Thursday, June 16, 2011

Tahukah Saudara Malam Tadi Gerhana Bulan?

Assalamualaikum,
Saudara, malam tadi (hari Rabu malam Khamis - 15 Jun 2011, awal pagi Khamis) kira-kira lebih sedikit jam 12.30 tengah malam, telah berlaku Gerhana Bulan yg tidak sempurna - hanya setakat sepertiga atau seperempat bulan sahaja. Gerhana itu berlarutan sehingga menjelang waktu Subuh.
Gerhana Bulan sepertti juga Gerhana Matahari berlaku tidak selalu, namun satu fenomena yg, dalam zaman jahiliah, manusia melakukan perlbagai upacara atau ritual kerana kepercayaan mereka. Semuanya mengikut kepercayaan nenek moyang mereka. Orang islam yg mengaji dan faham al-Quran dan as-Sunnah ditunjukkan apa wajar dilakukan oleh mereka.
Bagi orang Islam, Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan itu menunjukkan satu lagi kebesaran Allah (a.w) dalam perjalanan matahari, bumi dan bulan itu mengikut laluannya (orbitnya) suatu masa akan bersetentangan ketiga-tiganya dalam suatu jarak lurus. Jika bumi melindungi matahari maka kita di bumi akan menemui Gerhana Bulan. Dan, jika bulan melindungi matahari pula, maka terjadilah Gerhana Matahari, kerana kita tidak dapat melihat permukaan matahri ketika berlakunya perkara tersebut. Terkadang lindungan itu mungkin sempurna atau separuh atau sebahagian, maka terjadilah gerhana yg tidak sempurna, mungkin separuh atau sebahagian, sebagaimana malam tadi itu. Bagi umat Islam, Islam menyuruh umatnya mengerjakan Solat Kusyuf (atau Solat Gerhana), seboleh-bolehnya secara berjema'ah.
Bagaimana mensolatkan Solat Kusyuf ini? Bagi mereka yg mengaji as-Sunnah, mereka akan tahu; iaitu Solat Gerhana (bulan atau matahari) ini dibuat dua rakaat satu salam. Namun tidak sama dgn Solaf Subuh yg juga dua rakaat. Tak sama dgn Solat Jum'at atau Solat Aidil Fitri atau Solat Aidil Adha dan solat-solat sunat yg lain yg dua juga dua rakaat. Maka dgn itulah Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu sebelum lakukan sebarang amalan atau ibadah - Ayat 36, Surah al-Isra' dan hadith Rasulallah (s.a.w) ( i.e. 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' dan 'al-ilmu qabla amal', sebagai contoh perintah mewajibkan berilmu sebelum beramal).
Bagaiaman Solat Gerhana? Solat Gerhana itu dibuat seperti berikut: Pertama, berdiri untuk bersolat (dgn niat dalam hati), kemudian berTakbir (i.e. sebut 'Allahu Akbar'), Takbir Ikhram, kemudian  baca Doa Iftitah. Kedua, kemudian baca al-Fatihah dan diikuti dgn membaca satu atau beberapa surah yg panjang (spt Surah al-Baqarah). Ketiga, selepas selesai membaca surah atau surah-surah yg panjang, kitapun Rukuk sambil bertakbir, spt biasa (Allahu Akbar), dan ketika Rukuk membaca sebanyak mungkin Tasbih Rukuk (i.e. 'Subhana rabbial 'azim') dan ditambah dgn doa-doa supaya Rukuk itu panjang dan lama. Keempat, selesai Rukuk, kitapun bangun untuk Iktidal dgn menyebut, ketika bangkit dari Rukuk itu, Tasbihnya, i.e.  'sami'allahu lima hamidah' (makmum baca: 'Rabbana wa-lakal hamdu') dan 'rabbana wa-lakal hamdu' (kalau bersendirian). Kelima, setelah berdiri tegak, dibaca pula al-Fatihah sekali lagi, diikuti dgn bacaan satu surah atau beberapa surah yg panjang pula (spt Surah ali-Imran atau Surah an-Nisa' dan seumpamanya). Keenam, selepas selesai membaca surah, kita Rukuk pula untuk kali keduanya dgn sebutan Takbir, dan ketika Rukuk dibaca banyak kali Tasbih Rukuk dan doa-doa, kemudian bangkit untuk Iktidal pula kali kedua, dgn menyebut 'Sami'allahu liman hamidah', dan 'rabbana wa-lakal hamdu'. Dan, ketujuh, kita turun untuk Sujud, dan ketika Sujud itu baca Tasbih Sujud sebanyak-banyak (i.e. 'Subhana rabbial 'ala') dan doa supaya Sujud itu panjang dan lama pula. Selesai Sujud kitapun bangun berdiri semula untuk rakaat kedua. [Nota: Sujud dalam Solat Kusyuf hanya sekali sahaja, tidak dua kali sebagaimana solat-solat lain, yg fardu ataupun sunat selainnya, kita Sujud dua kali].
Kedelapan, pada rakaat kedua kita ulangi sebagaimana rakaat pertama tadi, iaitu baca al-Fatihah kemudian satu atau beberapa surah yg panjang pula, selepas tamat membacanya, kita Rukuk dgn membaca Tasbih Rukuk sebanyak-banyaknya dan doa, kemudian bangun untuk Iktidal; kemudian baca semula al-Fatihah dan diikuti dgn satu surah atau beberapa surah yg panjang pula. Setelah selesai membaca surah pada rakaat kedua itu, Rukuk semula sambil membaca Tasbih Rukuk sebanyak-banyaknya dan doa, kemudian bangun untuk Iktidal, kemudian kitapun turun untuk Sujud. Ketika Sujud dibaca Tasbih Sujud sebanyaknya dan doa, kemudian bangkit dari Sujud sebagaimana kita lakukan pada rakaat pertama tadi. Kesembilan, kemudian bangkit dari Sujud, terus duduk seumpama duduk Tahiyat Akhir, baca Tahiyat Akhir dan seklesai memberi Salam. Kesepuluh, kemudian bacalah apa-apa doa memuji-muji kebesaran Allah (a.w), bersyukur dan berselawat atas Nabi (s.a.w), dan lain-lain yg hendak kita doakan untuk kita, kedua ibubapa kita, dan keluarga dan untuk orang iman lainnya.
Saudara, demikianlah cara dan kaedah mengerjakan Solat Kusyuf (atau Solat Gerhana). Yg membezakan Solat Gerhana dhn solat-solat sunat yg lain adalah ada dua kali Rukuk setiap rakaat (i.e. pertama dan kedua) dan hanya sekali Sujud (walhal, pada solat-solat lain - fardu dan sunat - kita Ruku sekali dan Sujud dua kali setiap rakaat).
[Nota: Dalam konteks solat, pasti kita tahu bahawa ada perbezaan bentuk, cara dan kaedah mengerjakan Solat Jum'at berbanding dgn Solat-solat Aidil Fitri dan Adha, walaupun solat-solat itu kita baca Khutbah! Khutbah Solat Jum'at dibaca sebelum solat, manakala khutbah dalam Solat Aid (aidil-fitri atau aidil-adha) dibaca selepas solat. Solat Duha adalah dibuat dua-dua rakaat satu salam, tapi Solat Tasbih dan Solat Hifzi adalah dibuat empat rakaat satu salam. Dalam Solat Tasbih, dibaca Tasbih 'i.e. 'subhanallah, wal-hamdulillah, wala-ilaha-ilallah, wallahu akbar' (15 atau 10 kali) setiap pergerakan (i.e. rukun fe'li) solat. Dalam Solat Hifzi pula hendaklah dibaca surah-surah khusus pada setiap rakaatnya pula; iaitu, rakaat pertama, al-Fatihah dan Surah Yaasin; rakaat kedua, al-Fatihah dan Surah ad-Dhuhan; rakaat ketiga, al-Fatihah dan Surah as-Sajdah; dan pada rakaat keempatnya, al-Fatihah dan Surah al-Mulk. Dan Solat Hifzi itu dibuat pada malam Jum'at sahaja berturut-turut tiga atau lima atau tujuh Jum'at. Solat Jenazah pula tiada dibaca surah dan tiada Rukuk atau Sujud. Hanya ilmu as-Sunnah memberi kita tahu dan faham tentang setiap amalan dan ibadah dalam Islam.]

Jazakallahu khairah

1 comment: