Assalamualaikum,
saudara, penulis yakin bahawa bila tiba musim haji - 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah - banyaklah kita temui iklan melali kain rentang tentang 'Haji Badal' atau' Upah Haji', istilah yang digunakan untuk merujuk kepada urusan menghajikan seseorang oleh sekumpulan mutawif atau mutawif ejen-ejen/syarikat pelancongan/syarikat urusan haji dan umrah, yang dilesen oleh Tabung Haji, untuk menghajikan seseorang atas bayaran tertentu. Lazimnya, upah 'haji amanah' adalah membayar RM 1,500.00 atau RM 2,500.00 untuk mengerjakan haji bagi pihak seseorang.
Saudara, seperti yang disebutkan dalam hadith berikut, dalam Islam dibenarkan seseorang untuk menghajikan seseorang, terutama orang yang hendak dihajikan bagi pihaknya itu telah meninggal. Islam membenarkan. Tetapi persoalannya adalah apakah boleh seorang itu menghajikan pada satu musim haji (maksudnya, pada suatu masa) lebih dari seorang? Ini berlaku. Malah telah menjadi seumpama satu 'jenayah penipuan' di kalangan ejensi haji dan umrah/dikalangan segolongan mutawif yang mengambil bayaran dari lebih dari seorang untuk menghajikan lebih dari seorang.
Islam mensyaratkan bahawa ibadah haji itu hendaklah dikerjakan ioleh seseorang secara individu. Ibadah itu adalah bersifat individu. Kerana orang yang mengerjakan haji itu wajib ke Miqat, mengenakan ikhram dan berniat untuk mengerjakan haji. Kemudian pada 9 Zulhijjah dia wajib Wukuf di Arafah, kemudian sebelum masuk waktu Maghrib keluar dari Arafah untuk Mabit di Muzdalifah, kemudian sebelum masuk waktu Solat Subuh keluar dari Muzdalifah pergi ke Mina untuk bermalam di Mina dan dari sana melontar Jamrah Aqabah pada waktu Dukha padaa 10 Zulhijjah, untuk Tahlul Awal; kemudian pada hari-hari Tasyrik - 11 hingga 13 Zulhijjah, melontar ketiga-tiga Jamrah - Jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah - waktu 'Asar, pada hari-hari tersebut, dan selepas itu bertolak ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji) dan seteruskan membuat Sai Haji, dan akhirnya baru Tahul Than pula, maka selesailah Ibadah Haji seseorang itu. Kesemua perlakuan - Rukun Qalbi (niat), Rukun Fe'li (Kelakuan/prbuatan) dan rukun Qauli (Bacaan) - wajiblah dibuat oleh orang yang mengerjakan haji. Begitu juga dengan seorang yang mengambil upah - mengerjakan Haji Badal - itu. Justeru itu, tiada dalam syariat Islam seseorang itu boleh menghajikan untuk dirinya dua atau lebih dalam msim haji yang satu. Begitu jugalan atas orang yang mengambil amanah untuk mengerjakan haji untuk orang lain.
Saudara, malangnya hari ini, Haji Badal atau Haji Amanah ini telah disalahgunakan oleh majoriti mutawif atau petugas ejen syarikat haji dan umrah apabila seorang itu mengerjakan haji amanh ini lebih dari seorang, Seolah-olah dia berniat haji untuk 10 orang kalau dia mengambil bayaran untuk menghajikan 10 orang!
Oleh itu, sebagai seorang yang faham Islam, janganlah kita mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dengan mengmbil amanah untuk menghajikan lebih dari seorang. Jike berbuat sedemikian samalaah kesnya seorang yang menipu dalam kejahilan dirinya dan dalam kejahilan orang lain. Maka dosanya dia yang menanggung. Walhal, kalau seseorang itu menghajikan seseorang, kalau amalan hajinya melayakkan dia mendapat haji mabrur, tiga pihak daapat pahala haji mabrur itu - orang yang diupah menghajikan seseorang itu, orang yang membayar biayaan upahan haji amanah itu dan orang yan dihajikan haji untuk dirinya.
Saudara, harus diingat, seseorang itu oleh menghajikan seorang yang lain atau mengambil amanah untuk menghajikan seseorang, jika dia- orang yang hendak mengerjakan haji amanah itu - sudahpun mengerjakan haji untuk dirinya terlebih dahulu. Kalau dia belum mengerjakan haji, dia tidak boleh menghajikan orang lain.
Mengerjakan Haji Untuk Orang Lain
Sauara, hadith berikut adalah nas dan dalil as-Sunnah mengenaikan Haji Badal - menghajikan seorang yang lain.
Diriwayatkan hadith dari al-Fadzli (r.a) berkata: ‘Bahawasanya seorang wanita berkata (yakni, bertanya) kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Bapa aku telah tua benar, belum juga menunaikan haji, sedangkan dia tidak boleh duduk tegap di atas untanya (yakni, kenderaan untuk mengerjakan haji).’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Fa-hajji ‘anhu.’ (Yang bermaksud: Kerjakanlah olehmu haji untuknya.) - Hadith Muslim.
Jika mendapat peluang, kita bolehkan kerjakan ibadah haji bagi pihak seorang lain – spt ibu bapa atau siapa saja yang belum menunaikan haji dari kalangan kaum erabat, dan sebagainya – kerana selain orang yang meminta kita kerjakan haji untuknya mendapat pahala, kita juga mendapat pahala sama dengan pahala yang didapati oleh orang yang kita hajikan untuknya. Kalau kita pula menanggung kos belanja menghajikan seseorang, maka kita yang membiayainya pun mendapat pahala haji tersebut.
Saudara, apakah haji yang kita kerjakan itu adalah untuk kita sendiri atau kita mengambil upah atau kita sengaja kerjakan untuk orang lain, rukun-rukun serta peraturan haji tersebut wajib dipatuhi berdasarkan sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum ...' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dari aku (Nabi) cara-cara/peraturan kalian mengerjakan haji ...) - Hadith at-Termidzi. Dalam perkara haji cara-cara dan kaedahnya telah ditetapkan secara khusus sebagamana solat telah ditetapkan/dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) secara khusus, termasuk dalam perkara niatnya. kalau berlainan atau menyimpang dari apayang dicontohkan oleh Raslallah (s.a.w) maka batallah haji kita.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment