Friday, September 12, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita teruskan penelitian kita tentang bagaimana ibadah haji itu dilaksanakan berdasarkan as-Sunnah. Harus difahami bahawa perincian setiap amalan dan ibadah itu ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), melalui as-Sunnah atau al-Hadith. Kita telahpun tahu lafaz niat haji/umrah dan bila, serta dimana kita wajib melafazkan niat haji/umrah tersebut. Apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan kita lakukan ketika sudah berikhram dan melafazkan niat. Niat Haji/umrah itu telahpun kita tahu dalam post yang lalu"

Lafaz niat haji: 'Labbaika, Allahumma hajjan'; lafaz niat umrah: 'Labbaika, Allahumma umratan'; dan lafaz niat hendak menghajikan orang lain: 'Labbaika, Allahumma hajjan/umratan 'an (sebut nama siapa yang kita wakili)'. Setelah berniat maka berjalaah pantang larang haji/berikhram.

Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)
Membaca Talbiah Setelah Berikhram dan Berniat Haji/Umrah

Setelah mengenakan Ikhram untuk Haji atau Umrah di Miqat, hendaklah bersolat sunat dua rakaat di Miqat (Solat Sunat Ikhram), selepas berdo’a, melafazkan niat Haji atau Umrah. Setelah melafazkan niat haji (atau, umrah) makan berjalanlah tempoh larangan atau pantang larang Ikhram, sehinggalah Tahlul Awal (i.e. setelah selesai melontar Jamrah Aqbah pada 10 Zulhijjah), gugur kesemua kecuali 3 larangan yang berat, dan selepas Tahlul Thani (i.e. setelah menyempurnakan Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) dan menyelesaikan Sa'i Haji), barulah gugur kesemua pantang latang berikhram dan patang larang haji dan umrah.
Ketika keluar dari Miqat berjalan menuju Mekah/Masjidil Haram, hendaklah membaca Talbiah sebanyak-banyaknya dan dengan suara yang nyaring, dan berhenti membacanya ketika telah masuk ke Masjidil Haram, dan sampai ke Rukun Hajar Aswad, sambal melambai kepadanya/kea rah Hajar Aswad dan menyebut ‘Bismillah, Allahu Akbar’. Kemudian berniat dalam hati mengerjakan Tawaf - Tawaf Ifadah.


(-) Kalimah bacaan Talbiah

Kalimah Talbiah yang dibaca selepas melafazkan niat haji dan ketika berjelan ke Arafah.

Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a): Bahawasanya Talbiah Rasulallah (s.a.w): ‘Labbaika Allahumma labaik. Laibaika la syarika laka labbaik, innal hamda, wa-ni’mata laka, wal-mulk la syarika lak.’(Yang bermaksud: Aku penuhi panggilan Engkau Ya Allah (a.w), sesungguhnya segala pujia-pujian hanya kepadaMu, dan segala nikmat adalah milikMu, dan segala kerajaan adalah milikMu, tidak sekutu bagiMu (yakni, tidak syirik aku).) Berkata Nafi’ (r.a): ‘Abdullah bin Omar (r.a) biasa menambah dalam Talbiahnya: ‘Labbaika, labbaika, wa-sa’daika, wal-khairu biyadika, war-rughbau ilakika wal-amalu.’ (Yang bermaksud: Aku penuhi panggilan Engkau ya Allah (a.w) dengan penuh kebahagiaan. Segala kebaikan di tangan kekuasaan Engkau, dan segala permohonan dan amal pekerjaan kembali kepada Engkau.) - Hadith Abu Daud dan juga Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah.
Pada lazimnya jema'ah haji yang pergi ke Miqat awaal pagi, membaca Talbiah sampai ke tempat kediaman, kemudian menunggu kenderaan untuk ke Arafah, sepanjang perjalan ke Arafah itu membaca kalimah Talbiah. Talkala sudah sampai ke Arafah berhenti membaca Talbiah dan memulakan amalan Wukuf iaitu membaca sebanyak mungkin do'a.


(-) Akhir membaca Talbiah

Saudara, bagi jema'ah yang ingin mengerjakan umrah pula, setelah melafazkan niat umrah di Muqat, membaca Talbiah dalam perjalana ke Mekah sampailah terlihat Ka'abah, dan berhenti membaca Talbiah ketika melihat Hajar Aswad, dan seterusnya mengerjakan Tawaf Umrah. Begitu jufa dengan Tawaf Qudum dan Tawaf Wada'. Kita menghentikan berTabiah ketika sampai/melihat Hajar Aswad. Bag jema'ah haji berhenti membaca Takbiah ketika sudah sampai ke Arafah.

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Yulabbi mu’tamiru hatta yastalima hajaru’ (Yang bermaksud: Membaca ‘Talbiah’ bagi orang yang umrah sampai menjamah (yakni, mengusap) Hajar Aswad.) - Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi (sebagai hadith hasan).
Nota: Jika tidak dapat mngucuo, atau menjamah atau mengusap Hajar Aswad, hendaklah ‘Istilam’ (yakni, melambai tangan kanan yang diangkat tinggi ke arahnya) sambil menyebut ‘Bismillahi, Allahu Akbar’, kemudian mengucup telapak tangan selepas itu. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment