Friday, September 12, 2014

Ibadah Haji: Rukun Islam ke-5 (Samb.)

Assalamualaikum.
Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun sempat meneliti perlakuan ibadah haji sapai jema'ah haji berd di tanah Jami' di Muzdalifah. Ketika hampir masuk aktu solat Subuh, jema'ah haji keluar daari Mizdaligah bertolak ke Mina. Mereka tidak mengerjakan Solat Subuh di Muzdalifah - itulah sunnahnya. Teta bersolat ketika sampai di Mina. Jema'ah haji wajib bermukim atau bermalam di Mina selama 3 hari 3 malam untuk melontar Jamrah.

Cara dan Kaedah Mengerjakan Ibadah Haji (Sambungan)
Berangkat Dari Tanah Jami’ (Muzdalifah) bermalam di Mina
(-) Meninggalkan Muzdalifah

Sebelum masuk waktu Subuh hendaklah meninggalkan Muzdalifah dan bersolat Solat Subuh di Mina.
Antara rukun haji itu adalah melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah, dan 3 Jamrah tiga jamrah, iaitu jamrah Ula, Jamrah Wusta dan Jamrah Aqabah, pada 3 hari Tsyrik (11 -13 Zulhijjah). Jangan lupa. Lontaran pertama adalah melontar Jamrah Aqabah sebanyak tujuh kali, selepas tergelincir matahari, yakni masuk waktu Solat Zohor. Kemudian bolehkan jema’ah haji bertahlul, dengan membotakkan kepala mereka atau menggunting beberpa helai rambut. Setelah Tahlul Awal itu, maka terhapuslah larangan ikhram kecuali hubungan suami isteri, dan bolehlah menanggalkan Ikhram.
Hadith berikut memberitahu tentang perkara mengutip batu-batu kecil seumpama batu untuk lastik untuk digunakan melontar jamrah. Pada 10 Zulhijjah jema’ah haji melontar jamrah Aqabah (7 batu), kemudian bertahlul, dan bolehlah menanggalkan kain ikhram, dan memakai pakaian biasa. Gugurlah pantang larang semuanya, kecuali pantang larang berhubung dengan hubungan suami isteri – termasuk bercumbu-cumbuan dan bersenggama (maksudnya, hubungan jenis/kelamin), yang hanya gugur setelah selesai melontar ketiga-tiga jamrah, mengerjakan Tawaf Ifadah (Tawaf Haji) dan Sa’i haji, dan berTahlul. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah melontar ketiga-tiga jamrah – Ula, Wusta dan Aqabah – 7 kali setiap satu jamrah.
Diriwayatkan hadith dari Ziad b Hussein hadith dari Abi ‘Aliyah hadith dari Ibnu Abbas (r.a): ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadaku: ‘Berpagi-pagilah di tanah jami’ (yakni, Muzdalifah): Kemarilah mencarikanlah engkau untukku (batu-batu kecil).’ maka mencari aku untuknya (Nabi) beberapa batu kecil (sebesar batu) lastik, maka ketika meletakkan pada batu ke dalam tangan Nabi (s.a.w) bersabda dia: ‘Ya dengan semisal (i.e seumpama) ini. Takutkanlah kamu memperbesarkan (atau memperdalamkan) dalam urusan agama, maka sesungguhnya telah rosak orang-orang yang ada sebelum kamu dengan memperbesar-besarkan (amalan) dalam agama.’ - Hadith Imam Ahmad di dalam al-Musnad. [Nota: Peringatan dalam hadith di atas itu merujuk kepada perbuatan umat Islam menambah-nambah atau menokok tambah atau mengadakan pelbagai persyaratan atau ucapan atau perbuatan yang tidak disuruh oleh al-Quran dan as-Sunnah. Maka kesemua itu adalah usaha memperdalamkan syariat agama Islam.]

Bermalam di Mina - Melontar 3 Jamrah
(-) Waktu melontar jamrah Aqabah - 10 Zulkhijjah

Di Mina, Jema’ah Haji pada 10 Zulhijjah keluar melontar Jamrah Aqabah (pada waktu Duha – antara jam 8 hingga 11 pagi) dan selepas melontar itu disebut Tahlul Awal boleh menanggalkan kain ikhram dan boleh memakai kain/pakaian biasa. Gugur kesemua pantang larang atau keharaman melakukan segala sesuatu ketika berikhram, kecuali 3 pantang larang kekal: iaitu bersabit dengan hubungan suami isteri, kekal diharamkan.
Pada 10 Zulhijjah, jema’ah haji melontar Jamrah Aqabah sahaja pada waktu Dhuha (antara jam 8.30 hinggalah jam 11.30 pagi). Setelah selesai melontar Jamrah Aqabah, bolehlah Tahlul Awal – menanggalkan kain ikhram (bagi lelaki) dan memakai pakaian biasa, maka gugurlah kesemua pntang larang haji/ikhram kecuali 3 perkara yang melibatkan hubungan suami isteri ( menikah, meikahkan orang dan mengadakan hubungan kelamin).
Perhatian: Diperingatkan waktu melontar itu pendek sahaja – ketika waktu Dhuha (antara jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi).

(-) Melontar 3 Jamrah hari Tasyrik

Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah Jemaah haji melontar ketiga-tiga jamrah, iaitu Jamrah Ula, Wusta dan Aqabah. Waktu melontar adalah setelah gelincir matahari, i.e. masuk waktu Zohor, dan berakhir ketika masuk waktu Solat Asar. Kemudian setelah selesai melontar pada hari Tasyrik ke-2 – pada 12 Zulhijjah – jema’ah haji boleh membuat Nafar Awal - meninggalkan Mina pergi ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Ifadah (i.e. Tawaf Haji), dengan syarat mereka meninggalkan Mina sebelum masuk waktu Solat ‘Asar. Jika mereka tidak sempat keluar dari Mina meninggalkan Mina sebelum masuknya waktu Solat ‘Asar, mereka wajib kekal berada di Mina untuk melontar ketiga-tiga jamrah pada hari Tasyrik ke-3 – pada 13 Zulhijjah – melontar dalam waktu yang sama, iaitu selepas tergelincir matahari (i.e. masuk waktu Zohor) dan habis waktunya ketika masuk waktu Solat ‘Asar. Meninggalkan Mina setelah melontar jamrah pada hari Tasyrik ke-3 adalah melakukan Nafar Thani.
Hadith berikut menunjukkan bagaimana kelakuan melontar jamrah itu sebagaimana di buat oleh Rauslallah (s.a.w):
Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Yazid bahawasanya mengerjakan haji bersama-sama ibnu Masud (r.a), maka melihat dia (yakni, Abdul Rahman) (Abdulah Masud) melontar Jamrah Kubra (i.e. Aqabah) dengan 7 beberapa batu kecil, maka menjadikan Baitullah dari sebelah kirinya dan Mina dari sebelah kanannya, kemudian berkata (ibnu Masud) kepada Abdul Rahman: ‘Di sisilah tempat orang (yakni, merujuk kepada Rasulallah (s.a.w)) yang diturunkan kepadanya Surah al-Baqarah.’ - Hadith Bukhari, Kitab Haji.
Peringatan: Bagaimana kedudukan ketika berdiri depan Jamrah sebelum melontar 7 lontaran batu.
Diriwayatkan hadith dari Jabir (r.a) berkata: ‘Pada hari Raya Aidil Adha (yakni, 10 Zulhijjah) Rasulallah (s.a.w) melontar Jumrah (Aqabah) pada waktu Dukha, sedangkan pada hari-hari selanjutnya (yakni, melontar ketiga-ketiga Jumrah – Ula, Wusta dan Aqabah – tiga hari berturut-turut, 11, 12 dan 13 Zulhijjah) beliau melontar setelah tergelincir matahari (yakni, masuk waktu Zohor)) - Hadith Muslim, Kitab Manasik.
Setelah selesai melontar jamrah pada 3 hari Tasyrik – 11, 12 dan 13 Zulhijjah – jema’ah haji meninggalkan Mina pergi ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf Haji (i.e. Tawaf Ifadah) dan diikuti dengan Sa’i Haji. Apabila selesai Tawaf Haji dan Sa’i Haji, maka jema’ah haji bertahlul (Tahlul Thani) – bercukur membotakkan kepala atau memotong beberapa helai rambut. Dengan itu selesailah ibadah haji mereka.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment