Assalamualaikum,
Saudara, hari ni dilapurkan dalam akhbar - mungkin semua akhbar terbitan malaysia, malah dunia, tentang kejayaan India menghantar roket yang dapat menembusi graviti bum masuk ke ruang nagkasa Mars (Bintang Marikh). Justeru itu, menempatkan India sebagai negara Asia yang pertama berjaya dalam teknologi angkasa lepas, berbanding negara-negara yang termaju di Asia seumpama Jepun dan China.
Saudara, manusia itu sentiasa mengutamakan kemampuan dan kebijaksanaan akal fikiran mereka. Semenjak dahulu lagi Charles Darwin membuat deduksi kononnya hidupan di dunia ini mengamalami proses evolusi sehinggakan mengatakan dalam The Origins of the Species bahawa manusia itu berasal dari hidupan bersel satu, kemudian melalui proses evolusi sehinggalah tejadinya manusia primitif yang seumpama monyet, dan akhirnya manusia! Semua orang percaya kepadanya, yakin dengan teori nya, di nobatkan antara orang yang tercerdik di dunia! Apakah asas beliau membuat keputuan atau penemuan sedemikianAdakah beliau memiliki bukti untuk mengatakan sedemikian? Takda, hanya logik deduksi beliau saja. Semata-mata logik. Memang ada hidupan yang memiliki sel yang satu saja - Amoeba. Memang ada perubahan seolah-olah ada bentuk dan ciri badan/fisikal dan ciri mental jikalah kitt barikan pelbagai hidup-hidupan yang ada di dunia ini. Kemudin kita berteori bahawa akan apa yang disebutkan oleh Charles Darwin itu - barisan hidupan yang simple, satu sel, ke hidupan yang kompleks mempunyai banyak sel dan sel yang berbeza dengan fungsi yang berbeza pula. Apakah kita betul? Betul, kerana jika kita meneliti makhluk kejadian Allah (a.w) yang berbagai-bagai, itu adalah ilmu Allah (a.w,) menjadi begitu banyak jenis binatang atau haiwan, yang terbang, yang merayap, yang berjalan, yang hidup di atas bumi, dalam bumi, yang hidupnya bergantung kpada pelbagai sumber hidup dan sebagainaya. Yang pasti, Charles Darwin bukanlah menunjukkan kejadian manusia, tetapi urutan pelbagai jenis dan sifat hidupan ciptaan Allah (a.w.)
Saudara, kita diberitahu dengan kebenaran oleh Allah (a.w) bahawa Allah (a.w) bentuk manusia pertama, Adam (a.s), itu dari adunan tanah liat yang Allah (a.w) printahkn malaikat mengambilnya dari bumi. Kemudian dibentuk oleh Allah (a.w) menjdi manusia yang merupakan ciptaan yang paling baik dalam sekian banyak dan berbagainya ciptaan Allah (a.w). Kemudian Hawa dijadikan dari tulang selangka Adam yang terbengkok pula, bagi mengasaskan sifat wanita itu sentiasa bengkok kalau tidak dibentuk dan dididik dengan baik. Kemudian kerana terpengaruh dengan kata-kata pujukan dan ajakan Syaitan, maka dikeluarkan dari syurga oleh Allah (a.w), dan ditempatkan di dunia. Manusia tidak lagi kekal, kerana diberikan ajal, bila sampai ajalnya, matilah dia. kalau di syurga dulu kekal, tak perlu susah payah, cari makan, semuanya ada, dan didapti setiap kali disebutkan hasrat. Tidak tua. Tidak berpenyakit dan tidak perlu keraja, semuanya ada. itulah istilah 'bliss' dalam bahasa Inggeris.
Adam diturunkan di bumi di India, manakala Hawa diturunkan di Jeddah. Selama 40 tahun Adam mencari isterinya, akhirnya bertemu di Jabal Rahmah (tempat yang menjadi kunjungan jema'ah haji dan umrah setiap kali ke Mekah dan Madinah).
Bagaimana mungkin Adam berjalan dari India ke Jabal Rahmah? Jalan kaki? Masa itu belum ada teknologi yang membolehkan manusia menyeberang lautan dan menungkah gunng! Jawapannya mudah. Manusia pertama, Adam, tingginya adalah 70 hasta! Satu hasta orng Arab adalah sekali setengah, maka tinggi Adam adalah 1.5 kaki x 70 hasta = 00 kaki. Setinggi-tinggi pokok kelapa tradisi adalah 25-30 kaki. Maka Adam adalah 22 - 2.5 kali tinggi pohon kelapa tertinggi. Jika begitu kesemua binatang di bumi yang disebutkan begitu spt dinosaur tidak ubah seperti biawak sahaja kepada Adam. Jadi tak hairan pre-historic animals yang dsebut-sebutkan dalam the program/sisir Discovery Channel dll itu bila wujudpun, tak lebih dari saiz mengkarung atau biawak saja pada Adam. Islam memberithu manusia itu semakin hampir kiamat semakin kecil tubuh badannya, tetapi semakin besar otaknya - dalam konteks kemampuan berfikir, bukan dalam konteks saiz fisikalnya. Dan, manusia semakin jahat pekertinya, semakin mementingkan diri sendiri, dan melakukan segala sesuatu first untuk manfaat dirnya sendiri. Takda yang buat sesuatu kerana orang lain! Dan, manusia itu semakin selfish, tak pedulikan orang lain, walaupun nampak peduli....
Begitu jugalah dengan cekrawala dan bintang. Amerika dulu mempelopori perlumbaan meneroka angkasa lepas, ke bulan dan menempatkan space station di angkasa lepas, bilamana kapalterbang/rocket dan manusia boleh berhijrah sementara.Kini manusia ingin meneroka lebih jauh.
Saudara, bagi orang Islam yang benar-benar yakinkan Islam dan menerima sepenuhnya hakikat Islam, tiada makhluk selain yang ada di bumi - dengan pelbagai hidupannya, diwujudkan oleh Allah (a.w) semata-mata kerana perhiasan dunia untuk manusia nikmati dalam hidupnya dan supaya mereka sedar dan ingat bahawa ada penciptanya, iaitu Allah (a.w). Semuanya adalah nikmat bagi manusia. Selain, tumbuhan pokok dan haiwan, yang diberi akal fikiran dan siat-sifat teragung dalam ciptaan Allah (a.w) hanyalah tiga makhluk, iaitu malaikat yang dijadikan dari 'nur' (cahaya), yang tidak dapat dilihat oleh manusia, jin yang dijadikan dari api yang tidak dapat dilihat oleh manusia, dan manusia sendiri yang asal usulnya dijadikan dari tanah, kemudian dijadikan melalui pensenyawaan mani dan benih wanita. Jin, walaupun dijadikan dari api, termasuklah syaitan, yang merupakan jin yang elah dilaknat Allah (a.w), walaupun sudah beriman dan menyembah Allah (a.w) ratusan ribu tahun, kerana engkarkan satu perintah yang remeh, dilaknat dan dikekalkan sebagai penghuni neraka, dan dia kerana marahkan Allah (a.w) telah berikrar mendapatkan seramai mungkin manusia menjadi temannya dalam neraka kelak. Malaikat adalah makhluk yang dijadikan Allah (a.w) sentiasa taat dan tidak membantah Allah (a.w). Bilangan mereka ramai. Di langit dunia bilangan malaikat adalah 2 kali ganda bilangan manusia. Di langit kedua pula bilangannya 2 kali ganda yang ada di langit dunia. Di langit ketiga pula 2 kali ganda yang ada di langit ke-2. Demikianlah seterusnya. Fikirkanlah beitu ramainya malaikat itu! Fikirkanlah, setiap seorang manusia itu ada 2 malaikat yang mencatit segala kata-kata dan perbuatan/perlakuannya. Kerana malaikat itu dicipta Allah (a.w) dari cahaya, walau banyak/ramai manapun, tetapi tidak memenuhi ruang (space), sebagaimana cahaya matahari yang masuk ke rumah kita, contohnya, tidak menghalang wujudnya, benda-benda lain i kawasan yang disinarnya. Manusia, perlukah space atau ruang angkasa. Jin dan malaikat bebas berada di mana-mana ruang, manusia tidak boleh. Justeru itu, angkasawan, contohnya, perlu dibekalkan dengan oxygen untuk berjalan di angkasa lepas, aoxygen semaki tipis semakin tinggi kita naik ke langit. Oxygen adalah hasil dari proses fotosintesis - cabon dioxcide, yang merupakan gas yang keluar dari badan manusia ketika bernafas itu, diserap oleh tumbuh-tumbuhan/pokok untuk hidup dan menjana proses pembungaan dan pembuahan, makala dalam proses tersebut pula tumbuh-tumbuhan mengeluarkan oxygen untuk pernafasan manusia. Manusia dan tumbuh-tumbuhan adalah saling perlu memerlukan, bergantungan. Malangnya manusia hari ini - terutama yang tidak percayakan Allah (a.w) dan bertuhankan wang - fikirkan dunianya sahaja...
Saudara, yang benarnya tiada evolusi manusia. Pendapat atau teori Chales Darwin hanyalah teori seorang manusia berdasarkan fikirannya, yang membodohi manusia sehingga akui dia seorang genius. Manusia itu dicipta Allah (a.w) sebagaimana makhluk lainnya. Hanyalah manusia pertama - Adam (a.s) itu - bersaiz besar - tingginya 70 hasta (= 1.5 kaki x 70 ) tingginya.Justeru itu, apabila diturunkan Allah (a.w) ke bumi, Adam di India dan Hawa, isterinya, di Jeddah, Arab Saudi, Adam mengembara selama 40 tahun mencari isterinya, yang akhirnya dia ketemui isterinya di Jabal Rahmah di Arab Saudi.Zaman itu tiada kapal, tiada perahu untuk membolehkan Adam belayar ke Arab Saudi.
Saudara, yang jelasnya, saiz tubuh manusia itu akan semakin kecil, namun kapasiti otak dan fikirannya semakin membesar dan pintar. Justeru itu di akhir zaman kelak, manusia semakin kecil tubuhnya, tetapi semakin pintar otak dan fikirannya, mampu mencipta pelbagai alat untuk keperluan dunia mereka.
Nabi Nuh (a.s) diwakyukan oleh Allah (a.w) untuk membina Bahtera yang memuatkan kaumnya yang beriman dengan ajaran agama Islam yang dibawakan olehnya. Bahter yang boleh memuatkan 80 pasangan umatnya berserta pasangan haiwan yang diperintahkan Allah (a.w) dimuatkan dalam bahteranya, apabila dunia dikaramkan oleh Allah (a.w). Kemudian kita diberitahu pula kehebatan kaum 'Ad, kaum Hud (a.s), yang membina rumah kediaman mereka dalam gunung - yang peninggalannya masih boleh dilihat hari ini.
Saudara, ketika Rasulallah (s.a.w) Isra' (naik ke Sidratul Muntaha, untuk menerima wahyu syariat Solat 5 waktu) dan Mikraj (berjalan dari Mekah ke Baitul Maqdis), Rasulallah (s.a.w) tidak memerlukan roket dan tangki oxygen naik ke langit. Kita diberitahu dalam al-Hadith bahawa perjalanan dari langit dunia - langit pertama ke langit ke 2, memakan hitungan masa zaman Rasulallah (s.a.w) 70 tahun perjalanan - menunjukkan betapa jauhnya dari bumi sampai ke langit pertama. Demikian seterusnya perjalanan menaiki langit ke-2 dari langit pertama memakan masa 70 tahun pula. Fikirkanlah, Rasulallah (s.a.w) naik ke langit yang 7 itu memerlukan masa 70 x 7 = 490 tahun! Betapa lajunya roket US dan Russia, untuk sampai ke bulan memakan masa berapa tahun? Dengan bekalan fuel cecair yang banyak, bekalan oxygen untuk astronaut yng manning roket tersebut berapa banyak pula? Rasulallah (s.a.w) disebutkan menaiki satu haiwan yang diberi nama Borak - seumpama kuda yang memiliki sayap. Rasulallah (s.a.w) di temani oleh malaikat Jibril (a.s) sampai ke langit ke-7. Dikatakan selangkah Borak itu lajunya dan jauhnya adalah sejauh mata memandang. Berapa kM dan berapa pantas? Kerana Rasulallah (s.a.w) berjalan dari Mekah ke Baitul Maqdis sebahagian waktu malam. Kemudian naik ke langit yang 7 dan kembali ke Mekah dalam tempoh 12 jam sahaja! Tanpa perlu pakaian khas sebagaimana astronaut dan tanpa perlu bekalan oxygen dan makananpun!
Demikianlah hebatnya kuasa Allah (a.w). Semuanya boleh berlaku dengan izin Allah (a.w).
Apakah ada kehidupan (lifeform) di bulan atau di planet Marikh? Yang manusia cuba terokai? Jawabnya, tiada. Allah (a.w) hanya mengadakan makhluk = manusia, haiwan dan tumbuhan - di dunia sahaja. Malaikat berada di semua ruang angkasa kesemua lapisan langit menjalankan tugas masing-masing, atas perintah Allah (a.w). Jin berada di langit dunia. Hanya syaitan dan zuriatnya yang boleh naik ke langit atas, tetapi tidak akan sampai ke pintu langit ke-7. Tidak diberi izin oleh Allah (a.w).
Saudara, demikianlah apa yang kita diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semuanya berdasarkan keimanan kita dan kepercayaan kita dalam Islam. Kita diberitahu, segala sesuatu yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah itu adalah kebenaran yang haq, segala sesuatu yang dikatakan oleh manusia tanpa di dasari oleh sumber al-Quran dan as-Sunnah adalah 'zan' (i.e. persangkaan) manusia semata-mata, tidak ada kebenarannya.
Demikian jugalah kematian. Steelah kiamat dunia manusia akan dibangunkan/dihidupkan semua, dan setelah ditimbang dosa pahala, satu golongan masuk neraka di bakar di dalamnya dan segolongan yang lain dalam syurga mendapat segala nikmat yang diangan-angankan dan yang idak diangan-angankan. Jika tidak Islam pasti mereka kata ini cerita dongeng ...

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment