) (i.e. Rasulallah (s.a.w)) yg menyampaikan syariat atau risalah ugama Allah (a.w) untuk manusia, yg membimbing manusia dgn memberitahu, menunjukkan dan membimbing manusia tentang bentuk-bentuk ibadah dan amalan yg menjamin kepastian kita menepati pengabdian kita yg sah, cara dan kaedah mengamalkan atau mengaibadahkannya serta memberi peringatan kpd kita bahawa hidup di dunia ini adalah untuk menyediakan diri untuk kehidupan yg lebih mutlak, iaitu kehidupan di akhirat.).
Saudara, oleh kerana itu, sesiapa yg tidak Islam tidak dikira telah mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) walaupun mereka menyembah pelbagai perkara dan benda spt orang berugama lain Kristianke, Yahudike, majusike, pengikut Budhake, Taoismake, pengikut Lord Krishnanke atau Lord Ramake, pengikut Hinduismake, penyembah patungke dan sebagainya. Kita diberitahu, bahawa jika kita tidak anuti ugama Islam, maka pastilah kita kafir. kalau kita memberikan kuasa ketuhanan kpd selain Allah (a.w), kita adalah syirik, walaupun dalam bentuk samar, iaitu syirik yg tidak jelas kelihatan seumpama memakai 'rantai magnet' (tangkal, talisman, rantai kakyu kika dll) yg kononnya dapat menghindarkan pemakainya dari sesuatu bencana atau penyakit atau dapat menepis sesuatu benca atau penyakit.
Malah bagi orang Islampun tidak dikira telah mengabdikan diri mereka menepati ketetapan Allah (a.w), jika dia mengambil sebahagian ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan meninggalkan atau menolak sebahagian yg lain. Dalam isu ini termasuklah menolak sesuatu ketetapan as-Sunnah. Kerana Allah (a.w) perintahkan manusia supaya taatkan Rasulallah (s.a.w), maka dia pasti telah mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Allah (a.w) perintahkan orang Islam itu supaya ikuti Rasulallah (s.a.w) dalam pengabdian terhadap Allah (a.w) kerana dia contoh kutan terbaik (uswatun hasanah) dan kerana itulah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr. Kita belum Islam kalau kita menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa bid'ah itu menyebabkan pengabdian kita terbatal dan kita terkeluar dari islam tanpa kita sedari.
Justeru itulah, perintah dalam Ayat 56, Surah az-Zariat ini wajib menjadi peringatan pertama dalam  beberapa peringatan mutlak Allah (a.w) kpd kita.
Oleh itu, wajiblah kita periksa diri kita sendiri apakah kita telah menepati ketetapan ayat tersebut? bagaimanakah kita tahu bahawa kita telah menepati perintah Allah (a.w) dalam ayat tersebut? jawabnya, hanya dgn ilmu kita dapat membuat semakan dan hisaban terhadap pengabdian kita selama ini. Oleh kerana itulah di dalam blog ini kita seringkali peringatkan bahawa ilmu itu penting, dan ilmu yg haq itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, bukan ilmu yg didatangkan oleh manusia walau bagaimana terrorpun kita lihat mereka dalam bercakap, berceramah atau membaca kalimah-kalimah al-Quran secara hafalan. Yg penting apakah orang sedemikian itu bercakap berdasarkan nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan cakap-cakap siapulan dan sipulan atau tokoh itu dan tokoh ini. Dalam Islam yg haq hanyalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

Saturday, September 17, 2011

Pakaian: Panduan Yg Haq dalam Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, Islam itu amat murni. Kalaulah semua orang Islam faham tentang Islam dan syariatnya berdasarkan kpd ilmu dan kefahaman yg benar tentang syariatnya, pastilah umat Islam hari ini tidaklah tertinggal atau ketinggalan. Dan, pastilah umat Islam tak kira dimana dia berada atau bermestautin dan hidup dalam zaman mana sekalipun, adalah umat yg saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan saling bantu membantu dan nasihat menasihati yg baik antara satu sama lain. Mereka pastilah terbaik di dunia dan pastinya pula terbaik di akhirat.
Malangnya, kerana kejahilan dan kerana permusuhan sesama sendiri dan tidak pula akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka terjadilah apa yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa, di akhir zaman kelak, umat Islam berpecah menjadi 73 golongan, hanya satu golongan daripada 73 golongan yg Islam berjaya masuk syurga dan 72 drp 73 golongan merengkok dalam neraka di akhirat kelak. Dan, di akhirat kelak, tidak hairanlah hanya seorang dalam seribu yg akui mereka akur dgn ketetapan Allah (a.w) dalam berugama Islam, dapat syurga, sementara 999 yg lain dari 1,000 itu menjadi ahli neraka! 
Diriwayatkan oleh imam Ahmad ibni Hanbal hadith dari seorang lelaki dari suku Bil-Hajim yg berkata: ‘Bertanya aku kpd Rasulallah (s.a.w): ‘Kepada siapakah engkau berseru (i.e. berdoa)?’ Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. menjawab): ‘Ad’u ilallahi wahlahul-lazi in massaka durrun fa-da’autahu kasyafa ‘anka wal-lazi in dolalta biardin faqrin fada’autahu radda ‘alaika wal-lazi in asabaka satatun fa-da’autahu anbatalaka.’ (Yg bermaksud: Aku berseru kpd Allah yg maha esa, yg bila engkau ditimpa kesusahan atau kemudaratan lalu engkau berseru (i.e. berdoa) kpdNya ditolonglah engkau dan bila engkau tersesat di suatu padang pasir yg tandus engkau berdoa kpdNya ditunjukkannya jalan keluar bagimu olehNya dan apabila engkau ditimpa masa kemarau yg panjang ditumbuhkannya bagimu tanaman-tanaman.’) Kemudian berkatalah Bil-Hajim lebih lanjut kpd Rasulallah (s.a.w): ‘Berilah aku nasihat’, maka bersabdalah Rasulallah (s.a.w): ‘La tasubanna ahadan wa-la tazhadanna fil-makrufi wa-lau an talqa akhaka wa-anta munbasitun ilaihi wajhuka wa-lau an tufrigha ina-aka fi dalwil-mustaqi wattazir ila nisfis-saqi fa-in abaita fa-iklal-ka’baini wa-iyaka wa-isbalal-izari fainna isbalal-izari minl-makhilati wa-innallaha la yuhibbul-mahilata.’ (Yg bermaksud: Janganlah engkau mencerca seseorang dan janganlah engkau meremehkan sesuatu amal kebajikan walaupun hanya seperti memberi muka/manis (i.e. tersenyum) kpd kawan yg engkau temui, mengosongkan gayungmu untuk memenuhi bekas air orang yg meminta air, dan hendaklah engkau mengenakan sarung (seluar atau jubah atau kain yg dipakai) ke separuh betis dan kalau enggan, maka janganlah melebihi kedua mata kaki (i.e. buku lali). Kerana melabuhkan kain (i.e. seluar, jubah atau yg dipakai) di bawah mata kaki (i.e. buku lali) hingga menyapu lantai adalah tanda sombong (atau kesombongan) dan Allah (a.w) sekali-kali tidak menyukai sifat sombong.) [Hadith Imam Ahmad]. 
Saudara, ada beberapa pengajaran dan panduan dalam hadith di atas itu. Pertama, Islam melarang orang Islam sesama Islam mencaci cerca satu sama yg lain atau satu kumpulan atau kelompok, mencaci cerca kelompok atau golongan yg lain. Kedua, dalam melihat kpd Islam, tidaklah mereka meremehkan atau memandang rendah terhadap sesuatu ketetapan dalam Islam. Hari ini berapa ramaikah umat Islam yg faham, dan setelah faham, yg akur dgn ketetapan as-Sunnah? Contohnya dalam perkara bid'ah? Ramai mempersoalkan ketetapan as-Sunnah tentang sesuatu. Contohnya: apabila dikatakan bahawa dalam banyak-banyak puasa sunat itu Puasa Nabi Daud adalah puasa yg paling disukai Allah (a.w). Ada ilmuwan dan ulama' yg berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) tidak mengamalkan Puasa Nabi Daud itu (iaitu puasa selang sehari), walhal Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah, memberitahu kita bahawa puasa sunat yg amat disukai oleh Allah (a.w) hambaNya yg Islam kerjakan adalah Puasa Nabi Daud. Mereka itu tidak faham as-Sunnah. As-Sunnah adalah segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) melalui perklakuan atau amalan atau perbuatan beliau serta apa-apa yg beliau katakan mengenai sesuatu. Kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu bahawa Puasa Nabi Daud itu sangat disukai Allah (a,.w), maka benarlah sabda beliau itu. Kerana Rasulallah (s.a.w) hanya berkata-kata ikut wahyu Allah (a.w) (Ayat 1-3 Surah Toha). Ketiga, orang Islam itu apakala bertemu dgn saudara sesama Islam, walau dia tidak kenal, dia memberikan senyuman dan tidak memandang ke arah seseorang dgn muka masam. Dalam hadith lain disebutkan senyuman kpd saudara sesama Islam itu adalah sedekah (i.e. diberi pahala). Hari ini kita akan temui kerapkali orang yg melihat kita expressionless atau dgn muka yg masam, terutama kalau dia terasa yg dia lebih drp kita. Keempat, orang yg ringan tangan kerana sentiasa suka dan rela menolong dan membantu orang lain, seumpama menuangkan air dalam gayungnya kpd orang orang meminta air kpdnya. Kelima, yg telahpun kita lihat beberapa hadith tentang ketetapan menyentuh pakaian lelaki - seluar, kain sarung atau jubah - yg tidak dibolehkan adalah pakaian lelaki yg melebihi paras dua buku lalinya (maksudnya, kain atau jubah atau seluar atau apa saja yg dipakai lelaki yg bahagian bawahnya menutup buku lalinya). Saudara, Islam itu amat murni sehinggakan dalam perkara yg sekecil-kecilnyapun diberi keutamaan dan melakukannya mendapat ganjaran pahala. Sebenarnya dalam Islam lebih mudah mendapat pahala kalaulah kita ada ilmu dan kita fajham dan kita jadkan amalan harian setiap saat dan ketika. Tapi, spt biasa majoriti umat Islam remehkan atau ketetapan perkara atau tuntutan yg mereka anggap kecil atau enteng atau remeh.

Jazakallahu khairah

Pakaian: Ketetapan Islam Mengenainya

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai seorang Islam yg beriman, kita wajib ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Ada banyak perkara dalam Islam yg kerana kejahilan kita, maka kita tidak akur dan patuhi. Atau, kerana terpengaruh dgn keduniaan dan kelaziman, maka kita terkadang abaikan atau ignore atau tidak ambil indah ketetapan yg nampak kecil tetapi sebenarnya amat fundamental dalam Islam. Amat mudah akur dan mematuhinya, dan amat pula besar bahananya dan bahayanya apabila kita abaikan. Kita merujuk kpd pakaian.
Saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat ketetapan Islam dalam perkara aurat atau pakaian bagi wanita mukmin. Hari ini begitu ramainya - malah 99 drp 100 wanita Islam tidak mengendahkan ketetapan Islam tentang pakaian. Begitu juga lelaki mukmin. Rasanya 99 drp 100 lekaki yg akui diri mereka Islam, abaikan atau tidak endahkan juga ketetapan melibatkan pakaian bagi lelaki Islam.
Diriwayatkan hadith dari Abi Musa al-Asya’ari berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hurrima libasul-hariri waz-zahabi ‘ala zukuri ummati wa-uhilla li-inathihim’ (Yg bermaksud: Diharamkan pakaian dari sutera dan emas atas orang-orang lelaki umatku dan dihalalkan bagi orang perempuan.’ ) [Hadith at-Termidzi, Kitab Pakaian] 
Hadith di atas itu membuat ketetapan bahawa lelaki Islam tidak dibolehkan memakai pakaian - kain atau baju atau apa saja - yg dibuat dari sutera. Dan, lelaki Islam juga tidak dibenarkan memakai emas atau sebarang perhiasan dari emas, spt jam tangan yg sebahagiannya adalah diperbuat dari emas atau logam yg dicampuri atau disadue dengan emas. 
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik apabila Syu’bah meminta pengesahan daripadanya, bahawa berkata dia: ‘Sungguh-sungguh (dia mendengar hadith) dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: ‘Man labisal-hariri fiddunya falan yalbasahu fil akhirati.’ (Yg bermaksud: Barangsiapa memakai pakaian sutera di dunia, maka tidak akan dipakaikan pakaian sutera padanya di akhirat.’) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian] 
Hadith di atas itu pula memberitahu kita bahawa seorang lelaki Islam yg memakai sutera di dunia tidak akan dipakaikan sutera di akhirat. Maksudnya, dia tidak akan masuk syurga. Kerana, di akhirat kelak hanya penghuni syurga sahaja yg memakai pakaian yg diperbuat dari pelbagai jenis sutera. Penghuni neraka tidak ada pakaian. Dan, di akhirat kelak hanya ada dua tempat tinggal bagi manusia (dan jin) - syurga atau neraka. Jelaslah, siapa yg memakai pakaian dari sutera, tak kira jenis apa, mahalke murahke, tetap dikira memakai sutera. Orang yg sedemikian itu, walau setinggi manapun atau sebanyak manapun amalan dan ibadahnya yg wajib mahupun yg sunat tidak akan menempatkannya di syurga di akhirat kelak, kalaulah dia memakai sutera semasa hidupnya. Ketetapan dalam hadith ini adalah mutlak. Mungkin pada kita nampak begitu remeh lagi kecil. Hakikatnya, apabila diperintahkan buat sesuatu oleh Allah (a.w) atau oleh RasulNya, orang Islam itu wajib akur. Kalau tak akur perkara yg kecil, maka pastilah di juga tak akur dgn perkara yg lebih besar atau lebih serius. 
Saudara, kita lihat pula ketetapan dalam hadith berikut, supaya kita fahami ketetapan syariat Islam. 
Diriwayatkan hadith dari Abi Jaffar hadith dari ‘Atak b Yassar hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Pada suatu ketika seorang lelaki bersolat (dan dia memanjangkan atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Maka bersabda kepadanya Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah engkau! Maka wudu’lah (i.e. wudu' semula).’ Maka pergi dia maka berwudu’ dia, kemudian datang dia (ke tempat dia bersolat tadi). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Pergilah! Dan wudu’lah (i.e. wudu'lah semula).’ Maka berkata kpd Rasulallah (s.a.w) seorang lelaki (yg lain): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Mengapa engkau memerintahkan bahawa wudu’ dia (semula)?’ Kemudian terdiam sebentar (Rasulallah (s.a.w)). Bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Innahu kana yusalli wahua musbilun izarahu, wa-innallaha ta’ala la yaqbalu solata rajulin musbilin.’ (Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya dia (lelaki) ada dia (i.e. ketika dia) bersolat dan dia memanjangkan (atau melabuhkan) bahagian bawah pakaiannya. Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menerima solat seorang lelaki yg memanjangkan (atau melabuhkan) pakaiannya.) [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian] 
Saudara, apakah ketetapan hadith ini? Disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menegur seorang yg sedang bersolat, menyuruh dia berwudu' semula, walhal dia sedang solat dan pastilah dia sudah ada wudu'! Adakah terbatal wudu'nya, dan Rasulallah (s.a.w) tahu yg wudu'nya sudah batal? Tidak. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa lelaki itu, ketika bersolat melabuhkan bahagian bawah pakaiannya (i.e. kain atau seluar atau jubah atau kain selainnya). [Nota: Bukan sengaja dilabuhkan, tetapi memang pakaian lelai itu labuh sampai menutupi bukulalinya.]
Saudara, jelaslah ketetapan Islam itu bahawa lelaki Islam adalah ditegah sama sekali melabuhkan pakaiannya ketika bersolat. Kerana Allah (a.w) tidak menerima Wudu' dan Solat lelaki Islam yg melabuhkan pakaian spt jubah atau kain pelekat atau seluar panjang ketika bersolat. Justeru itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh lelaki tersebut berwudu' dan solat semula itu. Jelaslah, seseorang lelaki Islam yg berpakaian labuh - jubah atau kain atau seluar - kemudian bersolat, tidak sah wudu'nya dan solatnya!
Bagaimanakah atau macam manakah pakaian itu dikira labuh? Ini dijelaskan dalam hadith berikutnya. Bagi tujuan perbincangan kita setakat ini wajib diingatkan bahawa lelaki Islam yg melabuhkan pakaiannya ketika bersolat, tidak sah wudu'mya, dan tidak diterima solatnya. 
Saudara, kalaulah Allah (a.w) tidak terima wudu' dan solat seorang lelaki yg memakai pakaian yg labuh, bagaimanakah kedudukan kita yg sekian lama memakai kain pelikat atau jubah atau seluar ketika bersolat lima waktu dan solat-solat sunat lain, memakai jubah atau kain atau seluar yg labuh? Sia-sialah segala solat kita. Dulu, kita jahil. Kita belumpun diajarkan perkara ini. Hari ini, sekurang-kurangnya melalui post ini kita tau ketetapan Islam dalam perkara pakaian lelaki. Kalau kita mengerjakan ibadah haji pula? Kalau ikhram kita dilabuhkan atau kita sudahpun tahlul awal, justeru memekai pakaian biasa, kita Tawaf (Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji) dgn seluar atau jubah atau kain yg labuh. Apa jadi? Tawaf kita tak sah kerana wudu' orang yg labuh pakaian terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Kalau begitu, Tawaf kita juga batal tidak diterima Allah (a.w). Dan, kalau begitu, ibadah haji kitapun tak sah dan tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah. Ruginya kita semata-mata kerana perkara kecil ...
Jadi, hendaklah mulai dari sekarang kita akur. Pastikan pakaian kita ketika solat tidak dilabuhkan. 
Saudara, had manakah pakaian bahagian bawah itu dikira labuh? Ini dijelaskan dalam hadith berikut: iaitu bahagian bawah pakaian lelaki Islam itu tidak boleh melepasi atau terkebawah melebihi kedua bukulalinya, sebaiknya hendaklah setakat separauh betis. Tapi, kalau panjang sedikit, ketika berdiri, tidak menutupi kedua buku lali, maka kain atau jubah atau seluar kita itu sah dalam Islam. Ia tidak menjejaskan wudu' dan tak menjejaskan solat kita. 
Diriwayatkan hadith dari ‘Alak b Abdilrahman hadith dari bapanya berkata: ‘Aku bertanya kpd Abi Said al-Khudri dari urusan pakaian, maka berkata Abi Said memberitahu: 'Atas orang yg pandai telah jatuh engkau! (yakni,  maksudnya, 'Tepat pertanyaan engkau'). Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kpdnya: ‘Izaratul-muslimi ila nisfis-saqi wala haraja au la junaha fima bainahu wa-bainal ka’baini. Ma kana asfla minal-ka’baini fahua fin-nari. Man jarra izarahu bataran lam yanzurillahu ilahi.’ (Yg bermaksud: (Bahagian bawah) Pakaian orang Islam (lelaki) adalah setakat separuh betisnya dan tidak berdosa atau tidak mengapa di dalam apa-apa di antara betisnya dgn dua matakakinya (atau bukulainya). Apa-apa pakaiannya yg melebihi dari paras kedua matakaki (atau bukulalinya) maka dia di dalam neraka. Barangsiapa melondehkan (i.e. memanjangkan atau melabuhkan dgn sengaja) pakaiannya (melebihi dua matakaki atau buku lalinya) dia adalah menyombong (maka), tidak melihat Allah (a.w) kpdnya (di akhirat kelak)). Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian] 
Hadith di atas ini menetapkan had bahagian bawah pakaian lelaki Islam atau panjangnya pakaian lelaki Islam itu. Pakaian lelaki Islam hendaklah sepanjang sampai separuh betis sahaja. Itu yg terbaik. Namun dibolehkan dipanjangkan atau dilabuhkan sedikit melebihi separuh betis, asalkan tidak sampai ke paras dua buku lali atau sampai tidak menutup kedua-dua buku lali, ketika berdiri. Kalau melebihi dua buku lali dia di kira orang yg sombong. Dan, Allah (a.w) membenci orang lelaki yg memanjangkan kain atau seluar atau jubah yg melampaui paras dua buku lalinya. Di akhirat kelak Allah (a.w) tidak mahu memandang ke arahnya! Di akhirat, mengikut hadith-hadith lain, Allah (a.w) hanya memandang kpd umatNya yg menjadi ahli syurga. Allah (a.w) takkan memandang kpd ahli neraka. Jadi, orang yg melabuhkan pakaiannya sampai menutupi buku lalinya, pasti menjadi penghuni syurga, walaupun dia orang kuat dan istiqamah beramal! Wal iya zubillah.
Saudara, hadith di atas menyebutkan bahawa Allah (a.w) tidak akan memandang kpd lelaki Islam yg melabuhkan bahagian bawah pakaiannya - jubah atau kain atau seluarnya - bukan setakat ketika bersolat tetapi dalam keadaan atau ketika atau waktu manapun! Jelasnya, lelaki Islam wajib memakai pakaian - seluar atau jubah atau kain - setiap masa dan untuk setiap keadaan yg tidak melebihi atau yg tidak menutupi kedua buku lalinya
Saudara, jika kita tidak akur dgn ketetapan ini, kita adalah calun neraka yg pasti! Allah (a.w) sama sekali tidak akan memandang kpd ahli neraka. Allah (a.w) akan memandang kpd ahli syurga di akhirat kelak. Malahan wajah Allah (a.w) adalah nikmat yg teramat nikmat kpd manusia yg melebihi segala apapun nikmat yg Allah (a.w) sediakan untuk ahli syurga [Hadith]. 
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: ‘Ma asfala minal ka’baini minal izari fafin-nari’ (Yg bermaksud: Apa-apa yg menutup mata kaki (atau buku lali) dari pakaian, maka dia di dalam neraka.) [Hadith Bukhari, Kitab Pakaian] 
Saudara, hadith Bukhari yg pendek ini merumuskan ketetapan Islam mengenai pakaian lelaki Islam itu. Lelaki Islam yg memakai pakaian yg labuh (i.e. sampai menutupi buku lali) adalah penghuni neraka. Oleh itu berwaspadalah. Janganlah kerana kita merasa janggal berpakaian seluar atau kain atau jubah senteng - terasing dari orang Islam lain yg jahil atau 'menyombong' - kita menempah tempat di neraka, walaupun kita, atas dasar amalan dan ibadah lain layak mendapat syurga! 


Jazakallahu khairah

Friday, September 16, 2011

Penyaksian: Konsep Kepimpinan (KeImaman) Dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita mungkin sering dengar ceramah tok-tok guru atau ulama' atau ilmuwan Islam bahawa Rasulallah (s.a.w), walaupun seorang drp Utusan atau Rasulallah, diutuskan Allah (a.w) kpd manusia untuk membawakan risalah atau ugama Allah (a.w), beliau adalah 'penghulu' kpd semua para Rasul. Maka dgn itulah sebelah nama beliau, dituliskan atau diselawatkan dgn kalimah/ungkapan '(s.a.w)' [Sallallahu 'alai wa-sallam', manakala Rasul dan para Nabi lainnya di sebut '(a.s)' atau 'alaihis-salam' sahaja.]
Sehubungan itu, kita sebagai umat Muhammad (s.a.w) diberi kedudukan yg amat istimewa pula. Di akhirat kelak, Rasulallah (s.a.w) menjadi saksi kpd para Rasul dan para Nabi dalam urusan atau tanggungjawab menyampaikan risalah syariat ugama Allah (a.w), ugama Islam. Dan, umat Muhammad (s.a.w), i.e. kita, adalah menjadi saksi kpd umat-umat para Rasul dan Nabi terdahulu tentang penyampaian atau pelaksanaan risalah ugama Allah (a.w) terhadap umat-umat terdahulu itu. Cuba kita lihat hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Sa’id Al-Khudri bahawa Nabi Nuh (a.s) dipanggil oleh Allah pada hari kiamat lalu bertanya: 'Apakah engkau sudah sampaikan risalahku?' Nuh (a.s) menjawab: ‘Sudah.’ Kemudian Allah bertanya pula kepada umat Nabi Nuh (a.s): ‘Apakah dia (Nuh) sudah sampaikan kepada kamu risalah-Ku?’ Kaum Nuh menjawab: ‘Tidak ada seorangpun datang kepada kami menyampikan risalah-Mu.’ Selanjutnya Allah bertanya kepada Nuh (a.s): ‘Siapakah yang akan menjadi saksi bagimu wahai Nuh?’ Nabi Nuh (a.s) menjawab: ‘Muhammad dan Umatnya.’ 
Selanjutnya Abdullah Al-Mubarak (133-177H) menambah: ‘Umat Nuh berkata: ‘Ya Allah! Bagaimana umat Muhammad menjadi saksi ke atas kami sedangkan mereka hidup tidak sezaman dengan kami?’ Lalu Allah bertanya kepada umat Muhammad: ‘Bagaimana kamu boleh menjadi saksi ke atas umat Nuh yang kamu sendiri hidup tidak sezaman dengan mereka.’ Umat Muhammad menjawab: ‘Ya Allah! Engkau telah utus kepada kami seorang Rasul (i.e. Muhammad) dan Engkau juga telah turunkan kepada kami kitab-Mu (i.e. Al-Quran) yang mengandungi kisah tentang Nabi-Nabi dan umat terdahulu.’ Lalu Allah (a.w) menjawap: ‘( صَدَÙ‚ُوا ‘) : Sungguh benar mereka (umat Muhammad (s.a.w)).’ [Hadith Bukhari] [Nota: Dari tulisan Dr Abdullah Yasin – 12 Sept 2011. Hadith ini adalah sahih kerana dipetik dari Sahih Bukhari.]
Saudara, kita diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) peristiwa Nabi Nuh (a.s) yg berdakwah selama 950 tahun, namun hanya sejumlah 80 orang dari umatnya yg menerima risalah ugama Allah (a.w). Maka beliau diperintahkan oleh Allah (a.w) untuk membina sebuah bahtera supaya diselamatkan dari kiamat dunia masa itu iaitu hujan tujuh hari tujuh malam yg menjadi banjir besar, menenggelamkan kesemua manusia zaman itu, kecuali orang yg berada dalam bahtera beliau, yg selamat. Apabila ditanya di akhirat kelak tentang tugas Nabi Nuh (a.s), umat beliau tidak akui, tapi Rasulallah (s.a.w) dan kita yg diberikan al-Quran tahu bahawa Nabi Nuh (a.s) telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya tersebut.
Saudara, dalam hubungan ini, kita juga wajib sedar bahawa kita di akhirat kelak akan berkumpul di belakang imam (pemimpin) yg memimpin jema'ah umat Islam zaman kita. Dalam ayat berikut jelas bahawa Imam (atau pemimpin jema'ah umat Islam zaman kita itu) adalah orang yg hidup sezaman dgn kita. Justeru itu, tidak benar kalau dikatakan bahawa imam kita adalah orang seumpama Imam as-Syafie (bagi pengikut Mazhab Shafie) atau Imam Ahmad (kalau Mazhab Hanbali) atau Imam Malik (kalau dalam Mazhab Maliki) atau Imam Abu Hanifah (kalau kita Mazhab Hanafi). Ketika kita hidup mereka sudah tiada. Justeruy itu, mereka itu bukanlah Imam kita. Maka ayat tersebut memberikan nas dan dalil yg benar bahawa Imam itu adalah orang yg menjadi Imam (memimpin kita) dalam hayat kita. Maka dgn itulah, kita sebagai orang Islam wajib berjema'ah dan juga mempunyai Imam yg menjadi saksi di depan Allah (a.w) di akhirat kelak bahawa kita adalah mengamalkan risalah ugama Allah (a.w) dalam hayat kita. 
Ayat 71, Surah al-Israk: ‘Yauma nad-‘u kulla unasin bi-imamihim’ (Yg bermaksud: (Ingatkanlah) Pada suatu hari (yg pada hari itu) Kami (Allah) panggil tiap-tiap umat dgn imam-imam (i.e pemimpin) mereka.
[Nota: Dalil bahawa kepimpinan atau Imam (jema’ah umat Islam) itu adalah orang yg hidup zaman umat (i.e. jema’ah) berkenaan]
Saudara, malangnya hari ini syariat Islam yg haq itu tidak lagi dilaksanakan sebagaimana sepatutunya. Kerana ramai orang berpandangan bahawa jika kita ikuti ajaran Mazhab as-Syafie, maka Imam as-Syafielah Imam kita! Ini adalah tidak sejajar dgn firman Allah (a.w) dalam ayat tersebut. Kita Islam dan akui diri kita Islam mengikuti risalah ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), i.e. ugama Islam yg telahpun disempurnakan, kita diperintah oleh Rasulallah (s.a.w) supaya melantik seorang Imam dalam hayat kita supaya kelak apabila berhimpun di padang makhsyar kita berdiri di belakang beliau, seperti yg disebutkan dalam ayat di atas itu. Kalau takda Imamnya, maka kita berdiri di belakang siapa?  Siapa yg memimpn kita dalam kehidupan sebagai orang iman kalau tiada? [Nota: Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita berada di dalam jema'ah Islam yg formal yg dipimpin oleh seorang Imam. Insya Allah kita akan teliti konsep dan hakikat keimaman ini lebih lanjut lagi dalam post-post yg akan datang.]

Jazakallahu khairah



Thursday, September 15, 2011

Bai'at dalam Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat ketetapan al-Quran mengenai 'bai'at' dalam hubungannya dgn perkara 'kepimpinan' dan 'jema'ah' dalam Islam. Yg wajib kita fahami adalah Islam itu berjema'ah semenjak bertapaknya Islam apabila Allah (a.w) utuskan Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai UtusanNya. Rasulallah (s.a.w) adalah pemimpin jema'ah Islam. [Nota: Dalam perkara 'jema'ah' ini orang Kristian yg didalangi oleh USlah yg menyalahtafsrikan 'jema'ah' sebagai perkumpulan terrorist! Orang Islam, kerana lemah, terikut-ikut dgn pentakrifan mereka pula.]
Saudara, kita lihat pula ketetapan as-Sunnah mengenai hakikat 'bai'at' ini. Kita telah teliti di atas tentang bai’at dalam syariat Islam pada zaman hayat Rasulallah (s.a.w) mengikut ketetapan al-Quran. 
Semua umat Islam yang briman, kecuali yang munafiq, berbai’at dengan Rasulallah (s.a.w).  Allah (a.w) mengesahkan bahawa apabila seseorang iman itu berbai’at dengan Rasulallah (s.a.w) atau kepada imamnya dia berbai’at dengan Allah (a.w) dengan ikrar janji mendengarkan nasihat dan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Demikianlah frman Allah (a.w) dalam tiga potongan ayat al-Quran di atas itu. Berbai’at itu adalah satu pra-syarat pentng dalam syariat Islam sebagaimana menganuti Islam secara berjemaah itu adalah pra-syarat kesahihan atau kebenaran keIslaman seseorang itu. Berjemaah dan berbaiat adalah dua pra-syarat yang ditetapkan oleh Allah (a.w) di dalam al-Quran. Demikian jugalah ketetapan dalam as-Sunnah. Apakah isi kandungan (content) ikrar janji dalam bai’at yang disebutkan dalam al-Quran itu? Ini diperjelaskan oleh al-Hadith atau as-Sunnah seperti ketetapan hadith-hadith berikut:            Diriwayatkan hadith dari Ubadah b Samit berkata: ‘Berbai’at kami (para sahabat) dengan Rasulallah (s.a.w) atas (syaratnya atau ikrar-janji) pertama, ‘mendengar dan taat dalam keadaan senang (yakni, rela serta sukahati menerima ketetapan) dan (kedua) (dalam) keadaan benci (yakni, kurang rela atau tidak menyukai menerima ketetapan) dan (ketiga) bahawasanya tidak mencabut perkara ahli-ahlinya (yakni, urusan jemaah) dan (keempat) bahawasanya menetapi atau berkata dengan benar (haq) di mana sahaja kami berada dan tidak khuatir dalam perkara Allah (a.w) walaupun dicaci oleh orang yang mencaci.' [Hadith Bukhari] 
Dalam hadith di atas ini, seorang sahabat bernama Ubadah b Samit menyebut bahawa ketika dia dan segolongan para sahabat lain berbai’at dengan Rasulallah (s.a.w), perkara-perkara yang disebutkan dalam ikrarjanji mereka adalah: pertama, mereka wajib mendengarkan ketetapan Rasulallah  (s.a.w) (dan, bagi umat Islam amnya, dengan imam) walaupunpun perkara-perkara yang diperintahkan itu tidak menyukakan mereka atau menyusahkan mereka; kedua, kalaupun perkara-perkara yang ditetapkan atau diputuskan itu menyukakan mereka dan rela atau dengan senang hati mereka menerimanya kerana memanfaatkan mereka; ketiga, bahawa mereka kekal berada dalam jemaah (i.e. tidak meninggalkan jema'ah) dan mengikuti ketetapan yang ditetapkan dalam jemaah dan tidak sekali-kali keluar dari jemaah atau menjadi murtad (i.e. terkeluar dari Islam); dan keempat, sentiasa berbuat atau berkata-kata dengan kebenaran, yakni tidak bohong atau berdusta, dimana sahaja mereka berada atau bila-bila masapun [Nota: Orang iman itu hanya digalakkan bercakap kerana kebenaran, dan jika tiada yg penting dan baik untuk dikatakan atau diucapkan lebih baik dia diam. Kerana, Rasulallah (s.a.w) menyebut, dalam hadith yg lain, orang iman itu kerana kesilapan kata-katanya menyebabkan dia dimasukkan ke dalam neraka selama 40 tahun!] Ketetapan ini tetap didukungi oleh mereka di mana sahaja mereka berada, yakni walaupun Rasulallah (s.a.w) tiada bersama mereka dan hendaklah mereka tetap taatkan ikrarjanji dan ketetapan kepimpinan walaupun mereka dicacimaki oleh orang bukan Islam. 
Di dalam hadith berikutnya Anas b Malik menceritakan suatu lagi peristiwa berbai’at antara segolongan para sahabat dengan Rasulallah (s.a.w). Peristiwa itu berlaku ketika orang iman dari golongan Ansar (i.e. penduduk Madinah) dan Muhajirin (migrants dari Mekah) sedang menggali parit dalam persiapan untuk bertahan dari serangan orang-orang kafir dalam suatu peperangan (dikenal Peperangan Parit = khundak).
Menceritakan hadith dari Humaidin hadith dari Anas (r.a) (berkata): ‘Keluar Nabi (s.a.w) pada suatu pagi yang dingin (yakni, musim sejuk) (manakala) orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar sedang menggali parit (untuk persiapan perang Khundak (Parit)), maka bersabda Nabi (s.a.w) (i.e. berdoa): ‘Allahumma innal khaira khairul akhirati faghfirlil ansori wal-muhajirati) [Maksud doa: Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya kebaikan yang terbaik adalah (kebaikan) akhirat, maka Engkau (Allah (a.w)) ampuni orang-orang Ansor dan Muhajirin.] Maka mengkabulkan mereka (oleh Allah (a.w)): ‘Adapun kami berbai’at dengan engkau Muhammad (s.a.w) atas (ikrar ikrarjanji) berjihad (yakni, membela ugama Allah (a.w)) selama-lamanya.’
Menceritakan hadith oleh Malik hadith dari Abdillah b Dinar hadith dari Abdullah b Omar (r.a) berkata: ‘Adapun kami ketika berbai’at kami kepada Rasulallah (s.a.w) atas (ikrarjanji) ‘mendengar dan taat’, bersabda dia kepada kami ‘di dalam apa-apa (sesuatu) sekuat mampu kamu’. [Hadith Bukhari] 
Para sahabat, termasuk Anas (r.a) berbai’at kepada Rasulallah (s.a.w) untuk berjihad, yakni membela ugama Allah (a.w) sepanjang hayat mereka. Di dalam potongan hadith yang lain tersebut, disebutkan bahawa ikrarjanji dalam bai’at sekumpulan sahabat lain, yg termasuk dalam golongan tersebut, ibnu Omar (r.a) bahawa kalimah ikrarjanji mereka ‘sami'na wa-ato'na' (yg bermaksudmendengar dan taat’) akan (setiap kata-kata atau ketetapan) Rasulallah (s.a.w) dalam semua perkara yang diperintahkan atau disampaikan oleh beliau, kemudian Rasulallah (s.a.w), mengetahui bahawa tiada siapapun yang boleh menandingi beliau dalam perkara Islam dan iman,  maka beliau menyuruh mereka bahawa mereka laksanakan apa yang diikrarjanjikan sekuat mampu mereka sahaja. Jika mereka mampu mereka turuti semuanya dan jika tidak lakukan sebahagian yang mereka mampu dan terus berusaha dan mempersungguhkan pula untuk meningkatkan prestasi mereka dari masa ke semasa.
Saudara, seperti biasa setiap ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran ada gandingannya pula dalam ketetapan as-Sunnah. [Nota: Kita perhatikan bahawa di dalam al-Quran setiap kali Allah (a.w) buat suatu ketetapan, Allah (a.w) merujuk kpd kalimah 'Rasulallah (s.a.w)' selepas menyebut namaNya sendiri 'Allah (a.w)'. Demikianlah menunjukkan bahawa sebagai orang Islam kita wajib akur perintah dua pihak iaitu Allah (a.w) dan RasulNya.]

Jazakallahu khairah

Bai'at dalam Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah sentuh sedikit sebanyak tentang tajuk 'kepimpnan' dan tentang 'jema'ah' dalam Islam. Kita perlu teliti secara lebih terperinci dan mendalam hakikat mengenai dua tajuk ini kemudian nanti supaya kita lebih faham. dalam blog ini kita juga telah sentuh konsep atau hakikat 'bai'at' dalam Islam. Ajaran Islam yg diajarkan kpd kita semenjak kecil lagi, tidak pernah disebutkan tiga tajuk atau hakikat ini. Mengapa? Kerana konsep dan ketetapan tersebut bertentangan dgn sistem kenegaraan atau pemerintahan atau kepimpinan dunia yg berdasarkan kpd sistem dan falsafah manusia yg datangnya dari orang Barat yg bukan Islam. Sistem sedemikian itu sudah menjadi sebati kpd manusia.
Saudara, dalam post ini kita turunkan ketetapan tentang 'bai'at' dalam Islam. Bai'at ini adalah terkait dgn hakikat 'ulil amri' yg disebutkan dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' = kita diwajibkan oleh Allah (a.w) supaya taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan 'ulil amri'. Ulil amri adalah golongan orang yg diberi kuasa dalam Islam memimpin jema'ah Islam. Dalam Islam ada jema'ah kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 103, Surah ali-Imran = jika diwajibkan berjema'ah dalam menganuti Islam. Apabila wujud dua sistem yg saling kait mengait, iaitu pertama; berjema'ah; dan kedua, kepimpinan, maka barulah Islam yg haq itu wujud. Dan, seperti yg kita telah lihat dalam post sebelum ini, iaitu 'ahlus sunnah wal-jama'ah' adalah golongan yg satu dalam 73 golongan yg berjaya mendapat syurga atau seorang drp 1,000 orang Islam yg berjaya mendapat syurga, mensyaratkan wujudnya dua criteria, iaitu pertama mengikuti as-Sunnah dan kedua berjema'ah. 
Dalam post ini kita teliti secara terperinci satu dimensi utama dalam Islam’, khususnya dalam institusi kepimpinan dalam Islam, iaitu bai’at. Jemaah umat Islam dipimpin oleh seorang pemimpin.  Dalam zaman Rasulallah (s.a.w), Rasulallah (s.a.w) adalah pemimpin umat Islam. Selepas kewafatan beliau, jemaah Islam dipimpin oleh khalifah (pemerintahan khalifah). Mereka dirujuk oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai ‘khulafah ar-rasyidin al-mahdiyin’ – ar-rasyidin (yang benar) al-mahdiyin (yang diberi petunjuk dari Allah (a.w)). Mereka adalah Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab, Othman ibnu Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu ‘anhum (Amin). Mereka mentadbiruruskan jemaah Islam selama 30 tahun. 
Merujuk tentang ikrar-janji atau bai’at dalam Islam itu, kita lihat firman Allah (a.w) berikut:    Firman Allah (a.w): ‘Innal lazina yubayi’unaka innama yubayi’unallaha @ Yadullaha fauqa aidihim faman nakatha fainnama yankuthu ‘ala nafsihi waman aufa bima ‘ahada ‘alaihullah fasayu’tihi ajran ‘azima.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang berbai’at dengan engkau (Muhammad) nescaya apa-apa berbai’at (i.e. ikrar janji setia) mereka (adalah berbai’at) dengan Allah (a.w) @ Tangan Allah (a.w) di atas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa melanggar/merosak (ikrar janji setia mereka), maka sesungguhnya melanggar/merosak mereka atas diri mereka dan barangsiapa menetapi dengan apa-apa janji atas janji (dalam bai’atnya) maka sesungguhnya menjanjikan Allah (a.w) (bagi mereka) pahala yang besar (yakni, mendapat ganjaran syurga)] [Ayat 10, Surat al-Fath]. 
Allah (a.w) memberitahu serta mengesahkan perlakuan berbai’at yang berlaku di bawah pokok pelampus antara para sahabat dengan Rasulallah (s.a.w). Ikrarjanji itu adalah merupakan ikrar janji mereka dengan Allah (a.w). Ancamannya disebutkan iaitu sesiapa yang melanggar ikrarjanjinya atau merombaknya, yakni membatalkan, maka merekalah yang menanggung akibatnya dan barangsiapa yang mentapi atau kekal dengan bai’atnya maka mereka mendapat syurga (syurga adalah pahala yang terbesar bagi manusia).  Di dalam Annex ini kita akan lihat bahawa sesiapa yang menongkaikan bai’atnya maka mereka pasti terjerumus dalam neraka. Malah barangsiapa meninggalkan jemaahnya, mereka telah merombak bai’at, ikrarjanjinya, maka terlucut Islam dari lehernya, yakni jadi kafir mereka. Maka dengan itu merekalah yang menanggung akibat perbuatan mereka itu. Mereka pasti masuk neraka. Kerana ketetapan as-Sunnah menyebutkan sesiapa yang meninggalkan jemaahnya walaupun sejengkal, jika mati, maka mati dalam keadaan mati seorang jahiliah. Orang yang jahiliah pasti masuk neraka. Sebaliknya, sesiapa yang kekal dalam jemaahnya sehingga sampai ajalnya, dia akan mendapat syurga dan pertolongan Allah (a.w) di dunia dan di akhirat. Kerana, ‘tangan Allah (a.w)’, yakni Allah (a.w), sentiasa menolong mereka yang berjemaah dan mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) dan mentaati ‘ulil amri’, selagi perintah ‘ulil amri’ tidak maksiat. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita sesiapa yang ingin berada di tengah-tengah syurga di akhirat kelak hendaklah dia berada di dalam jemaah. 
Di dalam firman berikut, Allah (a.w) memberitahu dalam event berlakunya bai’at tersebut, Allah (a.w) ridha terhadap orang iman yang terlibat dan Allah (a.w) menolong mereka sehinggalah tidak lama kemudian kota Mekah di tawan oleh Islam dari kafir Quraisy. Bermula dengan saat kemenangan itu, Islam berkembang di Timur Tengah dan seterusnya sampai ke benua Eropah. 
Firman Allah (a.w): ‘Laqad radiallahu ‘anil mukminina iz yubayi’unaka tahtasy-syajarati fa-‘alima ma fi qulubihim fa-anzalas-sakinata ‘alaihim wa-athabahum fathan (-m) qariba.' [Yg bermaksud: Nescaya sungguh telah redha Allah (a.w) dari orang iman (mukmin) ketika berbai’at dengan engkau di bawah pohon pelampis maka mengamalkan/berbuat apa-apa (yang terdapat) di dalam hati mereka, maka menurunkan (oleh Allah (a.w)) ketenanagan atas mereka dan (memberi) pahala kepada mereka kemenangan yang dekat.] [Ayat 18, Surah al-Fath] 
Kemudian, di dalam firman berikut pula Allah (a.w) memberi panduan kepada Rasulallah (s.a.w), dan umat Islam umumnya, bahawa dalam hubungan ikrarjanji dengan wanita Islam, ditetapkan syarat-syarat tertentu mengenainya. Jelaslah, bai’at itu merangkumi lelaki Islam dan wanita Islam. Berikutan dngan peristiwa bai’at kaum lelaki itu, maka kaum wanita Islam pula ingin membuat ikrarjanji atau bai’at dengan Rasulallah (s.a.w) pula. Prinsipnya dimaklumkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut: 
Firman Allah (a.w): ’Ya aiyuhan-nabiu iza ja-akal mukminatu yubaiyiknaka ‘ala an la yusrikna billahi syaian wa-la yasrifna wa-la yaznina wa-la yaqtulna auladahunna wa-la yaktina bibuhtanin yaftarinahu baina aidihimna wa-arjulihinna wa-la ya’sinaka fi ma’rufin fabayi’hunna was-taghfirlahunna allaha innallaha ghafurun (-ur) rahimun.' [Yg bermaksud: Wahai Nabi! Ketika datang kepada engkau wanita-wanita beriman meminta berbai’at kepada engkau, (syaratnya) bahawasanya tidak syirik mereka dengan Allah (a.w) dengan sesuatu dan tidak mencuri mereka dan tidak berzina mereka dan tidak membunuh mereka anak-anak perempuan mereka dan tidak mendatangi dengan dusta dengan berbuat-buat dusta antara kedua tangannya dan kedua kaki mereka dan tidak menentang engkau dalam berbuat makruf (kebaikan), maka berbai’atlah dengan mereka dan meminta ampunlah bagi mereka dari Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) adalah zat yang Maha Pengampun lagi Penyayang.] [Ayat 12, Surah al-Mumtahannah]
Saudara, Islam itu adalah ugama yg sempurna. Islam mengatur kehidupan manusia di dunia secara terbaik, kalaulah mereka Islam dan mereka berilmu dan faham ketetapan Allah (a.w) melalui kefahaman mengenai ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Dan, apabila umat Islam berilmu dan faham tuntutan Islam, maka ketetapan dalam ayat-ayat ini mudah difahami dan diterima, dan sewajibnya dilaksanakan. Ancamannya berat. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran apabila telah ditetapkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya sesuatu ketetapan (= hukum), maka tidak dilaksanakan atau diganti dgn ketetapan manusia, maka orang yg menidakkan ketetapan tersebut atau orang yg mengingkari ketetapan tersebut diistilahkan atau dicop sebagai orang yg fasiq (=menentang) atau menzalimi diri (= tahu dan faham tapi sengaja tak laksanakan) atau kafir (= tak percaya kpd kewujudan dan kekuasaan Allah (a.w) = tak Islam). Berapa ramaikah orang Islam, yg kerana, ketetapan sedemikian ini jatuh kafir?
Saudara, kalau kita teliti al-Quran dan as-Sunnah, keIslaman kita hari ini belum sempurna lagi. Namun, sebagai manusia biasa kita tertakluk kpd peraturan dan ketetapan manusia yg menjadi pemimpin kita - dalam politik dan dalam keugamaan - maka mudah-mudahan Allah (a.w) ampuni dosa kita kerana kita tak berkuasa mengubah pegangan Islam kita secara bersendirian. Mudah-mudahan keIslaman kita diterima Allah (a.w). Dan, kalau Allah (a.w) hukumi, biarlah mereka yg bertanggungjawab dihukumi olehNya. Semoga kita dimaafkan. Kalau kita semak ilmu as-Sunnah, Islam mewajibkan kita mentaati 'ulil amri' selagi ulil amri itu tidak memerintahkan kita supaya melakukan sesuatu yg sama sekali bercanggah dgn al-Quran dan as-Sunnah. [Nota: Perintah yg bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah diistilahkan 'kemaksiatan' dalam Islam]. Kalau perintah ulil amri itu adalah suatu kemaksiatan, maka kita sama sekali dirtegah akur dan patuhi. Jika kita patuhi juga, maka kitalah yg menanggung dosa, tidak lagi ulil amri yg memerintahkan kita. Dalam perkara ini, kalau kita perhati dan halusi kehidupan kita sebagai orang Islam, agaknya banyakkah perintah ulil amri yg bersifat maksiat? Banyak. Yg obvious, tapi tidak disedari adalah perintah pihak berkuasa ugama mensyaratkan menyampaikan ilmu al-Quran dan as-Sunnah melalui 'tauliah' - takda 'tauliah' tak boleh ajarkan atau ceramahkan atau sebarkan. Terkadang 'tauliah' diberikan hanya atas pertimbangan yg tidak hak semata-mata kerana pertimbangan keduniaan ...

Jazakallahu khairah

Islam dan Sinario Selepas Kematian

Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg Islam dan ingatkan atau diperingatkan akan kematian, mungkin kita telahpun temui situasi atau peristwa-pertistiwa yg menunjukkan telahpun bermulanya atau telahpun hampir kiamat dunia. Sebenarnya,semua manusia itu mempunyai pelbagai kepercayaan tentang kebangkitan semula manusia setelah matinya. Orang Kristian percaya akan dibangkitkan semula, tetapi kesemuanya, kalau baik di dunia maka baiklah di akhiratnya. Orang berugama Hindu atau Budha contohnya mempunyai kepercayaan yg lain pula. Ada menyebutkan tentang re-incarnation. Kalau baik semasa hidupnya maka dire-incarnatekan dgn binatang yg baik di dunia dan di akhirat. Orang China pula beranggapan kesemua mereka yg baik ketika di dunia dibangkitkan baik, dan jika dibekalkan dgn kemudahan spt wang dan harta benda ketika dikuburkan,maka mereka mendapat kemudahan tersebut ketika dibangkitkan kelak. Hanya orang yg tidak berugama -atheists- sahaja, agaknya yg tidak percaya dgn kebangkitan semula, setelah mati.
Bagi kita yg Islam, kita yakin dan percaya bahawa kitapasti dibangiktkan semula di akhirat untuk mendapat balasan terhadap segala sesuatu yg kita lakukan ketika kita hidup di dunia. Segala kebaikan yg kita lakukan akan dibalas dgn kebaikan atau pahala di akhirat kelak (maksudnya, mendapat syurga). Segala kejahatan dan keburukan yg kita lakukan ketika hidup di dunia akan dibalas dgn siksaan di akhirat (maksudnya, masuk neraka) kerana perbuatan yg berdosa dan ditegah. Malah, lebih dari itu. Kejahatan yg dilakukan ketika di dunia juga akan diterjemahkan oleh siksaan dalam kubur. Maka dgn itu, para ulama' menyebutkan bahawa sesiapa yg selamat dalam kuburnya tidak di siksa, maka bererti dia adalah calun syurga, setelah di hisab di padang makhsyar kelak. Oleh itu, sesiapa yg tersiksa dalam kuburnya, maka fatenya di akhirat kelak jauh lebih buruk lagi. Apa yg berlaku dalam alam barzah atau dalam kubur itu adalah reflection tentang apa yg akan berlaku di akhirat. Malah lebih teruk dan lebih azabnya lagi ketika di akhirat!
Saudara, tidak kira umur berapa kita sekarang ini, kita pasti ajal kita akan sampai. Maka dgn itu di dalam al-Quran disebutkan berulang kali, ketika ajal seseorang itu datang, tidak akan ditangguhkan kematiannya walau sesaat dan tidak juga didahulukan kematiannya walaupun sesaat. Kita pasti mati. Keimanan yg pertama bagi orang Islam adalah yakin dia tentang kematian - kematian adalah suatu kepastian dan kemestian. Apabila sudah mati kita, maka bermulalah balasan terhadap segala perbuatan kita di dunia dahulu. Kalau kita adalah calun syurga, maka kita berada di dalam kubur itu seumpama seorang pengantin baru berehat menunggu hari kebahagiaan baginya iaitu peluang masuk ke syurga. Kalau kita adalah calun neraka, maka pelbagailah pula siksaan yg kita hadapi ketika di dalam kubur. Siksaan yg paling common, kata ulama' yg faham, adalah siksaan disebabkan mengerjakan ibadah solat tetapi dgn pakaian yg terkena najis atau tempat solat yg kena najis air kencing. Maka dgn itu, orang yg faham Islam melalui pengajian al-Quran dan as-Sunnah, akan mengutamakan kebersihan tubuh badan dan pakaian dan tempat solat supaya terpelihara dari najis kencing, walaupun kencing itu oleh anak kecil yg mumaiz, yakni belum makan makanan solid.
Saudara, kiamat pribadi yg kita akan tempohi adalah kematian kita. Kiamat sebenarnya akan berlaku pada hari Jum'at - Jum'at mana, tahun mana kita tak tahu. Tapi, kiamat itu berlaku pada hari Jum'at. Kemudian, manusia akan dibangkitkan semula pada hari Jum'at minggu kemudiannya. Manusia yg Islam - yg memandu hidupnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg berdasarkan spesifikasi al-Quran dan as-Sunnah - sahaja yg akan berkumpul di padang makhsyar. Orang yg Islam tetapi tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semasa menjalani kehidupan di dunia dan dalam mengerjakan amalan dan ibadah dalam hidupnya, akan dilayani sama spt orang yg tidak Islam, iaitu tidak akan menunggu untuk mendapat Kitab Catatan Amalan mereka, kerana kesemua amalan dan ibadah adalah batal dan batil, dan terus dicampakkan ke dalam neraka! Yg membezakan mereka itu hanyalah dia yakin dan percaya wujudnya Allah (a.w), Tuhan yg Esa, dan percaya bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah Pesuruh Allah (a.w). Untungnya adalah di akhir-akhir kelak, dia akan juga dapat peluang masuk syurga, setelah disiksa di dalam neraka kerana dosa-dosanya - termasuk dosa-dosanya kerana tidak mengerjakan amalan dan ibadah yg disyaratkan atau diwajibkan ke atasnya. Kerana, segala amalan dan ibadah yg dikerjakan sepanjang hidupnya, yg tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau tidak sejajar dgn cara dan kaedah yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), adalah ditolak kerana tidak diterima oleh Allah (a.w) sebagai menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, orang Islam yg layak berhimpun di padang makhsyar kelak untuk menerima Kitab Catatan Amalan mereka adalah orang Islam yg hidupnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan dia mengerjakan amalan dan ibadah - yg wajib dan yg sunat - menepati ketetapan as-Sunnah atau menepati bentuk-bentuk, cara dan kaedah mengamalkannya atau mengibadahkannya berdasarkan ketetapan atau preskripsi al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dgn sebab itulah Allah (a.w) memberi kita tahu dalam al-Quran, Ayat 36, Surah al-Isra', bahawa hendaklah kita beramal dan kerjakan sesuatu ibadah itu setelah kita tahu dan faham ilmu mengenainya. Kalau kita buat suatu amalan atau ibadah semata-mata atas dasar ikut-ikutan, i.e. orang buat kitapun buat, tanpa kita pelajari ilmu mengenainya, dan kerjakan atas panduan ilmu sedemikian itu, maka amalan dan ibadah sedemikian itu di tolak dan tidak diterima Allah (a.w)! Inilah hakikat yg utama yg sering tidakpun diberi keutamaan oleh majoriti kita yg Islam. Atau, yg kita tidak fahami tentang Islam.
Selain itu, kalaupun kita beramal dan beribadah kononnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi kita tidak pula berada dalam jema'ah, kerana kesilapan orang yg menasihatkan kita bahawa Islam itu tidak wajib berjema'ah, maka kekal kita beramal dan beribadah tidak menepati ketetapan Islam yg hak, kerana Islam yg hak itu, antara syaratnya, adalah menganuti Islam secara berjema'ah (Ayat 103, Surah ali-Imran). 'Berjema'ah' itu bukan bererti kita bersolat fardhu secara berjema'ah. Tapi 'berjema'ah' dalam Islam itu adalah suatu sistem yg khusus dan formal. Dalam jema'ah Islam itu wujud seorang pemimpin dan barisan kepimpinan jema'ah Islam - ulil amri (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Kepimpinan dalam Islam itu diperjelaskan secara terperinci oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Sila rujuk atau buka Bab mengenai Imarah (Keimaman) dalam kitab-kitab hadith). Dalam Islam ada akad sebagaimana pernikahan dalam Islam itu ada 'akad' (ijab-qabul = perjanjian pernikahan antara lelaki dan perempuan), iaitu ikrar janji taat setia ('Bai'at') oleh anggota jema'ah umat Islam terhadap kepimpinan atau barisan kepimpinan mereka (contoh: Ayat 10 dan Ayat 18, Surah al-Fath, dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah).
Saudara, dalam post ini kita seringkali perjelaskan hakikat atau konsep ungkapan 'ahlus sunnah wal-jama'ah', ungkapan yg seringkali disebut-sebut oleh para ulama' dan penceramah ugama. Tapi, malangnya mereka yg sering merujuk kpd ungkapan ini terkeliru dan tidak faham apakah yg dimaksudkan. Kita telahpun rujuk dua hadith utama mengenai konsep dan hakikat berjema'ah ini. Dua hadith tersebut memberi kita dua muka kpd konsep = two faces of a coin - iaitu maksud kalimah 'ahlus sunnah' = berpandukan as-Sunnah (iaitu sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yg empat selepas beliau = khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin; dan maksud kalimah 'wal-jama'ah' = anuti Islam secara berjema'ah. orang Islam yg menepati dua syarat atai ketetapan ini sahaja yg boleh diakui atau diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Justeru itu, kalau kita semak kita sendiri, soalnya: Apakah kita berpandukan as-Sunnah dalam mengamalkan Islam dan kita juga adalah berjema'ah dalam menganuti Islam? kalau jawapan 'ya', maka kita adalah tergolong di kalangan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Konsep dan hakikat 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu tidak terikat kpd fahaman kemazhaban atau mengikuti mazhab yg empat yg sering dilaung-laungkan oleh para ulama'. Ajaran kemazhaban itu benar selagi tidak bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mana-mana ajaran (atau amalan dan ibadah) yg tidak sejajar dgn al-Quran dan as-Sunnah adalah batal dan batil. Dimanakah kita sebenarnya?
Saudara, ramai umat Islam berpandangan bahawa jika kita Islam kita dibelenggu. Kerana tak dapat lakukan segala sesuatu mengikut citarasa atau kehendak hati kita semasa hidup! Tapi, yg utama kita ingatkan adalah kita hanya ada satu pilihan dalamk ugama kalau kita ingin selamat di akhirat. Iaitu ugama islam. kalau kita opt kpd ugama selain Islam, kita pasti masuk neraka di akhirat kelak. Kerana segala amalan dan ibadah walau sebaik manapun tidak diterima Allah (a.w). Kita bersedekah atau menderma sebanyak mana yg didermakan oleh bilioner dunia spt Warren Buffet atau Vincent Tan atau Bill gates, tidak ada ertinya pada Allah (a.w). Kesemua yg tidak Islam tidak akan merasai kehidupan dalam syurga di akhirat kelak. hanya orang yg Islam sahaja ada peluang untuk menikmati syurga! itulah saja pilihan.
Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dunia ini adalah 'sijnul mukminin' (atau 'penjara bagi orang iman') (kerana tak boleh bebas lakukan apa saja dalam kehidupan kita). Kita dibatasi oleh ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dunia, bak sabda Rasulallah (s.a.w), adalah 'jannatul kafirin' (yakni, 'syurga bagi orang kafir') (= mereka bebas buat apa saja tanpa had). Kerana, di akhirat tidak ada syurga bagi mereka! Allah (a.w) dalam al-Quran memberi kita tahu bahawa orang yg tidak Islam itu hanya boleh masuk syurga jikalah seekor unta itu boleh masuk ke dalam lubang jarum. Suatu kejadian yg mustahil! Maka dgn itulah Islam menyebutkan bahawa kehidupan sebenar atau yg haq bagi orang iman itu adalah kehidupan akhirat - yg nikmatnya tidak dapat difikirkan, tidak pernah terbayang dalam otak manusia, tidak pernah dapat didengar atau dilihat oleh kita di dunia ini. Dan, kehidupan itu kekal pula tidak berkesudahan. Oleh itu, wajarlah kita membuat pilihan yg betul semasa hidup kita. Ketika di akhirat tiada peluang membuat pilihan ... segala-galanya kita sendiri telah tentukan.


Jazakallahu khairah