Friday, September 17, 2010

Ibadah Umrah - Prosesnya

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita akan teliti peraturan mengerjakan umrah. Ibadah umrah adalah suatu ibadah yg ramai orang Melayu kerjakan setiap tahun. Malah setiap kali mereka menunaikan haji mereka akan memperbanyakkan membuat umrah. Di kalangan mereka yg berilmu sedikit, mereka akan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan kerana suatu umrah dalam bulan Ramadhan itu mendapat ganjaran pahala seumpama satu haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w).
Namun, ramai orang Islam tidak faham bahawa sesiapa yg mengerjakan umrah dalam bulan-bulan haji dikenakan dam seekor kambing atau kibas bagi setiap umrah yg mereka kerjakan. Malah, mereka diberitahu bahawa mengerjakan umrah dalam bulan-bulan haji dikenakan dam seekor kambing atau kibas, tidak kira berapa banyak umrah yg mereka telah kerjakan! Ini adalah suatu kekeliruan di kalngan ramai orang Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam sendiri, kerana mereka belum sempurna ilmunya tentang as-Sunnah.
Bulan-bulan haji itu adalah bermula 1 Syawal dan berakhir 10 Zulhijjah. Justeru itu, sesiapa yg mengerjakan umrah dalam masa tersebut wajib membayar dam seekor kambing atau kibas setiap satu umrah!
Cuba kita rengkaskan peraturan mengerjakan umrah itu berpandukan as-Sunnah (i.e. apa yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau apa yg dicontohkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w). Dalam mengerjakan umrah ini begitu ramai orang Islam yg membazirkan wang kerana mengerjakan umrah tanpa panduan yg sempurna dan mengerjakannya tanpa menepati ketetapan as-Sunnah. Kerap kali kita beritahu dalam blog ini bahawa sesuatu amalan atau ibadah yg tidak menepati ketetapan as-Sunnah sebagaimana yg ditetapkan (atau, dicontohkan) oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batal dan tidak mendapat sebarang ganjaran pahala! Ini adalah ketetapan yg amat fundamental dalam Islam. Sebarang amalan dan ibadah yg menyalahi ketetapan al-Quran atau as-Sunnah adalah sia-sia. Oleh itu hendaklah kita berwaspada supaya tidaklah kita menghabiskan masa dan wang mengerjakan umrah tetapi tidak diterima umrah kita oleh Allah (a.w). Justeru itulah, dalam segala sesuatu di dalam Islam, kita hendaklah beramal berdasarkan ilmu. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu qabla amal' (i.e. berilmulah dahulu sebelum membuat sebarang amalan). Demikian jugalah perintah Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Ayat 36, Surah al-Isra') (i.e. Janganlah lakukan atau kerajakan sesuatu (i.e. buat sesuatu amalan) tanpa terlebih dahulu mengetahui ilmu mengenainya (i.e. mengenai amalan atau ibadah tersbut). Umrah yg menepati ketetapan as-Sunnah adalah seperrti berikut:
1. Persediaan sebelum ke Miqat - mandi seumpama mandi junub atau hadath besar (hendaklah kita pastikan bahawa kita mandi junub itu menepati pula ketetapan as-Sunnah. Dalam blog ini kita telahpun sebutkan cara dan kaedah mandi junub itu. Iaitu, mandi junub itu merangkumi dua proses; pertama, berwudu' dan, kedua, mandi dgn meratakan air ke seluruh badan. Hendaklah dimulakan dgn menyebut 'Bismillah'. Tanpa Bismillah, wudu' dan mandi junub tidak sah.)
2. Pergi ke Miqat yg ditetapkan iaitu sama ada di Bir Ali atau Zulhulaifah atau di Ja'ranah apabila kita berada di Mekah;
3. Ketika di miqat bersolat dua rakaat (Solat Tahyat Masjid) kemudian barulah mengenakan (i.e. memakai kain) ikhram, jika belum memakai ikhram. Melafazkan niat umrah setelah memakai ikhram (Nota: Niat umrah adalah: 'Labaika, Allahumma Umrata') bukan 'nawaitul umrata ...' sebagaimana yg diajarkan kpd kita);
4. Membaca Talbiah ketika dalam perjalanan ke Masjidil Haram (kalimah-kalimah talbiah semua orang tahu, bermula dgn 'Labbaika allahumma labaik ...) dan berhenti membaca Talbiah ketika masuk ke Masjidil Haram dan ternampak Ka'abah. Ketika masuk Masjidil Haram baca doa masuk masjid: 'Bismillah, as-salamu 'ala rasulaillah ...', dan ketika nampak Ka'bah bacalah doa 'Allahumma zid baitaka ...';
5. Tawaf mengelilingi Ka'abah tujuh pusingan bermula dari Rukun (Sudut) Hajar Aswad (yg ditandakan dgn lampu hijau sekarang), berjalan sampai semula ke Rukun (Sudut) Hajar Aswad, satu pusingan. Mulakan perjalanan dgn memandang ke Hajar Aswad dan mengusapnya atau beristilam (i.e. melambaikan tangan kanan ke arahnya) dgn menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar' (sekali), kemudian mulakan berjalan anti-clockwise. Ketika berjalan antara Rukun (Sudut) Hajar Aswad ke Rukun (Sudut) Yamani dibaca tasbihnya, iaitu 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, walllahu akbar. La haula wala quata illa billah' sahaja. Dibaca berulang-ulang.Tak perlu baca yg lain. Ketika sampai ke Rukun (sudut) Yamani, sudut yg ke-3 pada Ka'abah, usap atau beristilam sekali lagi dgn kata-kata 'Bismillah, Allahu Akbar', dan berjalan sehingga sampai ke Rukun (Sudut) Hajar Aswad sambil membaca doanya 'Allahumma inni asaluka 'afwa wal-afiata fiddunya wal-akhirah; rabbana atina fid dunya hasanah, wa-akhirah hasanah, wa-qina 'azabannar' sahaja diulang-ulangi sehingga sampai ke Rukun (Sudut) Hajar Aswad. Apakala sampai ke Rukun (Sudut) Hajar Aswad usap atau beristilam semula mengadap Hajar Aswad sambil menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar'. Selesai satu pusingan.
6. Setelah cukup 7 pusingan, ketika sudah mengusap atau beristilam dgn memandang Hajar Aswad, kitapun berjalan ke suatu tempat di belakang Makam Ibrahim sambil membaca: 'A'uzubillahi minas syaitanir rajim, Bismillahir rahmanir rahim, wattakhazu min maqami ibrahimma mussala', dan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat sunat dibacalah Doa Nabi Adam dan/atau Doa Nabi Ibrahim dan ditambah dgn doa-doa lain;
7. Berjalan ke Bukit Safa untuk mengerjakan Sai tujuh perjalanan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, sambil membaca 'A'uzubillahi minas-syaitanir rajim, Bismillahir rahmanir rahim, Innas sofa wal-marwata min sya'airillah';
8. Setelah sampai ke kaki Bukit Sofa, mengadap ke Ka'abah sambil beristilam kpd Hajar Aswad dgn menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar' (3 kali), dan mulakan perjalananan ke Bukit Marwah, sambil membaca Talbiah. Ketika sampai ke kawasan lampu Hijau berlari-lari anak sambil membaca 'Rabbirfir warham wa-antal-a'azul akram', kemudian selepas Lampu Hijau dibaca Talbiah semula, sehingga sampai ke kaki bukit Marwah. Kenaikan menaiki Bukit Marwah di baca semula' A'uzubillahi minas-syaitanir rajim, Bismillahir rahmanir rahim, Innas sofa wal-marwata min sya'airillah'. Ketika berada di kaki Bukit Marwah (cukup satu perjalanan) mengadap ke Ka'abah, beristilah kpd Hajar Aswad dan dgn menyebut 'Bismillah, Allahu Akbar' dan baca doanya, dan kemudian berjalan pula ke Bukit Sofa;
9. Setelah selesai 7 perjalanan yg akan berakhir di Bukit Marwah, maka bertahalullah dgn memotong sedikit rambut (bagi lelaki dan perempuan) atau lelaki boleh bercukur, maka selesailah ibadah Umrah.
Demikianlah cara dan kaedah mengerjakan umrah berdasarkan ketetapan as-Sunnah atau apa yg dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) ketika mengerjakan umrah.
Apabila sudah mengenakan ikhram maka pantang larang berikhram itu terpakai, selafgi belum selesai Tawaf dan Sai dan bertahalul.
Insya Allah kita akan turunkan hadith-hadith yg berkaitan kemudian nanti sebagai ilmu yg haq untuk meyakinkan kita bahawa kita kerajakan umrah menepati ketetapan as-Sunnah dan umrah yg menepati as-Sunnah pasti diterima Allah (a.w). Itu janji Allah (a.w) dan janji RasulNya.
Sebagai suatu ibadah, umrah itu diterima jika menepati ketetapan as-Sunnah dalam konteks rukun qalbinya (spt niat), rukun qaulinya (spt segala bacaan dan doa) dan rukun fe'linya (spt segala perlakuan). Pahala umrah itu bergantung kpd keikhlasan kita dalam mengerjakannya. Ini isu pengabdian kita kpd Allah (a.w). Namun, tanpa proses yg betul, tiada pahala. Dgn proses yg betul serta keimanan yg mantap dalam mengerjakannya, maka kita berjaya menjadi tetamu Allah (a.w). Hadith menyebutkan ada tiga golongan tetamu Allah (a.w): pertama, orang yg berperang dalam fi sabilillah (i.e. al-Gahzi); kedua, orang yg mengerjakan haji (al-hajji); dan ketiga, orang yg mengerjakan umrah (al-muktamiru).
Jika kita berkesempatan ke Mekah, kita akan merasa kasihan betapa ramainya orang Islam yg beramal dgn sia-sia ketika mengerjakan haji dan umrah. Ramai yg tidak menutup aurat (spt lelaki nampak pusatnya). Ramai yg tidur di masjid kemudian bersolat ketika datang solat tanpa berwudu' semula kerana tidur membatalkan wudu'. Ramai yg solatnya tidak diterima kerana tidak menetapi cara dan kaedah solat Rasulallah (s.a.w) sejajar dgn sabdanya: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' (i.e. solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat). Semua ini kerana kejahilan ilmu tentang as-Sunnah. Ramai yg melepaskan peluang keemasan berada berhampiran Masjidil Haram bersolat di rumah dan tidak di Masjidil Haram, walhal solat berjema'ah mendapat gandaan pahala 27 kali dan ditambah pula dgn gandaan kerana membuat ibdah dan amalan dalam Masjidil Haram mendapat gandaan 100,000 kali pula! Keimanan seseorang itu boleh dilihat sejauh mana dia menghabiskan masanya dalam Masjidil haram mengerjakan pebagai ibadah fardu dan sunat.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Haramayn Group is the biggest system encouraging worldwide Umrah & Hajj Tour Operators in various ways. Hajj Travel Agents will enroll them will all around famous and reputed Hotels in Saudi Arabia so their customers will never face any issue with respect to their stay in luxury hotels in Saudi Arabia.

    ReplyDelete