Assalamualaikum,
Sauara kita teruskan penelitian kita tentang beberapa perkara yang Allah (a.w) dan RasulNya peringatkan manusia supaya mencari kejayaan akhirat ketika masih hidup. Hakikat yang wajib tidak diabaikan oleh orang iman adalah, dunia itu sementara dan tidak kekal, yang kekal itu adalah akhirat ya g kekal. Di alam akhirat hanya ada dua tempat tinggal - sama ada menjadi ahli syurga atau ahli neraka, kedua-duanya bergantung kepada apa yang dilakukan ketika di dunia.
Orang Yang Bijaksana
Saudara, sehubungan itu, sebagai orang iamn itu adalah berwaspada dalam hidupnya supaya tidak gagal di akhirat. Orang yang gagal di akhirat adalah orang yang mati disiksa dalam kubur dan terlepas dari mendapat peluang minum di Telaga al-Kauthar di padang mahsyar kerana tidak diakui/diiktiraf oleh malaikat sebagai umat Muhammad, dan akhirnya masuk neraka, wal iya zubillah. Maka nasihat Rasulallah (s.a.w) alam hadith berikut wajib kita jadikan panduan hidup kita.
Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, mengikuti kehendak), hawa nafsunya (menginginkan segala sesuatu nikmat duniawi) dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap merasai bahawa Allah (a.w) akan menganugerahkan kepadanya syurga).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik). Berkata (Syadad): ‘Dan makna (atau maksud) sabda Rasulallah (s.a.w) ‘Barangsiapa mengira dirinya’, bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Mengira-ngira (atau menghitung) dirinya (akan amalan baik dan buruknya) di dalam dunia sebelum bahawasanya dihisab (atau dihitung oleh Allah (a.w)) akan dia pada hari Qiamat.’
Dan, diriwayatkan dari Omar bin Khattab (r.a) berkata: ‘Hasibu anfusahaum qabla an tuhasabu’ (Yang bermaksud: Hitunglah (atau hisablah) diri kamu sekelian sebelum bahawasanya dihitung (atau dihisab)), (sambungannya) ‘dan menghiasi (yakni, diperlihatkan atau dipertunjukkan) (segala perlakuan semasa di dunia) pada hari perhimpunan agung (yakni, di padang makhsyar); dan sesungguhnya apa-apa yang seringan-ringan hisaban pada hari Qiamat (adalah) atas barangsiapa (yakni, orang) yang menghitung (atau menghisab/muhasabah) dirinya di dalam dunia.’ - Hadith at-Termidzi.
Saudara, dalam Islam itu orang yang bijak dalam hidupnya di dunia bukanlah orang yang berjaya di dunianya, tetapi orang yang berusaha untuk berjaya setelah matinya. Dia sentiasa berwaspada dalam mengeluarkan kata-kata/ketika bercakap, dan dalam melakukan sesuatu kerana setiap tindak tanduknya itu dicatitkan oleh malaikat Rakib dan Atid atau Kiraman dan Katibin yang sentiasa mengiringinya mencatitkan segala sesuatu yang dia ucapkan dan kerjakan. Kesemua catitan tersebut di bukukan dalam Kitab Catatan Amalannya, yang akan diserahkkan kepadannya di padang mahsyar kelak, yan akan ditimbang dosa pahala di mizan (neraca) Allah (a.w), yang menentukan apakah kita ahli syurga atau ahli neraka. Kemudian, kita akan melalui jembatan yang dirintangkan atas neraka menuju ke syurga. Meeka yang pahalanya mengatasi dosanya akan melalui jembatan tersebut, selamat sampai ke syurga.
Saudara, kita yang Islam dan beriman diberitahu bahawa dosa dengan Allah (a.w) boeh kita minta pengampunan dari Allah (a.w) dan kalau dikehendakiNya dii ampukanNya, maka kita diampunkan. Tapi, dosa dengan ibu bapa perlukan pengampunan terlebih dahulu dari kedua ibubapa kita, kerana keridhaan Allah (a.w) itu bergantung kepada keridhaan kedua ibubapanya terhadap anaknya. Kerana itulah, daam sepotong hadith, ketika Rasulallah (s.a.w) sedang berkhutbah di hadapan para sahabat beliau menyebut 'amin' ketika berkhutbah. Maka hairan para sahabat. Maka selepas selesai khutbahnya beliau ditanya mengapakah beliau mengganggui khutbahnya dengan semena-mena menyebut kalimah 'Amin'. Beliau memberitahu bahawa beliau ditemui oleh malaikat Jibril (a.s) ketika sedang berkhutbah, maka memberitahu kepadanya bahawa celakalah orang yang pertama, melalui bulan Ramadhan, kemudian berpuasa maka tidak dapat dia pengampunan di akhir Ramadhan yang menyelamatkannya dari neraka dan menempatkannya ke syurga kerana amalannya berpuasa serta amalannya dalam bulan Ramadhan tidak mendatangkan pahala, malah ditolak Allah (a.w); kedua, celakalah seorang yang ketika masih mempunyai kedua ibubapanya, atau salah seorang darinya, yang masih hidup, tidak dapat kedua ibubapanya atau ibu/bapa yang masih tinggal, mengampunkan dosa-dosanya terhadap mereka, dan meridhainya, dan kerana itu menghantarkannya ke syurga; dan ketiga, celakah seorang yangketika mendengar nama Muhammad atau Rasulallah disebutkan, maka dia tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) dengan menyebut 'sallalahu 'alaihi wa-sallam', kerana tidak bersyukur kepada Rasulallah (s.a.w), walhal Allah (a.w) perintahkan supaya berselawat atas beliau, maka tak mendapat syafaatnya.
Saudara, ilmu memberitahu kita bahawa ada banyak perkara dan perlakuan yng dianggap remeh oleh orang Islam, ang memberikan pahala yang banyak, jika dikatakan atau dikerajakan, tapi dibiarkan atau diabaikan. Rugilah kita.
Jaakallahu khairah

No comments:
Post a Comment