Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang ibadah haji secara khusus itu. Setelah memakai ikhram, bersolat dua rakaat, dan melafazkan niat haji (atau, umrah), kitapun bertolak ke Masjidil Haram sambil membaca sebanyak mungkin Talbiah yang diiualangulang, dan kita berhenti membaca Talbiah ketika sampai ke Sudut Hajar Aswad di Ka'abah.
Bagi mereka yang mengerjakan umrah, bolehlah meneruskan mengerjakan Tawaf Umrah. Jangan lupa Tawaf itu adalah amalan yang mewajibkan pelakunya ada wudu', Tawaf mengelilingi Baitullah 7 pusingan - berlari-lari anak apada pusingan 1 hingga 3 dari Sudut Hajar Aswad sampai Sudut Yamani, dan bejalan biasa dari Sudut Yamani ke Sudut Hajar Aswad. Setelah selesai Tawaf berjalan ke kawasan di belakang Makam Ibrahim untuk bersolat dua rakaat, membaca do'a Nabi Adam (a.s) dan Nabi Ibrahim (a.s) dan lain-lian do'a tambahan, berjalan ke Bukit Sofa untuk berSa'i 7 pusingan pula.
Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)
Bagi jema'ah Haji mereka bertolah ke Arafah untuk Wukuf di sana.
Wukuf di Arafah
(-) Bertolak ke Arafah untuk Wukuf
Bagi mereka yang mengerjakan haji, mereka dikehendaki berada di Arafah untuk Wukuf di sana. Waktu Wukuf itu adalah bermula ketika tergelincir matahari, maksudnya, apabila masuk waktu solat Zohor, dan berakhir ketika terbenam matahari atau masuknya waktu solat Maghrib. Semasa di Arafah menjama’kan Solat Zohor dan Solat ‘Asar – jama’ takdim qasar (i.e. dua-dua rakaat). Ketika masuk waktu Solat Maghrib maka bertolak ke Muzdalifah untuk Mabit di sana. Maka di Muzdalifah menjamakkan Solat Maghrib dan Solat Isya’ – jama’ takhir qasar (3 rakaat Maghrib dan 2 raka’at Isya’). Sebelum masuk waktu Solat Subuh keluar dari Muzdalifah dan mensolatkan Solat Subuh di luar Muzdalifah atau di Mina.
[Nota: Ketika keluar hotel bacalah Do’a keluar rumah. Bacalah do’a menaiki kenderan. Sepanjang perjalan bacalah Talbiah dengan menguatkan suara sampailah ke khemah di Arafah. Silarujuk kitab kecil do’a.]
(-) Kegiatan/Amalan ketika Wukuf?
Jemaah haji berangkat dari Mekah ke Arafah ketika pagi supaya sampai ke Arafah sebelum masuk waktu Zohor. Setelah masuk waktu solat Zohor, solatlah Zohor dan ‘Asar secara jama’ takdim dengan mengqasarkan kedua-dua solat. Ketika tergelincir matahari, yakni masuk waktu Zohor bermulalah waktu Wukuf. Semasa Wukuf di Arafah jema’ah haji memperbanyakkan do’a kerana do’a-do’a di Arafah adalah mustajab, dikabulkan oleh Allah (a.w). Tidak digalakkan membaca al-Quran atau berzikir atau berwirid, kerana di Arafah dikhususkan membaca pelbagai do’a (ketika dalam khemah) memohon segala sesuatu yang dihasratkan oleh hati, sebanyak-banyaknya.
[Peringatan: Gunakan sepenuh masa Wukuf berdo’a dan jangan tidur – sama seperti kita Iktikaf di masjid malam 10 terakhir Ramadhan menunggu Lailatul Qadr.]
Diriwayatkan hadith dari Ibni Ishak menceritakan hadith dari Nafi’ hadith dari Ibnu Omar (r.a) yang berkata: ‘Berpagian (yakni, pada waktu pagi) Rasulallah (s.a.w) (keluar dari) Mina ketika telah Solat Subuh di pagian keluar dia pada hari Arafah sehingga Nabi ke Arafah maka bertempat di (masjid) Namirah, dan Namirah itu tempatnya beberapa imam yang bertempat dengannya di Arafah sehingga ketika ada hendak Solat Zohor dan ‘Asar keluar (yakni, berangkat) Rasulallah (s.a.w) pada waktu awal maka mengumpulkan (yakni, menjama’kan) antara Solat Zohor dan Solat ‘Asar (yakni, jama’ takdim dan qasar), kemudian berkhutbah pada manusia (i.e. para sahabat), kemudian berangkat maka wukuf atas tempat di Arafah.’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
[Nota: Hadith ini menyebutkan Rasulallah (s.a.w) menjama’kan Solat Zohor dan ‘Asar pada waktu Zohor mengqasarkan kedua-dua solat tersebut.]Rasulallah (s.a.w) kemudian berkhutbah. Semasa khutbah inilah beliau berpesan, antara lain (dalam khutbah Haji Wada’nya): ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasktum bihima, Kitabbalha wa-sunnatau Nabiyi.’(Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang teguh kepada kedua-dua, kalian pasti tidak sekali-kali akan sesat selama-lamanya (mencari ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga). Seperti hadith berikut.] Diriwayatkan hadith dari Said b Hassan hadith Ibni Omar (r.a) berkata: ‘Ketika apa-apa apabila membunuh al-Hajjaj ibna Zubeir, mengutus (Ibna Zubeir) kepada Ibni Omar (r.a): ‘Manakah saat ada Rasulallah (s.a.w) berangkat pada hari ini?’ Berkata Ibnu Omar (r.a): ‘Ketika ada demikian, berangkat kami maka apa-apa menghendaki Ibnu Omar (r.a) apabila berangkat dia. Berkata (Ibnu Omar): ‘Adakah sudah condong matahari?’ Berkata mereka (sahabat): ‘Belum condong’ atau ‘Belum gelincir matahari.’ Berkata (sahabat): ‘Maka ketika apa-apa (yakni, sudah condong).’ Berkata (sahabat): ‘Sungguh-sungguh telah condong’, maka berangkat dia (ibnu Omar).’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
(-) Dimana bersolat Zohor pada Hari Tarwiah (9 Zuhijjah)?
Hari Tarwiah adalah 9 Zulhijjah. Hadith ini adalah percakapan zaman khalifah, yakni selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w), tentang apa yang perlu dibuat pada hari Tarwiah itu. Diriwayatkan hadith dari Abdul Aziz b Rufai’in berkata: ‘Bertanya aku pada Anas b Malik (r.a), berkata aku: ‘Berilah aku tahu dengan sesuatu yang ingat engkau pada sesuatu dari Nabi (s.a.w) di mana bersolat Solat Zohor dan Solat ‘Asar (Nabi) pada hari Tarwiah (i.e. 9 Zulhijjah).’ Berkata Anas (r.a): ‘Di Mina.’ Berkata aku (Abdul Aziz): ‘Maka di mana bersolat Solat ‘Asar pada hari Nafar (i.e. bersurai untuk Nafar Awal (10 Zulhijjah) atau Nafar Akhir) (13 Zulhijjah)’. Berkata Anas: ‘Di tanah Abtah.’ Kemudian berkata (Anas): ‘Berbuatlah sebagaimana berbuat Amir kamu.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
[Nota: ‘Amir’ atau ‘Imam’ adaalah pemimpin jema’ah umat Islam selepas Ali (r.a/k.w)].
(-) Membaca Talbiah dan Bertakbir sepanjang perjalanan
Hadith ini menyebutkan bahawa ketika berangkat ke Arafah untuk Wukuf, sepanjang perjalanan dibacalah Talbiah dan diselingi dengan membaca Takbir. Diriwayatkan hadith dari Muhammad Ibni Abi Bakrin as-Thaqafi bahawasanya dia bertanya kepada Anas b Malik (r.a) bahawa kedua-duanya orang dari Mina menuju ke Arafah: ‘Bagaimana ada kamu berbuat pada ini hari (ketika) bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w)?’ Maka berkata (Anas): ‘Ada Nabi (s.a.w) membaca Talbiah dari kami, jangan ingkari dan bertakbir Nabi (s.a.w) dari kami orang-orang yang bertakbir atas membacanya.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji. Kalimah Takbiah itu disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Omar (r.a) berkata bahawa Talbiah Rasulallah (s.a.w) adalah: ‘Labaika Allahumma labaik (3x), labaikala syarika laka labaik, innal hamda wan-ni’mata lakawal-mulk la syarika lak.’ (Yang bermaksud: Aku datang kepadaMu, Ya Allah (a.w)! Aku datang kepadaMu (3x) Tiada sekutu bagiMu, segala puji, nikmat dan kuasa itu milikMu sendiri, dan Engkaulah Raja tiada sekutu bagiMu.) - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Ketika membaca Takbiah itu hendaklah dikuatkan suara atau menguatkan sebutan/bacaan kalimah-kalimah Talniah itu.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) meninggikan suaranya ketika menaiki untanya (yakni, kenderaannya) berdiri dari masjid Zulkhulaifah semasa membaca Talbiah.’ - Hadith Muslim, Kitab Haji. Hadith ini menyebutkan awal proses ibadah haji iaitu berikhram di miqat, melafazkan niat haji dan kemudian bersolat solat sunat dua rakaat, barulah berangkat ke Arafah untuk Wukuf.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah bin Omar (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) sebelum berangkat dari Zulkhulaifah bersolat dua rakaat, kemudian beliau berjalan mengenderai untanya sambil mengucapkan Talbiah.’ – Hadith Muslim.
Rengkasnya, jema'ah haji diwajibkan ke Miqat untuk mengenakan ikhram, bersolat dua rakaat, kemudian melafazkan niat haji, dan bertolakke Arafah untuk Wukuf. Sepanjang perjalanan itu membaca Talbiah dengan suara yang lantang.
Kifarah atau Dam (Denda) Melanggar Pantang Larang Berikhram
Saudara, sebagaimana yang kita sudahpun maklum bahawa antara pantang larang berhaji itu ad adalah bercukur atau menggugurkan rambut. Dalam kes ini disebutkan bahawa seorang sahabat tentang 'dam' apakala dia mengalami rasa yang amat tidak selesa kerana gagal kutu di atas kepalanya. Maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh dia mencukur rambutnya, dan keraana itu disurh berpuasa 3 hari dalam haji dan kemudan7 hari ketikakembali ke tempat/kampongnya. Diriwayatkan hadith dari Kaab bin Hujrah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) melihat banyak kutu berjatuhan dari kepalanya (i.e. kepala Kaab), maka bersabda: ‘Apakah tidak kutu kamu mengganggu kamu?’ Berkata aku (Kaab): ‘Ya’, bersabda beliau: ‘Cukurlah kepalamu dan kemudian engkau puasa 3 hari atau bersedekah makanan bagikan kepada 6 orang miskin atau sembelihlah kambing yang ada padamu.’ Berkata Ka’ab: ‘Sehubungan itu maka turunlah ayat (al-Quran): ‘Famin kana minkum maridan au bihi azam-mir-raksihi fafidyatum min siami au sadaqatin au nusukin ... ‘(Yang bermaksud: Maka jika dari kalangan kamu sedang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu dia bercukur), maka dia wajib membayar fidyah, iaitu berpuasa, (atau) bersedekah (atau) berkorban ...’- Ayat 196: al-Baqarah - Hadith Muslim.
[Nota: ‘Dam’ yang dikenakan kerana melanggar pantang larang berikhram adalah seperti disebutkan dalam hadith di atas – bagi setiap satu kesalahan. Jika mengerjakan umrah dalam musim haji – musim haji itu adalah mulai 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah – dikenakan dam seekor kambing/kibas setiap satu umrah. Makssudnya: buat 3 umrah kena dam 3 ekor kambing/kibas.
Kalau mengadakan/melakukan hubungan suami isteri ketika berikhram dan belum selesai ibadah haji – belum Tahlul Thani (bercukur) – maka kifarahnya adalah berat: pertama, hajinya batal secara otomatis; kedua, hajinya kena diulangi semula tahun depannya secara berasingan – isteri dan suami tidak boleh bersama; ketiga, setelah kembali ke negeri/negara masing-masing, si suami dan si isteri wajib tinggal berasingan (i.e. tidak sebumbung) sehinggalah selesai haji qada’ tahun depannya.]
(-) Tempat Orang Yang Wukuf di Arafah
Hadith menyebutkan ketetapan syariat Islam bahawa tempat Wukuf itu ditetapkan di Arafah.
Diriwayatkan hadith dari Yazid b Syaiban berkata: ‘Datang pada kami Ibnu Mirba’ al-Ansari dan adapun kami di Arafah di suatu tempat menganggap jauh pada tempat ‘Amar dari keimaman, maka berkata Mirba’: ‘Ingatlah sesungguhnya aku adalah utusan Rasulallah (s.a.w) atas kamu sekelian, telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Untuk kamu Wukuf atas beberapa khemah kamu sekelian, maka sesungguhnya kamu atas sunnah (i.e. bekas) dari sunnah bapa kamu (Nabi Ibrahim (a.s).’ - Hadith Abu Daud, Kitab Manasik.
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa Nabi Ibrahim (a.s) wukuf di Arafah zamannya. Syariat tentang Wukuf itu dilanjutkan sehingga zaman Rasulallah (s.a.w) sampai akhir zaman.]
(-) Kesemua Kawasan Arafah adalah Tempat Wukuf
Saudara, antara amalan yang digalakkan di dalam musim Haji, dan ibadah yang sangat disukai Allah (a.w), adalah menyembelih kurban. Tempat menyembelih kurban adalah di Mina (selepas melontar Jamrah) dan tempat Wukuf adalah di Arafah.
Diriwayatkan hadith dari Jaafar menceritakan hadith dari bapanya hadith dari Jabir (b Abdullah) (r.a) di dalam demikian hadithnya sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Menyembelih aku di sini dan adapun di Mina kesemuanya tempat menyembelih (kurban), maka menyembelihlah di tempat kamu sekelian (yakni, dimana sahaja kamu berada); dan berhenti (Wukuf) aku di sini. Adapun seluruh tempat di Arafah adalah tempat Wukuf (yakni, tempat berhenti), dan berhenti aku di sini tanah tempat berkumpul (tanah jami', yakni Muzdalifah), kesemuanya tempat berhenti (yakni, bermalam di Muzdalifah).’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
Hadith menyebutkan significance 3 tempat - iaitu Arafah tempat Wukuf, Muzdalifah tenpat Mabit dan Mina tempat (melontar jamrah dan) tempat menyembelih kurban.
(-) Khutbah di Arafah Sebelum Solat
Ketika di Arafah mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w) berkhutbah di Arafah:
Diriwayatkan hadith dari Sufyan hadith dari Salamah b Nubaitin hadith dari bapanya (i.e. Nubaitin) berkata: ‘Melihat aku Rasulallah (s.a.w) berkhutbah atas untanya yang berwarna merah di Arafah sebelum solat (yakni, Solat Zohor dan ‘Asar yang dijama’kan).’ - Hadith an-Nasa’i.
[Nota: Khutbah Haji Wada’ Rasulallah (s.a.w). Antara yang disebutkan dalam hutbah Rasulallah (s.a.w) adalah pengistiharan bahawa aqidah dan syariat Islam itu telah disempurnakan. Rasulallah (s.a.w) menyebut: 'Taraktu fikum amraini lan tadilllu ma tamasaktum bihima, kitabbalaha wa-sunnati nabiyi' (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan di kalangan kalian ( dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya dalam mengamalkan Islam, pasti kalian tidak akan sesat selama-lamanya (mendapatkan 'siratul mustaqim', maksudnya jalan lurus ke syurga itu) - Hadith Imam Malik dll. Justeru itu, seseorang yang Islam itu diwajibkan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah supaya memurnikan aqidah dan syariat Islam, maka pasti mereka berjaya mendapat syurga di akhirat kelak.]
(-) Menjama’kan Antara Dua Solat ketika Wukuf di Arafah
Dan adapun Ibnu Omar (r.a) ketika menterlambatkan dia solat bersama-sama imam, mengumpulkan (menjama’kan) antara kedua-dua solat.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Syihab berkata: ‘Menceritakan kepadaku Salim sesungguhnya Hajjaj b Yusof pada tahun bertempat dengan Ibnu Zubeir (r.a), bertanya Hijjaj pada Abdullah (b. Omar) (r.a): ‘Bagaimana berbuat engkau dalam berwukuf pada hari Arafah?’ Maka berkata Salim: ‘Jika ada engkau menghendaki pada sunnah, maka mempercepatkanlah engkau pada solat hari Arafah.’ Maka berkata Abdullah b Omar (r.a): ‘Benar engkau. Sesungguhnya mereka ada sama menjama’kan Solat Zohor dan Solat ‘Asar dalam sunnah’. Maka berkata aku (Ibnu Syihab) kepada Salim: ‘Apakah berbuat sedemikian oleh Rasulallah (s.a.w)?’ Maka berkata Salim: ‘Adakah mengikuti kamu demikian kecuali sunnah (Nabi)?’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa ketika di Arafah itu sunnahnya adalah menjama’kan Solat Zohor dan Solat ‘Asar. – jamak dan qasar. Inilah perlakuan Rasulallah (s.a.w) ketika wukuf di Arafah.]
(-) Do’a Ketika Wukuf di Arafah
Berikut disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) memperbanyakkan membaca do'a berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Amru b Syuaib hadith dari bapanya hadith dari datuknya sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sebaik-baik do’a adalah do’a pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa yang berkata (yakni, berdo’a) aku dan para nabi dari sebelumku (adalah): ‘Lailaha illalahu wahdahu la syarika lahu, lahul mulku, wa-lahul hamdu, wa-hua ‘ala kullil syai-in qadir’ (Yang bermaksud: Tiada tuhan kecuali Allah (a.w), tiada yang menyamaiNya oleh sesuatu, bagiNya kerajaan, dan bagiNya segala puji, dan Dia atas segala sesuatu maha berkuasa.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Do’a.
[Nota: Ketika Wukuf hendaklah membaca sebanyak-banyak doa yang termungkin. Hendaklah dibaca do’a ini kemudian ditambah dengan lain-lain do’a. Do’a di adalah mustajab, kerana dikabulkan oleh Allah (a.w).]
(-) Memperbanyakkan Do’a ketika Bertempat di Arafah
Arafah adalah tempat yang paling afdhal berdo’a, kerana do’a di Arafah dikabulkan oleh Allah (a.w). Maka jema’ah haji ketika Wukuf di Arafah disuruh memperbanyakkan do’a sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Menceritakan hadith dari Makhramah b Bukairin, hadith dari bapanya berkata: ‘Berkata Aisyah (r.ah): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak ada dari sesuatu hari yang lebih banyak dari apabila memerdekakan Allah (a.w) di dalamnya hamba-hambaNya dari neraka dari hari Arafah, dan sesungguhnya Dia (Allah (a.w)) nescaya melihat pada hamba-hambaNya kemudian menunjukkan mereka pada para malaikat, maka berfirman Allah (a.w): ‘Apa-apa yang menghendaki mereka (ketika di Arafah).’ - Hadith Muslim, Kitab Haji.
[Nota: Hadith di atas itu menceritakan betapa bangganya Allah (a.w) ketika melihat hamba-hambaNya berkumpul ketika Wukuf di Arafah, sehinggakan Allah (a.w) menunjukkan kepada malaikat supaya melihat jema’ah haji yang berada di Arafah. Kemudian, disebutkan bahawa Allah (a.w) kabulkan setiap permintaan mereka yang berdo’a ketika Wukuf itu.]
(-) Aisyah (r.ah) Memperbanyakkan Do’a ketika Wukuf di Arafah
Menceritakan hadith dari Khalifah b Hussein hadith dari Ali b Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Lebih banyakna do’anya dengan apa-apa berdo'a Rasulallah (s.a.w) di petang hari Arafah ketika Wukuf (adalah): ‘Allahumma lakal hamdu kallazi taqulu wa-khairn mimma naqulu. Allahumma laka solati wa-nusuki wa-mahyaya wa-mamati, wa-ilaika maabi, wa-laka rabbi tuathi. Allahumma inni a’uzubika min ‘azabil qabri wa-waswasatiis-sodri wa-syatatil amri. Allahumma inni a’uzubika min syarrima tahiu bihi rihi.’ (Yang bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Baki Engkau segala puji sebagaimana memuji Engkau dengan firmanMu, dan lebih banyaknya dibandingkan aku berkata-kata (memuji terhadapMu). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! UntukMu beberapa solatku dan (untukMu) hajiku dan (untukMu) kehidupanku dan (untukMu) kematianku, dan kepada Engkau (Allah) kembali aku, dan untukMu tuhan pada ArasyMu. Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Sesungguhnya aku minta perlindungan dengan Engkau dari siksaan kubur dan keraguan kalbuku (i.e. hatiku) dan porak puranda (i.e. bercelaru atau berkecamuknya) urusanku (i.e. urusan agamaku). Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Sesungguhnya aku memohon perlindungan denganMu dari buruknya apa-apa yang datang dengan keburukan itu dari (yakni, yang dibawa oleh) angin.’) - Hadith at-Termidzi.
Antara do’a yang paling banyak dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika Wukuf di Arafah adalah do’a yang disebutkan dalam hadith di atas itu.
(-) Mengangkat Kedua Tangan Ketika Berdo’a
Ketika berdo’a di Arafah, hendaklah kita mengangkat kedua-dua tangan kita tinggi. Demikianlah apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) ketika Wukuf di Arafah, beliau berdo’a mengangkat kedua tangannya.
Menceritakan hadith dari Abdul Malik hadith dari Ato’ berkata: ‘Berkata usmah b Zaid: ‘Ada aku (Usamah) orang yang membonceng Nabi (s.a.w) di Arafah, maka mengangkat Nabi (s.a.w) kedua-dua tangannya (ketika) berdo’a, maka condong kerananya untanya, maka jatuh kendali untanya, maka mengambil kendalinya dengan satu tangan yang lain, dan adapun dia orang yang mengangkat tangannya yang satu lagi.’ - Hadith an-Nasa’i, Kitab Manasik.
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ketika berdo’a, condong unta yang dinaikkinya, maka terjatuh tali kendali untanya. Maka dia mengereng untuk mengambil tali yang jatuh itu dengan sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi kekal diangkatnya terus berdo’a.

No comments:
Post a Comment