Assalamualaikum,
Saudara, mulai post ini dan seterusnya dalam beberapa post yang akan datang kita akan teliti ketetapan Islam, supaya kita ilmukan diri kita bagaimana nak menjadi orang Islam yang berjaya akhiratnya, iaitu menanamkan dalam diri kita komitmen supaya sering mengerjakan amal soleh, berusaha meningkatkan keimanan kita dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah (a.w), beristiqamah dalam memperbaiki diri (maksudnya, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan). Allah (a.w) memberitahu manusia - lebih-lebih lagi yang Islam dan beriman - bahawa setelah matinya dia, hanya dua tempat destinasinya - iaitu segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka, apabila kiamat dunia dan selepasa proses mizan - hitungan dosa pahala kelak - Ayat 7: as-Syura.
Siapa dapat syurga?
Saudara, Islam saja tidak mencukupi untuk berjaya di akhirat. Untuk mendapat syurga. Kerana, ramai orang Islam yang namanya saja Islam, tetapi dalam semua perkara tidak ada bezanya mereka dengan orang musyrik dan kafir, seumpama orang Yahudi dan Nesrani dan orang China, India dan lain-lain bangsa, yang menyembah berhala! Setiap hari mereka melakukan dosa - mengerjakan apa-apa yang ditegah dan dilarang dan meninggalkan apa-apa yang disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa sesiapa yang Islam ketika sakratul maut (i.e. ketika nyawa/roh nak keluar dari tubuh seseorang itu) sempat menyebut kalimah 'La-ilaha ilallah' - maksudnya mengucapkan kalimah syahadah - masuk syurga. Kita jangan keliru. Sememangnya hanya orang Islam yang akan mendapat syurga - setelah dihisab amalannya, setelah dibasuh dosanya dalam neraka, dan setelah bersih dirinya dari dosa, barulah diberi peluang masuk syurga. Orang yang tidak Islam - seperti orang yang menganuti agama selain Islam, yang percayakan 'Tuhan Tiga Serangkai', atau mempercayai Isa (a.s) adalah anak tuhan, yang percayakan kuasa ketuhanan selain Allah (a.w), termasuklah orang Islam yang 'fasiq' (maksudnya, Islam tetapi menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), khususnya tidak mengerjakan ketetapan Islam seperti solat, puasa Ramadhan, zakat dan fitrah, menunakan haji apabila mampu, menginfaqkan sebahagian kekayaan dan harta untuk fi sabilillah) pasti masuk neraka. Bezanya, Kalau yakin dengan kewujudan Allah (a.w) sebagai tuhan yang esa, tiada tuhan selainnya, akhirnya akan masuk syurga. Yang tidak Islam dan Islam tetapi tidak mengakui keesaan Allah (a.w) pasti tak akan masuk syurga!
Saudara, bagi yang Islam, syurga itu hanya diberikan jika semasa di dunia mereka patuh dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - mentaati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan patuh dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan as-Sunnah) - Ayat 13: an-Nisa'. Allah (a.w) perintahkan manusia supaya ambil pakai segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, terima dan beramallah dengan as-Sunnah) - Ayat 7: al-Haysr. Allah (a.w) memberitahu manusia, khususnya kita yang Islam, bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) mencukupi sebagai bukti yang kita taatkan Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa'.
Jalan ke syurga?
Saudara, ada banyak jalan - malahan ada 1,001 jalan - ke neraka itu! Tapi, hanya satu jalan saja ke syurga - jalan yang pasti, iaitu 'siratul mustaqim', iaitu berpandulah kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam urusan dunia dan dalam urusan akhirat. Itu saja jalan menjamin syurga. Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa beliau tinggalkan kepada kita, umatnya, dua hazanah ilmu dan panduan hidup yang pasti tidak menjerumuskan kita ke neraka, dan menjadi kita sampai secara pasti ke syurga, iaitu al-Quran dan as-Sunnah - Hadith Imam Malik dll. ini adalah sebahagian daripada isi khutbah wada' Rasyulallah (s.a.w) sebelum beliau wafat.
Orang Islam tidak akan dapat syurga kecuali dia beriman. Orang yang beriman itu yakin dia adanya akhirat dan balasan akhirat terhadap segala sesuatu yang dikatakan dan yang dikerjakan ketika hidup, apabila dosa-dosa yang ada tidak ditaubatkan. Syurga hanya diberika kepada orang yang mengerjakan amalan, kalau tak beramal - tak solat, tak pusa, tak keluarkan zakat dan fitrah, tak naik haji setelah mampu, memakan harta anak yatim dan harta sabilillah, kaya tapi bakhil, - berzina, minum arak, berjudi, mencuri, dll perbuatan yang ditegah Allah (a.w) dan RasulNya, dan buat segala yang dilarang, pasti tak dapat syurga. Kalau Islam tapi tidak berjema'ah dalam Islam - Ayat 103: ali-imran, kerana semua amalan sah apabila berjema'ah, dan, kalau tidak berbai'at kepada seorang Imam/Amir (yakni, pemimpin jema'ah umat Islam) - Ayat 59, an-Nisa, kerana mengamalkan Islam bersendirian tanpa bantuan jema'ah, pasti disesatkan oleh syaitan, pasti terjerumus ke dalam neraka, dan, kerana kalau tidak berjema'ah belum diakui Islam dalam ketetapan syariat Islam. Dan, kalau Islam mengerjakan amalan dan ibadah tanpa panduan ilmu - maksudnya ilmu al-Quran dan as-Sunnah - pasti tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36: al-Isra' dan kalau buat amalan tanpa memurnikan aqidah dan syariat Islam itu, dan niatnya lari dari ketetapan Allah (a.w) - Ayat 56: al-Isra', pasti tidak diterima Allah (a.w). Demikianlah, simpang-simpang yang kita harus berjaga-jaga dalam melalui 'siratul mustaqim', jalan menuju syurga itu. Jelaslah, hanya satu jalan ke syurga iaitu 'siratul mustaqim' dan ada 1,001 jalan ke neraka! Hanya ilmu yang membolehkan kita mengenalpasti bagaimana nak dapatkan 'siratul mustaqim' dan bagaimana jika boleh tidak tersasar atau tersesat dalam mencarinya.
Siratul mustaqim itu?
Saudara, 'siratul Mustaqim' itu adalah jalan tunggal ke syurga dan manusia wajib ikuti semasa hidupnya, bukan selepas matinya! Setelah mati, jika tidak menyediakan diri berada di atasnya (maksudnya, jalan itu), maka pastilah di akhirat kelak gagal mendapat syurga sebaliknya, masuk neraka secara pasti. Malah kalau tidak menyediakan diri untuk mendapat siratul mustaqim tersebut, ketika mati disiksa dalam kubur setiap saat dan di akhirat dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka tanpa dihisabpun! Kerana pasti di dunia calun neraka dan di akhirat diberi hukuman masuk neraka - kekal di dalamnya, wal iya zubillah.
Saudara, kita disuruh supaya jangan alpa dan jangan lupa perintah dan pesanan Allah (a.w) kelak di akhirat kita akan dilupakan oleh Allah (a.w).
kalau kita rajin teliti al-Quran, kita akan temui kerap kali Allah (a.w) berfirman menyebut tentang 'siratul mustaqim' itu, seperti beberapa cabutan di bawah:
Saudara, dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 153: al-An'am, jelas kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa 'siratul mustaqim' itu didapat dengan menetap al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa beliau tinggalkan dua perkara (maksudnya, hazanah panduan hidup dan hazanah ilmu) iaitu al-Quran dan as-Sunnah, yang sesiapa berpegang kepada kedua-duanya dengan teguh tanpa dicampur-adukkan dengan sebarang panduan lain, pasti tidak sesat di dunia mencari 'siratul mustaqim' itu.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-an haza siratul mustaqiman fattabi’uhu, wa-la tattabi’us subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi; zalikum was-sokaum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan inilah (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) jalan yang lurus ke syurga itu dan janganlah ikuti lain-lain jalan (yakni, maksudnya, mengikuti ajaran dan ajakan orang yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah atau orang-orang yang mencampur adukkan al-Quran dan as-Sunnah dengan panduan-panduan pemikiran dan pendapat manusia), nanti kamu sekelian akan menyimpang (sesat) dari jalan yang lurus itu (sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah) dan (janganlah) berfirqah-firqah kamu; demikianlah diwasiatkan (yakni, diwajibkan) atas kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.) -Ayat 153: al-An’am
Saudara, jelaslah hanya satu jalan ke syurga dan jalan itu adalah 'siratul mustaqim' disebutkan di dalam firman Alah (a.w) di atas itu. Janganlah cari lain-lain jalan, apapun nama atau bentuk atau kaedah jalan yang dipejeaskan oleh para ulama', semuanya itu boleh menjerumuskan kita ke neraka. Kalau ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - pure and simple - pasti dapat panduan yang benar melalui jalan tersebut. Allah (a.w) dalam menunjukkan jalan lurus tersebut memperingatkan manusia supaya jangan berfirqah - maksudnya in simple terms - jangan bermazhab. Islam tidak mengajarkan umatnya bermazhab atau berfahaman secara terasing. Islam tidak menyuruh umatnya bermazhab (=berfirqah), jika berfirqah maka terjadilah apa yang diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa selepas wafat beliau umat Islam akan berpecah mengikuti 73 jalan atau amalan atau fahaman Islam, semuanya mengakui mereka akur dengan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 perkumpulan atau fahaman Islam gagal dapat syurga, dan masuk neraka secara pasti, dan hanya satu golongan atau fahaman Islam yang berjaya mendapat syurga, yakni selamat dari neraka, iaitu mereka yang dikatakan oleh Rasulallah (s.a.w) memenuhi dua syarat - mereka ikuti/contohi 'ma ana 'alahi, wa-ashabi' (Yang bermaksud: Mereka yang berada atas jalanku (=sunnahku) dan sunnah; dan 'wa-hiya jama'ah' (yang bermaksud: mereka berjema'ah dalam menganuti dan mengamalkan syariat Islam).Jelasnya, mereka berpanduan hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya sebagai seorang Islam yang beriman.
(-) Surah an-Nisa’
Saudara, hanya orang yang benar-benar beriman dengan Allah (a.w) (nota: beriman dengan Allah (a.w) termasuklah beriman dengan semuanya, termasuk bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah orang yang diutus menyampaikan syariat agama Allah (a.w) kepada manusia sejagat - melalui as-Sunnahnya). Mereka akan diberi Allah (a.w) hidayah bagaimana nak dapatkan siratul mustaqim itu dan bagaimana nak kekal berada di atasnya sampai ajalnya.
Firman Allah (a.w): ‘Fa-ammal-lazina amanu billahi wa’tasimubihi fasayudkhiluhum fi rahmatin (-im) minhu wa-fadlin (-iu) wa-yahdihim ilaihi siratan (-am) mustaqiman.’ (Yang bermaksud: Maka adapun orang-orang yang beriman dengan Allah (a.w) dan mereka berpegang teguh (= beristiqamah) dengan keimanan sedemikian itu, maka Allah (a.w) memasukkan mereka ke dalam kerahmatanNya dan kefadhalanNya dan memberikan kepada mereka hidayah (=petunjuk) kepada jalan lurus ke syurga tersebut.) – Ayat 115: an-Nisa’
Saudara, siratul mustaqim itu akan ditunjukkan oleh Allah (a.w) kepada seseorang Islam yang beriman dan akur sepenuhnya dengan keimanannya - maksudnya buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah - maka akan diberi hidayah oleh Allah (a.w) bagaimana nak dapatkan jalan itu dan kekal di atasnya.
(-) Surah al-An’am
Saudara, dalam firman Allah (a.w) berikut, Allah (a.w) murka kepada orang yang tidak mahu terima ketetapan al-Quran, malah tidak mahu beriman, sebagai orang yang sebagai orang-orang mendustakan ayat-ayat Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) adalah orang yang tuli, bisu, dan dalam kegelapan yang teramat sangat, maka mereka disesatkan oleh Allah (a.w). Maksudnya, tak dapat menemui siratul mustaqim itu. Dan orang-orang yang beriman, jika dikehendaki Allah (a.w) diberikan petunjuk kepada jalan tersebut.
Firman Allah (a.w): ‘ … wa-man yasya yaj’alhu ‘ala siratin (-im) mustaqimin’ (Yang bermaksud: Dan, orang-orang yang mendustakan ... dan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah (a.w) berada di atas jalan lurus itu.) – Ayat 39: al-An’am
Saudara, siratul mustaqim itu tidak boleh kita pandai-pandai cari tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, dan tanpa izin Allah (a.w) jua. Allah (a.w) yang memberikan kita petunjuk untuk mengenalnya, mendapatnya dan kekal berada di atasnya. Justeru itu mengaji sampai dapat Ph D dalam ilmu pengajian Islam atau al-Quran dan as-Sunnah belum pasti dapat, kalau tak belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah sejajar dengan sistem pembelajaran dan pengajian dalam Islam iaitu secara berguru berdepan dengan guru membuka al-Quran dan kitab-kitab hadith semasa belajar/mengaji.
Saudara, sekali lagi dalam firman Allah (a.w)dibawah ini siratul mustaqim itu didapati atas kehendak dan petunjuk Allah (a.w) semata-mata.
Firman Allah (a.w): ‘ … wa-hadainahum ila siratin (-im) mustaqimin.’(Yang bermaksud: Dan dari kalangan nenek moyang mereka (para rasul dan para nabi) dan keturunan mereka (para rasul dan para nabi)… kami (Allah (a.w) berikan mereka hidayah menuju siratul mustaqim itu.) – Ayat 87: al-An’am
Sekali lagi kita diberitahu bahawa siratul mustaqim itu atas kurniaan hidayah Allah (a.w) semata-mata.
Saudara, dalam firman Allah (a.w) berikut, kita diberitahu 'inilah jalan tuhanmu yang lurus', maksudnya siratul mustaqim itu. Iaitu orang-orang yng disebutkan dalam ayat sebelumnya - Ayat 125: al-An'am - orang-orang yang diberi Allah (a.w) hidayah, dibuka matahatinya untuk menerima Islam. Sebaliknya sesiapa yang hendak disesatkan maka berat dadanya menerima Islam, malah berat dada sesetenghan orang Islam menerima hakikat bahawa Islam itu wajib berjema'ah, berilmu, dan beramal hanya dengan ilmu...
Firman Allah (a.w): ‘Wa haza siratu rabbika mustaqiman; …’ (Yang bermaksud: … Dan, inilah jalan Tuhanmu yang lurus; ... ) – Ayat 126: al-An’am
Saudara, orang yang senang menerima Islam mendapat hidayah. Orang Islam yang mudah menyempatkan dirinya mengaji mencari ilmu mudah mendapat petunjuk. Siratul mustaqim itu adalah jalan agama Islam yang murni dan benar, bukan agama yang telah dicampur-adukkan oleh ajaran atau pandangan dan pendapat manusia, sehingga tercemar kemurniannya.
Firman Allah (a.w): ‘Qul innani hadani rabbi ila siratin (-im) mustaqimin dinan qaiman (-am) millata Ibrahima hanifa; … ‘ (Yang bermaksud: Katakanlah olehu, Muhammad! Sesungguhnya aku diberi hidayah oleh Tuhanku jalan ke siratul mustaqim itu (berdasarkan) agama yang lurus/tegak/benar (i.e. Islam) syariat agama Nabi Ibrahim yang condong/lurus (memperhambakan diri kepada Allah (a.w)).) – Ayat 161: al-An’am
Sekali lagi sebagaimana para rasul dan nabi terdahulu serta pengikut-pengikut setia mereka, Allah (a.w) yang memberi hidayah kepada mereka.
(-) Surah al-Hijr
Saudara, beberapa ayat sebelum ayat yang dirujuk di bawah ini, kita diberitahu oleh Allah (a.w) dialogue antara syaitan yang telah diusir Allah (a.w) keluar dari syurga kerana mengingkari perintah Allah (a.w) 'menyembah' Adam (a.s), dan bersifat sombong terhadap Allah (a.w), dan kekal di dalam neraka kelak, maka Allah (a.w) memberitahu manusia jalan yang lurus itu adalah akur dengan ketetapan Allah (a.w) - maskdunya ikuti al-Quran dan as-Sunnah.
Firman Allah (a.w): ‘Qala haza siratun ‘ala mustaqimun.’ (Yang bermaksud: Allah (a.w) berfirman: 'Inilah jalan atas jalan yang lurus menuju kepadaKu.') – Ayat 41: al-Hijr
Untuk kembali menemui Allah (a.w) di akhirat dalam keadaan selamat dan beruntung lagi berbahagia, kerana mendapat syurga, maka manusia diperintah ikuti siratul mustaqim itu, pasti menemui Allah (a.w). Orang yang menjadi ahli neraka tidak akan menemui Allah (a.w) kerana terus dilemparkan oleh malaikat tesus ke dalam neraka.
(-) Surah Maryam
Saudara, agama Allah (a.w) itu agama yang satu. Hanyalah syariat agama Islam itu disempurnakan dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w). Ajaran dan ketetapannya tetap mengajak manusia mengikut 'siratul mustaqim' itu. Demikianlah, dalam ayat berikut Allah (a.w) memberitahu ucapan atau kata-kata Isa (a.s) kepada umatnya:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-innallaha rabbi wa-rabbukum fa’buduhu; haza siratun (-um) mustaqimun.’ (Yang bermaksud: Dan, sesungguhnya Allah (a.w) itu tuhanku dan tuhan kalian maka mengabdikanlah diri kalian kepadaNya, inilah 'siratul mustaqim' itu.) – Ayat 36: Maryam.
Jalan lurus ke syurga itu adalah mengabdikan diri secara total kepada Allah (a.w) dengan mengesakanNya. Mengabdikan diri bererti menetapi ketetapan pokok Ayat 13: an-Nisa', Ayat 80: an-Nisa', Ayat 7: al-Haysr, Ayat 103: ali-Imran, Ayat 59: an-Nisa', dan lain-lainnya - pendeknya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (maksudnya, apa yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w)).
(-) Surah az-Zuhruf
Ketetapan yang sama dengan ayat 36: Maryam itu diulangi dalam firman Allah (a.w), iaitu sabda Isa (a.s) kepada kaumnya. (Nota: Kaum Nabi Isa (a.s) adalah Bani Israil - sekarang ini golongan Yahudi (yang akui ikuti syariat agama Nabi Musa (a.s) - Kitab Taurat) dan Kaum Nesrani (yang akui ikuti syariat agama Nabi Isa (a.s) dan Kitab Injil).
Firman Allah (a.w): ‘Innallaha hua rabbi wa-rabbukum fa’buduhu, haza siratul mustaqima.’ (Yang bermaksud: (Berkata Isa (a.s) kepada kaumnya) ‘Sesungguhnya Allah (a.w) itu tuhanku dan tuhan kamu sekelian maka mengabdikanlah diri kamu sekelian kepada (i.e. sembahlah) Dia; inilah jalan lurus (ke syurga itu).) [Ayat 64, Surah az-Zuhruf]
[Nota: Isa (a.s) memberitahu kaum Bani Israil, kaumnya, bahawa Allah (a.w) itu tuhan beliau dan juga tuhan mereka. Maka mengabdikan diri kepadaNya – mengerjakan apa yang disuruhNya dan tinggalkan apa yang ditegahNya – itulah jalan lurus untuk mendapatkan syurga. Mengikut jalan selain itu menyimpanglah dari jalan tersebut. Bila menyimpang pasti tak dapat syurga.]
(-) Surah Yaasin
Saudara, dalam ayat berikut, secara jelas Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa sesiapa yang mengabdikan dirinya kepada Allah (a.w), maka dia berada di atas 'siratul mustaqim' itu.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ani’ buduni, haza siratum-mustaqimun’ (Yang bermaksud: Dan sesungguhnya mengabdikankanlah diri kalian kepadaKu (Allah), demikian itu ‘siratul mustaqim’ (yakni, jalan lurus ke syurga dan selamat dari neraka)). [Ayat 61, Surah Yaasin]
Maksud ‘mengabdikan diri’ itu adalah ketetapan pada Ayat 59, Surah az-Zariat – manusia itu diperintahkan mengabdikan diri (maksudnya: kerjakan apa-apa yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa-apa yang ditegah) pastilah menepati perintah tersebut atau Ayat 13, Surah an-Nisa’ – berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga, maksudnya, jalan lurus ke syurga itu adalah dengan berpandukan dan berpedomankan al-Quran dan as-Sunnah.
Maka dengan itu mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – ikut dan akur dengan kesemua ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) – adalah ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga itu, tiada jalan atau pilihan lain kalau manusia itu hendak berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka). Maka, dengan itulah Allah (a.w) perintahkan manusia dalam Ayat 153, Surah al-An’am di atas itu, orang yang mencari ‘siratul mustaqim’ itu hendaklah jangan ikuti lain-lain jalan atau ajakan atau ajaran atau panduan dalam beragama – mengerjakan setiap amalan dan ibadah – kalau inginkan kepastian berada di atas ‘siratul mustaqim’ itu. Hanya dengan cara itu sahaja seseorang yang Islam dan beriman itu pasti akan berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan, dengan kerahmatan Allah (a.w), mendapat syurga dan selamat dari neraka.
Perincian apakah elemen-elemen pengabdian - bentuk-bentuk pengabdian kaedah dan cara mengabdikan diri - diperincikan dengan panjang lebar lagi jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah, termasuklah dua pra-syarat yang utama iaitu contohi Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah dan berjema’ahlah dalam Islam. As-Sunnah itu memberi panduan mengenai aqidah (yakni, hakikat, intipati dan dimensinya) dan syariat Islam (i.e. pengamalan atau penterjemahan atau pelaksanaan segala bentuk pengabdian kepada Allah (a.w) dalam konteks bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal dan beribadah).

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment