Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti persyarataan terhadap haiwan yang hendak disembelih sebagai haiwan kurban Aidil Adha nanti. Bagi saudara yang berada eloklah berbelanja untuk menyembelih kurban kerana pahalanya amat banyak demi dividen akhiratnya. Janganlah kita yang berada tetapi bakhil atau kedekut. Janganlah jadi orang yang berwang dan berada, kita bahil tetapi sebaliknya pula membazir! Bagimana membazir? Kita ada Ferrari, Maserati, Bently, Jaguar, Audi, Mercedes, dan lain-lain jenama kereta mewah di Malaysia sekarang, tetapi saban tahun kita tak pernah mengerjakan kurban. Kita dahpun ada 4 buah kereta yang berjenama di rumah, ditambah dengan beberapa kereta resmi organisasi atau pejabat di pejabat yang kita seorang sahaja yang boleh guna, tapi saban tahun kita tak sanggup menyembelih kurban walaupun seekor kambing? Sebaliknya, kita membazirkan wang melancung 'melihat dunia' membelanjakan ratusan ribu wang, tapi nak bayar RM 3,500.00 membeli seekor lembu kurban, kita terkilan. Nanti di akhirat orang yang berwang dan mewah gagal menjawab soalan akhirat - walaupun soalan akhirat tersebut jawapannya sudahpun dibocorkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sendiri. Sudahlah soalan sengaja dibocorkan, jawapan disediakan, tapi kita masih gagal menjawabnya! Yang menjawab bukan mulut kita, kerana amalan dan ibadah kita yang menjawab, tetapi siksaannya tubuh kita yang rasakan!
Saudara, oleh yang demikian berwaspadalah. Kita mungkin senang lenang di dunia, tapi kita akan melarat dan tersiksa di akhirat, kerana gagal dapat syurga. Orang yang kaya raya sudah pasti masuk neraka kerana harta mereka, kecualilah mereka memanfaatkan akhiratnya dengan harta kekayaannya melalui segala bentuk infaq fi sabilillah, yang terkecil adalah berkurban.
(i) Cukup Umur
(ii) Tidak cacat

(iii) Tidak Berpenyakit
Saudara, disebutkan dalam hadith berikut bahawa haiwan untuk kurban itu hendaklah sudah cukup umur, tidak tua dan tidak terlalu muda dan tidak kecil.
Diriwayatkan hadith oleh Jabir (r.a) telah berkata dia: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Jangan menyembelih sekelian kamu (untuk Kurban) kecuali haiwan yang ‘musannah’ kecuali terlalu sulit (untuk mendapatkan haiwan sedemikian) oleh sekelian kamu, maka menyembelihlah kamu kambing muda dari kambing kibas’. [Hadith sahih Abu Daud]
[Nota: ‘Haiwan yang ‘musannah’’ itu adalah haiwan yang cukup matang mengikut umurnya. Jika unta yang sempurna (melepasi) umur lima tahun dan masuk umurnya ke enam tahun (>5 tahun), dan dari lembu yang sempurna (melepasi) dua tahun dan masuk umurnya ketiga tahun (> 2 tahun), dan dari kambing kibas sempurna dan bagi kambing (kambing kacang, yakni kambing kampung) sempurna bagi kambing jenis itu umurnya setahun (> 1 tahun).]
(iv) Tidak Cacat Badannya
Selain umur, syarat-syarat fisikal tubuh badan haiwan kurban lainnya disebutkan dalam hadith-hadith berikut pula.
Diriwayatkan hadith daripada Ali (k.w) katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) melarang dia menyembelih haiwan kurban dengan haiwan yang putus (yakni, kontot/patah sebahagian/campung) tanduk dan telinga.’ Maka berkata Qatadah (r.a): ‘Maka menceritakan aku demikian itu kepada Said bin Musaiyab (r.a), maka berkata Said: ‘Putus apa yang sampai apa haiwan itu. Maka apa yang (disebutkan) diatas (yakni, disebut) demikian itu.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Haiwan untuk kurban hendaklah baik tanduknya, tidak cacat. Begitu jugalah dengan telinganya, tidak terbelah atau putus sebahaguan dan seumpanya.
Diriwayatkan hadith daripada Ali (k.w) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) memerintahkan kepada kami agar meneliti kami pada mata (tidak buta) dan telinga dan agar tidak menyembelih kami dengan yang koyak ujung telinganya dan ada yang kontot ekornya dan tidak berlubang telinganya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Haiwan untuk kurban itu hendaklah sempurna sifat-sifat dirinya, termasuklah ekornya tidak campung atau putus.
(v) Telinga Tidak Campung
(vi) Tidak Buta
(vii) Tidak Kontot atau Putus Ekornya
(viii) Tidak Berlobang Daun/Cuping Telinganya
Di dalam hadith ini dijelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) telah menyuruh para sahabatnya supaya haiwan yang hendak disembelih untuk Kurban itu diteliti supaya tidak campung atau robek atau berlubang telinganya atau koyak telinganya, dan kontot atau putus ekornya atau tanduknya. Mengikut sepotong hadith lain, juga disebutkan syarat-syarat yang sama.
Diriwayatkan hadith daripada Ali (r.a), berkata Ali (r.a): ‘Rasulallah (s.a.w) sesungguhnya melarang kami menyembelih (haiwan Kurban) yang subek hujung telinganya atau berlubang telinganya atau robek separuh telinganya atau berlubang atau cacat telinganya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Saudara, haiwan kurban itu hendaklah yang sebaik mungkin sifat-sifatn Demikianlah keadaannya persembahan oleh 2 orang anak Adam (r.a) yang diceritakan dalam al-Quran dan as-Sunnah, Habil dan Qabil.
(ix) Tidak Cacat Kakinya
Hadith di bawah ini menjelaskan pula lain-lain sifat yang perlu diperhatikan apabila hendak menyembelih haiwan untuk kurban.
Diriwayatkan daripada Ubaidi bin Fairuz (r.a), berkata Ubaidi: ‘Bertanya aku pada Baraa’ bin ‘Azib (r.a) pada apa-apa yang tidak boleh didalam haiwan kurban?’ Maka berkata Baraa’: ‘Berdiri dikalangan kami Rasulallah (s.a.w), dan jari aku (Baraa’) lebih pendek dari jari Nabi, dan jari-jari aku (Baraa’) lebih pendek dari jari-jari Nabi’. Maka telah bersabda Nabi: ‘Empat perkara tidak boleh di dalam haiwan kurban.’ Maka bersabda Nabi, seterusnya: ‘Pertama, haiwan yang buta sebelah matanya yang jelas kelihatan butanya, dan (kedua) sakit yang jelas sakitnya, dan (Ketiga) pincang (tengkot) yang jelas pincangnya (tengkot), dan (Keempat) yang pecah kakinya (yakni, tidak kuat berjalan) dan berensot-ensot (yakni, pengkar atau capek kakinya).’
Maka berkata Ubaidi: ‘Berkata aku ‘Sesungguhnya benci aku ada dalam umur kurang (yakni, yang kurang umurnya).’ Berkata Baraa’: ‘Apa-apa yang kamu benci maka meninggalakanlah kamu dan jangan mengharamkan kamu atas seseorang.’ Maka berkata Abu Daud’; ‘Tiada bagi haiwan otaknya (yakni, kecacatan yang dimaksudkan itu tidaklah kerana otaknya).’ [Hadith sahih Abu Daud]
Saudara, dalam hadith ini disebutkan beberapa perkara, pertama, ditegah menyembelih haiwan kurban yang buta matanya - sebelah atau dua belah; kedua, haiwan yang sakit; ketiga, cacat kakinya seperti tempang ia; keempat, cacat kaki atau kukunya, jelas kelihatan ketika berjalan. Dalam hadith lain, haiwan kurban hendaklah sempurna telinganya, tidak koyak dan tidak berlubang (rujuk hadith sebelum ini).
Satu ketetapan lain dalam Islam disebutkan dalam hadith berikut iaitu dalam apa jua perkara - termasuk makanan - jika kita bencikan sesuatu makanan atau minuman, maka selagi yang diminum dan dimakan itu tidak ditegah oleh Islam, maka jangan pula kita melarang orang lain melakukannya.
Bolehkah simpan daging kurban kita?
Saudara, daging kurban itu hendaklah tidak melebihi 3 hari disimpan. Ini adalah supaya agihan daging kurban itu memanfaat seramai mungkin orang terutama mereka yang kurang kesempatan mendapat daging.
Diriwayatkan hadith daripada Sulaiman bin Buraidah (r.a) hadith daripada bapanya, yang berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Adapun melarang aku pada sekelian kamu dari daging-dagingnya haiwan kurban di atas tiga hari supaya memberi keluasan yang mempunyai kekayaan (memberikan daging Kurban) pada orang yang tidak ada kekayaan baginya, maka makanlah sekelian kamu pada apa nampak bagi sekelian kamu dan memberilah makan sekelian dan menyimpanlah sekelian kamu.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Hakikatnya, daging kurban itu boleh disimpan, jika tidak boleh dihabiskan hari ianya diterima.
Berapa hari boleh sembelih kurban?
Saudara, yang terbaiknya dalam urusan kurban itu, mulakan menyembelih kurban selepas selesai Solat Aidil Adha, yakni pada 10 Zulhijjah.
Diriwayatkan hadith daripada Nafi’ bahawa Abdullah bin Omar (r.a)(anak Omar ibn Khatab), telah berkata: ‘Menyembelih kurban dua hari setelah hari raya kurban.’ [Hadith sahih riwayat al-Malik dalam al-Muato’]
Namun jika tidak berkesempatan atau kerana ramainya orang nak berkurban dan tukang sembelih tiada atau keletihan, dibolehkan membuat/menyembelih kurban itu dua hari kemudiannya - 11 dan 12 Zulhijjah.
Memperbaiki Penyembelihan
Islam mengalakkan supaya penyembelihan haiwan kurban itu dibuat sebaik-baiknya. Ini dijelaskan dalam sepotong hadith berikut:
Diriwayatkan sebuah hadith daripada Sadad bin Aus (r.a), berkata dia: ‘Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) telah menulis pada beberapa kebaikan atas segala sesuatu maka ketika membunuh (yakni, menyembelih kurban) kamu maka memperbaikilah kamu pada pembunuhan (maksudnya, jika dalam peperangan) dan ketika menyembelih kamu (maksudnya, menyembelih kurban) maka memperbaikilah sekelian kamu pada penyembelihan, maka hendaklah menajamkan salah satu kamu pisau (sembelihan) dan hendaklah mengistirah (yakni, memegang) salah seorang kamu pada haiwan sembelihannya salah seorang kamu.’ [Hadith sahih riwayat an-Nasa’i]
Adalah menjadi ketetapan Islam bahawa jika membunuh seseorang atau haiwan yang dibenarkan oleh Islam, hendaklah membunuh tanpa menyiksa mangsa - maksudnya jangan tersiksa, seboleh-bolehnya cepat matinya.
Pantang Larang Kurban
(a) Larangan Gunting Rambut dan Kerat Kuku
Manfaat atau ganjaran pahala ternakan kurban itu adalah pahala seumpama banyaknya bulunya, termasuklah bulu-bulu halusnya, akan di datangkan di hari akhirat nanti kepada mereka yang mengerjakan kurban.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah (r.ah), seorang Isteri Nabi, berkata: ‘Sesungguhnya Nabi (s.a.w) telah bersabda: ‘Ketika melihat kamu sekelian pada tangkal bulan Zulhijjah dan ketika mengkehendaki salah satu seorang daripada kamu sekelian menyembelih haiwan Kurban, maka hendaklah menahan (yakni, membiarkan) sekelian kamu dari rambut dan kukunya.’ [Hadith Muslim].
Saudara, sunnah tambahan yang sering diberi penekanan bagi mereka yang hendak menyembelih kurban adalah supaya tidak memotong rambut dan kukunya mulai 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah, i.e. selesai mengerjakan kurban.
Betapa banyaknya pahala yang didapati oleh orang yang menyembelih kurban semasa Aidil Adha disebutkan dalam hadith di atas, dari segi kuantitinya menyamai jumlah bulu haiwan yang kita kurbankan itu. Dari segi pahala hakikinya terpulang kepada niat kita ketika melaksanakan kurban. Pahala kurban itu melebihi pahala orang yang keluar berperang fi sabilillah, seperti yang disebutkan dalam hadith sebelum ini.
(b) Makan Selepas Solat Adha
Saudara, pada 10 Zulhijjah umat Islam merayakan Hari Raya Aidl Adha awal pagi. Di sunatkan - berdasarkan hadith berikut - supaya kita keluar bersolat ke masjid tanpa terlebih dahulu minum atau makan apa-apa. Ini berbeza dengan ketika keluar runah untuk mengerjakan Solat Adil Fitri, disuntkan kita makan dan minum (maksudknya, bersarapan dahulu) sebelum ke masjid.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya daripada bapanya, berkata bapanya: ‘Adapun Nabi (s.a.w) tidak keluar rumah (ke mesjid untuk solat) Aidil Fitri sehingga makan dia dahulu, dan tidak makan Nabi pada (yakni, semasa keluar untuk solat) Hari Raya Adha sehingga solat dia.’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi]
Sunnahnya adalah bagi Aidil Fitri bersarapan dahulu sebelum ke masjid, manakala bagi Aidil Adha, kita ke mesjid bersolat dulu, kemudian baru makan atau berarapan pagi.
Berkorban Juga Untuk Rasulallah (s.a.w)
Sepotong hadith daripada Anas (r.a) pula tentang suatu adab yang lain pula, iaitu apabila menyembelih kurban jangan lupa pula niatkan juga untuk Rasulallah (s.a.w):
Diriwayatkan daripada Anas (r.a), berkata dia: ‘Aku melihat Ali (r.a) menyembelih dia pada dua ekor kambing kibas, maka berkata aku: ‘Apakah ini penyembelihan?’ Maka menjawab Ali (k.w): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) mewasiat padaku (maksudnya, berpesan) agar aku menyembelih kurban untuk Nabi, maka aku sembelih kurban untuk Nabi.’ [Hadith sahih riwayat Abu Daud]
Umat Islam juga digalakkan ketika menyembelih kurban diniatkan juga untuk Rasulallah (s.a.w).
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment