Wednesday, September 3, 2014

Ibadah Haji - Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum, saudara, jema'ah haj dan umrah pastinya akan berada di Mekah dan berpeluang juga melawat/menziarahi Madinah. maka diantara tempat-tempat yang sewajarnya dijadikan te=umpulan aktiviti, terutama amlan dan ibadah, adalah beberapa masjid. Bukalah tujuan menunaikan haji untuk membeli belah dan membanyakkan masa terbuang. Yang harus diberi keutamaan adalah membanakkan masa dihabiskan dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bersolat di Masjidil Haram

(-) Dua masjid yang disebutkan dalam al-Quran

Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa dua masjid yang disebutkan dalam al-Quran selain Masjidil Haram adalah Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa.
Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) manakah di antara dua masjid (yang disebut di dalam al-Quran) ‘yang dibina atas asas taqwa’? Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hua masjidukum haza.’ (Yang bermaksud: Ialah masjid kamu ini (yakni, Masjid Nabawi)) - Hadith Muslim.
Selain itu, umat Islam, khususnya bakal haji dan umrah disuruh menziarahi Majid Qiblatain untuk mengingati sejarah perubahan kiblat umat Islam dari mengarah ke Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Dan, melawat Masjid Quba - iaitu masjid pertamaa dibia oleh Rasulallah (s.a.w) dan para sahabat, di mana bersolat satu solat sunat dua rakaat diberi ganjara pahala seumpama pahala satu umrah.

(-) Tempat terbaik melancong

Saudara, umat Islam itu digesa menziarahi atau melawat atau melancung ke 3 tempat sahaja di dunia ini, lebih diuatamakan, iaitu mengunjungi Masjidil Haram, Masjidil Nabawai dan Masjidil Aqsa.
Memberitahu Abdul Malik bin ‘Umarin hadith dari Qaza’ah berkata: ‘Aku mendengar Abi Said (r.a) empat kali berkata: ‘Aku mendengar dari Nabi (s.a.w) dan adapun aku mengerjakan umrah bersamanya: ‘Syinta ‘asratan ghazwatan.’ (Yang bermaksud: Sepuluh ribu pahala’) (ha) Diriwayatkan hadith dari Said hadith dari Abi Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La tusyaddur-rijalu illa ila thalatha masajida: al-Masjidil Haram, wa-masjidil Rasuli wal-masjidil Aqsa.’ (Yang bermaksud: Tidak ada kunjungan (yakni, berkunjung) (dalam) perjalanan jauh seseorang lelaki (yang dituntut Allah (a.w)) kecuali kepada tiga masjid iaitu (berkunjung ke) Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa.) - Hadith Bukhari & Muslim, Kitab Solat.
Mungkin dalam keadaan kertelingakahan dan kekejaman Isral dewasa ini, mungkin menylit dan membahayakan menziarahi Palestine untuk melihat Masjidil Aqsa. Namun, di antara 3 tempat itu,lebih utama adlah Masjidil Haram dan Masjid Nabawai.

(-) Pahala setiap amalan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Saudara, hadith ini adalah nas dan dalil yang menunjukkkan kefadhalan bersolat dalam Masjid Nabawidan Masjidil Haram. 
Dirwayatkan hadith dari ‘Atak hadith dari Jabir (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: Solatun fil masjidi afdhali min alfi solatin fima siwahu illa masjidil harama wa-solatu fi masjidil harami afdhalu min miatin alfi solatin fima siwahu) [Yang bermaksud: Solat di dalam masjidku (yakni, Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih afdhal dari seribu (i.e. 1,000) solat di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram, dan solat di dalam Masjidil Haram lebih afdhal dari 100,000 solat di lain-lain masjid. - Hadith ibnu Majah.
Setiap solat  yang dikerjakan dalam Masjid Nabawai diberi gandaan pahala 1,000 solat serupa berbanding dengan solat-solat dilain-lain masjid. Lebih hebat lagi, setiap solat dalam Masjidil Haram digandakan pahala seumpama bersolat 100,000 solat yang sedemikian di tempat-tempat lain.
Malah di Masjidil Haram lebih hebat lagi. Cotohnya: berpuasa di Masjidil Haram dalam bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala seumpama berpuasa Ramadhan sebanyak 100,000 bulan Ramadhan. Dan , apa jua amalan yang dikerjakan di dalamnya digandakan 100,000 kali gandaan.

Kefadhalan Masjid Nabawi

(-) Masjid yang dimuliakan

Saudara, kita diberitahu bahawa ada dua masjid yang dimuliaka oleh Allah (a.w), iaitu Masjid Nabawi dan Masjid al-Haram.
Diriwayatkan hadith dari ‘Abbad Ibni Tamim dari bapa saudaranya Abdullah bin Zaid bin ‘Asim bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Inna ibrahima harrama makkata wa-da’a liahliha wainni haramtul madinata kama harrama ibrahimu makkata wa-inni da’autu fi so’iha wamuddiha bimithla ma da’abihi ibrahimu li-ahli makkata.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi Ibrahim (a.s) memuliakan (yakni, mengharamkan) Mekah atau Makkah ... dan sesungguhnya aku (nabi) mengharamkan Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim (a.s) mengharamkan Mekah dan mendo’akan untuk ahli-ahli Mekah ... sebagaimana Ibrahim (a.s) lakukan terhadap ahli Mekah.) - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Rasulallah (s.a.w) yang berhijrah ke Madinah telah menaikkan taraf Masjid Nabawi sebagai masjid yang mulia selepas Masjidil Haram.

(-) Telaga al-Kauthar adalah raudah

Saudara, kalau saudara seorang yang 'observant', saudara pasti persan bagaimana jema'ah umat Islam yang berada di Masjid Nabawi itu berebut-rebut untuk bersolat di Raudah. Raudah itu adalah dulunya serambi rumah Rasulallah (s.a.w) dan disambung kepada masjid beliauketika itu. Rasulallah (s.a.w) alam hadith berikut menyebut bahawa Raudah itu adalah sebahagian daripada syurga di akhirat kelak. Maka dengan itulah umat Islam berebut-rebut untuk mencari tempat diraudah itu untuk bersolat.
Diriwayatkan hadith daari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Ma baina baiti wa-minbari raudatun min riadil jannati wa-minbari ‘ala haudi.’ (Yang bermaksud: Apa-apa (yakni, tempat) antara rumahku dan mimbar (masjid) ku adalah suatu taman daripada beberapa taman (syurga) dan mimbarku (adalah) atas Telaga al-Kauthar.) - Hadith Bukhari & Muslim, Bab Haji.
[Nota: Disebutkan dalam Surah al-Kauthar bahawa sesiapa yang menentang Rasulallah (s.a.w) maka di terputus hubungan dengan Rasulallah (s.a.w), maksudnya tidak diakui oleh Allah (a.w) sebagai umat beliau di akhirat kelak. Tidak diakui sedemikian itu menyebabkan dia tidak mendapat syurga. Malah disebutkan dalam hadith bahawa dalam suasana panas terik berhimpun di padang mahsyar kelak, semua berpeluh sehinggakan ada yang peluhnya sampai ke paras hidungnya, maka tidak dapat bernafas, Umat Muhammad (s.a.w) diberi kelebihan oleh Allah (a.w) minum air Telaga al-Kauthar. Sesiapa yang minum airnya tidak akan merasai haus selama berada di Padang Mahsyar – selama 50,000 tahun – menunggu diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing. Air Telaga al-Kauthar itu ada 4 rasa, rasa air tawar, rasa susu, rasa arak dan rasa madu. Sesiapa yang Islam tetapi mengamalkan sesuatu bentuk amalan/ibadah, atau beramal/beribadah menyimpang dari apa yang diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) – kerana bertaklid tanpa ilmu dan mencemari amalan/ibadah dengan bida’ah, tidak dibenarkan oleh malaikat yang menjaga Telaga al-Kauthar menghapiri telaga tersebut, jauh sekali diberi peluang minum airnya.]

(-) Nas dan dalil solat 40 waktu di Masjid Nabawi

Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (.a.w) memberitahu apakah keuntungan bagi seseorang yang berkesempatan bersolat fardhu sebanyak 40 waktu (8 hari, tanpa putus-putus). Oleh itu bagi kita yang mampu, adalah lebih menguntungkan dibelanjakan melawat Madinah dan Mekah daripada melawat Pyramid di Egypt (melambangkan kebanggan seorang yang syirik menentang Allah (a.w)!), atau Taj Mahal di India (yang menunjukkan betapa cintanya seorang lelaki terhadap seorang perempuan, tidak pula dia mencintai Allah (a.w) sebagaimana cintanya itu!)
Diriwayatkan hadith dari Anas bin Malik (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Man solla fi masjidi arba’ina solatan la yafutuhu solatan kutibat lahu bara-atun minan nari wa-najatun minal ‘azabi wa-baria minan-nifaqi.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa bersolat 40 solat (i.e. solat fardu) di dalam masjidku (yakni, Masjid an-Nabawi) tidak menterlambatkan solat-solat tersebut (yakni, tidak terputus solatnya) (maksudnya, terus menerus setiap lima waktu sebanyak 40 waktu = 8 hari) ditulis baginya (pertama) terpelihara dari neraka dan (kedua) dijselamatkan dari azab neraka dan (ketiga) terlepas tangan (i.e. bersih) dari beberapa sifat kenifaqan (atau, sifat-sifat kemunafikan).) - Hadith Imam Ahmad, dalam Musnad.
[Nota: Hadith ini memberitahu ganjaran istimewa bagi orang yang berjaya menamatkan solat fardu tanpa terputus waktu sebanyak 40 waktu – 8 hari – maka diberikan ganjaran pahala yang amat besar, seperti yang disebutkan dalam hadith ini. Namun hendaklah kita bersolat bersama-sama imam, berada di masjid pada awal waktunya, supaya dia tidak ketinggalan oleh Imam solat. Bukan bersolat bersendirian! Hendaklah tidak ada 'break' antara mana-mana solat dalam 8 hari tersebut. Dan, lebih utama solat itu hendaklah menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku bersolat) - Hadith Bukhari. Solat itu kekal murni dan tidak dicemari. Wudu'nya kekal betul dn murni, yang juag tidak dicemari oleh  bida'ah seumpama memlakan wudu' dengan menyebut 'Nawaitu ...' dll kalimah, dan tidak pula menyapu seluruh bahagian kepala, bukan sebahagian sahaja, dan Wudu; dimulakan dengan menyebut 'Bismillah'. Dan, solat yang dikerjakan juga hendaklah murni - tidak dicemari oleh pembaharuan dalam amalan - seperti memulakan solat dengan menyebut 'Usolli ...', dan ketika membac al-Fatihah dan surah membaca 'Basmalah' dengan kuat, menambah kepada tasbih Rukuk dan Sujud dengan kalimah 'wa-bihamdihi', dan sebagainya.]

(-) Menziarahi Makam Rasulallah (s.a.w)
 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith berikut menyebutkan bahawa sesiapa yang mengerjakan haji atau umrah di Mekah, sempatkan masa untuk menziarahi Makam Rasulallah (s.a.w) di Masjid Nabawi, kerana menziarahi akam beliau seolah-olah menziarahi beliau semasa beliau hidup. Itulah kebesarn Rasulallah (s.a.w0 yang dikurniakan oleh Allah (a.w). Malah umat Islam diperintahkan oleh Allah (a.w) sentiasalah menghirmati Rasulallah (s.a.w) kerana Allah (a.w) dan para malaikat kesemuanya berselawat ke atas beliau. Maka kita yang Islam disuruh berselawat kepada beliau. Dan, sesiapa yang berselawat sekali kepada Rasulallah (s.a.w) dibalas oleh Allah (a.w) berselawat kepadanya 10 kali. Alangah hebatnya jalau Allah (a.w) mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada kita hambaNya?
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man hajja fazara qabri ba’da wafati kana ka-man zarani fi hayati’ (Yang bermaksud: Barangsiapa (atau sesiapa) mengerjakan haji (dan umrah) maka menziarahi kuburku sesudah wafatku ada (baginya) seperti menziarahiku ketika hidupku.) - Hadith riwayat at-Tobrani, al-Baihaqi, Abu Sheikh, ibnu Adi dalam kitab Kanzil Umal.
Dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahukita umatnya bahwa kalau kita menziarahi makamnya/kuburnya, seolah-olah kita menziarahi beliau ketika hayatnya. Maka dengan itulah umat Islam itu digalakkan menziarahi atau melancng ke Madinah dan Mekah, kerana kefadhalan yang banyak kita perolehi menziarahi tempat-tempat utama dalam Islam.
Diriwayatkan hadith dari Omar (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man zara qabri kuntu lahu syafi’an au syahidan, wa-man mata fi ihdal-haramaini ba’atha hullahu’ (Yang bermaksud: Barangsiapa (atau sesiapa) menziarahi kuburku ada aku baginya menolong atau menyaksikan, dan barangsiapa atau sesiapa yang mati dalam salah satu dua kemuliaan (yakni, mati di tanah haram di Mekah dan di Madinah) mengutus Allah (a.w) dan diamankan Allah (a.w) pada hari qiamat) - Hadith al-Baihaqi dalam kitab Kanzil Umal.
Selain, syafaat Rasulallah (s.a.w) bagi mereka yang menziarahi kubur/makam Rasulallah (s.a.w), kita diberitahu bahawa sesiapa yang secara kebetulan mati atau sampai ajalnya di Madinah atau di Mekah, maka dia diselamatkan dari sengsara pada hari kiamat kelak. Oleh kerana itulah disebut-sebutkan keinginan orang-orang tua yang ke Mekah mengerjakan umrah berkali-kali dengan harapan bahawa sampa ajalnya di salah satu tanah haram tersebut.
Nota: Rasulallah (s.a.w) adalah penyaksi kepada umatnya melalui keImaman yang dilantik jema’ah umat Islam kemudian kelak, selepas wafatnya beliau dan selepas mangkatnya khalifah yang empat, dan para sahabat. Ayat 71: al-Isra’ menyebutkan bahawa umat Islam berbaris di padang mahsyar kelak di belakang imam-imam mereka. Imam-imam adalah pewaris penyaksian keIslaman seseorang yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan anuti Islam secara berjema’ah. Dua pra-syarat yang menjadi keIslaman seseorang yang akui dirinya Islam itu adalah: ikuti as-Sunnah dalam mengerjakan segala amalan dan ibadah, dan hendaklah berjema'ah dalam Islam. Di akhirat kelak, hanya Rasulallah (s.a.w) sahaja yang diberi izin oleh Allah (a.w) untuk memberi syafa’at (=pertolongan kepada umatnya yang perlukan pertolongan di akhirat kelak). Itlah keistomewaan Rasulallah (s.a.w) kerana dia sahajalah rasul dan nabi yag tidak berdosa. Rasul dan nabi yang terdahulu berdosa sedikit sebanyak. Maka dengn itu hanya Rasulallah (s.a.w) yang boleh memberi syafaat. Namun pertolongan (syafa’at) itu terbuka kepada orang Islam yang iman yang akur dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, as-Sunnah) yang kekal murni, tidak dicemari oleh sesuatu pembaharuan yang dicipta manusia. Maksudnya, umat Islam yang mengamalkan Islam tanpa mengubah syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita. Maksudnya: segala amalan dan ibadah kita adalah murni atau tulen dan tidak tercemar atau dicemar oleh syirik, tahayul, kurafat, takdild dan bida’ah. Kerana jika aqidah Islam dan syaiat iIslam itu, khususnya amalan dan ibadah dalam Islam, tercemar/dicemari, maka segaka amalan kita tidak diterima Allah (a.w) dan tidak pula diberi peluang minum air Telaga al-Kauthar di padang makhsyar kelak, malah tidak diizinkan oleh Allah (a.w) Rasulallah (s.a.w) akui mereka sebagai umatnya! (Sila rujuk tafsir Surah at-Takathur).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment