Friday, August 8, 2014

Nasihat kepada orang iman ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai perkara atau tajuk di atas, supaya kita terpandu setiap masa untuk mencari dan mendapatkan kejayaan akhirat. Tiada suatupun kejayaan di dunia yang lebih utama dari kejayaan di akhirat, walaupun majoriti manusia, termasuk orang yang akui dirinya Islam belum benar-benar yakin terhadapnya.

Bersedia Untuk Mencari dan Mendapat Kebajikan Akhirat 

(-) Yang kekal adalah amal ibadah

Saudara, walau bagaimanapun kedudukan kita di dunia, namun kita wajib ingat firman Allah (a.w) dalam al-Quran, antaranya, satu, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Dua, ketika datang/sampai ajal mati seseorang itu, ianya tidak akan diterlambatkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Tiga, apabila mati seseorang itu dia akan dikuburkan, dan di akhirat kelak hanya dua tempat tinggalnya - neraka (gagal dalam akhiratnya kerana lupakan menyediakan bekalan, terlalu dicintainya dunia) atau syurga (bijak menguruskan hidupnya di dunia menyediakan sebanyak bekalan untuk akhirat). Sehubungan itulah kita yang beriman wajib jadikan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut sebagai panduan hidup kita, dan berusaha memperbaiki diri dan menyimpan atau melabur untuk akhirat sebaik mungkin.
Menceritakan hadith oleh Humaidi menceritakan hadith dari Sufian yang menceritakan hadith dari Abdullah bin Abi Bakar bin Omar bin Hazmin yang mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mengikuti mayat (ke kubur) tiga perkara, maka kembali (yakni, meninggalkan mayat) dua perkara dan tinggal bersamanya (yakni, kekal bersama mayat itu) satu perkara; yang mengkuti (mayat ke kuburnya, maksudnya menghantar mayatnya ke kubur adalah) (pertama) keluarganya dan (kedua) hartanya, dan (ketiga) amalannya; maka kembali (yakni, yang meninggalkannya, setelah disemadikan dalam kubur) (pertama) keluarganya dan (kedua) hartanya; dan tinggal (yakni, kekal berada bersamanya di kubur) amalannya.’ - Hadith Bukhari.
Justeru itu, utamakanlah yang kekal dan janganlah dilalaikan oleh yang sementara (maksudnya, dunia), yang tidak boleh dibawa ke akhirat! Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa harta benda itu adalah fitnah. Anak pinak dan isteri itu fitnah, yang boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka kalaulah kita gagal menguruskan keluarga dan harta kita, kita mengikut kehendak mereka.


(-) Yang berguna bagi orang iman


Saudara, dalam hadith berikut, kita diperingatkan pula oleh Rasulallah (s.a.w) dimensi lain yang wajib kita jangan abaikan, demi kesejahteraan akhirat kita. Ada 3 perkara yang dihighlightkan dalam hadith itu. Pertama, perkara melibatkan sedekah dan infaq fi sabilillah yang merupakan pelaburan akhirat. Kedua, ilmu yang dipelajari dan yang dikembangkan demi kemanfaatan aqidah dan syariat yang haq tentang Islam. Ketiga, anak-anak yang dididik terbaik yang mentaati kedua ibubapa mereka, membela mereka ketika tua dan mendoakan kebaikan dan keampunan terhadap ibu-bapanya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza mata insanu, inqata’a ‘anhu ‘amaluhu illa min thalathatin illa min sodaqatin jariatin au ‘ilmin yunta’u bihi au waladin solihin yad’u lahu.’ (Yang bermaksud: Ketika mati manusia maka putuslah dia dari amalannya (yakni, tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala kerana tidak lagi dapat beramal dan beribadah) kecuali tiga perkara (yang kekal memanfaatkannya selepas matinya); (pertama) dari sedekahnya yang mengalir (yakni, mengalir pahala kepadanya setelah matinya), atau (kedua) ilmu yang dimanfaatkannya (kepada orang lain); atau (ketiga) anak-anaknya yang soleh mendoakan mereka untuknya (i.e. kedua ibubapanya).)- Hadith Muslim, Kitab Wasiat.
Apabila mati tidaklah lagi dapat mengerjakan apa-apa amalan dan ibadah atau dapat apa-apa pahala lagi kerana mengerjakan ibadah. Sedekah adalah seumpama melabur untuk akhirat, maka akan dapat dividen akhirat dalam bentuk pahala yang tidak putus-putus sehinggalah kiamat dunia, selagi apa yang disedekahkan itu memanfaatkan umat Islam dan agama Islam. Bukan sedekah untuk tujuan selainnya. Sedekah untuk tujuan selainnya baik pada kaca mata manusia, tapi takda harga pada Allah (a.w), kerana itu adalah urusan dunia, dan Allah (a.w) tidak pentingkan dunia!
Bukan sebarang ilmu, tetapi ilmu yang diwajibkan oleh Islam umat Islam cari, pelajari dan amalkan, iaitu tiga: pertama, ilmu al-Quran; kedua, ilmu as-Sunnah; dan ketiga, ilmu faraid (yakni, kaedah pembahagian harta warisan umat Islam) [Hadith at-Termidzi]. Lain-lain ilmu tidak akan mengalirkan sebarang ganjaran pahala untuk akhirat, namun berguna untuk masyarakat dan dunia. Kerana tiga ilmu itu wajib bagi umat Islam sebagai panduan amalan dan ibadahnya dan sebagai panduan hidupnya. Kerana, pada Allah (a.w) segala sesuatu mengenai dunia, termasuk ilmu dunia, tidak ada nilai pada Allah (a.w), kerana nilai dunia ini pada Allah (a.w) tak sama berbanding dengan nilai tudung ‘khurun ‘ain’ (bidadari) dalam syurga itu. Malahan mengaji/menuntut ilmu yan tiga itu wajib terhadap semua orang yang akui dirinya Islam. Jika mereka tidak mengaji/pelajari 3 ilmu tersebut, berdosa dia setiap saat. Tanpa 3 ilmu itu semua yang Islam akan jahil dan terpesong dari aqidah dan syariat Islam yang haq. Justeru itulah, majoriti umat Islam hari ini jahil ilmu, maka Rasulallah (s.a.w) telahpun memberitahu dalam hadith bahawa umat Islam selepas beliau tiada akan berpecah mengiuti 73 fahaman/mazhab Islam, 72 daripada 73 fahaman Islam/golongan Islam tersebut merengkok dalam neraka, gagal mendapat syurga, walaupun Islam dan istiqamah beramal dan beribadah!
Nak tahu siapa dia golongan yang 72/73 itu, hendaklah dengan ilmu, kerana hanya dengan panduan ilmu yang 3 itu, kita tahu apa dia aqidah haq Islam yang tidak dicemari oleh syirik, tahayul, kurafat dll yang menjejaskan aqidah, dan kita tahu bentuk-bentuk amalan/ibadah/corak pengabdian terhadap Allah (a.w), serta cara dan kaedah bagaimana beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Sebagai contoh: semasa mensolatkan Solat Aidil Fitri baru-baru ini, kerana kejahilan kita lihat Imam solat membuat beberapa kesalahan/kesilapan dalam bentuk, kaedah dan cara bersolat: pertama, disyaratkan berdiri solat tanpa menyebut 'Usolli ...'; kedua, ada 7 Takbir pada rakaat pertama; ketiga, Takbiratul Ikhram yang mula-mula ketika mengangkat kedua tangan itu adalah dikira satu takbir, maka mengangkat tangan 6 kali sahaja selepas itu; keempat, ada 5 Takbir dalam rakaat kedua, termasuk Takbir ketika bangun hendak berdiri untuk rakaat kedua; kelima, tidak ada apa-apa Tasbih dibaca diantara Takbir-takbir tersebut (seumpama 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akhbar' dan sebagainya) dibaca; Keenam, khutbah Aid dibaca selepas solat tanpa bercakap; dan ketujuh, khutbah, kerana merupakan sebahagian daripada syariat Solat Aid, sebagaimana Solat Jum'at, wajib dibaca dalam bahasa asalnya, iaitu Arab; dan kedelapan, khutbah hendaklah merupakan nasihat untuk muhasabah diri dan persediaan akhirat bukan untuk urusan duniawi.

Beringat dan Bersedia untuk Akhirat 


Saudara, rasanya isi kandungan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini familar, kerana ramai usta atau tol guru merujuk dan menceramahkannya kepada saudara - ketika Kuliah Subuh atau Kuliah Maghrib atau Tazkirah selainnya. Tapi, apakah kita mengambil maklum dan berpandu kepadanya dalam kehidupan kita?
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepada seorang lelaki, dan Nabi menasihatinya: ‘Ya’izuhu ightanim khamsan qabla khamsin, syababaka qabla haramika, wa-sihhatika qabla saqatika, wa-ghinaka qabla faqrika, wa-faraghaka qabla sughlika, wa-hayataka qabla mautika.’ (Yang bermaksud: Meraihlah (yakni, berusahalah atau mencarilah) (yakni, beramal dan beribadahlah untuk menyediakan diri untuk akhirat) lima perkara sebelum datangnya lima perkara: (pertama) ketika usia muda sebelum usia tua, (kedua) ketika sihat kamu sebelum sakit (atau, uzur) kamu, (ketiga) ketika kaya kamu sebelum faqir (yakni, tidak berada); (keempat) ketika longgar (yakni, lapang) kamu sebelum sibok kamu, dan (kelima) ketika (masih) hidup kamu sebelum mati kamu.) - Hadith al-Hakim dalam Mustadrak.
Kita disuruh bersedia mengerjakan serta memperbanyakkan amalan dan ibadah demi kebajikan akhirat kita ketika dalam suasana yang memudahkan kita mengerjakannya dan kita tidak dibendung atau dibelengui atau terhalang melakukannya. Lima perkara disebutkan yang memudahkan persediaan kita sebelum datangnya yang menyulitkan kita untuk beramal dan beribadah:
Pertama, ketika kita muda sebelum kita tua. Ketika muda kita penuh dengan tenaga dan kekuatan. Apakala tua kita akan lemah dan tidak mampu lagi berusaha dengan penuh gigih dan kekuatan tenaga fisikal kita. Ketika semua sendi mula sakit dan kita sudah kurang tenaga untuk beramal dan beribadah. Maka dengan itu banyaklah amalan yang kita tertinggal kerana kita sering sakit dalam keadaan dhaif;
Kedua, ketika kita sihat sebelum kita uzur. Ketika muda kesihatan kita masih utuh dan jika sakitpun mudah sembuh. Ketika tua kita sering terganggu kesihatan dan ada sesetengah kita melarat mengidap penyakit yang tidak mudah sembuh. Maka ketika itu, kita kurang bertenaga untuk mengerjakan amalan dan ibadah, apatah lagi ibadah dan amalan yang sunat-sunat pula;
Ketiga, ketika kita berupaya dari segi wang ringgit dan harta sebelum kita jatuh miskin dan melarat. Ketika muda tanggungan kewangan kita juga mungkin kurang dan setelah berkeluarga, contohnya, tanggungan kita bertambah dan kos kehidupanpun meningkat dengan banyaknya. Demikian juga ketika kita berada atau berwang, kita boleh megeluarkan sedekah dan berinfaq untuk fi sabilillah. Ketika miskin kita, seumpama orang yang bekerja sesudah pencen, maka mengahadapi kekurangan sumber kewangan untuk bersedekah atau berinfaq, maka tidaklah dapat kita menambah pahala melalui sedekah jariah dan infaq;
Keempat, ketika kita lapang sebelum kita sibuk. Ketika muda walau dimana kita bekerja, kita mempunyai kelapangan yang banyak. Bagi mereka yang sudah lama bekerja, maka akan semakin sibuk dan disibukkan oleh tugas-tugas harian yang tidak membolehkan kita banyak masa untuk menambah amalan dan ibadah. Terkadang ibadah dan amalan wajibpun dilambat-lambatkan atau terhalang atau tertinggal oleh kesibukan kita itu; dan
Kelima, ketika kita masih hidup sebelum mati kita. Kita hanya boleh beramal dan beribadah serta mengerjakan pelbagai amal makruf ketika hidup. Apabila mati tiada apa yang boleh dilakukan. Maka dengan itulah terputus peluang mencari pahala atau menebus dosa apabila nyawa sudah melayang.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment