Assalamualaikum,
dalam post yang alu kita telahpun teliti perintah Allah (a.w) melarang orang iman lelaki atau perempuan kenikahi seorang wanita/lelaki yang tidak Islam (makasudnya, kafir) walaupun wanita/lelaki kafir itu menakjubkan - dalam apa-jua aspek atau dimensi ketakjuban itu - kecuali dia wanita/lelaki itu telah beriman terlebih dahulu. Iaitu firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-la
tankihul musyrikati hatta yu’mina; wa-laamatun (-um) mukminatun khairun
min (-im) musyrikatin wa-lau a’jabatkum; wa la tunkihu musyrikina hatta
yu’minu; wa-la‘abdun (-um) mukminun khairun (-um) min (-im) musyrikina
wa-lau a’jabakum; ulaika yad’u ilan-nari … al-ayat’ (Yang bermaksud:
Dan janganlah kalian (i.e. lelaki mukmin) menikahi wanita musyrik
sehingga beriman dia (i.e. wanita itu) dan (perbandingannya) nescaya
amah (i.e. hamba wanita) yang beriman lebih baik dari wanita musyrik
(i.e. yang hendak dinikahi) jikapun menakjubkan kalian; dan janganlah
(wanita) beriman menikahi lelaki musyrik sehingga dia (i.e. lelaki itu)
beriman, dan nescaya hamba lelaki yang beriman lebih baik dari lelaki
musyrik (yang hendak dinikahi itu) jikapun dia (i.e. lelaki yang hendak
dinikahi itu) menakjubkan kalian; mereka (yang musyrik) itu mengajak
kalian ke neraka, manakala Allah (a.w) mengajak kalian ke syurga dan
keampunan (dari Allah (a.w)) dengan izinNya jua; demikianlah Kami (Allah
(a.w) menerangkan ayat-ayat Kami (Allah (a.w)) kepada manusia (yang
beriman) supaya mereka diberi peringatan/beringat atau mengambil
peringatan.) – Ayat 221: al-Baqarah
Saudara,dalam beberapa siri ceramah dalam ruang Cinta Ilmu di TV al-Hijrah penceramah saudara Harryanto meneliti dan menjelaskan perintah ini dengan panjang lebar. Disebutkan pandangan segolongan ulama; bahawa orang iman dibolehkan menikahi 'ahli kitab', walaupun tidak memeluk Islam. Sama jugalah pendapat para ilmuwan Islam yang menyatakan di mana tidak kedapatan daging halal - disembelih mengikut kaedah Islam - dibolehkan makan daging 'kosyer' - sembelihan orang Yahudi, kononnya orang Yahdi menyembelih lembu atau kambing sama dengan kaedah penyembelihan orang Islam!
Saudara, mungkin setelah mendengar ceramah atau pandangan sedemikian itu, kita mungkin terkeliru dan dikelirukan. Siapa dia 'ahli kitab'? Ahli kitab adalah orang atau nasyarakat manusia yang mengikuti ajaran Nabi Musa (a.s) dan Harun (a.s) berdasarkan Kitab Taurat dan orang atau maysrakat yang mengikuti ajaran Nabi Isa (a.s) berdasarkan Kitab Injil.
Saudara, sekarang ini tiada lagi orang atau golongan masyarakat yang ikuti ajaran Musa (a.s) dan tiada juga orang atau masyarakat yang menganuti agama yang dibawakan oleh Isa (a.s). Kini tiada lagi ditemui Kitab Taurat - yang ada mungkin kitab yang merupakan saduran atau cabutan beberapa ketetapan Kitab Taurat/Kitab Injil tetapi tidak merupakan Kitab yang asli (ada yang kata The Old Testament itu adalah Taurat/The New Testament atau Bible itu adalah Injil) yang telah diubahsuai oleh para ulama' atau pendita masyarakat yang mengakui mereka ikuti ajaran Musa (a.s) berdasarkan Kitab Taurat! Kata mereka kalaulah mereka ikuti ajaran Kitab Taurat/Kitab Injil, maka mereka boleh dinikahi tanpa memeluk agama Islam! Ketetapan atau pendapat ini sama sekali salah dan tidak benar!
Saudara, dalam perkara agama, agama Allah (a.w) merupakan suatu evolusi mengiringi temadun manusia zaman-zaman selepas Adam (a.s) atau Nabi Nuh (a.s). Kemuncak aqidah dan syariat agama Allah (a.w) itu adalah ketika diturunkan Allah (a.w) al-Quran dan diutus Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai 'khataman nabiyin' - nabi/rasul terakhir/penutup/penamat. Maka agama Islam yang dinamakan 'Islam' itu telah disempurnakan oleh Allah (a.w) - Ayat 3: al-Maidah. Tambahan pula, wujud sistem 'mansuh' (maksdunya, diganti atau dibatalkan) dan 'nansih' (maksud, yang mengganti dan membatalkana ajaran kitab-kitab terdahulu. Maka dengan itu ketika diturunkan Kitab Injil secara otomatis Kitab Taurat dibatalkan dan digantikan dengan Kitab Injil, Maka manusia yang hidup zaman tersebut yang ikuti agama Allah (a.w) berasarkan Kitab Taurat diwajibkan berpindah mengikuti ajaran Isa (a.s) dan mengambil panduan Kitab injil yang menggantikan Kitab Taurat, dan ajaran Musa (a.s) digantikan dengan ajaran Isa (a.s). Sesiapa yang tidak berpindah kepada ajaran Isa (a.s) dan ikuti panduan Injil, maka mereka jatuh kafir secara otomatis. Demikian jugalah dengan kedudukan zaman Nabi Muhammad (s.a.w) diutus Allah (a.w) dan Kitab al-Quran diturunkan Allah (a.w), maka umat yang mengikuti agama Allah (a.w) berdasarkan ajaran Isa (a.s) berpandukan Kitab injil wajib berpindah kepada syariat agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dan berpandukan al-Quran. Itulah kedudukannya.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa ketika Islam yang dibawakan oleh beliau bermula dengan panduan al-Quran, maka orang-orang Yahudi (yang berpandukan Kitab Taurat) dan orang Nesrani (yang berpandukan Kitab injil), berecah menjadi 71 atau 72 fahaman agama/mahab, kesemuanya masuk neraka kerana mereka tidak mahu terima syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan kerana tidak mahu terima al-Quran. Dalam sepotong hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu apabila bliau sudah wafat, umat Islam akan berpecah menjadi 73 fahaman atau mazhab Islam, 72 faham atau mazhab Islam masuk neraka walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dan hanya satu fahaman Islam sahaja yang berjaya mendapat syurga. Apakala ditanya oleh para sahabat siapakah atau golongan yang satukah yang berjaya mendapat syurga itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu iaitu mereka yang memenuhi dua syarat; pertama, mereka ikuti 'ma ana 'alaihi, wa-ashabi' (maksudnya, as-sunnah, i.e. sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yang empat) dan, kedua, 'wa-hiya jama'ah' (maksdunya, berjema'ah). Jelaslah, Islam saja belum tentu benar kecualilah kita Islam dengan berdasarkan ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah orang Islam (maksudnya, umat Muhammad (s.a.w) yang dapat syurga adalah golongan minoriti - 1/73 fahamam/golongan/mazhab Islam!
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa ketika Islam yang dibawakan oleh beliau bermula dengan panduan al-Quran, maka orang-orang Yahudi (yang berpandukan Kitab Taurat) dan orang Nesrani (yang berpandukan Kitab injil), berecah menjadi 71 atau 72 fahaman agama/mahab, kesemuanya masuk neraka kerana mereka tidak mahu terima syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan kerana tidak mahu terima al-Quran. Dalam sepotong hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu apabila bliau sudah wafat, umat Islam akan berpecah menjadi 73 fahaman atau mazhab Islam, 72 faham atau mazhab Islam masuk neraka walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dan hanya satu fahaman Islam sahaja yang berjaya mendapat syurga. Apakala ditanya oleh para sahabat siapakah atau golongan yang satukah yang berjaya mendapat syurga itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu iaitu mereka yang memenuhi dua syarat; pertama, mereka ikuti 'ma ana 'alaihi, wa-ashabi' (maksudnya, as-sunnah, i.e. sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yang empat) dan, kedua, 'wa-hiya jama'ah' (maksdunya, berjema'ah). Jelaslah, Islam saja belum tentu benar kecualilah kita Islam dengan berdasarkan ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah orang Islam (maksudnya, umat Muhammad (s.a.w) yang dapat syurga adalah golongan minoriti - 1/73 fahamam/golongan/mazhab Islam!
Saudara, sehubungan itu orang iman (maksudnya, anuti Islam dan beriman) tidak dibolehkan menikahi orang Yahudi yang beragama dengan agama Musa (a.s) sekalipun, dan orang Nesrani yang beragama dengan agama Isa (a.s) sekalipun, tidak boleh dinikahi kecuali mereka masuk Islam dan benar-benar beriman dalam Islam!
Mudah-mudahan penjelasan ini tidak mengelirukan. Pendeknya, orang iman itu tidak dibenarkan menikahi orang yang tidak Islam dan, kalau Islampun tapi tidak beriman, kecuali orang itu terlebih dahulu masuk Islam dan benar-benar masuk Islam dan beriman. Itulah mesej firman Allah (a.w) yang dirujuk itu. Demikian jugalah sembelihan ternakan yang menghalalkan orang Islam memakannya. Ayam, itik, kambing, lembu, kerbau, rusa dll adalah ternakan yang dihalalkan umat Islam makan, kekal tidak halal jika tidak disembelih oleh orang Islam dengan menyebut: 'Bismillah, Allahu Akbar' ketika menyembelihnya. Sembelihan tersebut tidak halal jika yang menyembelihnya Islam tapi menambah pula kepada beberapa kalimah lain selain kalimah-kalimah tersebut ketika menyembelihnya! Orang yang tidak Islam menyembelih ternakan tersebut dengan melafazkan kalimah-kalimah tersebut juga tidak menghalalkan daging ternakan tersebut dimakan oleh orang Islam, kerana yang menyembelihnya tidak Islam. Tambahan pula, apabila daging - ayam, kambing, lembu, kembau, unta dll - yang disimpan bersama dengan daging-daging yang haram (seperti daging ayam, kambing, lembu, kerbau, unta, rusa dllnya yang tidak sembelih mengikut kaedah Islam atau disimpan di tempat simpanan/peti sejuk yang juga disimpan daging-daging yang tidak halal, terutama daging babi) menjadi haram pula. Maka, kehalalan daging yang halal dalam Islam itu merangkumi kehalalan proses penyembelihan, penyimpanan dan penempatannya ketika diangkut atau dipamirkan. Dalam konteks ini, jika daging ayam (sebagai contoh) disimpan oleh supermarket dikawasan yang sama atau dalam peti simpanan dingin yang sama atau dicampurkan dengan daging ayam yang tidak disembelih mengikut cara Islam, telah menjadi haram. Sesiapa yang memakannya seumpama memakan bangkai yang haram, dan setiap urat dan daging yang tumbuh hasil dari makanan sedemikan akan dibakar oleh neraka. Jika bahagian tubuh badan dibakar api neraka, pastilah keseluruhan badan/jasad itu berada dalam neraka, wal iya zubillah. Jika begitu berhati-hatilah membeli ayam atau daging 'halal' dari supermaket atau penjual yang kita tidak pasti halal haramnya ... Begitu jugalah sebagai seorang Islam yang beriman, wajib berhati-hati makan di luar - di warung, kedai makan, atau restoran yang dimiliki oleh orang yang tidak Islam, kerana dikhuatiri mereka tidak berjaga-jaga dalam mendapatkan bekalan ayam, menyimpan ayam, dan memasak ayam (atau daging halal) menggunakan peralatan masakan yang sama. Janganlah kerana suka makan luar atau sukakan makanan 'Chicken Rice', contohnya, kita tak memilih tempat dan kita tidak berjaga-jaga. Neraka itu tempat yang amat bahaya kepada orang iman. Janganlah kerana mengikut peredaran zaman kita makan di kedai China, India atau orang utih yang tdak Islam, kita menempat tempat tinggal dalam neraka, wal iya zubillah.
Jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment