Tuesday, September 2, 2014

Ibadah Haji - Rukun Islam yang ke-5

Assalamualaikum,
Saudara, kita baru saja selesai merayakan Aidil Fitri setelah berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan. Ada diantara kita yang benar-benar berpuasa menepati ketetapan Allah (a.w), maka berjaya disucikan dari segala dosa yang lalu dan mereka kembali berih dalam fitrah, seumpama dilahirkan oleh ibu mereka - bersih dari dosa. Maka dengan itulah suatu ketika, semasa Rasulallah (s.a.w0 sedang berkhutbah, Jibril (a.s) datang memberitahu beliau bahawa rugilah seorang iman yang apabila dia sempat menemui akhir Ramadhan tidak dibersihkan oleh Allah (a.w) dari dosa-dosanya, kerana mereka berpuasa tetai tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dalam perkara berpuasa.
Saudara, mulai 1 Syawal masuklah pula bulan haji. Dan bulan haji itu tamat pada 10 Zulhijjah, dan pibadah haji itu bermula pada 9 Zulhijjah bermulnya jema'ah haji Wukuf di Arafah, kemudian Mabit di Muzdalifah, dan kemdian bermalam di Mina pada malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, dan selesai ibadah haji jema;ah haji itu setelah mengerjakan Tawaf Ifadah di Baitullah pada 13 atau selepasnya dan Sai setelah Tawaf dan kemudian bertahlul. Jika ibadah haji seseorang itu dikerjakan menepati ketetapan manasik (peraturan) haji yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan menjaga pantang larang berikhram dan pantang larang ketika haji, maka mereka dapat Haji Mabrur - haji yang balasannya tidak kurang dari mmendapat syurga di akhirat kelak. Umat Islam itu diberi banyak peluang untuk menghakis dosa-dosanya. Yang paling besar pemberian Allah (a.w) adalah ibadah puasa Ramadhan yang menghakis dosa dan Haji Mabrur yang juga menghais dosa.
Saudara, mulai dari post ini dan dalam beberapa post berikutnya kita akan teliti syariat Islam mengenai ibadaah haji berdasarkan ketetapan Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) dan ketetapan as-Sunnah (maksudnya, al-Hadith), supaya kita tahu dan faham peraturan yang benar tentang ibadah haji itu. Supaya tidaklah seseorang yang mengerjakan haji itu melakukan pelbaga perkara yang tanpa mereka sedari menghakis pahala haji mereka.

Haji dan Umrah: Perintah Allah (a.w)
(-) Syarat untuk mengerjakan haji
Firman Allah (a.w): ‘Wa-lillahi ‘alan nasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabilan waman kafara fa-innallaha ghaniyun ‘annil ‘alamina.’ (Yang bermaksud: Dan Allah (a.w.) mewajibkan atas manusia (yang Islam) (mengerjakan) haji di Baitullah bagi barangsiapa yang mampu atasnya membuat perjalanan (ke Baitullah) dan barangsiapa kufur (yakni, mampu tetapi ingkar dari mengerjakannya) maka sesungguhnya Allah (a.w) zat yang Maha Kaya dari seluruh ‘alam (yakni, sekelian makhluk).) - Ayat 97: ali-Imran. [Nota: ‘Mampu’ maksudnya dia mempunyai sumber yang cukup untuk ke Mekah dan berada di sana beberapa hari – sekurang-kurangnya seminggu, meninggalkan secukup sara hidup untuk keluarganya yang ditinggalkan sementara, dan dia sudah mempunyai ilmu mengenai ibadah tersebut berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah.]

(-) Niat mengerjakan haji dan umrah
Firman Allah (a.w): ‘Wa-atimmu hajja wal-‘umrata lillahi ...’ (Yang bermaksud: Dan kerjakanlah haji dan umrah semata-mata (i.e. murni amalannya, ikhlas) kerana Allah (a.w) ...) - Ayat 196: al-Baqarah.
[Nota: Nas dan dalil menunjukkan bahawa ibadah haji dan umrah itu diniatkan semata-amata kerana mentaati perintah Allah (a.w). Dan, satu umrah itu diwajibkan. Ketetapan ini sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) bahawa segala sesuatu amalan/ibadah itu diniat sejajar dengan Ayat 36: al-Isra’ ‘Wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna ‘azabahu’ (Yang bermaksud: (Segala amalan/ibadah deikerjakan) kerana mengharapkan kerahamatan Allah (a.w) (maksudnya, untuk mendapat syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (maksudnya, siksaan dalam neraka).
Dalam Islam secara khusus ‘niat’ diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam dua ibadah fardu, iaitu dalam Wudu’ memulakan wudu’ dengan menyebut ‘Bismillah’, dan niat untuk ibadah haji/umrah ‘Labbaika, Allahumma hajjan/umratan’ (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu, ya Allah untuk mengerjakan haji/umrah). Tidak ada lafaz niat seumpama ‘Nawaitu …’ ketika mengambil wudu’ dan ‘Usolli …’ ketika memulakan solat. Solat dimulakan dengan mengangkat kedua tangan dan terus melafazkan Takbir (maksudnya, Takbiratu Ikhram), berdasarkan perintah Rasulallah (s.a.w): ‘Faiza qumta ilas-solati fakabbir’ (Yang bermaksud: Ketika berdiri kalian untuk bersolat maka Takbirlah (yani, baca Allahu Akbar) – al-Hadith.]

(-) Ibadah haji itu ditetapkan masanya
Firman Allah (a.w): ‘Alhajju asy’urun ma’lumatun ...’ (Yang bermaksud: Bahawasanya haji itu syiar Allah (a.w) (yakni, syiar atau syariat Islam, yang diketahui semua ...) - Ayat 197: al-Baqarah.
[Nota: ‘Musim haji itu’ telah ditentukan dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)] semasa beliau mengerjakan Haji Wada’ – iaitu mulai 1 Syawal dan berakhir pada 10 Zulhijjah.]


(-) Manasik/peraturan – cara dan kaedah mengerjakan haji dan umrah

Peraturan mengerjakan haji dan umrah – rukun qalbi (niat), rukun fe’li (perlakuan/perbuatan) dan rukun qaulinya (bacaan/ucapan) telah didemokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) semasa beliau mengerjakan haji wada’ dengan sabdanya:
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khuzu ‘anni manasikakum wa-inna la’alli la arakum ba’da ‘ami haza.’ (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) cara dan kaedah kalian mengerjakan haji, barangkali setelah tahun ini aku (Nabi) tidak (kesempatan) melihat kalian.’ – Hadith al-Baihaqi.
Rasulallah (s.a.w) hanya berhaji sekali – Haji Wada’ – dan tak lama kemudian beliaupun wafat. Ketika di Arafahlah beliau berkhutbah yang antara isi khutbahnya beliau menyebutkan bahawa syariat Islam itu sudah disempurnakan (dengan turunnya Ayat 3: al-Maidah). Nabi (s.a.w.) mengerjakan Haji Qiran – mengerjakan haji dan umrah dalam satu ikhram (i.e. berikhram sekali) – haji dahulu kemudian baru buat umrah. Haji Qiran kerana beliau Tawaf di atas tunggangannya (unta), dan unta itu dikurbankan pada 10 Zulhijjah. Banyak hadith menyebutkan praktikal haji itu, yang dijadikan perintah dalam hadith di atas dan menjadi ketetapan haji dan umrah yang benar.]

Haji dan Umrah: Ketetapan Rasulallah (s.a.w)

(-) Allah (a.w) mewajibkan haji
Diriwayakan hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Berkhutbah kepada kami Rasulallah (s.a.w): ‘Ya aiyuhan nasu qad faradallahu ‘alaikumul hajja fahajju.’ (Yang bermaksud: ‘Wahai sekelian manusia! Sungguh-sungguh telah difardhukan oleh Allah (a.w) atas kamu sekelian ibadah haji, maka kerjakanlah haji’. Maka bertanya seorang lelaki (Aqra’ bin Habis): ‘Adakah tiap-tiap tahun, wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Maka terdiam Rasulallah (s.a.w) sehingga pertanyaan itu diulangi (oleh yang bertanya) tiga kali. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lau kultu ‘na’am’ lawajabat walau wajabat ma qumtum biha.’ (Yang bermaksud: Jika aku katakan ‘ya’ nescaya wajiblah bagi kamu, dan jika aku wajibkan atas kamu (setiap tahun) tidak berdiri.) ‘Zaruni ma taraktukum fainnama halaka man kana qablakum bi kathrati sualihim ‘ala anbiyaihim, faiza amartukum bisyai’in faktu minhu mastota’tim waiza nahaitukum ‘an sysi-in fada’uhu.’ (Yang bermaksud: Biarkanlah apa-apa yang aku tinggalkan (yakni, tidak lakukan atau kerjakan atau suruh). Bahawa sesungguhnya telah celaka (atau rosak) umat-umat sebelum kamu (yakni, umat-umat zaman para nabi dan rasul yang terdahulu) kerana banyak pertanyaan mereka dan juga perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka. Apabila aku perintahkan dengan sesuatu, kerjakanlah sekuat mampu kamu, dan apabila aku larang tentang ssuatu, maka tingalkanlah!) - Hadith Muslim & Hadith Nasa’i, dalam Manasik Haji. Nota: Dalam Islam apakala telah diberitahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kepada seseorang itu adaalah wajib dia dengan dan akur (maksudnya, taat), jangan persoalkan atau jangan banyak soal/bertanya. Setiap sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah kebenaran.

(-) Manasik/Peraturan mengerjakan haji & umrah

Peraturan mengerjakan haji dan umrah – rukun qalbi (niat), rukun fe’li (perlakuan/perbuatan) dan rukun qaulinya (bacaan/ucapan) telah didemokan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) semasa beliau mengerjakan haji wada’ dengan sabdanya:
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khuzu ‘anni manasikakum wa-inna la’alli la arakum ba’da ‘ami haza.’ (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) cara dan kaedah kamu mengerjakan haji, barangkali setelah tahun ini aku (Nabi) tidak (kesempatan) melihat kalian.’ – Hadith al-Baihaqi.
Rasulallah (s.a.w) hanya berhaji sekali – Haji Wada’ – dan tak lama kemudian beliaupun wafat. Ketika di Arafahlah beiau berkhutbah yang antara isi khtbahnya beliau menyebutkan bahawa syariat Islam itu sudah disempurnakan (dengan turunnya Ayat 3: al-Maidah). Nabi (s.a.w.) mengerjakan Haji Qiran – mengerjakan haji dan mrah dalam satu ikhram (i.e. berikhram sekali) – haji dahulu kemudian bru buat umrah. Haji Qiran kerana beliau Tawaf di atas tunggangannya (unta), dan unta itu dikurbankan pada 10 Zulhijjah. Banyak hadith menyebutkan praktika haji itu, yang dijadikan perintah dalam hadith di atas dan menjadi ketetapan haji dan umrah yang benar.]
[Nota: Dalam perkara haji dan umrah panduannya adalah apa-apa yang ditetepakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dasarnya sabda Rasulallah (s.a.w) di atas itu (i.e. Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khuzu ‘anni manasikakum wa-inna la’alli la arakum ba’da ‘ami haza.’ (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) cara dan kaedah kamu mengerjakan haji, barangkali setelah tahun ini aku (Nabi) tidak (kesempatan) melihat kalian.’ – Hadith al-Baihaqi. Justeru itu, bentuk-bentuk amalan dan jenis-jenis haji serta cara dan kaedah mengerjakan haji/umrah itu telah ditetapkan secara terperinci oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Allah (a.w) perintahkan manusia (khususnya yang Islam dan beriman) supaya jadikan Rasulallah (s.a.w) itu contoh ikutan kerana beliau adalah model terbaik ‘uswatun hasanah’. Oleh itu, melakukan sesuatu rukun, cara dan kaedah tertentu yang menyelisihi/berbeza dari perlakuan Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat, adalah bercorak ‘bid’ah’ dalam ibadah haji dan umrah. Maka melanggar ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7: al-Haysr dan Ayat 80: an-Nisa’.
Justeru itu, segala perbuatan dan perlakuan dan bacaan yang yag dibaca ketika mengerjakan rukun-rukun haji dan umrah, seumpama Tawaf dan Sa’i, yang berlainan dari yang ditetapkan oleh as-Sunnah adalah bersifat pencemaran dalam amalan atau menghapuskan kemurniannya (i.e. bida’ah), kecuali do’a yang dibolehkan dibaca sebanyak—banyaknya. Oleh kerana seahagian penting ibadah haji dan umrah adalah amalan-amalan/ibadah lain seumpama Solat – fardu dan sunat, maka wajib akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) ‘Sollu kama ra-aitmuni usolli …’ (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) bersolat) – Hadith Bukhari, dan ketika memulakan solat, akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w): ‘Faiza qumta ilas-solati, fakabbir …’ (Yang bermaksud: Ketika kalian berdiri untuk bersolat (memulaka solat) maka takbirlah (i.e. sebut ‘Allahu Akbar’ dan baca Do’a Iftitah) – Hadith an-Nasa’i.

Nota: Cara berTakbir itu diperincikan dalam as-Sunnah. Antaranya bagaimana mengangkat kedua-dua tangan ketika membaca Takbir/berTakbir. Kemudian, setelah Takbir, dimana diletak kedua-dua tangan kita. Satu cara: Angkat kedua-dua tangan sehingga hujung jari selari dengn cuping kedua-dua telinga, sambal menyebut ‘Allahu Akbar’; atau cara kedua, angkat kedua-dua tangan sehingga hujung jari kedua-dua belah tangan selari dengan kedua-dua bahu, sambil menyebut ‘Allahu Abar’, kemudian diletakkan di atas perut, di atas bahagian pusat, tangan kanan memegang yang kiri di pergelangan yang kiri, dan diletakkan di tengah-tengah bahagian perut..

(-) Kenapa Tawaf, Sa’i dan Melontar?

Syariat agama Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dan disampaikan kepaa manusia oleh Rasulallah (s.a.w), yang juga mendemokan bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah mengerjakannya atas dasar wahyu dan diajar/didemokan oleh malaikat Jibril (a.s).

Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya apa-apa dijadikan Tawaf di (yakni, mengelilingi) Baitullah dan Tawaf (yakni, Sa’i) di antara Bukit Sofa dan Marwah dan melempar (atau, melontar) jamrah nescaya ditegakkan (kesemuanya) kerana mengingatkan Allah (a.w).’ - Hadith Abu Daud dalam Kitab Kanzil Umal.

Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) mewajibkan atas kamu sekelian Sa’i maka bersa’ilah.’ - Hadith at-Tobrani dalam Kanzil Umal.

(-) Mampu Kemudian Mati Tidak Mengerjakan Haji, Kafir
Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru Ibni Muslim al-Bahiliu, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith dari Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘Walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabila.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa diberi kekuasaan (yakni, kesempatan dan bekalan) dan kenderaan untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya (Islam) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani, dan demikianlah bahawasanya Allah (a.w) berfirman di dalam KitabNya (yakni, al-Quran): ‘Dan diwajibkan oleh Allah (a.w) atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya’ (Ayat 97: ali-Imran di atas yang dirujuk).) - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
[Nota: Peringatan Allah (a.w) ini amat penting diberi perhatian. Sesiapa yang sudah sampai kemampuan untuk mengerjakan haji, tidak mengerjakannya jika ditakdirkan sampai ajalnya, mati dia, maka mati dalam keadaan tidak Islam, disebutkan mati sebagaimana seorang Yahudi atau Nesrani mati, maksudnya kafir.]

(-) Hendaklah Disegerakan Berhaji

Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man aradal hajja falyata’ajjal.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa hendak mengerjakan haji hendaklah disegerakan olehnya (mengerjakan haji) - Hadith Abu Daud.
[Nota: ketetapan ini sejajar dengan ketetapan dalam hadith di atas itu. ditakuti mati belum sempat mengerjakan haji.]

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Hajj is the perfection of faith and true surrender to the Almighty. It is a stage in which man can develop himself spiritually.
    Muslims of United Kingdom can choose our
    Cheap Hajj & Umrah Packages 2017.

    ReplyDelete