Wednesday, September 17, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb. dan Rumusan)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah selesai meneliti peraturan/manasik atau cara dan kaedah serta rukun-rukun ibadah haji/umrah, dalam beberapa post yang lalu. Dalam post ini kita rumuskan step-by-step cara dan kaedah tersebut supaya kita tidak tersilap. Saudara, dalam situasi sekarang ini di Malaysia, tidak mudah nak buat haji kerana dikawal oleh Kerajaan Malaysia (melalui Tabung Haji) yang memberi kebenaran siapa yang boleh menunakan haji, walaupun sudah mendaftar untuk naik haji sudah bertahun-tahun.Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan setiap orang yang ingin menunaikan haji datang ke Mekah/Madinah sesuka hati mereka, bila-bila masa mereka nak pergi. Maka jika diberi peluang maka pastikanlah kita kerajakan terbaik, yang terbaik menyemak ilmu mengenai Islam dan syariat Islam, dan syariat haji/umrah apakah ketetapan Allah (a.w) (dan, Rasulallah (s.a.w)), dalam perkara haj/umrah. Jika tidak menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum ...' itu, maka rugilah kita dan tak gunalah haji kita, dan sudah pastilah kita tak dapat status ;haji mabrur' itu!

Manasik/Peraturan dan Kaedah mengerjakan Haji/Umrah
Rumusuan: Ibadah Haji


1 .Pada pagi 9 Zulhujjah. Mandi hadath besar apabila hendak pergi ke Miqat Haji/Umrah. Dan, bertolak ke Miqat, memakai kain ikhram bagi lelaki/kain telekong bagi wanita, bersolat solat sunat 2 rakaat di Miqat, dan kemudian melafazkan niat Haji/Umrah : 'Labbaikan, Allahumma Hajjan/umratan'.

2. Membaca Talbiah dalam perjaan dari Miqat dan sepanjang perjalanan untuk Wukuf sehinggalah sampai ke tempat Wukuf, di Arafah. Miqat jema'ah haji yang bermukim di hotel di Mekah adalah di hotelya. (Miqat bagi umrah hendaklah keluar ke Tan'im atau Jahranah atau Zulkhulaifah, dan ketika balik ke Mekah untuk Tawaf bacalah Talbiah sepanjang jalan dan berhenti ketika dah sampai kat Sudut Hajar Aswad.

3. Pada 9 Zulhijjah. Bertolak ke Arafah waktu pagi supaya sampai ke Arafah untuk Wukuf di Arafah sebelum masuk waktu Zohor, kerana waktu Wukuf itu adalah bermula ketika tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) sampailah ke tamatnya waktu 'Asar (i.e. masuk waktu Maghrib). Setelah berada dalam khemah solatkan Solat Zohor dan Solat 'Asar jama' qasar - dua-dua rakaat - jama' takdim (i.e. buat kedua-dua solat itu dlam waktu Zohor). Keluar dari Arafah sebelum masuk waktu Maghrib. Ketika di Arafah perbanyakkan berdo'a sahaja kerana do'a di Arafah makbul. Ketika sampai ke Arafah, berada dalam khemah, jama' (takdim) dan qasarkan solat Zohor dan 'Asar.

4. Petang 9 Zulhijjah. Setelah selesai Wukuf - tamat waktu 'Asar atau ketika masuk waktu Maghrib, bertolak ke tanah jami' (i.e. Muzdalifah) dalam waktu Maghrib untuk Mabit di Muzdalifah (maksudnya, berhenti tidur sebentar) di Muzdalifah. Di Muzdalifah solatkan Solat Maghrib dan Solat Isya' jama' qasar, jama' takhir - tiga rakaat Maghrib dan dua rakaat Isya') - dalam waktu Isya'. Memperbanyakkan do'a, kerana do'a di Muzdalifah makbul sebagaimana Arafah tempat makbulnya do'a. Kemudian mencari batu-batu kecil untuk digunakan kelak melontar Jamrah di Mina- pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

5. Pagi 10 Zulhijjah. Di Muzdalifah, setelah masuk Subuh solatlah Subuh, dan  bersegera keluar dari Muzdalifah pergi ke Mina sebelum terbit matahari, untuk bermalam di Mina selama 3 hari 3 malam, untuk melontar Jamrah pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Di Mina sebaik-baiknya sampai di Mina waktu Dhuha.

6. Pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Setelah tiba di Mina, bermalam di Mina selama 3 hari 3 malam untuk melontar Jamrah. Di Mina kerjakan semua solat fardhu jama' qasar - bukan jama' tamam. Pagi 10 Zulhijjah - ketika sudah masuk Waktu Dhuha pergi ke Jamrah Aqabah (atau Jamrah Qubra) untuk melontar jamrah itu dengan 7 batu kecil, pastikan terkena pada temboknya bukan kawahnya. Setiap lontaran disebut 'Bismilah, Allahu Akbar'. Setelah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, jema'ah haji boleh Tahlul Awal - tanggalkan kain ikhram, pakai pakaian biasa. gugur kesemua pantang larang keharaman haji/berikhram kecuali 3 iaitu berakaitan dengan hubungan suami isteri (foreplay, berjimak/bersetubuh).

7. Ketika masih di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (i.e. 3 Hari Tasyrik) pergi ke Jamrah untuk melontar ketiga-tiga Jamrah - Ula, Wusta dan Aqbah - 7 batu kecil setiap satu, untuk 3 hari, dalam waktu 'Asar. Tamat waktu melontar ketika masuk waktu Maghrib.

8. Sesiapa yang ingin buat Nafar Awal pada 12 Zulhijjah, setelah melontar ketiga-tiga Jamrah, boleh keluar Mina bertolak ke Mekah/Ka'abah jika sempat keluar dari Mina sebelum tamat waktu 'Asar. Jika tak sempat kekal tinggal di Mina sehari lagi (pada 13 Zulhijjah) untuk melontar ketiga-tiga jamrah hari Tasyrik ke-3 yang disyaratkan.

9. Selepas Nafar Awal jema'ah haji keluar Mina dan pergi ke Mekah/Ka'abah dengan berwudu' untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (= Tawaf Haji), mengelilingi Ka'abah 7 kelilng/pusingan. Mula Tawaf di Sudut Hajar Aswad, dan tamat pusingan di Hajar Aswad juga. Berlari-lari anak pada pusingan 1 hingga 3 pusingan sampai ke Rukun Yamani, dan menyambung pusingan dengan berjalan kaki antara Rukun Yamani hingga Rukun Hajar Aswad. Pada pusingan ke-4 hingga ke-7 berjalan kaki/biasa.

10. Selesai Tawaf Ifadah (=Tawaf Haji) pergi ke belakang Makam Ibrahim berdiri di antara Sudut Hajar Aswad dan Pintu Ka'abah (= Multazam) untuk bersolat sunat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim, setelah solat berdo'a - Do'a Nabi Adam dan Do'a Nabi Ibrahim - do'a di Multazam (dan Hijir Ismail) mustajab.

11. Setelah selesai Tawaf Ifadah pergi ke Bukit Safa untuk menngerjakan Sa'i Haji mengelilingi Bukit Safa dan Bukit Marwah 7 pusinagn. Satu pusingan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, dan satu pusingan pula dari Bukit Marwah ke Bukit Safa adalah satu pusingan. Tamat Sa'i itu ketika habis pusingan ke-7 di Bukit Marwah. Setiap kali berjalan dari Bukit Safa/Bukita Marwah ke Bukit Marwah/Bukit Safa, hendaklah berlari-lari anak ketika sampai di kawasan Jurang Mua'isim (yang ditandakan dengan lampu hijau).

12. Setelah selesai Sa'i Haji maka berTahlul Thani dengan membotakkan/menggondolkan kepala sambil berdo'a, maka selesailah ibadah haji (dengan syarat segala rukun-rukun qalbi, qauli dan fe'linya sejajar dengan ketetaan 'Khuzu 'anni manasikakum' itu.

13. Sebelum pulang ke tanah air buatlah Tawa Wada'/Tawaf Selamat Tinggal).

Bagi umat Islam/Jema'ah Haji yang berkesempatan mengerjakan haji tahun ini, sama-samalah kita ucapkan dan do'akan semoga mendapat Haji Mabrur.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment