Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti apakah yang disebut sebagai 'siratul mustaqim' itu? Allah (a.w) sendiri menjelaskan kepada hambaNya dalam beberapa surah (sebahagian kita telahpun teliti). Malah Rasulallah (s.a.w) menjelaskan serta memperincikan 'siratul mustaqim' itu kepada umat manusia - terutama yang Islam - apa dia dan bagaimana mendapatkan jalan yang lurus itu. Kita diberitahu bahawa hanya satu saja jalan ke syurga dan selamat dari neraka, iaitu 'siratul mustaqim' itu. Walhal, ada 1,001 jalan dan lorong ke neraka. Namun, hakikatnya jalan itu dari segi lahiriahnya tidak wujud dan tidak dapat dibayangkan dengan mata kasar kita, tetapi dengan izin Allah (a.w) orang iman itu faham maksudnya, atau faham apa yang ada di penghujungnya atau apa yang menunggu manusia di garisan penamatnya. Yang pasti, yang berada di atasnya ketika dia hidup, maka sejahteralah dia setelah sampai ajalnya - terlepas dari siksaan kubur, berehat dalam kuburnya kerana tidak disksa, malahan kuburnya adalah salah satu dari begitu banyaknya taman-taman syurga. Dia, hanya menunggu kiamat, untuk masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang disukai atau dipilihnya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak diberi hidayah oleh Allah (a.w), maka pastilah dia mencari pelbagai jalan untuk ke syurga sama ada dengan pendapat atau penfasirannya sendiri atau penafsiran atau ajaran mahaguru/ustaz atau orang bijak pandai yang diikutinya ajaran mereka. Maka batal dan batil segala amalan dan ibadahnya, maka terjerumus dia, dan akhirnya berusaha bersusah payah mencari syurga, tapi neraka yang diperolehinya. Orang yang demikian itu disebut oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qaddimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna
haba-an mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Aku (Allah (a.w)) periksa
amalan mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan
debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk
dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) - Ayat 23: al-Furqan.
Saudara, janganlah kita rugi kerana perbuatan kita sendiri - mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah dengan penuh istikamah, tetapi sia-sia saja. Ada banyak penyebab atau sebab musabab kenapa amalan kita itu menjadi sia-sia. Insya Allah, akan kita teliti satu persatu - malah akan kita ulang kaji satu persatu selanjutnya (kerana sudahpun disebutkan berulang kali dalam post-post dalam blog inipun, mungkin tidak perasan. Antaranya: orang yang tidak Islam tak guna segala kebaikannya - termasuk sedekahnya. Kalau Islam, takda makna keIslamannya kalau dia tidak ikuti sepenuhnya tanpa pengecualian segala ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.). Ayat 13: an-Nisa' dan Ayat 14: an-Nisa' dengan jelas memberitahu ketetapan induk Allah (a.w). Seperti yang sudah diberitahu dalam post yang lalu bahawa ada 1,001 jalan ke neraka itu - ada yang tanpa kita sedari, ada yang kita tahu dan faham tapi tak peduli, dan ada yang kita tak tahu atau tak sedar kerana kejahilan kita, kerana jahil ilmu. Dakam beragama, kebenaran itu adalah apa yang Allah (a.w) firmankan dalam al-Quran dan apa yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah, bukan apa yang ulama' itu dan ini kata dan berpandangan. Dalam Islam semuanya pasti, tidak mengelirukan kalau fahami Islam melalui ilmu dan bukan fahami Islam atas dasar taklid atau ikut sifolan dan sifolan... Maka dengan itulah kita berdosa setiap saat kalau kita tidak menyempatkan waktu mengaji/belajar ilmu dalam Islam (ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan ilmu faraid) setiap hari atau minggu supaya tidaklah kita jahil ilmu. Jahil ilmu satu jalan ke neraka, wal iya zubillah.
Dan, kemudian Allah (a.w)
menggambarkan pula dalam Ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman
Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4: al-Ghasyiah.

Janganlah kita tergolong dalam golongan yang rugi ini. Belajarlah ilmu dan bersedialah dengan panduan yang benar.
Perintah serta Peringatan Allah (a.w)
(-) Odit persiapan diri untuk mati
Saudara, Allah (a.w) suruh kita buat self-examination = muhasabah diri, apakah kita sudah sediakan cukup bekalan untuk perjalanan waktu yang begitu jauh, lama dan tidak ada penamat? Akhirat??
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazina amanu ittaqullaha wal-tanzur ma qaddamat lighadin; wat-taqullah; innallaha khabirum bima ta’maluna.' (Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, takutkanlah Allah (a.w) (yakni,
bertaqwalah kepada Allah (a.w)); dan lihatlah (yakni, hitung dan
perhatikanlah) apa-apa yang telah kamu kirimkan terdahulu (yakni, amalan
serta perbuatan kamu semasa di dunia untuk bekalan akhirat kamu);
takutkanlah Allah (a.w) (yakni, bertaqwalah kepada Allah (a.w));
sesungguhnya Allah (a.w) akan memberitahu kamu kelak dengan apa-apa yang
kamu amalkan (semasa hidup kamu).) - Ayat 18: al-Haysr.
Saudara, Allah (a.w) peringatkan hambaNya yang Islam dan beriman supaya berusaha sekuat mampu menyediakan diri untuk mati dengan kejayaan. Manakah mungkin seorang itu mati, maka dikira berjaya? Kenapa tidak? Adakah seseorang yang tak mati? Mungkin ada orang bernasib baik dikurniakan Allah (a.w) umur yang panjang. Contoh, tak payah lihat jauh, lihat sajalah Dr Mahathir (kini, 89 tahun) dan Dr Siti Hasamah (kini 88 tahun), masih sihat, mungkin sempat hidup dengan walafiat 15 tahun lagi, wallahu a'lam (mengikut berita ketika diraikan oleh Vincent Tan tak lama dulu).

(-) Berusahalah untuk kebaikan akhirat
Dalam perkara umurpun, tak boleh dibanggakan. Kerana seorang Islam yang baik dan beruntung itu adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya; berbanding dengan orang yang panjang umurnya tapi buruk amalannya!
Firman Allah (a.w): ‘Wa-sari’u ila maghfiratin min(-r) rabbikum wa-jannatin ‘arduhas samawatu wal-ardu u’iddat lilmuttaqina @ Allazina yunfiquna fis-sarai wad-dorra-i wal-kaziminal gahiza wal-‘afina ‘annin nasi; wallahu yuhibbul muhsinina @ Wal-lazina
iza fa’alu fahisyatan au zallamu anfusuhum zakarullaha fastaghfaru
lizunuhihim wa-man (-ai) yaghfiruz-zunuba illalahu wa-lam yusirru ‘ala
ma fa’alu wahum ya’lamuna @ Ulaika jazauhum maghfiratun min(-ir) rabbihim wa-jannatun tajri min tahtihal-anharu khalidina fiha wa-na’ma ajrun ‘amilina.' (Yang bermaksud:
Berlumba-lumbalah (kalian) kepada mendapatkan keampunan dari
Tuhan kalian dan syurga itu lebarnya (atau luasnya seluas) antara beberapa
langit dan bumi disediakan bagi mereka yang bertaqwa @ (Siapa? iaitu)
Orang-orang yang menginfaqkan (sebahagian daripada rezki yang
dikurniakan oleh Allah (a.w) kepadanya) dalam keadaan dia kaya (atau
berada) dan dalam keadaan mereka melarat (yakni miskin), dan orang-orang
yang menahan pada kemarahannya (apabila dia hendak marah kerana
sesuatu), dan orang-orang yang memaafkan (kesalahan) dari kalangan
manusia (terhadap dirinya), dan Allah (a.w) itu adalah zat yang sukakan
kepada orang-orang yang mukhsin (yakni, yang suka berbuat baik) @ Dan
(siapa lagi? iaitu), orang-orang yang ketika melakukan maksiat (atau
kejahatan atau perbuatan yang berdosa) atau menzalimi diri mereka
sendiri, ingat mereka akan Allah (a.w) maka meminta ampun mereka kerana
dosa-dosa mereka, dan (tiada siapa) yang dapat mengampuni dosa-dosa itu
kecuali Allah (a.w) dan tidaklah mereka menetapi (yakni, mengulangi)
atas apa-apa yang berbuat mereka dan mereka mengetahui (akan
perbuatan-perbuatan tersebut ditegah dan mendatangkan dosa) @ Mereka itu
mendapat balasan keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir
dari bawah syurga itu beberapa sungai, kekal mereka di dalamnya (yakni,
syurga itu) dan sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal (dengan
sifat-sifat tersebut).) - Ayat 133 hingga 136: ali-Imran]
Orang kaya dan orang biasa itu digalakkan menginfaqkan (atau bersedekah) sebahagian daripada rezki yang diterima mereka untuk fi sabilillah. 'Fahisyah’ ada sesuatu maksiat atau perbuatan yang ditegah oleh Allah (a.w) dan RasulNya kita lakukan atau kerjakan, yang mendatangkan dosa, dan kerana dosa itu, wajib disiksa di akhirat kelak. ‘Menzalimi diri’ adalah segala perbuatan sengaja yang mendatangkan dosa setelah tahu perbuatan itu berdosa atau ditegah.
(-) Jadilah orang yang bertaqwa dan meningkat ketaqwaannya
Diperjelaskan dalam ayat tersebut siapakah mereka yang tergolong sebagai orang yang bertaqwa? Apakah ciri-ciri orang yang bertaqwa itu disebutkan dalam firman Allah (a.w) di dalam ayat tersebut. Ciri-ciri mereka adalah:
Pertama, orang yang bersedia dengan penuh ikhlas menginfaqkan sebahagian daripada rezki yang diperolehinya (wang ringgit dan harta benda) dari kurniaan Allah (a.w) untuk fi sabilillah (yakni, membela Islam dan umatnya), ketika mereka dalam kesenangan hidup dan semasa dia dalam kesusahan hiduppun;
Kedua, orang yang mampu menahan kemarahannya terhadap orang lain walaupun dalam keadaan biasa mereka pasti marah atau naik berang terhadap perbuatan orang-orang sedemikian terhadapnya;
Ketiga, orang-orang yang bersedia dengan rela hatinya memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya; dan
Keempat, orang-orang yang apabila melakukan sebarang dosa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, dia teringatkan Allah (a.w) dan takutkan kemurkaanNya, maka bersegeralah dia bertaubat.
(-) Sempatkan masa untuk bersedia

Saudara, kerana sayangkan hamba-hambaNya Allah (a.w) memberi peringatan sentiasa dan dalam pelbagai keadaan di dalam al-Quran dan as-Sunnah (hadith qudsi), supaya tidaklah hambaNya lupa dan alpa, seperti contoh hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Khalid al-Walibiyi hadith dariada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Dan tidak mengerti aku kecuali sungguh merafakkan pada hadith bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yaqulullahu subhanahu: ‘Ya ibna adama tafaragh li’ibadati amla-a sodraka ginna wa-asudda faqraka wain lam taf’al malaktu sodraka syughlan walam asudda faqraka.' (Yang bermaksud: Berfirman Tuhan kamu, zat yang Maha Suci: Wahai anak-anak Adam melonggarkanlah (yakni, lapangkanlah masa) untuk beribadah kepadaKu (Allah (a.w)) maka memenuhi Aku (Allah (a.w)) akan kalbumu dengan kecukupan dan menutup Aku (Allah (a.w)) akan keperluanmu (yakni, dicukupkan keperluan dunia); dan jika tidak mengerjakan (atau berbuat) kamu (melapangkan masa untuk beribadah kepada Allah (a.w)) memenuhi Aku (Allah (a.w)) akan qalbumu dengan kesibukan dan tidak menutupi Aku (Allah (a.w)) keperluanmu (yakni, keperluan dunia sentiasa merasa tidak cukup atau kekurangan atau tidak kesampaian apa yang dihajati).) - Hadith (qudsi) ibnu Majah, Kitab Zuhud.
Mudah-mudahan saudara mendapat manfaat dari tulisan dalam post ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment