Friday, September 12, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita teskan penelitian kita tentang cara bagaimana mengerjakan ibadah haji sejajar dngan ketetapan Rasulallah (s.a.w) : 'Khuzu 'anni manasikakum ...' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dari aku (Nabi) cara-cara dan kaedah kalian mengerjakan haji (dan umrah) - al-Hadith.
Saudara, setakat ini kita telah tahu proses dari mengenakan Ikhram di Miaqat, bersolat dua rakaat (Solat Sunat ikhram(, melafazkan niat haji, bertolak ke tempat kediam di Mekah, kalau masih awal, sambil membaca Talbiah dengan menguatkan suara, kemudian berjalan ke Arafah untuk Wukuf. Waktu Wukuf itu adalah ketika tergelincir matahari - masuk waktu Solat Zohor. Maka kita berssolat jama' takdim asar di Arafah - solat Zohor dan 'Asar - dua-dua rakaat (bukan jama' tamam, i.e. empat-empat rakaat), kemudian membaca sebanyak termampu do'a.
Dan, selanjutnya kita sambung lagi pekerjaan haji tersebut.

Mabit (berhenti sekejap) di Muzdalifah
(-) Menjam'kan Dua Solat (Solat Maghrib dan Solat Isya’)
 
Saudara, jema'ah haji keluar dari Arafah ketika masuk waktu Solat Maghrib untuk pergi ke Muzdalifah untuk Mabit (i.e. berhenti sekejap). Ketika keluar dari Srafah, tidak mengerjakan solat Maghrib dan 'Isya' di sana, tetapi mengerjakannya di Muzdalifah. Itu sunnahnya.Hadith berikut adalah nas dan dalilnya bahawa kedua-dua solat tersebut di solatkan secara jama' takhir dan wasar bukan jama' tamam (i.e. sempura - empat rakaat).
Jema'ah haji berada di Muzdalifah ketika berada di Muzdalifah pada 9 Zukhijjah senja/malam. Di Muzdalifah adalah satu lagi tempat mustajabnya do’a bagi jema’ah haji.
Menceritakan dari Ibni Syihab sesungguhnya Ubaidallah b Abdillah b Omar menceritakan kepadanya sesungguhnya bapanya (i.e. Abdullah b Omar) berkata: ‘Mengumpulkan (yakni, menjama’kan) Rasulallah (s.a.w) antara Solat Maghrib dan Solat Isya’ di tanah Jami’ (Muzdalifah) tidak ada antara keduanya sujud (yakni, solat sunat), dan bersolat Solat Maghrib tiga rakaat dan Solat Isya’ dua rakaat.’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Rasulallah (s.a.w) menjama’kan Solat Maghrib dan Solat Isya’ ketika berada di Muzdalifah - jama' takhir qasar - 3 rakaat Maghrib dan 2 rkaat 'Isya'. 
[Nota: Hadith ini juga menjelaskan bahawa apabila menjama’ dan mengqasarkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ itu, Solat Maghrib kekal tiga rakaat dan hanya Solat Isya’ sahaja dikurangkan dari 4 menjadi 2 rakaat sahaja].
[Nota: Hadith ini juga menjelaskan bahawa apabila menjama’ dan mengqasarkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ itu di Muzdalfah. Kemudian diusahakan mencari batu-batu kecil sebesar batu lastik untuk melontar Jamrah: 7 (pada 10 Zulhijjah) + 7 (biji batu) x 3 Ijamrah) x 3 (hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah) = 70 biji batu.

(-) Mengutip batu

Hadith beriut menyebutkan nas daan dalil mengutip batu-batu kecil untuk digunakan melontar jamrah ketika di Mina keesokan harinya (10 Zulhijjah).
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mencarilah kamu dari tengah-tengah jurang Muhaisir (batu-batu kecil) dan menetapilah dengan seumpama batu-batu lastik.’ [Hadith Imam Ahmad dan Baihaqi dalam Kanzil Umal]
Peringatan: Batu-batu disediakan untuk lontaran pada 10 Zulhijjah melontar Jamrah Aqabah (shaja) – 7 batu. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah (3 hari Tasyrik) melontar ketiga-tiga jamrah – Ula, Wusta dan Aqabah – dengan 7 batu setip jamrah, yakni 21 batu setiap hari.]

(-) Bila keluar dari Muzdalifah

Setelah mabit (yakni, berhenti sekejap) di Muzdalifah, untuk mencari batu-batu kecil untuk melontar jamrah, jema’ah haji akan keluar meninggalkan Muzdalifah dan pergi ke Mina, sebelum masuk waktu Sunuh. Solat Subuh di buat di luar Muzdalifah atau di Mina.
Menceritakan hadith dari Syu’bah hadith dari abi Ishak mendengar ‘Amar b Maimun berkata: ‘Datang aku pada Omar (r.a) solat di tanah Jami’ Solat Subuh, kemudian Wukuf. Maka berkata Omar (r.a): ‘Sesungguhnya orang-orang musyrik ada mereka bersurai mereka sehingga terbit matahari, dan berkata mereka ‘Bersiar-siarlah ke gunung’, dan sesungguhnya Nabi (s.a.w) menyelisihi pada mereka (yakni, mengubah perlakuan supaya tidak sama dengan perbuatan/amalan orang musyrik, dengan) bersurai (keluar dari Muzdalifah) sebelum apabila terbit matahari.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Hadith ini menyebutkan bahawa jema’ah haji meninggalkan Muzdalifah menuju Mina selepas waktu Subuh, sebelum terbit matahari. Hadith ini menyebutkan bahawa orang Islam mengamalkan perbuatan yang berlainan (yakni, tidak meniru) amalan kafir Quraisy, yang bersurai (maksudnya, meninggalkan Muazdalifah) hanya setelah terbit matahari. Maksudnya, umat Islam keluar Muzdalifah sebelum terbit matahari, sebelum masuk waktu Subuh.
Mendahulukan orang-orang Dhaif tua atau uzur atau yang membawa anak-anak kecil keluar dahulu dari Muzdalifah ke Mina, tengah malam, sebelum masuk waktu Subuh.
Menceritakan Abi Buraidah mendengar ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Adapun aku dari orang-orang yang mendahulukan Nabi (s.a.w) di waktu malam di Muzdalifah di dalam (i.e. dikalangan) orang-orang yang lemah keluarga Nabi (s.a.w).’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
[Nota: Rasulallah (s.a.w) mengizinkan orang-orang yang dhaif – maksudnya wanita dan kanak-kanak. Adapun Ibnu Abbas (r.a) ditugaskan menyediakan makan kepada kabilah Nabi (s.a.w), maka dia keluar bersama-sama orang yang dhaif.]
Menceritakan hadith oleh Abdullah, hamba merdeka Asmak, hadith dari Asmak sesungguhnya dia bertempat waktu malam di tanah jami’ di sisi Muzdalifah, maka berdiri bersolat satu solat yang ringkas (atau pendek), kemudian berkata (i.e. bertanya): ‘Wahai anakku! Sudahkah hilang (i.e. terbenam) bulan?’ Berkata aku: ‘Belum.’ Maka bersolat dia satu solat yang ringkas (i.e. pendek), kemudian berkata (i.e. bertanya): ‘Sudahkah terbenam bulan?’ Berkata aku: ‘Ya! Sudah.’ Berkata dia: ‘Berangkatlah kamu.’ Maka berangkatlah kami terus berjalan sehingga melontar jamrah (Aqabah), kemudian kembali (ke Muzdalifah) maka bersolat Subuh di tempatnya. Maka berkata aku kepadanya: ‘Wahai puanku! Tidak diperlihatkan kepadaku kecuali kami sama-samar (yakni, malam masih gelap)?’ Berkata (Asmak): ‘Wahai anakku! Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah memberi izin kepada rombongan wanita yang menunggang unta.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Peringatan: Hadith di atas itu menyebutkan bahawa dalam zaman Nabi (s.a.w) mengerjakan haji, Rasulallah (s.a.w) telah memberikan izin yang khusus kepada wanita-wanita yang sudah tua yang menaiki kenderaan, untuk melontar Jamrah Aqabah lebih awal, yakni sebelum Subuh. Perlakuan ini tidak dibolehkan kepada jema’ah haji yang lain. Sehubungan itu, kanak-kanak atau budak-budak kecil (termasuk ibnu Abbas) tidak dibolehkan melontar jamrah bersama-sama wanita tua tersebut, walaupun mereka menaiki kenderaan yang sama. Inilah ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Hasan al-‘Urani hadith dari ibnu Abbas berkata: ‘Mendahului kami akan Rasulallah (s.a.w) pada malam Muzdalifah (sekumpulan) anak-anak kecil dari keluarga Abdul Mutalib atas beberapa himar (i.e. kaldai), maka berbuat memukul (kalimah: yaltokhu) (yakni, menepuk) beberapa peha kami, dan bersabda Nabi (s.a.w): ‘Wahai anak-anak kecil! Jangan kamu melontar jamrah (Aqabah) sehinggalah muncul/terbit matahari.’ Berkata Abu Daud: ‘Lafaz kalimah al-latkhu’ bererti memukul secara lembut.’ - Hadith Abu Daud.

Jazakallahu khairah











No comments:

Post a Comment