Saturday, June 26, 2010

Puasa Sunat (Samb.): Puasa Rejab?

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini penulis perasaan bahawa apabila melihat kalender, kita sudahpun masuk bulan Rejab 1431 Hijriah. Jadi dua bulan lagi kita akan berpuasa Ramadhan. Dan, kemudian kita akan merayakan Aidul Fitri (Raya Puasa) pula dan kemudian sebulan pula akan sibuklah orang Islam bersedia untuk menunaikan Haji di Mekah bulan Zulkaedah dan Zulhijjah. Maka, berlalulah setahun lagi. Maka hampirlah kita kepada ajal kita setahun lagi. Entah berapa ada bakinya ...
Kebetulan ada juga rakanrakan yg bercerita bahawa dulu ibu bapanya ketika hayatnya rajin mengamalkan puasa yg dinamakan 'Puasa Tiga Bulan Berturut-turut', iaitu puasa sunat sepanjang Rejab, Sya'ban dan teruskan dalam Ramadhan - jadi 3 bulan semuanya. dalam zaman jahiliah penulis, terasa kagum bagaimana hebatnya usaha orang-orang dulu nak dapatkan kerahmatan Allah (a.w) dan kerana itu syurga Allah (a.w) sanggup berpuasa tiga bulan. Ketika itu mereka yg muda tidak sanggup bersama mereka berpuasa 3-Bulan ini.
Adakah dalam Islam syariat puasa sunat 'tiga bulan berturut-turut' ini? Setelah mengikuti pengajian al-Quran dan al-Hadith, belum lagi dapat dan belum lagi diketemui mana-mana nas dan dalil sama ada al-Quran atau al-Hadith (as-Sunnah) bahawa ada Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin mengerjakan puasa 3-bulan ini. Kalau Rasulallah (s.a.w) dan khalifah yg empat selepas wafat beliau kerjakan, maka adalah suatu sandaran as-Sunnah bahawa puasa 3-bulan ini wujud dalam Islam. Maka boleh diamalkan. Jika tiada nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah, maka tidak dibuat oleh Rasulallah (s.a.w). maka tidak ada dalam syriat Islam. Kalau kita kerjakan? Mendapat penat dan dahaga dan lapar sahaja, tanpa apa-apa pahala! Penulis bersedih, penat beramal dan beribadah demi hendak mendekati Allah (a.w), tapi menjadi semakin jauh pula. Kerana melakukan suatu ibadah yg tidak disyariatkan dalam Islam. Rugi.
Maka dengan itulah kita wajib menimba ilmu dahulu sebelum mengerjakan apa-apa ibadah dan amalan. jangan main ikut-ikut. Orang buat kita buat. Orang kata gitu dan gini, kita ikuti dia. Kita jadikan dia model ikutan kita dalam beramal, walhal Allah (a.w) sudahpun beri kita tahu Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah' - model terbaik untuk kita contohi!
Kembali kepada kalender yg penulis sebutkan sebelum ini, kebetulan diberikan oleh Pusataka Mukmin (KL) Sdn Bhd, sebuah kedai buku kitab-kitab ugama di KL. Dah lama digantung, tapi baru tadi kebetulan dilihat. Maka ternampaklah catatan pada kalender bulanan itu perkara-perkara berikut:
1. Setiap Isnin dan Khamis di tulis 'Sunat berpuasa' dan
2. Setiap 13, 14 dan 15 bulan-bulan Hijriah kalender ditulis 'Sunat berpuasa'
Tapi, takda pula di tulis suatu hari atau beberapa hari dalam bulan Rejab 'sunat berpuasa'! Jelaslah mamak kedai ini tahu bahawa dalam Islam ada syariat puasa sunat dua hari seminggu setiap minggu, iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Dan, dia juga tahu ada dalam syariat Islam bahawa puasa tiga hari setiap bulan Hijriah iaitu pada 13, 14 dan 15 bulan-bulan Hijriah. (Dikatakan dalam sesetengah riwayat, sebagai 'Puasa Putih' (ketika itu bulan sempurna mengambang penuh). Takda dalam kalender itu pusa Rejab. Tapi ada orang Melayu Islam kata ada puasa Rejab ini.
Begitulah, kejahilan akan membebankan kita dengan beberapa amalan dan ibadah yg bukan berupama amalan dan ibadah yg dituntut oleh Islam. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) berpesan: 'Al-ilmu qabla 'amal' (maksudnya: berilmulah dahulu sebelum mengerjakan apa-apa amalan (atau ibdahah)). Dan, Allah (a.w) juga berfirman dalam Ayat 36, Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (maksud: Janganlah kamu lakukan sesuatu tanpa kamu mempunyai ilmu mengenainya terlebih dahulu). Pendeknya, jangan lakukan sesuatu dalam kejahilan. Sia-sia.
Mengerjakan suatu amalan dan ibadah mengharap pahala Allah (a.w) menjadi dosa apabila dilakukan tanpa dasar ilmu. Ilmu itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Contoh amalan dan ibadah itu adalah Rasulallah (s.a.w). Kita tahu hanya dgn merujuk kpd as-Sunnah. Janganlah jadi pak turut, bahaya. Taklid = menurut perlakukan dan perbuatan atau kata-kata orang yg jahil atau yg tiada berlandaskan ketetapan as-Sunnah menyuruh orang beramal dan beribdah mengundang keclakaan kpd kita. Berwaspadalah. Belajarlah dulu, baru buat amalan. Dan, kalau sudah beramal, usahakan menyemak sandaran amalan dan ibadah kita, sama ada wujud atau tidak dalam Islam. kalau, wujud lihat cara dan kaedah betulkah atau menepatikah cara dan kaedah yg dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w)? kalau berbeza pasti ada aspek bid'ah dalamnya. kalau berbeza, kita tersukan, dan orang bagi kita tahu itu bid'ah, kita buat tak kisah atau buat da' aje, kita tergolong orang yg sombong. Sudahlah kita mengamalkan yg batil yg menjerumuskan kita, kita pula dibenci Allah (a.w). Ingat: orang yg ada sebesar zarah atau debu perasaan sombong dalam hatinya, tidak akan masuk syurga! Wal iyazubillah min zalik. Kalau amalkan bid'ah dan orang dh bagi tahu, kita degil, teruskan, maka kita terkeluar dari Islam tanpa kita sedari! Wal iyazubillah min zalik.
Oleh itu berwaspadalah. Berhati-hatilah mencari ilmu dan berguru dan beramal.. demia kebaikan akhirat kita.

Jazakallahu khairah

Friday, June 25, 2010

Perintah Allah (a.w): Islam yg mana satu??

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telah lihat semakin kusut pemikiran orang Islam di Malaysia apabila ada tuduhan bahawa orang yg berilmu dan berdakwah berlainan dari kumpulan arus perdana dikatakan pengikut salafiah atau Wahabbi. Kemudian, ada pula tuduhan yg bersifat fitnah bahawa mereka yg berlaianan pembawakan dari golongan majoriti itu juga orang yg simpati dgn perjuanagn radikal orang-orang seumpama al-Qaeda, Taliban, JI di Indonesia. Mungkin mereka menumpukan perhatian pada perkara 'jihad'. Sebenarnya mereka tidak faham atau kurang faham tentang Islam dan syariatnya.
Kita telah teliti peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa selepas kewafatan beliau, umat Islam (Perhatikan: Umat Islam bukan umat ugama lain) akan berfirqah atau berpecah-pecah menubuhkan perkumpulan atau fahaman berasingan. Akan wujud 73 firqah atau golongan yg Islam kerana mereka mengucap syahadah, solat, puasa, keluarkan zakat dan kerjakan haji dan umrah. Semua mereka mengharapkan agar diberi Allah (a.w) ganjaran syurga di akhirat kelak. Yg kaya pula membelajakan banyak wang ringgit untuk membangunkan pelbagai projek fi sabilillah, spt masjid, sekolah ugama, sekolah tahfiz, tadika Islam dan menaja kanak-kanak yg cerdik belajar di IPT terkenal dunia spt al-Azhar, Univ Madinah, Univ Ummul Qura dan seumpamanya. Semuanya mengharapkan agar perbelajaan fi sabilillah mereka itu tidak sia-sia - mengalirkan pahala sampai kiamat dunia.
Ada yg menubuhkan pusat pemulihan bagi gadis-gadis yg terlanjur supaya disedarkan dan dibentuk akhlak mereka menjadi wanita Muslim yg solehah. Ada yg menubuhkan pusat-pusat anak yatim. Ada yg menubuhkan pusat-pusat tadika dan taska Islam. Semuanya mengharapkan ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat mereka.
Namun, hakikatnya adalah majoriti umat Islam belum faham atau masih jahil tentang Islam dan tuntutan Islam dan syariatnya. dalam blog ini kita telah teliti berbagi hujjah berdasarkan dalil dan nas al-Quran dan as-Sunnah, apakah Islam itu sebenarnya dan apakah syariatnya atau tuntutannya mengikut ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Bagi mereka yg ingin mencari jalan yg haq ke syurga, apabila mereka baca, difikirkan dan direnung dan menungkan, maka akan nampak cahaya kebenaran di dalam apa-apa yg disampaikan. Blog ini menyampaikan asas dan panduan tentang Islam dan syariatnya berdasarkan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah dua sumber ilmu yg haq dan itulah panduan yg haq bagi orang Islam yg benar-benar ingin mencari 'siratul mustaqim', iaitu jalan yg ditetapkan atau ditunjukkan Allah (a.w) untuk mendapatkan kerahmatannya, dan kerana kerahmatan itu mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Antara kunci utma untuk mendapatkan syurga serta selamat dari neraka itu adalah Ayat 13, Surah an-Nisa': Taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), maka sudah pasti Allah (a.w) berikan syurga. Itulah janji Allah (a.w). Itulah juga janji Rasulallah (s.a.w). Janji Allah (a.w) itu adalah janji yg pasti. Janji Rasulallah (s.a.w) adalah juga janji pasti kerana firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' menyebut: Sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia taatkan Allah (a.w). Dan, kita benar-benar Islam jika kita ikuti as-Sunnah. Itulah firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita ambil dan amalkan sekuat mampu kita, dan apa-apa yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita jauhi.
Apakah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)? Rasulallah (s.a.w) bawakan kpd kita al-Quran dan 'al-Hikmah' atau as-Sunnah. Kemudian, Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) bercakap bukan sebarangan. Dia bercakap (i.e. bersabda) atas perintah Allah (a.w) melalui wahyu. Rasulallah (s.a.w) tidak berkata-kata kerana perasaan atau kerana mengikut kehendak nafsunya sebagaimana manusia spt kita yg seringkali bercakap tanpa landasan yg haq, tetapi mengikuti perasaan atau hawa nafsu kita. Inilah yg difirmankan Allah (a.w) pada Ayat 2 dan 3, Surah an-Najmi: Dan, tidaklah berkata-kata (Rasulallah (s.a.w)) itu mengikut hawa nafsunya. Sesungguhnya dia (Rasulallah (s.a.w)) itu berkata-kata kecuali dengan wahyu yg diwahyukan kepadanya. Oleh itu, kita tak wajar ragu-ragu menerima as-Sunnah, kalaulah kita masih ragukan Ayat 7, Surah al-Haysr itu! Kemudian Allah (a.w) memberitahu pada Ayat 9, Surah as-Sof: Dialah (Allah (a.w)) yg mengutus Rasulallah (s.a.w) membawakan petunjuk atau hidayah berupa al-Quran dan as-Sunnah.
Sehubungan itu juga Allah (a.w) perintahkan Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia pada Ayat 23, Surah al-Jinn: 'Katakanlah (Muhammad (s.a.w), bahawa aku (yakni, tugasku) adalah menyampaikan (keterangan dan perintah Allah (a.w)) dari Allah (a.w) dan aku (Nabi) (memikul tanggungjawab) sebagai RasulNya. Dan, barangsiapa yg derhaka kpd Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan derhaka kpd RasulNya (yakni, tidak ikuti as-Sunnah), maka bagi mereka disediakan neraka jahannam ...' (yakni, pasti masuk neraka tak dapat syurga)!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa ingkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w). Dan, barangsiapa mentaati pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia mentaati aku, dan barangsiapa mengengkari (atau, melanggar) perintah pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia engkar (atau, melanggar perintahku.’[Hadith Bukhari]
[Nota: Insya Allah, penulis akan bincangkan kelak dengan teliti serta terperinci apakah yang dimaksudkan berjema’ah dalam Islam dan apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan dalam Islam itu. Kerana kefahaman ini penting supaya kita boleh fahami apa maksud 'berjema’ah' dan 'uulil amri' dalam Islam itu. Kefahaman sedemikian amat kritikal demi menepati perintah Allah (a.w) dalam Ayat 56, Surah az-Zariat (yakni, Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia dengan tujuan untuk mengabdikan diri mereka kepada Aku (Allah (a.w) itu) dan Ayat 13 Surah an-Nisa’ tersebut. Supaya kita benar-benar tahu bagaimana mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) jika wajib berilmu. Ilmu yg wajib kita pelajari dan fahami adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah.
Dalam hadith di atas itu disebutkan 'imam' atau 'amir'. Kita akan teliti insya Allah kemudian nanti apakah maksud 'Imam' dan/atau 'Amir' dalam syariat Islam itu. Perintah Rasulallah (s.a.w) ini berkaitan dengan firman dan perintah Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' [Nota: Dalam blog ini penulis sudahpun rujuk kpd ayat ini. Kita akan teliti lagi kemudian nanti.]
Maka, dengan itu sesiapa yg tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, maka pastilah dia akan sesat. Mereka yg belajar Islam dari kitab-kitab karangan manusia, pasti juga sesat, kalau mereka belum faham al-Quran dan as-Sunnah. Inilah pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Sabda Nabi (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballahi wasunnati nabiyi.' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yang jika kamu sekelian berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (dalam mencari dan mendapat serta mengikuti siratul mustaqim, yakni jalan ke syurga) (iaitu): Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)). [Hadith sahih at-Termidzi, Ahmad ibnu Hanbal, Ibni al-Asim, al-Hakim, at-Tobrani, ad-Dalamii dan al-Thahawi]
[Nota: Di dalam al-Quran disebutkan ‘kitab’ dan ‘hikmah’: Sila rujuk ayat-ayat yg disebutkan di bawah ini dalam surah-surah berkenaan, iaitu al-Baqarah (ayat-ayat 129, 151 & 231), ali-Imran (ayat 164), an-Nisa’ (ayat 113), ad-Dhuhan (Ayat 34) dan aj-Jumu’at (Ayat 2). Mengikut Imam as-Shafie perkataan ‘hikmah’ mengikut persetujuan para ulama yang faqih tentang Ilmu al-Quran bermaksud Sunnah Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah.]
Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith berikut memperingatkan kita suatu perkara yg wajib kita sematkan dalam dada kita.
Diriwayatkan sepotong hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) yang berkata bahawa sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) pada suatu ketika telah bersabda: 'Sesungguhnya ada pada kamu dua perkara, iaitu kalam dan hidayah. Maka sebaik-baik kalam itu ialah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah itu adalah hidayah Nabi Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, dan takutlah kamu semua, kan perkara-perkara yang buruk itu adalah pembaharuan (dalam perkara ugama) yang diada-adakan, dan tiap-tiap pembaharuan itu bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah itu dolalah (yakni, sesat) dan setiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka.'.] [Hadith Ibnu Majah]
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’.’ ‘Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ ‘Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu ‘enggan’ (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) sebagaimana yg terdapat dalam as-Sunnah).’ [Hadith Bukhari]
Apakah contoh orang yg 'enggan'? Kita lihat beberapa contoh. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (maksudnya: Bersolatlah kamu sebagaimana yg kamu lihat aku bersolat' [Hadith Bukhari]. Rasulallah (s.a.w) suruh kita bersolat sebagaimana dia bersolat. maka untuk mengetahui bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat, kita wajib pelajari ilmu as-Sunnah. Kalau kita bersolat cara lain, atau tak sama dengan cara Rasulallah (s.a.w) pastilah kita tergolong sebagai orang yg ingkarkan Rasulallah (s.a.w)! Abu Hurairah (r.a) meriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) rida tiga perkara ...(satu daripada tiga itu adalah) bahawa umat Islam itu pegang tali (i.e. ugama) Allah (a.w) (i.e. Islam) secara berjema'ah ...' [Hadith Muslim] Perintah Rasulallah (s.a.w) ini adalah selari dengan firman Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Berpegang teguhlah kamu sekelian dengan tali (i.e. ugama) Allah (a.w) (i.e. Islam) secara berjema'ah dan jangan berfirqah-firqah (yakni, berpecahbelah) ...' Umat Islam pasti berpecah jika mereka ikuti fahaman sesuatu perkumpulan atau mazhab, kerana akan terdapat perbezaan cara dan kaedah beramal dan beribadah, dan akan ada perkara-perkara tambahan kpd syariat yg asli dari Allah (a.w) dan RasulNya! Rasulallah (s.a.w) berpesan dalam hadith: 'Barangsiapa beramal dengan suatu amalan yg bukan didtangkan dariku (Nabi), maka dia (amalannya) ditolak.' [Hadith Muslim].Kita diberitahu bahawa semua pembaharuan dalam syariat Islam (sama ada dalam bentuk-bentuk amalan atau ibadah, cara dan kaedah beramal dan beribadah yg tidak didapati dalam as-Sunnah adalah bid'ah. Tapi, majoriti kita dalam Islam yakin kononnya ada 'bida'ah hasanah'!! Ini adalah suatu pembohonan. Ini juga satu keengganan menerima ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni kita tolak as-Sunnah!
Mudah-mudahan Allah (a.w) memberikan kita petunjuk untuk faham akan islam dan syariatnya supaya kita benar-benar tergolong dalam golongan yg akur terhadap ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan berpegang kpd as-Sunnah dan semoga kita tergolong dalam golongan yg berjaya dapat syurga daripada 73 golongan yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu. Amin.

Jazakallahu khairah


Thursday, June 24, 2010

Berita Menarik Hari ini

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini terbaca di muka depan akhbar Sinaran Harian ekoran kononnya Jemaah Islam (Indonesia?) dan lain-lain kumpulan radikal 'Islam' giat rekrut penyokong dan ahli dari kalangan pelajar IPT. Katanya dilapurkan oleh KDN perkara tersebut. Ada berita menyatakan bahawa orang Wahabbi berpotensi menjadi penyokong JI atau radikal Islam. Kononnya ada pula desas desus orang menyebut bahawa Dr Asri, bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ni, Dr Juanda, juga orang yg simpati dgn JI. Tah betul tah tidak. Di Malaysia ni berita sensasi seperti ini selalu dibuatkan oleh pemberita dan akhbar untuk melariskan jualan. Ada juga yg menuduh bahawa bekas MB Terangganu, Dato' Hadi Awang, Presiden PAS, orang Wahabbi! Interestingly, dia akui bahawa dia memang belajar di IPT Wahabbi, makan dan minum nasi kawah Wahabbi, dapat biasiswa Wahabbi dan sebagainya. Dilapurkan juga bahawa bekas MB Perlis dulu, Dato' Shahidan Kassim, confess yg dia berpegang teguh dgn pandangan arus perdana Islam di Malaysia, iaitu fahaman as-Syafie! Betul tah tidak. Nampaknya, kalau betul dia takut digelar 'pengikut Wahabbi' agaknya.
Dalam hubungan ini, penulis pengikut mazhab rasulallah (s.a.w), kerana itulah mazhab yg ajarannya pasti membolehkan kita masuk syurga dan selamat dari neraka. Dalilnya Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr.
Penulis dahpun beritahu pesanan Rasulallah (s.a.w) bahawa akan wujud 73 mazhab dalam Islam selepas kewafatan beliau. Empat atau enam yg ada sekarang tak menghairankan. Yg utama kita ingat adalah 72 daripada 73 mazhab walaupun Islam tak dapat syurga, hanya satu golongan yg tidak terikat kpd mana-mana mazhab yg dapat syurga, iaitu pertama, orang yg ikuti as-Sunnah dan kedua, mereka berjema'ah dalam Islam, kerana itulah perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 103, Surah ali-Imran dan dalil-dalil hadith.
Ganjil sekali. Kerana begitu ramainya orang di Malaysia yg phobia dgn Wahabbi. Mungkin kerana taksubkan fahaman kemazhaban. Sewajibnya setiap kita yg Islam yg inginkan syurga dan selamat dari neraka, sewajibnya taksub kpd ajaran Rasulallah (s.a.w) kerana itu saja ajaran yg haq dan dijamin pasti dapat syurga. Bukan ajaran orang atau kumpulan manapun. Tapi, ramai orang Melayu yg berkuasa dan berilmu dan berkedudukan begitu paranoid tentang kalimah 'Jema'ah' ini. Pada mereka 'jema'ah' itu merujuk kpd fahaman radikal dan sebagainya. Sebenarnya mereka jahil.
Insya Allah kita akan teliti kemudian nanti hakikat 'jema'ah' dalam Islam. Kita dahpun sentuh sedikit tak lama dulu. Mungkin tak cukup untuk memberi kefahaman. Kita akan tahu nanti bahawa setiap kita yg Islam akan berdepan dengan dua kesudahan selepas matinya kita: iaitu segolongan dapat syurga, dan segolongan dapat neraka. Takda kesudahan jalan tengah! Semuanya bergantung kpd hakikat ini, iaitu 'adakah kita menganuti Islam menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau tidak. Kalau tidak, kita Islampun, serupa dgn orang yg tak Islam. Semua amalan dan ibadah tidak sah dan tidak diterima. Hakikat ini amat penting kerana masakan 73 golongan Islam dari 73 golongan Islam boleh masuk neraka kalau berpandukan dgn ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya! Tapi, majoriti orang ugama tak faham atau kalau mereka faham, mereka buat-buat tak faham kerana dunia.

Jazakallahu khairah

Wednesday, June 23, 2010

Ilmu: Belajar dan Mengajar Yg Batil (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat apakah ketetapan Islam terhadap orang yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya (yakni, mempelajari ilmu melalui pelbagai sumber dan termasuklah mempelajari ilmu yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah) kerana tujuan keduniaan. Mereka ini dihukum orang yg tidak akan dapat mencium baru syurga! Wal iyazubillah. Hari ini banyak mereka yg terlibat. Termasuklah mereka yg bergelar ulama' yg bertugas dalam badan-badan keugamaan kerajaan maupun bukan kerajaan. Ramai yg terlibat dalam bidang akademik kerana mengajarkan ilmu untuk maisyanya kerana dibayar gaji dan upah kerana mengajarnya. Mungkin kita tidak dapat selam jantung hatinya, tapi kita tau mereka secara langsung terlibat dalam mengajar dan menyampaikan ilmu. Ada orang yg berilmu tidak sanggup menyampaikan atau mengajarkan ilmunya tanpa diupah dengan lumayan. Hakikatnya ilmu mengenai Islam itu tidak boleh didagangkan, yakni digunakan untuk tujuan mencari kesenangan atau kemewahan hidup. Kerana, Islam memberikan ganjaran yg amat banyak kepada mereka yg belajar ilmu dan mengajarkan ilmu. Lebih tinggi dan lebih banyak ganjarannya dari apa yg boleh didapati oleh manusia di dunia ini. Kalau mereka yakin dengan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Kali ini kita lihat sepotong hadith yg memberi ketetapan mengenai mereka yg belajar ilmu dan mengajarkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya bukan untuk tujuan mengilmukan dirinya sendiri supaya benar-benar faham tentang Islam, maka mereka terpandu dalam beramal dan beriibadah dan dalam mengembangkan syiar ugama Allah (a.w). Atau, untuk mengilmukan manusia, termasuk keluarganya, rakann taulan dan masyarakatnya. Tapi, untuk tujuan-tujuan keduniaan semata-mata. Apa akibatnya.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata dari Nabi (s.a.w): ‘Sesungguhnya manusia dari umatku nescaya belajar dia (dan) mengajar dia di dalam (ilmu) ugamanya, dan membaca al-Quran, dan dikatakan kepada mereka: ‘Datang dia pada beberapa amir (yakni, pemimpin atau mereka yang berkuasa dan berpengaruh dalam masyarakatnya) maka mendapatkan (dia kedudukan di kalangan mereka atau diberikan keistimewaan dan kedudukan bersama-sama mereka) di dunia mereka (yakni, dalam pemerintahan atau pentadbiran umatnya) dan memisahi mereka dengan dunianya (yakni, tidak dipergunakan ilmu ugamanya untuk menegakkan ugamanya tetapi semata-mata untuk memperelokkan dunianya mengikut pendapat dan kepandaiannya maka menjadilah dunianya itu tidak menjadi sebahagian daripada akhiratnya, atau persiapan untuk akhiratnya), dan tidak demikian, seperti memetik dia kayu berduri kecuali (yang) didapatinya (adalah) duri. Tidak demikian dari dekat mereka (kepada Tuhannya) kecuali dosa (yakni, menjadikan dia hampir kepada perkara-perkara dosa kerana hujjah dan pendapat dan buah fikirannya bercanggah dengan syariat ugamanya kerana ilmu ugamanya dipergunakan untuk keduniaan semata-mata).’ Berkata Muhammad bin Sabbah (r.a), istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w): ‘Ada baginya’, yakni ‘dekat pada dosa.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa orang yang sedemikian itu tidak mendapat kebaikan daripada usahanya dan ilmunya seolah-olah seseorang yang memetik kayu yang berduri (yakni, membuat perkara yang berdosa), walaupun mungkin tidak mencederakannya banyak (yakni, mendapat dosa yang besar dan memudaratkan akhiratnya), namun, walau bagaimana berjaga-jagapun dia, pasti terkena duri kayu tersebut (yakni, pasti akan mendapat dosa juga walaupun sedikit). Diperjelaskan oleh seorang perawi bahawa pasti mendapat dosa kerana perbuatannya itu.
Hadith di atas itu juga menjelaskan lagi tujuan duniawi mereka yang belajar ilmu bukan ikhlas kerana Allah (a.w) atau kerana ingin merapatkan dirinya kepada Allah (a.w) dalam mengerjakan amal dan ibadah. Atau, tujuannya untuk memperbaiki keimanan dan ketaqwaannya, tetapi tujuannya adalah untuk merapatkan dirinya kepada para pembesar dan pemimpin supaya menjadilah mereka orang yang dipercayai oleh pemimpin (seperti sebagai penasihat atau perunding) dan orang yang mereka bergantung untuk mendapat nasihat dan panduan segala sesuatu mengenai syariat ugamanya, termasuk bagaimana mensesuaikan tuntuan ugama supaya membolehkan sesuatu urusan duniawi dibolehkan atau dihalalkan. Kedudukan tersebut juga menjadikan mereka renggang dengan ugamanya apabila dia berbuat atau bercakap atau memberi pandangan sesuatu yang menjauhkan dia dari syariat ugamanya yang haq. Dalam kedudukan sedemikian, kerana motif duniawinya lebih utama, maka besar kemungkinan dia kompromikan syariat ugamanya kerana kepentingan orang sekelilingnya dan pemimpinnya demi kepentingan peribadi dan duniawinya. Maka terjerumus juga dia ke dalam neraka.
Semoga mereka yg terjebak dalam menggunakan ilmu kerana wang atau kedudukan atau nbama atau sebagainya menyedari perkara ini. kalau ada ilmu wajib sampaikan tanpa mengira apakah diberi upah atau tidak. kalau orang yg belajar mengupah kita kerana keikhlasannya, itu terpulanglah pada kita untuk menerimanya setakad membolehkan kita menampung kos pergi balimk dan menyara keluarga ala kadar. kalau ingin mencari kekayaan dan kemewahan, Islam bukanlah landasannya.

Jazakallahu khairah

Tuesday, June 22, 2010

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita lihat kemanafaatan belajar ilmu yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): ‘Wa’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wazkuru ni’matallahi ‘alaikum iz kuntum ‘ada-an fa-alfa baina qulubikum fa-asbahtum bi-ni’matihi ikhwanan wa-kuntum ‘ala safa hufratin minan nari fa-anqazakum minha kazalika yubaiyinullahu lakum ayatihi la’allakum tahtaduna.'[Maksud: Berpegang teguhlah dengan tali (ugama) Allah (a.w) berjemaah dan jangan berfirqah (yakni, berpecahbelah), dan ingatlah akan nikmat (yakni, hidayah Islam) Allah (a.w) atas kamu sekelian apabila ada kamu sekelian bermusuh-musuhan antara kamu, maka menyatukan Allah (a.w) beberapa hati kamu dan menjadikan kamu dengan nikmat (hidayah ugama Allah (a.w) itu) bersaudara dan adapun kamu atas tepi jurang dari neraka, maka menyelamatkan Allah (a.w) kamu sekelian daripadanya demikian itulah menerangkan Allah (a.w) ayat-ayatnya mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Perintah Allah (a.w) dalam ayat ini ada dua. Perintah itu adalah perintah wajib. Mesti dilaksanakan. Pertama, pegangilah atau ikutilah ugama Allah (a.w), yakni Islam itu secara berjema'ah. Apakah ciri-ciri 'jema'ah' dalam Islam? Kita perlu teliti al-Hadith atau as-Sunnah untuk tahu. Rengkasnya, 'jema'ah' Islam itu memiliki ciri-ciri berikut:
1. Ada pemimpin jema'ah, iaitu Imam atau Amir (dulu jema'ah dalam ugama Allah (a.w) dipimpin oleh para rasul dan para nabi. Dalam zaman Rasulallah (s.a.w), dialah pemimpin jema'ah Islam dgn dibantu pula oleh mereka yg menguruskan jejahan Islam.). Zaman khalifah, merekalah pemimpn Islam menggantikan peranan Rasulallah (s.a.w) dalam memimpin ummah serta mempastikan Islam itu kekal murni mengikut speks al-Quran dan as-Sunnah. Zaman selepas khalifah tersebut wujudlah pemerintahan jema'ah Islam dengan gelaran atau jolokan Amir atau Amirul Mukminin (pemimpin orang-orang Iman), bermula dengan pemerintahan Muawiyah b Abu Sufyan berpusat di Baghdad.
2. Ada jema'ah umat Islam yg satu mentaati Imam atau Amir melalui kaedah ikrar taat setia, i.e. bai'at. Apabila jema'ah Islam mengangkat Abu Bakar sebagai khalifah, umat Islam membai'atnya dgn ikrar 'sami'na, wa-ata'na, mastota'na' (maksud: aku dengar, aku taat sekuat mampuku segala perintah khalifah atau Imam atau Amir) selagi perintah tidak menyanggahi atau menyalahi ketetapan alQuran dan as-Sunnah).
3. Umat Islam hendaklah kekal berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Dan bagi menguruskan jema'ah supaya menepati ketetapan tersebut, Imam atau Amir mempastikan yg jahil diberi ilmu dan yg berilmu diberi tugas mengilmukan yg jahil, yg pakar diberi tugas yg dia pakar supaya jema'ah umat Islam bersatu, saling tolong menolong dan bantu membantu melalui ijtihad yg tidak maksiat (Nota: Ijtihad yg maksiat adalah ketetapan kepimpinan yg menyalahi al-Quran dan as-Sunnah).
Suatu masa dulu, wujud perkumpulan al-Arqam yg cuba membentuk jema'ah yg menepati sistem sedemikian. Berjaya buat seketika, namun kemudian Imamnya menyeleweng apakala bertindak melebihi speks kepimpinan yg ditetapkan dalam as-Sunnah. Dalam konteks ekonomi al-Arqam berjaya. Dalam konteks aqidah al-Arqam gagal kerana melanggar ketetapan-ketetapan yg menyalahi aqidah dan ketetapan as-Sunnah dalam kepimpinan. Al-Arqam boleh berjaya jikalah kepimpinannya dan rukyahnya benar-benar berilmu dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kumpulan tabligh pula adalah satu percubaan untuk mewujudkan sistem berjama'ah tapi tidak mengutamakan ilmu. Maka tidak kemana, selain mengajak orang ke masjid untuk bersolat secara berjema'ah. Kumpulan tarikat pula tersasar juga kerana mengamalkan tarikat tanpa mengkhattami al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka juga tersasar. Kumpulan tasawuf pula tersasar juga kerana mengutamakan spiritual upliftment dalam kejahilan ilmu, sehingga ada perkumpulan yg berzikir beramai-ramai dgn menyaringkan suara, dalam gelap dan sebagainya atau cuba mentafsirkan sifat-sifat Allah (a.w) yg tak siapa yg tahu!
Demikianlah. Kalau jahil ilmu manusia yg ingin mendekatkan diri kepada Allah (a.w) sebenarnya menjauhkan diri mereka dari Allah (a.w). Hanya satu jalan sahaja untuk mendekati diri kepada Allah (a.w), iaitu dgn ilmu. Faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah pasti tidak berlaku silap tafsir, silap amal, silap ibadah, taksub pemimpin dan sebagainya. Mudah-mudahan akan bangun lebih ramai ilmuwan dan ulama' yg dapat memberikan penerangan kpd kita tentang Islam yg haq itu supaya kita termasuk dalam golongan yg satu dari 73 golongan, supaya kita berjaya mendapat syurga kerana Allah (a.w) ridakan kita dalam berugama. Allah (a.w) rida kerana kita akur dengan ketetapan Allah (a.w) mengikut Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa, Ayat 7, Surah al-Haysr dan seumpamanya yg menyuruh kita akur dengan suruhan Rasulallah (s.a.w) dan jadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan kita yg satu, insya Allah. Kerana, itulah perintah Allah (a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) itu 'uswatun hasanah' - model terbaik untuk kita menjalani kehidupan Islam yg haq.

Jazakallahu khairah



Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti bahawa sebagai seorang Islam wajib kita belajar ilmu. Ilmu yg dituntut kita pelajari dan fahami itu adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah (atau al-Hadith). Lain-lain ilmu berguna pada dunia kita dan mungkin juga kerana manfaat keduniaannya kita juga boleh manfaatkan untuk akhirat kita. Contoh: ilmu kejuruteraan atau perubatan. Baik untuk maisya (saraan hidup kita yg halal). Baik juga untuk akhirat kita kalaulah kerana kedudukan kita, pendapatan kita, pengarauh kita dan seumpamanya, kita dapat melakukan banyak perkara untuk fi sabilillah. Tapi, ilmu itu tidaklah wajib. Dengan sendirinya tidak ada gunanya untuk akhirat kita. kalau kita banyak ilmu duniapun Allah (a.w) tidak beri pahala kpd kita. Kerana, Allah (a.w) berikan kita dunia sama ada kita minta atau nak atau tak nak. Demikianlah keadaannya Allah (a.w) memberi rezki dan kelebihan kpd siapa saja, tak kira dia iman atau tidak, dia Islam atau tidak atau dia tak percaya atau tidak dgn kewujudan dan keesaan Allah (a.w). Dunia ini diberi kpd siapa yg carinya. Justeru itu, mempelajari ilmu dunia dan mengembangkan ilmu dunia tidak ada ganjaran ahala!
Tapi, yg diwajibkan pada semua manusia terutama kita yg Islam) adalah kita pelajari ilmu yg haq itu - iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Bukan setakat pelajari, tapi kita fahami. Dan setelah kita fahami kita amalkan dan kerjakan sekuat mampu kita apa yg diajarkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Yg paling utama kita akur dgn ketetapan dan suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah. Kerana segala amalan dan ibadah yg tidak sejajar dengan atau menepati as-Sunnah akan terbatal dan tidak diterima Allah (a.w). Ramai orang berilmu, tapi ramai tidak faham. Maka dgn itu rugilah mereka yg berilmu tapi tak faham kerana mencemarkan segala amalan dan ibadah mereka!
Hari ini, majoriti orang Islam akan gagal kerana mereka beramal dan beribadah tanpa ilmu atau tidak faham ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila dia tiada lagi dengan umatnya (i.e. sudah wafat), akan berpecah dan berfirqah umat Islam menjadi bukan satu Islam tapi 73 golongan atau firqah Islam. Semuanya mengakui mereka Islam. Kononnya semua berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tapi 72 golongan Islam itu gagal mendapat syurga di akhirat kelak, dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga.
Golongan yg manakah dapat syurga? Rasulallah (s.a.w) memberitahi bahawa golongan Islam yg memenuhi dua criteria: pertama, mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan di dunia, dan kedua, meraka menganuti Islam secara berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 'as-Sunnah' itu merangkumi sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin (yakni, sunnah Abu Bakar as-Siddiq, Omar ibni Khattab, Othman ibni Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu anhum. Islam model ini kemudiannya disebarkan oleh para tabi'in, pengikut-pengikut tabi'in dan pengikut-pengikut mereka pula sampai kiamat dunia, tanpa diubahsuai atau dipinda, tetapi murni dan bersih dari sebarang pencemaran oleh manusia. Fikirlah, 1/73 yg dapat syurga!
Orang-orang yg Islam yg berpegang kpd as-Sunnah pasti mendapat syurga. Kerana firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan RasulNya, dimasukkan ke dalam syurga. Mereka ini patuh dgn perintah Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan (i.e. diajar atau ditunjukkan) oleh Rasulallah (s.a.w) wajib diambil dan dikuti dan diamalkan sekuat mampu dan yg ditegahnya wajib ditinggalkan. Rasulallah (s.a.w), sebagai contoh menegah amalan bid'ah, kurafat, tahyul dan taklid, maka tinggalkan. Ayat 7, Surah al-Haysr itu menyuruh kita ikuti as-Sunnah. Dan, Ayat 14, Surah an-Nisa', menyebut sesiapa yg tidak taat atau engkarkan Allah (a.w) dan RasulNya dan melanggar ketetapan hukum-hukum Allah (a.w), pasti masuk neraka! Ketetapan ini adalah bahagian pertama pre-requisite untuk tergolong dalam golongan satu yg berjaya dapat syurga.
Untuk memenuhi pre-requiste kedua pula: anuti Islam secara berjema'ah. Ketetapan ini yg diabaikan oleh majoriti umat Islam sekarang. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa ugama Allah (a.w) itu (i.e. Islam) diamalkan atau dianuti secara berjema'ah semenjak zaman Nabi Nuh (a.s) dan seterusnya dalam zaman-zaman para nabi dan rasul kemudiannya, iaitu Ibrahim (a.s), sampai ke Musa (a.s) dan ke Isa (a.s) dan sampailah ke zaman Muhammad (s.a.w). Maka dengan itu Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran pada Ayat 103, Surah ali-Imran: Dan, berpegang teguhlah kamu sekelian (yg Islam dan beriman) dengan tali (i.e. ugama) Allah (a.w) secara berjema'ah dan jangan berfirqah (yakni, berpuak-puak atau bermazhab) . Tapi, hari ini bukan sahaja majoriti ulama' dan ilmuwan mentafsirkan kalimah 'jami'an' sebagai 'seluruhnya' atau 'semuanya'. Walhal, 'jami'an' itu bermaksud 'berjemaah' atau 'secara berjema'ah' kerana itulah kaedah menganuti ugama Allah (a.w) semenjak manusia wujud di dunia ini! Dan, majoriti ulama' dan ilmuwan tafsirkan kalimah 'tafarraqu' sebagai 'berpecah belah' yg menjadikan impak maksud Allah (a.w) very much watered down atau tidak penting atau tidak memberatkan! 'Tafarraqu' bermaksud 'berfirqah' atau menubuhkan gerombolan atau perkumpulan atau persatuan yg berasingan, yakni mazhab. Mazhab adalah perkumpulan yg terasing. Walhal, dalam Islam semenjak diasakan oleh Rasulallah (s.a.w) Islam adalah satu dan umat Islam adalah satu umat atau satu jema'ah. Bukan 73 jenis Islam sebagaimana yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w). Malah, mungkin sekarang sudahpun wujud agaknya! Di Malaysia sahaja wujud 4 kumpulan (atau, jenis) Islam, iaitu Islam as-Syafie, Islam al-Maliki, Islam Hanbali, Islam Hanafi dan ada pula golongan Islam Syi'ah, Islam Salafi dan Islam Wahhabi, katanya, menjadi 7 golongan Islam! Tapi, di manakah 'Islam as-Sunnah', iaitu golongan yg berjaya mendapat syurga itu?.
Islam as-Sunnah itu menepati dua pre-requisites itu iaitu: pegang as-Sunnah dan berjema'ah. Jika kita kaji as-Sunnah, ada banyak hadith menyebutkan bahawa berjema'ah itu adalah cara hidup orang Islam dan orang iman yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan juga Rasulallah (s.a.w)!
Di Malaysia hari ini adakah wujud jema'ah? Apakah yg dimaksudkan berjema'ah dalam Islam? Bagaimana berjema'ah dalam Islam? Semua ini mewajibkan kita berilmu untuk tahu dan faham dan beramal dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). kalau kita belajar Islam melalui kitab-kitab tulisan atau karangan manusia, pasti kita tidak faham Islam sebenarnya. Kita wajib pelajari al-Quran dan as-Sunnah. Barulah kita ketemui islam yg haq itu, iaitu Islam yg satu yg menjamin kita masuk syurga jika kita 'dengar perinrtah, dan taatkan perintah Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w) dan taatkan 'ulil amri' (i.e. pemimpin jema'ah'). Kita wajib taatkan kepimpinan dalam jema'ah Islam kerana itu perintah Allah (a.w) dalam Ayat 59, Surah an-Nisa': wahai orang-orang yg beriman, taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan (taatkan) 'ulil amri'. Ulil amri wujud kerana wujudnya jema'ah. Apabila wujud jema'ah amak wujudlah kepimpinan dalam jema'ah. Kemudian ada sistem tersendiri dalam Islam tentang jema'ah ini. Semua ini perlu ilmu tentang as-Sunnah. Seseorang Islam yg beriman itu dipimpin dan digembalai oleh kepimpinan jema'ah supaya dia kekal pada jalan yg diridai Allah (a.w) supaya yg memimpin dan yg dipimpin sama-sama berjaya masuk syurga.
Insya Allah, kita akan teliti dan halusi kemudian nanti pre-requisite berjema'ah ini. Dengan itu nanti kita faham bahawa Islam itu mudah tapi dipersulitkan oleh para ilmuwan atau ulama' setengah masak ilmunya! Islam itu sulit kalau kita berpandukan ilmu yg batil.

Jazakallahu khairah


Monday, June 21, 2010

Ilmu: Belajar dan Mengajar Yg Batil (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat sepotong hadith yg menyebutkan bahawa sesiapa yg mengajarkan ilmu (i.e. ilmu yg hq, iaitu almu al-Quran dan as-Sunnah) kerana tujuan batil, tidak akan mencium bau syurga! Dalam hadith itu disebutkan bahawa tujuan yg batil itu adalah tujuan bukan kerana Allah (a.w) atau tujuan fi sabilillah, yakni mengimarahkan Islam dan menghapuskan kejahilan orang Islam, dan tidak melakukannya demi wang ringgit. Ilmunya betul tapi walaupun tujuannya betul pada kaca mata manusia, tapi batil pada ketetapan Islam. Rugi dia dan binasa dia. Mesejnya, orang yg berilmu, walaupun ilmunya itu benar kerana terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, tapi disampaikannya hanya kerana mengharapkan wang ringgit yg boleh menyenangkan hidup dunianya, tetap dianggap tujuan yg batil.
Di dalam hadith berikut pula disebutkan tujuan-tujuan batil yg laibn. Tujuan itu nampak baik pada hemat manusia, tapi pada Allah (a.w) tetap batil.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), katanya dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajar ilmu supaya dapat dia dengan ilmu itu membantah (atau menipu) orang bodoh (yakni, dia mengutarakan hujjah menegakkan sesuatu yang dia hendakkan manusia ikuti pendapat dan pandangannya dalam kejahilan manusia yang mendengar cakap-cakapnya), atau menandingi dengan ilmu itu ulama’ (yakni, supaya dia boleh berhujjah secara batil tentang segala sesuatu mengenai syariat Islam itu dan mengalahkan para ulama’ yang haq), atau supaya mengadap dia beberapa wajah manusia atasnya (yakni, membuat orang menghormati atau menyanjungnya dan dengan itu dapat dia kedudukan yang istimewa, atau jawatan yang berharga, berkuasa dan disanjung manusia dan rapat dia kepada mereka yang berkuasa dan mendatangkan pula lain-lain keistemewaan dan keuntungan material dll), maka dia itu di dalam neraka.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas itu menunjukkan dua tujuan batil dalam megajarkan atau menyampaikan ilmu yg haq (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah); iaitu:
1. Untuk menipu orang yg jahil, yakni mengajarkan ilmu yg boleh menjadikan orang jahil itu terpengaruh kepadanya dan menjadi pengikutnya;
2. Untuk menegakkan hujjah dan pendapatnya supaya manusia mengikutinya dan bukan kerana inginkan orang yg diajarkannya faham dan boleh beramal dan beribadah menepati ketetapan syariat Islam;
3. Untuk berdebat dengan orang berilmu yg lain untuk menunjukka kelebihannya dalam ilmu, walaupun dia kurang faham tentang ilmu tersebut, supaya naik namanya di depan manusia (masyarakat);
4. Kerana 3 di atas itu dia mendapat tempat atau kedudukan atau penghormatan atau jawatan dan sebagainya.
Maka, orang yg sedemikian itu pasti tidak akan masuk syurga.
Hari ini begitu ramai orang yg berilmu terjerumus kerana sebab-sebab atau tujuan-tujuan batil di atas itu. kalau ada orang berilmu yg tidak bertauliah atau tidak memiliki sijil atau diploma atau ijazah yg formal, kerana belajar di pondok, walaupun ilmunya banyak dan haq serta menepati al-Quran dan as-Sunnah, diremehkannya. Dia sombong dan takbur. Dia meremehkan ornag-orang yg berilmu sedemikian. Tidak diakui setaraf dengannya atau lebih faham terhadap Islam dan syariatnya dari dia, tapi kekal dicemuhnya. Dia bertegang dgn pendapatnya walaupun pendapatnya jelas menyimpang dan tersilap dan tidak sejajar degan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tetap berdegil dan tidak berganjak dgn pendapatnya dan pendiriannya.
Ada banyak contoh. Dalam blog ini kita sedut dari masa ke semasa perkara inmi. Seperti dalam ibdah solat kita sebutkan perlakuan (rukun fe'li) dan bacaan atau sebutan (rukun qauli) dan niat (rukuan qalbi) yg salah dalam solat berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tidak terima. malah mereka mencari kitab-kitab karangan 'para ulama' untuk berdebat dan menegakkan pendirian atau pendapat mereka. Inilah contoh orang yg tidak mahu menerima kebenaran dan mengajarkan ataunmengembangkan ilmu kerana tujuan batil.
Semoga kita terhindar dari menjadi orang dalam golongan ini. Bahaya bagi akhirat kita. Oleh itu, belajarlah ilmu yg haq dan bersihkannlah amalan dan ibadah supaya kita benar-benar menepati ketetapan as-Sunnah. Kerana hanya ketetapan as-Sunnah yg betul. Ketetapan as-Sunnah itu ada dalam Kuttubul Sittah. janganlah jadikan kitab-kitab karangan manusia sebagai panduan ilmu dalam Islam kecualilah kita sudah dahului mempelajari ilmu as-Sunnah, supaya kita tidak keliru.
Sebenarnya, kalau kita belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari orang yg berilmu dan faham al-Quran dan as-Sunnah, kita tak perlu semak kitab-kitab karangan manusia utnuk tahu apa yg haq dan apa yg batil dalam semua amalan dan ibadah. Belajarlah dari orang yg faqih tentang Islam dan syariatnya.

Jazakallahu khairah

Ilmu: Belajar dan Mengajar Yg Batil

Assalamualaikum,
Saudara, ramai orang Islam belajar ilmu dari orang yg sendiri tidak berilmu. Org yg tidak berilmu adalah orang yg memiliki ilmu yg batil dalam konteks Islam. Ilmu yg batil adalah ilmu yg tidak ada landasan nas dan dilail al-Quran dan as-Sunnah. Sila rujuk post yg lalu. Ilmu yg batil adalah ilmu yg dikatakan mengenai Islam dan syariatnya, tanpa tanpa sandara nas dan dalil sama ada al-Quran mahupun as-Sunnah (atau al-Hadith).
Ramai orang mengajarkan ilmu dan ramai pula orang yg belajr ilmu. Orang yg belajar ilmu ada banyak dan berbagai tujuan. Antaranya mereka yg belajar ilmu supaya dapat dianggap orang yg 'alim. Maka kerana status sedemikian mereka mendapat tempat dalam masyarakat. Kerana itu mereka diberi jawatan dan kedudukan. Dan, melalui kedudukan itu mereka berpengaruh. Kerana itu juga mereka dihormati dan disanjungi dan dimasukkan ke dalam golongan mereka yg memberi pandangan serta penilaian oleh pemerintah. Jika asas ilmu mereka itu batil, maka batillah fatwa atau pendapat atau keputusan yg mereka buat atau nasihat yg mereka berikan. Apabila ada orang mematuhi fatwanya atau mengikuti tunjuk ajar dan kata-kata atau sarannya, maka orang yg mengikuti mereka tersesat dan berdosa pula. Dan, kita akan lihat dalam blog ini bahawa sesiapa yg menyesatkan orang lain, maka dosa orang yg disesatkannya juga akan diterimanya. Mereka kirimkan dosa kpdnya. Di dunia mereka mungkin terlepas, tapi di akhirat mereka pasti akan mendapat hukuman yg pasti dari Allah (a.w).
Mengajarkan ilmu adalah seumpama melabur untuk hari depan. Hari depan bagi orang Islam adalah kehidupan setelah matinya, terutama kehidupan di alam akhirat. Di sanalah mereka mendapat pulangan atau dividen dari segala pelaburan dunianya untuk akhiratnya. Mengajar ilmu yg batil, yg songsang atau yg berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, maka itu adalah pelaburan yg batil, yg akan megalirkan kriman dosa yg tidak akan terhenti selagi dunia belum kiamat. Mengajar ilmu yg hak, adalah pelaburan kebaiakn yg akan menghasilkan aliran pahala yg juga tidak putus sehinggalah kiamat dunia. Oleh tu berwaspadalah dalam mengajarkan ilmu. Oleh itu semaklah dahulu ilmu kita sebelum kita ajarkan kpd orang lain. Kerana, silap-silap kita mengaharpkan kiriman pahala, sebaliknya kita mendapat kiriman dosa.
Ingatlah, apabila ilmu yg kuta sampaikan atau ajarkan kpd seseorang, dan dia amalkan apa yg kita ajarkan maka hubungan kita yg mengajar dgn mereka yg kita ajar tidak terputus, walaupun kita sudah mati. Justeru itu, kalau kita ajarkan suatu kebatilan (i.e. suatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah), maka orang yg mengamalkannya mendapat dosa dan kerana itu dua juga mengirimkan dosa kpd kita secara otomatis. Kalau dia pula ajarkan orang lain dan dia amalkan, maka orang yg itu mengirim dosa kpdnya dan juga mengirimkan dosa kpd kita yg mengajarkan pada mulanya dosa. Demikianlah sehingga tiada lagi orang yg mengamalkan ilmu batil yg kita ajarkan! Oleh itu berwaspadalah. Janganlah kita terima satu ilmu dari mana-mana orang yg mengakui dirinya berilmu, tanpa menyemak dahulu ilmunya berpandukan kpd al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengajar ilmu kerana bukan mengharapkan dari ilmu itu wajah Allah (a.w) (yakni, ikhlas kerana Allah (a.w) dan kerana hendak memperbaiki amalan dan ibadatnya, dan diakhirat kelak dapat menemui Allah (a.w) , dapat syurga dan melihat wajahNya), tidak belajar dia ilmu (kecuali) untuk dapat harta dengan ilmu itu dari harta dunia (yakni, bertujuan meraih keuntungan atau kekayaan kerana bayaran oleh mereka yang menuntut ilmu daripadanya), (jika itu tujuannya maka) tidak menjumpai dia bau syurga pada hari qiamat.’ [Kata perawi: istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w) ‘Baunya syurga’]. [Hadith sahih Ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Hadith di atas itu memperingatkan kita bahawa jikalah kita ada ilmu yg haq (i.e. benar, berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah), hendaklah kita ajarkan atau sampaikan kpd saudara Islam yg lain. Tapi, janganlah kita mempunyai niat, apakala mengajarkan atau menyampaikan ilmu itu, kerana kebatilan. Maksudnya, ilmunya haq tapi niatnya batil!
Hendaklah kita belajar ilmu kerana mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), i.e. untuk kita amalkan demi mencari keridaan Allah (a.w). Atau, hendaklah kita mengharapkan dengan ilmu itu kita dapat semak segala amalan dan ibadah kita supaya sejajar dengan suruhan Rasulallah (s.a.w). Maka kita akan berjaya menemui Allah (a.w), i.e. dapat syurga. Sebaliknya, kalau kita belajar ilmu dengan tujuan-tujuan batil, antaranya yg diebutkan dalam hadith itu, adalah untuk tujuan mencari harta di dunia dgn ilmu itu, i.e. mengajarkan orang atau menunjukkan keilmuan kita kpd orang yg berkuasa, supaya diberi jawatan, tempat atau kedudukan atau penghormatan atau menjadi penasihat orang yg beruasa, yg akan menghasilkan pendapatan menyara hidup, malah yg menjadikan kita mewah kerananya, maka kita tidak akan menicum bau syurga. Bukan setakat tak masuk syurga, malah tidak dapat mencium bau syurga, yakni masuk neraka. Syurga itu boleh dicum oleh ahli syurga walaupun dia sejauh 72 tahun perjalanan dari syurga itu!
Hari ini ramai ulama' dan ilmuwan Islam yg mengakui dirinya berilmu, walaupun dia sendiri tidak menyemak ilmunya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka dia mengajarkan dan mempergunakan ilmunya demi dunianya. Mereka sudahlah mengajar dan mengembangkan yg batil, tapi dgn tujuan yg batil pula. Tidak mendapat syurga. Mereka pasti dapat neraka. Itulah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Contoh yg ketara dan berleluasa adalah orang yg akui wujudnya sesuatu yg baru dalam syariat Islam, seperti 'bida'ah hasanah'. Berwaspadalah. Janagnlah berkata tanpa landasan ilmu yg haq. Janganlah ajarkan sesuatu yg kita sendiri tidak tau sebenarnya. janganlah, kita ajarkan manusia kerana tujuan keduniaan. Orang yg berceramah atau megajarkan ilmu atau mengadakan program dalam media tentang ilmu Islam dan syariatnya, kerana mencari ekkayaan. Akibatnya berat.

Jazakallahu khairah
2.


Saturday, June 19, 2010

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauadara, ramai orang Islam yg tidak tahu bahawa belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu wajib. maksudnya, jika kita tidak usahakan mempelajari ilmu al-Quran (belajar membaca dgn betul, menghafal beberapa surah, terutama yg mudah, dan memahami mesej Allah (a.w) dan tidak belajar as-Sunnah, kita berdosa setiap saat dan ketika. Kerana sesuatu yg wajibh itu hendaklah dikerjakan.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Menuntut (belajar) ilmu (iaitu ilmu mengenai syariat Islam itu) fardu (wajib) atas setiap orang Islam. Dan meletakkan (atau mengajar ilmu) oleh seseorang selain daripada ahli ilmu seumpama mengalongkan rantai yang diperbuat daripada mutiara, permata dan emas ke leher babi.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith ini memberikan dalil mengapa wajib bagi setiap orang Islam itu belajar atau menuntut ilmu. Tanpa ilmu besar kemungkinan kita mengerjakan amalan dan ibadat yang tidak sejajar dengan perintah Allah (a.w) dan suruhan Rasulallah (s.a.w). Beribadat dan beramal tidak mengikut spesifikasi (yakni, ketentuan-ketentuan) syariat (yang diperintahkan dalam al-Quran dan al-Hadith) pasti menyesatkan dan menyimpang pengamalnya dari jalan yang diredhai Allah (a.w). Seseorang Islam itu hendaklah beramal dan beribadah menepati apa yg ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah. Kita wajib ikuti Rasulallah (s.a.w) kerana Allah (a.w) telah iktiraf bahawa as-Sunnah itu wajib diikuti (Ayat 7, Surah al-Haysr) dan Rasulallah (sa.w) itu adalah 'uswatun hasanah', yakni model ikutan terbaik bagi orang iman.
Yang penting diberi perhatian adalah kebaikan bagi orang yang mencari dan menuntut ilmu. Bukan sahaja para malaikat mendoakan kebaikan padanya supaya diampunkan juga dosanya oleh Allah (a.w), ikan dilautanpun mendoakan kebaikan baginya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menghilangkan dari seorang Islam lain kesusahannya dari sesuatu kesusahan dunia, maka menghilangkan oleh Allah (a.w) satu kesusahannya dari kesusahan di hari qiamat (yakni, akhirat). Dan barangsiapa menolong seorang Muslim, maka ditolong Allah (a.w) semasa di dunia dan juga di akhiratnya. Barangsiapa memudahkan atas seseorang yang susah (yakni, mengahadapi kesusahan), memudahkan oleh Allah (a.w) atasnya di dalam dunia dan akhirat. Dan Allah (a.w) menoleh kepada hambaNya (yakni, memberi kerahmatanNya) apa-apa yang ada hambaNya di dalam menoleh kepada (yakni, sentiasa berbuat baik kepada) saudaranya. Dan, barangsiapa berjalan suatu jalan yang mencari (kerana perjalanan itu) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah), memudahkan Allah (a.w) baginya dengan perjalannya itu jalan ke syurga. Dan tidak mengumpulkan sesuatu kaum di dalam suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (a.w) membaca Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan saling mengulangkaji antara mereka sunnah, kecuali mengelilingi para malaikat dan turun atas mereka ketenangan dan menurunkan kepada mereka kerahmatan (oleh Allah (a.w)). Dan menyebut-nyebutkan Allah (a.w) di dalam sisiNya. Dan, barangsiapa yang lemah dengan (kemahuan mencari ilmu) dengan amalannya, tidak mempercepatkan baginya nasibnya.’ [Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas itu ada beberapa pengajaran yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w), selain perkara kebaikan belajar dan menuntut ilmu (tentang ugama Islam itu), yang dioldkan. Antaranya, adalah:
Seseorang Islam yang menghapuskan kesusahan saudaranya yang Islam di dunia akan dihapuskan kesusahannya sendiri semasa di dunia dan di akhirat kelak;
Seseorang Islam yang menolong saudaranya yang Islam semasa di dunia akan ditolong oleh Allah (a.w) semasa dia di dunia dan semasa di akhirat kelak;
Seseorang Islam yang menghapuskan atau mengurangkan kesusahan seorang saudara Islam di dunia akan dihapuskan Allah (a.w) kesusahannya di dunia dan juga di akhirat;
Seseorang yang sentiasa mengambil berat akan kedudukan dan kebajikan saudaranya yang Islam di dunia maka Allah (a.w) akan sentiasa mengambil berat akan kebajikannya di dunia dan juga di akhirat;
Seseorang yang berjalan atau mengembara untuk mencari ilmu, maka dipermudahkan oleh Allah (a.w) baginya mencari jalan ke syurga;
Sekumpulan orang Islam yang berada di suatu rumah kerana belajar dan mengajar al-Quran dan belajar as-Sunnah akan dirahmati Allah (a.w) dengan di kelilingi oleh para malaikat dan akan diturunkan Allah (a.w) ketenangan serta kerahmatanNya;
Sebaliknya, barangsiapa yang tidak rajin mencari dan belajar ilmu daripada orang yang berilmu atau dia berilmu tetapi lemah (yakni, kurang rela) mengajarkan ilmu kepada orang lain ilmunya, atau tidak beramal dengan ilmunya, maka nasibnya tidak akan diperbaiki oleh Allah (a.w), terutama dalam konteks kesudahannya di dunia dan di akhirat.
Demikianlah, beberapa panduan penting yang terdapat di dalam hadith tersebut. Belajar dan mengajarkan ilmu itu adalah kegiatan yang amat disukai oleh para malaikat serta mendapat keredhaan Allah (a.w).
[Nota: Ilmu yang diamksudkan bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang boleh memandu kehidupan manusia Islam mendapat kejayaan dunia dan akhirat]
Mudah-mudahan hadith ini dapat memberi panduan kpd kita tentang utamanya ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah) itu kita cari dan pelajari, demi memperbetulkan amalan dan ibadah kita, dan demi menghapuskan dosa yg kita dapati secara percuma apabila kita abaikan kewajipan belajar dan menuntut ilmu dan kemudian beramal dan beribadah sejajar dgn ketetapan ilmu. Juga, kita mendapat pahala yg mudah begitu banyak kerana meluangkan hidup kita sedikit masa untuk belajar. Kita boleh belajar kerana dunia sampai dapat Ph D, tapi kita tidak sanggup belajar untuk dunia dan akhirat ilmu al-Quran dan as-Sunnah, walhal ilmu itu adalah untuk sepanjang zaman, berguna walaupun kita sudah tiada di dunia.

Jazakalallahu khairah

Ilmu: Kemanfaatan belajar ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauadara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk 'ilmu' kerana ilmu itu akan menjamin kita benar-benar mampu mengabdikan diri kpd Allah (a.w), kerana ilmu mempastikan kita mengerjakan segala amalan dan ibadah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa ilmu, kita beramal dan beribadah atas persangkaan dan berkemungkinan besar kita tersasar dan tersesat. Jika itu terjadi maka tidak ada gunanya segala amalan dan ibadah kita.
Kita sudah lihat bahawa jika kita ada secebis ilmu kita wajib sampaikan. Jika ilmu yg kita sampaikan itu diamalkan oleh orang yg menerima ilmu kita, maka kita seumpama membuat pelaburan akhirat kerana orang yg mengamalkannya akan mengirimkan pahala kpd kita, tanpa mengurangkan sedikitpun pahalayg dia dapati. Sebaliknya, janganlah kita ajarkan ilmu yg batil. Kerana jika diamalkan oleh orang, dia yg mengamalkannya berdosa, kita juga menerima kiriman dosa darinya!
Hari ini begitu ramai orang yg berilmu, tapi tidak menyampaikannya. kalau disampaikan olehnya pun dia meminta upah dan bayaran, walhal ilmu ugama itu tidak boleh dijadikan dagangan (seperti menulis kitab dan menjualnya, atau menerima undangan menyampaikan ilmu kalau kita diberi habuan upah). Ramai orang yg berilmu songsang, kemudian menyampaikannya kpd orang lain. Dia tidak sedar dia tersilap, kerana tidak mahu membetulkan ilmunya, namun bersusah payah pula menegakkan kebatilan kerana pebagai sebab. Binasalah dia. Kerana, mengajarkan ilmu yg batil mengundang dosa yg dikirimkan oleh pengamalnya sampai kiamat dunia. Itulah pelaburan batil!
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith. Sampaikanlah kepada aku bahawasanya engkau ceritakan (kepadaku) akan hadith dengan hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan ugamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Apakah mesej di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu? Cuba kita teliti lebih terperinci mesej-mesej tersebut:
Pertama, barangsiapa bermusafir atau berjalan ke suatu tempat kerana mencari ilmu (mengenai ugamanya), maka memudahkah oleh Allah (a.w) dia mencari dan mendapatkan ‘siratul mustaqim’ jalan ke syurga;
Kedua, para malaikat akan tunduk dengan menundukkan syapnya menghormati orang yang berjalan kerana mencari ilmu tentang ugamanya supaya membolehkan dia lebih baik beramal dan beribadah;
Ketiga, para malaikat kasihkan seseorang yang berjalan atau menjelajah kerana mencari ilmu, maka sentiasalah dia mendokan kepada Allah (a.w) kesejahteraan orang tersebut;
Keempat, para malaikat yang berada di langit dan di bumi akan mendoakan orang itu meminta ampun terhadapnya daripada Allah (a.w) akan segala dosa-dosanya (dan doa para malaikat tidak ada perantaraan dengan Allah (a.w), yakni doa mereka dikabulkan Allah (a.w) kerana malaikat adalah makhlok yang taat dan sentiasa berhampiran dengan Allah (a.w));
Kelima, semua ikan di air mendoakan mereka yang berusaha mengembara atau berjalan kerana mencari ilmu;
Keenam, mertabat orang yang alim (yakni, berilmu) itu berbanding dengan orang-orang lain adalah seumpama bulan dibandingkan dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit, yakni tinggi makamnya di sisi Allah (a.w);
Ketujuh, Ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi;
Kedelapan, para nabi tidak mewariskan dunia kepada umatnya tetapi mewariskan ilmu kepada umatnya supaya dengan ilmu itu umatnya berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak; dan
Kesembilan, barangsiapa mencari, mempelajari dan mengambil (yakni, mengamalkan) ilmu, maka dia menjaga dirinya dan menjaga tempatnya (yakni, telah membuat ‘reservation’ tempat tinggalnya) di syurga.
Kita sering mendengar para ulama’ dengan bangganya merujuk kepada kalimah ‘ulama’ adalah pewaris nabi’. Kalimah ini terdapat juga di dalam al-Quran. Tetapi mereka keliru dengan maksudnya.
Nota: Apabila ridha para malaikat kpd orang yg belajar ilmu, maka mereka akan mendoakan kebaikan bagi mereka. Doa malaikat yang duduk hampir dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Ramai para ulama’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka oleh Rasulallah (s.a.w). Mereka akui mereka adalah wakil para nabi di dunia dalam Islam. Namun, mereke tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi dalam konteks mereka tahu dan faham tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia supaya mereka dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi menngajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Mereka tidak diberi lessen untuk bebas membuat segala sesuatu yang tiada sandaran nas al-Quran dan dalil as-Sunnah!
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ‘para ulama’ adalah pewaris para nabi’ menunjukkan keistimewaan kedudukan para ulama’. Para ulama' yg dimaksudkan di dalam hadith ini adalah para ulama’ yang faqih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah sebarang ulama’. Kerana ulama’ yang hafaz dan faqih dengan dua sumber ilmu tersebut akan berperasan meneruskan perjuanagan Rasulallah (s.a.w) mengembangkan nur Islam berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dan bukanlah memandai-mandai mengadakan sesuatu yang tiak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Kalimah-kaimah ini ‘Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabisering dilaung-laungkan oleh para ulama’ dengan bangganya kerana mereka menganggap diri mereka pewaris para nabi. Tetapi, wajib diingat bahawa yang dimaksudkan dengan ulama’ adalah orang yang berilmu dan faqih dia tentang ilmu mengenai syariat Islam itu, iaitu Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith.
Apakah ilmu dalam Islam? Dalam post yg lalu kita telahpun lihat sepotong hadith yg menyatakan bahawa ilmu yg wajib kita yg Islam dan beriman pelajari dan kuasai adalah tiga: (i) ilmu al-Quran, (ii) ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan (iii) ilmu faraid. Bukan sebarang ilmu. Juga sebagai pewaris para anbia’ ulama’ hendaklah menyampai dan mengembangkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yakni ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan bukan sebarang ilmu dan bukan ilmu yg berpandukan pendapat manusia dari kitab-kitab yg dikarang mereka. Bukan ulama' dan imuwan yg menyembunyikan ilmunya. Tidak mahu mengajarkannya kecuali dgn upah yg lumayan! Juga, bukanlah dia mengajar dan mengembangkan ilmu dengan tujuan mendapat sesuatu keuntungan keduniaan – nama, tempat, pengaruh dan wang ringgit, kerana di dalam hadith disebutkan para anbia’ tidak menyampaikan dan mengembangkan ilmu kerana dinar dan dirham (yakni, keduniaan).
Kita diperingatkan bahawa sesiapa yg menyebunyikan ilmu pasti tidak mendapat syurga. Siapa yg menyampaikan ilmu demi tujuan keduniaan, juga tidak mendapat syurga. Juga, sesiapa yg menghalang ilmu al-Quran dan as-Sunnah disebarkan adalah sama dgn kaum Kuraisy yg musyrik zaman Nabi (s.a.w) dahulu. Oleh itu janganlah merasa selesa tanpa ilmu.

Jazakallahu khairah