Saturday, September 13, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, harus diingatkan bahawa sebagaimana solat, kita wajib ada Wudu' untuk mengerjakan Tawaf. Apakah terbatalWudu' kita kalau menyentuh/tersentuh wanita bagi lelaki atau lelaki bagi wanita, yang tidak mahram? Tiada ketetapan syariat Islam - berdasarkan as-Sunnah dan al-Quran menyentuh opposite sex itu membatalkan Wudu'. Ketetapan kononnya menyentuh opposite sex itu membatalkan Wudu' adalah peraturan nenek moyang yang tiada sandaran atau didasarioleh al-Quran dan as-Sunnah. Yang ada menyentuh opposite sex itu mendatangkan dosa, lebih-ebh lagi jika disengajakan. Ketika mengerjakan Tawaf dengan begitu penuh sesak dengan manusia dari pelbagai bangsa dan bahasa, pasti tersentuh orang-orang yang tidak mahram. Kerana kita tidak sengajakan, taklah berdosa, dan tidak membatalkan Wudu'. Yang lebih utama adalah hendaklah kita berWudu; dengan cara dan kaedah yang bertepatan dengan ketetapan as-Sunnah. Sila rujuk post-post yang lalu tentang cara dan kaedah berWudu' yang betul berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Selepas mengerjakan Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji, maka jema'ah haji berjalan menuju Bukit Safa untuk mengerjakan Sa'i Haji - berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah satu pusingan dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa satu pusingan lagi, iaitu pusingan ke-2. Jangan lupa bahawa kita wajib ada Wudu' ketika mengerjakan Tawaf, tetapi tak perlu berwudu' untuk Sa'i. Cara dan kaedah mengerjakan Sa'i itu - setiap rukunnya dijelaskan dalam hadith-hadith berikut:

Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)
Sa’i Haji/umrah - dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
(Tujuh pusingan)

(-) Ketika berjalan menuju Bukit Safa

Saudara, setelah selesai Tawaf dan bersolat dua rakaat solat sunat di belakang Makam Ibrahim, berjalanlah ke Bukit Sofa/Safa, untuk ibdah Sa'i Haji.
Diriwayatkan hadith daripada Hisyam bin Urwat hadith daripada bapanya bahawasanya (bapanya) berkata: ‘Berkata aku kepada Aisyah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w): Dan aku pada hari ini mendengar hadith ... firman Allah (a.w) Yang Maha Mulia lagi Maha Agung ‘Innas sofa wal-marwata min sya’airillaha in yatauwafa bihima’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian daripada syiar (tanda-tanda kebesaran) Allah (a.w)) - Hadith Bukhari, Kitab Tafsir.
Sesiapa yang hendak mengerjakan haji dan umrah, mereka diwajibkan Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji (i.e. mengelilingi Ka’abah) tujuh pusingan, kemudian hendaklah dia mengerjakan Sa’i Haji berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan kembali semula ke Bukit Safa tujuh kali. Satu Sa’i adalah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan kembali ke Bukit Safa, maka dibuat 7 kali dan Sa’i selesai selepas tujuh kali di Bukit Marwah, di nana jma’ah haji bertahlul dengan menggondolkan kepala/bercukur/memotong beberapa helai rambut.

(-) Do’a ketika berada di atas Bukit Safa (dan juga Bukit Marwah)

Sa’i itu adalah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, dan kembali dari Bukit marwah ke Bukit Safa, dan seterusya diulangi 7 kali jalanan. Dari Bukit Safa ke Bukit Marwah satu Sa’i, dari Buit Marwah ke Bukit Safa satu Sa’i. Jalanan yang ke-7, terakhir, dari Bukit Safa ke Bukit Marwah, kemudian bertahlul, i.e. Tahlul Thani dengan mencukur rambut atau membotakkan kepala. Setelah bertahlul selesailah Ibadah Haji/Umrah dan gugurlah pantang larang terakhir.
Apabila sampai ke kaki Bukit Safa (dan kemudian Bulit Marwah) mengadaplah ke arah Kaabah dengan membaca do’a: ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul muku wa-lahul hamdu yuhyi wa-yumit wa-hua ‘ala kulli syai’in qadir, lailaha illallah wahdahu lasyarika lahu anjaza wa’dahu wa-nasara ‘abdahu wa-hazamal ahzaba wahdahu.’(3x). Dan seterusnya berdo’a dengan do’a (bebas). Contoh do’a adalah do’a yang dibacakan oleh Ibnu Omar (r.a) semasa dia berada di atas Bukit Safa dan Marwah: ‘Allahumma innaka qultu … (hingga) … waj’alna a-immatil muttaqina.’ .
Kita akan tuliskan do'a ini dalam post kemudian nanti.

(-) Berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah

Di antara Bukit Safa dan ukit Marwah ada bahagian yang ditanda dengan lapu Hijau menandakan Jurang Mauisir bilamana Jema’ah Haji/Umrah dkehendaki berlari-lari anak. Ini melambangkan perbuataan isteri Nabi Ibrahim (Siti Hajar) yang terpaksa berlari-lari dari dua bukit tersebut untuk mencari air untuk diminumoeh anaknya Nabi Ismail (a.s). Maka, semasa mengerjakan Sa’i itu, setiap kali berjalan dan sampai ke kawasan yang ditandakan sekarang dengan lampu hijau, jema’ah Haji/Umrah dikehendaki berelari-lari anak, i.e. dari tempat lampu hijau sehingga sampai ke lampu hijau kedua-dua belah jalanan Sa’i itu.

(-) Do’a-do’a yang dibaca semasa Sa’i

Semasa turun dari Bukit Safa (atau Bukit Marwah) memulakan perjalanan, berjalan bacalah ‘‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’, kemudian membaca ‘wala haula wala quata illa billahi’ dan ketika sampai ke bahagian lampu hijau (di atas) berlari-lari anak (bagi lelaki) sambil membaca do’a: ‘Rabbir fir warham wa-anta (atau) ‘wa-annaka a’azzul akramu.’ sehingga sampai ke bahagian lampu hijau yang satu lagi. Kemudian membaca lagi ‘Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wal-llahu akhbar’… sehingga sampai ke kaki Bukit Marwah membaca ‘A’uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismilahhir rahamnir Rahim. Innas safa wal-umrata min syaa’irillahi’. Dan, setelah sampai ke atas Bukit Marwah, berdiri mengadap ke arah Ka’abah, berdoa, yakni membaca: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul muku wa-lahul hamdu yuhyi wa-yumit wa-hua ‘ala kulli syai’in qadir, lailaha illallah wahdahu lasyarika lahu anjaza wa’dahu wa-nasara ‘abdahu wa-hazamal ahzaba wahdahu.’(3x). Demikianlah diperbuat setiap perjalanan tujuh kali berSai tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar (r.a) bahawasanya Ibnu Omar (r.a) ada berdoa atas Bukit Safa (dan Marwah) (dengan doa ini): ‘Allahumma’-simana bidinika wa-tawa’itiatika, tawa’iyati rasulika wa-jannibna hududaka. Allahumma-aj’alna nuhibbuka wa-nujiba malaikatika, wa-abiyatika wa-rasulika, wa-nuhibbu ‘ibadakas solihina. Allahumma habibana ilaika wa-ila malaikatika wa-inni anbiyaika wa-rasulika wa-ila ‘ibadis solihina. Allahumma yasirna lilyusra wa-janibnal-‘usra wa’sarlana fil-akhirati wa-ula waj’alna min aimmatil-muttaqina.' (Maksud kalimah doa: Ya Allah (a.w) semoga Engkau menjaga aku dengan agamaMu dan menjaga ketaatanku terhadapMu dan menjaga ketaatan kepada Rasul Engkau dan semoga menjauhkan aku beberapa hukum hudud Engkau. Ya Allah (a.w) semoga menjadikan Engkau aku suka kepadaMu dan suka aku kepada para malaikatmu dan para nabiMu dan para RasulMu dan suka akan hambaMu yang soleh. Ya Allah (a.w) semoga menyenangkanku kepada Engkau (Allah (a.w)) dan kepadapara malaikatMu dan kepada para nabiMu dan kepada para RasulMu dan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah (a.w) semoga memudahkan pada yang memudahkan kepadaku dan semoga Engkau (Allah (a.w)) menjauhkan padaku (apa-apa) yang menyulitkan (atau merumitkan) aku dan semoga mengampuni akandaku di dalam urusan akhiratku dan urusan yang awal (yakni, dunia) dan semoga menjadikan Engkau (Allah (a.w) aku pemimpin dari kalangan orang yang bertaqwa.) - Hadith al-Baihaqi, Kitab Haji.
Semasa mengerjakan Sai dan membaca do'a-do'anya, hendaklah dengan perasaan rendah diri kepada Allah (a.w) dan khusyuk terhadap apa-apa yang diucapkan. Ini melambangkan kemanan kita yang kental dan penuh yakin pula. Ingatlah berdo'a ketika Sa'i atau di kaki bukit Safa dan Marwah dimakbulkan.

(-) Lari-lari Anak di Wadi (jurang) antara Bukit Safa dan Bukit Marwah 

 
Ketika ,Sa'i kita disuruh berlari-lari anak ketika melalui Jurang Muair - kawasan yang ditandakan dengan lampu hijau.
Diriwayatkan hadith dari Safiah bt Syaibah hadith dari seorang perempuan yang berkata: ‘Melihat aku Rasulallah (s.a.w) lari-lari anak di dalam tengah-tengah tempat banjir, dan bersabda: ‘Tidak boleh dilalui wadi (jurang) kecuali berat (yakni, berjalan dengan cepat).’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik Haji.
Nota: Hadith di atas menyebutkan perlakuan Rasulallah (s.a.w) ketika Sa’i tatkala sampai satu kawasan lembah dia berlari-lari anak. Kawasan ‘lembah’ inilah sekarang ini ditandakan dengan lampu hijau untuk mengingati peristiwa Siti hajar (a.s), isteri Nabi Ibrahim (a.s), yang berlari-lari anak dari Bukit safa ke Bukit Marwah mencari danau atau air. Ketika sampai di kawasan lembah tersebut Siti Hajar (a.s) berlari-lari anak, kerana takutkan banjir kilat (falsh flood). Anaknya, Ismail (a.s) ditinggalkan di suatu tempat sebelah Ka’abah, maka keluarlah anak air yang mengalirkan air, iaitu air zam-zam.
Diriwayatkan hadith dari ‘Amru b Dinar hadith dari Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya apa-apa berlari-lari anak Rasulallah (s.a.w) di Baitullah antara Bukit Safa dan Bukit Marwah supaya dilihat oleh orang-orang musyrik kekuatan Nabi (s.a.w). Berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Dalam ini bab hadith dari Aisyah (r.ah) dan Ibnu Omar (r.a) dan Jabir (r.a). Berkata Abu Isa (i.e. at-Termidzi) bahawa hadith Ibnu Abbas (r.a) adalah hadith yang baik lagi sahih dan dia orang-orang ahli ilmu suka pada hadith ini apabila lari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, maka jika tidak berbuat sedemikian berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah pada pendapatnya tidak dibolehkan. - Hadith at-Termidzi.
Nota: Hadith di atas menyebutkan bahawa adalah afdhal bagi orang yang mengerjakan haji dan umrah, ketika Sa’i berlari-lari anak di kawasan yang disebutkan itu. Dalam hadith berikut pula, disebutkan bahawa ketika Rasulallah (s.a.w) sudah uzur, beliau tidak berlari-lari anak, tetapi berjalan seperti biasa sahaja. Jelaslah, yang terbaik berlari-lari anak, tetapi jika tidak mampu kerana keuzuran dan sebagainya, boleh terus berjalan seperti biasa.
Diriwayatkan hadith dari ‘Atak b Saib hadith dari Kathir b Jumhan berkata: ‘Melihat aku Ibnu Omar (r.a) berjalan di dalam tempat berlari-lari anak, maka berkata aku kepadanya (Ibnu Omar (r.a)): ‘Adakah berjalan engkau di dalam tempat berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit Marwah?’ Maka berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Nescaya jika berlari-lari anak aku maka sungguh-sungguh melihat aku Rasulallah (s.a.w) berlari-lari anak. Dan nescaya berjalan aku maka sungguh-sungguh melihat aku Rasulallah (s.a.w) berjalan. Dan adapun aku orang tua dan tersangat tua.’ - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Nota: Dalam hadith di atas, Ibnu Omar (r.a) menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) ada berjalan sahaja dan tidak berlari anak ketika memasuki kawasan lembah antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, yakni kawasan yang bertanda lampu hijau sekarang ini.
Menceritakan hadith dari Zuhair menceritakan hadith dari Abu Ishak berkata: ‘Mendengar aku Ibnu Omar (r.a) berkata (yakni, membaca) antara Bukit safa dan Bukit Marwah (yakni, kawasan wadi, i.e. lari-lari anak) ‘Rabbighfirli warham wa-anta’ atau ‘annakal a’azzul akram’ (Yang bermaksud: Semoga mengampuni dan semoga menyayangi dan Engkau (Allah (a.w))’ atau ‘dan sesungguhnya Engkau (Allah (a.w)) zat yang Maha Mulia (i.e. tidak dikalahkan oleh sesiapa) lagi Maha Mulia (i.e. mengalahkan kurniaanNya atas seluruh alam).) - Hadith al-Baihaqi, Kitab haji.
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment