Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi meneliti manasik (=peraturan mengerjakan ibadah haji/umrah), sejajar dengan sabda Rasulallah (s.a.w) : 'Khuzu 'anni manasikakum ...' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dariku (Nabi) peraturan bagaimana kalian mengerjakan haji (dan umrah) - Hadith at-Termidzi.
Saudara, seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman itu, Allah (a.w) perintahkan upaya ambil dan contohi segala sesuatu yang dibawakan/diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7: al-Haysr. Kita wajib ingat bahawa pertama agama Islam itu adalah agama yang dicipta oleh Allah (a.w) untuk seluruh manusia - semua bangsa dan semua zaman. Jelasnya, ketaatan yang mutlak itu adalah mentaati perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kedua, dalam perkara perlaksanaan atau pengamalan segala ketetapan Allah (a.w) mengenai setiap amalan dan ibadah - yang wajib ataupun yang sunat itu - wajib mencontohi perlakuan Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (i.e. contoh atau model ikutan terbaik dalam Islam) - Ayat 21: al-Ahzab. Ketiga, adalah ketetapan mutlak dalam Islam bahawa keIslaman seseorang itu hanyalah sah jika dia berjema'ah dalam Islam - Ayat 103: ali-Imran dan al-hadith. Walaupun kita beranggapan kita adalah seorang Islam tetapi selagi kita tidak berjema'ah secara formal, keIslaman kita belum diakui Allah (a.w) - al-Quran dan al-Hadith. Keempat, jema'ah dalam Islam itu satu perkara yang formal kerana ada pemimpin - yang dimulakan oleh Rasulallah (s.a.w), kemudian diteruskan di bawah khalifah yang 4, kemudian oleh para pemimpin yang digelar sebagai 'sultan', 'Amirul mukminin', 'Amir', 'Imam'. Sistem berjema'ah ini kekal sehinggalah kiamat dunia. Kerana, ketika kiamat dunia, semua umat Islam akan berhimpun di padang makhsyar berbaris masing-masing di belakang imam mereka - Ayat 71: al-Isra'. Kelima, syariat Islam itu, termasuk kesemua amalan dan ibadahnya, wajib dimurnikan, maksudnya tidak dicemari oleh sesuatu yang tiada ketetapan mengenai dalam al-Quran atau as-Sunnah. Keemam, mengamalkan bid'ah adalah pencemaran yang paling besar serta samar dalam Islam, kerana majoriti umat Islam, termasuk para ulama' arus perdana, mengingkar ketetapan Rasulallah (s.a.w) bahawa semua pembaharuan dalam bentuk, cara dan kaedah beramal dan beribadah, adalah bida'ah, yang membuatkan Allah (a.w) tidak menerima kesemua amalan dan ibadah kita.
Sehubungan itu, dalam ibadah haji dan umrah perincian rukun-rukun haji (dan umarah) - Rukun Qalbi (niat), Rukun Qauli (Bacaan) dan Rukun Fe'li (Perbuatan atau perlakuannya), semuanya telah ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan sabdanya: 'Khuzu 'anni manasikakum' tersebut.
Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji
(-) Memakai Pakaian Ikhram
Saudara, diwajibkan bagi jema'ah haji berikhram (i.e. memakai kain ikhram) di Miqat yang ditetapkan. Jema'ah haji lelaki tidak dibolehkan memakai kain/pakaian berjahit ketika berikhram.
Diriwayatkan hadith dari Salim bin Abdullah hadith dari bapanya bahawa berkata (bapanya): ‘Baida’ kamu inilah yang membuat kamu mendustakan Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) hanya berikhram dari dekat masjid ini, (maksudnya masjid Zulkhulaifah (yakni, miqat Rasulallah (s.a.w) memulakan haji)) - Hadith Abu Daud, juga Bukhari, Muslim, at-Termidzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah.
Peringatan: Pantang larang Ikhram termasuk tidak boleh memakai bau-bauan atau wangi-wangian, menutup muka dan telapak kanan, paakain yang berjahit (bagi lelaki), menutup kepala (bagi lelaki), memotong kuku, menggugurkan rambut, berburu, membunuh haiwan (termasuk berburu), mematahkan kayu dan tumbuhan, dan menguruskan ha ehwal pernikahan, dan mengadakan hubungan kelamin.
(-) Tidak mengapa pakaian orang yang ikhram dari beberapa pakaian
Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu pakaian yang dibolehkan bagi jema'ah lelaki.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawa seorang lelaki berkata (i.e. bertanya) (kepada Rasulallah (s.a.w)): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah (boleh) pakaian untuk orang berikhram dari beberapa pakaian?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak boleh berpakaian baju kurung dan tidak boleh (memakai) serban dan tidak boleh (memakai) seluar panjang dan (tidak boleh memakai) seluar pendek dan tidak boleh (memakai) baju menutup kepala dan tidak boleh memakai (pakaian) yang menutup buku lali (atau, mata kaki); kecuali (jika) seseorang tidak menjumpai dua selipar maka hendaklah memakai dua kasut huf (i.e. kasut kulit lembut yang menutup buku lali dan sebahagian betis) supaya memotongnya (i.e. memotong huf tersebut) supaya tidak menutupi dua buku lali (atau, mata kaki) (yakni, dipotong supaya menjadi seumpa selipar atau capal), dan tidak boleh berpakaian dari beberapa pakaian sesuatu yang terkena minyak wangi za’fran (i.e. satu jenis wangian) atau wirsun (i.e. satu jenis wangian).’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Selain pakaian ikhram yang tidak berjahit, kain ikhram hendaklah tidak menutup kedua buku lali, tidak boleh menutup kepala, kasut yang tidak menutup dua buku lali, jika memakai kasut; dan tidak bleh memakai bau-bauan.
Apa-apa yang dilarang dari wangi-wangian bagi lelaki berikhram dan perempuan berikhram:
Selain itu, disebutkan daalam hadith berikut apa-apa yang tidak dibolehkan jema'ah lelaki memakainya ketika berikhram.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) berkata: ‘Berdiri seorang lelaki maka berkata (i.e. bertanya) dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah memerintah engkau atasku bahawasanya berpakaian dari beberapa pakaian di dalam (yakni, kerana) berikhram?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Jangan pakai baju kurung dan jangan pakai seluar dan jangan pakai serban dan jangan pakai baju bertutup kepala; kecuali bahawasanya ada salah seorang kamu tiada baginya dua selipar maka pakailah huf supaya memotongnya di bawah dari dua buku lali (i.e. mata kaki), dan jangan berpakaian kamu sesuatu yang terkena zafran (i.e. sejenis wangian) dan tidak warsun (i.e. sejenis wangian), dan tidak boleh menutup muka bagi perempuan yang berikhram dan tidak boleh (perempuan) memakai dua sarung tangan.’ - Hadith Bukhari.
Dan, bagi jema'ah haji perempuan boleh memakai telekong biasa, tetapi tidak boleh menutup muka dan menutup kedua-dua tangan sampai ke pergelangannya.
(-) Memakai Tali Pinggang Ketika Berikhram
Saudara, dalam hadith berikut dikatakan bahawa ibnu Omar (r.a) tidak suka memakai tali pinggang ketika berikhram.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) benci (yakni, tidak suka) memakai tali pinggang ketika berikhram - Hadith Imam Malik dalam Kitab Muato’.
Walaupun begitu, jema'ah haji lelaki dibolehan mmakai tali pinggang asalkan tidak dicantumkan sepenuhnya hujung tali pinggang tersebut.
Diriwayatkan hadith dari Yahya b Said bahawasanya dia mendengar Said b Musaiyab berkata di dalam urusan tali pinggang yang digunakan oleh orang yang memakai ikhram (dipakai) di bawah pakaian ikhram sungguh-sungguh tidak berdosa dengan demikian keadaan ketika menjadikan dua hujungnya (i.e. hujung tali pinggang) berkumpul/mengikat pada hujungnya sebahagian atas sebahagian yang lain. Berkata Malik: ‘Ini lebih disukai apa-apa mendengar aku atas di dalam demikian itu (perkara).’- Hadith Imam Malik dalam kitab Muato’.
Tali pinggang dipakai oleh jema'ah lelaki kerana dikhuatiri terlucut kain ikhram mereka ketika meakukan pelbagai pergerakan dalam mengerjakan haji.
(-) Bila Berikhram dan Di mana Berikhram?
Saudara, ketika berada di Miqat, selepas solat dua rakaat solat sunat di Miqat, maka bolehlah memakai ikhram. Kemudian meniatkan niat haji/umrah, maka pantang larang berikhram bermla.
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) berniat ikhram di belakang (i.e. selepas) solat (dua rakaat). - Hadith at-Termidzi, Kitab Haji.
Ibnu Omar (r.a) dalam hadith berikut menyebutkan bahawa setelah bersolat solat sunat dua rakaat, Rasulallah (s.a.w) melafazkan niat hajinya di atas tunggangnya.
Diriwayatkan hadith dari Hisyam b Urwat hadith dari bapanya bahawasanya Rasulallah (s.a.w) ada bersolat di masjid Zulkhulaifah dua rakaat maka ketika telah tetap dengannya di atas kenderaannya (yakni, duduk di atas tunggangannya) membaca niat berikhram. - Hadith Imam Malik dalam Muato’.Dalam hadith berikut, ibnu Omar (r.a) menjelaskan bahawa sebenarnya R Pendeknya, hendaklah kita berikhram di Miqat, kemudian solat dua rakaat, dan kemudian melafazkan niat haji (atau mrah). Lafaz niatnya elahpun kita maklumdalam post sebelum ini.Diriwayatkan hadith dari Said bin Jubairin (r.a) berkata: ‘Berkata aku kepada Abdullah bin Abbas (r.a): ‘Wahai Ibnu Abbas! Saya hairan terhadap pelbagai ragamnya para sahabat Rasulallah (s.a.w) di dalam urusan (menerangkan perkara) ikhram Rasulallah (s.a.w) ketika beliau mewajibkannya.’ Berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Sesungguhnya aku nescaya lebih tahu dari kalangan manusia tentang (perkara) itu (yakni, urusan memakai ikhram). Sesungguhnya haji Rasulallah (s.a.w) itu hanya sekali. Kerana itu mereka berselisih faham. Rasulallah (s.a.w) keluar haji. Setelah mengerjakan solat dua rakaat di masjid Zulkhulaifah diwajibkan ikhram di tempat duduknya, lalu beliau memulakan ikhram hajinya setelah selesai solat dua rakaat itu. Terdengar beberapa kaum tentang hal itu dari beliau. Aku ingat benar dari beliau, kemudian beliau menaiki kenderaan (i.e. tunggangannya, iaitu unta merah). Setelah beliau menaiki kenderaan beliau berikhram. Hal itu diketahui oleh beberapa kaum pula. Itu terjadi, kerana orang datang berduyun-duyun tidak sekaligus (atau serentak). Mereka ada yang mendengar beliau ketika di atas unta lalu berikhram, maka mereka berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) berikhram ketika beliau berada di atas unta (yakni, kenderaan). Kemudian Rasulallah (s.a.w) melanjutkan perjalanannya. Setelah sampai ke atas bukit Baida’ beliau berikhram. Yang demikian itu diketahui oleh beberapa kaum, kerana itu mereka berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) hanyalah berikhram ketika berada di bukit Baida’. Demi Allah (a.w)! Beliau benar-benar telah mewajibkan berikhram di tempat solatnya, beliau telah memakai ikhram ketika menaiki unta dan telah berikhram ketika berada di bukit Baida’. Berkata Abi Said (r.a): ‘Barangsiapa berpegang kepada kata-kata Ibnu Abbas (r.a), dia menyatakan Rasulallah (s.a.w) berikhram di tempat solatnya (di miqat Zulkhulaifah) setelah selesai mengerjakan solat (sunat) dua rakaat.’ - Hadith Abu Daud.
Jelasnya, Rasulallah (s.a.w) ketika di Miqat dia bersolat dua rakaat solat sunat, kemudian diapun memasang niatnya di tempat dia bersolat, bukanlah di atas kederaannya atau tunggangannya.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment