Assalamulaikum,
Saudara, mulai post ini kita mula meneliti secara khusus dan terperinci rukun-rukun haji - bagaimana mengerjakan haji berdasarkan apa yang ditunjukkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu sabda beliau: 'Khuzu 'anni manasikakum ...'' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) cara atau kaedah kalian mengerjakan haji (dan umrah) ...) - Hadith at-Termidzi.

Secara rengkasnya ibadah itu merangkumi perkara-perkara/perlakuan berikut:
Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji
Haji itu dimulakan dengan memakai Ikhram di Miqat dan melafazkan Niat, kemudian bertolak ke Arafah pada 9 Zulhijjah untuk Wukuf, kemudian keluar dari Arafah pergi ke Muzdalifah untuk Mabit (i.e. bermalam sebentar), kemudian keluar Muzdalifah pergi ke Mina dan bermalam di Mina (3 hari 3 malam) untuk melontar Jamrah di Mina, mula-mula pada 10 Zulhijjah - Jamrah Aqabah sahaja, berTahlul (Tahlul Awal), (boleh menganggalkan kin ikhram dn memakai pakaian biasakemudian pada 11 hingga 13 Zulhijjah (hari-hari Tasyrik) ketiga-tiga Jamrah - Ula, Wusta dan Aqabah, kemudian kembali ke Mekah untuk Tawaf Haji (i.e. Tawaf Ifadah) dan kemudian mengerjakan Sa'i, dan akhirnya berTahlul (Tahlul Thani - dengan memotong rambut/menggondolkan kepala). Selesailah ibadah haji kita. Dan, kalaulah kita mengerjakan Haji itu menepati persyaratan syariat Haji berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan kita menjaga segala pantang larangnya - pantang larang berikhram dan pantang larang ibadah haji, dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, maka kita insya Allah mendapat Haji Mabrur.
(-) Tiga kategori Haji
Ibadah haji ada 3 kategori haji, iaitu: Haji Qiran – mengerjakan haji bersekali dengan satu ikhram itu mengerjakan umrah, ketika Tawaf berTawaf dengan menaiki kenderaan - selepas mengerjakan haji dengan ikhram yang sama mengerjakan umrah pula dengan syarat berTawaf dengan kenderaan; Haji Ifrad - megerjakan haji dan setelah selesai haji baru mengerjakan umrah, juga dengan ikhram yang sama atau setelah berehat seketika selepas haji, baru mengerjakan umrah pula; dan Haji Tamattuk – mengerjakan umrah dahulu dan kemudian berehat dan bersenang-senang dan mengerjakan haji pula ketika masuk 9 Zulhijjah. Seseorang yang megerjakan Haji Qiran dan Haji Tamattuk - dikenakan 'Dam' seekor unta bagi Haji Qiran dan seekor kibas/kambing bagi Haji Tamattuk - bukan kerana melakukan kesalahan, tetapi kerana itulah syariat yang Islam tetapkan.
Rasulallah (s.a.w) mengerjakan Haji Qiran dengan menunggang unta merah, manakala Aisyah (r.ah) mengerjakan Haji Ifrad dan majority para sahabat mengerjakan Haji Tamattuk, dalam zaman Nabi.
(-) Lafaz niat haji/Umrah
Setelah memakai ikhram di Miqat, mengerjakan solat sunat dua rakaat, kemudian selepas berdo’a maka melafazkan niat haji/umrah;
Lafaz Niat haji – ‘Labbaika Allahumma Hajjan’ (Aku datang kepadaMu ya Allah ya Tuhanku untuk mengerjakan ibadah haji)
Lafaz Niat Umrah – ‘Labbaika Allahumma Umratan’ (Aku datang kepadaMu ya Allah ya Tuhanku untuk mengerjakan ibadah umrah)
Lafaz niat menghajikan orang lain dalah: 'Labbaika, Allahumma Hajjan 'an ... (nama yang nak diwakili)'; sebagaimana dicontohkan dalam hadith berikut: Diriwayatkan hadith dari Said b Jubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) sesungguhnya Nabi (s.a.w) mendengar seorang lelaki berkata: ‘Labaika ‘an Syyubrumah.’ (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu dari/kerana Syubrumah’) (i.e niat haji).’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Siapa Syubrumah?’ Berkata (lelaki): ‘Saudaraku’ atau ‘Kerabatku’. Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah sudah haji engkau atas diri engkau?’ Berkata (lelaki): ‘Belum.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Hajikanlah dari dirimu (dahulu), kemudian hajikanlah dari (i.e untuk) Syubrumah.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
Saudara, hadith ini menyebutkan dua ketetapan utama; iaitu: pertama, lafaz niat ketika kita hendak mengerjakan haji bagi pihak seorang yang lain, dalam kes ini lelaki tersebut hendak menghajikan seorang saudaranya dengan melafazkan niat 'Labbaikan 'an Syubrumah'; dan kedua, seseorang itu tidak boleh menghajikan (seumpama, mengerjakan Haji Badal) atas seseorang sebelum dia sendiri terlebih dahuli sudah menunaikan hajinya sendiri.
(-) Memakai Ikhram dan Berniat di Miqat
Saudara, ibadah haji itu dimulakan dengan memakai ikhram, kemudian berolat sunat dua rakaat, dan berdoa memohon keampunan Allah (a.w), dan kta diberitahu bahawa do'a orang yang memakai ikhram itu dikabulkan Allah (a.w). Setelah itu melafazkan niat. Maka, sebaik sahaja niat haji/umrah dilafazkan, maka bermlalah pantang larang berikhram/pantang larang mengerjakan ibadah haji.
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketika memakai ikhram salah seorang kamu maka diaminkan (oleh Allah (a.w)) atas do’a orang yang berdo’a (i.e. dikabulkan) ketika berkata (i.e. berdo’a) dia: ‘Allahumaghfirli’ maka berfirman Allah (a.w): ‘Amin’, dan jangan melaknat haiwan dan jangan melaknat beberapa manusia, sesungguhnya doa orang yang berikhram mustajab (i.e. dikabulkan), dan sesiapa yang sengaja berdoa untuk orang-orang mukmin lelaki dan perempuan (lain) dikabulkan bagi mereka.’ - Hadith riwayat ad-Dalami dalam Kanzil Umal.
Nota: Kalimah ‘Amin’ dalam Islam bermaksud: ‘Semoga dikabulkan Allah (a.w)’. Dan, apabila Allah (a.w) yang menyebut ‘Amin’ pastilah maksudnya ‘Aku (Allah (a.w)) kabulkan’. Allah (a.w) mengkabulkan do'a orang yang berikhram tersbut, dan juga mengkabulkan do'a yang dikrimkan oleh orang supaya dibacakan di miqat itu.
(-) Miqat untuk berikhram
Saudara, miqat itu ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) seperti disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibni Abbas (r.a): ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) membuat (i.e. menetapkan) tempat miqat untuk ahli Madinah di Zulhulaifah dan ahli Syam di Juhfah dan ahli Yaman di Ya-lam-lam dan ahli Najd di Qarnan (i.e. Qarnu Manazil) dan miqat untuk mereka bagi orang yang datang atas tempat-tempat tersebut dari selain ahlinya (ahli Mekah), sehingga sungguh-sungguh ahli Mekah berpakaian ikhram darinya (i.e. Mekah) (maksudnya di Bir Ali – Kerana Rasulallah (s.a.w) menyuruh Aisyah (r.ah) bermiqat di sana ketika hendak mengerjakan umrah selepas bersih dari haidnya). - Hadith Bukhari.
[Nota: ‘Miqat’ tempat mengenakan/memakai kain ikhram. Bagi jema’ah haji Malaysia ketika kapalterbang/pesawat melalui Ya Lam Lam, di Ya Lam Lam. Bagi seseorang yang mengerjakan Haji Ifrad - lazimnya jema'ah haji yang ke Mekah batch yang terakhir atau beberapa hari sebelum Hari Wukuf. Bagi jema'ah haji lain yang mengerjakan Haji Tamattuk, tak perlulah mengenakan ikhram ketika di dalam pesawat. di Ya Lam-lam dalam kapal terbang. Setelah memakai ikhram berniat, maka bermulalah pantang larang haji/umrah. Bagi mereka yang sudah berada di Mekah, miqatnya adalah di kediamannya, maksudnya di hotel. Untuk tujuan umrah bolehlah keluar ke Bir Ali (atau, Zulhulaifah) atau ke Jahranah atau Tanim untuk miqat umrah dan berniat umrah sambil memakai ikhram, dan meniatkan umrah.]
Menceritakan hadith dari Zaid bin Jubairin bahawasanya dia datang kepada Abdullah bin Omar (r.a) di tempat (i.e. khemahnya), maka bertanya kepadanya: ‘Dari manakah diperbolehkan apabila mengerjakan umrah.’ Berkata (ibnu Omar): ‘Difardukan atasnya oleh Rasulallah (s.a.w) (miqat) bagi ahli Najad di Qarnan (Manazil), bagi Ahli Madinah di Zulkhulaifah (atau Bir Ali) dan ahli Syam di Juhfah.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Ketetapan yang serupa diriwayatkan juga dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Taus hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) menetapkan miqat ahli Madinah di Zulkhulaifah dan ahli Syam di Juhfah dan ahli Yaman di Ya-lamlam dan ahli Najad di Qarnan (Manazil) maka dengannya baginya dan bagi barangsiapa yang datang atasnya dari selainnya yang melalui tempat itu berkehendakkan mengerjakan haji dan umrah. Bagi orang yang lebih dekat dari tempat itu, maka berikhram di rumahnya masing-masing (i.e. dihotel/kediaman). Dan, barangsiapa selain itu, maka mulailah ikhramnya dari mana dia berada, seperti orang Mekah dari Mekah (seperti Tan-‘im).’ - Hadith Bukhari.
Saudara, bagi jema'ah haji yang disebutkan hampir dengan Masjidil Haram/Mekah, miqatnya di rumahnya, maksudnya mengenakan kain ikhramnya ketika di rumah. Justeru itu, jema'ah haji Malaysia yang sudahpun berada di Mekah, kemudian hendak ke Arafah untuk Wukuf, miqat mereka adalah di hotel tempat mereka duduk.
(-) Mandi Hadath Besar (Junub) Sebelum Berikhram
Saudara, sebelum mengenakan kain ikhram, disunatkan kita mandi junub/hadath besar. Kemudian barulah memakai ikhram.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abi Zinad hadith dari bapanya hadith dari Kharijah bin Zaid bin Thabit, hadith dari bapanya, sesungguhnya dia (bapanya) melihat Nabi (s.a.w) melepaskan ikhramnya untuk bersenang (i.e. bertahlul) dan mandi. - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
[Nota: Bagaimana 'mandi junub'? Kalau saudara adalah pengikut setia blog ini, pasti telah diberitahu bahawa mandi hadath besar itu dimulakan dengan menyebut 'Bismillah', sebagaimana berwudu' dimulakan dengan menyebut 'Bismillah', sebagai niat yang dilafazkan, kemudian melaksanakan dua proses: pertama, mengambil wudu', dan kedua, meratakan air ke seluruh badan/tubuh. Wudu' itu sah jika anggota wudu' itu dibasuh/disapu sekali atau dua kali atau tiga kali, kecuali 'menyapu kepala' sekali sahaja. Selesai berwudu' (atau, selesai mandi hadath besar membaca do'anya iaitu dua kalimah syahadah. Wajib difahami bahawa ketika 'menyapu kepala' hendaklah kita menyapu keseluruhan bahagian kepala/rambut, dengan memalukan kedua telapak tangan kita yang dibasahi dengan air wudu', bermula dar bahagian dahi, dilalukan ke belakang sampai kawasan tengkok, dan dikembalikan semula ke depan sampai bahagian atas dahi, dan kemudian dilalukan semula ke belakang sampai ke bahagian tengkok, dan dua jari kita - ibu jari dan jari telunjuk - dimasukkan ke dalam telinga. Justeru itu, tidak sah wudu' dan mandi hadath besar kalau menyapu kepala tidak dilakukan sedemikian cara dan kaedah.
Dalam situasi haid berpakaian Ikhram bagi yg nifas dan demikian disenanginya: Mandi dia (mandi wajib) untuk Berikhram dan demikian itu kerana haid, dijelaskan dalam hadith berikut:]
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Qasim, hadith dari bapanya hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: ‘Nifas Asmak bt ‘Umaisin dengan (yakni, melahirkan) Muhammad b Abi Bakar di bawah pokok, maka memerintahkan Rasulallah (s.a.w) Abu Bakar memerintahkan dia (Asmak) supaya mandi dan memakai ikhram. - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Saudara, seorang perempan yang kebetulan nifas - melahirkan anak - dikehendaki mandi hadath besar juga sebagaimana prosesnya disebutkan di atas tadi, boleh mengerjakan kesemua rukun haji kecuali Tawaf Ifadah, kerana Tawaf itu seumpama ibadah solat, hanya dibolehkan ketika sudah bersih dari haid atau nifas. Begitulah juga anita yang mengerjakan umrah, setelah memakai ikhram/meniatkan umrah, tidak boleh Tawaf.
(-) Bagaimana, jika sanggul rambut kerana mandi hadath besar?
Saudara, mandi hadath besar atau mandi junub itu bukanah membayangkan bahawa seseorang yang haid atau nifas atau selepas bersetubuh itu menjadi najis atau kotor. Syarat mandi itu adalah ketetapan syariat Islam sahaja, bukan kerana kenajisan atau kekotoran mereka yang diwajibkan mandi junub! Hadith ini menyebutkan bahawa bagi serang perempuan yang lebat rambutnya, seumpama dalam kes ini, Ummu Salamah, menyanggul rambutnya. Yang diperlukan bukanlah menyiram sebanyak mungkin air supaya membasahi setiap helai rambutnya, tetapi memadai sampai air ke bahagian kulit kepala dengan menyisihkan jari-jari yang dibasahi air ke kulit kepala.
Diriwayatkan hadith dari Abdillah b Rafi’, hamba merdeka kepada Ummu Salamah, hadith dari Ummu Salamah berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku seorang perempuan mengikat pada rambutku (i.e. sanggul), maka (adakah) melepaskan aku sanggulku untuk mandi junub?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak perlu! Sesungguhnya mencukupi bahawa (apabila) atas kamu secauk (cedukan) air atas kepala engkau tiga kali caukan (i.e. cedukan), kemudian meratakan air atas tubuh engkau, maka bersucilah engkau.’ - Hadith Muslim, Kitab Haid.
[Nota: Bagi wanita yang lebat rambutnya, spt bersanggul tak perlu merongkai sanggul, memadai menyiram air ke atas rambut sekali di sebelah kanan, sekali di sebelah kiri dan sekali di tengah rambut, kemudian meratakan air dengan jari-jari tangan, dan kemudian meratakan air ke tubuh.]
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment